Rabu, 28 Mac 2012

BILA TAK TAKUT HUKUM ALLAH DIAKHIRAT..MAKA INI JADINYA...MEMANG MEREKA KURANG FIKIR RASIKO DIAKHIRAT..MEREKA YANG BERSALAH SATU ZARAH PUN TAK BOLEH LEPAS

Anak nafi SMS tawar bagi duit kepada pelajar

Harakahdaily, 28 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menafikan khidmat pesanan ringkas SMS yang sedang tersebar kononnya mereka menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ianya sengaja dibuat oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangan Anak yang semakin lantang sejak akhir-akhir ini.

"Saya yakin sebaran SMS palsu ini dibuat dengan maksud mensabotaj dan menjatuhkan nama baik saya," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

SMS palsu itu antara lain berbunyi "ANAK, sebuah NGO prihatin berhasrat membantu pelajar cemerlang dlm bentuk wang ringgit. Boleh hubungi saya MAZLAN ALIMAN di 0137130103 atau 0137430757".

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mengabaikan dan tidak tertipu dengan kandungan SMS palsu yang disebarkan tersebut.

Sah Dr Hasan paling tinggi, Dr Halimah tiada ubahsuai

Harakahdaily, 28 Mac 2012
SHAH ALAM, 28 Mac: Pejabat Exco Dr Halimah Ali tidak membuat sebarang ubahsuai dan hanya menggunakan pejabat pihak lain sebelum ini tanpa sebarang perubahan.

"Kalau adapun kita tambah perabut sedikit yang tidak sampai RM1,000 pun," kata Setiausaha Dr Halimah, Cik Nur Kamarina.

Kamarina memberitahu perkara ini kepada Harakahdaily ekoran teka teki yang wujud selepas pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.

Khalid dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri semalam memaklumkan semua perbelanjaan pengubahsuaian pejabat Exco kerajaan negeri Selangor.

Namun, Khalid tidak memberikan sebarang maklumat terhadap berapa jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Dr Halimah (gambar atas) , Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia untuk mengubahsuai pejabatnya.

Namun Khalid berkata, semua exco telah mengikuti semua prosedur perbelanjaan ubahsuai pejabat yang ditetapkan kerajaannya negeri.

Oleh itu, perkara itu tidaklah perlu menjadi isu.

Pengumuman ini dibuat oleh Khalid ekoran tuduhan bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang mendakwa pejabat Dr Halimah paling banyak membuat ubahsuai.

Hasan Ali berkata demikian ketika menjawab tuduhan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang mendakwa Hasan paling banyak berbelanja untuk membuat ubahsuai pejabatnya semasa beliau menjadi Exco iaitu lebih RM300,000.

Khalid dalam jawapannya semalam memberitahu, Hasan telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.

"Berdasarkan audit yang dijalankan, Hasan menggunakan RM329,000 untuk mengubahsuai pejabat beliau, jumlah yang tertinggi berbanding exco lain," katanya.

Belanja ubahsuai pejabat exco yang lain adalah Ean Yong Hian Wah (RM146,000), Rodziah Ismail (RM119,000), Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Dalam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat.

Halimah ketika menjawab tuduhan Hasan Ali itu menjemput semua wartawan dan jurugambar untuk datang ke pejabatnya bagi melihat ubahsuai yang didakwa Hasan Ali itu.

“Untuk membuktikan kata ini, saya menjemput semua media melawat pejabat saya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata yang inginkan perhatian rakyat.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” kata beliau yang juga Adun Selat Klang ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor.

Hukum khitan anak perempuan

http://ustazazhar.net, 28 Mac 2012

Para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukum mengkhatan / khitan. Oleh itu terdapat tiga versi pendapat, sebagaimana dihuraikan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Asy-Syinqithi dalam kitabnya Ahkamul Jirahah Ath-Thibbiyah wa Al-Atsar al-Mutarabbatu ‘Alaiha, ms. 161-162. Ringkasnya seperti berikut:

Pertama, khitan hukumnya wajib atas lelaki dan perempuan. Ini pendapat ulama Syafi’iyah, Hanabilah, dan sebagian Malikiyah. [Imam Nawawi, Al-Majmu’, 1/300; Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/103; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167].

Kedua, khitan hukumnya sunnah (tidak wajib) atas lelaki dan juga perempuan. Ini pendapat ulama Hanafiyah, Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Syaukani. [Imam Sarakhsi, Al-Mabsuth, 1/156; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167; Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/85; Imam Syaukani, Nailul Authar, 1/294].

Ketiga, khitan wajib atas lelaki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. Ini pendapat Imam Ahmad dalam riwayat lain, sebahagian ulama Malikiyah dan ulama Zhahiriyah. [Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/104; An-Nafrawi, Al-Fawakih Ad-Dawani, 1/461, Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/217].

Jenayah: Mengapa enggan dakwa AG, bekas KPN?

Harakahdaily, 28 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Keengganan kerajaan mendakwa Peguam Negara (AG) dan bekas Ketua Polis Negara (KPN) yang didakwa melindungi jenayah menunjukkan kerajaan seakan melindungi golongan yang berkepentingan.


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, mereka yang berprofil tinggi, berjawatan besar dan ada kedudukan tersendiri seolah-olah kebal dari sebarang tindakan undang-undang.

“Sebaliknya, jika rakyat bawahan yang didakwa terlibat, mereka pasti akan diseret ke muka pengadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, tegasnya DPPM menyokong gesaan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap AG dan bekas KPN atas dakwaan melindungi penjenayah untuk membersihkan nama polis dan juga jabatan kerajaan.

Ini kerana, ujarnya keengganan kerajaan mendakwa bekas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara akan lebih mencalarkan imej kerajaan di mata rakyat.

Beliau berkata, yang didakwa melindungi kumpulan kongsi gelap besar di negara ini pula bukan pegawai polis berpangkat rendah, tetapi bekas Ketua Polis Negara sendiri.

“Manakala tuduhan terhadap Peguam Negara pula menandakan bahawa badan perundangan negara sedang dikawal oleh kuasa lain sehinggakan kegiatan kongsi gelap juga boleh dilindungi dari tindakan undang-undang,” ujarnya.


Justeru, tambah beliau DPPM melihat jika kerajaan benar-benar mahu menjaga integriti institusi di bawahnya, kerajaan perlu bersikap telus dan adil dalam melaksanakan amanah mereka.

Beliau berkata, tahap kepercayaan rakyat perlu dikembalikan, dan antara langkah utama ialah mendakwa semua yang terlibat di muka pengadilan.

“Tidak ada gunanya pemimpin negara melindungi mereka yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan, kerana kredibiliti kerajaan akan terus dipertikaikan oleh rakyat,” ujarnya lagi.

RM608.68 juta! Peruntukan segera Najib, Muhyiddin, tapi mana peruntukannya?

http://www.pencacai-semalaysia.com, 28 Mac 2012
Ini ialah jawapan dari parlimen. Terima kasih YB. Mari kita sama2 perhatikan apa benda yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas neh.


1. YB tanya piem berapa banyak peruntukkan segera yang telah diluluskan semasa lawatan rasmi najib dan muhyiddin ke negeri2.

2. Lepas tue jawapan bertulis yang didapati ialah ;


- jumlah peruntukkan segera yang diluluskan oleh piem dan tipiem ialah sebanyak rm608.68 juta.

608.68 juta neh apa? Jumlah wang yang piem dan tipiem habiskan semasa melawat satu malaysia ka?

Bukan.

Jumlah peruntukkan segera yang diluluskan.

Contoh?

" Oleh kerana masyarakat orang asli taat dan setia kepada kita, saya tambah lagi 30 juta. " <-- Najib.

Inilah yang kita panggil express punya projek. Aku cenderung tak percaya kepada kewujudan angka2 neh. Siyes. Tapi dalam masa yang sama aku juga tak berapa nak suka membaca bila ada orang beranggapan bahawa najib round2 satu malaysia dan buang duit sebanyak rm608.68juta. Salah makna tue. Nak marah boleh tapi kena marah dengan memahami perkara yang sebenar. Barulah tujuan marah tue boleh disalurkan dengan betul.

Jawapan parlimen neh sepatutnya berdasarkan kepada fakta. Kalau diminta bukti, betul ka peruntukkan tersebut telah diluluskan, mungkin parlimen boleh bagi bukti tapi betul ke tak betul peruntukkan tue telah dibelanjakan atau akan dibelanjakan bagi kegunaan projek2 yang dicadangkan, itu belum pasti lagi.

Maksud aku disini ialah najib dan muhyiddin boleh pongpang cakap 10 juta sana, 10 juta sini, then bagitau kementerian kita telah luluskan 10 juta untuk itu, 10 juta untuk ini.. then bila masuk bab pelaksanaan dan perancangan masa tue baru kita boleh nampak sejauh mana benda neh akan pergi. Adakah ia mati tengah jalan or mati sebab tak cukup dana? Itu seme melibatkan perkara yang lebih dalam lagi der.

Lainlah kalau najib boleh bagi bukti bahawa peruntukkan2 segera yang diluluskan tue memang sedang berjalan. Maksud aku disini ialah jika ada bukti ia benar2 wujud, oke aku surrender dengan syak wasangka aku. Siyes.

Angka2 neh sapa2 pun boleh sebut dan cakap tapi tah betul tah tidak sapa yang tahu kan? Apa pun fahami dulu benda yang ingin dibenci, jangan dok galak nak membenci sampai tersalah benci. Bai.

Tiada ulasan: