Program tumpu ekonomi Bumiputera untuk pemilihan Umno
Salmiyah Harun, | 12 Sep 2013 |
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Umno akan bercakap perkara yang melibatkan Bumiputera ketika tertentu sahaja iaitu musim pilihan raya umum dan musim pemilihan Umno.
"Umno cukup terkenal dengan Melayunya, dan ketika inilah mereka akan bercakap soal Bumiputera supaya perwakilan terus terbuai dengan dasar baru kononnya untuk pembangunan Bumiputera," katanya.
Idris tidak menolak, perkara ini cuba dibangkitkan untuk meraih sokongan di saat-saat pemilihan Umno yang akan berlangsung nanti.
Malah katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, banyak dasar yang diketengahkan Umno sebelum ini termasuklah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilihat hanya 'mengenyangkan' kroni dan akhirnya ia tidak sampai kepada sasaran.
"Sejak DEB dilancarkan tahun 1970 hingga tahun 1990 hanya 18 peratus sahaja pencapaian Bumiputera dalam ekonomi negara berbanding 30 peratus sasaran yang ditetapkan. Kini ekuiti itu baru mencecah 23 peratus. Inilah kegagalan Umno yang berpunca daripada dasar 'Umnoputra'," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau juga percaya walaupun wujud dasar baru untuk pembangunan ekonomi Bumiputera tetapi sikap dan pemikiran lama diamalkan pemimpin Umno yang menerajui kerajaan akan menggagalkannya.
"Kalau betul-betul hendak bantu Bumiputera sepatutnya royalti Kelantan dikembalikan kerana 90 peratus rakyat Kelantan adalah Bumiputera. Kenapa hendak sekat hak rakyat Bumiputera di Kelantan? Kerana berbeza ideologi politik!" tegas Idris.
Sabtu ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan satu lagi dasar baru yang memberi fokus kepada tiga perkara utama iaitu pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan pemilikan hartanah oleh Bumiputera.
Dasar bagi membantu golongan Bumiputera telah dilaksanakan sejak 1970 melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dua strategi utama dalam DEB adalah mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia, serta menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.
Menyentuh tentang dasar baru yang diumumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata ia adalah bagi membantu golongan Bumiputera mendapat peluang yang saksama dalam ekonomi negara supaya penglibatan mereka lebih tinggi dan dapat meningkatkan pemilikan hartanah dan sebagainya.
‘Baru saya sedar ramai Melayu bandar melarat’
Khairil Abdul Rahim, | 12 Sep 2013 |
KUANTAN: “Sebaik saja turun kawasan selepas diumumkan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur, barulah saya sedar betapa ramainya orang Melayu bandar yang miskin melarat,” kata Ustaz Rosli Abdul Jabar.
Tambah Rosli, penghuni miskin di pinggir ibu negeri itu pula lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan penduduk miskin di kampung-kampung tradisional kerana mereka tidak bertanah, terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi dan pengangguran.
Lebih mencabar lagi, di kalangan komuniti itu berlakunya gejala sosial yang tinggi seperti bersekedudukan sehingga lahir anak luar nikah.
“Saya memang terkejut dengan perkembangan ini. Sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan, dulu kami sudah turun menghulur bantuan tetapi ada tempat-tempat yang kami tak boleh masuk. Sekarang bila PAS dah menang semua tempat kami dah boleh redah rumah ke rumah,” katanya ketika ditemuramah baru-baru ini.
Kebetulan pada hari tersebut beliau baru saja selesai menyampaikan bantuan wang dan barangan kepada 50 orang warga miskin dan 20 orang anak yatim di Kampung Pak Mahat. Pada hari yang sama juga beliau terpaksa menghabiskan enam jemputan kenduri di kawasannya. (Gambar atas)
Bercerita lanjut, Pengerusi Pentadbiran Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Fikri yang diasaskannya sejak 15 tahun lalu itu, bulan Ramadan lalu saja Pusat Khidmatnya membelanjakan RM250,000 untuk membantu penduduk di kawasannya.
Katanya, antara lokasi yang terbabit dengan putaran ganas kemiskinan di Dun Tanjung Lumpur ialah di Sungai Isap, Tanah Putih Feri, jalan Sentul, Kampung Tanjung Lumpur, Teluk Baru dan Kamping Soi yang semuanya berbangsa Melayu.
“Jika dihitung bantuan sepanjang empat bulan selepas menang saya anggarkan mencecah RM400,000. Sumbangan diagihkan kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan mangsa bencana alam seperi kediaman terkena ribut dan kebakaran.
“Memang terasa berat sebab menang sebagai Adun pembangkang dan ada diskriminasi terhadap kami. Bantuan kami tidaklah mewah tetapi mengikut kemampuan,” katanya yang sehingga kini masih mengajar dan berkuliah.
Pada pilihan raya umum (PRU) 5 Mei lalu Rosli mengalahkan calon BN Datuk Tengku Zulkifli Tengku Ahmad dengan kelebihan 796 undi. Rosli mendapat 9,090 undi berbanding 8,294. Berdasarkan pecahan kaum, Melayu 77.48%, Cina 19.22% dan India 3.01%.
Ditanya dari manakah beliau mendapatkan dana, Rosli berkata semuanya hasil sumbangan ahli-ahli PAS dan orang ramai yang suka membuat kebajikan melalui tabung pejabat Adun Tanjung Lumpur.
“Namun begitu masih banyak lagi dana bantuan diperlukan. Memang tidak dinafikan ada peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat tetapi banyak juga kes yang terlepas pandang,” tegasnya.
Rosli mempelawa dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang teringin untuk melabur dalam saham akhirat, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Dana Kebajikan Rakyat Dun Tanjung Lumpur 556226402359 (Maybank) atau menghubungi beliau di talian 0111-0824838.
Pendidikan: Jangan hukum anak pelarian Rohingya
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor berkata, statistik terkini menunjukkan terdapat lebih 30,000 pendatang Rohingya di negara kita.
Menurutnya, mereka terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak di dalam peringkat umur persekolahan.
Walau bagaimanapun, ujarnya kerana mereka berstatus pelarian, kanak-kanak tersebut tidak boleh memasuki sekolah-sekolah kerajaan.
Tambahnya, sudah tentu mereka juga tidak mampu memasuki sekolah-sekolah swasta.
“Akhirnya mereka sama ada tidak bersekolah atau menerima pendidikan di sekolah-sekolah yang diwujudkan oleh komuniti mereka sendiri.
“Tidak hairanlah jika sekolah-sekolah ini serba kekurangan,” ujarnya yang juga Adun Chempaka dalam satu kenyataan.
Sebagai Ahli Dewan Negeri, Iskandar sering menerima permohonan bantuan dari sekolah seperti itu di kawasan beliau.
Katanya, kekurangan kelengkapan adalah satu masalah tetapi perkara yang lebih besar adalah kurikulum sekolah-sekolah tersebut.
“Walaupun kanak-kanak ini bukan rakyat Malaysia tetapi mereka menetap di Malaysia dan menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan.
“Lebih-lebih lagi kita tidak tahu berapa lama mereka akan menetap di negara ini kerana penindasan ke atas umat Islam di Myanmar tidak kelihatan akan berakhir dalam masa yang terdekat,” ujarnya.
Oleh itu, kata beliau kanak-kanak Rohingya itu wajar diberi pendidikan yang membolehkan mereka menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan.
Menurutnya lagi, mereka juga mesti dididik akan nilai-nilai dan aspirasi rakyat negara ini agar mereka tidak akan menjadi satu masalah kepada negara kita.
Buat masa ini, jelasnya kurikulum sekolah mereka berteraskan pendidikan bahasa mereka dan pengetahuan agama Islam.
Tambahnya, terdapat juga di antara kanak-kanak ini yang tidak bersekolah langsung atau hanya bersekolah beberapa tahun sahaja.
Justeru, kata beliau masanya telah tiba bagi Kementerian Pendidikan memberi perhatian kepada kanak-kanak Rohingya ini.
Katanya, kementerian perlu memantau dan mengawal kurikulum sekolah-sekolah itu dan wajar menghulurkan bantuan.
“Sekarang ini terdapat pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang memberi sumbangan.
“Kanak-kanak ini tidak memilih untuk menjadi pelarian dan mereka tidak seharusnya dihukum sepanjang hayat mereka,” katanya lagi.
13 Mei: Bekas polis sahkan insiden ‘kencing’ rekaan
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR:
Bekas pegawai atasan polis, Tan Sri Yuen Yuet Leng mengesahkan bahawa
insiden kencing di depan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei
1969 itu adalah rekaan semata-mata.
Malah, kata Lim Kit Siang, Yuen mengatakan bahawa kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor dalam keadaan bernyawa.
Demikian kata Penasihat DAP Kebangsaan itu dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Saya berterima kasih kepada bekas pegawai atasan polis Tan Sri Yuen Yuet Leng atas dua catatan beliau terhadap kenyataan blog saya kelmarin: “Yuen Yuet Leng is wrong – as the 1969 general election result was a greater blow to the MCP although it was a set back for the Alliance”.
Saya telah meluahkan bantahan saya terhadap laporan yang diterbitkan dalam akhbar Sun berjudul “’Communists helped opposition win seats’ in 1969” yang memetik Yuen sebagai berkata bahawa “komunis telah membantu parti-parti pembangkang, termasuk DAP, untuk memenangi sejumlah besar kerusi dalam pilihanraya tahun 1969.”
Saya telah menyebut bahawa dakwaan Yuen tentang komunis yang telah membantu pembangkang memenangi kerusi dalam pilihanraya umum 1969 itu suatu perkara baru bagi saya dan ia bertentangan dengan apa yang sebenarnya telah berlaku menjelang pilihanraya umum 1969 dan kajian-kajian serta bertentangan dengan hasil kajian para sarjana ke atas pilihanraya umum tersebut.
Ini kerana ketika itu komunis menyeru rakyat supaya memboikot pilihanraya umum 1969, manakala parti-parti pembangkang yang ikut-serta dalam pilihanraya tersebut telah dikecam oleh puak komunis sebagai “juak” dan “boneka” Perikatan kerana tidak menyambut seruan mereka untuk “menghancurkan jalan berparlimen” dan memilih “pergelutan massa.”
Tetapi kempen komunis yang menyeru pengundi memboikot pilihanraya tahun 1969 itu gagal kerana peratusan keluar mengundi tetap tinggi, iaitu pada kadar 72%. Meski pun angka ini lebih rendah daripada kadar keluar mengundi sebanyak 79% yang dicatatkan pada pilihanraya umum tahun 1964 dan 73% pada tahun 1959, ia lebih tinggi daripada peratusan keluar mengundi sebanyak 70% pada pilihanraya umum tahun 1986 dan 71% pada tahun 1999.
Atas sebab itulah dalam tulisan saya sewaktu berada dalam tahanan ISA pada tahun 1969 dan dalam ucapan-ucapan yang saya sampaikan sejurus setelah pembebasan saya pada tahun 1970, saya telah menyatakan keluhan kerana kita terlepas peluang besar untuk memartabatkan perjuangan demokrasi di negara ini.
Sebagai contoh, dalam ucapan di Pulau Pinang pada 22 November 1970, bersempena pembebasan saya daripada tahanan, saya telah menyebut:
• “Pilihanraya umum 10 Mei 1969 adalah mercu tanda demokrasi di Malaysia” yang telah “dihancurkan oleh keganasan dan pertumpahan darah” rusuhan 13 Mei 1969.
• Bahawa walaupun Perikatan telah kecewa besar, pihak yang paling teruk menanggung kekalahan berikutan pilihanraya umum 10 Mei itu adalah mereka yang giat berkempen menyeru orang ramai untuk memboikot pilihanraya umum atas alasan “demokrasi di Malaysia adalah palsu dan satu helah untuk memperdayakan rakyat.”
• Bahawa 10 Mei 1969 adalah perisytiharan oleh rakyat Malaysia bahawa mereka lebih memilih proses demokratik daripada kaedah-kaedah perjuangan politik yang tidak demokratik, dan bahawa untuk membawa perubahan sosial, ekonomi, dan politik yang mereka kehendaki, mereka lebih memilih penggunaan akal di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada penggunaan kekerasan dan keganasan.
Yuen dan saya (beliau dalam Cawangan Khas dan saya dalam DAP) mungkin tidak akan bersetuju tentang semua perkara yang berlaku 44 tahun yang lalu, kerana kami mempunyai sudut pandang yang amat berlainan tentang latar politik di tahun 1969, namun kami tidak saling meragui integriti dan semangat patriotik masing-masing.
Kerana itu sesuatu yang jijik, jelik, dan melampau apabila sebahagian juru propaganda dan cybertrooper Umno/BN mempergunakan laporan akhbar Sun itu untuk menyatakan secara tersirat bahawa saya adalah seorang komunis!
Semoga rakyat Malaysia belajar daripada tragedi di masa lalu, termasuk rusuhan kaum 13 Mei 1969, untuk tidak menuding jari menuduh sesiapa saja sebagai dalang kerana 44 tahun telah berlalu. Sebaliknya sampai masa untuk negara ini mengetahui perkara yang sebenarnya terjadi di masa lalu untuk membolehkan kita membina negara Malaysia yang bersatu-padu, harmoni, adil, dan makmur untuk semua bangsa Malaysia.
Kebelakangan ini, banyak pembohongan dan kepalsuan telah disebarkan tentang rusuhan kaum 13 Mei 1969, antaranya menuduh saya sebagai pencetus rusuhan kerana melaungkan slogan-slogan anti-Melayu dalam perarakan di jalanan Kuala Lumpur selepas pilihanraya umum 10 Mei 1969, sedangkan saya tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu, selain pembohongan tentang insiden “kencing”.
Baru tadi saya bertanya kepada bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas tersebut menerusi telefon sama ada beliau pernah mendengar tentang insiden “kencing” pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor, memandangkan beliau bertugas di Kuala Lumpur di hari-hari hitam 13 Mei 1969 dan kerana beliau sendiri mengakui dalam autobiografinya, Nation Before Self, bahawa “Saya bangga bertugas sebagai anggota polis pada 13 Mei 1969”.
Yuen bukan sekadar mengesahkan bahawa insiden kencing di depan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata, malah beliau mengatakan bahawa kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor dalam keadaan bernyawa!
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoal tindakan
kerajaan berdiam diri berhubung dengan kenaikan tambang bas ekspres pada
musim perayaan yang diteruskan walaupun tempoh telah tamat.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini mengumumkan kenaikan harga tambang bas 10 peratus berkuatkuasa 8 Julai hingga 8 September lalu.
Jelasnya, pengumuman SPAD sebelum ini adalah untuk menampung kos operasi syarikat pada musim perayaan, dan tidak ada kaitan dengan kenaikan harga minyak.
"Agak terkejut apabila syarikat bas ekspres meneruskan kadar kenaikan 10 peratus tambang yang dibenarkan pada tempoh musim perayaan sebelum ini.
"Kita tahu tempoh telah tamat dan kenapa tidak ada penurunan kepada harga sebelum ini, kerajaan perlu beri penjelasan kenapa diteruskan.
"Sedia maklum kenaikan sebelum ini adalah kerana untuk menampung kos operasi dan tidak ada kaitan langsung dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini," jelasnya.
Naib Presiden PAS itu tidak menolak kos tambang bas itu akan terus meningkat apabila sebelum ini penguasa bas meminta kenaikan sebanyak 30 peratus atas alasan kos operasi, namum dengan kenaikan harga bahan api faktor tersebut akan diambil kira.
"Kalau ini yang diputuskan oleh kerajaan ia satu yang agak malang apabila pengguna perlu menanggung bebanan yang begitu tinggi.
"Apabila kerajaan mengatakan tiada kenaikan harga barang, mereka perlu juga memastikan harga tambang bas tidak akan naik.
"tetapi tidak berlaku sebaliknya kerajaan hanya berdiam diri, tanpa membuat sebarang pengumunan baru berhubung meneruskan kenaikan tambang tersebut," sambung beliau.
Beliau yang berpendirian kerajaan perlu memberikan lebih subsidi harga minyak kepada penguasa bas dan mengurangkan cukai barangan alat ganti yang diimport serta dikecualikan tol kepada mereka.
Tindakan tersebut dapat memastikan tambang bas akan berada pada harga yang tidak menyusahkan rakyat.

Mana penjelasan kerajaan tambang bas naik
Muhammad Faizal, | 12 Sep 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan