PKR dakwa PM campur tangan saman kes Felda
Kerajaan
BN didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang
membabitkan Felda, dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.
"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.
"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."
"Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Campur tangan secara jelas
Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.
Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.
Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.
Selain berdepan dengan saman OER, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
"Beri taklimat kepada peguam tidak menjadi masalah, tetapi terpulang kepada hakim untuk mendengar hujah daripada peguam, bukan untuk mengikut arahan daripada Perdana Menteri," kata Sivarasa.
Beliau bimbang perkembangan terbabru yang didedahkan itu akan menjejaskan peluang peneroka Felda yang turut
NFC akan diheret ke PAC esok
National
Feedlot Corporation (NFC) akan diheret menghadapi Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) esok bagi membantu siasatan ke atas projek
ternakan lembu itu yang didakwa terbabit dengan penyelewengan jutaan
ringgit wang rakyat."Kami bertindak berdasarkan (peraturan) tertentu. Terdapat perkara-perkara yang sub judice, tetapi ini bukanlah kali pertama kami menyentuh mengenai perkara-perkara yang masih dibicarakan di mahkamah," kata Pengerusi PAC, Azmi Khalid.
Pada keterangan selama empat jam hari ini, jawatankuasa parlimen itu mendengar kenyataan daripada wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan.
menyaman kerajaan
Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno
Pemimpin
veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir
Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan
parti itu.“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.
Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.
Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.
Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.
Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.
17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.
Karpal: Sultan Pahang patut campur tangan isu Lynas
Sultan
Pahang Sultan Ahmad Shah perlu campur tangan untuk menghalang kilang
Lynas daripada beroperasi di negeri itu, kata pengerusi kebangsaan DAP
Karpal Singh."Sebagai contoh, semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong menjemput pihak penganjur ke istana untuk meminta mereka untuk berhimpun di tempat lain, demi kepentingan awam," katanya.
Menurut beliau, sukar untuk mempercayai, bahawa loji Lynas akan dibenarkan untuk beroperasi di Gebeng, yang hanya 40km dari Kuantan.
Beliau berkata penubuhan jawatankuasa terpilih parlimen (PSC) tidak akan menyelesaikan isu-isu yang terus membara itu kerana penduduk sekitar cukup kuathir dengan bahan buangan radioaktif yang akan dijana oleh kilang Lynas.
"Ia hanya bermakna bahawa kerajaan persekutuan mahu mengekalkan kuasa mereka berikutan pilihan raya umum yang semakin hampir," katanya.
Kumpulan pelobi anti-Lynas Himpunan Hijau 2.0 telah berkata PSC itu sebagai tidak diperlukan dan hanya gimik oleh kerajaan untuk melenggahkan usaha menangani isu berkenaan
'Konspirasi' Kedah untuk gulingkan Phahrolrazi, Ismail
Timbalan
Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi mendakwa bahawa Dewan
Pemuda PAS Kedah yang didalangi pihak ketiga cuba menggulingkan beliau
dan dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh daripada barisan
kepemimpinan PAS negeri itu.Akhbar Berita Harian memetik beliau sebagai berkata, usul untuk merombak semula Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah itu dibawa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya.
“Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan yang benar-benar faham. Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku,” katanya dipetik akhbar berkaitan Umno itu.
Beliau menyifatkan, menteri besar sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana menolak desakan itu dan sanggup menerima perbezaan pendapat.
“Bagi saya Menteri Besar berjiwa besar kerana isu ini berlaku atas perbezaan pendapat antara saya dan beliau dalam soal pentadbiran negeri ini, bukan hal peribadi,” katanya lagi kepada Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan