Ahad, 8 September 2013

NAMPAK SIHAT TAPI MUNGKIN SUDAH TENAT

Balai raya macam kandang kambing

http://dialograkyat.blogspot.com, 08 Sep 2013
Jurle Sagayong
Permohonan untuk membina balai raya baru telah dibuat tetapi malang sehingga ini tiada respon daripada pihak berkuasa.


KOTA BELUD: Gambar apa ini? Kandang kambing? Oh tidak, ini merupakan balai raya Kampung Tinata, sebuah kampung terpencil di Kadamaian, Kota Belud.

Baca lagi

Tinggal Ku Li satu-satunya pencabar Najib?

Harakahdaily, 08 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kini membayangkan kemungkinan beliau bakal mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan pada 19 Oktober depan.

Bagi penulis blog Shahbudin Husin, walaupun memberitahu bahawa beliau belum memutuskan perkara itu tetapi katanya, " hasrat itu ada tetapi belum ada keputusan lagi".

“Namun katanya, segala-galanya akan terjawab pada hari pendaftaran pada 28 September nanti,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Menurutnya, memandangkan Mahathir sudah membuat kenyataan mahu kedua-dua jawatan tertinggi itu dikekalkan, kekuatan Muhyiddin untuk mencabar Najib juga turut tidak berkembang.

“Ini menjadikan hanya Tengku Razaleigh atau Ku Li yang tinggal sebagai satu-satunya pencabar Najib yang dirasakan sesuai,” tulisnya lagi.

Baca di sini

Perdana Menteri potong gajinya 30% terhangat

Harakahdaily, 08 Sep 2013
KUALA LUMPUR: “Demi untuk membantu rakyat, Perdana Menteri dilaporkan telah memotong gajinya sebanyak 30% dan menjual sebuah jet dengan harga USD15 juta serta puluhan buah kereta-kereta mewah yang digunakan oleh Menteri Kabinet.

Tapi jangan haraplah Perdana Menteri yang dilaporkan itu adalah Perdana Menteri Malaysia, beliau adalah Perdana Menteri Malawi.”

Begitulah tulisan di artikel blog bertajuk “Perdana Menteri potong gajinya 30 peratus demi rakyat yang menjuarai carta artikel pilihan pembaca Facebook Harakahdaily bagi minggu ke-36, 2013.

Artikel bertajuk “Nazri tolong ajar saya, kata Rafizidan “Harga minyak: Rakyat belasah Najib dalam FBnya” pula menduduki tempat kedua dan ketiga.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook Harakahdaily bagi minggu 1 hingga 7 Sept:

1

Perdana Menteri potong gajinya 30 peratus demi rakyat
2

Nazri tolong ajar saya, kata Rafizi
3

Harga minyak: Rakyat belasah Najib dalam FBnya
4

Akhirnya Hatijah Aam umum bertaubat
5

Kenapa RON97 lebih murah daripada RON95 - Fomca
6

Kos hidup naik, k’jaan tak boleh fikir, tanya Dr Agus
7

Habuan jadi duta selepas serang Anwar
8

Pembaca berita pakai baju sokong Mursi
9

Minyak naik, penyokong Umno pun terasa perit
10

Kasim Selamat tidak pernah menceraikan Sabariah

Pemilihan: Apa orang Umno mahu, tanya Kadir Jasin

Harakahdaily, 08 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kalau ahli Umno mahu kepemimpinan yang berjiwa perjuangan dan mampu menebus semula maruah parti dan kembali memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara, mereka perlulah memilih yang lebih baik.

“Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan,” tulis A Kadir Jasin di dalam blognya bertajuk ‘Pemilihan Umno: Antara Watak dan Dasar’ kelmarin.

Beliau berpandangan, kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak “apologitic” memperjuangkan hak majoriti.

“Soalnya (soalnya), akan adakah dalam barisan calon Umno nanti orang seperti itu? Atau, seperti kata P. Ramlee, walhasil balik asal itu pasal tak hasil,” tulisnya lagi.

Baca lagi

Terharu, Malawi jual pesawat kepresidenan untuk beri rakyat makan

http://idahsalam.blogspot.com, 06 Sep 2013

Wow! Sungguh terharu! Malawi Jual Pesawat Kepresidenan Untuk Beri Makan Rakyat Lapar

6 Sep 2013
foto: The Nation
Lilongwe, - Wow! Pemerintah Malawi menjual pesawat kepresidenan untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan. Dana yang diperoleh dari penjualan pesawat itu sebesar US$ 15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Baca lagi

Apabila disamakan kesilapan dengan jenayah

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 06 Sep 2013
Saya tertarik dengan segelintir yang mendakwa diri mereka beraliran ‘salaf’ tetapi bersikap jauh dari jalan salaf. Apabila politik yang mereka bernaung di bawah ketiaknya menyokong rejim tentera di negara yang sedang bergolak itu, mereka pun menari rentak yang sama. Seakan mereka melupai pembunuhan, pembakaran masjid, gas yang meragut anak-anak tidak berdosa dan segala macam kezaliman lain, yang mereka sibuk ia membaca dalil pengharaman demonstrasi. Dalil pembunuhan bagai dilupakan. Kemudian mereka mengiktiraf pula perampasan kuat secara tentera yang jauh lebih ganas dari demonstrasi. Tambahan lagi, mereka cari dalil-dalil menunjukkan golongan islamis yang menang secara peraturan itu tidak tepat akidahnya dan ada kesalahan fekahnya. Malangnya, dalam masa yang sama, tidak pula mereka bertanya tentang akidah sosialis, sekularis, liberalis dan segala macam lagi yang dianut oleh regim yang zalim itu. Seakan al-Quran, al-Sunnah dan ajaran salaf itu hanya terpakai untuk menilai golongan islamis sehalus-halusnya tetapi dibiarkan mereka yang zalim bermaharajalela.

Kesalahan dan kesilapan golongan Islamis bagaikan dosa yang tidak ampun sehingga pembunuhan dan penyiksaan ke atas mereka seakan sesuatu yang ringan. Sementara regim pula tidak ditanya apakah akidah dan fekah yang mereka anuti.

Dosa Dan Silap

Manusia yang melakukan ‘dosa’ dan kesalahan itu terbahagi kepada dua kelompok. Pertama; orang yang tidak berniat untuk menuruti jalan yang benar. Sesuatu yang betul itu bukan hasrat yang ingin dicapainya. Dia hanya memikirkan tentang kepentingan dirinya sahaja sehingga dia terjatuh dalam kesalahan ataupun dosa. Kedua; orang ingat mencari kebenaran. Berusaha untuk menuruti jalan yang benar. Itulah hasratnya. Pun begitu, telah berlaku kesilapan atas pandangan ataupun tindakan yang diambil lalu dia kelihatan berdosa dan salah.

Golongan yang pertama adalah golongan pengikut hawa nafsu. Mereka merupakan para pembuat dosa dan penderhaka kepada Allah. Mereka telah meminggirkan larangan Allah semata-mata untuk kepuasan diri. Golongan ini ditempelak oleh al-Quran dalam ayat-ayatnya. Antaranya, Allah menempelak golongan ‘ulama yahudi’ yang menolak hujah yang benar semata-mata kerana ingin menurut hawa nafsu mereka. Firman Allah: (maksudnya)

“Katakanlah (Wahai Muhammad): Kalau demikianlah sikap kamu maka bawalah sebuah kitab dari sisi Allah yang dapat memberi panduan lebih daripada keduanya (Taurat dan al-Quran) supaya aku menurutnya. (Bawalah) jika betul kamu orang-orang yang benar. Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (Wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim.”
(Surah al-Qasas : 49-50).

Cari Kebenaran
Adapun mereka yang cuba mencari kebenaran dan ingin menuruti jalan yang benar kemudian tersalah maka ini diampunkan oleh Allah. Ini selagi mana hasrat mereka murni dan cuba sedayanya menuruti jalan yang betul. Justeru, Allah mengajar kita dalam al-Quran untuk kita berdoa: (maksudnya)

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersilap (khata`).”
(Surah al-Baqarah: 286)

Kata al-Sa’di ketika menafsirkan ayat ini:

“Nisyan (lupa) bermaksud hilang (tidak ingat) dari kalbu apa yang diperintahkan lalu ditinggalkan secara terlupa. Sementara khata` (tersilap) bermaksud seseorang bertujuan melakukan sesuatu yang dibolehkan namun perbuatannya itu terjatuh ke dalam perkara yang dia tidak dibolehkan (larangan) lakukan. Kedua perkara ini (lupa dan silap) Allah ampunkan jika berlaku pada umat ini disebabkan rahmat dan ihsan Allah.”
(al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, m/s 121. Beirut: Muassasah al-Risalah).

Maka, apabila kita membicarakan mengenai golongan yang tersilap ini kita hendaklah lebih berhati-hati. Apabila zahir pada seseorang itu kesungguhan mencari kebenaran dan keikhlasan mencari petunjuk yang dapat dikesan pada amalan zahir yang tahu –adapun yang batin kita serahkan pada Allah- maka kita tidak boleh menghukum ataupun menilainya seperti mereka yang melakukan dosa dalam kelompok yang pertama yang sememangnya tidak ingin mencari kebenaran. Tidak sama mereka yang tersilap dalam amalan solatnya dengan mereka yang sengaja membuat silap ataupun yang langsung tidak bersolat. Juga kita tidak boleh samakan mereka yang tersilap pendekatan dalam dakwah sama dengan yang menentang dakwah. Bagaimana mungkin untuk disamakan Mursi dan al-Sisi?! Adakah sama antara rakyat Syria yang beriman dengan Basyar Asad yang zalim?!

Insaf

Manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah (ASWJ) sepatutnya membawa kita insaf dalam menilai pihak lain. ASWJ tidak seperti ajaran sesat Ahbash ataupun Salafi Madkhali yang sering mengkafirkan ataupun menyesatkan sesiapa sahaja yang berbeza ijtihad ataupun pandangan dengan mereka.

Ini tidak menghalang untuk kita mengkritik kesilapan itu dengan ilmiah dan fakta yang bernas. Namun kita tidak akan menyamakan pencinta agama dengan penjenayah yang memang bermaksud buruk dan tidak berhasrat baik.

Dalam agama ini, kita akan dapati sepanjang sejarah pelbagai imam dengan pelbagai ijtihad mereka. Ada yang kita mungkin setuju, mungkin ada yang sebaliknya. Di sudut ilmiah, tiada siapa yang maksum. Setiap pandangan berhad dinilai dan dikritik.

Al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) terkenal dengan sikap ‘i’tidal (tidak melampau) dalam membuat penilaian ketika menulis karya agungnya Siyar A’lam al-Nubala`. Ketika beliau membicara tentang tokoh besar hadis, Muhammad bin Nasr al-Marwazi, beliau menyebut nukilan dari al-Hafiz Ibn Mandah yang menyatakan Muhammad bin Nasr al-Marwazi ini dengan terang menyebut bahawa iman, ikrar, syahadah dan bacaan al-Quran dengan lafaznya adalah makhluk. Ucapan ini menyanggahi mazhab Ahli Hadis di zaman itu. Maka para ulama telah memulaukannya. Para sarjana besar (imam) di Khurasan dan Iraq telah menyanggahinya. Al-Imam al-Zahabi juga turut mengkritik kenyataan Muhammad bin Nasr itu. Namun, beliau ikuti kritikannya dengan kenyataan berikut:

“Jika kita ini setiap kali seseorang sarjana (imam) itu tersilap dalam ijtihadnya pada masalah yang kesilapan itu diampunkan, tetapi kita bangkit tentang lantas kita bid’ahkan, kita pulaukan, maka tidak akan selamat (Muhammad) Ibn Nasr, Ibn Mandah dan mana-mana tokoh yang lebih besar dari kedua mereka. Allah itu penunjuk hamba-hamba-NYA kepada kebenaran. DIA paling pengasih dalam kalangan yang pengasih. Kita berlindung dengan Allah dari hawa nafsu dan keras hati.”
(14/39-40. Beirut; Muassasah al-Risalah).

Dalam sejarah ilmu, ada imam tafsir yang agung iaitu al-Imam Mahmud al-Zamakhsyari (meninggal 538H) yang terkenal dengan tafsir al-Kassyaf. Beliau seorang yang bermazhab Muktazilah. Pun begitu ketokohan dan karya diakui dalam dunia sunni sehingga ke saat ini. Al-Imam al-Zahabi menggelarnya al-‘allamah bermaksud yang tersangat berilmu. Kemudian diikuti dengan sebutan ‘kabir al-Mu’tazilah’ iaitu tokoh besar Muktazilah. Setelah menyebut kelebihannya dalam ilmu, al-Zahabi menutup dengan berkata: “Dia pendakwah kepada Muktazilah. Moga Allah memaafkannya”. (20/151).

Apakah hanya kerana beberapa perbezaan ijtihad dalam akidah dan fekah, kita membolehkan kezaliman ke atas mereka yang cintakan agama. Dalam masa yang sama kita lupa pula pegangan rejim yang zalim itu! Sekali lagi saya memetik kata-kata Al-Syeikh Muhibb al-Din al-Khatib menyebut:

“Kita kaum muslimin tidak beriktikad kemaksuman seseorang selepas Rasulullah SAW. Sesiapa sahaja yang mendakwa kemaksuman seseorang selepas Rasulullah SAW maka dia berdusta. Insan itu tetap insan. Terbit darinya apa yang terbit dari insan. Maka, ada padanya kebenaran dan kebaikan. Ada juga padanya kebatilan dan kejahatan. Boleh jadi kebenaran dan kebaikan pada insan tertentu dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebenaran dan kebaikan. Ini tidak menghalang untuk terjadi kepadanya beberapa kesilapan. Boleh jadi kebatilan dan kejahatan pada insan yang lain dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebatilan dan kejahatan. Ini tidak menghalang untuk tercetus dari beberapa cetusan kebaikan pada waktu-waktu tertentu. Wajib kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebenaran dan kebaikan, jika dia tahu mereka ada beberapa kesilapan, janganlah dia rosakkan kebenaran dan kebaikan mereka yang banyak itu. Janganlah dipadamkan segala kebenaran dan kebaikan disebabkan kesalahan-kesalahan tersebut. Wajib pula kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebatilan dan kejahatan, jika dia tahu ada beberapa cetusan kebaikan mereka, janganlah dia kelirukan orang ramai bahawa seakan mereka itu dalam kalangan golongan yang soleh hanya kerana amalan kebaikan mereka yang jarang dan ganjil itu” (Tahqiq al-‘Awasim min al-Qawasim, m.s 47. Beirut: Dar al-Jail)

http://drmaza.com

Q&A: Hak jagaan anak yang telah mumayyiz

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 06 Sep 2013
Soalan;
Saya dan isteri telah bercerai. Kini bekas isteri saya telahpun berkahwin lain. Setelah bercerai, saya telah memfailkan tuntutan hak penjagaan anak di Mahkamah Syariah atas alasan bekas isteri telahpun berkahwin semula, bekas isteri telah mengabaikan anak-anak dan berkelakuan buruk. Akan tetapi, Mahkamah sebaliknya mengambil jalan yang mudah dan memerintahkan supaya hak jagaan anak ditentukan dengan pilihan anak-anak sahaja. Anak saya kini berumur 11 tahun (perempuan) dan 8 tahun (lelaki). Dari segi hukum syarak, adakah pilihan anak itu lebih diutamakan dalam penentuan hadhanah? Sekian terima kasih.

Jawapan;
Anak yang telah mencapai umur 7 tahun ke atas atau umur mumayyiz, jika kedua ibu dan bapanya mencapai persetujuan untuk ia dijaga oleh mana-mana seorang daripada mereka, persetujuan itulah yang dipakai. Namun jika mereka saling menuntut hak jagaan, maka diberi pilihan kepada anak untuk memilih antara mereka berdua. Siapa yang dipilih oleh si anak, dialah yang paling berhak memeliharanya. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Abu Hurairah RA yang menceritakan; “Seorang wanita datang kepada Nabi SAW dan berkata; Ya Rasulullah, suamiku ingin membawa pergi anak lelakiku ini. Sesungguhnya dialah yang membantuku mengangkut air dari perigi Abi ‘Inabah[1]  dan ia membawa manfaat kepadaku. Lalu Nabi SAW berkata kepada budak itu; Ini adalah bapamu dan ini pula adalah ibumu. Peganglah tangan mana satu dari mereka berdua yang kamu suka. Lalu ia memegang tangan ibunya dan ibunya pun membawanya pergi,” (Sunan Abu Daud: 2277, soheh). Jika si anak memilih kedua-dua mereka atau dia tidak memilih sesiapapun antara mereka berdua, hendaklah dibuat undian.

Namun menurut ulama; hak memilih itu diberikan kepada anak dengan syarat si anak mampu membuat pilihan yang tepat untuk maslahat dirinya dan kedua-dua ibu dan bapa memiliki kelayakan untuk menjaganya mengikut penilaian Syariat. Jika tidak, maka kadi atau hakim berhak menentukan siapa yang paling layak menjaganya tanpa tertakluk dengan pilihannya. Kesimpulannya, dalam menentukan hak jagaan, maslahah si anak itu yang menjadi ukuran utama.

Adapun anak yang belum mumayyiz, maka ia tertakluk kepada hukum-hakam hadhonah (asuhan). Sila baca tentangnya dalam jawapan saya sebelum ini;  (http:// ilmudanulamak. blogspot.com/ 2010/07/ hak-hadhonah.html).

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Kasim Selamat tidak pernah menceraikan Sabariah

Ahmad Baei Jaafar, 06 Sep 2013
Anda masih ingat kisah dalam filem “Ibu Mentuaku” yang Nyonya Mansoor mengambil helah untuk memisahkan anaknya Sabariah dengan suaminya, Kasim Selamat. Dia datang meziarahi anaknya atas jemputan anaknya yang sedang mengandung. Setelah melihat keadaan anaknya, dia meminta izin menantunya Kasim Selamat untuk membawa pulang anaknya ke Singapura kononnya supaya dapat bersalin lebih selesa.

Atas permintaan itu suami Sabariah terpaksa merelakan pemergian isterinya bersama ibu mentuanya. Lagipun dia tidak dapat membaca niat buruk ibu mentuanya itu. Dia benar-benar menyangka bahawa ibu mentuanya sudah berubah dan insaf. Agaknya itulah mentaliti seorang ahli muzik, tidak mampu berfikir di luar kotak.

Sabariah meskipun sayang kepada suaminya Kasim Selamat, dia juga tidak dapat membaca niat buruk ibunya. Surat cinta yang dikirimkan kepada suaminya melalui ibunya semuanya ditongsampahkan tanpa disedari olehnya. Suami yang terputus hubungan masih bersangka baik kepada isterinya. Namun, isteri yang mengharapkan suratnya berbalas sudah menyangka sesuatu yang buruk terhadap suaminya.

Sebelum itu, pada hari kelahiran cucunya, Nyonya Mansoor telah menghantar telegram kepada menantunya bahawa Sabariah meninggal dunia sewaktu bersalin. Kerana berita sedih itu, Kasim Selamat menangis berhari-hari sehingga buta matanya. Tanpa kerja dan tanpa pendapatan akhirnya dia diusir keluar dari rumah sewanya itu.

Sabariah yang tidak tahu kisah sebenar, kecewa dengan sikap suaminya yang padanya tidak bertanggungjawab terhadapnya. Apabila perasaan itu diluahkan kepada ibunya, “pulang paku buah keras” digunakan secukupnya oleh ibunya. “Sudah aku katakan, suami kamu sudah lupakan kamu dan kini boleh jadi kembali menyanyi di kelab malam,” katanya.

“Kalau begitu apa yang saya patut buat?” tanya Sabariah.

PMIUM: Penggabungan fakulti menghina mahasiswa

Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian,
Universiti Malaya memulakan langkah baru apabila membuat polisi dengan menggabungkan 16 fakulti menjadi 6 fakulti sahaja. Tindakan ini harus dipuji untuk menuntut perubahan secara dinamik yang berlaku di universiti. Namun tidak semua perubahan itu mempunyai nilai kebaikan yang tersendiri. Kadangkala perubahan itu dilakukan untuk kepentingan tertentu daripada kepentingan bersama. Perlu kita teliti kembali apakah rasionalnya untuk digabungkan fakulti kepada 6 fakulti. Apakah Universiti Malaya tidak mampu melahirkan mahasiswa yang produktif dalam menyumbang sesuatu kepada negara? Ke manakah hala tuju universiti kita yang sebenar dalam melahirkan ilmuwan yang memenuhi pasaran kerja semasa? Atau untuk mengejar kedudukan (ranking) dengan cepat dan mengambil model universiti di luar negara sebagai acuan?

Kita perlu akui bahawa keterlibatan di dalam ranking universiti di peringkat dunia adalah sesuatu yang sangat mencabar, demi menjadikan Universiti dikenali dan mempunyai prestij tinggi. Banyak perkara dan perubahan perlu dilakukan sama ada melibatkan pensyarah, pentadbiran, kewangan dan sebagainya. Tetapi impaknya belum dapat dipastikan lagi. Dalam keadaan sekarang ini, banyak pensyarah asing yang dibawa masuk untuk mengajar, akan tetapi mahasiswa merungut tidak faham dengan pensyarah tersebut. Perkara ini sudah pastinya memberikan kesan buruk pada mahasiswa. Ramai pensyarah yang ditukar apabila dilihat mengganggu dan tidak sealiran dalam idea penggabungan fakulti ini.

Keputusan penggabungan ini adalah keputusan yang telah diputuskan di peringkat Senat universiti dan akan mula dikuatkuasakan. Persoalannya, mengapakah mahasiswa tidak diberikan penerangan mengenai hal ini? Mengapa pentadbiran universiti banyak membuat spekulasi yang dimainkan di akhbar, dengan menafikan isu penggabungan ini akan berlaku (rujuk sinar harian). Di manakah martabat mahasiswa diletakkan apabila keputusan ini dibuat tanpa wakil mahasiswa diajak berbincang dan dirunding. Tidak disebut universiti jika tiada mahasiswa dan penuntut ilmu di dalamnya. Tindakan ini seolah-olah menghina dan mencabul hak mahasiswa yang diiktiraf di dalam universiti untuk memberikan pandangan dan idea serta meraikan kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Mungkinkah bagi mereka mahasiswa ini hanya robot dan hanya perlu menerima sahaja apa-apa yang diputuskan oleh pihak atasan?

Kepincangan ini berlaku kerana sistem AUKU yang masih membelenggu mahasiswa. Walaupun pindaan demi pindaan dibuat namun, ia masih membantutkan pemikiran dan idealism mahasiswa. Halatuju universiti kian bercelaru, tradisi ilmu tercalar dan tercabar akibat dasar yang dilihat tidak demokratik. PMIUM membantah isu penggabungan ini, selagi belum dibawa bincang dengan mahasiswa  dan mendapat cause and benefit  yang tepat serta mengambil kira implikasi yang akan di hadapi di masa depan. PMIUM juga menuntut supaya kajian penggabungan ini dihebahkan kepada umum supaya masyarakat dalam membuat penilaian terhadap polisi baru ini.

Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
(PMIUM)

“Senang sahaja, mula-mula tuntut fasakh di pejabat agama, selepas habis iddah kahwin dengan Dr Asmadi,” kata Nyonya Mansoor.

Akhirnya, Sabariah berkahwin dengan Dr Asmadi, namun mereka tidak dikurniakan anak lagi. Dipendekkan cerita, Kasim Selamat yang buta itu telah membuat persembahan di Singapura. Kebetulan persembahan itu turut dihadiri oleh Sabariah dan suaminya, Dr Asmadi.

Saya percaya anda tahu kisah seterusnya, maka sebab itu saya tidak mahu melanjutkan kisahnya di sini.

Saya percaya anda menonton filem ini bukan sekali tetapi berkali-kali. Bahkan saya percaya setiap kali anda menontonnya, pasti mengalirlah air masih sedih dan simpati. Namun berapa ramai yang mengambil pengajaran ke arah membaiki rumah tangga masing-masing.

Sebenarnya merujuk kepada kisah di atas, perkahwinan Dr Asmadi dengan Sabariah setelah berjaya difasakhkan dengan suaminya Kasim Selamat hasil tipu muslihat ibunya adalah sah. Hal ini kerana setelah habis iddah dia sudah boleh berkahwin dengan Dr Asmadi.

Tetapi tahukah anda perancangan rapi ibu mentua Kasim Selamat bagi memisahkannya dengan Sabariah adalah dosa. Dosa meruntuhkan rumah tangga anak menantunya sendiri. Dan tahukah anda, fasakh yang dirancang atas alasan suami yang tidak bertanggungjawab kepada isteri dan anak adalah satu penipuan besar. Perbuatan itu adalah dosa yang amat besar terhadap anaknya sendiri.

Sebenarnya menurut hukum Islam, seseorang suami yang hilang selama 4 tahun, isteri bolehlah beranggapan bahawa suaminya sudah meninggal dunia. Dengan itu dia boleh berkahwin dengan suami baru. Tetapi jika dalam tempoh beberapa bulan setelah berkahwin, suaminya muncul kembali, maka ketika itu hubungannya dengan suaminya masih sah sebagai suami isteri.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, suaminya berhak memohon di mahkamah bagi memfasakhkan perkahwinan isterinya dengan suami baru itu. Dan mereka boleh meneruskan kehidupan suami isteri tanpa perlu dinikahkan semula.

Hukum ini kalau dirujuk kepada kisah dalam “ibu mentuaku”, Kasim Selamat sewaktu menyedari isteri Dr Asmadi yang merawat matanya adalah isterinya sepatutnya mengambil tindakan saman terhadap Dr Asmadi mohon difasakhkan perkahwinan isterinya dengan Dr Asmadi itu. Isterinya Sabariah adalah tetap miliknya yang tidak pernah diceraikan.

Jelas, kalau Kasim Selamat tahu kedudukan hukum ini, sudah pasti dia tidak akan bertindak untuk membutakan matanya semula hanya semata-mata mendengar kata-kata Dr Asmadi itu. Sebaliknya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Asmadi kerana dia telah mengembalikan dua perkara kepadanya; penglihatan dan isterinya.

Alangkah baiknya kalau filem sebaik ini dihayati oleh penonton selaras dengan kehendak Islam.

http://baei.blogspot.com/
Osman Aziz was tagged in Atuk Abah's photo. — with Hasmawati Sani and 36 others.
Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :

“Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?”
Berkata malaikat yang seorang lagi : “Enam ratus ribu orang.”

Bertanya malaikat yang bertanya :”Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?”

Berkata malaikat yang menjawab : “Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima.”

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu,maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.

Abdullah bertanya lelaki itu : “Apa nama saudara.” Berkata lelaki itu: ”Nama saya Muwaffaq.” Abdullah bertanya : “Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?”

JawabMuwaffaq : “Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk berhaji pada tahun ini.

“Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi ke rumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya.”

Jiranku itu berkata : “Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu.”

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu danaku katakan kepadanya : “Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku berkata pada diriku : Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka kemanakah aku akan pergi.”

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga.”

Sabda Rasulullah SAW : “Jadilah kamu orang yang baik.”

Orang itu bertanya lagi : “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?”

Sabda Rasulullah SAW :

“Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu.”

Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM622.022 Bilion. Kewangan Kerajaan Tenat!!


Hutang Kerajaan Persekutuan
Sumber : The Economist
Hutang negara Malaysia terkini : Bukan tidak cakap, dah cakap. Bukan tidak prihatin dengan masalah negara, tetapi malangnya masing-masing yang berkuasa tidak bersedia untuk muhasabah diri untuk memperbaiki diri.
Daripada tahun lepas lagi, Berita Semasa telah kongsikan amaran awal daripada Fitch Rating & Standard & Poor’s (KLIK SINI) tentang masalah boros berbelanja dan pengurusan kewangan negara yang tidak baik sehingga menyebabkan hutang kerajaan Malaysia terus melambung tinggi tidak setanding dengan pulangan pendapatan yang dinikmati negara. Akhirnya negara terus membentangkan bajet defisit setiap tahun. Nah……
  • Kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan bagi menangani defisit fiskal
  • Akhirnya, Penarafan prospek negara kini dinilai sebagai “negatif” oleh agensi penarafan Fitch Rating.
Amaran sudah diberikan, tetapi tetap tiada daya usaha untuk berubah di pihak atasan, hanya rakyat diminta untuk merubah cara hidup.  Anda boleh baca semula laporan yang Berita Semasa keluarkan mengenai amaran awal Fitch Rating, Standard & Poor’s serta Moody Investor Service (DI SINI) & (KLIK JUGA DI SINI)

Hutang Negara Malaysia Terkini : Penarafan “Negatif” oleh Agensi Penarafan Fitch Rating.

Hutang Malaysia
Hutang Negara 2013
  • Sebuah negara yang bernama Malaysia yang terkenal dengan kekayaan sumber alam tiba-tiba mahu melakukan langkah penjimatan secara drastik. Mesti ada sebabnya?
  • Malangnya setiap kali negara dilanda masalah kewangan, kebanyakan kesannya banyak dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dan golongan pertengahan

Hutang Negara Malaysia Terkini : Kesan Rantaian Kenaikan Kos Bahanapi

Hakikatnya, status kewangan negara yang sedang berdepan krisis ditambah dengan hutang kerajaan Malaysia terkini terus melonjak tinggi. Kehidupan rakyat Malaysia yang diibaratkan tinggal di “syurga” bernama Malaysia selama ini akhirnya ditarik kenikmatan sedikit. Dan inilah realiti yang perlu rakyat Malaysia hadapi sekarang.
Baru kelmarin diumumkan kenaikan harga minyak RON 95 & minyak diesel sebanyak 20 sen, sudah ada perkhabaran kurang baik yang sudah dijangkakan pun sebenarnya di amna tambang bas bakal naik, tarif elektrik akan naik dan semestinya harga barang keperluan di luar sana.
Sejurus daripada pengumuman kenaikan harga minyak RON 95 & diesel, kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia inflasi negara akan terus melonjak kepada 2.3& (kenaikan sekitar 0.3%)
Dengan faktor seperti :
  1. Pertumbuhan ekonomi yang agak perlahan di China
  2. Ketidakstabilan negara-negara Timur Tengah
  3. Kelemahan nilai ringgi Malaysia
  4. Belanja, belanja dan terus berbelanja mewah serta korupsi sehingga tidak mengendahkan kesan yang perlu dihadapi rakyat Malaysia atas nama survival politik masing-masing
  5. Nilai eksport komoditi utama mula jatuh dengan ketara sehingga menyebabkan pulangan cukai kepada kerajaan kian menyusut
Semua di atas adalah antara resipi lengkap yang membawa bencana kepada ekonomi Malaysia sekarang ini. Nah…sekarang rakyat Malaysia perlu menanggung kesan daripada kewangan negara yang “tenat” ketika ini dengan hutang kerajaan Malaysia terkini, bermula daripada sekarang. Apa respon balas anda pula?

Tiada ulasan: