Ahad, 25 Mac 2012

PELIK..BAGAIMANA PEMIMPIN TERCALIT REKOD BURUK...TAK BERMORAL...MASIH LAGI PEGANG JAWATAN...MACAM ADA BENDA YANG TAK KENA...

Sukan lasak jadi tumpuan pelancong ke Kelantan

Rizal Tahir, 24 Mac 2012
KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Kelantan akan menjadikan sukan lasak (ekstrem) sebagai salah satu aktiviti Tahun Melawat Kelantan (TMK@2012).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata antaranya abseiling, berkayuh basikal lasak dan lain-lain lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Abseiling 46 K PKINK  yang diadakan di Menara Perbadanan PKINK, anjuran Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan PKINK.

Ianya dianjurkan sempena ulang tahun PKINK yang ke-46.

Walaupun 46 orang peserta diperlukan sebagai simbolik sambutan ke-46 PKINK, namun seramai 76 orang peserta menyertai program pada  ketinggian 166 kaki  dan ianya dianggap abseling yg tertinggi di Pantai Timur.

Turut mengambil bahagian Pegawai Khas Datuk Takiyuddin, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaiddin.

Takiyuddin bagaimanapun, mencadangkan mana-mana penganjur yang ingin menganjur sukan lasak itu supaya mencari tempat yang lebih  tinggi.

Katanya, ianya penting bukan sahaja untuk menguji tahap kemampuan peserta, sebaliknya untuk mencipta rekod baru

“Kelantan mungkin akan akan menjadi tuan rumah jambori  volskwegan Malaysia  sempena Tahun Melawat Kelantan,”ujarnya lagi.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Eksekutif PKINK, Tuan Zainal Abdul Rahim dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Zurina Abdul Samad.

Pengerusi Jawatankuasa Biro persatuan itu, Mohd Rozi Mohd Nor, berkata simbolik pada penganjuran program ini untuk menterjemahkan kepada umum betapa PKINK kini semakin hebat menghadapi cabaran walaupun sudah berusia 46 tahun.

Beliau yang juga pengarah program, peserta yang sebahagiannya terdiri dari kakitangan PKINK, turut menggambarkan mereka juga mampu menghadapi cabaran lasak dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Alhamdulillah kita bersyukur, program yang pertama kali dianjurkan diperingkat kerajaan negeri ini mendapat sambutan pelbagai pihak,”ujarnya lagi.

Antara yang mengambil bahagian, pelajar dari Politeknik Kota Bharu, Kolej Politeknik Mara, Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan, Urusetia Sukarelawan TMK dan peserta individu.

Hutang negara: Dapat dari mana, ke mana dibelanja?

Harakahdaily, 24 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) berpendirian pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk  Awang Adek Hussain bahawa hutang kerajaan masih tidak kritikal kerana kurang 2 peratus di bawah had 55 peratus dari KDNK dan tidak membimbangkan, adalah sangat tidak bertanggungjawab.


“Pertanyaan yang tidak dijawab ialah ke manakah wang yang diperolehi dengan berhutang itu dibelanjakan dan siapa yang menentukan perbelanjaan tersebut?” tanya Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sepatutnya, kata beliau pihak perbendaharaan negara memastikan ia dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, dengan hanya selisih 2% dari tahap kritkal 55% KDNK menunjukkan perbendaharaan negara cuai dengan kedudukan hutang negara.

“Itupun Teras mempersoalkan atas kriteria apa 55% itu ditentukan?” soalnya lagi.

Beliau berkata, persoalan yang lebih kritikal ialah apakah kerajaan berbelanja  berdasarkan bajet yang diluluskan atau sebaliknya (on budget atau off budget).

Katanya, pihak perbendaharaan negara yang kini dibawah kuasa PM kerana beliau adalah juga Menteri Kewangan jelas telah membiarkan hutang bertambah bila defisit dicampur dengan berbelanja lebih dari yang dibenarkan.

Kini, ujarnya apa yang menjadi tanda tanya ketika kerajaan berbelanja lebih dari yang dibenarkan siapakah yang memberi kebenaran untuk berbuat demikian.

“Inilah sebabnya Teras melihat bahawa dalam isu hutang kerajaan yang kini hanya berada 2% di bawah had yang dibenarkan, ternyata tidak ada semak dan imbang (check and balance) lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, kini rakyat berhak untuk tahu bagaimana wang negara yang diperolehi dari hutang dan dibelanja sebabnya rakyatlah yang akan menanggung hutang tersebut.

“Inilah yang disebut sebagai pembiayaan hutang (debt financing) yang akan terbeban kepada setiap orang rakyat sesebuah negara,” ujarnya.

Untuk membayar hutang, tambahnya perbelanjaaan tambahan perlu dikeluarkan dan rakyatlah yang akan menerima beban hutang yang diambil oleh kerajaan.

Katanya, ketika mana hutang kerajaan bertambah bermakna wang rakyat akan diguna untuk membiaya hutang tersebut.

Di Amerika, ujarnya ada maklumat setiap hari yang disebut “U.S. NATIONAL DEBT CLOCK”.

Menurutnya, pada 23hb Mac 2012 jam 10.30.06 petang GMT hutang awam ialah USD15,589,100,336.066.82, juga mencatat populasi Amerika sekarang ialah 312,453,854, maka setiap warga Amerika menanggung hutang tersebut sebanyak USD49,892.19 pada hari tersebut.

Jelasnya, hutang Kerajaan Amerika terus meningkat secara purata USD4.02 billion sehari sejak 28 September 2007.

Ujarnya, setidak-tidaknya warga Amerika mempunyai maklumat mengenai hutang kerajaan setiap hari dan apa implikasinya terhadap setiap individu warganya.

“Di Malaysia maklumat ini bukan sahaja sukar untuk dioperolehi, malah dimanipulasi seolah-olah semuanya dalam kedaan terkawal,” ujarnya.

Justeru, ujarnya Teras menggesa agar rakyat perlu menzahirkan keprihatinan mereka mengenai kepincangan perbelanjaan yang akan menjejaskan kedudukan kewangan negara sekaligus kesejahteraan rakyat.

“Jika rakyat membisu dan tidak peka dengan uruskelola kewangan negara, masa depan rakyat bakal menghadapi keadaan yang tidak menentu, jangan membayangkan situasi seperti Greece tidak akan berlaku di Malaysia,” katanya.

Perniagaan: PAS hanya kecam Zionis

Harakahdaily, 24 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.

“PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam,” kata beliau.

Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Kenyataan Abdul Hadi telah diserang oleh pemimpin Umno dan para mufti yang pro-kerajaan sebagai kenyataan politik semata-mata.

PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan timbalan presiden Mohamad Sabu turut menyokong kenyataan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hakikatnya menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi.

"Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku Muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.

"Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Sabu pula berkata umat Islam boleh bermuamalah dengan Yahudi, tapi menegaskan bahawa urusniaga dengan Yahudi Israel tidak boleh sama sekali kerana mereka jelas berfahaman Zionis.

Menurut Tuan Ibrahim pula, Yahudi adalah bangsa yang disebut dalam al-Quran. Al Quran banyak menyatakan kecaman dan juga pujian kepada Bani Israel.

“Bangsa adalah ketentuan Allah. Manakala yang kita tentang ialah gerakan Zionis yang sentiasa mewujudkan tindakan huru-hara dalam dunia, khususnya tindakan ganas mereka terhadap umat Islam di Palestin.

Lantaran itu, PAS mengecam tindakan kerajaan berurus niaga dengan negara Israel kerana tindakan itu nyata bercanggah dengan dasar dan polisi negara yang tidak mengiktiraf tanah rampasan Zionis yang dijadikan negara Israel,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Baling helmet: Anggota langgar SOP, akui IGP
Pihak polis mengakui anggotanya yang terlibat dalam insiden membaling topi keledar ke jalan raya sehingga menyebabkannya penunggang motosikal terjatuh dan cedera serius di George Town telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

NONE"Kita mendapat pengaduan bahwa ada kumpulan mat rempit yang mengganggu masyarakat. Jadi polis pun respons, dua orang (anggota) sahaja yang sampai.

"Jadi budak yang bertugas itu saja tidak mengikut SOP," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media di Bukit Aman semalam.

Beliau bagaimanapun berkata ia kes yang jarang berlaku dan polis menyedari perbuatan itu dan sudah membetulkannya.

Malah, katanya pendamaian dengan penduduk setempat sudah dibuat setelah mengadakan rundingan dengan mereka.

Seorang wanita Zaleha Mohd pada 16 Mac lalu memohon polis mempercepatkan siasatan terhadap anggotanya yang didakwa melempar topi keledar ke jalan raya sehingga menyebabkan cucunya jatuh daripada motosikal di Jalan Teluk Bahang pada 4 Mac lepas.

Cucunya Mohd Afiq Rozaimi, 18, antara 15 remaja yang menunggang motosikal secara berkumpulan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang apabila anggota polis berkenaan melempar topi keledar.

Ekoran kejadian itu, lebih 100 orang penduduk kampung melontar batu ke arah Balai Polis Teluk Bahang kerana berang dengan tindakan itu sehingga perjumpaan dengan penduduk terpaksa diadakan. Seorang anggota polis berpangkat lans koperal juga ditukarkan ke unit lain sementara menunggu siasatan.
Kes anak menteri: Siasatan tak berat sebelah penting
Pihak polis digesa menjalankan siasatan secara bebas dan tidak berat sebelah berhubung dakwaan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Pihak keselamatan juga diharapkan tidak tunduk kepada sebarang tekanan termasuk sekiranya datang daripada menteri sendiri, demikian peringatan daripada Naib Presiden PKR N Surendran , Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan NGO JINGGA 13 yang dekat dengan pembangkang.

NONE"Keyakinan umum pada polis sentiasa berada di paras rendah pada setiap masa dan polis mesti membuktikan mereka boleh menyiasatnya tanpa memihak," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam masa yang sama, Surendran berkata, Nazri mesti menjelaskan bagaimanapun anaknya mampu memiliki kereta Porsche dan mempunyai pengawal peribadi sendiri.

"Ini juga masanya semua menteri patut mengisytiharkan harta masing-masing," katanya.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid sebelum ini mengesahkan dua laporan polis dibuat ekoran kejadian di Bukit Kiara itu dan menyiasatnya mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu tetapi enggan mengulas lanjut butiran kejadian.
Umno Cheras: Pandangan Kamalia positif
Umno bahagian Cheras menyifatkkan kenyataan Naib Ketua wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya, sebagai "ada juga positifnya".

NONEKetuanya Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshi (kanan) berpendapat pandangan Kamilia itu mewakili suara akar umbi dan Kamilia tidak mempunyai agenda tertentu.

"Saya percaya pandangan Kamalia adalah ikhlas dan beliau bercakap demi kebaikan parti," katanya yang disiarkan blognya semalam.

Sehubungan itu, Syed Ali menggesa semua ahli UMNO terutama pergerakan Wanita menghormati pandangan Kamalia yang membuat gesaan itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star semalam.

Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan Kamilia menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu Pusat Fidlot Nasional yang dikaitkan dengannya.

'Berlumba tunjuk kekuatan'
Kenyataan Kamilia bagaimanapun dikecam lima pemimpin pergerakan itu di peringkat negeri dengan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi dan tidak pernah dibincang dalam kepimpinan Wanita.

NONEMengulas lanjut, Syed Ali kesal kerana mendakwa terdapat sesetengah Wanita Umno "mula berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan tersendiri".

"Sepatutnya Wanita Umno harus tumpukan kepada kawasan masing-masing, tak payah nak berlawan antara satu sama lain," katanya.

Bagaimanapun, Syed Ali yakin Kamalia bersedia mendengar dan menerima apa sahaja yang bakal dilakukan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Petang ini Najib akan bertemu dengan kepimpinan Wanita semua peringkat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Cheras antara bahagian Umno paling lantang menuntut pengunduran Shahrizat selain bekas ketua Wanita Tan Sri Rafizah Aziz.

Tiada ulasan: