Ribuan pelajar dari Mesir ikuti taklimat di KPM
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
Ini kerana ribuan para pelajar terbabit dari seluruh negara yang sebahagiannya diiringi ibu bapa membanjiri bangunan kementerian untuk mengikuti taklimat yang diadakan di Dewan Zaaba bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kementerian dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan taklimat dan perjumpaan tersebut bagi menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam sebagai satu platform bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat jika mereka berminat untuk meneruskan pengajian di negara ini.
Antara pihak yang mengambil bahagian ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mara, Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Perubatan Malaysia (MDC), Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Al-Madinah International University (Mediu).
Pihak instusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan pengajian perubatan, pergigian dan farmasi turut menyertai taklimat dan perjumpaan itu.
KPM sebelum ini memaklumkan hasil perundingan delegasinya dengan pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir baru-baru ini, persetujuan telah dicapai iaitu sesi pengajian baru ditangguhkan dan hanya akan bermula pada 19 Oktober depan bagi semua universiti. Manakala semua peperiksaan akan bermula pada 21 September ini bagi semua universiti.
Ini tertakluk sekiranya keadaan di Mesir berada dalam keadaan stabil dan kondusif untuk pelajar Malaysia meneruskan pengajian di sana.
Fomca: Kenaikan harga rumah 10 peratus tak wajar
Hazayani Zakaria, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) mahu kerajaan melakukan pemantauan serius berhubung pengumuman Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) mengenai kenaikan harga rumah sehingga 10 peratus.
Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, Rehda harus memberikan penjelasan berhubung kewajaran menaikkan harga rumah yang disifatkan sebagai tinggi dan akan membebankan pengguna.
"Walaupun Rehda kata peningkatan harga rumah itu disebabkan oleh kenaikan harga minyak, tapi kerajaan harus kaji dan pantau sejauh mana kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu memberikan kesan yang menyeluruh kepada peningkatan harga rumah.
"Kita faham kos operasi pembinaan rumah akan meningkat kerana melibatkan kos pengangkutan untuk mengangkut barang-barang dan sebagainya tapi kerajaan perlu juga lihat rasional kenaikan harga rumah sebanyak itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Yusof juga, Fomca bimbang ada pihak mengambil kesempatan di atas kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan secara melampau.
Katanya, ada pihak penyedia perkhidmatan dan barangan mewujudkan pakatan antara mereka untuk menaikkan harga barang dengan menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan.
"Kita bimbang ada pihak yang mengambil kesempatan kerana pernah berlaku ada pakatan antara para pengusaha barangan dan perkhidmatan untuk menaikkan harga selepas kenaikan harga minyak.
"Kita tidak mahu ada pemaju pemaju perumahan, berpakat dengan sektor lain untuk menaikkan harga barang dengan menggunakan alasan kenaikan harga minyak.
"Rumah merupakan aspek yang penting dalam kehidupan dan pengguna pun masih dibelenggu dengan masalah tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga yang mahal, kalau harga rumah dinaikkan, masalah akan bertambah," katanya.
Justeru ujarnya, kerajaan harus memanfaatkan sepenuhnya Suruhanjaya Persaingan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011.
Suruhanjaya ini berperanan seperti mahkamah dalam membicarakan kes yang membabitkan penyalahgunaan kuasa monopoli atau kartel apabila mendapat aduan sama ada daripada orang ramai, atau daripada pihak menteri atau pihak suruhanjaya sendiri boleh menentukan mana-mana syarikat yang dianggap menyalahguna kuasa.
"Dengan adanya suruhanjaya ini, semua pihak boleh membuat aduan dan tindkan boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang mengadakan pakatan untuk mengawal harga sesuatu barangan," katanya.
Kelmarin, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan akan berjumpa dengan Rehda dalam masa terdekat ini.
Dakwaan komunis bantu parti pembangkang PRU1966 bohong
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyanggah
kenyataan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Tan Sri Yuen Yuet Leng
kononnya parti-parti pembangkang termasuk DAP, telah dibantu oleh
komunis untuk memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya umum (PRU)
1969.
Dalam kenyataan medianya Lim berkata, walaupun keputusan PRU 1969 mengecewakan Perikatan, ia juga sebenarnya memberi tamparan hebat kepada Parti Komunis Malaya (PKM) yang menggesa rakyat memboikot pilihan raya.
Yuen yang dipetik akhbar The Sun, 9 September lalu mendakwa kononnya komunis telah membantu parti pembangkang termasuk DAP memenangi banyak kerusi pada PRU 1969 dengan cara menyusup dalam parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya umum berlangsung.
"Komunis telah menyusup masuk ke dalam banyak organisasi sah termasuk parti-parti politik dan ini membawa kepada kemenangan pembangkang (dalam PRU 1969)," dakwa Yuen pada majlis "Cerita Tanah Airku" sempena sambutan Hari Malaysia anjuran Syarikat Telekom Malaysia Bhd.
Parti-parti pembangkang yang mengambil bahagian dalam PRU 1969 adalah DAP, Parti Progresif Rakyat (PPP), Gerakan dan PAS.
PPP dan Gerakan kini menjadi parti komponen BN.
Mengulas lanjut, Lim menyifatkan dakwaan Yuen itu sebagai bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku menjelang PRU 1969 berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan kajian para sarjana.
"Saya tidak menafikan bahawa komunis, seperti juga Cawangan Khas, telah cuba untuk menyusup ke dalam barisan pembangkang, manakala DAP pula telah menjaga sebaik-baiknya parti ini agar tidak ditembusi oleh komunis atau Cawangan Khas.
"Bagaimanapun, Yuen membuat kesilapan besar apabila beliau menyebut komunis telah membantu pembangkang untuk menembusi kawasan-kawasan (pilihan raya) yang dipegang (dimenangi) oleh Perikatan dalam PRU 1969," jelas Lim.
Menurut ahli politik veteran itu, menjelang pilihan raya komunis telah menyeru rakyat supaya memboikot PRU 1969, manakala parti-parti pembangkang yang ikut-serta dalam pilihanraya tersebut telah dikecam puak komunis sebagai “juak” dan “boneka” Perikatan.
Ini kerana parti-pati pembangkang, ujar Lim tidak menyambut seruan komunis untuk menolak proses demokrasi dan mengadakan protes di jalanan bagi melakukan perubahan politik di luar garis perlembagaan.
"Komunis tidak membantu pembangkang, sebaliknya mereka mahu rakyat memboikot PRU 1969 dan mereka juga mahu Pembangkang kalah teruk.
"Kerana itulah 44 tahun yang lalu, saya telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, iaitu pada 5 Ogos 1969, dari Pusat Tahanan Muar, ketika saya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, untuk meluahkan kebimbangan saya tentang masa depan Malaysia dan menggesa Tunku untuk memulakan usaha penyatuan dan perdamaian nasional," jelas Lim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu juga mempersoalkan asas yang dipakai Cawangan Khas untuk merumuskan bahawa pada tahun 1969 komunis telah membantu parti-parti pembangkang untuk memenangi sejumlah besar kerusi dalam pilihan raya, padahal komunis melakukan perkara yang sama sekali berlainan ketika itu dengan menyeru rakyat supaya memboikot pilihan raya umum.
"Di manakah 'sejumlah besar kerusi' yang didakwa telah dimenangi oleh DAP, Gerakan, PPP, dan PAS dalam pilihanraya umum 1969 dengan 'bantuan' komunis?" soal Kit Siang.
KUALA LUMPUR: Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
yang dilaksanakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat
sejak 2008 lalu telah memberi manfaat yang cukup banyak kepada rakyat
negeri itu.
Dianggarkan lebih dari 1.2 juta rakyat Selangor mendapat manfaat langsung dari pelan itu yang mula dilaksana Mac 2008 sehingga Mei tahun ini.
Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan Selangor telah membelanjakan lebih RM984 juta bagi menjayakan agenda itu dan kesemua jumlah itu telah dihabiskan untuk membantu meringankan beban rakyat di negeri itu.
“Kita telah laksanakan lebih dari itu (Manifesto 2008), kita tak janji program Jom Shopping dalam manifesto tetapi kita buat, bantuan baik pulih pangsapuri bawah Program Ceria dan skim Rondaan Keselamatan Kejiranan (Skim Seroja) juga tidak dijanjikan tetapi kita laksanakan,” katanya dipetik Selangorku.
Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor, berkata demikian pada Majlis Dialog Manifesto Kerajaan Negeri Selangor 2013 Bersama Rakyat Peringkat Majlis Perbandaran Ampang Jaya baru-baru ini.
Iskandar menambah, Kerajaan Negeri mampu melaksanakan program dan dasar dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam PRU-13 lalu dengan lebih berkesan berbanding perlaksanaan manifesto PRU-12 pada 2008.
Keyakinan itu diluahkan berikutan ketika ini Pakatan Selangor memiliki akses berhubung kemampuan ekonomi dan kewangan Kerajaan Negeri berbanding sebelum 2008.
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andansura Rabu berkata kesan kenaikan minyak sudah mual dirasai oleh rakyat apabila harga barangan keperluan harian mula naik mendadak.
Beliau berkata, dalam tinjuanya ke Pasar Balok baru-baru ini beliau dimaklumkan oleh peniaga mengenai kenaikan harga barangan apabila pembekal telah menaikkan harga ekoran kenaikan kos pengangkutan.
Mereka berkata, kenaikan harga bermula apabila kerajaan menaikan harga minyak baru-baru ini melibatkan petrol dan disel,
“Dalam tinjuan saya bertanya khabar dan mendengar rungutan peniaga di pasar Balok. Rata-rata menyatakan harga barangan telah mula naik.
"Kecuali ikan yang masih bertahan dengan harga lama. Itupun kerana bekalan ikan yang agak banyak buat masa ini,” kata Andansura.
Menurutnya, para peniaga tiada pilihan lain kecuali terpaksa menaikkan harga jualan juga walaupun sedar, resiko jualan berkurangan.
Andansura berkata, para peniaga Pasar Balok menyatakan mereka kini terpaksa bersaing dengan pasaraya besar di sekeliling yang menjual barangan sama dengan harga lebih rendah menjadikan sebahagian mereka terpaksa mencari haluan lain kerana tidak mampu bersaing.
” Dalam tinjaun itu saya dapati.pasar balok lengang lengang kerana pelanggan lebih gemar berbelanja di pasaraya besar yang mempunyai banyak pilihan.
Dalam hal ini, kerajaan perlu mengkaji dan mencari jalan penyelesaian terbaik kepada para peniaga kecil yang kebanyakkanya Bumiputera supaya mereka mampu berdikari.
Soalan;
Saya mandi shower, sambil mandi itu saya terus ambil wuduk. Adakah sah wuduk saya?
Jawapan;
Sah ambil wuduk bersama mandi itu jika diratakan air ke seluruh anggota wuduk dengan niat wuduk dan mengikut tertib, iaitu bermula dengan membasuh muka, diikuti tangan ke siku dan seterusnya. Namun mengambil wuduk sebegitu makruh hukumnya kerana menyebabkan penggunaan air yang banyak (pembaziran).
Abdullah bin ‘Amru RA menceritakan; “Rasulullah SAW telah terserempak dengan Saad RA yang sedang mengambil wuduk (dengan menggunakan air yang banyak). Lantas baginda menegurnya; ‘Pembaziran apakah ini wahai Sa’ad?’. Sa’ad menjawab; ‘Apakah dalam mengambil wuduk juga dikira pembaziran?’. Rasulullah menjawab; ‘Ya! Sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir’.” (Musnad Imam Ahmad; 7065. Sunan Ibnu Majah; 425. Status hadis; dhaif).
http://ilmudanulamak.blogspot.com
KUALA LUMPUR:
Tujuan pertemuan di OldTown White Coffee LRT Bangsar petang tadi pada
asalnya hanyalah mahu berbual santai mengenai program bedah buku yang
akan diadakan Sabtu ini.
Namun dalam suasana politik sekarang, saya percaya sesiapa pun yang bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tidak akan melepaskan peluang bertanya tentang kisah beliau ditahan polis pada tengah malam untuk disoal siasat.
Beliau yang biasa dipanggil Pak Samad ditahan di rumahnya di Bangsar jam 12 tengah malam 4 September lalu, bagi membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan.
Sebelum bercerita mengenai penahanannya, telinga saya terlebih dahulu didengarkan dengan pendapatnya yang jujur, yang masih tabu bagi sesetengah orang.
"Bagi saya, bendera Sang Saka itu kita harus luhur, kita harus hormati, kita harus jiwai bahawa itu adalah tanda bahawasanya satu ketika dalam sejarah, ada wira yang berjuang untuk kemerdekaan dan bendera itu adalah panjinya.
"Kita tidak boleh menghina panji itu hanya kerana ada Jalur Gemilang. Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka sebab Sang Saka yang berjuang melahirkan Jalur Gemilang," ujarnya bagi mengulas kewujudan bendera Sang Saka yang dinafikan kewujudannya.
Pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos lalu, Pak Samad sedang membaca puisi di Dataran Merdeka sambil beberapa orang aktivis mengibarkan bendera Sang Saka, sebelum seorang lelaki tiba-tiba bertindak merampas Sang Saka.
Mengimbau sejarah kemerdekaan negara, lelaki 81 tahun itu berkata, rakyat harus sedar pejuang-pejuang seperti Rashid Maidin, Abdullah Sidi, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Al-Helmy bersungguh-sungguh mahu memerdekakan tanah air dari jajahan British.
"Kita harus hormat orang-orang itu. Mereka telah memberikan nyawanya. Kita harus hormat kerana merekalah mempercepatkan kemerdekaan tanah air," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa bendera Sang Saka yang mewakili parti Komunis, Pak Samad berkata, Sang Saka mewakili semangat dan perjuangan pihak yang turut berjuang memerdekaan negara, sebelum ada pihak yang 'menikmati kemerdekaan', sambil menyifatkan orang yang tidak menghormati bendera Sang Saka sebagai buta sejarah.
"Itu bagi saya ikut sedap mulut sahaja. Orang yang tak tahu sejarah memang buta sejarah, memang begitu sikapnya. Takkan bendera (Sang Saka) itu timbul begitu sahaja. Tentu ia mewakili satu semangat, perjuangan, pengorbanan, bendera itu simbolik kepada perjuanagan.
"Cuba buktikan bendera itu adalah songsang, negatif, tidak. Dia adalah wakil kepada semangat perjuangan. Walaupun tempatnya sekarang tak sepenting Jalur Gemilang tapi jalur gemilang harus hormat, harus faham bahawa dengan ada Sang Saka ia berkembang menjadi Jalur Gemilang dan kita tidak harus ikut suka-sukaan mengata atau mencemuh.
"Saya fikir orang yang menikmati kemerdekaan yang mencipta Jalur Gemilang. orang yang berjuang untuk kemerdekaan mencipta Sang Saka. Banyak latar sejarahnya yang barangkali kita tidak tahu," jelasnya panjang lebar sebelum menghirup secangkir kopi panas yang dipesan.
Tinggal pesan pada pengawal keselamatan
Walaupun sudah membaca laporan media lain mengenai penafian Pak Samad bahawa beliau menyembunyikan diri dari polis, saya tidak dapat menahan hati yang mahu mendengar perkara itu dari mulut Pak Samad sendiri.
Sambil ketawa mendengar soalan saya, Pak Samad berkata beliau sudah meninggalkan pesan kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahannya sebelum ke Masjid Negara untuk beriktikaf, rutin beliau setiap Selasa dan Khamis.
"Hari yang dia (polis) nak tangkap, saya beritahu dekat guard rumah saya. Saya jangka polis akan datang. Saya bilang dengan guard itu, bilang dengan polis saya hari ini beriktikaf di Masjid Negara dan ada beberapa kumpulan wartawan yang tunggu sama saya sebab mereka pun percaya yang polis akan datang (tapi)dia tidak datang. Kemudian IGP umum saya lari.
"Malam itu memang dia datang dan memang dia datang dengan hormat. Dia kata; Pak, kami mahu mengambil bapak hanya untuk satu setengah jam untuk record (kenyataan) dan kami akan hantar balik. Dia cakap dengan ibu (isteri).
"Saya anjurkan begini;anda pulang dulu, esok jam 10 saya datang tapi dia kata kena malam juga sebab esok kami kena laporkan. "Sekarang kadang-kadang saya jumpa polis atau polis jumpa saya, kadang-kadang dia segan, saya pun segan. Ada yang biasa kalau di KLCC, Pak, tegurnya. Ada yang tahu tapi memalukanlah tindakan itu," ceritanya.
Apabila ditanya pandangannya mengenai sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Pak Samad berkata sambutan itu suatu yang baik bagi memperingati Sabah dan Sarawak.
"Bapak fikir itu hak kita untuk sambut, memang kita harus meraikan sebab biasanya kemerdekaan itu kita fikirkan hanya Semenanjung sahaja. Kita lupa Sabah, Sawarak tapi saya fikir seharusnya ada satu (sahaja) hari kemerdekaan sebab kalau ada dua hari kemerdekaan itu membayangkan perpecahan, bukan perdamaian. Kita harus berani untuk membetulkan, pilih hanya satu," ujarnya.
Berkongsi pengertian kemerdekaan bagi dirinya pula, Pak Samad berkata kemerdekaan itu harus selari dengan rasa mahukan perdamaian.
"Kita meraikan kemerdekaan, kita menghormati pejuang-pejuang kemerdekaan dan kita meluhuri persatuan, bukan perceraian dan ia tentu sahaja kita mahu bahawasanya segala apa yang berada di bumi kita ini dinikmati bersama.
"Kita merindukan iklim perdamaian, persatuan. Tidaklah sampai sekarang, sebelum pilihan raya sudah ada Tanda Putera," ujarnya sinis sebelum perbualan kami bertukar kepada hal-hal seputar kesusasteraan dan kehidupan.
Dalam kenyataan medianya Lim berkata, walaupun keputusan PRU 1969 mengecewakan Perikatan, ia juga sebenarnya memberi tamparan hebat kepada Parti Komunis Malaya (PKM) yang menggesa rakyat memboikot pilihan raya.
Yuen yang dipetik akhbar The Sun, 9 September lalu mendakwa kononnya komunis telah membantu parti pembangkang termasuk DAP memenangi banyak kerusi pada PRU 1969 dengan cara menyusup dalam parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya umum berlangsung.
"Komunis telah menyusup masuk ke dalam banyak organisasi sah termasuk parti-parti politik dan ini membawa kepada kemenangan pembangkang (dalam PRU 1969)," dakwa Yuen pada majlis "Cerita Tanah Airku" sempena sambutan Hari Malaysia anjuran Syarikat Telekom Malaysia Bhd.
Parti-parti pembangkang yang mengambil bahagian dalam PRU 1969 adalah DAP, Parti Progresif Rakyat (PPP), Gerakan dan PAS.
PPP dan Gerakan kini menjadi parti komponen BN.
Mengulas lanjut, Lim menyifatkan dakwaan Yuen itu sebagai bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku menjelang PRU 1969 berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan kajian para sarjana.
"Saya tidak menafikan bahawa komunis, seperti juga Cawangan Khas, telah cuba untuk menyusup ke dalam barisan pembangkang, manakala DAP pula telah menjaga sebaik-baiknya parti ini agar tidak ditembusi oleh komunis atau Cawangan Khas.
"Bagaimanapun, Yuen membuat kesilapan besar apabila beliau menyebut komunis telah membantu pembangkang untuk menembusi kawasan-kawasan (pilihan raya) yang dipegang (dimenangi) oleh Perikatan dalam PRU 1969," jelas Lim.
Menurut ahli politik veteran itu, menjelang pilihan raya komunis telah menyeru rakyat supaya memboikot PRU 1969, manakala parti-parti pembangkang yang ikut-serta dalam pilihanraya tersebut telah dikecam puak komunis sebagai “juak” dan “boneka” Perikatan.
Ini kerana parti-pati pembangkang, ujar Lim tidak menyambut seruan komunis untuk menolak proses demokrasi dan mengadakan protes di jalanan bagi melakukan perubahan politik di luar garis perlembagaan.
"Komunis tidak membantu pembangkang, sebaliknya mereka mahu rakyat memboikot PRU 1969 dan mereka juga mahu Pembangkang kalah teruk.
"Kerana itulah 44 tahun yang lalu, saya telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, iaitu pada 5 Ogos 1969, dari Pusat Tahanan Muar, ketika saya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, untuk meluahkan kebimbangan saya tentang masa depan Malaysia dan menggesa Tunku untuk memulakan usaha penyatuan dan perdamaian nasional," jelas Lim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu juga mempersoalkan asas yang dipakai Cawangan Khas untuk merumuskan bahawa pada tahun 1969 komunis telah membantu parti-parti pembangkang untuk memenangi sejumlah besar kerusi dalam pilihan raya, padahal komunis melakukan perkara yang sama sekali berlainan ketika itu dengan menyeru rakyat supaya memboikot pilihan raya umum.
"Di manakah 'sejumlah besar kerusi' yang didakwa telah dimenangi oleh DAP, Gerakan, PPP, dan PAS dalam pilihanraya umum 1969 dengan 'bantuan' komunis?" soal Kit Siang.
MES: 1.2 juta rakyat S'gor dapat manfaat
Harakahdaily, | 12 Sep 2013 |
Dianggarkan lebih dari 1.2 juta rakyat Selangor mendapat manfaat langsung dari pelan itu yang mula dilaksana Mac 2008 sehingga Mei tahun ini.
Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan Selangor telah membelanjakan lebih RM984 juta bagi menjayakan agenda itu dan kesemua jumlah itu telah dihabiskan untuk membantu meringankan beban rakyat di negeri itu.
“Kita telah laksanakan lebih dari itu (Manifesto 2008), kita tak janji program Jom Shopping dalam manifesto tetapi kita buat, bantuan baik pulih pangsapuri bawah Program Ceria dan skim Rondaan Keselamatan Kejiranan (Skim Seroja) juga tidak dijanjikan tetapi kita laksanakan,” katanya dipetik Selangorku.
Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor, berkata demikian pada Majlis Dialog Manifesto Kerajaan Negeri Selangor 2013 Bersama Rakyat Peringkat Majlis Perbandaran Ampang Jaya baru-baru ini.
Iskandar menambah, Kerajaan Negeri mampu melaksanakan program dan dasar dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam PRU-13 lalu dengan lebih berkesan berbanding perlaksanaan manifesto PRU-12 pada 2008.
Keyakinan itu diluahkan berikutan ketika ini Pakatan Selangor memiliki akses berhubung kemampuan ekonomi dan kewangan Kerajaan Negeri berbanding sebelum 2008.
Minyak Naik: Peniaga, pembeli mula rasa terbeban
Basiron Wahab, | 12 Sep 2013 |
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andansura Rabu berkata kesan kenaikan minyak sudah mual dirasai oleh rakyat apabila harga barangan keperluan harian mula naik mendadak.
Beliau berkata, dalam tinjuanya ke Pasar Balok baru-baru ini beliau dimaklumkan oleh peniaga mengenai kenaikan harga barangan apabila pembekal telah menaikkan harga ekoran kenaikan kos pengangkutan.
Mereka berkata, kenaikan harga bermula apabila kerajaan menaikan harga minyak baru-baru ini melibatkan petrol dan disel,
“Dalam tinjuan saya bertanya khabar dan mendengar rungutan peniaga di pasar Balok. Rata-rata menyatakan harga barangan telah mula naik.
"Kecuali ikan yang masih bertahan dengan harga lama. Itupun kerana bekalan ikan yang agak banyak buat masa ini,” kata Andansura.
Menurutnya, para peniaga tiada pilihan lain kecuali terpaksa menaikkan harga jualan juga walaupun sedar, resiko jualan berkurangan.
Andansura berkata, para peniaga Pasar Balok menyatakan mereka kini terpaksa bersaing dengan pasaraya besar di sekeliling yang menjual barangan sama dengan harga lebih rendah menjadikan sebahagian mereka terpaksa mencari haluan lain kerana tidak mampu bersaing.
” Dalam tinjaun itu saya dapati.pasar balok lengang lengang kerana pelanggan lebih gemar berbelanja di pasaraya besar yang mempunyai banyak pilihan.
Dalam hal ini, kerajaan perlu mengkaji dan mencari jalan penyelesaian terbaik kepada para peniaga kecil yang kebanyakkanya Bumiputera supaya mereka mampu berdikari.
Q&A: Mengambil wuduk sambil mandi shower
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil , | 12 Sep 2013 |
Saya mandi shower, sambil mandi itu saya terus ambil wuduk. Adakah sah wuduk saya?
Jawapan;
Sah ambil wuduk bersama mandi itu jika diratakan air ke seluruh anggota wuduk dengan niat wuduk dan mengikut tertib, iaitu bermula dengan membasuh muka, diikuti tangan ke siku dan seterusnya. Namun mengambil wuduk sebegitu makruh hukumnya kerana menyebabkan penggunaan air yang banyak (pembaziran).
Abdullah bin ‘Amru RA menceritakan; “Rasulullah SAW telah terserempak dengan Saad RA yang sedang mengambil wuduk (dengan menggunakan air yang banyak). Lantas baginda menegurnya; ‘Pembaziran apakah ini wahai Sa’ad?’. Sa’ad menjawab; ‘Apakah dalam mengambil wuduk juga dikira pembaziran?’. Rasulullah menjawab; ‘Ya! Sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir’.” (Musnad Imam Ahmad; 7065. Sunan Ibnu Majah; 425. Status hadis; dhaif).
http://ilmudanulamak.blogspot.com
Pak Samad: Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka
Hazayani Zakaria, | 11 Sep 2013 |
Namun dalam suasana politik sekarang, saya percaya sesiapa pun yang bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tidak akan melepaskan peluang bertanya tentang kisah beliau ditahan polis pada tengah malam untuk disoal siasat.
Beliau yang biasa dipanggil Pak Samad ditahan di rumahnya di Bangsar jam 12 tengah malam 4 September lalu, bagi membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan.
Sebelum bercerita mengenai penahanannya, telinga saya terlebih dahulu didengarkan dengan pendapatnya yang jujur, yang masih tabu bagi sesetengah orang.
"Bagi saya, bendera Sang Saka itu kita harus luhur, kita harus hormati, kita harus jiwai bahawa itu adalah tanda bahawasanya satu ketika dalam sejarah, ada wira yang berjuang untuk kemerdekaan dan bendera itu adalah panjinya.
"Kita tidak boleh menghina panji itu hanya kerana ada Jalur Gemilang. Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka sebab Sang Saka yang berjuang melahirkan Jalur Gemilang," ujarnya bagi mengulas kewujudan bendera Sang Saka yang dinafikan kewujudannya.
Pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos lalu, Pak Samad sedang membaca puisi di Dataran Merdeka sambil beberapa orang aktivis mengibarkan bendera Sang Saka, sebelum seorang lelaki tiba-tiba bertindak merampas Sang Saka.
Mengimbau sejarah kemerdekaan negara, lelaki 81 tahun itu berkata, rakyat harus sedar pejuang-pejuang seperti Rashid Maidin, Abdullah Sidi, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Al-Helmy bersungguh-sungguh mahu memerdekakan tanah air dari jajahan British.
"Kita harus hormat orang-orang itu. Mereka telah memberikan nyawanya. Kita harus hormat kerana merekalah mempercepatkan kemerdekaan tanah air," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa bendera Sang Saka yang mewakili parti Komunis, Pak Samad berkata, Sang Saka mewakili semangat dan perjuangan pihak yang turut berjuang memerdekaan negara, sebelum ada pihak yang 'menikmati kemerdekaan', sambil menyifatkan orang yang tidak menghormati bendera Sang Saka sebagai buta sejarah.
"Itu bagi saya ikut sedap mulut sahaja. Orang yang tak tahu sejarah memang buta sejarah, memang begitu sikapnya. Takkan bendera (Sang Saka) itu timbul begitu sahaja. Tentu ia mewakili satu semangat, perjuangan, pengorbanan, bendera itu simbolik kepada perjuanagan.
"Cuba buktikan bendera itu adalah songsang, negatif, tidak. Dia adalah wakil kepada semangat perjuangan. Walaupun tempatnya sekarang tak sepenting Jalur Gemilang tapi jalur gemilang harus hormat, harus faham bahawa dengan ada Sang Saka ia berkembang menjadi Jalur Gemilang dan kita tidak harus ikut suka-sukaan mengata atau mencemuh.
"Saya fikir orang yang menikmati kemerdekaan yang mencipta Jalur Gemilang. orang yang berjuang untuk kemerdekaan mencipta Sang Saka. Banyak latar sejarahnya yang barangkali kita tidak tahu," jelasnya panjang lebar sebelum menghirup secangkir kopi panas yang dipesan.
Tinggal pesan pada pengawal keselamatan
Walaupun sudah membaca laporan media lain mengenai penafian Pak Samad bahawa beliau menyembunyikan diri dari polis, saya tidak dapat menahan hati yang mahu mendengar perkara itu dari mulut Pak Samad sendiri.
Sambil ketawa mendengar soalan saya, Pak Samad berkata beliau sudah meninggalkan pesan kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahannya sebelum ke Masjid Negara untuk beriktikaf, rutin beliau setiap Selasa dan Khamis.
"Hari yang dia (polis) nak tangkap, saya beritahu dekat guard rumah saya. Saya jangka polis akan datang. Saya bilang dengan guard itu, bilang dengan polis saya hari ini beriktikaf di Masjid Negara dan ada beberapa kumpulan wartawan yang tunggu sama saya sebab mereka pun percaya yang polis akan datang (tapi)dia tidak datang. Kemudian IGP umum saya lari.
"Malam itu memang dia datang dan memang dia datang dengan hormat. Dia kata; Pak, kami mahu mengambil bapak hanya untuk satu setengah jam untuk record (kenyataan) dan kami akan hantar balik. Dia cakap dengan ibu (isteri).
"Saya anjurkan begini;anda pulang dulu, esok jam 10 saya datang tapi dia kata kena malam juga sebab esok kami kena laporkan. "Sekarang kadang-kadang saya jumpa polis atau polis jumpa saya, kadang-kadang dia segan, saya pun segan. Ada yang biasa kalau di KLCC, Pak, tegurnya. Ada yang tahu tapi memalukanlah tindakan itu," ceritanya.
Apabila ditanya pandangannya mengenai sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Pak Samad berkata sambutan itu suatu yang baik bagi memperingati Sabah dan Sarawak.
"Bapak fikir itu hak kita untuk sambut, memang kita harus meraikan sebab biasanya kemerdekaan itu kita fikirkan hanya Semenanjung sahaja. Kita lupa Sabah, Sawarak tapi saya fikir seharusnya ada satu (sahaja) hari kemerdekaan sebab kalau ada dua hari kemerdekaan itu membayangkan perpecahan, bukan perdamaian. Kita harus berani untuk membetulkan, pilih hanya satu," ujarnya.
Berkongsi pengertian kemerdekaan bagi dirinya pula, Pak Samad berkata kemerdekaan itu harus selari dengan rasa mahukan perdamaian.
"Kita meraikan kemerdekaan, kita menghormati pejuang-pejuang kemerdekaan dan kita meluhuri persatuan, bukan perceraian dan ia tentu sahaja kita mahu bahawasanya segala apa yang berada di bumi kita ini dinikmati bersama.
"Kita merindukan iklim perdamaian, persatuan. Tidaklah sampai sekarang, sebelum pilihan raya sudah ada Tanda Putera," ujarnya sinis sebelum perbualan kami bertukar kepada hal-hal seputar kesusasteraan dan kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan