Jumaat, 6 September 2013

DALAM AGAMA ISLAM...YANG JAHIL AGAMA MASIH DIKIRA KURANG CERDIK

Bukan ulasan filem Tanda Putera
Posted on Thursday, September 05 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Izmil Amri
SAYA tidak tonton Tanda Putera, ini harus jelas. Saya tidak tonton Tanda Putera kerana beberapa faktor; termasuk faktor ekonomi dan kenaikan harga minyak yang menyebabkan saya terpaksa berjimat dan tidak membazir. Membelanjakan RM12 untuk sebuah filem yang dibiaya kerajaan adalah termasuk dalam kategori kedua.

Jadi ini bukan reviu filem Tanda Putera. Ini ulasan Tanda Putera berdasarkan ulasan orang lain yang sudah menonton Tanda Putera. Ini cara yang adil untuk mengulas Tanda Putera; sebuah filem yang dihasilkan melalui cara yang sama – tanpa mengambil kira kisah sebenar dan membuat penceritaan tanpa mempedulikan perbezaan fakta dan fitnah.

RM4.8 juta adalah jumlah yang agak besar untuk dijadikan dana sebuah filem yang dibuat tanpa mempedulikan perbezaan fakta dan fitnah. Di zaman ekonomi tidak stabil dan kerajaan sedang cuba untuk ‘berjimat’ dengan antara lain menarik balik subsidi minyak, RM4.8 juta yang disedekahkan kepada Datin Paduka Shuhaimi Baba dan kawan-kawan untuk membikin sebuah filem propaganda yang tidak menjanjikan pulangan wang pastinya suatu keputusan kewangan yang tidak bijak.

RM4.8 juta itu sepatutnya boleh diguna bagi membina kantin yang lebih besar untuk Sekolah Kebangsaan Sri Pristana. Tetapi kerajaan lebih tahu, maka dibelanjakannya jumlah wang yang besar itu untuk bikin filem propaganda.

Di zaman pemerintahan Hitler, filem propaganda adalah satu daripada tiang seri pendidikan politik parti Nazi. Menteri propaganda Hitler, Joseph Goebbels melantik dirinya sebagai penaung perfileman Jerman dan menguasai Reichsministerium für Volksaufklärung und Propaganda atau dalam bahasa yang kita faham ‘Kementerian Pencerahan Awam dan Propaganda’.

Antara langkah awal yang diambil Goebbels sebagai menteri propaganda termasuklah membakar buku-buku, pastinya dengan harapan supaya maklumat yang dihadam rakyatnya adalah maklumat yang ‘dipersetujui selamat’ demi kemandirian parti Nazi dan ideologinya. Setelah buku-buku dibakar, propaganda pun disemai. Antara yang paling popular Triumph des Willens yang dibikin Leni Riefenstahl sekitar 1935.

Shuhaimi Baba mungkin bercita-cita untuk meletakkan namanya sebaris dengan Leni Riefenstahl sebagai pembikin filem propaganda. Tanda Putera barangkali akan wujud dalam nota kaki sejarah perfileman negara sebagai wayang gambar yang mengundang begitu banyak kontroversi meski belum ditayangkan, selain mencatat sejarah sebagai wayang gambar yang gagal kerana tidak mengundang ramai penonton ke pawagam.

Ini satu lagi sebab kenapa saya tidak tonton Tanda Putera, panggung wayang tak ramai orang kecuali untuk beberapa pasangan yang duduk di kerusi belakang-belakang untuk bikin wayang mereka sendiri.

Kegagalan Tanda Putera di pawagam ini diakui Shuhaimi Baba sendiri yang malah katanya sudah dijangka. Eh pelik sungguh sanggup bikin filem tapi sudah boleh agak orang tak mahu datang tonton. Sudah tu kenapa bikin filem?

Dengan reaksi Shuhaimi Baba itu maka fahamlah saya bahawa ini wayang bukan diniatkan untuk tayangan pawagam. Makcik dan pakcik di tanah rancangan Felda sana mana ada masa mahu turun ke pekan tengok wayang. Pengundi luar bandar mana mahu buang duit keluar ke pekan untuk tonton cerita ‘sejarah’.

Tanda Putera dibikin guna dana kerajaan kerana ini filem yang perlu dikasi bikin, supaya boleh ditayang ke televisyen secara percuma. Anda yang sudah pergi menonton di pawagam dan bayar RM12 itu, ya anda; saya tumpang simpati.

Tanda Putera akan jadi filem propaganda yang akan diulang siar berkali-kali di kaca televisyen dengan harapan supaya rakyat akan percaya. Sepertimana rakyat sudah percaya dengan filem Bukit Kepong yang sudah tidak lagi disiarkan menjelang Hari Merdeka sejak kecoh hal Mat Indera didedahkan sebagai pejuang bangsa dan menggempur rumah pasung mata-mata British.

Ini asas mudah propaganda; penipuan yang diulang-ulang akhirnya akan diterima sebagai kebenaran. Barangkali ini nawaitu pihak di sebalik pembikinan Tanda Putera, saya tidak tahu.

Saya melihat Tanda Putera sebagai lebih daripada sekadar filem. Tanda Putera adalah sebuah operasi politik yang licik. Kita melihat betapa bersungguhnya pemerintah dan jentera propagandanya menjalankan operasi besar ini sejak setahun yang lalu. Dengan kempen di rangkaian sosial menyebarkan gambar pra-produksi, kononnya Lim Kit Siang kencing di tiang bendera di rumah Menteri Besar Selangor; serta operasi senyap menayangkan filem ini kepada mahasiswa dan penyokong tegar pemerintah.

Ini semua dijalankan di saat negara sedang mendidih menuju pilihan raya paling sengit dalam sejarah; dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai sasaran serangan utama. Atau jika mahu meminjam ayat jahat pemimpin politik balik sana, sasarannya pastilah orang Cina; dalang di sebalik rusuhan 13 Mei 1969 kononnya.

Saya secara peribadi merasakan bahawa tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak ada kena mengena dengan perjuangan menuntut kemerdekaan. Malaya merdeka 31 Ogos 1957. Sabah dan Sarawak menyertai Malaya membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura bercerai daripada Persekutuan tahun 1965.

Apa kaitannya 13 Mei dengan kemerdekaan? Jawapannya; tidak ada kena mengena.

13 Mei yang menjadi latar cerita Tanda Putera adalah kisah tergugatnya kuasa parti dan pemimpin politik. Kisah krisis kuasa orang Melayu yang pantang ketuanannya diganggu.

Tanda Putera barangkali berniat menggunakan sentimen Melayu ini sebelum pilihan raya dulu. Dengan harapan supaya Melayu bersatu. Entah bagaimana strategi ini tidak digunakan. Filem ini tidak ditayangkan. Barangkali ada kepala yang masih waras memberi nasihat supaya babak sejarah hitam negara ini tidak diulang siar di saat-saat panas pilihan raya supaya mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Lalu Tanda Putera ditayang dua hari sebelum sambutan Merdeka ke-56. Lebih tiga bulan selepas PRU ke-13. Berdasarkan ulasan yang ditulis orang; saya tambah tertanya-tanya apa sebenarnya mesej yang mahu disampaikan filem ini selain untuk bercerita tentang Tun Razak dan timbalannya.

Perkara pertama yang saya perasan tentang pembikinan Tanda Putera ini ialah betapa sukanya Shuhaimi Baba dengan Rusdi Ramli. Saya tidak tahu kalau memang Rusdi itu punya kontrak sampai kiamat dengan Pesona Pictures, tapi Rusdi muncul dalam hampir setiap satu filem Shuhaimi Baba dalam dekad yang lampau. Hairan saya. Seolah-olah tidak ada pelakon lain yang cukup sesuai untuk membawa watak Tun Razak.

Seandainya Tanda Putera bertujuan mengangkat nama Tun Razak, saya kira ia gagal sama sekali. Anakandanya sendiri yang kini menjadi Perdana Menteri malah tidak sedikit pun menjiwai sifat dan watak ayahandanya. Inikan pula sebuah filem yang dibikin tanpa hala tuju jelas.

Saya hatta terpaksa melayari Wikipedia untuk mengetahui bahawa Tun Razak adalah ahli Parti Buruh British, yang merupakan sebuah parti berkedudukan tengah-kiri dalam spektrum ideologi politik dan (percaya atau tidak) berfaham demokrasi sosial, seperti juga DAP. Tun Razak juga melaksanakan perancangan ekonomi serta perancangan polisi pembangunan yang kini kita kenali sebagai Dasar Ekonomi Baru yang dimuatkan dalam Buku Merahnya.

Bukan Mao Zedong sahaja yang ada Buku Merah rupanya.

Ini barangkali tidak masuk dalam Tanda Putera, sepertimana banyak lagi perkara yang tidak masuk dalam Tanda Putera, seperti peranan parti Gerakan dalam rusuhan 13 Mei yang mungkin dirasakan penulis dan pengarahnya sebagai perkara tidak penting. Ia tidak penting kerana hakikatnya Tanda Putera bukanlah sebuah perkisahan sejarah yang ikhlas, malah ditulis sendiri oleh Shuhaimi Baba sebagai sebuah cereka, dengan kebebasan untuk menokok tambah atau membuang mana-mana naratif yang dirasakan tidak perlu.

Kisah sejarah yang ditulis semula secara fiksyen ada banyak. Inglorious Basterds bikinan Quentin Tarantino misalnya adalah kisah fiksyen yang berlatarkan sejarah namun digoreng hangit oleh Tarantino sehingga ada yang percaya bahawa itulah sebenarnya sejarah. Mujur Tarantino tidak terlalu imaginatif dengan tulisannya itu, ceritanya masih masuk akal.

Cuba kalau beliau bikin filem itu sepertimana dibuat kepada Abraham Lincoln: Vampire Hunter. Jenuh.

Jadi kalau ditanya adakah Tanda Putera sebuah filem fiksyen berlatarkan sejarah? Jawapannya ya. Kalau disebut orang bahawa Tanda Putera itu penceritaan tepat tentang sejarah; jawablah dengan lidah yang fasih bahawa Tanda Putera bukanlah kisah sejarah yang tepat. Malah dalam still photo pra-penerbitannya juga ada terlihat kereta Proton Iswara dan kamera CCTV. Cincai dan serabut sekali.

Tanda Putera secara hakikinya adalah filem mengipas kelas tinggi. Selain mengipas ego pemimpin, ia juga mengipas sentimen perkauman yang sudah lama padam, serta mengipas hangat hati pihak yang difitnah terang-terang dalam operasi politik yang besar ini.

Saya tidak hairan kenapa Lim Kit Siang dan pemimpin DAP begitu reaktif terhadap filem ini. Ya, ini filem pro-establishment seperti yang ada diulas. Filem propaganda pro-establishment pastilah akan menyerang musuh politik pihak establishment. Takkanlah DAP akan duduk sahaja apabila pemimpinnya difitnah di ruang awam melalui filem yang dibiayai dengan wang rakyat?

Hakikatnya operasi politik Tanda Putera untuk mewarnakan Kit Siang sebagai seorang Cina jahat yang kencing di tiang bendera dalam kawasan rumah Menteri Besar Selangor adalah fitnah yang mesti dilawan. Gambaran bahawa penyokong DAP bertindak liar sewaktu rusuhan juga adalah serangan politik yang sangat jahat. Ini mesti dilawan.

‘Nasihat’ yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem terbabit adalah tindakan melawan serangan yang diambil dengan berat hati pastinya. Namun menurut Lim Guan Eng, anakanda Kit Siang yang pastinya akan mempertahankan kehormatan ayahnya; sejarah akan menunjukkan bahawa beliau bertindak menunjukkan pendiriannya menentang serangan jahat Tanda Putera, meski terpaksa mengimbangi antara kebebasan bersuara.

Ini anak yang baik. Anak yang membela kehormatan ayahnya daripada difitnah orang.

Saya ternanti-nanti bila masanya anak Tun Razak akan membela ayahnya yang diperlihatkan sebagai pemimpin yang lemah dan begitu jenuh sekali bergantung harap kepada timbalannya.

Memandangkan saya tidak menonton Tanda Putera, dan sekadar menanti bila masanya ia akan ditayang di kaca televisyen; saya tidak boleh bagi sebarang markah kepada filem itu. Ketua Pemuda Gerakan Kedah, saudara Tan Keng Liang melalui akaun Twitternya memberi rating 8/10 untuk filem propaganda ini. Saya tidak pasti asasnya apa.

Cuma saya mahu tanya (sebab saya ulang sebut tajuk ‘Tanda Putera’ dalam tulisan ini sampai 31 kali dan jarang merujuknya sebagai ‘filem itu’) apa sebenarnya maksud tajuk filem ini?

Ya. ‘Tanda Putera’ itu maksudnya apa? Apa yang tanda, apa yang putera? –Roketkini


 Harga Minyak: Prof Agus Tempelak TM Kewangan
Posted on Thursday, September 05 @ 21:05:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!

Facebook Prof. Dr. Mohammad Agus


 Pak Samad nafi sembunyi, dakwa polis reka cerita
Posted on Thursday, September 05 @ 20:56:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (gambar) menafikan bersembunyi, mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sengaja mereka cerita, kononnya telah pergi ke rumahnya lebih awal pada petang Selasa untuk menangkap beliau.

Khalid hari ini dilaporkan menuduh Samad ataupun lebih dikenali sebagai Pak Samad secara senyap-senyap pulang ke rumahnya lewat malam sehingga memaksa polis menangkapnya pada lewat pagi.

"Saya ada di rumah sahaja, saya tidak bersembunyi.

"Saya memang ada di rumah sahaja, kemudian saya bersiar-siar sekitar Bangsar dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumah saya," kata beliau apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Samad juga berkata sepanjang hari berada di rumah pada petang Selasa, tiada seorang pun anggota polis yang datang ke rumahnya.

"Tiada, masa saya di rumah tiada polis pun yang datang," katanya lagi.

Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.

Namun, orang ramai termasuk pemimpin politik dan aktivis menyelar tindakan pihak polis tersebut sebagai tidak beradab dan menghormati seorang yang telah berusia dengan menahannya lewat pagi.

Sasterawan Negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.

Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut tersebar dalam laman sosial YouTube.

Selain itu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul manakala Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia menggesa polis mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan yang mengibarkan Sang Saka Malaya. – 5 September, 2013.-TMI


 isu Minyak Naik - Mahathir Kata Najib Banyak Hutang dan Boros
Posted on Thursday, September 05 @ 15:09:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 

Kerajaan pinjam banyak duit dan hutang yang sangat tinggi menyebabkan kerajaan terpaksa tarik bantuan kepada rakyat kata Tun Mahathir bila ditanya pasal minyak naik 20 sen.

Negara sekarang berada ditangga yang sangat rendah berbanding negara-nagar membangun lain.

 Khutbah: Golongan Kuffar Berusaha Halang Islam
Posted on Thursday, September 05 @ 17:47:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: ustaznik

"R4BIASinopsis:
Semenjak adanya Nabi Adam, semenjak itu juga adanya Iblis. Pertembungan antara haq dan batil , benar dan salah, Islam dan jahiliyyah sedari awal lagi telah berlangsung.

Terakhir, isu politik di Asia Barat terutama di Mesir memperlihatkan betapa benarnya pertembungan itu berlaku.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengupas isu ini dalam khutbah berikut pada 23 Syawal 1434H (30 Ogos 2013) :

Golongan Kuffar Berusaha Halang Islam

"Kami Terus Bersama Kepimpinan DSTG Presiden PAS""


 Zahrain Hashim dapat habuan besar dari Najib
Posted on Thursday, September 05 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"ZahrainTak sia-sia bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrain Hashim beriya-riya menghentam PKR dan PR sebelum ini. Rupa-rupa ada perjanjian baik bersama Najib.

The Malaysian Insider melaporkan pemberontak PKR Zahrain bakal dinamakan sebagai duta Malaysia ke Indonesia yang baru. Ia merupakan habuan kepadanya kerana menghentam PR dan menyokong BN dalam PRU lalu.

“Zahrain dapat jawatan duta di Jakarta,” kata sumber kepada The Malaysian Insider. Pengumuman tersebut juga akan dibuat tak lama lagi.

Zahrain menjadi MP Bayan Baru dalam pilihan raya 2008 tetapi keluar dari PKR pada Februari 2010 selepas DAP, parti komponen PR mengkritiknya kerana mengeluarkan kenyataan menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng - Kongsi Resipi

Baca juga - Sebab Ali Rustam gesa kasino Genting ditutup "


 Petrol naik 20 sen dan kesusahan pemilik motosikal
Posted on Thursday, September 05 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: rozmal

"Seorang pekerja kilang di Senawang peringkat bawahan yang saya kenal dahulu memandu kereta buruk ke tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah. Beberapa bulan lalu kerana tak mampu bayar ansuran dan senggera kereta dia lepaskan kereta tersebut.

Kini dia hanya mampu guna motosikal buruknya yang lama, yang telah bertahun tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insuran. Motosikal buruk inilah yang dia guna untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.

Ramai golongan seperti kawan saya ini memang tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan yang hanya RM2, kerana insuran atau takaful untuk motosikal buruk mencecah RM200 setahun.

RM200 mungkin bagi sesetengah kita apalah sangat, tapi bagi kawan saya ini RM200 ini lepas belanja dapur yang asas untuk sebulan.

Harap adalah Menteri atau Perdana Menteri sendiri turun padang, buat kaji selidik berapa ramai mereka yang benar-benar susah, tidak mampu memperbaharui cukai jalan yang cuma RM2.

Oleh itu antara mekanisma yang boleh difikirkan untuk membantu golongan seperti ini yang tiada pilihan perlu guna motosikal ialah mengecualikan cukai jalan dan perlindungan insuran untuk motosikal di bawah 120cc.

Itu belum lagi masuk berapa ramai saudara saya di kampung yang menunggang motosikal tanpa lesen, kerana RM300-RM400 untuk kursus lesen memandu boleh digunakan oleh orang kampung untuk belanja dapur asas selama 2 bulan.

Oleh itu perlu dicadangkan agar motosikal di bawah 120cc tidak perlu lesen memandu asalkan mereka berumur 16 atau 17 tahun ke atas."


 Anwar ditawar jawatan TPM?
Posted on Thursday, September 05 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

SEREMBAN – Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus berkata ada usaha daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung agenda pendamaian nasional (National Reconciliation) dan difahamkan ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Anwar.

“Walaupun setakat hari ini tidak ada perjumpaan ‘direct’ diantara Najib dan Anwar tetapi ada usaha daripada Najib untuk bertemu dengan Anwar melalui orang ketiga,” kata beliau dalam satu kenyataan khas kepada FMT.

Malah beliau mendakwa ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar dan empat jawatan Menteri Kabinet kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi katanya, perkara ini tidak mendapat liputan meluas media arus perdana.

“AMK menyokong usaha rundingan tersebut diteruskan dalam membincangkan isu-isu rakyat,” tegasnya..

Walaubagaimanapun, tambah beliau,  AMK berpendapat rundingan tersebut perlu mendapat persetujuan PAS dan DAP juga dan rundingan tersebut perlu diadakan secara terbuka.

“Isu-isu yang harus dibincangkan dalam rundingan tersebut ialah kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang,  isu hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem pendidikan negara, ekonomi, pembangunan dan keselamatan, “katanya.

Beliau berpendirian menyokong rundingan ini tetapi rundingan tersebut haruslah bersifat terbuka, berkaitan dengan isu rakyat dan bukannya rundingan sulit.

Mohd Nazree juga menempelak kenyataan beberapa menteri Umno yang tidak bersetuju dengan rundingan tersebut. Sebaliknya Mohd Nazree berkata ianya perlu kerana ianya melibatkan pelbagai isu yang membelenggu rakyat.-FMT


 Apabila Di Mata Nazri Semua Orang Bodoh Belaka
Posted on Thursday, September 05 @ 13:08:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Shahbudin Husin

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz terus menjadi bahan sorotan media sejak kebekalangan ini. Jika dulu beliau kerap menjadi perhatian kerana tugasnya sebagai menteri yang menjaga Parlimen, kemudian disusuli dengan pelbagai hal berkaitan anaknya, kini kerana kekerapannya mengeluarkan perkataan "bodoh" pula.

Beliau menggelarkan Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai "bodoh" apabila menyarankan menteri-menteri kabinet menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing sebagai tanda mahu bersama-sama mengurangkan beban kewangan kerajaan, di samping untuk merasai sedikit keperitan rakyat yang terpaksa mengalami peningkatan kos hidup.

Sebelum itu, Nazri juga menggelarkan Lim Kit Siang sebagai "bodoh" apabila veteran DAP itu mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung peristiwa 13 Mei bagi mengelakkan isu itu menjadi polemik yang berterusan dan menjadi bahan propaganda politik pihak-pihak tertentu.

Jika anak-anak begitu dilarang menggunakan istilah "bodoh" sama ada kepada adik-beradik atau rakan sepermainannya, begitu juga ia dianggap tidak sopan digunakan di sekolah-sekolah, Nazri sebaliknya mungkin mencatat rekod sebagai pemimpin negara yang paling kerap melafazkan perkataan "bodoh" itu.

Yang dicatat media, mungkin hanya Rafizi dan Lim Kit Siang yang "dibodohkannya" tetapi mungkin lebih ramai orang yang disanggahnya atau tidak sependapat dengannya, turut dilabelnya "bodoh" juga. Kepada Rafizi dan Lim Kit Siang, ungkapan "bodoh" yang ditujukan kepada kedua-dua mereka oleh Nazri pula mungkin bukan sekali, malah berkali-kali.

Kalau itu diambil kira, rekod Nazri dalam mengungkapkan perkataan "bodoh" mungkin lebih menjulang lagi. Mungkin mencapai taraf Asia, kalau pun tidak di peringkat dunia.

Sebagai pemimpin, apatah lagi berbangsa Melayu dan beragama Islam yang selalu dikenali dengan wajah sopan santun dan berbudi bahasa, kelancangan Nazri mengeluarkan perkataan "bodoh" dengan begitu kerap bukan saja mengejut dan menggelikan banyak pihak, bahkan menggambarkan imejnya sebagai pemimpin UMNO yang angkuh, sombong dan sedikit bongkak.

Dalam masa yang sama, keinginannya untuk menghayati slogan "berubah" yang selalu dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri ternampak masih jauh panggang dari apinya.

Jika pun tidak bersetuju dan ingin menyanggah hujah, bukankah lebih manis jika menggunakan fakta dan bahasa-bahasa yang sopan serta indah. Ia bukan saja lebih mudah diterima oleh orang yang mendengarnya, bahkan menggambarkan kedudukan seseorang yang bergelar pemimpin itu memang jelas berbeza dengan rakyat biasa.

Dengan mengungkapkan perkataan "bodoh" sesuka hati dan mudah emosional, Nazri tidak meletakkan imej dirinya, UMNO dan kerajaan yang dianggotainya lebih tinggi di mata rakyat. Rakyat malah membenci dan mencebiknya, bahkan ada yang berkata, jika BN menang lebih daripada 133 kerusi, kesombongan dan keangkuhannya mungkin lebih melangit lagi.

Setelah beliau melabelkan Rafizi sebagai "bodoh", Rafizi kelhatan tetap tenang dan ingin belajar kepintaran Nazri dengan mengajaknya berdebat pula. Nazri sekali lagi menunjukkan kesombongannya dengan berkata, beliau yang "somebody" tidak akan membuang masa berdebat dengan Rafizi yang dianggapnya "nobody" itu.

Nazri nyata berbeza dengan KJ yang turut diajak berdebat oleh Rafizi, tetapi telah menjawab dengan sopan dan penuh kematangan. Tanpa mengeluarkan perkataan "bodoh", "somebody" atau "nobody", Menteri Belia dan Sukan itu mengatakan tiada keperluan lagi untuknya berdebat dengan Rafizi di pentas terbuka kerana Rafizi kini sudah menjadi Ahli Parlimen dan sebarang isu boleh dibangkit dan dihujahkan di Dewan Rakyat.

Dalam hal ini, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim turut menyindir Nazri di twitter dengan mengatakan Rafizi bukanlah "nobody" tetapi seorang yang berani, malah mempertikaikan di kalangan 30 orang menteri kabinet yang ada, tiada seorang pun yang berani menyahut cabaran debat itu.

Dalam apa juga keadaan, sama ada kerana dendam kesumat atau ada batu besar terbuku di hati, tindakan Nazri sesuka hati dan selancangnya mengeluarkan perkaraan "bodoh" tetap dianggap tidak sopan dan kurang manis. Malangnya, Nazri bukanlah budak sekolah atau anak kecil lagi yang boleh ditegur atau dinasihati.

Barangkali di mata Nazri, semua orang adalah "bodoh-bodoh" belaka.(SH 05/09/2013)

shahbudindotcom.blogspot.com


 Najib tidak perlu perbodohkan rakyat - Tian Chua
Posted on Thursday, September 05 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


KLIK


 

Kesan daripada 'keprihatinan' serta 'kecekapan' pentadbiran Umno-BN, rakyat semakin ditekan terutama selepas mengumuman kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20.

TVSelangor

Tiada ulasan: