Selasa, 27 Mac 2012

ALLAH TAHU SAPE YANG BETUL...MASING2 SEDANG MENJATUHKAN MARUAH SENDIRI...MACAM TAK FAHAM..HARI DIBANGKIT SEMULA...DIBICARA DIMAHKAMAH ALLAH...JANGAN KITA BERTINDAK MACAM ORANG TAK CERDIK..KALAU KITA BENAR ALLAH AKAN TUNJUK KEBENARANNYA..BEGITULAH SEBALIKNYA...

PKR tuntut panel khas Parlimen kaji SSM
Wartawan Sinar Harian
26 Mac 2012
NURUL IZZAH
KUALA LUMPUR - PKR menyarankan agar satu Jawatankuasa Tetap Parlimen ditubuhkan bagi mengkaji penambahbaikan skim dan syarat perkhidmatan sektor awam - Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dihidupkan semula bagi menggantikan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, jawatankuasa itu perlu ditubuhkan agar semua pihak berkepentingan termasuk pembangkang dapat memberi cadangan membina dalam perkhidmatan awam.
“Kerajaan secara tiba-tiba telah membatalkan SBPA dan kembali kepada SSM.
“Sehubungan itu, kita tidak mahu kerajaan sekali bersikap unilateral seperti yang berlaku dalam isu skim SBPA dahulu yang telah gagal akibat tentangan kuat daripada pelbagai pihak,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, keadaan itu terbukti apabila Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman memberitahu yang mereka tidak dimaklumkan tentang siapa yang akan menganggotai suruhanjaya untuk mengkaji penyelarasan gaji perkhidmatan awam selepas pembatalan tiba-tiba skim SBPA.
“Pakatan Rakyat menyokong penuh gesaan Cuepacs untuk dijadikan salah satu pihak berkepentingan dalam isu ini.
“Oleh itu, kita tidak mahu perkara sama berulang, kerajaan seharusnya mendengar suara-suara daripada pihak berkenaan dan kita berharap Jawatankuasa Tetap Parlimen itu nanti juga mempunyai suara dalam penambahbaikan sistem perkhidmatan awam negara ini,” katanya.
Semalam, Cuepacs mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini selewat-lewatnya penghujung bulan ini.
Omar berkata, kongres itu mendapat banyak pertanyaan daripada anggota gabungannya yang mahu mengetahui individu yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya itu.
“Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.
“Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini,” katanya
Kos pejabat: 2 Exco nafi dakwaan Hasan
Wartawan Sinar Harian
26 Mac 2012
dr-halimah-ali
SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000.
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.
“Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai,” kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.
Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.
Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.
“Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.
“Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan,” katanya.



  • Umgok Penipu Sampai Kiamat · Top Commenter · Atas pokok
    Hassan Ali dah pandai buat fitnah belajar daripad puak2 umno...

  • Azman Abu Bakar · Top Commenter
    biasanya 100k tu depa kali 5... tu pasal depa kata banyak kalau tak macam mana nak beli bunggalow

  • Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
    Inilah akibatnya apabila tiada keikhlasan dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Firman Allah bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

  • Jamal Dean · Top Commenter · University Malaya
    Hasan Ali..kalau kau dah tak suka pada PR Selangor..kau tuduh..fitnah dan 1001 macam lagi PHD kau..masa kau jadi EXCO dulu..pijak semut pun tak mampusss..konon PKAR MOTIVASI ..org lain ada Master Motivasi & Kaunseling..tapi tak pernah egooo..pun..kita sama sama tunggu masa PU ke 13 nanti..atas tiket apa kau nak bertandingg..banyak mana peminat2 kau...

  • Yang Reti Base · Top Commenter
    Saya bimbang Hasan Ali dah tak berapa betul akhir-akhir ini.

  • Mrvakoou Vimaxbrown · Stanford University
    parasit2 mula berbicara heheheheh

  • Mohd Danial · Top Commenter · IAIN Ar-Raniry
    SELAYAKNYA KITA MENGGELARKAN HASSAN ALI SEKARANG INI DENGAN HASSAN "MUNAFIK". DULU BETUL2 AKU HORMAT KE DIA NIH, TAPI SEKARANG TIDAK....

  • Akuautarakutipu Akutipu · Universiti of Block E
    Sakit, acan alee..dulu aku pangkah dia..Dun gombak setia....Rosak kau san.....!!!

  • Abu Hanifah · Gemencheh
    dulu saya sangat hormat HASSAN ALI tiap ceramah nya amat saya tertarik utk mendegar.... tapi sekarang apa dah jadi .....

Tiada ulasan: