Selasa, 27 Mac 2012

LA NI BANYAK USTAZ CARI MAKAN...CARI DAN KEJAR KEMEWAHAN...LARI DARI YANG DIAJAR OLEH RASULLULLAH SAW...TOLAK HARTA..TAHTA...WANITA...CAMNE NAK SURUH ORANG SOLEH DAN TAKWA...DIRI SENDIRI PENAKUT...KEJAR PANGKAT DAN PUJIAN...TANGAN DIATAS LEBIH DARI TANGAN YANG DIBAWAH...ORANG ISLAM DIBARAT BIJAK2 TAPI BAB ISLAM BAGI PERCUMA JE..TIADA BAYARAN...KAT SINI ....ALLAH SAJA YANG TAHU....

PAS sokong demo tuntut hapus pinjaman PTPTN

Salmiyah Harun, 26 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS akan menyokong tindakan mana-mana kumpulan pelajar yang mahu mengadakan perhimpunan menuntut Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Menurut Timbalan Presidennya, Mohammad Sabu, sokongan itu adalah selari dengan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di mana setiap rakyat dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak.

"Pelajar yang akan menggerakkan himpunan, PAS akan menyokong gerakan pelajar itu," katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS, petang ini.

Tegasnya yang menuntut agar kerajaan menghapuskan hutang PTPTN yang ditanggung oleh pelajar sebagai tanda kasih sayang kerajaan apatah lagi menjelang pilihan raya.

"Hutang korporat yang yang diberi pijaman mudah oleh kerajaan boleh dihapuskira sedangkan pelajar yang akan berkhidmat dengan kerajaan dipaksa begitu rakus untuk membayar hutang.

Jelasnya, hutang Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd hampir RM600 juta boleh dihapuskan begittu sahaja malangnya hutang pelajar yang hanya RM6,000, RM10,000 dan RM3,000 tidak boleh dihapuskira.

"Oleh kerana, kerajaan hapus kira hutang-hutang korporat itu, ia membawa perubahan ekonomi dan kepada negara yang lebih dahsyat lagi," katanya.

Muhammad Sabu berkata, tindakan rakus PTPTN dalam mendesak pelajar membayar hutang seolah-olah pelajar terbabit dilihat seperti berhutang dengan institusi bank.

Tegasnya, ramai pelajar tajaan PTPTN tidak dapat sambung belajar di dalam atau luar negara bahkan ada yang ditahan pasport kerana gagal membayar balik pinjaman.

Sehubungan itu, katanya PAS akan mengambil tindakan undang-undang kepada Kerajaan Terengganu kerana tindakan menarik balik biasiswa sembilan pelajar Mesir kerana menyertai Himpunan Bersih tahun lepas.

"Bagaimanapun, kita akan lihat perkembangan sekiranya tidak ada apa-apa perubahan berhubung penarikan biasiswa itu kita akan berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Bahkan katanya, PAS akan bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan untuk mengutuk tindakan kerajaan Terengganu yang tidak menghormati hak manusia untuk menyertai mana-mana perhimpunan.

"Himpunan aman sudah diterima sebagai fenomena umum, dan ia bukan satu perkara yang pelik bahkan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Debat anak muda dengan ustaz ‘upahan’ Umno

Aslani M, 26 Mac 2012

TANAH MERAH, 26 Mac: Penampilan beberapa ustaz yang menjadi tenaga penceramah Umno bukan sahaja gagal menarik perhatian ramai, sebaliknya menimbul tidak puas hati anak-anak muda.

Baru-baru ini ceramah Ustaz Abdullah Abu Samah dari Pondok Geting, Tumpat di Kampung Bendang Nyiur dekat sini yang dianggap mencerca Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat reaksi spontan beberapa anak muda.

Seorang anak muda bangkit dan menyangah tomahan Abdullah sehingga berlaku perdebatan di antaranya dengan penceramah di atas pentas.

Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani berkata, beberapa kali pemuda itu bangkit menjawab apa yang dilontar penceramah Umno terbabit.

“Sehingga satu peringkat penceramah itu menyebut dia hendak berceramah macam mana apabila ada pihak yang menjawab di bawah pentas,” kata Amran di sini.

Ceramah itu diadakan pada 11 Mac lalu tidak jauh daripada rumah keluarga pemuda terbabit.

Kata Amran ekoran aksiden tersebut seorang pemuda Umno dari Kampung Bendang Ngok bangkit menumbuk pemuda terbabit, namun tersasar dan terkena seorang pemimpin Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur.

Menurutnya ekoran kejadian itu Pemuda Umno terbabit tidak puas hati di atas tindakan pemuda yang menumbuknya sehingga berlaku aksiden lain beberapa hari kemudian.

“Ekoran itu pemuda Umno Bendang Ngok membuat laporan polis. Polis kemudian menangkap seorang pemuda yang disyaki terbabit dengan kejadian gaduh di pasar malam.

“Saya difahamkan pemuda itu ditahan di bawah Seksyen 148 atas kesalahan bergaduh. Namun selepas dibebaskan dengan jaminan polis dia ditahan pula di bawah Seksyen 147.

“Manakala hari ini pula abang kepada pemuda terbabit seorang mekanik ditahan atas kesalahan menceroboh tempat ceramah Umno pada malam 11 Mac lalu,” katanya.

Difahamkan juga pemuda terbabit juga cuba dikaitkan dengan kejadian membakar bendera Umno di Tanah Merah baru-baru ini.

Amran yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan melahirkan rasa hairan banyak aduan ‘samseng’ yang menganggu ceramah Pakatan Rakyat di Johor, Kuantan dan Melaka seperti dibiarkan.

“Sedangkan laporan polis yang dibuat Umno seperti berlaku di Tanah Merah, anehnya polis bertindak segera sehingga pemuda terbabit ditahan banyak hari di lokap,” ujarnya.

Ustaz Hadi tinjau perkembangan Mediu

Harakahdaily, 26 Mac 2012
SHAH ALAM, 26 Mac: Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengadakan lawatan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di sini, hari ini.
Lawatan tersebut bertujuan bagi mengenali dengan lebih lanjut berhubung perkembangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah serta pengajian yang telah diperkenalkan.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mediu, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dengan diiringi pihak pengurusan tertinggi universiti.

Dr Muhammad Khalifa amat mengalu-alukan kehadiran beliau dan menyatakan rasa gembiranya di atas lawatan tersebut.

Seterusnya Tuan Guru Abdul Hadi telah diberi penerangan oleh Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat, Sirag El Nour berkenaan sistem pengajian yang digunapakai di Mediu yang lebih praktis dengan kepantasan dan kelajuan teknologi terkini yang memberi kemudahan kepada pelajar di seluruh dunia.

Pada sesi taklimat tersebut, Tuan Guru Abdul Hadi telah didedahkan berhubung perkembangan terbaharu Mediu yang telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada  lebih 4,000 pelajar daripada 90 buah negara dengan tawaran pengajian yang merangkumi 70 kursus melalui Fakulti Sains Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kewangan dan Fakulti Kejurutaraan.

Ustaz Abdul Hadi juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajaran Mediu yang serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.

Sejurus selepas lawatan, beliau menyatakan rasa kagum dengan pencapaian yang telah dimiliki oleh Mediu khususnya kemudahan di dalam program yang diperkenalkan yang telah memberi kemudahan untuk pelajar memilih bidang masing-masing beserta kaedah pengajian yang telah digunapakai.

“Lebih membanggakan, selain daripada pengajian secara di dalam kampus, Mediu juga memperkenalkan bentuk pengajian yang terbuka melalui atas talian yang boleh dipelajari di mana sahaja pelajar berada,” ujar beliau.

Beliau dengan penuh harapan menyatakan kewujudan Mediu akan membuka peluang kepada pelajar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta membantu usaha menyalurkan maklumat yang lebih jelas dan tepat berhubung agama Islam.

Minyak: Najib PM 'paling tidak berani'

Salmiyah Harun, 26 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Tindakan kerajaan Malaysia menghentikan import minyak mentah dari Iran ternyata menggambarkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri 'paling tidak berani' dalam menghadapi lobi Israel dan Amerika Syarikat.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, apatah lagi dengan melantik Apco sebagai penasihat kerajaan Malaysia, Iran yang dianggap
musuh Amerika dan Israel turut menjadi musuh Malaysia.

Apa yang dikesalkan, katanya Malaysia sebuah negara yang berpengaruh di dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam masa yang sama menghentikan import minyak Iran akhirnya menunjukkan kelemahan kerajaan di bawah pimpinan Najib.

"Saya rasa Perdana Menteri paling tidak berani dalam menghadapi lobi Israel dan Amerika.

"Kita nampak lagi Amerika Latin  lebih berani membuat pendirian hak-hak yang bersangkut paut dengan lobi melobi,"  katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, di sini petang ini.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Dr Syed Azman Syed Nawawi melahirkan kekesalan dengan kerajaan Malaysia yang begitu mudah untuk tunduk kepada kekangan kuasa besar Amerika Syarikat dalam hal import minyak daripada Iran.

"Apatah lagi perdagangan yang dinafikan antara dua buah negara umat Islam iaitu Malaysia dan Iran, sedangkan dengan Israel boleh berdagang," katanya.

Terdahulu, dalam kenyataan Najib menjelaskan Malaysia akan menghentikan import minyak mentah daripada negara itu bermula April – dua bulan sebelum sekatan AS ke atas negara itu berkuatkuasa.

Tiada ulasan: