Sabtu, 31 Mac 2012

DULU BOLE NAFI DAN TIPU..LAH NI TAK BOLEH...RAKYAT DAH ADA ILMU...DAH BIJAK...DAH BIJAK IT...BIJAK DAPAT MAKLUMAT....ANAK2 DAH TERPELAJAR DAH BOLEH TERANG MANA PENIPU...MANA YANG BENAR...JANGAN JADI PEMIMPIN BODOH TAHAP GABAN

'Mangsa' ARE Bukit Merah meninggal dunia

Harakahdaily, 30 Mac 2012



(Lai Kwan bersama anaknya, Cheah Kok Leong yang terencat akal sejak dilahirkan.  Kok Leong meninggal malam tadi)

IPOH, 30 Mac: Tatkala isu kilang pemprosesan nadir bumi Lynas hangat diperbincangkan, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam tadi.

Tubuh Cheah didapati menggeletar kerana sakit sejak dua hari lalu, dan dihantar ke hospital untuk rawatan, lapor MerdekaReview.

Cheah Kok Leong  ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982.

Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983 dalam keadaan terencat akal.

Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat telah mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview ketika dihubungi.

Lai Kwan kini berusia 70 tahun.  Beliau mempunyai lapan orang anak.  Kebetulan cucunya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada awal bulan ini, kini pula berdepan dengan kematian anaknya, Cheah Kok Leong.

Lai Kwan (gambar kanan) yang merana kemiskinan hanya menerima bantuan dana RM150 setiap bulan dari PARC.

Beliau menyara hidup keluarganya, dan berjaya membesarkan anaknya Cheah Kok Leong.

Sebelum ini, pengarah filem independen, Tan Chui Mui telah menerbitkan sebuah filem berjudul Lai Kwan's Love, dan dimuatkan ke dalam Youtube. 【Baca: Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan

Oleh sebab tidak mampu membuktikan secara saintifik bagaimana radioaktif memberi kesan langsung kepada anak kandungnya, Lai Kwan tidak dapat menuduh kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth yang menyebabkan anaknya terencat akal.
Malah sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Asian Rare Earth juga menafikan pembebasan radiasi yang mengancam keselamatan penduduk tempatan, dengan hujah "tiada bukti saintifik".

Pakar radiasi Kanada, Rosalie Bertell (gambar kanan) ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh memetik laporan Asian Rare Earth, bahawa produk sampingan kilangnya mengandungi Plumbun, Thorium dan Thorium Hydroxide yang beradiasi, bakal menjejaskan sel manusia, sehingga sel kehilangan fungsi pembiakan.

Rosalie Bertell menambah, orang dewasa pada umumnya tidak merasai kesan radiasi, kerana ia memerlukan masa untuk memperlihatkan kesannya.

Tetapi, seandainya ovum disenyawakan sperma, kesan radiasi akan diperlihatkan dalam masa yang singkat.  Wanita hamil yang menerima kesan radiasi akan melahirkan anak yang cacat, jelas Rosalie.

Takziah kepada keluarga mangsa ARE

Harakahdaily, 30 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Cheah Kok Leong, 29, yang meninggal dunia malam tadi selepas menderita terencat akal selama 29 tahun.


(Kok Leong dan ibunya, Lai Kwan)

Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam tadi.

Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982.

Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth (ARE), dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983 dalam keadaan terencat akal.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefli Mohamad Omar (gambar) menuntut supaya keluarga Kok Leong diberikan pampasan yang sewajarnya oleh kerajaan.

Ini kerana, kerajaan yang membenarkan pembinaan kilang ARE itu dan mempertahankannya.

"Sehingga kini, sisa ARE masih tertanam di Perak dan kita menuntut sisa itu dikeluarkan dari situ dan dihantar ke negara yang membina kilang itu di sana," kata Zulkefli.

Kilang ARE adalah milik Mitsubishi, sebuah syarikat antarabangsa yang berasal dari Jepun.

Ia telah ditutup 18 tahun lalu selepas menerima arahan mahkamah selepas didakwa mengeluarkan radioaktif dan memberi kesan negatif kepada penduduk sekitar.

Namun sehingga kini kes ini tersadar di Mahkamah Persekutuan akibat pertembungan undang-undang.

Tidak selesai, kita jumpa di Rio - anti Lynas

Harakahdaily, 30 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Sebuah NGO yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng bercadang untuk berdepan dengan Perdana Menteri di sidang Earth Summit 2012 di Rio de Janeiro jika ia tidak diselesaikan.

"Kami akan berdepan dengan Najib di Rio de Janeiro) jika ia tidak diselesaikan menjelang 20 Jun ini," kata Zulkefly Mohamad Omar (gambar), Pengerusi Green Clean World yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng.

Earth Summit 2012 akan diadakan di Rio De Janeiro, Brazil 20 - 22 Jun 2012 ini.

Menjadi amalan biasa, NGO dari seluruh dunia yang memperjuangkan alam sekitar akan berhimpun menjelang perhimpunan di kalangan ketua-ketua kerajaan.

Bruno Masel pernah berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau menjadi Perdana Menteri bagi memperjuangkan hak orang Penan ketika Earth Summit sebelum ini.

Zulkefly berkata, jika pilihan raya umum diadakan sebelum 20 Jun dan Pakatan Rakyat menang, kilang Lynas akan dibatalkan sebagaimana dijanjikan Pakatan.

"Namun jika pilihan raya belum berjalan menjelang 20 Jun, dan Lynas tidak ditutup, kita akan ke Rio untuk bertemu PM di sana," kata beliau yang jga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS.


Solidariti Hijau 13 April


Sementara itu, Zulkefly memaklumkan, Himpunan Solidariti Hijau Semalaysia akan diadakan di Shah Alam 13 April ini.

Ia bertujuan untuk meneruskan tekanan agar kerajaan membatalkan kilang Lynas yang akan dibuka di Gebeng, Kuantan.

"Kita akan berhimpunan dari Masjid Negeri selepas solat Jumaat dan berarak ke Dataran Shah Alam...kita harap orang ramai menyertai bantahan ini," katanya.

Beliau juga memaklumkan, selain perhimpunan di Shah Alam, mereka juga akan mengadakan perhimpunan serupa di seluruh negara.

"Maklumat terperinci akan dimaklumkan 4 April ini diperkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta," kata Zulkefly.

4 April ini, Mahkamah Tinggi akan bersidang secara terbuka bagi mendengar afidavit dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang telah disaman oleh 10 penduduk Kuantan ekoran kelulusan TOL kepada Lynas.

Kajian: 70% pemilih di KL tidak dapat dijejaki

Harakahdaily, 30 Mac 2012


PETALING JAYA, 30 Mac:
Gabungan beberapa NGO yang menjalankan audit bebas daftar pemilih mendapati Kuala Lumpur adalah kawasan paling tinggi mempunyai pemilih yang tidak dikenal pasti menurut alamat yang direkodkan dalam daftar pemilih suku ke-4 2010 iaitu sebanyak 70 peratus.

Mengekorinya pula adalah Selangor dengan 45 peratus, Melaka (38%), Johor (32%), Negeri Sembilan (31%) dan negeri-negeri lain di bawah 30 peratus.

Keseluruhannya, hanya 74 peratus sahaja daripada responden di seluruh negara boleh dijejaki sama ada bertemu dengan mereka di rumah atau mendapat pengesahan dikenali oleh jiran.

Manakala 26 peratus lagi adalah tidak dapat dijejaki atau disahkan.

Dapatan itu direkodkan oleh NGO pemantau pilihan raya Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre yang menjalankan audit daftar pemilih pada Disember 2010 lalu.

Kajian dibuat terhadap 2,400 responden melibatkan 60 kawasan parlimen di seluruh negara.

Hasil kajian audit mereka itu didedahkan pada satu sidang media hari ini.

Kajian itu juga mendapati, wujud 8 peratus alamat pemilih yang tidak sah manakala 92 peratus lagi adalah sah dan dikenalpasti.

Alamat yang tidak diketahui paling tinggi juga di Kuala Lumpur sebanyak 27 peratus, Negeri Sembilan 26 peratus manakala Selangor 14 peratus.

RM600 juta peruntukan segera PM, TPM lawat negeri

Harakahdaily, 30 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Kerajaan semalami memaklumkan sebanyak RM608.68 juta wang 'peruntukan segera' telah diluluskan sepanjang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri tahun ini.

Jumlah itu adalah bagi lawatan mereka yang diadakan dari bulan Januari hingga tarikh 15 Mac 2012.

Perkara itu dimaklumkan melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar semalam.

Firdaus dalam soalannya mahu perdana menteri menjelaskan kesemua senarai peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2012 semasa lawatan rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Paling tinggi adalah peruntukan untuk negeri Perak dengan RM220.38 juta diikuti Johor RM201.40 juta, manakala ketiga adalah Wilayah Persekutuan dengan RM63.25 juta.

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, Selangor pula masing-masing RM6.4 juta, RM4.06 juta, RM5.58 juta, RM17.3 juta.
Bercakap kepada Harakahdaily kemudiannya, Firdaus mempersoal tindakan Najib yang didakwa tidak profesional apabila tidak boleh membezakan lawatan politik atau lawatan rasmi kerajaan.
Ia kerana, setiap kali Najib berucap dalam lawatannya sering menghentam Pakatan Rakyat dan berkempen untuk Umno Barisan Nasional.
"Kalau nak pergi berkempen, guna duit parti la, jangan guna duit rakyat.
"Duk hentam kami bukan duk cerita dasar negara pun, kena profesional la, Biar boleh beza lawatan rasmi dengan nak pi kempen politik," katanya.

PTPTN: Mahasiswa Pantai Timur juga turun demo

Harakahdaily, 30 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Himpunan mansuh PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 14 April ini mula mendapat sokongan mahasiswa.

Terbaru, kumpulan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) turut menyatakan kesediaan untuk turun ke Kuala Lumpur menyertai himpunan itu nanti.

"Gempur bersolidariti dengan demonstrasi anti PTPTN pada 14 April ni.

"Saya wakil daripada Gempur akan bersama-sama dengan SMM dan beberapa kumpulan gabungan mahasiswa dalam demostrasi ni," kata presidennya Syahmi Hazim.

SMM sebelum ini mengumumkan akan mengadakan perhimpunan menuntut PTPTN dimansuhkan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Mereka juga mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman PTPTN turun menyertai himpunan itu.

"Gempur berpendirian, bahawa, PTPTN harus dimansuhkan dan sasaran demo ni bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga kepada seluruh rakyat.

"Ianya termasuk pekerja yang terbeban dengan hutang ni, mahupun ibu bapa yang menjadi penjamin kepada mereka, yang menerima beban kepada kepincangan sistem pendidikan di Malaysia ni," katanya.

Jual tapak masjid hanya fitnah Pemuda Umno

Amir Ghazali, 30 Mac 2012
Dalam hal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju sekali lagi pihak Umno menyerlahkan ketidakprihatinan mereka dalam hal pembangunan.


Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang sendiri iaitu Ir Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas kerajaan negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Berikut adalah penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau tentang penjualan tanah secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.

Ini kerana Syarikat Ivory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Syarikat Ivory Group adalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikat yang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar “earnest deposit” sebanyak RM1.2 juta).

Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240 skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih.

Dalam hal kononnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah pula, jelas di sini Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang tidak tahu menahu akan hal ehwal perancangan pembangunan.

Perlu kita ketahui bahawa bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1,200 atau 1,500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk masjid dan juga sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak majlis perbandaran.

Namun begitu ‘master plan’ tersebut hanya diluluskan kepada pihak pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana pelan pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah tersebut telah dijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada tuan tanah yang baru iaitu Syarikat Ivory Group bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Tidak timbul soal tapak untuk masjid atau sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina masjid atau sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak Menduduki (CF) dikeluarkan.

Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group.

Sekali lagi Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamerkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak masjid sedangkan tapak masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi.

Di sini saya bagi pihak AMK ingin menasihatkan Saudara Shaik Hussein supaya mendalami atau memahami sesuatu isu yang ingin dibawanya supaya tidak timbul fitnah.

AMK juga menggesa pihak Syarikat Ivory Group supaya mempamerkan pelan pembangunan induk (master plan) kawasan yang hendak dibangunkannya itu supaya ianya boleh dilihat oleh pihak awam.

Dan di samping itu pihak Syarikat Ivory Group digesa agar menjalankan projek pembangunan tersebut secara menyeluruh bukannya fasa ke fasa seperti yang sering diamalkan di zaman pemerintahan Umno BN dulu.

Amir Ghazali ialah Ketua AMK Pulau Pinang.

Hak asasi manusia perlu diketengah oleh swasta

Harakahdaily, 30 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Sesi pendengaran awam Inkuiri Nasional sepanjang empat hari di pejabat Suhakam bermula dari 27 hingga 30 Mac 2012 telah memperdengarkan dakwaan isu pencabulan tanah adat Orang Asli di Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengerusi Panel Inkuiri, Tan Sri Hasmy Agam (gambar) telah menyampaikan ucapan penggulungan pada petang tadi.


Sesi pendengaran seterusnya akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor pada 9-10 April dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Berikut adalah ucapan penggulungan oleh Hasmy Agam yang juga Pengerusi Suhakam.

Dengan berakhirnya kenyataan saksi kita hari ini, maka berakhirlah sesi pendengaran awam Inkuiri Nasional Suhakam bagi Selangor dan Negeri Sembilan.

Bagi pihak Panel Inkuiri, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir memberi kerjasama sebagai saksi pada sesi pendengaran awam kali ini.

Untuk pengetahuan, sesi pendengaran awam telah diadakan di pejabat Suhakam selama empat hari dan telah menerima keterangan lisan daripada 50 orang saksi.

Saksi-saksi adalah terdiri daripada 25 wakil agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan, 7 wakil syarikat swasta, 15 saksi awam dan 3 saksi pakar bagi memberikan keterangan dan penjelasan mengenai dakwaan pencabulan tanah Orang Asli di beberapa perkampungan Orang Asli di Selangor dan Negeri Sembilan.

Sepanjang sesi pendengaran awam ini, sepertimana di Sarawak, isu pencerobohan tanah merupakan kategori kes yang paling banyak didengar oleh Panel Inkuiri iaitu sebanyak 16 kes. Antara isu-isu lain yang telah didengar termasuklah pentadbiran tanah, pencemaran, urbanisasi dan hutan simpan. Selain itu panel juga telah menjemput saksi pakar untuk membantu memperjelaskan isu-isu berkaitan undang-undang dan keputusan-keputusan kes mahkamah yang melibatkan tanah Orang Asli.

Mereka ialah Lim Heng Seng, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Yogeswaran Subramaniam dari Majlis Peguam.

Selain mendengar kenyataan yang dibuat oleh Orang Asli, Panel juga melihat kepada peranan dan fungsi agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam mengendalikan hal-hal tanah. Panel mengambil maklum akan tugas-tugas kakitangan kerajaan yang bertindak atas dasar undang-undang dalam isu tanah tetapi apa yang perlu diberi perhatian adalah sebarang pembangunan, pengambilalihan dan penggazetan tanah memerlukan tindakan proaktif untuk mendapatkan persetujuan dari masyarakat Orang Asli yang telah lama mendiami sesuatu kawasan tersebut.

Antara jabatan dan agensi kerajaan yang tampil memberi keterangan adalah Pejabat Daerah Tanah yang terbabit, Pejabat Daerah dan Galian Selangor, Kementerian Pertanian dan Kemajuan Asas Tani, Kementerian Pertahanan Malaysia, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Lebuhraya Malaysia, dan Felcra Berhad.

Dalam pendengaran awam ini, maka adalah jelas bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memainkan peranan dan tanggungjawab yang amat penting terhadap memperbaiki lagi kedudukan dan kebajikan atau ‘welfare’ masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia, khususnya berhubung isu tanah.

Beberapa pandangan atau teguran membina telah dikemukakan oleh saksi-saksi Orang Asli dan juga saksi-saksi lain termasuklah dari jabatan kerajaan lain dan saksi-saksi pakar, misalnya dari Majlis Peguam atau Bar Council.

Setakat ini memadailah sekiranya saya katakan antara isu-isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan masalah perhubungan atau komunikasi atau konsultasi antara pihak JAKOA dan masyarakat Orang Asli dan juga isu-isu birokrasi yang patut diperbaiki.

Di setiap sesi pendengaran awam, Panel turut memberi peluang kepada pihak syarikat swasta untuk menjawab dakwaan terhadap mereka. Mereka termasuklah Maju Expressway Bhd (MEX), Sime Darby Berhad, Bukit Unggul Resort Sdn Bhd dan IJM Corporation Bhd. Ini jelas mencerminkan bahawa perjalanan Inkuiri Nasional Suhakam adalah bebas dan tidak memihak kepada sesiapapun. Panel mengambil peluang untuk menyarankan bahawa prinsip perniagaan dan hak asasi manusia perlu diketengahkan dalam kalangan pihak-pihak swasta.

Walaupun Panel merasakan mereka sedar akan konsep Corporate Social Responsibility (CSR) yang mereka amalkan tetapi Panel menggesa agar mereka mengukuhkan tanggungjawab korporat sosial dengan mengintegrasikan prinsip-prinsip hak asasi manusia dalam dasar dan aktiviti perniagaan mereka.

Sesi pendengaran awam ini perlu dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang sewajarnya bagi memastikan Panel dapat membuat penilaian secara objektif ke atas isu-isu hak tanah. Buat masa ini Panel tidak akan membuat sebarang ulasan atau keputusan mengenai isu-isu yang didengar semasa pendengaran awam ini. Memadai saya katakan bahawa Panel akan mendalami kes-kes ini seterusnya akan mengemukakan laporan yang mengandungi ulasan serta syor-syor Suhakam kepada pihak yang berkaitan termasuklah kerajaan negeri dan persekutuan.

Untuk makluman semua, Pendengaran Awam bagi Inkuiri Nasional akan diteruskan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor pada 9-10 April. Sesi seterusnya akan diadakan di Kuala Kangsar, Perak, Gua Musang, Kelantan dan Temerloh, Pahang antara April hingga Mei, dan di Sabah pada bulan Jun 2012.

Bagi pihak Suhakam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang hadir dan diharap sokongan padu diberikan kepada Suhakam dalam pendengaran awam Inkuiri Nasional seluruh Malaysia.

Tidak lupa juga kepada pihak media yang hadir pada setiap sesi pendengaran awam Suhakam dalam melaporkan isu-isu berhubung Inkuiri Nasional ini kepada orang ramai. Peranan pihak media amatlah dihargai dan diharap Laporan Inkuiri Nasional ini nanti akan mendapat liputan meluas dalam media massa.

Dengan ini, saya menangguhkan sesi pendengaran awam.

Peneroka berarak di Putrajaya, bantah penyenaraian

Harakahdaily, Foto SK, 30 Mac 2012

PUTARAJAYA, 30 Mac: Hampir 200 peneroka hari ini berarak ke Pejabat Perdana Menteri di Putajaya bagi menyerahkan memorandum membantah hasrat kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia.

Himpunan yang bermula selepas solat Jumaat dari Masjid Putera itu diketuai bersama Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dan juga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Mereka berarak sambil memegang kain rentang sepanjang 100 meter yang dipenuhi tandangan peneroka seluruh negara yang turut membantah penyenaraian.

Selain itu belbagai poster bantahan turut dibawa termasuk yang bertulis “Kami tolak FGHV”, “Selamatkan Felda”.

Ada juga yang membawa kain rentang bantahan yang mewakili gugusan felda masing-masing.

Sepanjang perarakan itu juga mereka melaungkan slogan “Reformasi”, “Turun Isa Samad” dan “Isa Samad tipu peneroka” sebagai bantahan terhadap Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda.

Mereka pada mulanya gagal memasuki pintu pagar utama ke pejabat Perdana Menteri ekoran kawalan ketat pasukan keselamatan.

Bagaimanapun selepas berunding, lima daripada mereka dibenar masuk menyerahkan memorandum tersebut melalui pintu pengawal.

Mereka yang dibenar masuk adalah A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.

Memorandum bagaimanapun hanya diterima wakil Perdana Menteri ekoran Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis pemakaman anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah yang mangkat pagi tadi.

Tiada ulasan: