Khamis, 22 Mac 2012

SAPE YANG BERPOLITIK...PADA DASAR MUAMALAT ISLAM...JUAL BELI DENGAN ORANG KAFIR ADALAH HARUS DENGAN SYARAT TERTENTU...IAITU JUAL BELI PERKARA2 YANG HALAL DAN DIBENARKAN OLEH SYARAK...

Yahudi: Kenyataan Hadi bersifat politik
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
Yahudi: Kenyataan Hadi bersifat politik
KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan isu umat Islam dibenarkan menjalankan perniagaan dengan orang Yahudi sebagai kenyataan politik semata-mata.

Menurutnya, ini kerana, umat Islam secara amnya tidak mengiktiraf bangsa berkenaan yang banyak membawa kerosakan terhadap negara Palestin.

“Bagi saya, ini hanya kenyataan politik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perbandingan Ahli Sunnah dan Syiah di sini, semalam.
Abdul Rahman berkata, pada dasarnya, hukum berniaga dengan orang Yahudi yang bersikap baik terhadap umat Islam dibolehkan, tetapi berniaga dengan negara Yahudi iaitu Israel yang merampas tanah dan hak kehidupan rakyat Palestin, hukumnya adalah haram.

Menurutnya, meskipun Yahudi dan Zionis berbeza, iaitu Yahudi merujuk kepada bangsa manakala Zionis pula merujuk kepada fahaman atau pegangan, matlamat orang Yahudi pada hari ini kebanyakannya sama iaitu melakukan kerosakan serta kemusnahan terhadap umat Islam.

“Berurusan dengan mereka boleh diibaratkan menyokong setiap penindasan yang dilakukan terhadap saudara kita di Asia Barat,” katanya.

 
  • Agyyll Yahya · Universiti Malaya
    Income Pahang dr Genting tu Guana pulok tok peti?
    • Cerita Kedaikopii · Top Commenter
      itu adalah dr sumber2 y Halal selagi mana tokey2 judi tersebut membayar zakat kpd menteri dan tokpeti sendiri,,(biasa la bro..nk arapkan gaji ngn taraf idup skang..dh jatuh taraf rakyat biasa y hidup kais mengais nii)...ape guna ada jwtn tp idup xkaya raya...
    • Mohd Noor Abdul · Top Commenter · Works at X-Army 2010
      Gaji mufti Pahang mungkin di ambil dari hasil cukai judi genting sbb itu dia diam membisu atas kegiatan yang berlaku atas genting.
    • Usop Deen · Top Commenter · High School Career Magnet
      MACAMANA PULAK HASIL LUMBA KUDA P.PINANG
    • Adnan Yunus · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Mcm mane plak hasil arak kilang Guiness Anchor n Carlsberg yg dijanji nk ditutup tp tak tutup smpai laaaa ni??? Gaji puak2 PAS dlm EXCO n Majlis2 Perbandaran pon hasil dr kegiatan haram jgk kan???
    • Md Niram Ismail · Top Commenter
      Agyyll Yahya: Tuan yakin ke kalau PAS perintah Pahang atau Malaysia nanti,PAS dapat robohkan genting tu? Setau saya,Hassan ali baru rampas arak sebotol kat selangor pun kena rampas balik? Baru melawat gereja pun di katakan menyerbu,sampai MB nya melutut minta maaf. Akhirnya Hassan di pecat?
  • Agyyll Yahya · Universiti Malaya
    pening kawe dgn tok peti ni...memangle kenyataan politik tp dari sudut siasah islam...dari dok komen lebih2, baik tok peti nasihat orang islam berhenti merokok...kan penyumbang utama Israel tu...Kenyataan TGHHA pun terang.
    • Cerita Kedaikopii · Top Commenter
      biasa la..ni tokpeti kaki kipas baik punya..
    • Mohd Noor Abdul · Top Commenter · Works at X-Army 2010
      Cerita Kedaikopii. Kalu mau kipas pun jgn nak komen benda yang jelas dan benar. Hj Najib dok bagi duit kat rakyat semasa musim pilihanraya awat dia tak komen kata rasuah pilihanraya.
    • Cerita Kedaikopii · Top Commenter
      Mohd Noor Abdul : biasa la..kalo xkipas..sape mau kasi kekal jwtn nnti..Psl dk bagi duit time2 nk PRU tu bkn rasuah,itu tanda perihatinnya kerajaan pd rakyat..kasi rm 300-500 sorang tuk 5 thn,tp tok jib n the geng songlap berbillion..tp masih ada rakyat y sanggup gadai maruah demi rm 300-500 ngn beri undi pd umno..mangkuk jamban pon lebih mahal dr 300..nmpak sgt maruah penerima dan memberi undi tu lebih rendah dr mangkok jamban...
  • Ameeirul Khalil · · International Islamic University Malaysia
    aku lagi pening dengan istilah Yahudi, Israel, Zionis bila dgr mufti ni bercakap....sebenarnya Israel itu bangsa, Yahudi @ Jews itu agama, Zionis itu satu idealogi dan mazhab dalam agama Yahudi...Yahudi ade banyak aliran, salah satunya selain drp Zionis ialah Yahudi Ortodoks yg mengamalkan ajaran yang hampir sama apa yg yg diajarkan dlm kitab Taurat Nabi Musa AS..Orang Yahudi Ortodoks ni x bersetuju dengan cara Yahudi Zionis yg merampas tanah orang Islam di Palestin krn mereka telah berpegang dgn ajaran Taurat bahawa Orang Israel x boleh mendirikan negara sendiri...wallahu a'lam..
    • Shyam Hamzah · Top Commenter · Customer Service at KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL
      BETUL 2... MEREKA MENGGUNAKAN NAMA "ISRAEL" UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN ORG RAMAI PADA PENUBUHAN NEGARA ZIONIST, KALAU MENGGUNAKAN NAMA YAHUDI, NESCAYA MEREKA TIDAK MENCAPAI CITA2 MEREKA. PERLU DIINGAT, ISRAEL ADALAH PERKATAAN DARIPADA ISRA= BERJALAN MALAM, EL= HAMBA ALLAH.. YG DITUJUKAN KEPADA NABI YAACUB A.S.
    • Mohd Noor Abdul · Top Commenter · Works at X-Army 2010
      Mufti tu komen sbb nak ambil hati Dato' Nan jer.
    • Adnan Yunus · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Apa yg kamu merepek ni...Israel tu bangsa? Yahudi @ Jews tu agama??? HAHAHAHAHAHAHA mmg sah kamu puak2 pR n PAS dh makin celaru dek fatwa Tok Guru Maha Celaruu....Jom makan ikan cencaru nak??? kekekekekeke
  • Sayed Abdul Rahman · Top Commenter · UTM, UiTM
    Kenapa Tok Peti? Kontrak dah nak habis ke? Tak apa insyallah dgn kenyataan ini kontrak Tok Peti akan disambung lagi.Inilah Standard Mufti tanah airku.
  • Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
    Sudah menjadi lumrah alam, ulama' yang dilantik oleh kerajaan tidak berani menegur kerajaan hanya berani menegur pembangkang sahaja...kenapa semasa syarikat Malaysia berdagang dengan syarikat Israel mufti membisu sahaja? Inilah yang membingungkan umat Islam di Malaysia...
    • Cerita Kedaikopii · Top Commenter
      ouch..lupa nk cakap...syarikat y mai malaysia tu bkn nk berdagang..tp dtng hantar bantuan kemanusiaan...(kalo xkasi kapal tu masuk,xMASYUK la menteri2 nantii..
    • Usop Deen · Top Commenter · High School Career Magnet
      PR PUN SAMA GAK .HASSAN ALI BUAT BETUL IKU SHARIAH PUN KENE PECAT CAMNO TUUU
  • Ishak Ahmad · Top Commenter · Ilp
    Bagaimana pula berurusan dengan Melayu berfahaman zionis, walaupun Melayu tu bukan Yahudi ?
  • Ipol Usmi · · Top Commenter
    Cakap bolehlah....... itu halal, itu haram. Bagaimana menghadapi realiti kehidupan masa kini. Dikatakan haram berniaga dengan Israel konon itu membantu mereka memusuhi Palestin dan Islam. Dapatkah kita mengelak daripada berhubung/berdagang dengan sahabat karib Israel seperti Amerika, Britain, Australia, Peranchis, Jepun, Jerman, Sepanyul dan lain-lain. Apa pulak fatwa yang nak dikeluarkan? Sepatutnya negara-negara Islam beri sokongan bersungguh-sungguh kepada pejuang Hamas di Palestin, Taliban, Chechan, Ahlis Sunni di Pakistan, Moro, Gerakan Patani dll, bantuan ekonomi, senjata, moral dan material. Bukan sekadar cakap-cakap sahaja nak main perasaan politik setempat. Lebih baik hentikan omong kosong, cakap tak seperti bikin.
    • Ipol Usmi · · Top Commenter
      Dulu umnonok jangan jadi kurang cerdik. Baca dan faham betul-betul. Jangan main hentam kromo sahaja. Kita bincang hal ehwal diplomatik, politik antarabangsa dan politik dalam negeri..... Kalau bincang halal/haram dan sah/batal, maka tak payahlah nak kaitkan hal antarabangsa.....
  • Abdullah Al-Zuhaili · Sekolah menengah kompleks mengabang telipot
    biasala, time pilihanraya, mcm2lah kuar untuk raih undi penduduk yang tiada internet..sebab penduduk yang tiada internet dan kemajuan ni lah makanan untuk kerajaan..mereka di putarbelitkan dgn akhbar tempatan..mana kala org awam yang ada kemudahan internet skarang ni sudah pandai menilai dan pandai menyelidik dulu satu2 fakta..jika semua rakyat ada kemudahan internet dan kemajuan, nescaya tidak akan memerintah lagi umeno dalam negara malaysia. InsyaAllah
  • Mohd Faizal Abon · Top Commenter · Cosmopoint Klang
    Walau bagimana sekali pun, dah byk buku mengatakn kita org islam tak boleh berniaga dgn org bangsa israel, sejarah dah banyak tercatit. kenapa tok hadi, takut hilang nama dan pangkat ker? jgn la begitu, saya hormati org agama, saya hormat org yg banyak menyumbang nasihat pd org islam, namun saya yg daif sedikit mengenai agama pun tahu keburukan nyer bila kita buat sesuatu kenyataan yg boleh mengundang perasaan benci sesama kita org islam. penyokong Pas ramai diluar sana, penyokong tok hadi pun ramai, jgn berbuat begitu, saya bukan penyokong ahli politik mana2, saya cuma katakan yg saya hormati orang agama spt tok dan tok guru. jgn sebabkn kenyataan begini penyokong pas membenci tok.
  • Affandi Ismail · Top Commenter · Works at OffshoreMan
    InsyaAllah tuan mufti...kontrak anda akan disambung lagi.
    • Shamsuddin Ibrahim · Top Commenter · Tanah Merah, Malaysia
      aku disambung jika BN menang..
    • Shyam Hamzah · Top Commenter · Customer Service at KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL
      Shamsuddin Ibrahim AKAN DISSAMBUNG JIKA BN MENANG & BANYAK HARTA RAKYAT BN BELASAH! INGAT! BUKAN BN YG SAMBUNG NYAWA AWAK, TAPI ALLAH YG SAMBUNG NYAWA AWAK! KITA MENUMPANG DI BUMI ALLAH.. MENUMPANG BUAT LA CARA MENUMPANG... KALAU KITA PUN MASUK RUMAH ORG TP BUAT SERUPA RUMAH SENDIRI ORG 2 SUKA @ X?
    • Mohd Najmi Ramli · · Works at Teliti Computers Sdn Bhd
      Shyam Hamzah Pakcik Shamsuddin Ibrahim masudkan kalo BN menang ja br leh smbng kontrak mufti nie. Kalo BN kalah merempat lar tok mufti nie...bkn doa suruh bn menang. ABU
    • Tun Aiman Azemi Skn · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Shyam Hamzah jgn la nk emo2
    • Slow Je · Top Commenter · ICM England UK
      Shyam Hamzah, stedi la bro... sama2 ABU bro.. sian Shamsuddin Ibrahim, x pasal2 kena smack dgn lu..
    • Joe PokJoe · Top Commenter · Kuantan
      Shyam Hamzah : bagus semangat anak muda mcm anda ni...tapi jgn terlalu beremosi sgt...cool n relax, k...kenalpasti dulu siapa kawan dan lawan...kalau boleh semua kita jdkan kawan...wallahhua'lam...
    • Usop Deen · Top Commenter · High School Career Magnet
      Mohd Najmi Ramli REZEKI TANGAN ALLAH BUKAN TANGAN KAU
    • Adnan Yunus · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Shyam Hamzah - Klu puak2 PR tak rerti hormat org2 agama mcm Mufti ni, mcm maner la kamu nk jd parti Islam yg bersahsiah dri yg baik2? Sb tu org lain menyampah dgn puak2 kamu, ulamak2 kamu, segala benda ttg kamu. Puak2 Kamu jgk yg mengajar budaya caci maki hamun dlm politik Msia ni kan? Padan muka kamu. Prangai buruk kamu dlm politik makin ramai org tiru n tentang kamu plak bodoh bongok BARUA PAS, BARUA PAKATAN RAKYAT, BARUA TOK GURU MAHA CELARUUUUUU
    • Haji Wan Azlan · Top Commenter
      INI JUGA SALAH SEORANG MUFTI YG LAPAR TULANG.KENYANGPUN DIA JELIR,LAPAR PUN DIA JELIR.MENYALAK TAK TENTU PASAL.
  • Mohd Noor Abdul · Top Commenter · Works at X-Army 2010
    Puak2 mufti ni sebelum TG Hj Hadi keluar kenyataan depa diam saja, bila ada kenyataan dikeluarkan mula ler nak komen macam2 kepentingan politik ler dan sebagainya. Nampaknya puak2 mufti langsung tidak mempunyai idea yg bernas sbb itu kena tunggu bagi ahli politik komen baru depa nak balas. Tunggu komen dari orang kuat UMNO pula iaitu Tan Sri Harussani.
  • Shukur Hasran · Top Commenter
    &#&&#$mufti
    @^@^@^&@ israel
    amanah jawatan dipersoal diakhirat nanti
    berjayanya mufti bila makin ramai dalam agama jadi jahil
  • Syed Faisal
    memang la kenyataan bersifat politik..dah TGHHA tu kan Presiden PAS..PAS ni pulak parti politik..habih tu kalu x bersifat politik, bersifat apa?
  • Razak Rahman · 51 years old
    nok tanya tok peti doh kerajaan malaysia niaga dengan negara israel ke dengan orang yahudi yang baik2??? confius lah hamba!?"###
  • Mohd Nasir · ITM
    Pendapat pemimpin pas nik aziz dan haji hadi lebih kuat hujah daripada tok mufti ni yang pendapatnya berbentuk umum saja.
  • Dien Aj · Works at KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia
    Tengok muko tok peti ni pun aku doh serabut, malas nak komen apa dia kata, macam Nabil kata, Lu Pikir lah Sendiri...
  • Al-Mankaraqi Alman · Top Commenter · Pengasas Bersama at Budak Kubur Ent.
    Mufti gini gaya moleknya jadi ketua cawangan umno Gohtong Jaya di Genting Highlands.
  • Omary Othman
    Abdul Rahman berkata, pada dasarnya, hukum berniaga dengan orang Yahudi yang bersikap baik terhadap umat Islam dibolehkan, tetapi berniaga dengan negara Yahudi iaitu Israel yang merampas tanah dan hak kehidupan rakyat Palestin, hukumnya adalah haram.

    Cer Tok Mufti pi cakap kat PM ayat tu
    Mati hidup balik pun tak berani la KECUALI lepas dah retired
    Ops... mungkin juga Tok Mufti sindir dalam halus...
  • Syed Ahmad Syed Mohd · Top Commenter · TUKANG KIRA WANG at KOO2KEH&KOOLY SDN.BHD
    sambil kita fahami apa mufti ni cakap apakata kita selami pula apa yang dihujahkan oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Bekas Mufti Negeri Perlis http://www.malaysiakini.com/news/192679
  • Nor Sohairi Awang Nong · Works at I ♥ PAHANG
    kalau mufti cakap semua salah,nik ajeh sokong aljuburi betul belaka,video kata besi xblh jd saksi,banganggg betul,kapal singh kata langkah mayat dia dulu kalau nak tubuh negara islam,itupun sanggup jilat jubur dia..
  • Tun Aiman Azemi Skn · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    agak2 pemimpin ameno leh terima x kenyataan mufti pahang nie? "Abdul Rahman berkata, pada dasarnya, hukum berniaga dengan orang Yahudi yang bersikap baik terhadap umat Islam dibolehkan, tetapi berniaga dengan negara Yahudi iaitu Israel yang merampas tanah dan hak kehidupan rakyat Palestin, hukumnya adalah haram."

    merujuk kepada hubungan dagang antara malaysia - israel..
  • Akim Tarmizi · Senior Mechanic at Sime Darby
    Takbirrrrrrrr..... mustapha mamat umno jeli kata (ya memang keraan malaysia berdagang ngan israel) umno da lama berdagang ngan yahudi haji hadi baru 2hari lepad buat statement hampa nk balun dah..
  • Kekanda Nobita · Politeknik dungun
    lau tol nk lari dgn amerika pn sme.... bnuh org islam di merta dunia... tu ttp mate plop kes income byk masuk... ape guna duit lau shabt kite disakiti...
  • Mohammad Fairuz
    pelik la mufti ni..... kenyataan dia ni merujuk kepada kerajaan atau ustaz hadi yer....
  • Syah Rizan · · Works at JaNgAn LiKe RaMaI SaNgAt NaNtI MaLu PuLa dIa
    nk tw beza Yahud,zionis,Israel..baca disini https://www.facebook.com/groups/145260518854200/doc/338522432861340/
  • Onn Wan
    walau apa pun alasannya yg menyokong yahudi tetapsama dgn yahudi. walau pun aku jahil aku tetap benci yahudi bermakna yg menyokong yahudi aku pun bencilah.
    • Cerita Kedaikopii · Top Commenter
      eloklah tu..yalo dh kasi kapal2 yahudi singgah di malaysia tu xkan la musuh pula kan..mesti la sahabat/kawan yahudi tu jgk kan...elok sgt la kita benci pada y jenis putar alam ckp benci yahudi,tp dok berdagang ngn yahudi,dok ambil penasihat yahudi,slogan yahudi...(jangan buta hati sudahlah..buta mata xpe)
    • Ahmad Danial · Top Commenter · Jurutera at Government
      baguslah Onn Wan...nabi pun ramai yang berasal dari kaum yahudi....
    • Slow Je · Top Commenter · ICM England UK
      kesemua nabi adalah dari kaum yahudi kecuali Muhammad s.a.w. Tmasuklah dgn nabi Ibrahim yg kita lafaz setiap tahhiyat akhir tu, benci jugak ke..?? hrp2 Onn Wan dpt faham sapa yg patut kita benci...
  • Mat Rani · Sekolah rendah at Guru
    Suatu percambahan minda yang baik, apa alasan tuan timb. mufti, sedangkan kalangan yahudipun ada yang menjadi ulama?
    • Cerita Kedaikopii · Top Commenter
      yahudi y jd ulama ni sgt bgs dlm kehidupan skang,sbb kalo x,ssh nk kaya n kekalkan jwtn..kalo dh yahudi tp tunjuk prangai yahudi,orng kecam...kan bgs yahudi tp buat2 nmpak ulama..)..kikiki
  • Shamsuddin Ibrahim · Top Commenter · Tanah Merah, Malaysia
    Bagus punya tok peti sorang ni, sy rasa lebih baik tok peti nasihatkan pembesar pahang yg keturunannya masih banyak saham digenting tu, tak kan tak nampak atau ...
  • Miey Asyman ·
    komen tok pti brsifat bodoh'jga dlm ngri sndri dlu,bgaimna judi dlm ngri sndri tok peti?
  • Miey Asyman ·
    inilah yg trjdi klau make duit judi,xdpat bzkan pltik dgn hkum islam yg sbnar"
Islam dan Yahudi
Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.

Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.

Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis.

Hadi: Boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi...
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.
  
"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ," katanya dalam sesi-soal jawab di majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di Shah Alam malam tadi.
  
Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan.
     
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.
  
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata PAS akan menukar minda orang Melayu supaya memperkasakan diri mereka dengan ajaran Islam.

"Melayu sahaja tanpa Islam akan menjadi bangsa hina," katanya.
  
Abdul Hadi berkata parti itu bersedia meletakkan calon yang terdiri daripada seniman ataupun artis pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya ada permintaan sedemikian daripada mana-mana cawangan ataupun kawasannya.
  
Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapannya pada majlis itu berkata Dewan Muslimat telahpun mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kepada PAS Pusat.
  
Beliau berkata, lebih 30 muslimat dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah dicalonkan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

- Bernama

Tiada ulasan: