Selasa, 27 Mac 2012

APA ADA HAIRAN MUSUH POLITIK TANYA...CUMA ESOK BILA ALLAH TANYA MANA DAPAT...KEARAH MANA DIBELANJAKAN...MESTI JAWAB...MASA TU NAK GUNA KUASA APA...NAK LARI KEMANA...NAK SOROK DIMANA..JANGAN NAK TIPU RAKYATLAH...ALLAH LAGI LAH MEMANG KITA TAK BOLEH TIPU LAH

PAS sokong demo hapus hutang PTPTN sebelum p'raya
Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Katanya, PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapuskira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Mohamad berkata, kerajaan perlu menghapuskira hutang berkenaan sebagai tanda "kasih sayang" kepada para pelajar dan juga sebagai satu bentuk pelaburan kepada golongan muda ini.
Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan kerajaan melupuskan pinjaman sebanyak kira-kira RM589 juta yang ditanggung tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

"PAS akan menyokong (perhimpunan) kerana bila Tajudin Ramli seperti dilaporkan Malaysiakini, hampir RM600 juta (hutang) dilupuskan. Kenapa pelajar yang berhutang RM3,000, RM4,000, RM6,000 tak boleh dihapuskira?

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.  Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," kata Mohamad lagi dalam satu sidang media hari ini.

Mohamad berkata, perhimpunan berkenaan akan dirancang oleh kumpulan pelajar dan PAS akan menyokong usaha itu.
Ketika dihubungi selepas itu, Mohamad berkata perhimpunan tersebut antara lainnya akan diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia.
"Tarikhnya mereka belum tahu lagi bila," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata PAS juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Terengganu yang menarik balik biasiswa ke atas sembilan orang pelajar tajaan negeri itu.
Pelajar di universiti Mesir itu dikenakan tindakan berkenaan kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai tahun lalu.
Katanya, PAS mengutuk tindakan kerajaan Terengganu merupakan tindakan keterlaluan, zalim dan menganiaya anak Melayu.
Tambahnya, Dewan Pemuda PAS akan menghantar satu memorandum "dalam masa terdekat" untuk menyampaikan tuntutan berkenaan.
"Kalau tidak ada apa-apa perubahan daripada tindakan menarik biasiswa maka kita akan bincang peguam untuk ambil tindakan," katanya lagi.
Tiada laporan polis, Wee maafkan 'penyerangnya'
Tiada laporan polis akan dibuat terhadap orang yang telah dituduh mengacu penumbuk ke muka Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu perhimpunan di Kajang semalam.

Wee memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa beliau telah "memaafkan" orang yang cuba menumbuknya itu.

"Saya telah memilih untuk memaafkan mereka...," katanya sambil menambah beliau sudah bersedia berdepan dengan yang terburuk.

Wee berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya beliau membuat laporan polis berhubung serangan tersebut.

Pakatan Rakyat mendakwa beberapa laporan berita memetik Wee sebagai berkata orang yang menumbuknya adalah penyokong pembangkang, sementara yang lain melaporkan bahawa orang berkenaan adalah ahli DAP.

Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
PAS gesa Ali Rustam dedah ADUN diperiksa polis
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang dilaporkan diperiksa polis yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan.

Menurut Kamaruddin, sekiranya Mohd Ali gagal mendedahkan nama wakil rakyat terbabit, PAS akan mengambil tindakan mendedahkan identiti wakil rakyat berkenaan.

"Kita tahu siapa wakil rakyat yang dimaksudkan ini. Memadailah saya katakan beliau bukan wakil rakyat dari MCA atau MIC.

"Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini.

"Sebab itulah kami memberi tempoh seminggu kepada beliau, dan sekiranya gagal, maka kita akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu," katanya.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seumpama itu perlu diambil tindakan dengan seadilnya, tidak kira wakil rakyat yang terbabit adalah daripada parti yang memerintah.

Dalam serbuan jam 2.40 pagi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis telah memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Dalam pemeriksaan awal itu juga seramai 12 telah didapati positif dadah.



    • Narisaudin Drahman · Pengulas Tertinggi · SMK Sungai Tapang
      kalau Ali Rustam seorang yang berintigriti tinggi sudah tentu dia akan mendedahkan Adun tersebut & kalau dia tiada intigriti maka dia akan menutup pekung di dada

    • Raja Rimba · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self Employed (Business)
      VIDEO Kenyataan Penuh - RM300 Ribu - Hasan Ali Jawab Tuduhan Azmin Ali. Dato' Dr Hasan Ali hari ini menjawab mengenai isu kos ubahsuai pejabat yang melibatkan kos RM300 ribu. Hal berkenaan dibangkitkan oleh Adun Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali http://bit.ly/GS6iEw

    • Carlos Kiyanly · Pengulas Tertinggi · Bekerja di İlk İnşaat
      Bagusnya wakil rakyat umno tu.... kempen...sampai tak sedar yg dirinya kena tangkap polis kat pusat hiburan. ini mesti kempen kat pusat hiburan tu dia tak apply permit . yang macan ni bagusss... Ali Rustan dan puak2 umno/bn suka.

      BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.
      Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.(Sinar harian)

    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      aku rasa wakil rakyat Umngok tu pergi bagi tazkirah pada GRO di kelab dangdut...!! hahahahaaha....

    • Carlos Kiyanly · Top Commenter · Works at İlk İnşaat
      Tuan Salehudin Hanafi, dia pi sana tu bukan apa, nak cari pengundi hantu.

    • Perangi Corruption · Top Commenter
      dalam hal begini bukan perkara baru...dah lama dah ini lah keje BN semua...masing2 ada kepentingan sendiri malah nak dapatkan projek dan bebagai lagi...mereka ni bila dah dilantik wakil rakyat banyak perkara lah mereka nak buat lebih2 lagi rasuah...mca bila2 aje boleh rasuahkan kepada umno..caranye bawa mereka tempat hiburan diberikan sorang pompuan melayan tapi bukan diorang yg bayar tokeh mca lah sponser...jgn tak tau politik dulu dan kini sama aje memang ade...dah masak lah dalam hal ini kalau takde aji no la moto..hehee nak macam maklumat pei lah menyamar kat farmosa garenti dapatnye..

    • Keladi Kelad · Top Commenter
      GUA LANGSUNG TK HERAN DGN ADUN ATAU PEMIMPIN UMNO BUAT KERJA CAM NI....BERSEPAH SEPAH DAN SENANG JUMPA
      SEBAB TUNJANG PERJUANGAN MEREKA ANTARANYA IALAH HIBURAN DAN SEKS....

  • Ramlan Bakar · Pengulas Tertinggi · Sek men tunku sulaiman tunjung, perlis
    kat pusat hiburan pun ada rakyat... jadi wakil rakyat perlu ada kat situ untuk mengetahui masalah mereka....seterusnya meyelesaikanya ada paham...

26 March 2012


ADUN UMNO MELAKA DI TANGKAP MINUM ARAK


Laporan dari akhbar Sinar Harian semalam melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. 27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka. (sumber). 

Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu MOHD YAZED BIN HJ.KHAMIS, ADUN dari RIM-JASIN.

Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:


Beliau gagal dalam memberi contoh ADUN yang baik lebih-lebih lagi apabila di pilih rakyat untuk melaksanakan amanah. Malangnya beliau gagal dalam memberi contoh terbaik selaku pemimpin yang beragama Islam. Bagaimana beliau mahu memimpin rakyat sedangkan beliau sendiri masih tidak mampu memimpin diri nya sendiri.

Rakyat negeri Melaka khususnya perlu bijak dalam menilai dan memilih pemimpin. Jelas, kepimpinan Barisan Nasional gagal dalam memberikan contoh tauladan yang baik kepada rakyat. Jika dahulu Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Tamby Chik sendiri terpalit dengan isu rogol, kemudian Datuk Ali Rustam dengan isu rasuah, kini tidak hairan anak didik acuan parti Barisan Nasional ini melahirkan pemimpin yang rosak akhlaknya.

Keruntuhan akhlak dan moral pemimpin akan mencerminkan rakyat yang bakal lahir, kerana daripada pemerintahlah akan membentuk masyarakat sepertimana ayah yang membentuk anak-anak. Justeru tidak hairan hari ini masalah sosial masyarakat semakin menjadi-jadi, seperti mana baru-baru ini kita di kejutkan dengan pembunuhan kejam adik Dirang, dan banyak lagi kes bunuh yang mencerminkan betapa masyarakat semakin tenat.


Maka dua ciri penting dalam memilih pemimpin adalah Al-Amin (amanah) dan Al-Qawiy (berkemampuan). Seseorang pemimpin itu tidak cukup jika hanya bersifat Al-Qawiyy iaitu berkemampuan memikul tugas dan tanggungjawab tetapi dalam masa sama tidak Al-Amin iaitu tidak amanah begitu juga sebaliknya. 

Amanah di sini bukan sahaja amanah sesama manusia tetapi yang terpenting adalah amanah kepada Allah. iaitu melaksanakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang. Itulah sebenar-benar pemimpin yang kita mahukan.

Sebagai rakyat kita hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman:  
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

p/s: ARAK, JUDI, RASUAH....UMNO Juara dulu kini dan selamanya..
Nazri diminta dedah sumber dana beli Porsche
Menteri di Perdana Menteri Jabatan Nazri Abdul Aziz digesa mendedahkan sumber dana untuk pembelian sebuah kereta Porsche dan sebuah kenderaan MPV mewah yang digunakan oleh anaknya dan pegawal  peribadi anaknya semasa didakwa berlaku insiden seorang pegawal keselamatan dipukul malam Selasa lalu.

NONEDalam hal ini, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata ia juga menjadi tanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengotakan janjinya untuk pembaharuan dan kerajaan yang bersih.

"Ini boleh dilakukan dengan mengarahkan Nazri membuat pengisytiharan penuh asetnya," tambah Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berkata tindakan tergesa-gesa polis untuk membersihkan anak Nazri - Mohamad Nedim - daripada sebarang salah laku - seperti yang dilaporkan beberapa akhbar Sabtu lalu - hanya menimbulkan lebih banyak kecurigaan dan keraguan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di kondominium mewah itu pada malam 20 Mac.

"Adakah polis cuba melindungi reputasi Umno dan kerajaan?" soalnya sambil menambah bahawa rakyat berhak meminta satu siasatan menyeluruh dan saksama dijalankan terhadap kejadian tersebut.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 wan abdul bari ocpdKatanya, kenyataan OCPD Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul "Wan Abdul Bari's statement is Khalid tidak konsisten dengan laporan-laporan awal bahawa anak Nazri dan pengawal peribadinya yang memukul pengawal keselamatan tersebut.

"Juga telah dilaporkan bahawa terdapat rakaman CCTV keseluruhan kejadian tersebut. Apakah yang didedahkan dalam pita CCTV tersebut?" soalnya.

Surendran juga mendakwa ia telah menjadi amalan standard bagi pihak polis tergesa-gesa mempertahankan pemimpin BN atau saudara mara mereka yang disyaki melakukan jenayah.
Buruh dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh Dirang
Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Baharu hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini.
 
Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.
 
Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.
 
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
 
Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.
 
Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.
 
Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira pukul 8.40 malam, 2 Mac lepas.
 
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan.
 
Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lepas.
 
Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan.
 
--Bernama
5 lelaki dituduh tampal poster hina Guan Eng, Ambiga
Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga.
 
Muhammad Nizam Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32, Mohd Norizam Che Othman, 31, Shahir Saarani, 30, dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36, didakwa bersama lima lagi yang masih bebas melakukan kesalahan dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan seperti "Lim Guan Eng Racist", "Lim Guan Eng Anti Melayu" dan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas".

Muhammad Nizam dan Hamzah, kedua-duannya penganggur, Mohd Norizam dan Shahir, kedua-duanya mekanik, dan Mohd Jamil, seorang peniaga, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di ibu negara pada 3.40 pagi 4 Feb lepas.
 
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.
 
Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula.
 
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri, manakala peguam Rezal Mazli Abdul Muin, mewakili kesemua tertuduh.

- Bernama
Mat Sabu: Najib 'paling tidak berani' hadapi lobi Israel
PAS kesal dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya "paling tidak berani" menghadapi lobi Amerika Syarikat dan Israel apabila menghentikan import minyak mentah daripada Iran.

Timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu menyifatkan bahawa langkah Malaysia itu juga kini meletakkan Iran sebagai salah sebuah negara musuh.

"Tindakan Malaysia hentikan import minyak mentah Iran ini satu perkara yang tunjukkan kelemahan Malaysia bawah pimpinan Najib.

NONE"Kita kesal sangat sedangkan Malaysia berpengaruh dalam (Pertubuhan Persidangan Islam) OIC," katanya lagi dalam satu sidang media petang di ibu pejabat PAS hari ini.

Sedangkan, tambahnya, kerajaan telah mengakui bahawa Malaysia menggunakan khidmat firma penasihat Israel, Apco dan turut mengadakan perniagaan dengan Israel.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas satu kenyataan Najib bahawa Malaysia akan menghentikan import minyak mentah daripada negara itu bermula April – dua bulan sebelum sekatan AS ke atas negara itu berkuatkuasa.

"PM ini paling tidak berani, saya tidak sebut penakut, dalam menghadapi lobi Amerika dan Israel," katanya lagi.
Laporan sebelum ini memetik Najib sebagai berkata, import minyak mentah negara daripada Iran sebanyak kira-kira 50,000-60,000 tong sehari "hanya jumlah yang kecil."
Empat pembeli terbesar minyak mentah Iran ke rantau Asia – sebanyak 2.6 jutsa tong sehari ialah ialah China, India, Jepun dan Korea Selatan.
Ahli politik diminta lapor pada polis jika rasa terancam
Ahli politik di negara ini diminta melaporkan kepada pihak polis sekiranya merasakan diri mereka terancam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  
Beliau berkata kegagalan ahli politik berbuat demikian menyebabkan pihak polis sukar menjamin keselamatan mereka terutamanya ketika menghadiri ceramah umum di seluruh negara.

"Polis adil memastikan keselamatan mereka (ahli politik).. ketua pembangkang, anak kepada ketua pembangkang sekalipun, jika rasa tidak selamat mereka boleh memohon sendiri kepada polis, saya sendiri memberi jaminan.

"Tetapi jika tidak dimaklumkan dan sesuatu berlaku, ini tidak boleh salahkan pihak polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
  
Mengenai kejadian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong 'diserang' di perhimpunan pendidikan Cina di Kajang semalam, Hishammuddin berkata sekiranya polis dimaklumkan terlebih dahulu kehadiran Wee di perhimpunan itu, beliau yakin kejadian itu dapat dielakkan.
  
"Kita akan buat apa yang sepatutnya selepas ini bagi memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang. Kita sedia maklum perkara ini akan berlaku dalam konteks ceramah masing-masing (kerajaan dan pembangkang)," katanya.

Beliau menasihatkan Wee membuat laporan polis sekiranya merasakan diri beliau terancam selain membolehkan polis membuat siasatan.
  
- Bernama


  • Jinggo Al Kapoor Bravo · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    betul ker...laporan barua umno serang nurul izzah dah siap? barua umno serang kereta anwar ibrahim dah siap? tunggu jer...

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di NFC
      Polis cuba mewujudkan kambing hitam dgn menjadikan pejuang PR sebagai mangsa..

    • Jin Swift Po · Pengulas Tertinggi · University of My Own
      HAHAHA...polis wat LAWAK...POLIS DIRAJA LAWAK :)))
    • sedik_69 (mendaftar masuk dengan yahoo)
      Raja Mohd Shahrim : Lepas PRU13, kita jadikan mereka kambing biri2, cukur bulunya habis sampai togel terutama yg kat atas tu.

    • Keladi Kelad · Top Commenter
      HAHAHAHAHAHAHAHA...SAMPAI NK JATUH KERUSI AKU GELAK,
      POLITIK PEMBAKANG JUGA DI JAGA....?????
      HAHAHAHAHAHAHHA LAWAK ALAF BARU PE KE??????
      KALAU PEMBAKANG PUN DIJAGA TAKAN MATA DSAI LEBAM.....HAHAHAHAHAHAHA
      LAWAK HISAMUDIN PALING BODOH ALAF INI....

  • Mohd Din Baba · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
    Bila kena pada timbalan menteri baru dia bersuara..selama ni bila pemimpin pakatan buat ceramah di ganggu, dibaling , kereta di rosak kan mengapa mendiam diri aje....

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di NFC
      POLIS x UMNO = 2x5

    • Rohan Abd Rahman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Perodua
      Polis Malaysia nak jaga wakil rakyat parti pembangkang ? Umpama mimpi dalam mimpi je....,ini sama macam cerita musang jaga ayam...

    • War Boss Hosey · Pengulas Tertinggi
      Raja Mohd Shahrim mana ade 2x5? Kalau "infinity"X1 pun boleh mereka lakukan, mereka jadikannya "1Malaysia Boleh!"
    • sedik_69 (signed in using yahoo)
      Rohan Abd Rahman : Takut ahli politik rasa lebih terancam, maklumlah saksi pun boleh jadi yang tertuduh & terancam skrg ni.

    • Jin Swift Po · Top Commenter · University of My Own
      biasa la...ada satu natang yg setia ngan tuannya...malas nak sebut...tapi kuat menyalak

    • Hanim Jabar · Top Commenter · Vokesional muar
      Rohan Abd Rahman ...aku setuju cakap kau. nasihat menteri nii hanya untuk wakil rakyat bn sahaja...pembangkang jangan harap, boo layan. kalau lapor pun hanya kena senyum sinis jee dari pegawai tuu....orang dah tahu perangai kau wahai hishamudin, sampai berbuih mulut...

Tiada ulasan: