Rabu, 4 September 2013

MALAYSIA MACAM2 ADA

Mesir berusaha bubarkan Ikhwanul Muslimin

http://greenboc.blogspot.com, 04 Sep 2013

Mesir Berusaha Untuk Bubarkan Ikhwanul Muslimin

Satu panel kehakiman Mesir pada hari Isnin telah mencadangkan pembubaran Ikhwan Muslimin - organisasi politik terbesar Mesir - dan mencadangkan juga ibu pejabatnya ditutup.

Dalam cadangan yang tidak terikat kepada mahkamah pentadbiran Mesir, panel tersebut telah menuduh kononnya Ikhwanul Muslimin beroperasi di luar kerangka undang-undang dan tidak memenuhi matlamat penubuhannya.

Langkah untuk membubarkan Ikhwan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sah adalah cabaran terbaru kepada kumpulan Islam tersebut daripada pihak kerajaan sementara Mesir yang disokong oleh pihak tentera yang telah menggulingkan bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan Julai lalu.

Cadangan untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin dilihat oleh beberapa pemerhati politik sebagai cubaan untuk menyekat pertubuhan berkenaan daripada bertanding di dalam pilihanraya baru Mesir dan untuk mempastikan kemenangan golongan sekular di dalam pilihanraya tersebut nanti setelah mengheret Morsi ke pengadilan selepas penggulingannya.

Pada hari Ahad lepas, media kerajaan melaporkan bahawa Morsi, yang berada di dalam tahanan, akan dibicarakan bersama-sama dengan 14 lagi suspek di atas tuduhan menghasut keganasan dan pembunuhan. Dakwaan berpunca daripada pertempuran diantara penyokong Ikhwan Morsi dan puak pembangkang di Kaherah akhir tahun lepas. Pihak berkuasa menyatakan tujuh orang terbunuh dalam keganasan tersebut.

Ikhwan Muslimin 85 tahun telah menjadi barisan hadapan dalam politik Mesir selepas kebangkitan "Arab Spring 2011" yang menyebabkan bekas presiden Hosni Mubarak terlucut dari kuasanya. Pergerakan Islam kemudiannya menubuhkan parti politik dan memenangi majoriti kerusi di Parlimen.

Morsi bertanding untuk kerusi Presiden di atas tiket Ikhanul Muslimin dan dan telah berjaya menjadi presiden pertama negara Mesir yang dipilih secara demokrasi pada Jun 2012. Tetapi pihak yang menentangnya telah mencetuskan huru-hara dan penentangan besar-besaran apabila beliau berusaha untuk mengukuhkan kuasanya.



IKHWANUL MUSLIMIN - Wikipedia

IKHWANUL-MUSLIMIN Ikhwanul Muslimun (Bahasa Arab: الإخوان المسلمون‎ al-ikhwān al-muslimūn, atau ringkasnya الإخوان al-Ikhwān; Bahasa Melayu: Saudara Muslim) adalah satu gerakan Islam antarabangsa yang berpengaruh di dunia. Al-Ikhwan juga adalah parti pembangkang berpengaruh di kebanyakan negara Arab terutamanya Mesir.

Gerakan ini diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928 dan beberapa gerakan Islam lain ditubuhkan di seluruh dunia Islam yang mempunyai kaitan dengan al-Ikhwan.

Gerakan Al-Ikhwan tidak memandang peranan Islam dengan mudah, sebaliknya merujuk Islam sebagai "the way of life" (jalan kehidupan). Ia menyokong satu langkah dari sekularisme, dan kembali kepada peraturan Al-Quran sebagai asas untuk pembentukan keluarga, masyarakat, dan negara yang sihat dan mapan.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin secara rasmi menolak penggunaan apa-apa cara keganasan untuk mencapai sesuatu matlamat. Bagaimanapun, cabang-cabang kumpulan itu telah dikaitkan dengan serangan pada masa lalu, dan pengkritik menyalahkan Ikhwan untuk mencetuskan kekacauan di tempat lain di Timur Tengah. Ramai yang menganggap pendahulu (forerunner) militan moden Islamisme.

Doktrin al-Ikhwan adalah:

"Allah adalah matlamat kita. Nabi adalah pemimpin kita. Quran adalah undang-undang kita. Jihad adalah jalan kita. Mati di jalan Allah (syahid) adalah cita-cita kita."

Doktrin ini diringkaskan dalam sebuah nasyid yang dipopularkan oleh Kumpulan [Nada Murni]: Allahu rabbuna (Allah Allah) Allahu ghayatuna (Allahu akbar, Allahu akbar) Ar-rasul qudwatuna (Allah Allah) Al-Qur'an dusturuna (Allahu akbar, Allahu akbar) Al-jihadu sabiluna, Al-mautu fi sabilillah asma'amanina

Allah Tuhan kami Allah matlamat kami Ar-Rasul ikutan kami Al-Qur’an panduan kami Jihad jalan kami Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami

Sejarah

Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah suatu bahagian dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia telah dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.

Sheikh Hassan Al-Banna dan pengikutnya pada asalnya telah bersatu-padu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir, dan membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai "kerosakan" akibat dari pengaruh-pengaruh Barat.

Dalam tahun-tahun awal penubuhan, kumpulan Al-Ikhwan hanya menumpukan kepada isu-isu keagaamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi penyertaan keahlian semakin meningkat, ia beralih kedalam sfera politik, dan mengajurkan protes kepada kerajaan Mesir.

Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwan telah dipersalahkan kerana rentetan dari perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir Mahmud Fahmi al-Nuqrashi dalam tahun 1948 -- sejurus selepas dia telah mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.

Al-Banna sendiri telah dibunuh tidak beberapa lama kemudian -- penyokongnya mengatakan bahawa pembunuhan keatas beliau telah diarahkan oleh kerajaan.

Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap-senyap (bawah tanah) pada era 1950, dan dekad-dekat dimana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan, mengakibatkan ramai ahli Ikhwanul Muslimin telah berpindah ke negara lain dan ada diantara mereka yang dipenjarakan.

Ikwanul Muslimin telah kembali berkembang pada tahun 1980 seiring dengan perkembangan umum dalam minatnya mendalami agama Islam, serangan tentera Amerika Syarikat keatas Iraq pada tahun 2003 telah merancakkan peningkatan keahlian yang mendadak.

Kepentingan Mesir

Ikhwanul Muslimin adalah kumpulan pembangkang yang tertua dan terbesar di Mesir. Ia telah mendapat sokongan dan dokongan yang kuat dari kalagan rakyat Mesir kelas pertengahan, dan ahli-ahlinya telah berjaya mengawal banyak organisasi professional dalam negara Mesir.

Sehinggalah tahun 2011, adalah menjadi kesalahan menurut undang-undang mana parti politik di Mesir yang menjadikan agama sebagai asas perjuangan. Namun pada bulan Disember 2011, Al-Ikhwan telah mendominasi pengundian parlimen, dan memenangi kira-kira separuh dari kerusi-kerusi parlimen.

Pengaruh Ikhwanul Muslimun di arena politik dunia

Terdapat banyak cabang gerakan Ikhwanul Muslimun di pelbagai negara serata Timur Tengah dan Utara dan Timur Afrika. Ini termasuklah Sudan, Syria dan Arab Saudi. Terdapat juga cabang Al-Ikhwan di Amerika Syarikat.

Cabang-cabang diluar Mesir ditandai lebih konservatif dalam pandangan mereka; Sebagai contoh, cabang Kuwait dikatakan telah meminggirkan hak-hak untuk wanita mengundi.

As-Sheikh Sayyid Qutb, ahli Ihkwanul Muslimun sekitar tahun 1950-an dan 1960-an, telah membangunkan doktrin jihad, dan parti politik Hamas di Palestin dipercayai merupakan cabang dari Ikhwanul Muslimun di Palestin. Di Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), berpendirian untuk terus komited menjalinkan hubungan dua hala yang lebih rapat dengan parti politik baru Ikhwan ‘Al-Hurriyat Wal Adalah’ (Parti Kebebasan dan Keadilan) dan akan bertukar-tukar pengalaman dalam proses demokrasi dan pilihanraya.

Makanan hanya naik 0.1%, BN jangan tipu rakyat

Harakahdaily, 04 Sep 2013
TEMERLOH: PAS melihat karenah kerajaan menyeru para peniaga tidak menaikkan harga barangan khususnya makanan ekoran kenaikan harga minyak sebagai sesuatu yang membinggungkan.

Bagi Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kalau kerajaan tidak mahu peniaga menaikkan harga barangan, elok kerajaan jangan menaikkan harga minyak kerana peningkatan kos akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

"Apakah kerajaan BN lupa apa yang terjadi di 2010, di mana mereka membuat keputusan untuk membuat kenaikan 5-dalam-1, yakni RON95, RON97, diesel, gula dan juga gas cecair memasak.

"Ketika itu, PEMANDU juga telah mengeluarkan kertas “Subsidy Rationalisation Factsheet1” untuk menunjukkan bahawa impak kenaikan itu akan mempunyai kesan minima pada harga makanan,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek yang berkata kenaikan harga minyak hanya akan menyebabkan harga makanan meningkat 0.1 peratus.

Hasan turut dilaporkan berkata kementerian “tidak melihat apa-apa sebab untuk mereka (para peniaga) untuk menaikan harga makanan sebagai kesan dari kenaikan petrol.”

Tuan Ibrahim menyifatkan kenyataan Hasan amat mengelirukan dan ada unsur penipuan.

Menurut beliau lagi, pada tahun 2010 itu juga, PEMANDU mendakwa harga secawan teh tarik dan kopi susu yang berharga RM1.20 hanya akan meningkat kurang daripada 0.8 sen, iaitu hampir ke RM1.21 secawan dengan program pengurangan subsidi kerajaan.

“Tapi, manalah ada penjaja yang akan meningkatkan harga secawan teh tarik mahupun kopi tarik pada kadar 0.8 sen atau 0.83%?” selar Tuan Ibrahim.

Berdasarkan kenyataan Hasan yang berkata harga makanan hanya akan meningkat 0.1% berdasarkan kajian kementeriannya, Tuan Ibrahim berkata harga teh tarik yang asal berharga RM1.20 secawan kini akan menjadi RM1.2012.

“(Tapi) bagaimana penjaja nak kenakan harga itu? Jika penjaja naikkan harga sebanyak 10sen, peratusan itu pun sudah mencapai 8.3%.Kata ada penjaja yang sanggup naikkan pada kadar minima 5 sen (kerana syiling 1 sen tidak wujud lagi), peratusan itu adalah 4.15%.

Oleh itu, PAS menyarankan kerajaan BN untuk berhenti menipu rakyat,” tegas beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut berkata peningkatan kos bahan api seperti RON95 dan diesel akan meningkatkan kos pengangkutan yang akan dibiayai para pengguna pada akhirnya.

“Dan sudah tentu kadar itu akan melebihi 0.1% seperti yang “dibuktikan” oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan,” sindir beliau.

Semalam Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) telahpun mula menggesa kos tambang dinaikkan sejajar dengan peningkatan harga minyak.

Sebuah syarikat kontena, Taipanco Sdn Bhd pula dilaporkan akan menaikkan kadar surcharge bahan api.

Pak Samad ditahan polis awal pagi tadi

Muhammad Faizal, 04 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said telah tahan di rumahnya dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 1 pagi tadi.

Beliau dalam satu kenyataan di twitter memberitahu telah dibawa oleh tiga orang anggota polis.

"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi. Saya dibawa 3 anggota polis," katanya di Twitter.

Penahanan tersebut dilakukan dipercayai berkaitan isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya sewaktu beliau mendeklamasi puisi pada malam ambang kemerdekaan.

Peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen juga dilaporkan turut berada di IPD Dang Wangi bagi bantuan guaman kepada Sasterawan Negara itu.

Sementara itu, sasterawan negara itu memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa alasan yang diberikan untuk penahanan beliau adalah untuk "diambil keterangan".
Bekas siswa gagal rayu keputusan kes demo anti-ISA
11:23AM Sep 4 2013
Lima orang bekas penuntut universiti gagal dalam permohonan mereka untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan Seksyen 27(5) Akta Polis tidak mengikut perlembagaan dan membatalkan sabitan ke atas mereka.
Peruntukan dalam Akta Polis itu dimansuhkan pada tahun lalu dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan majoriti diketuai Hakim Datuk Seri Apandi Ali memutusan bahawa isu tersebut bukan perkara akademik walau dengan pemansuhan berkenaan.

Beliau memutuskan bahawa rayuan siswa berkenaan, yang menyertai satu perhimpunan anti-ISA 12 tahun lalu, tidak mengandungi merit.

Beliau mengekalkan denda RM3,900 ke atas siswa terbabit dan berkata pihak berkuasa boleh mengenakan sekatan tertentu mengikut undang-undang.

"Ia tidak menyekat hak untuk perhimpunan aman... kerana pihak berkuasa boleh mengenakan peruntukan mengikut kepentingan lebih besar dalam mengekalkan keamanan,” katanya.

Keputusan itu disokonga Hakim Datuk Linton Albert. Seorang lagi anggota panel Abdul Hamid Sultan Abu Backer membantah.

Kes tersebut pada awalnya melibatkan tujuh orang siswa yang didakwa melanggar Seksyen 27(5)(a) Akta Polis yang membawa hukuman denda antarta RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun jika disabit kesalahan.

Seorang daripada dibebaskan dari pertuduhan.

Dua lagi – Zulkefle Idris dan Ramzan Ali – meneruskan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Caj pengangkutan meningkat sehingga 5 peratus
  • Datuk Yusoff Ismail Datuk Yusoff Ismail
1 / 1
ALOR SETAR - Kenaikan harga minyak jenis RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa semalam akan meningkatkan caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan antara empat hingga lima peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu memberi impak besar kepada syarikat pengangkutan perdagangan termasuklah pengusaha bas ekspres.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pengusahanya menaikkan tambang atau sewa perkhidmatan pengangkutan bagi mengelakkan kerugian kerana terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api.

“Pengusaha pengangkutan perdagangan terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api yang lebih membebankan dan mereka berkemungkinan menaikkan tambang atau kadar sewa kos perkhidmatan pengangkutan.

“Saya terima laporan daripada pengusaha syarikat pengangkutan perdagangan, bahawa mereka jangka caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan akan naik sebanyak 4 hingga 5 peratus," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Yusoff berkata, kenaikan harga minyak itu juga sekali gus akan meningkatkan harga barangan lain.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata, barangan lain secara langsung membabitkan kebergantungan kepada kos pengangkutan untuk proses pengedaran dan penghantaran.
Wanita ditangkap bersama bekas suami
  • Wanita ditangkap bersama bekas suami Pasangan ini telah berpisah sejak Januari lalu, tetapi ditangkap penguat kuasa Jaij kerana masih tinggal sebumbung.
1 / 1
BATU PAHAT – Memang pelik dan mengejutkan. Seorang wanita baru berkahwin sanggup memilih ‘bekas’ suaminya dan bukan suami yang baru dinikahi untuk melayari ‘malam pertama’.

Bekas suami wanita berusia 55 tahun itu mengaku, mereka berpisah sejak Januari lalu, tetapi masih bermalam di rumah sama, malah perbuatan mereka mendapat restu suami baru bekas isteri.

Sinar Harian difahamkan, wanita itu melangsungkan pernikahan dengan suami barunya pagi kelmarin, sebelum memilih untuk pulang ke rumah bekas suaminya dan bermalam di situ pada hari sama.

Bagaimanapun, perkara terbabit terbongkar apabila Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat menjalankan serbuan di rumah lelaki itu di Sungai Suloh di sini, jam 3 pagi.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya melakukan serbuan selepas menerima maklumat awam dan membuat risikan beberapa minggu sebelum itu.

Menurutnya, wanita terbabit telah bercerai dengan suami lamanya sejak Januari lalu dan mereka tidak mempunyai anak hasil perkahwinan itu, tetapi masih berhubung.

“Pada pagi hari berkenaan, wanita terbabit mendakwa telah bernikah dengan lelaki lain dan ketika serbuan dilakukan, wanita itu berada dalam keadaan berkurung di rumah milik bekas suaminya itu.

“Wanita terbabit mendakwa hanya datang pada malam itu kerana ingin mengemas barangnya untuk dibawa pulang,” katanya.

Saiful berkata, alasan itu tidak dapat diterima kerana aduan dan risikan telah lama dijalankan sebelum serbuan.

Katanya, sebarang alasan diberikan wanita itu, dia tetap melakukan kesalahan kerana berkurung berdua-duaan di dalam sebuah rumah.

“Dia sepatutnya sedar kesalahan dilakukan, lebih menghairankan suami baru dinikahi seolah-olah merestui perbuatan terbabit yang sememangnya menyalahi hukum agama

“Kedua-duanya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan dilakukan selesai,” katanya
Mengaku bersalah pukul isteri
  • Mengaku bersalah pukul isteri Tertuduh keluar dari mahkamah dengan dibawa anggota polis selepas dituduh, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memukul isterinya yang masih dalam pantang selepas 16 hari bersalin.

Pengakuan itu bagaimanapun terpaksa ditolak mahkamah selepas tertuduh, Rahizol Azri Abdul Rahim, 34, pula menafikan fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Tertuduh yang beralamat di Kampung Pauh Panji, didakwa sengaja menyebabkan cedera dengan memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki terhadap Siti Ramatunisa Mohamad Jalai, 25. Ia berlaku pada jam 1.30 petang, 7 Jun lalu, di rumah keluarga terbabit di Simpang Pauh Panji, di sini.

Berdasarkan fakta kes, isterinya menyedari RM30 dari akaun banknya tiada, pulang ke rumah dan bertanya kepada suami adakah dia mengambil duit itu untuk membeli dadah berdasarkan penemuan tiub straw di dalam bilik mandi rumah mereka.

Pertengkaran kecil itu kemudian didengar ibu lelaki itu sebelum bertindak memarahi pengadu. Tertuduh kemudian memukul pengadu sebelum dia cuba lari untuk menyelamatkan diri. Malangnya ibu mertuanya menghalang pengadu, pun begitu dia berjaya melepaskan diri.

Pada prosiding semalam, tertuduh menggelengkan kepada yang tidak mengakui fakta itu menyebabkan Majistret, Mohd Isa Mohamed menetapkan tarikh untuk perbicaraan.
Kes bersambung 30 September ini.
Remaja tunggang motosikal dalam keadaan mabuk
  • Remaja tunggang motosikal dalam keadaan mabuk Suspek ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.
1 / 1
KULIM - Sepasang kekasih berusia 20-an yang sedang menunggang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ ditahan kerana penunggangnya dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Lelaki berkenaan bekerja sebagai penoreh getah manakala teman wanitanya tidak bekerja berkata, mereka datang ke Kulim untuk bersiar-siar.

Ketika kejadian, suspek dilihat menunggang dalam keadaan terhuyung-hayang.

Apabila menyedari polis sedang membuat pemeriksaan, suspek cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui sebotol arak.

Suspek menyatakan dia hanya akan minum air itu pada hari tertentu sebagai hiburan, selain mengurangkan rasa sakit badan setelah penat bekerja.

“Selalunya saya akan minum pada hari tertentu seperti hari raya, hari merdeka untuk suka-suka sahaja,” katanya.

Sementara teman wanita suspek berkata, dia tidak tahu suspek minum arak sehingga polis menahan dan mendapati terdapat sebotol arak di dalam beg yang digalasnya.
Trauma dibogel perompak
  • Trauma dibogel perompak Salmina ketika menerima kunjungan Syed Othman ke rumahnya di Permas Jaya
1 / 1
JOHOR BAHRU – Pengalaman dua kali rumah dimasuki perompak membuatkan hidupnya trauma sehingga kini. Malah lebih menyedihkan apabila wanita malang itu turut dibogelkan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu.

 Sudahlah hidupnya susah bersama seorang anak orang kurang upaya (OKU), dia dirompak lagi sambil dihunus dengan parang panjang tanpa ada belas kasihan.

Salmina Yusof, 48, berkata, kejadian kedua selepas dua bulan dirompak pada hujung tahun lalu benar-benar meninggalkan kesan trauma dalam hidupnya dan membuatkannya lebih berhati-hati.

Menurutnya, dia diperdayakan dua lelaki yang memintanya membuka pintu pagar kerana ingin menghantar sumbangan kepada anaknya, Nurul Syafikah Jasni, 17.

 “Mereka telanjangkan saya bulat-bulat sambil menghunus parang panjang selepas saya merayu tak ada duit nak diberikan.

“Mungkin mereka fikir saya ada sembunyikan barang berharga selepas kali pertama merompak mereka mengambil komputer riba milik seorang lagi anak yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Sampai hati mereka aibkan saya sedemikian rupa, sedangkan tubuh badan yang mereka telanjangkan ini tidak ubah seperti tubuh badan ibu sendiri,” katanya, di sini semalam.

 Turut hadir, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas, Syed Othman Syed Abdullah yang berkesempatan menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada keluarga terbabit.

Salmina berkata, hidupnya hanya bergantung harap kepada wang pencen suaminya dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Syafikah.

Katanya, wang itu digunakan secara berjimat-cermat untuk membeli lampin pakai buang Syafikah, barangan dapur dan bekalan ubatnya yang menghidap sakit tulang, kencing manis dan darah tinggi.

 “Saya masih bersama suami tapi dia jarang balik...ni pun dah lama dia tak pulang menjenguk kami sehingga Syafikah kerap memanggil-manggil nama ayahnya,” katanya.
Tukang urut lari berbogel
  • Tukang urut lari berbogel Wanita warga Vietnam yang menjalankan perkhidmatan B2B ditahan.
1 / 1
SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Wanita Tanggal Pakaian Bantah Kenaikan Harga Petrol

dekaKUALA LUMPUR - Satu ‘flash mob‘ yang dilakukan oleh sekumpukan aktivis pelajar bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka.
Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan.
Wanita itu kemudiannya mula menanggalkan pakaian sehingga menampakkan pakaian dalamnya dan menjerit kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan itu sehingga mengejutkan sekumpulan penunjuk perasaan.
Keadaan itu menyebabkan mereka meletakkan sepanduk sehingga wanita itu meninggalkan kawasan berkenaan.
Mereka kemudiannya mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Merdeka dan dilaporkan bersurai secara aman pada kira-kira pukul 7 petang.
Demonstrasi itu dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahagian Wilayah Persekutuan, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaya (APBM) dan Geng Kotak.
“Semua penunjuk perasaan begitu terkejut apabila melihat kejadian itu. Mereka berada di sana untuk melakukan flash mob, tetapi tidak menjangkakan ada pihak yang mahu menanggalkan pakaian.
“Bagi memperjelaskan keadaan, wanita itu bukan sebahagian daripada demonstrasi ini,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, ketika dihubungi The Star.
Beliau berkata, kumpulan itu akan meneruskan persembahan ‘flash mob’ pada pukul 5 petang setiap hari di Dataran Merdeka berikutan kenaikan harga petrol RON95 kepada 20 sen. – mStar
Photo
Demi maruah adik, ibu

Rompin: Demi mempertahankan nyawa dan maruah ibu serta adik perempuannya, seorang lelaki nekad bertempur dengan dua daripada lima penyamun yang memasuki rumah mereka di FELDA Keratong 5, Muadzam Shah, di sini, hingga cedera parah terkena 11 tetakan di tangan hingga menampakkan tulang, kaki dan perut, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Arsyad Othman, 26, parah terkena 11 tetakan ketika melawan dengan penyamun bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan dua parang dan tiga kayu.

Difahamkan, ketika Arsyad bertarung dengan dua lelaki terbabit, tiga lagi penyamun mengepung ibu dan adiknya sambil mengawal keadaan.

Melihatkan Mohd Arsyad ditetak berkali-kali, ibunya, Zaharah Bakar, 57, melaungkan ‘Allahuakbar’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa apabila dikepung tiga penjenayah bersama anaknya, Nor Adibah, 23.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Arsyad berkata, dengan kudrat yang ada dia cuba melawan penyamun terbabit kerana bimbang akan mengapa-apakan ibu dan adik perempuannya.

“Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu tersedar apabila mereka memukul belakang saya dengan kayu.

“Selepas itu, saya lihat lima penyamun berada dalam rumah dengan tiga daripada mereka sudah mengepung ibu dan adik,” katanya yang kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.

Mohd Arsyad berkata, seorang penyamun terbabit cuba menetaknya di kepala, namun dia sempat menahan dengan tangan sebelum mencapai sebatang besi dan terus berlawan.

“Tanpa mempedulikan kesakitan, saya melawan walaupun penyamun itu melibas parang berulang kali sehingga mengenai beberapa bahagian badan,” katanya yang bekerja kampung.

“Ketika itu saya hanya terfikir keselamatan ibu dan adik perempuan walaupun nyawa saya jadi taruhan,” katanya yang bekerja kampung.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, melihatkan tindakan agresifnya, penyamun terbabit melarikan diri dan hanya sempat mengambil dompetnya mengandungi wang tunai RM400 dan satu komputer riba.

“Selepas itu baru saya sedar tangan kanan terkena tetakan sehingga nampak tulang dan seluruh badan terasa sakit,” katanya.

Mohd Arsyad berkata, anggota polis yang tiba selepas membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah jam 5 pagi, menemui dompetnya dicampak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Namun, wang tunai di dalam dompet itu diambil penyamun, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian kedua selepas kali pertama rumahnya dimasuki penyamun lapan tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah mengenal pasti penjenayah dipercayai warga asing terbabit.
myM
-JJ-

Tiada ulasan: