Khamis, 2 September 2010

MOGA IRAN DAN IRAQ MENJADI KUASA ISLAM...BERLAKU KERANA KESAN PENDERITAAN YG DIALAMI MEREKA...BERSATULAH DEMI ALLAH@ISLAM

DUNIA

Obama umum misi AS di Iraq tamat

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengumumkan misi ketenteraan AS di Iraq telah ditamatkan.

Bercakap dari Oval Office, White House Obama mengingatkan rakyat AS bahawa beliau duduk di meja yang sama diduduki bekas Presiden AS, George W. Bush semasa mengisytiharkan pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.

Semasa mengumumkan misi itu kelmarin, Obama tidak dapat menyatakan kemenangan tentera AS di Iraq.

Semasa Bush memerintah, beliau mendakwa melancarkan serangan tersebut atas alasan untuk menggulingkan Saddam Hussein sebagai Presiden Iraq yang dipercayai menyimpan sejumlah senjata pemusnah besar-besaran.

Namun, sehingga kini, senjata itu tidak pernah ditemui.

Obama turut memuji anggota-anggota tentera AS kerana melakukan yang terbaik dan memberi peluang untuk penduduk Iraq hidup dengan makmur serta bebas.

Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates terbang ke Iraq untuk bersama-sama anggota-anggota tentera bagi meraikan peristiwa bersejarah itu.

Gates bagaimanapun enggan menjawab sama ada perang tersebut berbaloi dengan kos yang telah dibelanjakan. - AFP

Tiada ulasan: