Ahad, 5 September 2010

BUAT SESUATU JANGAN MAIN BELASAH...AGAMA ISLAM TU MESTI ADA DALAM JIWA DAN IMAN

Iklan Aidil Fitri: Pemuda PAS hantar bantahan ke TV3
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

"Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.

"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi.

Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

"Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya.

Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.





PENERANGAN JELAS PROMO IKLAN AIDILFITRI TV3! SESAT LAGI MENYESATKAN!

by Kami Benci Saiful Bukhari! on Sunday, September 5, 2010 at 2:14am

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

taken from Yusrizan Usop







TV3 tarik balik iklan raya kontroversi
Sep 6, 10 11:01am
Stesen televisyen TV3 menarik balik penyiaran iklan hari raya yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah umat Islam.

Penarikan balik beserta permohonan maaf itu dilaporkan diumumkan dalam rancangan berita Buletin Utama televisyen itu malam tadi.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Iklan tersebut juga dilapor menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Sejak disiarkan, iklan yang dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI) itu mendapat kritikan banyak pihak termasuk NGO dan badan pelajar.

Dalam satu kenyataan semalam, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) membantah iklan itu kerana menurutnya ia jelas mempromosikan konsep pluralism iaitu kesamarataan antara agama kepada masyarakat negara ini.

"PMIUTM merasakan iklan seumpama ini tidak harus dipaparkan dan merasa hairan bagaimana ia diluluskan oleh pihak-pihak berwajib," kata presidennya Mohd Khairul Abdullah Halim.

PMIUTM juga mempertikaikan adakah pihak TV3 merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menyiarkan iklan terbabit.

"Di dalam laman web rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN), terdapat garis panduan penerbitan. Pada perkara 4.3 iaitu penerbitan iklan di bahagian 4.3.9 ada menyatakan bahawa larangan untuk menerbitkan iklan yang menyentuh sensitiviti keagamaan, mempersendakan kebudayaan atau pegangan hidup pelbagai kaum dan mengancam nilai-nilai murni serta norma kehidupan masyarakat Malaysia.

"Merujuk kepada garispanduan penerbitan dari KDN, iklan hari raya Aidilfitri terbabit jelas telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

"PMIUTM mengharapkan sesetengah pihak tidak terlalu taksub dengan konsep 1 Malaysia sehingga sanggup mengadaikan maruah agama demi memenuhi tuntutan 1 Malaysia," tegas Mohd Khairul, sambil menasihatkan supaya "berpada-padalah dalam menyatakan sokongan sekalipun".

PMIUTM juga, tegasnya lagi, berpendapat bahawa semua pihak tidak hanya perlu serius memainkan isu bukan Islam yang memasuki masjid sahaja, tetapi juga memberi fokus kepada isu sebenar penghinaan terhadap Islam.

Mohd Khairul berkata sekiranya ahli keluarga dibenarkan menontonnya, ia dibimbangi disalah tafsirkan dan merosakkan akidah mereka sendiri

Tiada ulasan: