Selasa, 20 Mac 2012

BILA KITA BANYAK BUAT KESALAHAN...NAK UBAH TAPI TAK BERUBAH JUGA...MENYEBABKAN HILANG RASA KEPERCAYAAN MALAH MULA TIMBUL RASA BENCI DAN MELUAT....

PRU13: BN makin bimbang mood rakyat

Hazayani Zakaria, 19 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS mendakwa 'nasihat' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar rakyat tidak menggadai masa depan dengan mengundi pembangkang membuktikan BN bimbang dengan perubahan 'mood' rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semakin dekat dengan pilihan raya umum, semakin banyak kenyataan Najib yang menggambarkan kerisauan BN.

"Pemikiran Perdana Menteri ini masih lagi pemikiran lama, belum berubah.

"Dulu Perdana Menteri merayu pengundi berilah peluang sekali lagi kepada BN. Kemudian beliau minta maaf di atas kesilapan BN dan kali ini beliau kata jangan gadai masa depan dengan undi Pakatan.

"Saya fikir ini menggambarkan BN berada dalam keadaan bimbang terhadap perubahan mood rakyat sekarang," kata beliau pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sempena konvoi penerangan Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Wilayah Persekutuan, semalam.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, tidak timbul soal menggadai masa depan rakyat kerana terbukti mereka menerima manfaat yang lebih baik di begeri-negeri Pakatan Rakyat berbanding di bawah kerajaan BN.

"Bila rakyat buat perubahan tidak timbul soal gadai maruah atau gadai masa depan sebab negeri-negeri yang rakyat buat perubahan, rakyat ternyata mendapat manfaat lebih baik daripada apa yang ditawar BN.

"Selain pendapatan negeri-negeri yang meningkat berkali ganda, jelas bahawa negeri-negeri yang dimenangi ini, kita berjaya membersihkan imej pemimpin-pemimpin korup dan tak ada isu-isu begitu berlaku di negeri kita menang termasuk di Kelantan selama 20 tahun," katanya.

Tambahnya lagi, negeri Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran yang telus contohnya dalam pemberian projek, dilakukan secara tender terbuka.

"Tak timbul soal menggadai masa depan sebab sebarang elemen pembangunan sebagai contoh sumber negeri, kerajaan negeri yang kita menang semua projek melalui tender terbuka dan diadakan perbincangan direct dengan mereka yang terlibat dalam setiap pembangunan yang nak dibuat," katanya.

Kelmarin, Najib mendakwa BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.

Beliau turut mendakwa Pakatan Rakyat tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus tadbir negara.

Mudahnya Adun, MP BN Terengganu 'baham' tanah

Khairul Azlam Mohamad, 19 Mac 2012
KUALA TERENGGANU, 19 Mac: PAS Terengganu mendedahkan terdapat ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikurniakan tanah di negeri ini.

(Abdul Wahid menunjukkan gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN.)

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut melahirkan rasa sangsi serta dukacita apabila wakil rakyat Umno BN dengan mudah memperolehi tanah kerajaan sekitar satu hektar seorang.

Menurutnya, tindakan wakil rakyat Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.

Ini kerana, katanya Umno mengutamakan pemimpin-pemimpin BN sedangkan tanah rakyat ‘dirampas’ serta tidak diselesaikan dengan baik.

“Kita ada bukti, kelulusan telah dibuat dan kerajaan tahu apa yang berlaku. Saya cukup kesal dalam keadaan rakyat cukup derita dengan mengambilan tanah yang tidak dibayar seberapa, juga dengan isu tanah yang berlarutan.

“Tiba-tiba ini (tanah) dikurniakan kepada Adun-Adun dan Ahli Parlimen BN. Kita persoalkan mengapa saat-saat waktu begitu, menjelang pilihan raya pemberian dan kelulusan tanah kepada Ahli Parlimen dan Adun-adun Barisan Nasional (BN) Terengganu.

“Ini memang tidak selari dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Bagi kami (PAS) jika macam ini, kami hendak beritahu kepada rakyat ia hanya slogan kosong semata-mata,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya, bagi mengukuhkan hujah Umno mengutamakan pemimpin BN apabila sanggup merampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) dan diberikan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Limbong, Paka, Dungun.

Abdul Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendakwa setiap seorang Adun atau Ahli Parlimen BN dikurniakan tanah yang strategik di tepi pantai masing-masing sebanyak satu hektar.

“Apa yang berlaku sekarang ini, tanah itu diberi satu hektar atau dua setengah ekar seorang. Tanah ini diberi atas nama lot pertanian. Tanah cukup strategi, tepi pantai. Kita (PAS) ada bukti dengan gambar-gambar lokasi tanah yang diambil itu,” jelasnya.

Katanya, rakyat biasa hanya diberikan satu lot seorang dengan kiraan satu ekar dibahagikan kepada lapan bahagian lot.

Maknanya, kata Abdul Wahid setiap di kalangan pemimpin Umno berkenaan telah menafikan hak rakyat seramai 20 orang bagi satu hektar tanah tersebut.

PSC untuk sekat momentum anti Lynas

Harakahdaily, 19 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji kes Lynas hanya untuk halang kebangkitan rakyat.

AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohd Omar dalam kenyataannya berkata, ini adalah cara Kerajaan dibawah Datuk Seri Najib untuk menghalang kebangkitan rakyat menentang Lynas dengan memberi harapan kononya kerajaan BN bersedia mendengar pandangan orang ramai (rakyat)

Ini kerana, katanya, selama ini berbagai cadangan dan pandangan rakyat tidak dipedulikan sehingga berlaku Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb 2012 yang berjaya menghimpunan rakyat lebih 25,000 rakyat di Kuantan.

"Terdapat pandangan  menyatakan bahawa ini salah cara BN melewat-lewatkan dan melambatkan pergerakan anti lynas sehingga PRU 13 Selesai," tambah beliau.

Najib mengumumkan keputusan kabinet untuk menubuhkan PSC Lynas bagi mengkaji projek itu.

Namun, beliau juga berkata, cadangan PSC ini tidak muktamad di mana ia boleh diatasi oleh kerajaan.

"Kes ini juga telah dibawa ke mahkamah dan sebutan kali kedua di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Jelas dimana ianya mainan panggung wayang bagi membuktikan BN terbuka dan prihatin terhadap rakyat Malaysia," katanya Zulkifly  (gambar atas) yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Menurut beliau, bagi membuktikan rakyat benci dan muak dengan sandiwara BN maka rakyat menolak Kilang Lynas dan akan bersatu di seluruh negara secara serentak dalam himpunan secara aman pada 13 April nanti.

Sultan Selangor rasmi sidang Dun hari ini

Muhammad Faizal, 19 Mac 2012
SHAH ALAM, 19 Mac: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini merasmikan pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Selangor (Dun) yang kedua belas.

Baginda tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) jam 9 pagi itu turut membuat pemeriksaan kawalan kehormat utama, Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum berangkat masuk ke Bangunan Dewan Negeri Selangor.

Turut mengiringi baginda memasuki ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Tengku Panglima Diraja Selangor, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan juga isteri masing-masing.

Upacara perbarisan yang diadakan di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu turut dihadiri ahli-ahli kehormat dan juga ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, Sultan Selangor telah berangkat memasuki Dewan Negeri Selangor pada jam 10 pagi bagi memulakan titah ucapan baginda serta merasmikan persidangan Dewan Negeri Selangor kali ini.

Antara NFC RM250 juta dan Stadium RM290 juta

Dr. Syed Azman Syed Ahmad, 19 Mac 2012
Akhirnya Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia Datuk Sharizat Abdul Jalil yang juga merupakan  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah didakwa di Mahkamah terhadap dua pertuduhan pecah amanah yang melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.

Isu NFC, mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang di bentangkan di Parlimen pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia menjadi semakin panas selepas beberapa ahli Parlimen serta pimpinan Pakatan Rakyat telah mendedahkan bukti wujudnya penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Sementara itu, dalam kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang runtuh pada pada 2 Jun 2009, seorang jurutera perunding Wan Manan Wan Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Beliau didakwa atas tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Stadium Sultan Mizan yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.

Ia telah dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 dalam satu upacara yang gilang gemilang. Malangnya baru hanya setahun digunakan ia telah runtuh dan tidak dapat digunakan sehingga sekarang.

Secara faktanya, projek ’kebanggaan’ kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada  lebih RM 292 juta.




(Stadium yang runtuh tetapi hanya jurutera kecil yang jadi mangsa...ke mana pergi kontraktor yang untung besar dari wang rakyat hasil dari projek ini)

Projek Mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada 3 ’kontraktor kroni’ utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'Space Frame’ ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 suatu trajedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Sebahagian daripada bumbung utama stadium kebanggaan ini telah runtuh. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini.

Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam 'Tempuh Tanggungan Kecacatan’ dan pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah di taklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia. Semua punca keruntuhan telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC dan telah diserahkan juga kepada kerajaan negeri.

Namun sehingga kini, ramai kalangan yang tertanya-tanya, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap skandal keruntuhan yang memalukan ini? Walaupun begitu banyak laporan telah dibuat kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), hanya seorang konsultan bertaraf ’jurutera Perunding’  yang boleh dianggap sebagai ’bilis kecil’ telah diseret ke mahkamah.

'Jerung-Jerung besar’ yang telah mengaut laba berganda dari projek pembinaan stadium yang bernilai hampir RM300 juta ini masih lagi bebas berpoya dengan keuntungan yang mereka dapat.

Ramai yang tertanya-tanya dimanakah hasil laporan terperinci oleh pihak SPRM setelah hampir 3 tahun menjalankan siasatan yang rapi ini? Apakah tidak ada langsung elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam skandal sebesar ini? Dan kenapakah laporan yang di buat oleh oleh pihak JKR kepada PAC Parlimen tidak di ambil tindakan wajar oleh pihak SPRM sendiri?

Sekurang-kurangnya dalam kes projek lembu NFC, setelah diasak dengan laporan kepada pihak polis dan SPRM serta pelbagai 'pendedahan’ akhirnya 'jerung besar’ yang beristerikan seorang menteri terpaksa dikorbankan pihak Peguam Negara dan diseret ke mahkamah.

Berbeza dengan kes skandal Sultan mizan, walaupun semua punca keruntuhan telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian Kerjaraya (JKR) dan telah di taklimat kepada PAC Parlimen, namun setelah hampir 3 tahun laporan lengkap telah disiapkan oleh pihak JKR, kenapakah masih belum ada 'Jerung-Jerung Besar’ yang didakwa dan diseret ke Mahkamah?

Bayangkan stadium Sultan Mizan yang runtuh yang nilainya jauh lebih besar dari skandal lembu NFC. Semua pihak seolah-olahnya mahu 'cuci tangan’ dan meletakkan seluruh bebanan kesalahan kepada seorang jurutera ‘bilis kecil’ yang dikambing-hitamkan’.

Apakah ianya akan hanya tinggal satu kenangan yang terus menjadi ’titik hitam’ dalam sejarah negeri Terengganu Darul Iman sendiri? Kemana perginya 'kontraktor kroni’ dan kepimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Sri Ahmad Said? Yang nyata, ia jelas merupakan satu lagi ‘Projek kebangaan Kerajaan Barisan Nasional’.

----------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk

Bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan?

Harakahdaily, 19 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 19 Mac: Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa (gambar) meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan.


Beliau bertanyakan demikian pada sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini.

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan.

Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [Pendang] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah profesional dan expatriate warganegara Malaysia yang menyahut cabaran “brain gain” sejak dilancarkan dan berapa
ramai pula yang keluar negara menjadikan masalah fenomena “brain drain” kepada negara.

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini cadangan penswastaan KTM.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memulakan kursus kemahiran seperti yang ditawarkan di sekolah teknik seawall Tingkatan Satu di sekolah harian bagi pelajar-pelajar yang dikenal
pasti lemah pencapaiannya di dalam UPSR.

Tuan Khalid bin Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah alasan utama kontrak yang ditandatangani di antara MINDEF dan sebuah syarikat swasta tempatan LARDAC yang dibantu syarikat antarabangsa AIDC pada
Oktober 2001 untuk menjalankan 'program menaik taraf (upgrade) jet pejuang' yang pernah ditamatkan.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-
(a) Dasar Negara dalam membuka kembali pengambilan pekerja asing; dan
(b) jumlah pekerja asing mengikut sektor industri, pembinaan, restoran, perladangan dan pembantu rumah.

Lynas: PSC gambar kelemahan Najib

Mohd Sayuti Omar, 18 Mac 2012
Persetujuan kabinet untuk mewujudkan jawatankuasa khas mengenai Lynas (PSC) menjelaskan bahawa projek mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Gambang, Pahang itu bermasalah.


Kalau tidak ada masalah dan selamat, untuk apa jawatankuasa khas untuk menilai tahap keselamatannya lagi? Jadi munasabahlah kalau kumpulan hak asasi manusia dan oposisi menentang projek berkenaan kerana dikatakan tidak selamat kepada manusia dan alam sekitar.

Najib dalam mengulas penubuhan jawatankuasa itu berkata ianya perlu untuk mendapat pandangan umum berhubung projek berkenaan. Peliknya di sini kenapa jawatankuasa atau kepedulian itu dibuat setelah projek itu sudah bermula.

Jawatankuasa PSC itu dianggotai sembilan anggota itu yang terdiri daripada empat wakil dari Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang anggota bebas, akan diketuai Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin demikian menurut Nazri Aziz.

Dengan wujudnya jawatan kuasa itu dakwaan sesetengah pakar "mulut renyuk" memberi jaminan dari segi profesional mereka projek itu selamat termasuk seorang pakar dari Pas tidak boleh dipakai lagi.

Orang juga akan mempersoal sejauh manakah wibawa pakar-pakar berkenaan.

Walaupun PSC kata Najib tidak boleh membuat kata putus berhubung projek itu tetapi moral ianya telah merosakkan imej kerajaan sendiri. Walaupun PSC tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menutup tetapi perjuangan para anti Lynas dikira sudah berjaya apabila kerajaan sendiri meragui akan keselamatannya.

Sudah lama terpampang dalam benak saya kenapa bersungguh benar kerajaan hendak bangun projek berkenaan? Apakah wang pelancar untuk projek berkenaan sudah pu diambil? Baik kerajaan menjelaskan saja yang mereka telah terperangkap pihak tertentu dengan projek berkenaan.

Saya teringat kata Daim Zainuddin UBN tidak perlu adakan 'stok BN' atau 'stok Umno" untuk cari dana pilihan raya. Parti itu katanya ada cara dan sumber sendiri. Apakah salah satu sumbernya komisyen kepada projek nadir bumi itu? - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: