Selasa, 27 Mac 2012

BERTEGANG LEHER TAK PE KALAU MENCARI KEBENARAN..JANGAN BERTEGANG LEHER KERENA NAK MEMPERTAHAN BENDA SALAH...MORALNYA PUN SALAH...AGAMA LAGI..MELARANG ...MALAH HARAMLAH...

Umno jangan bangga dengan wang menjelang PRU

Muhammad Yusri Amin, 26 Mac 2012
KOTA BHARU, 26 Mac: Umno Barisan Nasional diingatkan jangan terlalu bermegah dengan  kewangan yang ada dalam menjalankan kempen mereka kepada rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13).



(Salah sesorang peserta Hafazan menerima hadiah dari Nik Aziz.)


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, selagi Umno  mentadbir negara dengan menggunakan wang dan tidak berpandukan Al-Quran, lambat laun mereka akan jatuh.

“Kalau tidak jatuh di dunia, jatuh di akhirat kelak," kata beliau.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Balai Islam, Lundang dekat sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik  Abdullah.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) Datuk Che Rahim Jusoh.

“Gerakan Islam walau pun (dianggap) tidak ada duit, namun mereka ada ‘kebenaran’.

"Gerakan Islam ada ‘as-siratal mustaqim’, yang dilalui (ditunjuk) oleh Nabi Muhammad saw, dan inilah kelebihan gerakan Islam," katanya.

Oleh itu Menteri Besar mendakwa kepimpinan yang ada memimpin negara tanpa berpandukan Al-Quran (menolak Islam), lambat laun akan jatuh jua.

Beliau mengingatkan Umno supaya mengambil iktibar kejadian di Timur Tengah dengan naiknya golongan Ikhwanul Muslimin dalam menentang 'golongan kaya’ dalam peristiwa kejatuhan mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

“Hosni Mubarak itu, mengikut ucapan Dr Yusoff Al-Qardhawi, beliau membawa lari (bersamanya) harta kekayaannya sebanyak 19 buah kapal terbang.

“Mantan Presiden Mesir itu memang orang kaya, yang disokong Amerika, Peranchis, German dan Blok Barat sendiri, bahkan China dan Russia.  Semua itu blok kaya.

"Namun Ikhwanul Muslimin akhirnya mencapai kemenangan di Mesir.

“Kerana apa, adalah kerana kebenaran dan fitrah manusia itu sendiri yang mahukan kebenaran, tidak mahukan kezaliman.

“Justeru Umno selalu menyebut masalah projek, masalah pembangunan, namun pejuang Islam menyedari bukan itu keutamaan.

“Bahkan Rasulullah saw sendiri diutuskan Allah swt dari kalangan orang miskin," katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata Al-Quran diturunkan untuk kegunaan manusia, bukan kegunaan makhluk lain termasuk Malaikat.

Kini, kata Menteri Besar, pelbagai masalah berlaku dalam negara berpunca daripada ruhani  yang mati lantaran sikap manusia menolak Al-Quran.

Pada hari Kiamat, menurut aduan Rasulullah saw kepada Allah SWT bahawa manusia mengambil Al-Quran hanya untuk dibaca tetapi tidak dilaksanakan termasuk untuk panduan dalam perlembagaan pemerintahan.

“Kini gejala sosial berlaku membabitkan semua golongan, bahkan jenayah semakin menjadi-jadi.

“Pembunuhan kejam bukan saja membabitkan mangsa dari golongan dewasa bahkan kanak-kanak pun tidak lagi terselamat.

“Rogol, bunuh dan bakar menjadi satu gaya jenayah baru dalam masyarakat.

“Ini membuktikan undang-undang yang ada gagal mengawal kebuasan nafsu manusia walau pun undang-undang itu diperketatkan namun dalam masa sama jenayah semakin menjadi-jadi.

“Saya penuh yakin bahawa semua itu berpunca daripada manusia menolak Al-Quran sebagai asas peraturan hidup," katanya.

Justeru, kata Menteri Besar, Kerajaan Negeri mengambil langkah menganjurkan  pertandingan menghafaz Al-Quran.

Ia bertujuan menghidupkan penghayatan Al-Quran di kalangan rakyat selain mengangkat matlamat ‘satu rumah satu hafiz’ akan tercapai, insya Allah.

Kerajaan Negeri mengamalkan banyak dasar selari dengan Al-Quran.  Antaranya mengangkat dasar Membangun Bersama Islam sebagai asas pentadbiran negeri.

Memperkenalkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan, mengalihkan (simpanan ) wang Kerajaan Negeri di dalam bank riba ke dalam Bank Islam, mengawal penjualan minuman keras dan melarang sebarang bentuk aktiviti perjudian.

“Saya yakin puak-puak yang galak menyerang dasar Kerajaan negeri itu, mereka sekadar mahu menarik perhatian umum (supaya menyokong mereka).

“Ini kerana dasar-dasar negeri, sejak lebih dua puluh tahun lalu, diterima semua pihak di negeri ini termasuk non-muslim,” ujarnya.

Suasana tegang bicara bantahan pengundi pos

Mohd Nor Yahya, 26 Mac 2012

KETEREH, 26 Mac: Biar pun bantahan demi bantahan demi dibuat namun senarai baru pengundi pos masih muncul di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kok Lanas.

Pada akhir tahun 2010 penduduk tempatan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan sebagai pengundi pos.

Ketika perbicaraan diadakan, pengundi terbabit mendedahkan tidak mengetahui nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos. SPR akhirnya menerima bantahan tersebut.

Bagaimanapun ketika semakan daftar pemilih tambahan bagi suku kedua tahun lepas undi pos di kalangan isteri tentera disenaraikan semula.

Ketika itu terdapat seramai 408 pengundi pos isteri anggota tentera disenarai pada daftar tambahan berkenaan.

Bagaimanapun pada hari kedua perbicaraan diadakan terpaksa ditangguh ekoran bantahan dibuat PAS dan penduduk tempatan.

Dan hari ini pula berlangsung proses perbicaraan bantahan bagi suku keempat yang diadakan di pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, pada perbicaraan proses bantahan bermula hari ini seramai 126 pengundi pos yang meragukan dibantah penduduk tempatan.

Katanya, proses bantahan diadakan di hadapan pegawai kanan SPR diadakan tiga hari di mana hari ini 50 pemilih dibantah, esok (50 orang) dan lusa (26 orang).

“Mereka merupakan isteri anggota tentera, tentera dan orang awam yang mana senarai nama mereka diragui.

“Isu utama bantahan di mana tandatangan orang kena bantah (OKB) pada borang A tidak sama dengan Borang A yang ada pada SPR,” katanya di sini.

Proses bantahan itu turut dikawal selia pasukan peguam dari Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi PAS Kelantan yang diketuai Mohd Abdul Rashid Yah. Turut hadir peguam Hateman Abdullah, Alawi Mohd Rashid dan Mohd Najib Deris.

Abdul Rashid berkata, isu utama bantahan yang dibuat penduduk iaitu contoh tandatangan pemohon di Borang A yang dimiliki SPR dan salinan yang ada pada pemohon undi pos didapati tidak serupa.

Pada pandangannya terdapat unsur-unsur tidak sihat, di mana pemohon tidak tahu nama mereka didaftar sebagai pengundi pos dan kemungkinan ia dilakukan pihak tertentu.

“Semacam ada pakatan sulit di antara pihak tertentu dengan SPR. Ini jelas tidak telus. Kami telah mengemukakan bantahan kepada pengarah SPR Kelantan yang hadir sebagai pengadil kes tersebut,” katanya.

Antara pembantah yang hadir membuat bantahan pagi tadi termasuk Timbalan Ketua Pemuda PAS Ketereh, Abu Bakar Ibrahim.

Menurut Nik Mahadi pagi tadi suasana agak tegang berlaku apabila SPR pada awalnya tidak mahu menunjukkan salinan asal borang A pemohon undi pos ketika diminta pihak pembantah.

Bagaimanapun katanya, hasil campur pasukan peguam PAS menyebabkan SPR menunjukkan salinan asal Borang A yang memperlihat tandatangan pemohon tidak sama dengan Borang A dimiliki pemohon.

Malah pagi tadi juga kelihatan beberapa pegawai tentera yang lengkap berpakaian seragam mengawal pengundi pos yang hadir.

PMBK sumbang RM55,800 kepada kakitangannya yang meninggal

Rizal Tahir, 26 Mac 2012
KOTA BHARU, 26 Mac: PMBK Sawit, anak syarikat kerajaan negeri Kelantan, menyerahkan dua sumbangan kepada dua penerima masing-masing berjumlah RM70,000 dan RM55,800.
(Husam menyampaikan cek kepada ayah Farah Matvi Dallah sebagai wakil sambil diperhatikan oleh Farah.)

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mewakili PMBK Sawit menyerahkan sumbangan kepada Pondok Moden sebagai pembayaran zakat tahun 2010.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pula menyerahkan sumbgangan kepada Farahwaheeda Matvi, isteri allahyarham Kamalruzaman Abdullah.

Kamaruzaman, kakitangan PMBK yang juga Pegawai Khas Datuk Husam Musa terlibat dalam kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari menyertai tuntutan royalty kerajaan Kelantan di Kuala Lumpur 11 November tahun lalu (11.11.11).

Sumbangan kepada Farahwaheeda sebagai bayaran faedah kematian kepada isteri kakitangan PMBK mengikut skim pengiraan perkhidmatan syarikat Artikel 54.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Pengarah Yik (Bahagian Pelaburan), Ustaz Abdul Kader Othman, Penolong Pengarah Yik (Halehwal Murid), Ustaz Muslim Che Yusof dan lain-lain kakitangan PMBK Sawit.

Hadir sama, Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan timbalannya, Rosli Abdullah.

Husam berkata, sumbangan berkenaan diberikan semoga pihak yang memerlukan dapat memanfaatkan sumbangan itu dengan baik.

“Sumbangan ini turut diberikan kepada Pondok Moden dengan harapan ianya dapat membantu 289 pelajar di sana termasuk isteri allahyarham Kamal,”ujarnya.

Projek LPT 2 lambat, kontraktor kroni untung

Dr.Syed azman Syed Ahmad, 26 Mac 2012
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan di Parlimen pada minggu lepas tentang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan dalam pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT Fasa Ke 2) yang menelan kos RM3.7 billion.

Ia masih tidak dapat digunakan sepenuhnya akibat  berlakunya kelewatan yang ketara dari tarikh jangka siap iaitu pada akhir tahun 2010. Kerugian tersebut berlaku disebabkan terdapat beberapa kontraktor yang sepatutnya disenarai hitamkan dari mendapat tender telah di’anugerahkan’ tender semula oleh kerajaan.

Sebelum itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Ahmad Said semasa mengadakan lawatan kerja ke LPT fasa 2, menyatakan bahawa banyak faktor yang telah menjejaskan pencapaian projek LPT ini termasuk mendapan tanah, di samping kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik.

Beliau juga telah mengumumkan bahawa dua kontraktor yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya LPT 2 ini telah menarik diri. Alasan yang dikemukanan oleh kontraktor tersebut bagi menarik diri adalah “berikutan harga bitumen, yang merupakan bahan utama bagi kerja-kerja menurap lebuh raya itu, melambung tinggi…Jika mereka teruskan juga kerja-kerja itu, mereka akan mengalami kerugian yang besar."

Kedua-dua kontraktor yang menarik diri adalah GPQ/Bukit Puteri JV yang merupakan syarikat usahasama antara anak syarikat kerajaan negeri Terengganu dan syarikat awam yang telah dianugerahkan pakej 1C dan pakej 11 manakala Arah Jitu Sdn Bhd mendapat pakej 8 dan pakej 9B.

Melalui kedua-dua tender anugerah itu, GPQ/Bukit Puteri JV meraih projek bernilai hampir RM150 juta dengan pakej 1C bernilai RM90,000,000.00 dan pakej 11 bernilai RM57,961,710.50. GPQ/ Bukit Puteri JV menarik diri dari membina pakej 1C kerana sehingga April, 2009 syarikat tersebut gagal mencapai sasaran dan hanya melaksanakan 3.7% kerja dari sasaran 15.1% sebagaimana jadual.

Namun menurut Anwar Ibrahim; “kegagalan projek ini ada suatu pakatan kerjasama. Sepatutnya, yang saya tahu ‘financial procedure’ atau prosedur kewangan itu jelas. Mana-mana syarikat yang gagal maka semua anak syarikat itu dikecualikan daripada mendapat tender semula. "Akan tetapi ini diberikan pengecualian, pakej kelapan, anugerah kepada syarikat Arah Jitu RM80 juta, mansuh November 2009. Kemudian, ditender semula, berikan balik kepada Arah Jitu, harga RM76 juta. Ini kontrak apa sebegini? Ia gagal, kita anugerahkan semula. Jadi, kontraktor yang gagal untuk melaksanakan dua pakej; 8B dan 9B, dipilih semula dengan harga yang jauh lebih tinggi,” ujar beliau.

Anwar turut memberitahu dewan bahawa Kerajaan juga didapati gagal menuntut kembali bayaran yang telah dibayar kepada syarikat-syarikat yang gagal menyiapkan projek yang diberikan kepada mereka.
Menurut beliau; “kontrak 1A, pakej 1A bernilai RM41.86 juta dianugerahkan kepada Ascent Vest Sdn Bhd, dimansuhkan pada April 2010 setelah membayar RM27.2 juta. Ditender semula, dianugerahkan kepada Q-Bena dengan harga RM31.1 juta dengan tambahan dana. Kontraktor pertama patut bayar ganti rugi.

Pakej keempat dianugerahkan kepada Kobena Corporation dengan harga RM61 juta, gagal lagi siap dan diberikan kepada syarikat baru dalam pakej ketiga.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, ketika menjawab soalan di Parlimen pada akhir tahun lepas  berkata bahawa pembinaan LPT Fasa 2 yang dimulakan Mac 2006 dan mengalami kelewatan hampir dua tahun daripada jadual asal itu dijangka akan meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan  sekitar 15 peratus berbanding kos asal RM3.7 bilion.

Ini bermakna kerajaan terpaksa menanggung bebanan kenaikan kos dengan membelanjakan lebih RM500 juta lagi bagi menyiapkan projek LPT 2 yang tertangguh ini.
Bayangkanlah berapa kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri dengan kelewatan yang berlanjutan dari tahun 2012 kepada tahun 2014?

Persoalan besar yang timbul adalah kenapakah projek yang menelan belanja lebih RM 3 billion ini amat jauh tersasar dari tarikh jangka siap iaitu pada tahun 2010 lagi.

Begitu juga dengan tanggungan kos yang terpaksa pikul akibat dari kelewatan siap membina LPT 2 ini. Pihak manakah pula yang akan menanggung semua kos tambahan akibat kelewatan yang amat ketara ini?

Ya, inilah realiti di negeri penyu bertelur ini. Rakyat akan terus terpaksa menanggung bebanan kemiskinan dan kesempitan hidup yang amat memeritkan.
Kerajaan negeri pula terus berbelanja mewah untuk kroni dengan pelbagai projek Mega yang berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus  dan pembaziran yang berterusan. Kontraktor kroni akan terus mengaut laba keuntungan dari titik peluh rakyat yang miskin. Malang, Oh sungguh malang nasib rakyat Gganu kite ini.
---------------------------------------------------------
Penulis adalah Adun Batu Burok, Terengganu dan Penolong Setiausaha Agong Pas Pusat. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk

Tiada ulasan: