Sabtu, 10 Mac 2012

KUTIP DIJANGKA JUTA2..TAPI BANYAK TERABAI...LARAT KE TANGGUNG DOSA...SERTA PERTANYAAN DIAKHIRAT NANTI...LETAK ATAU TAK...NAMA DAH TERCEMAR...TU BELUM DAKWAAN DIAKHIRAT...BERANI BUAT BERANI TANGGUNG

PM umum kedudukan Shahrizat waktu sesuai

10 Mac 2012
Shahrizat Abdul Jalil
PASIR GUDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.
"Bukan khabar angin, kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini yang turut dihadiri Shahrizat.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.
Sebelum itu, media dimaklumkan satu pengumuman penting akan dilakukan dalam majlis tersebut menyebabkan setiap butiran ucapan Sharizat itu didengari dengan teliti.
Sebelum sidang media itu, Shahrizat juga kelihatan berbincang dengan Perdana Menteri beberapa ketika sebelum Najib memberitahu perkara itu akan diumumkan pada waktu yang sesuai tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan.
Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.
Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan."
Rais Yatim puji MB Kedah tangani isu Exco

10 Mac 2012
Rais Yatim
SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertindak betul apabila meletakkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sebagai keutamaan dalam menghadapi krisis kepimpinan dengan dua Exconya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, dalam menghadapi tekanan sehingga membawa campur tangan Pas Pusat dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran negeri, ketegasan Azizan menangani krisis membuktikan beliau tetap mengutamakan undang-undang tubuh dan pandangan rakyat Kedah meskipun 'disepit' oleh kuasa luar.

"Ketegasan Menteri Besar Kedah ini harus dipuji kerana beliau tidak mahu pihak luar campur tangan dalam urus tadbir negeri," kata Rais selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) di sini, hari ini.
"Sikapnya menunjukkan beliau Menteri Besar yang memahami undang-undang walaupun di belakang, kiri dan kanannya masih ada belas kasihan terhadap rakyat," ulas Rais mengenai tindakan Azizan semalam yang memberi 'pukulan balas' terhadap kelompok yang berusaha melemahkan kepimpinannya dengan menegaskan beliau hanya berpegang kepada peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah untuk mengurus tadbir kerajaan negeri.

Azizan berkata tiada perkara lebih tinggi dari Perlembagaan Kedah yang memperuntukkan Menteri Besar adalah ketua tertinggi bagi badan eksekutif negeri walaupun beliau bersikap terbuka dan sedia mendengar apa saja pandangan atau nasihat mana-mana pihak termasuk Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan Pas Pusat.
Rais juga berpendapat Azizan telah berjaya melaksanakan tugasnya menyebabkan sikapnya tidak disenangi oleh pemimpin pakatan pembangkang sendiri.

"Menteri Besar ini orangnya baik walaupun tidak dapat tunaikan kehendak rakyat sepenuhnya namun sikapnya disenangi rakyat. Oleh itu rakyat Kedah wajar membuat penilaian waras pada pilihan raya umum akan datang.
"Kalau rakyat berikan peluang kepada Barisan Nasional (BN), kita percaya boleh lakukan lebih baik daripada kerajaan Pas sekarang," katanya.
Kemelut kepimpinan Pas Kedah tercetus apabila exconya Datuk Dr Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula kerana berbeza pendapat yang "kritikal" dengan Azizan dalam pentadbiran kerajan negeri sehingga memaksa campur tangan kepimpinan Pas Pusat.
Kira-kira 6,000 orang menghadiri majlis itu antaranya Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Othman Aziz dan Pengerusi Pertubuhan Gerak Seni Warisan 1Malaysia, Adnan Abdullah Sabil.– Bernama
Jawatankuasa Pemandu tidak jejas kuasa MB
Wartawan Sinar Harian
10 Mac 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Kedah tertakluk pada Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, walaupun Jawatankuasa Pemandu diwujudkan Pas Pusat bagi memantau perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, berdasarkan perlembagaan negeri itu, kuasa Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak terjejas kerana ia adalah kuasa eksekutif tertinggi dalam pentadbiran.

“Mana-mana negeri ikut perlembagaan negeri. Jawatan­kuasa Pemandu sekadar bagi pandangan tak kan pula tidak boleh bagi nasihat.

Memang perkara seperti itu tiada dalam perlembagaan Kedah, tetapi orang bagi nasihat, kita dengarlah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan konon penubuhan jawatankuasa itu antara usaha mengehadkan kuasa Menteri Besar, sebaliknya menyifatkan ia sebagai sebuah badan penasihat.

“Saya sendiri pun belum dapat maklumat terperinci mengenai jawatankuasa itu. Macam mana nak komen, lebih baik tunggu ia diwujudkan dahulu, barulah tahu peranan dan ke mana perlu dirujuk,” katanya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini berkata, Pas Pusat akan membincangkan mekanisme penubuhan Jawatankuasa Pemandu dalam mesyuarat bulanan parti itu, Isnin depan.
Kanak-kanak hilang sejak Rabu ditemui mati lemas

10 Mac 2012
IPOH- Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemui mati lemas di Sungai Kinta, Tanjung Tualang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata mangsa Yushairiezal Judin ditemui terapung pada pukul 10.50 pagi tadi oleh orang awam kira-kira 45 kilometer dari tempat mangsa terjatuh di longkang Kem Syed Putra, Tambun.

Polis yang dimaklumkan berhubung penemuan itu telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya petang ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun, di sini.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, ibu kanak-kanak itu, Mazlinah Rintan @ Baki,31, berkata anaknya keluar bermain bola sepak dengan rakan-rakannya pada jam 3 petang dan tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam pada hari tersebut.

Semasa kejadian mangsa bermain berhampiran dua longkang besar ketika hujan lebat.

Ibu mangsa hanya membuat laporan polis sehari selepas kehilangan itu, dan polis kemudian mengadakan operasi mencari dan hanya menemui seluar biru dipercayai milik mangsa yang tersangkut di ranting Sungai Pinji.– Bernama
PUZ sasar kutip RM60 juta
Wartawan Sinar Harian
10 Mac 2012
KEPALA BATAS - Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang yakin kesedaran orang ramai membayar zakat akan berjaya meningkatkan jumlah kutipan dari RM50 juta kepada RM60 untuk tahun ini.

Ahli Lembaga Pengarah PUZ Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man berkata, tahun lalu pihaknya mencatatkan jumlah kutipan zakat sebanyak RM59 juta berbanding tahun sebelumnya yang menunjukkan peningkatan hampir RM10 juta perolehan.

“Tahun ini sasaran awal kami adalah RM60 juta dan tidak menolak kemungkinan jumlahnya jauh lebih tinggi kerana kita turut melaksanakan pelbagai promosi menggalakkan orang ramai membayar zakat.

“Dari segi jumlah pembayar zakat, seramai 52,000 penduduk negeri ini berbuat demikian dan pihak kita turut mensasarkan akan lebih ramai individu tampil memenuhi tanggungjawab mereka menjelaskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada majlis penyerahan bantuan rumah PUZ kepada seorang penduduk di Kampung Air Melintas Kecil di sini semalam.

Pada majlis itu, Saadiah Abd Hamid, 60, menerima kunci rumah daripada PUZ Pulau Pinang yang membina rumahnya yang rosak dan usang.

Rumah teres dua bilik berharga RM27,000 itu dibina sejak akhir tahun lalu dan siap diduduki sejak dua minggu lalu.

Sebelum ini, Saadiah hidup dalam keadaan tidak selesa bersama anak lelakinya Mohd Fahmi Khalid, 32, selepas rumah lama miliknya yang dibina di atas tanah orang lain di kampung itu rosak.

Selepas tidak diberi kebenaran oleh pemilik tanah untuk membaiki rumahnya, Saadiah memohon peruntukan melalui PUZ dan diberi kelulusan untuk membina sebuah rumah baru menggantikan rumah lamanya.

Mohd Salleh berkata, PUZ Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM5.7 juta bagi melaksanakan pembinaan rumah golongan asnaf sejak 2006 sehingga tahun lalu.

“Sepanjang tempoh itu sebanyak 211 rumah telah berjaya dibina merangkumi 24 buah rumah baru di Butterworth, Kepala Batas (60), Seberang Perai Tengah (SPT) (53), Seberang Perai Selatan (SPS) (50), Barat Daya (23) dan Timur Laut (satu).

“Manakala untuk kerja baik pulih rumah bagi tempoh sama sebanyak 112 buah rumah penduduk berjaya dibaik pulih melibatkan kos sebanyak RM1.3 juta,” katanya.
Terpaksa buat kaki palsu sendiri
Wartawan Sinar Harian
10 Mac 2012
kaki-palsu
BALING - Seorang pesakit diabetes di Kampung Tanjung Merbau di sini terpaksa membuat kaki palsu sendiri bagi membolehkannya bergerak setelah kaki kananya dipotong tahun lalu.

Radzuan Ismail, 43, menggunakan getah kasut sebagai tapak kaki palsunya untuk mengurangkan kesakitan ketika melakukan pergerakan.

Menurutnya, selepas kakinya dipotong, ia diletakkan simen yang biasanya digunakan untuk kaki patah.

“Selepas kaki saya sembuh, doktor mengarahkan saya membuang simen itu.

“Tapi, saya sayang nak buang kerana simen itu masih dalam keadaan baik. Jadi, saya menukarkan simen itu kepada kaki palsu dengan meletakkan getah kasut sebagai tapak simen,” katanya.

Menurutnya, walaupun simen itu mempunyai tapak getah, kakinya masih terasa sengal ketika melakukan pergerakan.

“Kaki palsu ini bukan kaki palsu yang sebenar. Ia hanyalah simen yang dijadikan kaki palsu. Jadi, keselesaannya tidak sama dengan kaki palsu yang sebenar.

“Setiap kali saya melangkah, memang terasa sengal, tetapi, tidaklah terlalu sakit. Sekurang-kurangnya saya dapat keluar ke rumah malah dapat menunggang motosikal,” katanya.

Radzuan yang tinggal bersama ibunya itu tidak mampu melakukan pekerjaan berat melainkan perniagaan runcit kecil-kecilkan di rumah bagi membolehkannya dan keluarga menjana pendapatan.

“Itulah yang mampu saya lakukan. Isteri pula suri rumah sepenuh masa, lagipun isteri turut mengalami masalah rabun. Matanya menjadi kabur sejak beberapa tahun lalu.

“Selain itu, ibu saya turut membantu serba sedikit. Ibu menoreh getah kalau tak hujan, dapat juga tambah pendapatan. kalau tidak, hanya bergantung kepada perniagaan runcit sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia sudah memohon kaki palsu di Hospital Kulim namun setakat ini belum menerima sebarang maklum balas dan berharap permohonan itu akan diluluskan secepat mungkin.

Menurutnya, pemimpin kampung turut membantunya memanjangkan masalah itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membolehkannya mendapat bantuan bulanan orang kurang upaya (OKU).

“Alhamdulillah, pemimpin kampung di sini amat prihatin dengan nasib penduduk di sini. Borang dihantar pada tahun lepas dan kemungkinan masih dalam proses kelulusan.

“Saya amat berharap, permohonan saya dapat diluluskan kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban,” katanya.

Tiada ulasan: