Sabtu, 24 Mac 2012

MEREKA BOLEH..ORANG LAIN TAK BOLEH...AGAK2 NAK MENIPU SERTA TUTUP KERJA2 TAK ELOK...KITA SELAK KAIN ORANG...ORANG SELAK KAIN KITA PULA... YANG PENUH KUDIS DAN TOKAK....

Siasat peguam: Majlis Peguam bantah SPRM

Harakahdaily, 23 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Majlis Peguam Malaysia membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak mengarahkan agar kenyataan diambil dari peguam yang memberikan khidmat kepada anak guam mereka.

"Tindakan SPRM adalah satu tindakan membuli peguam, dan boleh menganggu kebebasan peguam untuk bertindak bagi pihak anakguamnya tanpa takut dan gentar," kata Lim Chee Wee Presiden Majlis Peguam dalam satu kenyataanya hari ini.

Peguam Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar yang bertindak sebagai peguam kepada Datuk Shamsubahrain Ismail dan mengiringinya semasa disoalsiasat oleh SPRM telah turut diarahkan disoal siasat oleh SPRM.

Bagi Majlis Peguam, kehadiran peguam semasa sesaorang individu disoalsiasat akan melahirkan akaunterbiliti kerana peguam bertindak sebagai pengawal kepada hak orang yang disiasat.

Dia juga boleh bertindak sebagai check-and-balance (semak dan imbang) di tempat kejadian dari sebarang salahlaku, katanya.

Bagi Majlis Peguam, sudah menjadi amalan dan pengesahan di peringkat antarabangsa, para peguam dibenarkan bertindak bagi anakguamnya untuk mendapat keadilan.

Sehubungan itu, Majlis Peguam meminta SPRM menarik balik notisnya untuk menyoalsiasat para peguam itu dan membenarkan para peguam menjalankan tugasnya secara profesional tanpa gangguan.
4 pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa
KHALILAH GUSTI HASSAN
23 Mac 2012
mayat suami
PETALING JAYA - Empat sahabat dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya, awal bulan ini.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20; Mohamad Sharafe Matt Noh, 19; Azizi Aizat Ibrahim, 20 dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, yang merupakan penuntut sebuah kolej.
Mereka didakwa membunuh Zara Ellana Omar, 23, iaitu seorang pensyarah, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 57, di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara Puchong, Puchong,  8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan, kesemua mereka menganggukkan kepala sebagai tanda faham. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Bantah Umno guna politeknik untuk politik

Mohd Sabri Said, 23 Mac 2012
PERMATANG PAUH, 23 Mac: Semua rakyat kawasan ini  yang prihatin kepada penyalah gunaan harta rakyat  dikerah hadir bagi membantah penggunaan politeknik bagi program Umno.

Mereka diminta berkumpul di hadapan pintu utama Politeknik Seberang Perai selepas solat zohor esok bagi membantah secara aman terhadap program 'Pelancaran Gelombang Biru' Pilihanraya Umum Ke 13 oleh Umno.

Ahli Jawatankuasa PAS Negeri yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Haji Omar Hasan berkata, program berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik merupakan program kepartian yang diadakan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang selama ini tidak dibenarkan sama sekali oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Kerajaan BN hanya melarang parti pembangkang sahaja menggunakan sebarang padang IPT sedangkan bagi BN ialah dibolehkan.

"Sikap yang ditunjukan itu berat sebelah.  Mereka mencabul apa yang menjadi undang-undang.  Oleh itu marilah bersama-sama hadir di pintu utama Politeknik Seberang Perai untuk membantah pencabulan itu," tegasnya.

Ini membuktikan Umno dan BN bankrap perancangan dan tempat sehingga memilih lokasi yang selama ini tidak boleh dimasuki oleh mana-mana parti.

Pagi tadi satu memorandum telah dihantar oleh beliau sendiri bersama Setiausaha PAS Permatang Pauh, Mansor Che Dan, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Jamsari Samad, Pengarah Pilihanraya Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Jaya, Anuar Hamid dan Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh, Yusmira Yusuf.

Sementara itu Pengarah Politeknik Seberang Perai, Haji Zulkifli Ariffin berkata, sebenarnya pihaknya menerima surat permohonan dari Kementerian Belia dan Sukan untuk program penyampaian peruntukan kepada badan di bawah belia di Pulau Pinang.

Cuma kemudianya timbul satu lagi surat dari Umno untuk mengadakan pelancaran di tempat yang sama.

Namun beliau berjanji tidak akan membenarkan Umno memasang bendera parti kerana tidak mahu melihat Politeknik Seberang Perai terdedah dengan politik kepartian.

Umno jual 74 ekar tanah rizab Melayu

Muhammad Faizal, 23 Mac 2012
SHAH ALAM, 23 Mac: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa kerakusan Umno di kawasan Gombak menyebabkan 74 ekar tanah rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triump City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.

Dakwanya sewaktu membahas titah ucapan Diraja di Dewan Negeri Selangor, selain itu juga syarikat tersebut turut gagal membangunkan tanah berkenaan dan berdegil utuk menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut telah ditukar.

"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor.

"Ini satu amalan yang seringkali dilakukan oleh pentadbiran Umno dalam menguruskan tanah rizab Melayu ialah dengan menukarkan tanah rizab di kawasan bandar dan diberikan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal," katanya.

Tambah beliau lagi, tindakan ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu, inilah amalah khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan," sambung beliau lagi.

"Isu Tanah Rizab Melayu turut dibangkitkan dalam titah Tuanku Sultan dan saya menyambut baik nasihat Tuanku supaya Kerajaan Negeri memelihara Tanah Rizab Melayu," katanya

Beliau yakin kerajaan negeri akan mematuhi peruntukan perlembagaan berkenaan tanah rizab Melayu selaras dengan prinsip 'rule of law' dan semangat berperlembagaan.
Azmin dakwa Hasan Ali salah guna dana
RUWAIDA MD ZAIN
23 Mac 2012
Azmin Ali
SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendedahkan tiga perkara, didakwa menyalahgunakan dana dan kedudukan, membabitkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) ketika menjadi Exco Selangor.
Adun Bukit Antarabangsa itu berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000 sedangkan Tan Sri Abdul Khalid selaku  Menteri Besar tidak menggunakan satu sen pun untuk ubah suai pejabat.
Selain itu, Azmin juga mempersoalkan tindakan Hasan melaksanakan program Padat yang disifatkan sebagai satu pembaziran di mana program tersebut membabitkan perbelanjaan RM546,920 untuk satu majlis sahaja.
Hasan juga didakwa menyuburkan proses pemberian tender secara terus walaupun cuba dikekang Abdul Khalid.
Bagaimanapun beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertikaikan dakwaan  Azmin berhubung salah guna peruntukan kewangan oleh Hasan, yang kini bertindak sebagai Adun Bebas, ketika memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer), Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) dan Sulaiman Razak (BN-Permatang) yang tidak berpuas hati dengan dakwaan berkenaan, bangun mencelah ketika Azmin membahaskan titah Sultan Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, hari ini.

Azmin ketika memberikan penjelasan kepada ketiga-tiga Adun dan Dewan berasa hairan kenapa BN beria-ria mempertahankan bekas Pesuruhanjaya Pas Selangor yang tidak hadir pada sidang Dun hari ini.

Ketika yang ditemui di luar dewan berkata, mereka tidak terkejut dengan pendedahan Azmin memandangkan ia dipertikaikan selepas Hasan tidak lagi menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor dan dipecat dari Pas.
Penyalahgunaan dana yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak itu pernah dibangkitkan oleh Adun BN pada sidang Dun sebelum ini, namun tidak dipersoalkan dan diberi perhatian oleh mana-mana Adun Pakatan Rakyat (PR) memandangkan Hasan masih berada dalam PR.
Hasan dipecat oleh Pas awal Januari lalu dan disusuli dengan pengguguran beliau dari barisan Exco Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: