Selasa, 7 September 2010

NI KESAN JADI ORANG TERKENAL...NASIBNYA ..ALLAH SAJA YANG TAHU

Hartawan kosmetik hilang: Polis ada petunjuk
Sep 7, 10 3:31pm
Ketua Polis


Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata pihaknya telah mempunyai maklumat berhubung kehilangan pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi sejak 30 Ogos lalu.

Beliau berkata berdasarkan maklumat itu pihaknya yakin dapat menemui keempat-empat mereka.

"Kita ada maklumat-maklumat tertentu. InsyaAllah kita akan dapat jumpa mereka ...kita ada maklumat," katanya pada sidang media semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sempena persaraannya, di Shah Alam, hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kehilangan Sosilawati, 47, dan tiga lagi iaitu peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu peribadinya Kamarudin Shansudin, 47 dan pegawai CIMB Bank Norhisham Mohammad, 38.

Mengulas lanjut, Musa berkata polis kini menyoal siasat semua anggota keluarga mereka yang hilang bagi mengesan jejak terakhir keempat-empat individu berkenaan termasuk siapa yang mereka bercadang untuk berjumpa pada hari tersebut.

"Buat masa ini kita sedang mencari orang yang nak berjumpa dengan dia (Sosilawati), yang dipercayai seorang peguam yang mengatakan nak menjalankan kontrak penjualan hartanah," katanya.

Musa juga berkata tidak ada tanda mencurigakan ditemui polis pada kereta Sosilawati yang dijumpai di Subang Jaya semalam.

Sosilawati dilaporkan gagal pulang ke rumahnya sehingga hari ini selepas keluar untuk ke Banting, Selangor dipercayai bagi menguruskan jual-beli tanah di sana pada 30 Ogos lalu.

- Bernama

Kereta Sosilawati, peguamnya ditemui
Sep 7, 10 9:38am
Dua buah kereta mewah dipercayai milik hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan seorang peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya malam semalam.

Difahamkan kereta terbabit iaitu BMW M5, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5series dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan sebuah rumah teres berdekatan sebuah hotel di sini, kira-kira 10 malam semalam.

Terdapat dua pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman sedang mengambil bukti dan maklumat lanjut dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan.

Difahamkan kenyataan media berhubung penemuan dua buah kereta ini akan dikeluarkan esok pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penemuan kereta terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Akhbar hari ini melaporkan Sosilawati, 44, gagal dikesan selepas dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu

Tiada ulasan: