Khamis, 15 Mac 2012

PELIK TAPI MUNGKIN BENAR...ALLAH SEMUA TAHU...MEREKA RASA BOLEH LARI DARI HUKUMAN ALLAH...MEREKA TIADA 'EHSAN'...DIMANA MEREKA TAK SEDAR ALLAH MELIHAT KEGIATAN MEREKA...KITA TUNGGU SAJA HUKUMAN ALLAH SWT

Copgate: Bukti yang Hisham minta 'sudahpun ada'
EKSKLUSIF Malaysiakini telah mendapat maklumat bahawa bukti mengenai skandal 'Copgate' yang diminta oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memulakan siasatan terhadapnya, 'sudahpun ada'.

Sebahagian daripada maklumat ini adalah dalam bentuk surat bertarikh 12 September 2007, yang dihantar kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom oleh peguam bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff.

Surat itu menyebutkan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu yang membawa kepada terdedahnya identiti pemberi maklumat polis yang telah membantu penangkapan penjenayah Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku Goh.

NONEHishammuddin (kanan dalam gambar), dalam reaksinya kepada
laporan Malaysiakini pada hari Ahad, telah meminta bukti-bukti berhubung dakwaan wujudnya pakatan di kalangan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan sri Musa Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tengku Goh untuk menutup satu siasatan mengenai rasuah.

Laporan itu menyatakan bagaimana pemberi maklumat - yang maklumatnya membawa kepada penangkapan Tengku Goh pada tahun 2007 - telah dipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Reaksi Menteri Dalam Negeri pada hari Isnin lalu ialah: "Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan."

Surat dari peguam Ramli kepada Johari - timbalan menteri dalam negeri ketika itu - menyatakan bahawa berikutan penangkapan Tengku Goh dan diletakkan di bawah "kediaman terhad" di Jeli, Kelantan, pada 8 Ogos 2007, maklumat telah dibocorkan kepada beberapa organisasi media, yang melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat dakwaan salahguna kuasa dalam "penyiasatan, penangkapan, penahanan dan pengeluaran perintah kediaman terhad" terhadap Tengku Goh.

Laporan berita itu juga mendakwa bahawa Tengku Goh telah dibersihkan.

NONEBerikutan laporan media itu, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Peguam Negara seminggu kemudian pada 15 ogos 2007 - di mana yang hadir termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (paling kiri), bekas Timbalan Ketua Polis negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz , bekas ketua pendakwaan Mohd Yusof Zainal Abiden dan Ramli.

Siasatan yang membawa kepada penangkapan Tengku Goh telah dibincangkan dalam mesyuarat itu dan telah ditegaskan bahawa identiti pemberi maklumat yang membantu dalam penangkapan tersebut, mesti dirahsiakan.

Ramli berhujah bahawa identiti pemberi maklumat polis tidak perlu didedahkan kerana ia akan melanggar Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

Apa yang berlaku seterusnya ialah Ramli menerima arahan dari BPR bertarikh 20 Ogos 2007 mengkehendakinya menyerahkan fail kes asal, bersama-sama dengan kenyataan pemberi maklumat dan identiti mereka.
'Copgate': Tak perlu siasatan baru, kata Hisham
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memang telah menerima surat dari peguam bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2007, tetapi tidak ada sebab bagi kementerian untuk menyiasat kes 'Copgate' sekarang.

NONEMenjawab soalan pemberita sama ada KDN akan membuka fail bagi
kes tersebut kerana bukti yang diminta kementerian berkenaan sudahpun dikemukakan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata kementerian telahpun melakukan apa yang diperlukan.

Beliau merujuk kepada laporan Malaysiakini hari ini bahawa sepucuk surat yang berperincikan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang membawa kepada pendedahan identiti pemberi maklumat polis yang membantu dalam penangkapan penjenayah dari Johor Goh Cheng Poh aka Tengku Goh, telah dihantar oleh peguam Ramli pada 17 September 2007, kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom.

Hishammuddin berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang baru serta fail telah pun dibuka bagi kes tersebut.

Bercakap dalam  satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata, beliau perlu melihat sama ada terdapat apa-apa fakta baru.

Katanya, kalau sekiranya apa yang dibangkitkan kali ini sama dengan apa yang dibangkit dahulu, dan ketika itu tiada tindakan diambil, dan tiada perkara baru dibangkitkan kali ini, "apa sebabnya patut saya mengambil tindakan yang berbeza daripada tindakan yang diambil dahulu."

ramli yusuff asset declare case 120310 04Malaysiakini melaporkan Ahad lalu bahawa pemberi maklumat polis didakwa dipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes tersebut - salah seorang daripada mereka adalah Ramli (kiri).

Ia juga mendakwa bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan 'Tengku Goh' bersekongkol di sebalik tindakan tersebut.

Gani didakwa menggunakan BPR untuk mendapat akses kepada fail-fail sulit mengenai pemberi maklumat, memburu mereka dan memaksa mereka menukar kenyataan untuk membabitkan para pegawai polis berkenaan dengan memalsukan keterangan.

Selepas pemberi maklumat mengubah kenyataan mereka, 'Tengku Goh' dibebaskan daripada perintah kediaman terhad di Kelantan dan dibenarkan pulang ke Johor.

Kesemua pegawai polis terbabit akhirnya dibebaskan, yang terakhir pada pertengahan tahun 2011.

Isnin lalu, Hishammuddin meminta bukti dakwaan pakatan sulit tersebut apabila diminta mengulas mengenai kes 'Copgate'.
"Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan," katanya.


VIDEO | 1.16 minit

Ramli: SPRM guna watak 'curiga' bagi perangkap saya
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff mendedahkan lebih banyak pengalamannya berhubung cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang didakwa menggunakan seorang penjenayah bagi memerangkap dan mengenakan tuduhan terhadap dirinya.

ramli yusuff asset declare case 120310 02Pada mesej sempena hari jadinya Rabu lalu, bekas pegawai kanan Bukit Aman itu berkata SPRM menggunakan kenyataan daripada seorang watak yang mencurigakan ketika lelaki itu masih dalam tahanan mengikut Ordinan Darurat, sebagai asas untuk membuat tuduhan terhadapnya.

"Bayangkan, SPRM bergantung kepada dakwaan oleh watak yang mencurigakan itu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan kemudiannya ditukar kepada kediaman terhad, dan akhirnya  dibebaskan selepas memperolehi kerjasamanya bagi memerangkap saya dengan membuat dakwaan bahawa pada 1999 saya diberi wang rasuah melalui seorang pegawai.

"Semua dakwaan ini datang dari sumber yang terbabit dalam jenayah terancang, termasuk pinjaman wang haram (ah long), loteri haram, pelacuran dan pengedaran dadah di Johor.

"Nota keterangan di (prosiding) mahkamah menunjukkan dengan jelas bahawa semua tuduhan-tuduhan ini adalah palsu semata-mata," katanya.

Malah, kata Ramli, SPRM, tidak berani mengemukakan lelaki itu di mahkamah sebagai saksi untuk membuktikan kenyataan berkenaan.

Namun, katanya, beliau didakwa hanya berdasarkan keterangan penjenayah berkenaan yang menurut SPRM bahawa terdapat asas untuk mewajarkan suatu notis untuk mengisytiharkan aset.

ramli yusuff commercial crime director police pc 301007 talk"Tiada apa-apa jua boleh menjadi lebih dashyat daripada apa yang dilakukan kepada saya," katanya.

Khamis lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Ramli menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan SPRM cuba memerangkapnya serta orang-orangnya.
Bekas polis kanan dakwa AG perguna SPRM
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

ramli yusuff asset declare case 120310 04Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu
majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.

Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.

"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.

"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).

NONE"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket
berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.

"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.
Hisham: Buktikan dulu, kemudian kami bertindak
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta supaya bukti dikemukakan sebelum siasatan dapat dijalankan berhubung dakwaan pembabitan pegawai tertinggi polis, peguam negara dan seorang penjenayah di Johor yang dikaitkan dengan gejala rasuah.

NONEBeliau mengulas laporan Malaysiakini, berhubung beberapa pemberi maklumat yang memberi maklumat hingga tertangkapnya seorang ketua kongsi gelap di Johor Goh Cheng Poh atau dikenali Tengku Goh in 2007. Bagaimanapun, pemberi maklumat berkenaan kemudian dipaksa mengubah keterangan mereka hingga menyebabkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu pula dipersalahkan.

"Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan.

"Sebagaimana yang saya selalu sebut, tiada seorang pun boleh mengatasi undang-undang," kata Hishamuddin ketika ditemui Malaysiakini di lobi parlimen hari ini.

musa hassan and gani patail and acaEnam anggota polis yang menyiasat Tengku Goh itu dilaporkan telah dipersalahkan kerana didakwa memalsukan bukti pada 2007.

Peguam negara Tan Sri Abd Gani Patail, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan penjenayah tersebut didakwa terlibat dengan tindakan itu.

Semua anggota polis berkenaan kemudiannya dibebaskan, paling akhir pada pertengahan 2011.
PKR akan failkan usul tergempar berhubung AG
Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata beliau akan memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan jenayah yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail seperti yang dinyatakan dalam laporan Malaysiakini.

NONESesi kelima Parlimen ke-12 bermula hari ini dengan spekulasi bahawa ia adalah sidang yang terakhir sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Sivarasa berkata usul itu akan difailkan pada Rabu ini di bawah Perintah Tetap 18 (1) yang membolehkan Parlimen untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam dan bersifat segera dan khusus.

"Pendedahan mengejutkan dalam laporan Malaysiakini memenuhi semua keperluan bagi peraturan tetap yang relevan di mana usul itu akan difailkan," kata Sivarasa.

shahrizat announce to resign as minister 110312Menurut Sivarasa, Parlimen hanya membenarkan satu usul mendesak untuk difailkan dalam sehari.

Seorang lagi pemimpin PKR, Zuraidah Kamaruddin, pula akan memfailkan usul tergempar bagi membincangkan skandal National Feedlot Corporation (NFC)  yang telah menggoncangkan pentadbiran Najib sejak Oktober tahun lalu pada Jumaat ini.
DAP cabar Najib siasat kelakuan Peguam Negara
Perdana Menteri dicabar menubuhkan sebuah tribunal kehakiman berhubung dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya ‘menganiaya’ pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap.

najib and ghani patail ganiIni berikutan dakwaan rasuah dan pencabulan undang-undang berhubung kes pada tahun 2007 yang dikatakan melibatkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Johari Baharom telah tidak melalui Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tetapi sebaliknya mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh.

Dalam kenyataan medianya, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata tribunal kehakiman perlu ditubuhkan bukan sahaja untuk menyiasat Gani, tetapi juga Musa dan juga Ketua Pengarah BPR ketika itu Datuk Zulkipli Mat Noor yang telah menyiasat perkara itu dan membersihkan nama antara satu sama lain.

gani patail musa hassan and anwar black eye incident"Kepentingan awam menuntut bahawa seharusnya ada inkuiri kehakiman bukan sahaja menyiasat hingga ke akar umbi kejadian pada tahun 2007 yang dilakukan oleh pegawai peringkat tertinggi kerajaan, termasuk tuduhan serius salah guna kuasa oleh Peguam Negara sehingga menjejaskan undang-undang tetapi juga bukti baru yang menunjukkan Ramli dan pegawai polis yang lain dijadikan mangsa, begitu juga dengan mengenai insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ke bekas pengerusi MAS Tan Sri  Tajudin Ramli," katanya.

Ramli mendakwa memiliki bukti baru dalam kedua-dua kes, kerana beliau telah menjadi sebahagian daripada pasukan penyiasatan.

Abdul Gani didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.
ramli yusuff commercial crime director police pc 301007 talkPemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumnpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan ini, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh tetapi dibebaskan tahun lalu.

Johari juga dituduh melakukan amalan rasuah dan disoal-siasat oleh BPR, tetapi akhirnya dibersihkan.
Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap
Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga  tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

NONEDokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

johari baharumJohari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu,  beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

ghani patail gani 060409Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.
Dewan Rakyat tolak usul tribunal siasat AG, bekas KPN
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar untuk membincangkan cadangan penubuhan satu tribunal untuk menyiasat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Usul yang difailkan oleh R Sivarasa (PKR-Subang) itu ditolak di dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan kerana tidak khusus dan melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(i).

Peruntukan itu menyatakan bahawa soalan ahli parlimen tidak boleh berdasarkan kepada laporan media.

Sivarasa memfailkan usul berkenaan semalam mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2).

Tiada ulasan: