Khamis, 2 September 2010

NI BUKAN IKLAN... SAJA HIASAN...RAYA YANG SERONOK JIKA TELAH BERPUASA DAN BERIBADAH DENGAN SESUNGUH2NYA...KALAU TIDAK IA HAMBAR SAJA

VARIA

Kek cawan pada Aidilfitri


ANTARA jenis biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, biskut mentega, dan kapucino.


BERMULA dengan operasi butik, salon dan jualan langsung, akhirnya destinasi perniagaan Maznah Dona Mustafa, 50, terhenti dalam bidang perniagaan makanan.

Bagi wanita yang berasal dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang itu, perniagaan menjual biskut, kek cawan dan tart keju memberi lebih keuntungan kepadanya terutama apabila menjelang musim perayaan atau majlis-majlis tertentu.

Syarikat MM Oven Fresh Sdn. Bhd., yang 11 tahun lalu dimulakan di Pelabuhan Klang, Selangor kini mempunyai tiga premis iaitu di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor, Perbadanan Putrajaya dan Anjung Parcel E, Putrajaya.

Menurut Maznah, setiap kali menjelang bulan Ramadan syarikatnya tidak putus-putus menerima tempahan biskut raya, kek cawan dan tat keju.

“Sebelum puasa lagi orang ramai sudah membuat tempahan. Paling mendapat tempahan adalah tart keju.

“Jika bukan bulan Ramadan, orang ramai akan membuat tempahan untuk majlis perkahwinan, sambutan hari lahir atau majlis-majlis korporat,” katanya yang selalu menerima tempahan syarikat-syarikat seperti Goodyear dan Opcom Sdn. Bhd..

Jelas Maznah, kesemua biskut-biskutnya dihasilkan di kilang yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

“Walaupun dihasilkan di kilang, rasa biskut-biskut tersebut sama seperti yang dihasilkan di rumah. Antara jenis dan perisa biskut yang dihasilkan ialah cip coklat, coklat oat, tat nenas, semprit, almond London, biskut mentega, biskut kapucino dan banyak lagi.

“Kek cawan dan tart keju pula akan dihasilkan terus daripada premis MM Oven Fresh. Jenis kek cawan yang ada seperti coklat, vanila, vanila dengan bluberi dan vanila dengan cip coklat,” katanya.


BISKUT yang dihasilkan di MM Oven Fresh diberi sentuhan bermutu agar rasanya setanding jenama hebat yang lain.


Sementara itu, petugas di premis MM Oven Fresh di Kompleks PKNS Shah Alam, Intanliana Ahmad Yaakob, 21, setiap kali bulan puasa, dia dan pekerja lain tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang membuat tempahan.

“Kadangkala pelanggan terpaksa pulang ke rumah dengan perasaan hampa disebabkan kek cawan dan tart keju sudah habis dijual,” katanya.

Pernah memenangi Anugerah Bungkusan Terbaik di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada tahun 2006, biskut-biskut Maznah dijual di dalam pek pelbagai saiz iaitu bagi 100 gram berharga RM6.80, 150 gram berharga RM12.90, 250 gram berharga RM18 dan pek 400 gram pula berharga RM29.

Bagi kek cawan pula, ia dijual dari harga RM1.20 sehingga RM2.30 sebiji, manakala tat keju pula dijual pada harga RM2.80.

Sebarang tempahan biskut raya, tat keju dan kek cawan boleh terus menghubungi talian 019-359 2850 atau emel kepada ovenfresh@yahoo.com.

Anda juga boleh layari laman web www.mmoven fresh.com untuk mengetahui lebih lanjut berhubung produk-produk yang terdapat di MM Oven Fresh.



KOMEN


DAN LAGI JANGAN MENGUTAMAKAN KUIH MUIH..HIASAN RUMAH..BAJU BARU DLL HINGGA MELAMPAU2..HINGGA JADI MEMBAZIR...DENGAN TUJUAN MENUNJUK2 KERANA TAK MAU KALAH DENGAN ORANG LAIN...'SEBAIK2 PEKERJAAN ITU ADALAH SEDERHANA'..AL HADIS....

Tiada ulasan: