Khamis, 22 Mac 2012

JANGAN KATA GITU...BILA ISLAM DITUDUH GANAS...ORANG AKAN BACA TENTANG ISLAM...ADAKAH IA BENAR2 GANAS...BILA BUKU ITU DIHARAMKAN ORANG SIBUK NAK BACA...SEBAB INGIN TAHU..SEBAB APA..BETUL GAJI@ELAUN MEWAH..TAPI BUKAN SATU NEGERI...BEGITU JUGA PERINGKAT PUSAT..KITA BERI CERAMAH PUN CAS MAHAL2...JANGAN KETAM MENYURUH ANAK BERJALAN BETUL...BAGAIMANA CEO SYABAS...TAK BANYAK KE ELAUNNYA....

Dr Asri: Aktiviti militan tak bantu kembangkan Islam
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menolak pandangan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat yang mengatakan aktiviti militan juga membantu mengembangkan ajaran Islam.

NONESebaliknya, felo pelawat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), itu berkata, tindakan militan memberi tanggapan buruk apabila kajian menunjukkan sebanyak 75 peratus rakyat Amerika dan Eropah mempunyai gambaran yang salah tentang Islam dan isu terrorisme.

"Walaupun ada yang mengkaji Islam disebabkan mereka, tetapi salah faham terhadap Islam jauh lebih besar telah berlaku.

"Adakah itu pasaran yang baik?," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini semalam.

Menurut Dr Mohd Asri, media Barat juga berjaya memberikan gambaran buruk tentang Islam disebabkan tindakan militan.

NONEYazid, 48, ketika diwawancara berkata, beliau mempunyai jawapan yang mudah berhubung pembunuhan sesama manusia yang berlaku pada 11 September 2001 yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New York.

"Niat mereka adalah suci. Apa yang mereka lakukan adalah satu ibadat, dan mereka mungkin melakukan kesilapan di sana sini, tetapi iman mereka, kepercayaan mereka terhadap keesaan Allah adalah benar.

"Jika mereka membuat kesilapan, mungkin dalam pelaksanaan, dan insyaAllah, Allah akan mengampunkan mereka," kata Yazid.

us global diplomacy 070706 iraq war tank childrenDr Mohd Asri berkata lagi, terdapat dua golongan yang berperang bagi menentang bukan Islam.

Pertama, katanya, golongan yang berperang untuk menghalau musuh daripada bumi Islam seperti yang berlaku di Iraq atau Palestin.
Jelasnya, golongan itu, berperang bagi memperjuangkan kemerdekaan bumi yang dijajah.

"Golongan kedua pula ialah mereka yang memberikan gambaran salah kepada dunia mengenai Islam.

"Perbuatan golongan yang melakukan keganasan di bumi yang aman atau menyerang orang awam yang tidak melibatkan peperangan adalah salah di sisi ajaran Islam,” katanya.
Yazid dalam wawancanya itu, walau bagaimanapun menafikan dirinya seorang pengganas, walaupun menurut PBB, Yazid pada bulan Oktober 2001 pernah bertemu dengan Zacarias Mousaoui.

september 11 2001 wtc attack 911Zacarias pada tahun 2006 dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Amerika Syarikat kerana kesalahan merancang serangan 9/11.

Yazid ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa dalam  pulang dari Afghanistan di sempadan Thailand-Malaysia, pada bulan Disember 2001. Beliau ditahan sekurang-kurangnya tujuh tahun di Kamunting, Perak. Daripada tempoh tahanan itu, lima tahun adalah kurungan di bilik seorang diri.

Pada kejadian 11 September 2001itu, bukan sahaja Pusat Dagangan Dunia di New York diranapkan, tetapi Pentagon turut diserang manakala beberapa pesawat dirampas dan diletupkan.Tidak kurang 3,000 nyawa melayang.
130 kes murtad direkod di S'gor dalam 7 tahun
Sebanyak 130 kes murtad dilaporkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) antara tempoh 2004 hingga 2011, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.

NONEMenjawab soalan Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam berkata, hanya 14 kes yang dibawa ke mahkamah syariah sudah diselesaikan.

Khalid yang juga exco agama negeri bagaimanapun berkata, kerajaan akan terus memantau gejala itu, termasuk pendakyahan agama lain melalui Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau turut menuntut bekas exco Datuk Hasan Ali yang mendakwa mempunyai bukti video berhubung perkara itu dapat mengemukakannya 
JAKIM: Tiada paksaan restoran pohon sijil halal
Tiada paksaan kepada pemilik premis makanan dalam aspek memohon persijilan Halal dan mempamerkan Logo Halal Malaysia, kata Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Hakimah Mohd Yusoff.
  
azlanBeliau berkata namun begitu premis yang mempunyai logo dan persijilan halal itu akan mendapat faedah tersendiri apabila pengguna berasa yakin terhadap status halal dan keselamatan makanan dan perkhidmatan yang disediakan.

Katanya bagi premis yang mempamerkan Logo Halal Malaysia perlu dibuktikan dengan persijilan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM atau Majlis Agama dan jabatan Agama Islam negeri-negeri.
  
Beliau berkata ini selaras dengan peruntukan dalam Akta Perihal Dagangan 2011 melalui perenggan 4(1) dan (2) Perintah Perihal (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuatkuasa 1 Januari lepas.

"Mempamerkan logo halal dan penandaan halal yang tidak dapat dibuktikan dengan persijilan Halal Malaysia dikeluarkan JAKIM serta pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah satu kesalahan kerana perbuatan itu memperdaya dan mengelirukan pengguna.

"Oleh itu isu membenarkan premis makanan mempamerkan logo halal tanpa persijilan itu tidak berbangkit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
halal food convention woman buying inspecting food 121206Sehubungan itu beliau menasihati peniaga yang tidak mempunyai persijilan halal agar tidak mempamerkan logo halal di premis mereka.
  
Beliau berkata JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju supaya pemantauan dan penguatkuasaan persijilan tersebut kepada premis makanan dilaksanakan secara berperingkat.
  
"Buat masa ini JAKIM dalam proses memberikan pendidikan dan nasihat kepada pengguna dan pemilik premis. Pemantauan dan penguatkuasaan secara berperingkat memberi peluang dan masa secukupnya kepada semua pengusaha premis makanan melaksana perubahan dan mendapatkan persijilan Halal Malaysia," katanya.
Hasan Ali persoal elaun, belanja mewah
NURULFATIHA MUAH
22 Mac 2012
Hasan Ali
SHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas–Gombak Setia) mempersoalkan tindakan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor  menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.
Bekas Exco Kerajaan Negeri mendedahkan, individu itu didakwa pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama.
“Saya bukan iri hati, hanya fikirkan rakyat. Saya hairan sebab dia asyik ke luar negara saja, seolah-olah tiada kerja di negeri ini.
“Saya cadangkan supaya hadkan bilangan untuk seseorang itu pegang jawatan seperti yang pernah dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang sebelum ini. Jika dia mahu pegang banyak jawatan, kena hadkan elaun diterimanya,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, semalam.
Sebelum itu, Hasan menyelar Dr Abdul Rani Osman (Pas–Meru) mempunyai masalah psikologi kerana mempersoalkan ketidakhadiran beliau pada Majlis Santapan Diraja, malam Isnin lalu dan sesi petang sidang kelmarin.
“Dia ganggu peribadi saya dan tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang Adun.
“Saya juga pernah jadi ahli Parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?” katanya.
Dalam sidang sama, Hasan berkali-kali diberi peringatan oleh Timbalan Speaker Dewan, Haniza Mohamed Talha supaya tidak membincangkan perkara peribadi.
Beliau mendakwa, pemecatannya daripada Pas adalah kerana berjuang untuk Islam, Melayu dan institusi diraja (IMR).
Dr Shafiee Abu Bakar (PAS-Bangi) kemudian bangun dan mempersoalkan Hasan sumbangan sebagai Exco Selangor sebelum ini dan mendakwa kemungkinan beliau kecewa akibat dipecat.
Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) turut bertanya masa yang diperuntukkan Hasan melibatkan diri dengan orang bukan Islam mengenai dakwaan murtad yang dibuat mereka.
“Saya seorang pakar motivasi, tiada istilah kecewa dalam hidup saya,” katanya.
Dalam pada itu, Hasan turut mendakwa Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar diangkat sebagai pemimpin dalam membantu pembangunan di negeri itu kerana berdepan dengan pelbagai masalah moral.
“Saya tidak tuju kepada sesiapa pun, cabaran pembangunan bukan bersifat fizikal semata-mata, tetapi moral dan akhlak. Kita perlukan pemimpin yang lengkap seperti itu,” katanya.

- Bernama
Wakil rakyat 'melenting' kait Felcra dengan Israel

21 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Akibat tersalah baca, seorang anggota Parlimen pembangkang hari ini telah membuatkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman hilang sabar apabila tersilap menyebut nama sebuah agensi kerajaan yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat yang mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel. 

Er Teck Hwa (DAP-Bakri) ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja telah tersalah menyebut Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sebagai mempunyai kaitan dengan dua buah syarikat yang dikatakan mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel, sedangkan dakwaan itu mahu ditujukan kepada Felda. 

Dakwaan itu menyebabkan Tajuddin (BN-Pasir Salak) yang merupakan Pengerusi Felcra 'melenting' dan mencabar ER membuat kenyataan itu di luar dewan serta mendesak beliau menarik balik kenyataannya itu yang disifatkan sebagai "fitnah tidak berasas".  

"Dakwaan yang mengatakan Felcra ada saham dalam kilang yang mengeksport minyak sawit ke Israel itu tidak betul sama sekali...saya mahu dakwaan itu ditarik balik. Kecuali anda tarik balik, saya akan berdiri di sini sehingga pagi esok," tegas Tajuddin.   

Er dalam ucapannya sebelum itu menyebut 'Felcra' merupakan antara pemegang saham terbesar dalam dua buah syarikat yang dikatakan mempunyai kilang di Johor dan mengeksport komoditi negara itu ke negara rejim zionis berkenaan.

"Dua dokumen 'booking confirmation' melibatkan dua syarikat berpangkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40km dari Tel Aviv," dakwa Er.  

Kesilapan Er diulangi Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika mencelah perbahasan Er:"Adakah Yang Berhormat hendak kata sebenarnya 'Felcra' ada share dalam kilang yang hasilkan minyak sawit yang kemudiannya dihantar ke Israel? Jadi secara tidak langsung 'Felcra' ada share membantu Israel yang menekan Palestin..." 

Isu itu menyebabkan persidangan dewan terus tegang apabila beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) mula bangun mempertikaikan kenyataan wakil pembangkang itu manakala  Tajuddin berterusan berdiri untuk menggesa kenyataan itu ditarik balik.  

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pula membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk kedua-dua wakil pembangkang itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dewan.  

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun berkata, beliau tidak berhasrat untuk membuat keputusan sebegitu tetapi menasihatkan anggota Parlimen supaya berwaspada mengenai intipati ucapan dan mengelak daripada mengandungi perkara-perkara yang tidak betul atau mempunyai konotasi agenda politik.

Kemarahan Tajuddin berterusan sehingga sesi petang apabila beliau terus berdegil mahu Er menarik balik kenyataannya walaupun sebelum itu wakil DAP itu telah membuat pembetulan dan mengakui kenyataan itu dituju kepada 'Felda' dan bukannya 'Felcra'.  

Merujuk isu itu, Pandikar Amin kemudiannya memutuskan untuk memberi ruang kepada Er dan Mahfuz untuk menarik balik kenyataan mereka dan kepada menteri bagi menjawab dakwaan yang dibangkitkan.  

Sekiranya kedua-dua wakil pembangkang itu masih berkeras dengan kenyataan itu, mereka boleh dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sekiranya penjelasan menteri membuktikan dakwaan yang dikemukakan itu salah. - Bernama

Tiada ulasan: