Khamis, 2 September 2010

AKHIR USIA ELOK CARI SAYANG ALLAH BUKAN CARI SAYANG DAN SUKA MANUSIA

Fitnah Zam: PAS lapor polis
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 Sept: PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib di sini kira-kira jam 3 petang ini.

Idris berkata, PAS menganggap tuduhan yang dibuat oleh Zainuddin itu sangat serius dan yakin ianya bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada parti itu.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Tambah beliau juga, Umno sudah terdesak kerana kehilangan sokongan rakyat sehingga bertindak memfitnah PAS.

"Umno tahu mereka sudah pun terdesak kerana mereka juga mengalami kehilangan sokongan terutama di kalangan Melayu yang agak cerdik dan ada maklumat.

"Jadi mereka sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan dan orang bukan Melayu juga tidak bersama dengan mereka dan apa yang Zainuddin buat ini untuk timbulkan keraguan kepada orang bukan Melayu terhadap PAS," katanya lagi.

Idris turut menyifatkan politik yang dimainkan Zainuddin 'sudah ketinggalan zaman' dan meminta beliau berhenti daripada memfitnah PAS.

"Tan Sri Zainuddin ini sudah tua. Politik yang dia mainkan tu politik 60-an dan rakyat yang boleh akses maklumat sudah tahu maklumat sebenar. Zaman dia sudah berlalu dan dia tidak sepatutnya keluarkan kenyataan begini," katanya.

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang



FAHAMKE MAKSUD PERJUANGAN DALAM ISLAM MACAM MANE


VARIA

Menulis itu perjuangan

Bagi Tan Sri Zainuddin Maidin, menerima pengiktirafan, anugerah mahupun pangkat sebagai menteri tidak membawa kepuasan kepadanya berbanding dengan peluang dan kepuasan melaporkan peristiwa sebagai wartawan dan penulis.


Di ruang perpustakaan mini di kediaman Zainuddin di Putrajaya, terdapat banyak koleksi buku, dan gambar. Beliau juga masih menyimpan sebuah mesin taip model Remington.


BERMULA sebagai seorang pemberita sambilan (stringer) untuk Utusan Melayu di Alor Setar, Kedah pada tahun 1959, seorang lelaki yang penuh naluri ingin tahu kini ‘terperangkap’ dalam minat yang tiada penghujungnya – menulis.

Tan Sri Zainuddin Maidin, 71, mengakui bahawa institusi persuratkhabaran telah mencetuskan banyak peluang hebat dalam hidup beliau.

Beliau malah menyifatkan Utusan Melayu sebagai ‘universiti’nya berikutan banyak selok-belok dunia kewartawanan diperolehnya sepanjang tempoh bertugas.

Sejurus diserap masuk sebagai pemberita tetap Utusan Melayu pada tahun 1961, jerih payah beliau mengejar laporan berita selama 20 tahun melayakkan beliau mendaki tangga-tangga jawatan penting dalam syarikat media itu.

Dalam 10 tahun terakhirnya berkhidmat di Utusan pula dan sebelum bergiat aktif dalam kancah politik, bekas penuntut Maktab Mahmud, Alor Setar itu matang memainkan peranan sebagai pihak yang meniup azam kecintaan kepada negara melalui penulisan.

Apabila pengalaman dalam dunia kewartawanan dan penulisan itu beransur-ansur menjadi darah daging, ternyata langkah bertatih Zainuddin sudah menjadi larian pantas dalam menyampaikan mesej patriotisme.

Daripada jawatan ketua pemberita hinggalah ke kerusi Ketua Pengarang dan akhirnya Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Berhad, beliau yang mesra dengan panggilan Zam amat bersyukur kerana dapat menjalankan tugas bersama kumpulan wartawan yang begitu komited terhadap fitrah kerjaya tersebut.

“Ketika itu, teman-teman kerja yang berlainan bangsa amat seronok menjadi wartawan. Ia satu tugas yang mulia dan bertanggungjawab. Semua bekerja sepenuh jiwa, tanpa mengira kekurangan kemudahan komunikasi pada waktu itu,” ujar beliau yang pernah menjadi koresponden Utusan di London pada tahun 1972 hingga 1975.

Zainuddin amat berterima kasih pada barisan ketua pemberita dan wartawan kanan yang pernah menjadi mentornya. Antara yang disebutkan ialah Tan Sri Melan Abdullah, Othman Wok (pernah menyandang jawatan menteri kabinet Singapura), Tan Sri Mazlan Nordin dan Rosedin Yaakob.

“Melan orangnya patriotik, Othman gigih bekerja dan sentiasa mengetahui perkembangan semasa manakala Rosedin sangat prihatin. Mazlan pula saya anggap seperti mahaguru saya,” imbas beliau.

Menulis sejarah

“Wartawan adalah saksi bagi setiap peristiwa. Sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang besar dan boleh dijadikan rujukan sejarah pada masa hadapan, maka wartawan perlu merekodkannya dengan betul. Kesilapan laporan perlu dielakkan kerana wartawan ialah sumber yang boleh dipercayai.

“Sebab itulah saya berharap agar golongan wartawan pada hari ini tidak mensia-siakan kepentingan buku nota dan amalan mencatatkan tarikh, waktu dan urutan peristiwa dengan tepat,” pesan Zainuddin yang turut menyentuh mengenai pemilihan gambar yang sesuai bagi menjelaskan kedudukan sesuatu perkara atau kejadian.

Amalan itulah yang antara lain menjadi pegangan Zainuddin ketika beliau menyempurnakan buku berjudul Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot terbitan Utusan Publications & Distributors. Perjalanan hidup dan kisah pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, didokumentasi melalui kesaksian Zainuddin dalam banyak peristiwa mengaitkan figura politik itu.


ZAINUDDIN (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, pemberitanya, Mazlan Nordin (dua dari kiri) bertemu beberapa figura politik tanah air.


Anak Kota Kuala Muda, Kedah itu telah bersama-sama Abdul Razak ke segala ceruk bandar dan desa ketika kempen pembangunan luar bandar rancak dijalankan pada tahun 1960-an dan awal 1970-an. Begitu juga ketika negara dilanda bimbang dan cemas gara-gara sentimen Konfrontasi Indonesia, rusuhan kaum di Singapura serta tragedi berdarah 13 Mei 1969.

“Orang tidak boleh mempertikaikan kandungan buku itu kerana saya banyak kali berpeluang berada bersama Tun Razak,” ulas Zainuddin yang menyifatkan naskhah tersebut sebagai buku yang memberi kepuasan buatnya.

Malah, ketika Abdul Razak menghembuskan nafas terakhir di London pada tahun 1976, Zainuddin jugalah yang melaporkan untuk akhbar Utusan Melayu lantaran ketika itu beliau bertugas sebagai wakil di kota popular Eropah itu.

Karya kompilasi

Daripada melapor berita, seseorang wartawan sebenarnya mengumpulkan lembaran sejarah. Begitulah antara maksud kepuasan menulis bagi Zainuddin.

Beliau yang meletakkan namanya dalam kutubkhanah negara melalui penerbitan buku sulung Yang Pertama dan Terakhir, kemudian Yang Terbaik Daripada Awang Selamat: Koleksi Pilihan 1987-1992, Mahathir Di Sebalik Tabir hinggalah kepada Wira Tak Didendang, percaya bahawa sejarah perlu ditulis oleh mereka yang menyaksikan sejarah itu sendiri.

“Bukan saya meragui segolongan sejarawan yang menulis semula sesuatu kejadian. Tetapi saya berpendapat, jika seorang wartawan sendiri yang melalui peristiwa dan menulis buku tentang sejarah, maka perincian maklumat tidak akan tercicir. Mereka ialah sebahagian daripada proses penemuan maklumat tersebut,” jelas Zainuddin.

Beliau memberi contoh buku berjudul Men In White, iaitu kisah jatuh bangun para pemimpin parti pemerintah Singapura. Buku itu mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan oleh tiga wartawan kanan akhbar Straits Times, iaitu Sonny Yap, Leong Weng Kam dan Richard Lim.

Coretan Awang Selamat yang menjadi identiti Zainuddin antara tahun 1987 dan 1992 mungkin tiada kemunculan buat kali kedua di dada akhbar. Namun, mereka yang setia pada coretan Zainuddin, tentu maklum tentang kolum Hari Itu Sudah Berlalu yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia setiap Ahad dalam setahun dua kebelakangan ini.

“Saya menerima panggilan telefon, e-mel dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang meminta agar kolum saya itu dibukukan. Permintaan itu juga datang daripada generasi muda, termasuklah para wartawan,” terang mantan Menteri Penerangan itu.

Jika isu masyarakat dan perkembangan negara menjadi fokus Awang Selamat, kompilasi terbitan Utusan Publications & Distributors dengan judul Masa Itu Telah Berlalu pula menumpukan kepada penceritaan mengenai susah payah dunia kewartawanan sejak Utusan Melayu bermula di Singapura.

“Ia adalah penceritaan semula kisah penubuhan Utusan Melayu. Pembaca didedahkan pada kisah di sebalik laporan atau berita yang dibaca dalam akhbar,” jelas Zainudin yang memperuntukkan dua jam sehari sejak beberapa bulan lalu untuk menghimpunkan material termasuk gambar-gambar lama.


ANTARA koleksi buku yang dikarang oleh Zainuddin dan masih popular hingga kini.


Beliau berharap agar setiap episod penulisan tersebut dapat dijadikan rujukan oleh para ahli akademik dan seterusnya membantu mereka membuat kajian mendalam terhadap isu-isu berkaitan.

“Semua bentuk penulisan saya adalah perjuangan untuk membentuk pemikiran di sebalik setiap kejadian besar,” kata beliau berfalsafah.

Bagi orang yang berjiwa penulis seperti Zainuddin, ternyata itulah satu-satunya kemahiran yang akan diteruskan tanpa dikekang usia, jawatan dan batas kesempatan.

Akhbar tidak relevan?

Zainuddin juga tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa surat khabar tidak lagi relevan pada masa akan datang. Perkara itu, menurut beliau, sama seperti andaian yang mengatakan kereta api hilang fungsi kerana wujudnya pilihan mod pengangkutan yang lebih mudah dan pantas.

“Ataupun pendapat tersebut sama seperti orang yang pernah menyatakan bahawa panggung wayang akan ‘tutup kedai’ apabila munculnya televisyen. Apa yang dilihat kini, baik perkhidmatan kereta api mahupun panggung wayang, kedua-duanya masih wujud dan terus memberi perkhidmatan kerana transformasi yang dilakukan,” kata Zainuddin.

Zainuddin percaya akhbar masih dicari oleh pembaca kerana ia mempunyai daya kebolehpercayaan yang tinggi. Jelas beliau, berbanding sumber Internet, kandungan akhbar bukan datang sembarangan daripada suara umum yang tidak bernama.

“Penulis akhbar atau wartawan terlibat secara langsung dalam proses pengumpulan maklumat dari sumber hinggalah ia disiarkan.

“Akhbar akan terus relevan. Kandungannnya perlu sering melalui proses perubahan



Fitnah PAS: Lagi laporan polis terhadap Zam
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Dewan Pemuda Selangor dan Perak membuat laporan polis hari ini terhadap Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) berhubung kenyataannya yang mengaitkan PAS dengan ekstrem.

Ustaz Hasbullah mengetuai Pemuda PAS Selangor membuat laporan berkenaan di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak, Bukit Idaman pada jam 10.00 pagi.

Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh pula dijangka akan membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh pada jam 3.00 petang.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah membuat laporan berhubung kenyataan bekas Menteri Penerangan itu di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib, di sini.

Zam mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Idris berkata, PAS menganggap tuduhan yang dibuat oleh Zainuddin itu sangat serius dan yakin ianya bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada parti itu.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat,” katanya.



PAS mulakan tindakan saman terhadap Zam

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS akan menghantar surat kepada bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin (Zam) bagi meminta bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya terhadap parti Islam itu.

Pengerusi Lajnah Guaman PAS, peguam Mohamed Hanipa Maiden (gambar) berkata, jika Zam tidak berbuat demikian, beliau akan memfailkan saman terhadap Zam selepas hari raya ini.

"Saman ini akan difailkan atas nama Setiausaha Agung PAS," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.

Selain Zam, beberapa akhbar yang menyiarkan kenyataan Zam ini akan dinamakan sebagai defendan dalam kes ini, kata Hanipa.

Zainuddin sebelum ini mendakwa kononnya PAS meminta Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merampas harta orang cina ketika tragedi 13 Mei 1969 serta dakwaan kononya PAS menyebelahi Indonesia ketika konfrontasi antara Malaysia dengan negara tersebut.

Ia telah disiarkan dalam Utusan Online dan beberapa akhbar lain termasuk akhbar Cina.

Ekoran itu beberapa laporan polis telah dibuat oleh PAS di seluruh negara bagi membantah kenyataan itu.

Semalam, Zam dengan angkuhnya mempertahankan kenyataan beliau itu.

Menurut Hanipa, kenyataan Zam itu adalah fitnah yang sangat jahat dan tidak bertanggungjawab terhadap PAS tambahan pula ia dibuat di bulan Ramadhan.

Beliau juga mendapati kenyataan itu memutar belitkan fakta sejarah.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyelar kenyataan Zam itu.

Hujah Zam itu, jelasnya, bukan sahaja dangkal malah menjelaskan lagi bahawa beliau iadalah seorang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

Beliau juga yakin, tujuan utama Zainuddin adalah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS seperti beberapa serangan api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

"PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada seorang pun Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan," katanya


Idris Ahmad: Zam, siapa pemimpin PAS itu?
Sep 6, 10 12:24pm
PAS menyifatkan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin - yang mempertahankan dakwaannya bahawa terdapat pemimpin PAS menyuruh Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969 - bukan satu "perkara yang pelik".

Ini kerana, kata ketua penerangannya Idris Ahmad, Zainuddin seorang yang "istiqamah menentang perjuangan yang dibawa oleh PAS daripada muda sampai tua".

"Adalah satu perkara yang mustahil perkara yang besar seperti begini, Tunku tidak ambil serius dan tidak memaklumkan kepada beliau siapa pemimpin (PAS) tersebut. PAS ingin mengingatkan kepada Zainudin Maidin, PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur.

"Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada mursyidul am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh jawatankuasa pusat PAS, (majlis) syura dan muktamar," katanya.

Sehubungan itu, Idris mencabar bekas ketua penerangan Umno itu supaya mendedahkan siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkannya.

Semalam Zainuddin mempertahankan kenyataannya dengan menegaskan pemimpin PAS meminta Tunku - perdana menteri ketika itu - merampas harta orang Cina selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata, kalau benar PAS mahu merampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan daripada Tunku kerana parti itu mampu bertindak sendiri seperti di Kelantan yang mana kaum itu minoriti.

"Hakikat yang berlaku ialah tidak ada orang Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan. Sebaliknya huru-hara hanya berlaku di luar Kelantan.

"Kalau ini yang berlaku ini adalah tindakan yang luar daripada landasan perjuangan PAS, iaitu melalui gelanggang demokrasi walaupun dalam keadaan padang yang tidak rata dan tiang gol yang sentiasa diubah.

Idris turut mempersoalkan Zainuddin sebagai bekas wartawan kanan yang didakwanya dengan tidak tahu hujung pangkal terus membuat rumusan bahawa PAS parti "pelampau".

"Sedangkan apa yang diungkit adalah satu perkara yang besar yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina terhadap perjuangan PAS. Realiti pada hari ini api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Pemimpin Umno sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkit oleh Umno tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat dan pemimpin PAS. Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas (dalil) syarak, ini yang, menyebabkan Zainudin Maidin sakit hati," kata Idris


Pas pernah temui Tunku

PUTRAJAYA – Pas pernah menemui Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan mengatakan inilah masanya untuk mengambil alih semua harta benda orang Cina.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, beliau alu-alukan tindakan Pemuda Pas melaporkan kepada polis mengenai perkara itu.

Katanya, mereka juga boleh membawa ke mahkamah kes berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkannya bahawa pemimpin Pas telah meminta Tunku ambil harta orang Cina selepas 13 Mei 1969.

Bercakap pada sidang media di rumahnya di sini semalam, Zainuddin berkata, dalam hal ini Barisan Nasional (BN) boleh mendakwa parti itu membaiki akhlak orang Pas dan menukarkan sikap serta pendekatan politik Pas.

Zainuddin, berkata, Tunku memberitahu dalam pertemuan eksklusifnya (Zainuddin) bersama Ketua Pengarang Utusan Melayu, Allahyarham Osman Abadi, lebih 40 tahun lalu.

“Pemimpin Pas itu meminta Tunku mengambil alih semua harta orang Cina dalam perjumpaan berkenaan.

“Kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri pertama itu tersiar dalam akhbar Utusan dan tercatat dalam buku bertajuk ‘Di Sebalik Jendela Utusan' yang diterbitkan pada tahun Mei 1989,”

Menurutnya, kewarasan Tunku telah mengekalkan proses pembentukan sosial negara, berasaskan ‘Doktrin Hidup Bersama’ Perikatan akhirnya memecah-belahkan dogmatisme falsafah politik Pas dan menjadikan parti itu lebih realistik, sederhana, rasional dan beradab sehingga boleh berkawan dengan orang Cina.

Beliau berkata, Pas cepat melupakan dasarnya di masa lalu kerana ia berubah dari masa ke semasa dan tidak berasas kepada inspirasi rakyat, kecuali Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak pernah berubah pakaiannya, yang melindungi perubahan pendirian politiknya.

“Apa yang berlaku dalam negara sekarang adalah hasil suatu doktrin sosial yang diutarakan oleh UMNO, MCA dan MIC sejak sebelum merdeka dan selepas merdeka, tetapi tidak mahu diakui Pas,” katanya.

Terdahulu, Ketua penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi rusuhan kaum, Pas meminta Tunku merampas harta orang Cina.

Pada 2 September lalu, Pemuda Pas Pusat membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan Zainuddin itu



Zainuddin Maidin Dendam Terhadap PAS
Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Semalaysia PAS kesal terhadap sikap Tan Sri Zaidnuddin Maidin yang masih berpendirian bahawa ada pemimpin PAS yang berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman supaya menyuruh Tunku merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969.

Hari ini beliau dengan megah tidak akan tarik balik dakwaan ini. Sebenarnya pendirian yang diambil oleh Zainuddin Maidin bukan merupakan perkara yang pelik, kerana beliau ini orang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

PAS mencabar beliau mendedahkan siapakah nama pemimpin PAS yang berjumpa dengan Tunku. Adalah satu perkara yang mustahil perkara yang besar seperti begini, Tunku tidak ambil serius dan tidak memaklumkan kepada beliau siapa pemimpin tersebut.

PAS ingin mengingatkan kepada Zainuddin Maidin, PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur. Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada Mursyidul Am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Syura dan muktamar. Contohnya ketika PAS hendak menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan, kemudian Barisan Nasional.

Perlu diingatkan PAS daripada peringkat awal penubuhan mengambil pendekatan muwajahah silmiah (cara aman) bukan secara tidak tidak demokratik. PAS tetap sabar walaupun provokasi yang pernah dilakukan oleh Umno melalui gerakan pemuda tahan lasak pada tahun 60an.

Jadi adakah logik PAS hendak bertindak ganas supaya merampas harta orang Cina. Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada orang Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan.

Sebaliknya huru-hara hanya berlaku di luar Kelantan . Kalau ini yang berlaku ini adalah tindakan yang luar daripada landasan perjuangan PAS, iaitu melalui gelanggang demokrasi walaupun dalam keadaan padang yang tidak rata dan tiang gol yang sentiasa diubah.

Apakah Zainuddin Maidin yang lama terlibat dengan dunia kewartawanan boleh menjadikan hujah yang tidak tahu hujung pangkal siapakah pemimpin PAS yang bertemu dengan Tunku, maka terus ia membuat rumusan, bahawa PAS juga parti pelampau.

Sedangkan apa yang diungkit adalah satu perkara yang besar yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina terhadap perjuangan PAS. Realiti pada hari ini api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno. Beberapa siri demontrasi oleh pemimpin Umno kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas orang Melayu, demo pijak kepala lembu di Shah Alam, isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.

Pemimpin Umno sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkit oleh Umno tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat dan pemimpin PAS. Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas syarak, ini yang menyebabkan Zainuddin Maidin sakit hati.

Tiba-tiba Zainuddin Maidin mengeluarkan cerita yang tidak tahu hujung pangkal kebenarannya, kerana Tunku Abdul Rahman sudah meninggal. Tragedi 13 Mei 1969 kita minta Allah jauhkan daripada berulang kembali di negara ini.

Apa tujuan beliau sebut tidak lain dan tidak bukan untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS.

Oleh itu beberapa laporan polis sudah dibuat meminta Zainuddin Maidin di siasat atas kenyataan beliau, kerana PAS secara rasmi tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang luar daripada keluhuran undang-undang negara


Tiada ulasan: