Ahad, 25 Mac 2012

JANGAN INGAT KITA BAIK...DAN HEBAT...TAK KAKI PEMBOHONG...TAK KAKI BELIT...TAK BANYAK SKANDAL SEX...MINUM ARAK...RASUAH DLL...SEMUA DALAM ILMU ALLAH DAN PENGETAHUAN ALLAH....ALLAH TAHU BAGAIMANA NAK HUKUM ORANG2 NI BERLAGAK HEBAT...TETAPI MUNGKIN PENYAMUN TARBUS...

Hadi: Bukan Islam tidak boleh jadi No 2 Pas
MOHD AZLIM ZAINURY
25 Mac 2012
hadi awang
MARANG – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sekeras-kerasnya cadangan bahawa pemimpin bukan Islam boleh memegang jawatan timbalan presiden Pas satu hari nanti kerana ia bertentangan dengan perlembagaan parti berkenaan.

“Itu bercanggah dengan perlembagaan Pas, tidak boleh.

"Yang bukan Islam boleh jadi menteri, bukan memegang jawatan parti (dalam Pas). Kalau di negara komunis, adakah mereka akan melantik presidennya yang tidak komunis?

“Di Amerika pun bila (parti) Republikan yang menang, presidennya ialah Republikan, naib presidennya Republikan, setiausaha negara Republikan, pegawai-pegawainya yang tidak republikan begitu juga jika parti Demokrat yang menang,” kata Presiden Pas ini di sini, kelmarin.

Malah katanya, Umno sendiri tidak akan berbuat demikian jika parti itu menang pilihan raya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa orang bukan Islam dalam parti komponen Pakatan Rakyat boleh memegang jawatan menteri jika pakatan pembangkang itu berjaya mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas respons kontroversi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pada bulan lalu, yang mendakwa parti itu boleh menerima bukan Islam memegang jawatan nombor dua jika ahli-ahli membolehkannya pada satu masa kelak.

Bagaimanapun, pemimpin tertinggi Pas sebelum ini telah menganggap, kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu sebagai telah selesai sepenuhnya dan tidak perlu diperbesar-besarkan.
Pas tidak masuk campur isu saman Anwar
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
25 Mac 2012
tuan ibrahim tuan man
SHAH ALAM – Pas menegaskan pihaknya tidak pernah masuk campur dalam isu saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan karibnya, Senator Datuk S Nallakarupan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu itu tidak pernah ditimbulkan dalam mana-mana mesyuarat Pas sebelum ini.

“Jika ada pihak yang menuduh Pas mendesak Datuk Seri Anwar, itu tidak betul, kita tidak pernah bincang hal ini dan kita juga tidak mahu masuk campur dalam hal ini.

“Pada pandangan Pas, isu itu adalah masalah peribadi antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Nallakarupan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Tuan Ibrahim, Anwar berhak untuk menyaman sesiapa sahaja jika beliau merasakan perkara itu tidak benar dan tindakan itu mampu membersihkan maruahnya terhadap tuduhan yang dilempar.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Noor mendakwa Anwar memfailkan notis mahkamah terhadap Nallakarupan dan sebuah akhbar baru-baru ini kerana desakan dalaman Pakatan Rakyat (PR).

Dakwannya lagi, sejak 2004 lagi, Anwar sering dituduh sebagai seorang homoseksual dan mengamalkan hidup biseksual, namun kali ini barulah beliau berani mengugut untuk saman.

Menurut Ezam, ini adalah kerana tekanan dalaman, khususnya daripada pemimpin Pas yang semakin sangsi dan mahukan Anwar membersihkan namanya secepat mungkin.

“Daripada maklumat sahabat saya dalam PR, Anwar berani kali ini kerana beliau mahu membendung desakan daripada pemimpin Pas, selain mahu menunjukkan beliau ada melakukan sesuatu.

“Jadi apa yang Anwar boleh buat adalah saman. Dulu mungkin Anwar selamat kerana pemimpin Pas tidak desak, tetapi sekarang beliau kena pertahankan dirinya,” katanya.

Menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran, Anwar melalui firma Edwin Lim Suren & Soh menghantar surat tuntutan bagi meminta akhbar terbabita menarik semula berita itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.
Umno percaya banyak lagi salah laku PR belum didedah
Wartawan Sinar Harian
25 Mac 2012
SHAH ALAM - Umno Selangor menganggap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendedahkan salah laku bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai tanda bahawa masih banyak lagi penyelewengan yang masih disimpan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Umno Negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau sendiri pernah mendedahkan perkara yang sama ketika Hasan masih lagi menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat istiadat, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, namun tiada sebarang respons diberikan Kerajaan Negeri.

Adun Kuang itu memberitahu, beliau tidak hairan kredibiliti Azmin yang mendedahkan isu tersebut setelah Hasan kini menjadi menjadi Adun Bebas.

“Kita tidak hairan kerana sehingga kini Azmin masih lagi belum berjaya menjelaskan tentang pendedahan bekas pemimpin utama PKR, Anuar Shaari bahawa beliau mempunyai saham bernilai RM2 juta.

“Namun, perkara yang pasti adalah, masih banyak lagi salah laku pemimpin Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang belum didedahkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Azmin yang mendedahkan tiga rahsia Hasan setelah tidak lagi menjadi Exco Kerajaan Negeri, walaupun beliau mengetahui perkara tersebut lebih awal.

Abdul Shukor berkata, Azmin tidak wajar menyembunyikan salah laku pemimpin Kerajaan Negeri, walaupun ianya boleh menjejaskan imej PR.

Menurutnya, Azmin perlu memberi respons terhadap dakwaan salah guna kuasa pemimpin Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Umno Selangor, sebelum ini.

“Jangan kerana dahulu masih menjadi kawan, salahlaku tersebut dirahsiakan, tetapi apabila menjadi lawan barulah Azmin mahu mendedahkannya kepada umum,” katanya.
Mukhriz dakwa Pakatan lontar 'pembohongan demi pembohongan'
ROSNANI SAAD
24 Mac 2012
PENDANG - Rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kenyataan palsu pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bertujuan mengaburi pemikiran rakyat demi meraih sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kebelakangan ini beliau melihat seolah-olah wujud satu usaha rapi yang dijalankan PR dengan melontarkan penipuan termasuk di Dewan Rakyat.
"Trend penipuan demi penipuan termasuk melibatkan isu sokongan terhadap Israel, isu Lynas dan isu dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang didakwa haram bertujuan mengaburi pandangan rakyat agar mereka dapat memenangi PRU.
"Rakyat perlu berhati-hati dan menyiasat semua kenyataan pemimpin PR. Jangan terima bulat-bulat semua yang diperkatakan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Jentera Pilihan Raya Puteri Umno Kedah, hari ini.
Menurutnya, kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini adalah satu contoh penipuan secara terang-terangan.
"Johari menyatakan bahawa kenyataan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berhubung sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan Israel menerusi The Wall Street Journal, (WSJ) bersifat bersyarat iaitu Israel perlu menghormati Palestin.
"Saya berasa terkejut dan hairan kerana seorang ahli parlimen boleh membuat penipuan secara terbuka dalam dewan. Kenyataan Johari satu pembohongan kerana hakikatnya apa yang dilaporkan dalam WSJ adalah kenyataan yang mutlak dan tidak bersyarat," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tidak salah berurus niaga dengan Yahudi selagi golongan itu tidak mempunyai agenda jahat, disifatkannya berasas.
"Kita perlu faham kerana perbezaan antara Yahudi dan Zionis amat ketara, tidak semua Yahudi menyokong Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi.
"Ada antara mereka yang menentang fahaman zionisme dan mahukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan segera," katanya.
Najib: Malaysia akan muflis jika ikut janji pembangkang

24 Mac 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak
PORT DICKSON - Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat, tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, tanpa perlu menabur janji-janji, kerajaan BN tetap akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.
"Pembangkang ini senjata pada tangannya adalah jual janji, tapi apabila kita timbang punya timbang, janji itu mustahil untuk dilaksanakan," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan rumah mampu milik berkualiti di Taman Intan Duyung di sini hari ini sempena lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Perdana Menteri juga berkata, pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekaligus menyebabkan rakyat hilang keyakinan.
"Cuba bayangkan kalau pembangkang memerintah, tol dia mahu hapuskan. Di sini ada Menteri Kerja Raya, bila saya jumpa dia minta kurangkan tol, dia cakap dia kena buat perkiraan yang tepat dan kalau mampu baru boleh dikurangkan.
"Tapi pembangkang kalau menang Putrajaya cakap semua tol dia mahu hapuskan. Boleh atau tidak boleh? -- tak boleh, tak masuk akal.
"Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dia nak hapuskan serta merta. Saya tanya Menteri Pengajian Tinggi, dia cakap kalau hapuskan PTPTN, RM40 bilion akan hilang. Lepas itu kalau nak bagi pinjaman pada masa hadapan sudah dah tak boleh," katanya.
Perdana Menteri berkata,  pembangkang hanya pandai menjanjikan daripada segi perbelanjaan seperti mengurangkan tol dan menghapuskan pinjaman PTPTN sebaliknya daripada segi pendapatan langsung tidak diambil kira.
"Tak perlulah ada lulusan berjela-jela, kalau kita kerja kedai runcit pun tahu mesti ada pertimbangan duit masuk dan keluar, kalau tidak ada tutuplah kedai tidak lama lagi. Inilah yang kita kata kalau orang jual janji yang tak boleh ditunaikan", katanya.
Mengenai keinginan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri, Najib berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak layak kerana ramai pengikutnya sudah mula meninggalkannya selepas hilang keyakinan.
Beliau berkata, pengasas Parti Keadilan Rakyat sendiri, Dr Chandra Muzaffar yang sudah meninggalkan Anwar pernah menyatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, satu malapetaka besar akan berlaku kepada negara.
"Kalau kita pasang billboard dan letak gambar orang yang sudah meninggalkan dia (Anwar), saya rasa kena guna billboard yang besar kerana ramai sudah meninggalkan dia dari Chandra Muzaffar, bekas setiausaha sulit dia Ezam Mohd Nor, setiausaha akhbar Anuar Shaari dan peguam dia Zulkifli Nordin," katanya.
Terdahulu, Mohamad berkata sebanyak 70 buah rumah mampu milik yang setiap unit berkeluasan 1,100 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik akan ditawarkan kepada orang ramai menerusi sistem undian.
Katanya, rumah yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad itu dijual pada harga RM42,000 sebuah iaitu lebih murah berbanding rumah yang mempunyai keluasan sama yang dibangunkan pihak swasta di kawasan itu.
"Di sini rumah yang dibangunkan oleh pemaju dijual pada harga RM52,000 hingga ke RM60,000 seunit. Tapi rumah ini kita jual pada harga RM42,000, jadi ada subsidi sebanyak RM10,000," katanya. - Bernama
Pas Kelantan ingatkan Hasan Ali
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
25 Mac 2012
Fatah-Harun
KOTA BHARU - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diingat tidak terlalu ghairah memburukkan nama Pas melalui siri jelajah yang diadakan di seluruh negara.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun mengingatkan perkara tersebut memandangkan pihaknya turut mempunyai bukti terdapat beberapa kes yang menunjukkan Hasan tidak melaksanakan tugas dengan baik semasa menganggotai parti itu.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak mahu mendedahkan perkara tersebut memandangkan Hasan merupakan bekas ahli Pas, sekali gus kesan dirasai oleh parti itu sendiri.

“Kita juga boleh sebut jika mahu, sepertimana yang didedahkan oleh Azmin Ali (Adun Gombak Setia), tetapi kita tidak mahu memperbesarkan kerana ia dilakukan semasa ia menjadi ahli Pas, sedikit sebanyak kita juga akan terpalit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan tiga perkara berkenaan dengan Hasan ketika menyertai perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Fatah yang juga bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu mengambil berat dakwaan yang dibuat Hasan ketika siri jelajah di negeri ini kerana ia tidak menjejas imej Pas negeri mahupun peringkat pusat.

“Dia pernah ke Kelantan dan menyebut beberapa perkara tetapi kita mengambil sikap berdiam diri kerana ia kita tidak terjejas dengan dakwaan tersebut, tetapi sekiranya ia melampaui batas kita sedia sebut apa yang ada dalam simpanan kita,” katanya.

Tiada ulasan: