Semoga calon UPSR 2013 lulus dengan cemerlang
Harakahdaily, | 10 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendoakan semua calon peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat menjawab soalan peperiksaan
dengan baik dan seterusnya lulus dengan cemerlang.
“Semoga para pelajar akan menempa kejayaan luar biasa dengan memperolehi pencapaian terbaik dalam peperiksaan ini,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.
Sehubungan itu, DPPM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada 478,848 calon yang mendudukinya bermula hari ini di seluruh negara.
Katanya, peperiksaan UPSR menjadi titik penentu langkah pelajar-pelajar untuk mendaki puncak kejayaan di masa hadapan.
“Kejayaan generasi akan datang juga ditentukan melalui kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para pelajar khususnya yang mengambil peperiksaan UPSR kali ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, hasil usaha gigih para pelajar mengulangkaji pelajaran setiap masa, menekuni ilmu, taat dan patuh kepada arahan ibu bapa, mendengar nasihat para guru disamping berdoa menjadi kunci kejayaan mereka dalam peperiksaan.
Selain itu, kata beliau dorongan ibu bapa serta para guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu buat para pelajarnya menjadi pemangkin kejayaan ini kelak.
“DPPM menasihatkan para pelajar agar memperbanyakkan berdoa serta Solat Hajat supaya Allah SWT memudahkan mereka menjawab kesemua soalan yang dikemukakan serta berjaya dalam peperiksaan ini,” ujarnya lagi.
KUALA LUMPUR: Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Parti Liberal
pimpinan Tony Abbott setelah mengalahkan Parti Buruh dalam pilihan raya
Australia.
Keputusan awal menunjukkan Parti Liberal mendapat 91 kerusi berbanding Parti Buruh yang memenangi 55 buah kerusi dalam pilihan raya di negara tersebut dan keputusan itu cukup mengangkat Parti Liberal sebagai parti pemerintah.
Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, rakyat Australia telah menunjukkan semangat demokrasi yang tinggi untuk memilih parti pembangkang sebagai kerajaan baharu serta sanggup menukar kerajaan sedia ada secara aman.
Menurutnya, mereka telah membuat keputusan dengan bijak demi kebaikan rakyat dan negara tersebut.
“DPPM memuji perjalanan pilihan raya di Australia yang berlangsung dengan tenang, aman, adil dan bersih melibatkan semua parti politik yang bertanding tanpa campur tangan daripada kerajaan yang memerintah,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, ternyata Parti Liberal berjaya memenangi hati rakyat dalam memperjuangkan isu-isu semasa kempen dan memenangi pilihan raya kali ini.
Katanya, peralihan kuasa secara aman daripada Kevin Rudd kepada Tony Abbott membuktikan negara Australia mendukung semangat demokrasi yang tulen.
“Inilah contoh yang perlu ada kepada pemimpin negara-negara demokrasi yang lain agar mereka turut menjalankan pilihan raya secara adil dan telus,” katanya lagi.
Justeru, ujarnya apa yang diharapkan agar Tony Abbott mampu menterjemahkan segala janji dan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat Australia dan membela rakyat negara tersebut bagi tempoh yang seterusnya.
Semakin hari saya melihat ibu dan ayah saya mengah dengan kerja
mereka. Orang kampung, kerja kampung, kerja itulah dari dulu sampai
sekarang dan itulah satu-satunya sumber rezeki bagi menyara kehidupan.
Pagi-pagi lagi sebelum subuh sudah berjalan pergi menoreh.
Sebelum tengah hari pulang dan tidur terkapar keletihan. Cukup empat hingga lima hari, getah sekerap dikutip dan dikumpulkan, lalu dijual dan duit itulah buat belanja harian. Itu tidak termasuk cuaca yang belum tentu cerah setiap hari.
Apabila kerajaan umumkan harga minyak naik 20 sen, ibu dan ayah ternganga sesama mereka. Orang kampung yang lain, yang memang pro-kerajaan berkata, "Kita orang kampung, bukan kena keluar pergi pejabat naik kereta hari-hari, bukan nak keluar jalan jauh-jauh." Ayah senyap. Kata ayah kepada saya, "Orang kampung kita ni sudah tak boleh buat apa." Saya mengangguk. Ayah terus buat kira-kira, bagaimana dengan belanja minyak yang hanya RM 20 seminggu untuk sebuah kereta kancil akan berubah?
Orang kampung kata lagi, "20 sen sahaja, biasalah. Negara orang lain semuanya mahal-mahal, itu biasalah kemajuan negara." Bila ayah bersuara mereka mula kata ayah mahu berkempen. Apabila ayah mahu beritahu bahawa kenaikan harga minyak akan menaikkan harga barang, mereka tidak dengar langsung. Mereka ini orang yang sokong kerajaan tetapi surat khabar Mingguan Malaysia dan Berita Harian pun, yang terang-terang surat khabar sebelah mereka pun tidak dibaca.
Surat ini saya mahu tujukan kepada Perdana Menteri, tetapi saya tahu Perdana Menteri kita sibuk dan mana ada masa mahu layan surat-surat remeh begini. Jadi saya tulis sahaja kepada kerajaan. Moga-moga apabila kerajaan bertukar nanti, yang memegang tampuk pemerintahan dan bernama kerajaan itu masih melihat surat saya dan masih sudi membacanya. Paling tidak pun, setiausaha-setiausaha dan kepada mereka yang menggeledah internet lalu terjumpa surat ini dan mengutusnya kepada PM.
Kerajaan saya yang saya hormati,
Saya sebenarnya kagum dengan negara kita. Negara kita sudah banyak berubah. Dulu negara kita hanya sekecil semut di dalam kumpulan serangga. Tapi kini negara kita sudah maju. Macam-macam perkara sudah berubah. Itu tidak dinafikan. Tapi saya khuatir perubahan itu hanyalah perubahan negara, perubahan infrastrukturnya, perubahan duitnya dan juga perubahan projek-projek meganya, bukan perubahan kehidupan rakyat marhaen seperti saya dan keluarga saya.
Dari dulu kami cuma hidup dengan pokok getah, sawah padi, hutan-belukang dan pohon-pohon kelubi. Kami pun teringin naik bangunan KLCC dan melihat Kuala Lumpur yang besar dan bercahaya itu.
Kenapa kerajaan saya tidak memikirkan tentang projek membangunkan kos sara hidup rakyat? Bukankah itu lebih membangunkan kehidupan rakyat? Mungkin kerajaan buat bangunan tinggi-tinggi walaupun kebanyakannya bukan milik rakyat tempatan untuk menunjuk-nunjuk kemegahan dan kemajuan negara kita. Jadi rakyat hanya mengikut dan merasa bangga yang tidak ke mana. Fikiran masih bergelut dengan kemunduran. Yang maju cuma bangunan, rakyat tetap tidak ke mana. Ayah saya tetap bergelut dengan hujan dan bermain teka-teki sama ada hujan mahu turun ke tidak. Kalau hujan turun, kena segera bubuh cuka untuk cepat bekukan susu getah. Kalau tidak, air hujan akan alirkannya pergi, jadi sia-sia mengerah keringat menoreh sepagi.
Ibu saya selalu bercerita, dia selalu mendoakan supaya harga getah naik. Harga getah pernah naik melambung tapi sekali sahaja. Sekarang harga getah sangat rendah. Sekilo getah harganya dalam RM2 ke RM3, kadang-kadang lebih sedikit. Dahulu harganya sekilo RM6. Untuk sekali kutipan getah sekerap, ayah boleh mengaut sebanyak RM900. Tapi sekarang, hanyalah RM400 paling tinggi. Tidak apalah, itukan rezeki juga.
Kerajaan terlalu sibuk memikirkan tentang sokongan rakyat terhadap parti politik yang mereka sandang daripada memikirkan tentang kemiskinan rakyat yang tidak berubah-ubah. Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang banyak itu semakin membodohkan rakyat. Sebagai seorang manusia, kita tidak perlu dididik dengan memberikan sejumlah wang yang banyak kerana ia hanya kesenangan yang sementara dan kecenderungan untuk menghabiskan wang itu sekali gus sangat mendesak.
Kerajaaan sepatutnya bantu rakyat dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan buat orang kampung, menaikkan harga getah, kelapa sawit dan juga memajukan projek-projek pertanian yang
lain. Sumber rezeki yang melambung-lambung ialah dari tanah. Pertanian adalah sumber yang akan
membuatkan kerajaan tidak akan menghadapi masalah ekonomi seperti sekarang hingga terpaksa
menaikkan harga minyak dengan mendadak.
Kerajaan yang saya kasihi,
Pernahkan kerajaan meminta pendapat sarjana bebas walaupun mereka cenderung tidak menyokong kerajaan? Mereka adalah sarjana yang sangat bijaksana dan mereka cuma mengulang skrip sejarah yang sering mencatatkan bahawa tokoh-tokoh hebat semuanya mengkritik kerajaan. Kritikan mereka bukan kosong tetapi berisi, berangka dan penuh dengan hemah. Saya risau bagaimana kerajaan mahu selamatkan negara dengan hutang yang begitu bertambun? Setakat ini saya masih mencari usaha kerajaan melangsaikan hutang yang dibebani tanpa meletakkan bebannya
ke atas bahu rakyat. Tapi, tiada.
Kerajaan juga memandang enteng kepada tindakan-tindakan seperti menaikkan harga minyak dan barang. Kerajaan tidak sedarkah akan kesannya nanti? Sampai satu masa manusia akan bersatu, bukan lagi kerana faktor agama, politik dan bangsa, tetapi kerana faktor ekonomi. Masakan tidak, setiap orang, baik yang menyokong kerajaan atau pembangkang semuanya punya perut yang lapar. Semuanya akan bangkit apabila perut mereka tidak terisi dengan kenyang. Kalaulah kerajaan sedar.
Saya tidak tahu kenapa kerajaan saya ini tidak berjaya meyakinkan saya. Saya tidak mahu sentuh soal yang tidak nampak. Saya mahu lihat dari sudut ekonomi sahaja. Saya tidak yakin dengan pengurusan ekonomi kerajaan. Sebagai seorang yang boleh memahami angka dan huruf, saya adalah rakyat marhaen yang belajar tidak tinggi mana tetapi tidak yakin dengan pengurusan ekonomi negara kita. Kenapa tidak? Kerana kesemua tindakan kerajaan tidak memberikan hasil yang boleh dibanggakan.
Sehinggalah saya terfikir, orang-orang kerajaan sebenarnya mahu buat kerja atau tidak mahu lepaskan kerusi empuk dan pejabat berhawa dingin mereka di dalam jabatan menteri itu? Kenapa kerajaan tidak mahu meminta pendapat rakyat yang mungkin ada cadangannya tersendiri? Kenapa kerajaan tidak mengumpulkan ahli-ahli akademik yang mungkin lebih bijak dan sudah membuat kajian penuh bersertakan solusi yang paling praktikal. Kerajaan seperti buat-buat pandai sahaja. Saya sangat risau jika kerajaan kita terus begini.
Setakat ini dahulu surat saya. Saya akan tulis surat buat kerajaan lagi sampailah kerajaan buka kotak pos dan melihat surat saya bertimbun banyaknya. Saya seorang anak kampung yang sayangkan negara saya.
Saya ulangi, saya seorang anak kampung yang sayangkan negara saya. Titik.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini disebabkan 15 peratus dari graduan terbaik adalah pelajar bertaraf dunia.
“Syarikat berkenaan mencari individu yang cemerlang dan kita ada cukup (graduan termpatan) untuk memenuhi jawatan tersebut...
“Kebimbangan kita adalah kalangan 30 hingga 40 peratus terbawah dan cabaran kita adalah untuk meningkatkan dan memperbaiki standard keseluruhan,” katanya kepada pemberita.
Katanya, matlamat polis apabila menjalankan sebarang operasi membanteras jenayah adalah menjaga keselamatan orang awam dan diri mereka, dan bukan hak asasi penjenayah.
"Pada saya, seseorang penjenayah yang bersenjata ini, dia sudah menempah maut. Pihak polis jaga keselamatan dia dahulu dan keselamatan orang ramai.
"Ini kerana penjenayah yang bersenjata ini boleh mengancam keselamatan orang ramai," katanya sewaktu berucap pada satu forum di Shah Alam petang ini.
Menurutnya, tidak logik jika ada pihak yang mempersoallkan sekiranya polis melepaskan tembakan amaran terlebih dahulu sebelum menembak mati suspek terbabit.
"Masa kes di Pulau Pinang, mereka hendak polis buat bagaimana?
"Takkan mereka mahu polis tembak ke siling (kondominium) dan kemudian melantun ke tempat lain?" katanya.
Selain DAP, MIC Pulau Pinang menerusi ketua pemuda negeri, J Dhinagaran mempersoalkan sebab polis memilih untuk menembak lima penjenayah itu.
"Walaupun polis mendapat pujian, terdapat persoalan kenapa polis tidak berusaha menangkap (mereka berlima)," kata Dhinagaran dalam kenyataannya.
Anggota keluarga mangsa mendakwa, kelima-lima suspek itu sedang tidur ketika polis menyerbu di pangsapuri Century Bay pada jam 4.30 pagi, berdasarkan keadaan mayat yang dijumpai di bilik-bilik berasingan.
Bernama sebelum ini melaporkan, kelima-lima individu berusia di antara 23 hingga 27 tahun itu dikehendaki kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan membabitkan penggunaan senjata api.
“Semoga para pelajar akan menempa kejayaan luar biasa dengan memperolehi pencapaian terbaik dalam peperiksaan ini,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.
Sehubungan itu, DPPM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada 478,848 calon yang mendudukinya bermula hari ini di seluruh negara.
Katanya, peperiksaan UPSR menjadi titik penentu langkah pelajar-pelajar untuk mendaki puncak kejayaan di masa hadapan.
“Kejayaan generasi akan datang juga ditentukan melalui kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para pelajar khususnya yang mengambil peperiksaan UPSR kali ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, hasil usaha gigih para pelajar mengulangkaji pelajaran setiap masa, menekuni ilmu, taat dan patuh kepada arahan ibu bapa, mendengar nasihat para guru disamping berdoa menjadi kunci kejayaan mereka dalam peperiksaan.
Selain itu, kata beliau dorongan ibu bapa serta para guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu buat para pelajarnya menjadi pemangkin kejayaan ini kelak.
“DPPM menasihatkan para pelajar agar memperbanyakkan berdoa serta Solat Hajat supaya Allah SWT memudahkan mereka menjawab kesemua soalan yang dikemukakan serta berjaya dalam peperiksaan ini,” ujarnya lagi.
Tahniah kepada pemimpin Parti Liberal Australia
Harakahdaily, | 10 Sep 2013 |
Keputusan awal menunjukkan Parti Liberal mendapat 91 kerusi berbanding Parti Buruh yang memenangi 55 buah kerusi dalam pilihan raya di negara tersebut dan keputusan itu cukup mengangkat Parti Liberal sebagai parti pemerintah.
Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, rakyat Australia telah menunjukkan semangat demokrasi yang tinggi untuk memilih parti pembangkang sebagai kerajaan baharu serta sanggup menukar kerajaan sedia ada secara aman.
Menurutnya, mereka telah membuat keputusan dengan bijak demi kebaikan rakyat dan negara tersebut.
“DPPM memuji perjalanan pilihan raya di Australia yang berlangsung dengan tenang, aman, adil dan bersih melibatkan semua parti politik yang bertanding tanpa campur tangan daripada kerajaan yang memerintah,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, ternyata Parti Liberal berjaya memenangi hati rakyat dalam memperjuangkan isu-isu semasa kempen dan memenangi pilihan raya kali ini.
Katanya, peralihan kuasa secara aman daripada Kevin Rudd kepada Tony Abbott membuktikan negara Australia mendukung semangat demokrasi yang tulen.
“Inilah contoh yang perlu ada kepada pemimpin negara-negara demokrasi yang lain agar mereka turut menjalankan pilihan raya secara adil dan telus,” katanya lagi.
Justeru, ujarnya apa yang diharapkan agar Tony Abbott mampu menterjemahkan segala janji dan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat Australia dan membela rakyat negara tersebut bagi tempoh yang seterusnya.
Surat terbuka anak kampung buat kerajaan
Anak Kampung, |
Sebelum tengah hari pulang dan tidur terkapar keletihan. Cukup empat hingga lima hari, getah sekerap dikutip dan dikumpulkan, lalu dijual dan duit itulah buat belanja harian. Itu tidak termasuk cuaca yang belum tentu cerah setiap hari.
Apabila kerajaan umumkan harga minyak naik 20 sen, ibu dan ayah ternganga sesama mereka. Orang kampung yang lain, yang memang pro-kerajaan berkata, "Kita orang kampung, bukan kena keluar pergi pejabat naik kereta hari-hari, bukan nak keluar jalan jauh-jauh." Ayah senyap. Kata ayah kepada saya, "Orang kampung kita ni sudah tak boleh buat apa." Saya mengangguk. Ayah terus buat kira-kira, bagaimana dengan belanja minyak yang hanya RM 20 seminggu untuk sebuah kereta kancil akan berubah?
Orang kampung kata lagi, "20 sen sahaja, biasalah. Negara orang lain semuanya mahal-mahal, itu biasalah kemajuan negara." Bila ayah bersuara mereka mula kata ayah mahu berkempen. Apabila ayah mahu beritahu bahawa kenaikan harga minyak akan menaikkan harga barang, mereka tidak dengar langsung. Mereka ini orang yang sokong kerajaan tetapi surat khabar Mingguan Malaysia dan Berita Harian pun, yang terang-terang surat khabar sebelah mereka pun tidak dibaca.
Surat ini saya mahu tujukan kepada Perdana Menteri, tetapi saya tahu Perdana Menteri kita sibuk dan mana ada masa mahu layan surat-surat remeh begini. Jadi saya tulis sahaja kepada kerajaan. Moga-moga apabila kerajaan bertukar nanti, yang memegang tampuk pemerintahan dan bernama kerajaan itu masih melihat surat saya dan masih sudi membacanya. Paling tidak pun, setiausaha-setiausaha dan kepada mereka yang menggeledah internet lalu terjumpa surat ini dan mengutusnya kepada PM.
Kerajaan saya yang saya hormati,
Saya sebenarnya kagum dengan negara kita. Negara kita sudah banyak berubah. Dulu negara kita hanya sekecil semut di dalam kumpulan serangga. Tapi kini negara kita sudah maju. Macam-macam perkara sudah berubah. Itu tidak dinafikan. Tapi saya khuatir perubahan itu hanyalah perubahan negara, perubahan infrastrukturnya, perubahan duitnya dan juga perubahan projek-projek meganya, bukan perubahan kehidupan rakyat marhaen seperti saya dan keluarga saya.
Dari dulu kami cuma hidup dengan pokok getah, sawah padi, hutan-belukang dan pohon-pohon kelubi. Kami pun teringin naik bangunan KLCC dan melihat Kuala Lumpur yang besar dan bercahaya itu.
Kenapa kerajaan saya tidak memikirkan tentang projek membangunkan kos sara hidup rakyat? Bukankah itu lebih membangunkan kehidupan rakyat? Mungkin kerajaan buat bangunan tinggi-tinggi walaupun kebanyakannya bukan milik rakyat tempatan untuk menunjuk-nunjuk kemegahan dan kemajuan negara kita. Jadi rakyat hanya mengikut dan merasa bangga yang tidak ke mana. Fikiran masih bergelut dengan kemunduran. Yang maju cuma bangunan, rakyat tetap tidak ke mana. Ayah saya tetap bergelut dengan hujan dan bermain teka-teki sama ada hujan mahu turun ke tidak. Kalau hujan turun, kena segera bubuh cuka untuk cepat bekukan susu getah. Kalau tidak, air hujan akan alirkannya pergi, jadi sia-sia mengerah keringat menoreh sepagi.
Ibu saya selalu bercerita, dia selalu mendoakan supaya harga getah naik. Harga getah pernah naik melambung tapi sekali sahaja. Sekarang harga getah sangat rendah. Sekilo getah harganya dalam RM2 ke RM3, kadang-kadang lebih sedikit. Dahulu harganya sekilo RM6. Untuk sekali kutipan getah sekerap, ayah boleh mengaut sebanyak RM900. Tapi sekarang, hanyalah RM400 paling tinggi. Tidak apalah, itukan rezeki juga.
Kerajaan terlalu sibuk memikirkan tentang sokongan rakyat terhadap parti politik yang mereka sandang daripada memikirkan tentang kemiskinan rakyat yang tidak berubah-ubah. Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang banyak itu semakin membodohkan rakyat. Sebagai seorang manusia, kita tidak perlu dididik dengan memberikan sejumlah wang yang banyak kerana ia hanya kesenangan yang sementara dan kecenderungan untuk menghabiskan wang itu sekali gus sangat mendesak.
Kerajaaan sepatutnya bantu rakyat dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan buat orang kampung, menaikkan harga getah, kelapa sawit dan juga memajukan projek-projek pertanian yang
lain. Sumber rezeki yang melambung-lambung ialah dari tanah. Pertanian adalah sumber yang akan
membuatkan kerajaan tidak akan menghadapi masalah ekonomi seperti sekarang hingga terpaksa
menaikkan harga minyak dengan mendadak.
Kerajaan yang saya kasihi,
Pernahkan kerajaan meminta pendapat sarjana bebas walaupun mereka cenderung tidak menyokong kerajaan? Mereka adalah sarjana yang sangat bijaksana dan mereka cuma mengulang skrip sejarah yang sering mencatatkan bahawa tokoh-tokoh hebat semuanya mengkritik kerajaan. Kritikan mereka bukan kosong tetapi berisi, berangka dan penuh dengan hemah. Saya risau bagaimana kerajaan mahu selamatkan negara dengan hutang yang begitu bertambun? Setakat ini saya masih mencari usaha kerajaan melangsaikan hutang yang dibebani tanpa meletakkan bebannya
ke atas bahu rakyat. Tapi, tiada.
Kerajaan juga memandang enteng kepada tindakan-tindakan seperti menaikkan harga minyak dan barang. Kerajaan tidak sedarkah akan kesannya nanti? Sampai satu masa manusia akan bersatu, bukan lagi kerana faktor agama, politik dan bangsa, tetapi kerana faktor ekonomi. Masakan tidak, setiap orang, baik yang menyokong kerajaan atau pembangkang semuanya punya perut yang lapar. Semuanya akan bangkit apabila perut mereka tidak terisi dengan kenyang. Kalaulah kerajaan sedar.
Saya tidak tahu kenapa kerajaan saya ini tidak berjaya meyakinkan saya. Saya tidak mahu sentuh soal yang tidak nampak. Saya mahu lihat dari sudut ekonomi sahaja. Saya tidak yakin dengan pengurusan ekonomi kerajaan. Sebagai seorang yang boleh memahami angka dan huruf, saya adalah rakyat marhaen yang belajar tidak tinggi mana tetapi tidak yakin dengan pengurusan ekonomi negara kita. Kenapa tidak? Kerana kesemua tindakan kerajaan tidak memberikan hasil yang boleh dibanggakan.
Sehinggalah saya terfikir, orang-orang kerajaan sebenarnya mahu buat kerja atau tidak mahu lepaskan kerusi empuk dan pejabat berhawa dingin mereka di dalam jabatan menteri itu? Kenapa kerajaan tidak mahu meminta pendapat rakyat yang mungkin ada cadangannya tersendiri? Kenapa kerajaan tidak mengumpulkan ahli-ahli akademik yang mungkin lebih bijak dan sudah membuat kajian penuh bersertakan solusi yang paling praktikal. Kerajaan seperti buat-buat pandai sahaja. Saya sangat risau jika kerajaan kita terus begini.
Setakat ini dahulu surat saya. Saya akan tulis surat buat kerajaan lagi sampailah kerajaan buka kotak pos dan melihat surat saya bertimbun banyaknya. Saya seorang anak kampung yang sayangkan negara saya.
Saya ulangi, saya seorang anak kampung yang sayangkan negara saya. Titik.
Menteri: 15 peratus graduan M'sia bertaraf dunia
Walau
kedudukan universiti tempatan semakin merosot di tangga antarabangsa,
kerajaan tetap berpandangan bahawa pelabur asing tidak menghadapi
masalah untuk mendapatkan bakat-bakat baru di kalangan siswa negara ini.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini disebabkan 15 peratus dari graduan terbaik adalah pelajar bertaraf dunia.
“Syarikat berkenaan mencari individu yang cemerlang dan kita ada cukup (graduan termpatan) untuk memenuhi jawatan tersebut...
“Kebimbangan kita adalah kalangan 30 hingga 40 peratus terbawah dan cabaran kita adalah untuk meningkatkan dan memperbaiki standard keseluruhan,” katanya kepada pemberita.
'Keutamaan polis bukan jaga hak asasi penjenayah'
Bekas
ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan mempertahankan tindakan polis
menembak mati lima orang penjenayah dalam satu kejadian di Pulau Pinang
pada 19 Ogos lalu, yang dipersoalkan DAP.Katanya, matlamat polis apabila menjalankan sebarang operasi membanteras jenayah adalah menjaga keselamatan orang awam dan diri mereka, dan bukan hak asasi penjenayah.
"Pada saya, seseorang penjenayah yang bersenjata ini, dia sudah menempah maut. Pihak polis jaga keselamatan dia dahulu dan keselamatan orang ramai.
"Ini kerana penjenayah yang bersenjata ini boleh mengancam keselamatan orang ramai," katanya sewaktu berucap pada satu forum di Shah Alam petang ini.
Menurutnya, tidak logik jika ada pihak yang mempersoallkan sekiranya polis melepaskan tembakan amaran terlebih dahulu sebelum menembak mati suspek terbabit.
"Masa kes di Pulau Pinang, mereka hendak polis buat bagaimana?
"Takkan mereka mahu polis tembak ke siling (kondominium) dan kemudian melantun ke tempat lain?" katanya.
Selain DAP, MIC Pulau Pinang menerusi ketua pemuda negeri, J Dhinagaran mempersoalkan sebab polis memilih untuk menembak lima penjenayah itu.
"Walaupun polis mendapat pujian, terdapat persoalan kenapa polis tidak berusaha menangkap (mereka berlima)," kata Dhinagaran dalam kenyataannya.
Anggota keluarga mangsa mendakwa, kelima-lima suspek itu sedang tidur ketika polis menyerbu di pangsapuri Century Bay pada jam 4.30 pagi, berdasarkan keadaan mayat yang dijumpai di bilik-bilik berasingan.
Bernama sebelum ini melaporkan, kelima-lima individu berusia di antara 23 hingga 27 tahun itu dikehendaki kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan membabitkan penggunaan senjata api.
Mengapa kedudukan IPTA di Malaysia merosot?
Kedudukan
800 universiti teratas di seluruh dunia bagi 2013 yang dilaporkan oleh
QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara
mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya
mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat.
Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:
Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355= (2013).
Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdaya saing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan.
Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.
Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan.
Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.
Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr-Saunders.
Pada 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan NUS di Singapura.
Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia.
Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya.
Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:
Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.
Rafizi Ramli adalah ahli parlimen Pandan dan pengarah strategi PKR

- Reputasi pencapaian akademik (40%)
- Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
- Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
- Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
- Keantarabangsaan pelajar (5%)
- Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)
Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdaya saing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan.
Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.
Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan.
Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.
Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr-Saunders.
Pada 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan NUS di Singapura.
Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia.
Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya.
Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:
- Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan
- Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia
- Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya
- Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan
- Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia
Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.
Rafizi Ramli adalah ahli parlimen Pandan dan pengarah strategi PKR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan