Isnin, 6 September 2010

KITA TAK MAMPU HALANG..LUAR KEKUASAAN KITA....JANGAN RISAU ALLAH TAHU BAGAIMAN NAK MENGAJAR MAKHLUK2...KUN@JADI MAKA JADILAH...

Jangan terikut-ikut bakar al-Quran

SHAH ALAM – Pas memberi amaran kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak terikut-ikut dengan saranan kumpulan Dove World Outreach Center berpusat di Amerika Syarikat yang mahu menjadikan tarikh 11 September setiap tahun sebagai hari membakar al-Quran sedunia.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Dr Yusof Rawa berkata, semua pihak di negara ini harus bertanggungjawab menjaga sensitiviti kaum dan jangan menggunakan isu ini sebagai kepentingan sendiri.

Menurutnya, pihak-pihak keselamatan seharusnya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana jika perkara ini berlaku, dibimbangi ia akan memburukkan lagi keadaan yang sudah dimulakan dengan isu pengetua sekolah di Johor dan video Namewee.

“Jika perkara ini berlaku di Malaysia, pihak yang melakukannya kena menanggung risiko dan bertanggungjawab terhadap reaksi balas yang akan berlaku.

“Tidak boleh dibayangkan suasana teruk akan berlaku jika benar ada pihak cukup berani melakukannya, sekali gus ia akan membantutkan usaha kita selama ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mengecam tindakan kumpulan tersebut kerana langsung tidak memikirkan sensitiviti dan perasaan umat Islam seluruh dunia kerana mengaitkan serangan pengganas dengan Al-Quran.

Katanya lagi, kumpulan tersebut juga menunjukkan sikap tidak bertamadun dengan terus mengaitkan Islam dengan keganasan dunia walaupun umat Islam jelas menentang keganasan dan serangan terhadap Word Trade Center (WTC).

“Mereka jelas menunjukkan sikap anti Islam dan menggunakan alasan memerangi keganasan untuk menekan umat Islam seluruh dunia contohnya seperti serangan terhadap Afghanistan dan Iraq.

“Perbuatan membakar kitab suci adalah tindakan yang amat menjijikkan, biadab, dan tidak menghormati kesucian agama,” katanya.

Rejim Zionis mula serang Gaza

GAZA - Dua penduduk Palestin maut dan tujuh lagi cedera selepas tentera rejim Israel melancarkan beberapa serangan udara di selatan Gaza, Sabtu lalu.

Serangan itu dilancarkan beberapa jam selepas pejuang Palestin menembak peluru berpandu melepasi sempadan Israel.

Pegawai keselamatan Hamas melaporkan, jet pejuang tentera Israel menembak beberapa sasaran termasuk tiga terowong penyeludupan di Rafah.

Jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan itu dengan alasan ia disasarkan kepada sebuah terowong yang digali pejuang Palestin sehingga memasuki kawasan Israel untuk tujuan serangan.

Pejuang Palestin melancarkan peluru berpandu dari Genting Gaza ke kawasan selatan Israel tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan, awal Sabtu lalu


Indonesia protes rancangan bakar al-Quran Rabu ini


JAKARTA - Ribuan umat Islam di Indonesia berhimpun di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk memprotes rancangan sebuah gereja AS yang ingin membakar al-Quran secara terbuka sempena memperingati kejadian serangan 11 September, kelmarin.

Gereja The Dove World Outreach di Gainesville, Florida menegaskan akan meneruskan perancangan membakar al-Quran secara terbuka sempena ulang tahun ke-sembilan Pusat Dagangan Dunia (WTC) diserang pengganas pada 9 September 2001, Rabu ini.

Sekurang-kurangnya 3,000 anggota kumpulan Islam di Indonesia berarak ke Kedutaan AS di pusat bandar Jakarta sambil mengibarkan kain rentang dan poster membantah rancangan itu.

Pemimpin agama Islam di Indonesia mengutuk rancangan biadap gereja itu dan meminta kerajaan AS menggunakan kuasanya untuk menghentikan penghinaan agama itu


Austria lancar permainan anti-Islam

STYRIA - Sebuah parti berhaluan kanan di Austria menghina rakyat beragama Islam dengan melancarkan mainan video dalam talian yang membenarkan pemain menembak menara masjid dan bilal yang sedang melaungkan azan.

Pemain video dalam talian yang dinamakan 'Bye Bye Mosque' (Selamat Tinggal Masjid) itu diberi 60 saat untuk mengumpul mata dengan menembak masjid, menara dan bilal dalam bentuk animasi.

Parti Kebebasan Austria (FPOe) melancarkan permainan video itu dengan tujuan untuk menggalakkan rakyat mengundi calon parti wilayah Styria, Gerhard Kurzmann semasa pilihan raya tempatan yang akan dijalankan pada 26 September ini.

FPOe turut menjemput pemain mengambil bahagian dalam kaji selidik sama ada pembinaan menara dan masjid patut dihentikan di Austria, dan penganut agama Islam perlu menandatangani pengisytiharan di mana mereka membenarkan undang-undang negara mengambil alih perintah al-Quran.

Agensi berita Austria melaporkan hanya terdapat empat masjid sahaja di seluruh negara itu dan kesemuanya tidak mempunyai menara.

Tiada ulasan: