Sabtu, 24 Mac 2012

BIASALAH KUASA MENENTUKAN...SEMUA NAK MENANG..BONGKAR MEMBONGKAR KERJA POLITIK...JANGAN BEKERJA MENIPU ATAU MENANG KERANA MENIPU...DAH LAH...AKHIRAT TAK SELAMAT...

MB Perak beri amaran bakal calon boleh digugur
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
IPOH -  Nama calon yang dikenal pasti mewakili Barisan Nasional (BN) Perak pada pilihan raya umum ke-13 kelak boleh digugurkan serta-merta sekiranya gagal mempamerkan prestasi baik kepada rakyat, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, parti melakukan penilaian prestasi mereka dilakukan secara berterusan, dan yang demikian tiada sesiapa boleh 'mempromosi' nama sebagai calon yang layak dan mendakwa mempunyai hubungan baik dengannya, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
"Kita telah ada senarai calon tetapi tidak mustahil (digugurkan) sekiranya mereka yang dilihat berpotensi tetapi pada peringkat akhir, mereka dilihat tidak lagi berpotensi.
"Perdana Menteri sendiri telah mengingatkan pemilihan calon kali ini lebih pentingnya adalah kepada rakyat iaitu yang disukai rakyat atau dianggap ada hubungan rapat dengan rakyat, atau boleh menang serta setia kepada parti sebagai antara kriteria," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menteri Besar Perak itu ditemui pada majlis pertemuannya dengan warga perkhidmatan awam yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Pencapaian, khidmat dan kerja seseorang yang layak untuk menjadi calon perlu sentiasa dipantau, dinilai serta dianalisis sama ada mereka akan diterima rakyat atau sebaliknya, katanya.
Zambry berkata, beliau tidak mahu menjadikan senarai calon BN sebagai static kerana ia satu langkah "tidak bijak".
"Ini kerana penilaian kepada prestasi dan pencapaian mereka mesti berada dalam keadaan yang sentiasa baik iaitu tidak mahu calon yang semata-mata mempamerkan sesuatu yang baik di satu peringkat, tetapi selepas mereka tahu nama sudah ada (untuk menjadi calon) akhirnya mereka buat pencapaian tidak baik," katanya.
Mengenai peluang BN Perak pada pilihan raya umum akan datang, Zambry berkata, BN sudah bersedia untuk mempertahankan Perak tetapi tidak mahu menjadi seperti pembangkang yang mencanangkan sejumlah kerusi yang boleh dimenangi.
Selain tahap kesediaan dan mental anggota yang tinggi, operasi bilik gerakan serta jentera pilihan raya perlu diperkemaskan dengan mengenal pasti dan mengatasi masalah yang timbul supaya tidak memberi kesan kepada peluang kemenangan BN, katanya.
Zambry juga mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Perlis dan Kedah baru-baru ini bagi memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno bekerja di kawasan angkat dan melihat persiapan pilihan raya.
"Mereka dilihat sudah benar-benar bersedia dengan membuat persiapan pilihan raya. Saya juga lihat tahap keyakinan, kerja dan semangat yang begitu tinggi dalam usaha memastikan BN dapat terus mentadbir Perlis dan mengambil semula
Saya tidak kecil hati, kata Shahrizat
NORHASPIDA YATIM
23 Mac 2012
shahrizat-umno
KUALA LUMPUR – “Saya tidak kecil hati dengan (Datuk) Kamilia (Ibrahim), malah anggap dia sebagai kakak dan hubungan kami baik.” Demikian kata Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung desakan naibnya itu agar beliau melepaskan jawatan daripada memimpin pergerakan tersebut.
Menurut Shahrizat, selaku Ketua Wanita, beliau perlu menjadi “paying” kepada semua dan kenyataan itu bukan satu tamparan dan perkara besar buat dirinya.
“Saya tidak kecil hati dengan kenyataan itu. Pada saya beliau telah beri pandangan beliau. Saya tidak mudah kecil hati, apatah lagi hujah-hujah itu datang daripada orang yang lebih tua dari saya,” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Wanita Umno Bersama Presiden Umno di PWTC hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Kamilia mendesak Shahrizat melepaskan jawatan itu “demi menjaga kredibiliti parti, pergerakan Wanita, Barisan Nasional dan kerajaan.”
Sementara itu, Kamilia pada sidang media berasingan berkata, kenyataan dikeluarkannya sebelum ini berdasarkan pandangan akar umbi.
“Apa yang saya katakan sebelum ini berlandaskan apa yang saya dapat dari akar umbi,” katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kenyataan itu, Kamilia berkata, beliau hanya bertindak sebagai penyampai mesej terhadap apa yang disuarakan.

“Saya berjanji akan bekerjasama dengan Datuk Seri Shahrizat untuk pastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
“Kita akan pastikan Wanita Umno akan berdiri teguh dan saya akan bekerjasama untuk memimpin Wanita di semua peringkat sama ada di peringkat negeri, bahagian dan akar umbi,” katanya.

Kamilia dilaporkan berkata, Shahrizat perlu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno rentetan dakwaan beliau terlibat dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di mana syarikat mengendalikan projek itu National Feedlot Corporation (NFCorp) adalah milik suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Adun BN personal motif bangkit kes Hasan Ali sekarang

23 Mac 2012
hasan-ali
SHAH ALAM -  Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) hari ini membidas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali yang membangkitkan perkara Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membelanjakan RM300,000 mengubahsuai pejabatnya ketika menjadi exco kerajaan negeri dua tahun lepas.

Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) mencelah ucapan Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bertanyakan  mengapa ia ditimbulkan sekarang, tidak semasa Hasan masih Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.              

Hasan (Bebas-Gombak Setia) dipecat daripada Pas awal Januari lepas setelah beliau dikatakan membuat pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan pendirian Pas.              

Menurut Subahan, perkara itu dibangkitkan kerana wakil Gombak Setia itu telah dipecat.              

"Dua tahun lepas Barisan Nasional pernah membawa isu ini tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri, tetapi apabila Hasan bertukar haluan perkara itu dibangkitkan semula," katanya.               

Mohamed Azmin yang membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada perasmian sidang Dewan itu, menjawab bahawa siasatan dilakukan secara audit dalaman. – Bernama

  • Ipol Usmi · · Top Commenter
    Pertelagahan kini antara Hasan Ali dengan PAS/PR. Mengapa UMNO/BN beriya-iya membela DHA? Ada apa-apa kah di sebalik pembelaan itu? Eloklah dibongkar pula keburukannya, kerana selama dia asyik memburuk-burukkan PAS/PR. Biar rakyat tahu siapa dia sebenar.
  • Gaban Ruz · Top Commenter · SMK Guar Chempedak, Kedah
    org mcm Hassan Ali ni memang patut dibongkarkan perangainya yg sebenar sebab dia jenis suka mencari salah n memfitnah musuhnya yg dulunya dianggap rakan...
  • Mohd Hafiz · Top Commenter · Al-Azhar University
    Zaman dedah mendedah.Kalau betul 2 tahun lepas Barisan Nasional pernah membawa isu ini dan disahkan oleh PR masa ni kita tunggu jer la penafian atau penjelasan HA.
    SPR bidas Pakatan sengaja bangkit isu undi pos

    23 Mac 2012
    KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membidas pembangkang yang sengaja membangkitkan isu berkaitan undi pos di kalangan petugas suruhanjaya itu.          

    Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR sejak dari dahulu lagi menggalakkan petugasnya mengundi secara pos untuk memastikan perjalanan proses pengundian ketika pilihan raya tidak terganggu.          

    "Kalau mereka ini mengundi secara biasa, siapa yang akan menggantikan mereka yang nak koyakkan kertas undi, calit dakwat ini siapa yang nak buat.          

    "Sebab itu, di bawah peraturan pengundian pos 2003 SPR, mereka ini dibolehkan (mengundi secara pos). Saya hairan kenapa isu ini berbangkit sedangkan inilah amalan SPR selama ini dalam mana-mana pilihan raya dan kita membuat mengikut peraturan yang sedia ada," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.          

    Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor semalam bahawa SPR sepatutnya mengehadkan petugasnya sebagai pengundi pos agar tidak mengganggu sebarang keputusan di mana-mana peti undi.        
    Riduan mendakwa sejarah pilihan raya umum di negara ini, sudah acapkali undi pos menjadi faktor kemenangan calon dan ia mampu mengubah keputusan pilihan raya.          

    Wan Ahmad berkata tuduhan itu melulu kerana petugas SPR mengundi tertakluk di kawasan mana petugas berdaftar.           

    Katanya, undian petugas juga disimpan dalam satu sampul surat yang dilakri  dan hanya akan dikira selepas proses pengundian secara biasa tamat.          

    "Kita mempunyai 22,000 saluran mengundi dan mempunyai 222 kawasan Parlimen dan 576 Dewan Undangan Negeri, kalau mereka ini keluar daripada tempat mereka bertugas untuk mengundi secara biasa, siapa yang akan memikul tugas mereka itu?" katanya.          

    Wan Ahmad berkata meskipun SPR mempunyai 240,000 petugas, namun itu tidak bermakna kesemua petugas akan mengundi secara pos dan ada di kalangan mereka mengundi secara biasa.

    Katanya, antara mereka yang mengundi secara pos ialah penyelia pusat pengundian, pemandu arah SPR dan petugas di saluran-saluran.          

    "Petugas SPR yang mengundi pos, nama mereka juga dipotong daripada senarai nama pemilih biasa. Agihan kertas undi juga dibuat depan wakil calon parti politik. Pada saya sepatutnya tidak timbul masalah.          

    "Pembangkang ini saya rasa saja-saja buat tak faham mengenai perkara ini. Bukan semua petugas SPR undi pos. Ini telah lama kita lakukan bertujuan untuk memastikan proses pengundian biasa lancar dan tidak terganggu," katanya. – Bernama
    Pakatan dakwa SPR gagal urus daftar pemilih
    ARHIZA AHMAD
    22 Mac 2012
    KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gagal menguruskan daftar pemilih dengan baik.

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PKR) merupakan salah satu pilihan raya yang pastinya kecoh.

    Menurutnya, ini dapat dibuktikan berikutan berlakunya penambahan pengundi di beberapa kawasan Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara.

    "Sebelum ini, SPR mendakwa terdapat 42,025 pemilih yang diragui dan disahkan sebagai pengundi yang ragu serta bersetuju untuk keluarkan nama tersebut, tetapi ia tidak dilaksanakan, sebaliknya dikekalkan.

    "Perkara paling ketara adalah pengundi berganda di mana di satu alamat terdapat lebih kurang 100 pengundi, ada 354 alamat dengan 79,098 pengundi, termasuk di Parlimen Johor Baru, Parlimen Seremban, Dun Batu Caves dan beberapa kawasan yang lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

    Anwar berkata, contoh paling ketara adalah Parlimen Pekan, dengan penambahan sebanyak 18,568 daftar pemilih pada tahun lalu, ini berbeza pada 2008 hanya ada 59,019 pemilih di kawasan berkenaan.

    Katanya, jika terdapat lima nama bagi satu alamat yang bukan pengundi, beliau menjangkakan terdapat setengah juta kes berlaku di seluruh negara.

    "SPR juga telah mengumumkan bahawa terdapat tambahan bagi undi pos sebanyak 240,000 bagi pegawai dan petugas SPR, ini menimbulkan tanda tanya berikutan kenyataan sebelum ini bahawa pengundi pos perlu mengundi awal tetapi kini SPR bertegas untuk mengadakan undi pos.

    "Salah satu sebab penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya adalah berkaitan dengan undi pos serta tata cara pengurusan SPR dalam menguruskan pilihan raya di negara ini.

    "Kami juga mendesak agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau sistem data yang digunakan oleh SPR agar kes pengundi berganda tidak berulang," katanya.

Tiada ulasan: