Isnin, 19 Mac 2012

TOLAK SEBAB TAK MEMENUHI CITARASA ISLAM...AMALAN ISLAM BERPILIH2..YANG MAKSIAT@BERDOSA LANGGAR SEMACAM AJE...

Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia

Muhammad Yusri Amin, 17 Mac 2012
KOTA BHARU, 17 Mac: Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan  adalah antara yang tertinggi di Asia.

Ini berdasarkan kepada rekod dan ‘top sale’ pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.

“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.

“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia," kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Seminar Marketing Power  (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.

Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat,  mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.

Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.

Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.

Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,

Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.

“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’," katanya.

Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan  mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.

Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk ‘berkolabrasi’ (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.

“Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.

“Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh ‘bawa keluar’ produk atau perkhidmatan mereka.  Itulah misi dan ‘usahasama’ kita," katanya.

Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.

“Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik," ujarnya.

Makan malam muslimat meriah, Presiden jelas kenapa tolak Umno

Harakahdaily, 17 Mac 2012



(Dewan Shah Alam Convention Centre penuh dengan peserta yang menyertai majlis makan malam dengan pemimpin malam tadi)


SHAH ALAM, 17 Mac: Lebih 1,500 termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS menyertai majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat malam tadi.

Mereka memenuhi dewan besar Shah Alam Covention Centre dan menjadikan ia antara majlis makan malam terbesar yang dibuat untuk memungut dana pilihan raya PAS.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis itu.

(Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz di SACC malam tadi)

Di samping makan dengan selesa dan berselera, para tetamu sempat mendengar ucapan mereka berdua di samping berdilog dengan Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.

Turut berucap malam tadi adalah timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmod.

Selain mereka, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan isteri turut hadir di majlis itu.


Kenapa tidak bersama Umno

Dalam ucapannya malam tadi, Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali.

Abdul memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.

(Istreri dua pemimpin utama PAS turut serta malam tadi...Datin Tuan Sabariah [kiri] Datin Seri Zainab [tengah] dan Siti Zailah)

"Apabila PAS memerintah Kelanta, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.

"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.

Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969.

(Nik Aziz bersalam dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai majlis malam tadi)

Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.

"Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.

Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa PAS tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama PAS.

Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau 13 April

Anis Nazri, 17 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 17 Mac: Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 13 April ini.

Himpunan yang diadakan secara serentak itu akan bermula selepas solat Jumaat, mengikut lokasi-lokasi yang akan ditetapkan kelak.

Namun, himpunan utamanya akan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, di mana sebelum itu para peserta akan berarak dari Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata tujuan himpunan itu diadakan bagi menunjukkan komitmen rakyat di seluruh negara bahawa isu Lynas bukan merupakan isu rakyat Pahang semata-mata.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, lokasi perhimpunan bagi negeri-negeri lain akan diumumkan kemudian selepas membuat perbincangan lanjut dengan NGO-NGO anti Lynas di peringkat negeri masing-masing.

Dalam pada itu, beliau melahirkan kekesalan apabila terdapat beberapa pemimpin BN yang mengatakan isu Lynas ini merupakan isu penduduk Pahang dan orang Cina.

"Pandangan saya, isu ini bukan hanya melibatkan penduduk Pahang, dan juga masyarakat Cina tetapi turut membabitkan seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.

"Ia soal kesihatan rakyat, dan ada kes menunjukkan projek seumpama ini memberi kesan kepada rakyat seperti di Bukit Merah, Perak dan beberapa kawasan lain di seluruh negara," tegas beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai turun beramai-ramai bagi menyertai himpunan aman tersebut sebagai satu langkah sokongan terhadap usaha membantah pembinaan Lynas dan projek-projek lan seumpamanya di negara ini.

Pada 26 Feb lalu, satu himpunan besar-besaran berjaya diadakan di Padang MPK, Kuantan dengan penyertaan puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Selain di Kuantan, bantahan tersebut juga diadakan serentak di Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur.

Presiden Iran disoal secara langsung di parlimen

Harakahdaily, 17 Mac 2012
TEHRAN, 17 Mac: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam mempertahankan rekod pentadbirannya secara langsung di parlimen apabila ahli-ahli parlimen yang menuduhnya melakukan penyelewengan ekonomi dan ingkar pada Ketua Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

Parlimen Iran yang menyoal Ahmadinejad Rabu lalu ialah kali pertama berlaku apabila parlimen telah memanggil presiden mereka untuk menjawab mengenai polisi yang ditentukan beliau.

Radio Iran telah membuat liputan secara langsung sidang tersebut.

Para pengkritik konservatif Ahmadinejad telah bertambah yakin sejak mendapat lonjakan dalam pilihanraya parlimen baru-baru ini.

Keputusan itu telah mengurangkan majoriti presiden mereka di parlimen yang akan ditabalkan semula Mei ini.

Pengkritik terkenal Ahmadinejad, Ali Motahari telah memulakan sesi soal jawab tersebut dengan 10 soalan.

Motahari menuntut penjelasan mengenai kadar inflasi Iran yang tinggi, kegagalan kerajaan untuk membiayai projek rangkaian Metro di Tehran and keenggan presidennya untuk muncul bekerja untuk 11 hari tahun lepas selepas Ketua Tertinggi membatalkan keputusannya untuk memecat menteri perisikan Iran.

Ahmadinejad berkata kadar inflasi yang tinggi tiada kena mengena dengan keputusan kerajaannya untuk mengurangkan subsidi makanan dan minyak pada 2010. Menjawab kehilangan 11 hari beliau daripada kerja, Ahmadinejad berkata beliau dinasihat kawannya untuk bersantai di rumah.

Pengkritik Ahmadinejad selama ini mendakwa beliau tidak masuk kerja sebagai tanda protes beliau kepada keputusan Ketua Tertingginya untuk membawa kembali menteri perisikan yang dipecat beliau. Insiden itu disifatkan sebagai salah satu contoh bagaimana Ahmadinejad telah mencabar kuasa Ketua Tertinggi.

Ahmadinejad menutup sesi soal jawab tersebut dengan menperlekehkan soalan-soalan yang ditanya, dan berkata beliau boleh memberikan soalan yang lebih baik berbanding dengan ‘orang yang mendapat sarjana dengan menekan butang saja.’

Ramai ahli parlimen yang kritikal terhadap presiden Iran tersebut marah kepada kenyataan tersebut lalu mengadu kepada media bahawa kenyataan Ahmadinejad itu berunsur mengelak daripada menjawab persoalan dan juga menghina. Ada yang menuntut supaya parlimen bertindak untuk mendakwa (impeach) presidennya.


Nafisi berkata pendakwaan tidak mungkin berlaku dalam situasi sekarang kerana ia memerlukan lampu hijau daripada Ayatollah.

Beliau berkata Ketua Tertinggi itu tidak akan membenarkan lebih banyak ketidakstabilan politik di Iran pada masa Ahmadinejad sedang berlawan dengan Barat mengenai program nuklear Iran. Barat telah menuduh Iran sedang menghasilkan senjata nuklear di bawah program tenaga dan perubatan. Iran telah menafikan tuduhan itu.

Keadaan demokrasi yang subur di Iran ini sudah tentu tidak dapat dilihat berlaku di negara Malaysia di bawah pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib baru-baru ini bukan sahaja tidak berani menyahut cabaran debat daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah beliau mengelak soalan di parlimen apabila disoal secara langsung oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mursyidul Am lawat Sabah

Harakahdaily, 17 Mac 2012
TAWAU, 17 Mac: Setelah sekian lama tidak mengunjungi Negeri Sabah, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan datang ke negeri di bawah Bayu dan mengikuti beberapa program di negeri ini.

Antaranya yang diatur oleh PAS Kawasan Tawau dan Persatuan Anak Kelantan Perantaun Malaysia (Perakan).

Tuan Guru dan rombongan dijangka tiba pada 17 Mac 2012 jam 2.30 petang di Tawau.

Beliau dan rombongan kemudian akan mengikuti beberapa program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tawau dan Perakan Tawau.

Pada pukul 4.30 petang Hi-tea bersama Datuk Abd Fatah Mahmood dan Pemangku Presiden Perakan Malaysia di Kawasan Ranggu Batu Lapan Tawau yang dianjurkan oleh Pas Cawangan Ranggu.

Sebelah Malam pula, Tuan Guru akan menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid Quba Taman Wawasan sempena program Ramah Mesra Bersama Ulamak.
Dijangka ribuan akan mendengar kuliah magrib yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Seusai program ramah mesra bersama ulamak, Tuan Guru akan menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Pas Kawasan Tawau, Pas Kawasan Kalabakan, Perakan Tawau dan Masyarakat Tawau yang akan diadakan di Hotel Emas Tawau.

Tuan Guru akan menyampaikan ceramah bersama Exco Belia, Sukan dan Ngo Kelantan Datuk Abd Fatah Mahmood dan Pemangku Presiden Perakan Malaysia.

Keesokan harinya Tuan Guru akan menyampaikan tazkirah subuh di Masjid Tawau dan akan bertolak ke Kota Kinabalu pada pukul 7.00 pagi.

Tiada ulasan: