Khamis, 1 Mac 2012

ISLAM ADA CARA UNTUK MENGELAKKAN MURTAD...LAKSANAKANLAH..SEMUA AGAMA NAK MENGEMBANGKAN AGAMA MASING2..DAN TIADA PAKSAAN...

Buktikan atau diam, kata MCCBCHST pada Hasan Ali
Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa bekas exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali membuktikan dakwaannya bahawa terhadap mubaligh Kristian cuba menarik umat Islam terhadap agama mereka.

azlan"Terhadap cukup undang-undang jenayah di negara ini untuk mendakwa pihak yang terlibat memurtadkan umat Islam dan Dr Hasan sepatunya membuat laporan polis dan mengemukakan bukti," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Majlis antara agama itu berkata, beberapa kenyataan Dr Hasan yang dibuat sebelum ini tidak disertakan dengan buktinya dan ia dianggap tidak lebih daripada "sindiran".

MCCBCHST juga mendakwa, sebagai ahli politik, retorik berterusan Dr Hasan berhubung dakwaan itu menjadi petanda kemungkinan dia mungkin mempunyai "agenda tersembunyi".
MB minta badan agama siasat dakwaan Hasan Ali
Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta badan agama negeri menyiasat dakwaan berlakunya amalan memurtadkan umat Islam, seperti yang didakwa bekas exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali.

NONEKatanya, ini kerana dakwaan Hasan itu dapat mewujudkan suasana tidak stabil dalam masyarakat pelbagai kaum.

"Apa yang jelas, ia mewujudkan rasa tidak selesa dalam suasana masyarakat majmuk di negeri ini," katanya selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Khalid berkata perkara yang dimajukan termasuklah dakwaan penggunaan injil berkuasa solar untuk memurtadkan umat Islam, dakwaan terdapat mubaligh Kristian berjubah di tempat ibadat Islam dan pembaptisan umat Islam.
"Nasib baik menteri besar Selangor tak pakai jubah, kalau tidak susah," katanya berseloroh.

Khalid berkata, permintaan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dibuat kerana dakwaan Hasan bersangkutan dengan peranan badan itu.

Tiada garis masa ditetapkan untuk siasatan itu diselesaikan kerana ia berkaitan dengan usaha dakwah.

Dalam masa sama, Khalid juga berharap pihak NGO yang membuat pendedahan itu menghormati keterbukaan kerajaan negeri memberikan tempat mengadakan program dengan membuat dakwaan berasaskan bukti.

"(Sepatutnya) Panggil orang bercakap, saya ada injil bertenaga solar. Itu mesti dibuat.," katanya.
Hasan Ali akan dedah video 'pembaptisan'
Presiden pertubuhan pro-Melayu JATI Datuk Hasan Ali berkata, badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.

NONE"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya," katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.

Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.

NONE"Jadi mudah kita hala tuju bila letakkan di luar sistem JAIS," katanya yang menjelaskan bahawa unit berkenaan sejak awal lagi digerakkan dengan sumbangan individu dan bukannya sumbangan JAIS.

Malah, individu yang didakwa telah dimurtadkan itu juga telah dibawa ke lembaga berkenaan untuk diberikan bantuan, katanya lagi.

Selain Hasan sebagai presiden, JATI yang didaftarkan minggu lalu turut membariskan beberapa lagi pemimpin dalam jawatankuasa syuranya termasuk pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Sidek Baba.

Turut hadir dalam majlis perasmian program hari ini ialah bekas pemimpin angkatan muda PKR, Senator Ezam Mohd Nor (atas).
Hasan Ali: Maklumat murtad dari 'mubaligh berjubah'
Datuk Hasan Ali berkata umat Islam yang dimurtadkan sendiri yang memberi maklumat berhubung wujudnya dakwaan mubaligh Kristian mendekati umat Islam melalui pemakaian jubah dan bersolat Zohor berjemaah sekali dengan mereka.

NONEBeliau berkata, maklumat itu diperolehi dalam sesi pendengaran bawah 'Unit Selamatkan Akidah' (USA) yang ditubuhnya sewaktu masih bertugas sebagai exco hal ehwal Islam.

Unit itu kini diuruskannya walaupun selepas dipecat dari jawatan itu.

"(Maklumat) daripada mereka itu kita petik... Kenyataan mereka kita petik. Saya tidak boleh menyatakan siapa dan bila, atas sebab-sebab keselamatan mereka.

"Cukuplah saya menyatakan apa yang disebut hasil daripada pendengaran yang kita dapat daripada teman-teman terbabit," katanya dalam sidang media di Shah Alam.

Dr Hasan berkata, ketika ini seramai 56 orang yang berada dalam unit itu dan masih memberi maklumat bagaimana mereka terbabit dengan gejala murtad.

"Dalam hati mereka masih ada keimanan dan nak balik kepada Islam. Kita memberi kaunseling serta memberi gambar tentang kehidupan dalam Islam dan hati sebagai seorang Muslim," katanya.

NONEHasan diminta menjelaskan berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa ada usaha licik memurtadkan umat Islam melalui kaedah itu.

Beliau dilapor sebagai berkata ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci' sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

Hasan dalam jelajahnya dilapor berkata, sasaran utama golongan itu ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, lemah akidah, berhutang, menghadapi masalah keluarga.

Golongan berfikiran liberal, terbuka dan tidak mengamalkan cara hidup Islam juga termasuk dalam senarai itu.
Tanya hukuman murtad
Ditulis oleh Pengendali Laman   

--- In fikrah@yahoogroups.com, Tok Janggut wrote:Assalamualaikum
allah2.jpgPertanyaan mengenai hukuman murtad. Apakah procedure hukuman murtad? Apakah hanya yg menentang akan dibunuh tetapi yg murtad tidak menentang tidak akan dibunuh?

Minta pandangan dari ulama mazhab dan yg lain2nya kalau ada.

Di dahulukan dgn ucapan terima kasih.TJ

 
Jawapan (oleh Salafi2Sunnah):
wsm
1. Hukum murtad

Ia salah satu hukum jinayah Islam yg jika thabit, dikenakan hukum had.
Dalil:
a. "
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dlm kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat dan mereka adalah penghuni Neraka, kekal di dalamnya." AQ-2: 217 (terjemahnya)

b. Hadis-hadis.

i) Jalur Ibn Abbas ra, "Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia." (HR alJama'ah kecuali* Muslim) 
{Ruj: Nailool Author: 8/2; Majma' azZawaid: 6/261} * alJama'ah = 7 Imam hadis yg muktabar: Bukhari - Muslim - Ahmad - Abu Daud- Ibn Majah - anNasa'iy - atTermidzi

ii) Jalur Ibn Mas'ood r.a., "Tidak halal darah muslim yg bersyahadah kecuali: (yang) membunuh manusia dgn sengaja, janda/duda yg berzina dan yang meninggalkan agamanya dan berpisah dgn jama'ah (ummah)."
(HR alJama'ah)

iii) Jalur Ibn Abbas,Abu Hurayra, Anas r.a., "Tidak halal darah seorang yg mengucap syahadah) kecuali seorang lelaki yg kufur
setelah beriman, zina setelah merasai nikah atau membunuh tanpa alasan."
(Sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, annasa'iy dan Ibn Majah)

2. Jinayah Murtad mandatori Bunuh?

a. Ianya ijma' menurut Ibn Rajab alhanbali (Jami' alUlum wal Hikam, syarah hadis no 14, tahqeeq Syu'aib alArnauth)

b. Jumhur (majoriti) menurut catatan Ibn Hazm (alMuhalla:11/227); arRimli, alNihayah: 7/299), namun Jumhur ini merangkumi empat madzhab Mega.


Prosedur jenayah murtad


3. Takrifan hukum bunuh

Jumhur berpendapat semua wajib dibunuh (tanpa mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kecuali Hanafi (alBada'iy :7/135) yang menetapkan wanita tidak dibunuh kerana memadai dengan penjara sehingga dia taubat.

Imam-Imam Salafi (Syaikhul Islam IT, asSyarim alMaslul, Tahqeeq Muhyiddin Abd Hamid, ms 368) menetapkan hukuman bunuh dikenakan kepada jenayah murtad diklasifikasikan kpd dua jenis:
a. murtad yg senyap dan personal
b. murtad yg disertai aktivitas memerangi Islam

Maka hukum bunuh dijatuhkan kepada yang (b), spt kemurtadan Salman Rusydie (tambahan s2s).

Dalil Ibn Taymiyah ialah Fiqh Umar alKhattab r.a. yg melaksanakan hukum murtad di zamannya (lihat Abd Razzaq, alMusyanif: 10/168 Atsar no 18707) ada unsur tolakansur Omar terhadap kaum murtad Iraq dan tidak memerintahkan mereka semuanya dibunuh sebelum dialog dan kaunseling.

4. Bentuk Hukuman mati:

Khalifah Ali bin Abu Talib ra ialah dibakar jika thabit (Nailool Author: Jld 8)

Fiqh Ibn Abbas r.a. tidak boleh dibakar kerana bertentangan dgn perintah nabi s.a.w. yang menegah di azab dengan azab Allah (api neraka)

Komentar Dr Qardhawi: jenis dan cara membunuh pesalah murtad bukan perinsip cuma teknikal (furu'iyah)

5. Prosedur jinayah murtad:

Teknik tarbiyah dan saikologi supaya bertaubat diutamakan oleh jumhur.

a. Jika thabit kesalahan murtad, pesalah akan dikaunseling dan
dipinta bertaubat dalam tmepoh 3 hari. Jika masih enggan, maka akan dibunuh (Maliki, Syafi'iy dan Hanbaliah) [Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 9, ms 4 ke atas]

b. Menyuruh taubat bukan wajib cuma mustahab (baik dilakukan)..sebahagian Syafi'iyah dan sebahagian hanbaliah (asSyirazi, alMuhadzhab: 2/222)

c. Fuqaha' muttakhir
Imam Muhd Abu Zuhrah misalnya (alUqubah/195) mengkategorikan kesalahan murtad dari Muslim yang asli dan muslim convert (yg memeluk Islam dari agama lain). Jika Muslim yg asli tidak perlu diminta taubat dan jika muslim saudara baru, maka perlu diminta taubat dan diberi kaunseling. sekian

Tiada ulasan: