Rabu, 11 September 2013

BILA MENGHAKIMI TIDAK MENGIKUT SYARAK...MAKA TANGGUNGLAH

Mengapa universiti tempatan makin merudum?

Harakahdaily, 11 Sep 2013
KUALA lUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Kementerian Pelajaran memberi penjelasan mengapa kedudukan universiti tempatan berada jauh di belakang malah tertinggal di bawah 200 universiti terbaik dunia.

Dalam kedudukan 'QS World University Rankings 2013/14', universiti terbaik di Malaysia iaitu Universiti Malaya jatuh 11 anak tangga dari kedudukan 156 pada 2012 kepada 167 pada tahun ini.

“Meskipun media mempertahankan kedudukan Universiti Malaya berada dalam kelompok elit bawah ranking 200, namun hakikatnya ia merudum beberapa anak tangga,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Selain UM, universiti lain ternyata masih jauh ketinggalan dan dilihat tidak berdaya saing dan maju untuk menempatkan diri dalam senarai universiti terbaik dunia.

“Soalnya, mengapa universiti-universiti lain di negara ini jauh ketinggalan berbanding dengan universitidi negara lain?

“Apa yang kurang pada universiti tempatan sehingga gagal menyaingi kehebatan universiti negara lain?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Keadaan itu, katanya menjadikan lebih sukar bagi rakyat luar negara datang untuk menimba ilmu di universiti tempatan kerana keyakinan mereka kepada tahap kualiti akademik dan reputasi universiti tempatan yang tidak seberapa.

Ujarnya lagi, DPPM melihat kerajaan gagal memberi perhatian dalam aspek pembangunan dan pendidikan negara sehingga tahap pencapaian universiti tempatan tidak mampu melonjak naik.

Katanya, segala kemudahan dan fasiliti terbaik yang dimiliki oleh universiti-universiti tempatan nampaknya masih gagal mengangkat martabat kedudukan univerisiti tempatan di mata dunia.

Menurutnya, mungkin berbilion lagi kerajaan perlu berbelanja bagi memastikan kedudukan universiti tempatan yang lain mampu menandingi universiti terbaik di rantau ini.

Justeru, kata beliau Kementerian Pendidikan perlu berbuat sesuatu bagi memastikan kedudukan universiti tempatan mempunyai daya saing yang tinggi dengan universiti luar.

Beliau menambah, aspek pendidikan terutama pendidikan tinggi perlu dipandang berat kerana ia merupakan suatu pelaburan penting negara.

Katanya, pendidikan menjamin masa depan yang cemerlang pada generasi muda selain daripada menyuburkan kepakaran dalam industri pekerjaan.

“Negara memerlukan bukti bahawa graduan Malaysia sama hebat dan setaraf dengan graduan luar negara dan mampu melonjakkan nama negara di mata dunia,” ujarnya lagi.

Selangor bantu penduduk ‘mangsa’ kerajaan Pusat

Muhammad Arif Ismail, 11 Sep 2013
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengambil langkah sementara bagi menyelesaikan isu 400 penghuni pangsapuri kos rendah Taman Permata, Dengkil yang menjadi ‘mangsa’ kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk memperbaiki kediaman mereka.

Menurutnya, ia dilakukan menerusi peruntukkan yang telah diumumkan Ogos lepas sebanyak RM500,000 bagi membaiki keadaan tanah mendap, parit tidak sempurna, air kumbahan pecah dan bangunan retak.

"Kita diberitahu tender sudah keluar dan minggu depan kita akan terima siapa yang akan laksanakan pembaikkan tersebut," kata beliau dalam sidang media di sini.

Walaupun kerajaan negeri telah mempunyai tanah seluas 30 ekar untuk membina kediaman tetapi mereka perlu menanti selama 18 hingga 24 bulan bagi membina rumah baru sebelum semua penduduk dipindahkan.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, kerajaan negeri masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Pusat berhubung pembinaan rumah teres kepada bekas pekerja di Ladang Prang Besar, Medingly, Galloway dan Sedgley itu.

Walau bagaimana pun beliau kesal kerana projek itu tidak dapat direalisasikan jika Kerajaan Pusat yang diketuai oleh Umno masih berdolak dalik.

"Tetapi sehingga hari ini, Kerajaan Pusat masih belum memberi sebarang kata putus untuk membina rumah teres seperti yang dijanjikan pada 13 tahun lalu," katanya.

Semua penduduk merupakan mangsa keghairahan Kerajaan Pusat untuk membina pusat pentadbiran baru, Putrajaya pada tahun 1999.

Kerajaan Pusat pada ketika itu menjanjikan rumah teres kepada penduduk sebagai ganjaran perpindahan mereka.

Tetapi selepas 13 tahun, pangsapuri yang dijadikan rumah transit menjadi kediaman tetap mereka dengan pelbagai masalah hingga hari ini.

Pertandingan cipta logo Muktamar PAS ke-59

Harakahdaily, 11 Sep 2013



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-59 tahun ini.

Pengarah mukatamar yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia selaras dengan slogan PAS For All.

Borang penyertaan boleh didapati dari laman sesawang rasmi PAS (http://www.pas.org.my) dan menghantarkan softcopy logo dan borang kepada emel  muktamar59@pas.org.my sebelum atau pada 25 September.

Pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai RM2,000 untuk pemenang logo terbaik dan 5 hadiah saguhati yang lain.

Hadiah berkenaan dijangka akan disampaikan kepada pemenang pada hari perasmian muktamar.

Muktamar pada kali ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan di Shah Alam, Selangor.

Seperti biasa, muktamar kali ini akan dimulakan dengan muktamar dewan-dewan satu atau dua hari lebih awal.

Kenapa batal pengharaman “Allah, Kebebasan dan Cinta.”

Dr Fatimah Zaharah Rosli,
Latarbelakang

Keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat pada tarikh 5hb September 2013 oleh Hakim Datuk Zaleha Yusuf bagi membatalkan pengharaman terhadap terjemahan buku Irsyad Manji “Allah, Liberty and Love” baru-baru ini amatlah dikesali.

Keputusan itu dibuat setelah pengharaman kepada buku terjemahan berbahasa Melayu yang telah berkuatkuasa pada bulan Mei 2012, dan ZI Publications memohon semakan kehakiman atas pengharaman tersebut.

Alasan yang diberikan terhadap pembatalan merupakan buku asli yang berbahasa Inggeris telah berada di pasaran selama setahun sebelum itu, sejak 2011, dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penganut agama Islam. Beliau juga mempersoalkan keputusan pengharaman buku tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya setelah keluar versi Bahasa Melayu.

Keputusan pengharaman oleh KDN yang diambil atas nasihat JAKIM selepas penerbitan dan pengedaran buku Bahasa Melayu oleh ZI Publications mengambil kira Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional dan merupakan lidah rasmi penganut agama Islam di Malaysia. Edaran buku Bahasa Inggeris yang pada asalnya hanya mencapai sebahagian kecil masyarakat Malaysia akan dapat diperluaskan sekiranya edisi Bahasa Melayu disebarkan dengan mudah dan berleluasa.

Penilitian JAKIM berhubung dengan isu ini merupakan suatu yang perlu dihormati oleh masyarakat Malaysia sebagai sebuah badan yang mempunyai autoriti untuk membuat keputusan berkaitan hal-ehwal agama Islam.

Kaedah Feqah Kuliyyah yang ke-22  “Menutup pintu-pintu kerosakan.”

Dalam kes ini, pengharaman buku tersebut dapat membanteras daripada menularnya pemikiran Islam Liberal yang banyak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar dan menimbulkan banyak kontroversi kepada masyarakat. Pemikiran Islam Liberal yang menekan konsep berijtihad tanpa ilmu dan kajian dan mengikut pendapat logika akal semata-mata, menolak konsep balasan syurga dan neraka dan menganggap Islam dan semua agama lain sama dalam erti kata mengajak kepada kebaikan adalah jauh terpesong daripada asas dan fundamental agama ini.

Walaupun diakui, di zaman teknologi maklumat ini, apa sahaja jenis buku dan bahan bacaan boleh didapati dengan mudah melalui internet, namun kawalan dalaman adalah perlu sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling hormat-menghormati.

Pada hakikatnya penulis Irsyad Manji menyampaikan gambaran agama Islam sepertimana yang beliau fahami dan lalui sepanjang hayat beliau dalam konteks yang sangat sempit  tanpa mengambil kira kesyumulan islam itu sendiri. Perjuangan beliau menegakkan kasih-sayang dan mempromosikan sikap saling memaafkan hanyalah retorika yang ditulis dan disampaikan dalam bentuk yang cantik.

Mendokong Zionis
Hakikatnya beliau mendokong perjuangan zionis di tanah jajahan Israel yang langsung tidak menunjukkan belas ihsan mahupun kasih-sayang terhadap orang Arab Palestin dan terus-menerus mengintimidasi mereka saban hari dan waktu.

Latar belakang penulis yang pro zionis serta memperjuangkan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender,) pluralisma agama, ideologi yang hampir sama dengan  Salman Rushdie dan pejuang-pejuang liberalis yang seangkatan boleh membawa kepada beberapa impak negatif seperti :
1.Kedangkalan orang bukan islam dalam memahami Islam sebenar kerana dikaburkan oleh penulisan Irsyad Manji. Hal ini boleh menjejaskan keharmonian masyarakat yang terbina atas dasar hormat-menghormati antara penganut agama lain dan penganut agama Islam.

2.Kegagalan orang Islam mahupun orang bukan Islam dalam memahami maksud agama wahyu yang Allah turunkan untuk memartabatkan umat manusia dan mengangkat mereka menjadi hamba Allah dan bukan hamba manusia dan hamba nafsu semata-mata.

3.Menularnya budaya seks songsang luar tabie kerana menganggap ia sesuatu yang sepatutnya boleh diterima oleh agama dan masyarakat sedangkan budaya ini tidak membawa kepada produktiviti malah membawa kepada kebejatan social dikalangan masyarakat.

4.Kesukaran masyarakat memahami Islam sebenar yang merupakan rahmatan lil alamin.

5.Menularnya budaya ijtihad tanpa ilmu dalam kalangan penganut agama Islam yang gagal memahami konteks ijtihad yang sebenar-benarnya menurut Islam.

6.Mengelirukan masyarakat terhadap nilai-nilai moral yang sudah sebati dengan mengatakan bahawa hukuman terhadap pesalah seolah-olah satu kesalahan sedangkan ia merupakan langkah untuk memelihara masyarakat umum daripada masalah sosial dan moral yang lebih tenat.

Wanita ISMA ingin menggesa agar Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes ini supaya buku tersebut tidak terus diedarkan.

Buat ZI Publications pula, dinasihatkan agar menerbitkan buku-buku terjemahan tentang Islam dan Cinta hasil penulisan Abdullah Nasih Ulwan, Aidh Al-Qarni dan ramai lagi penulis yang dapat menyampaikan gambaran yang lebih tepat tentang Islam itu sendiri berdasarkan al-Quran dan Hadis, bukan hanya pandangan sendiri semata-mata.

Dr Fatimah Zaharah Rosli
Aktivis Wanita ISMA
AJK I-Medik Selangor/Wilayah Persekutuan

Tanda Putera: Sejarah atau Fitnah - Siri 1

Dr Angin Budiman, 11 Sep 2013
SEWAKTU Tun Dr. Ismail meninggal dunia, aku berada di Darjah 3. Dan hari itu, adalah hari jadi aku tetapi sebagai budak kampung, aku tidak pernah tahu untuk meraikan hari jadi.
Televisyen hitam putih membuat siaran langsung. Kami sekampung sedih menonton upacara pengkebumian Tun Dr. Ismail. Tambahan pula, juru ulas televisyen itu mengulas dengan nada sedih dan sayu.  Kesedihan bukan kerana aku kenal siapa sosok tokoh itu. Sedih kerana televisyen itu mengajak untuk kami bersedih dan sayu bersama. Kamipun turut bersimpati pada waris yang ditinggalkan. Entah berapa ramai jiranku meninggal dunia sebelum itu tetapi aku tidak pernah sesedih pada hari itu. Sedangkan, waris yang ditinggalkan masih dalam lingkaran kemiskinan. Rumah mereka menanti rebah. Entah ada beras atau garam atau tidak di dapur mereka.

Sedangkan ketika Tun Dr. Ismail meninggal dunia, aku percaya para warisnya tidaklah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sedih atau simpati atas kematian seseorang adalah biasa. Namun kesedihan dan rasa simpati yang terpilih menjadikan kita seorang yang tidak adil.  Sebabnya mudah; itulah pengaruh televisyen kepada pemikiran masyarakat umum. Kamera yang memfokuskan pada sudut tertentu, seakan-akan untuk kita melupakan sudut lain yang lebih terbentang luas.

Tanda Putera
Ulasan terhadap filem Tanda Putera secara tidak langsung bermakna membantu mempromosi filem arahan Shuhaimi Baba. Tidak kira sama ada ulasan itu bersifat menyokong, membangkang ataupun neutral. Dari sudut positifnya, kontroversi di sekitar filem ini membantu industri filem Melayu yang asyik terperosok dalam kerangka filem bersifat ala-ala aksi, seram, hiburan dan  ‘lebih mengada-ngada’. Aku mungkin tergolong dalam kelompok yang kecewa dengan industri filem Melayu yang merendah-rendahkan pemikiran masyarakatnya sendiri.

Menonton filem Melayu adalah detik yang memenatkan dan menyeksa akal sendiri. Usaha penerbitan filem Tanda Putera memang mencabar kelaziman pengeluar filem tempatan. Mereka terpaksa menampung risiko. Untungnya, Finas membiayai kos penerbitan filem itu. Jika tiada siapa yang membeli tiket pawagam atau membeli vcd, bukanlah masalah besar pada pengeluar.

Walau bagaimanapun, tayangan percuma hanya menambah-nambah ‘teruk’nya filem tersebut dari segi strategi pasaran. Lebih-lebih lagi jika tayangan percuma itu bersifat terpilih dan audien tertentu sahaja untuk menonton. Secara sifir yang mudah, ini adalah filem keluaran dan memiliki aspirasi kerajaan yang akan memaparkan sejarah versi penguasa semasa.
Kontroversi filem Tanda Putera sebenarnya lebih dirujuk pada naratifnya. Ini meliputi aspek hubungan sebab-akibat, latar belakang waktu dan ruang. Filem sebagai sebuah medium massa sememangnya terdedah dengan proses propaganda, promosi dan juga doktrinisasi. Oleh itu sama ada disedari atau tidak, setiap filem akan mengandungi ideologi, falsafah dan perspektif. Hiburan hanyalah satu juzuk dalam pembikinan sebuah filem.
sentimen politik

Mengambil 13 Mei sebagai latar belakang filem Tanda Putera secara jelas ia mempunyai sentimen politik. Menjadikan Tun Razak dan Tun Dr. Ismail sebagai watak utama dalam filem tersebut menambahkan lagi kesungguhan filem ini adalah sebuah karya sejarah dari persektif penguasa. Itupun, masih ada keraguan untuk mengkategorikan sebagai sebuah filem sejarah melainkan lebih selamat untuk menganggap sebagai filem yang ada unsur sejarah.

Minggu lepas, aku berkesempatan berforum atas tajuk ‘Tanda Putera: Sejarah atau Fitnah’ yang dianjurkan oleh Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) dan Sekolah Pemikiran al Syaitibi di ibu kota.

Menurut Tawfik Tun Dr.  Ismail yang menjadi salah seorang ahli forum itu¸ beliau menyebut bahawa filem itu ‘dilihat’ begitu propaganda kerana faktor waktu yang terhad.

Asalnya, filem itu berdasarkan buku ‘ The Reluctant Politician – Tun Dr. Ismail and His Time’ tulisan Dr. Ooi Kee Beng.  Filem Tanda Putera hanya mengutip beberapa fakta dan meninggalkan fakta penting sehingga  naratifnya tidak seimbang. Contohnya, ketegangan 13 Mei itu berlaku antaranya disebabkan oleh faktor Tan Siew Sin mengusulkan untuk membawa MCA keluar daripada Perikatan setelah kalah teruk dalam pilihan raya umum 1969. Hal ini dinyatakan dalam surat Tun Dr. Ismail kepada Eric Friffith-Jones, Pengerusi Guthrie di London dan surat kepada rakannya, Philip Kouk. Beliau juga menyebut tentang wujudnya golongan ultra nasionalis Melayu dalam Umno dan PAS.

Untuk memahami makna sejarah, seharusnya buku E.H. Carr, 'What is History?' dijadikan bacaan cadangan sebelum bercakap soal sejarah. Sejarah adalah 'mother of knowledge' (ibu segala ilmu).  Ia terlalu panjang untuk dibincangkan di sini. Kenyataan yang menyebut bahawa mereka telah membuat ‘kajian mendalam’ dan ‘terperinci’ dan menganggap ‘Tanda Putera’ sebagai ‘sejarah sebenar’ adalah kenyataan politik, publisiti dan murahan. Sesiapapun berhak untuk mendakwa perkara yang sama.

dua kutub

Soalan yang pertama akan ditanya adalah; sumber sejarah manakah yang dijadikan sandaran pembikinan filem ini?

Ada dua kutub dalam memahami sejarah 13 Mei. Kutub utama menyebutkan bahawa sebab tragedi itu adalah kerana fanatisme dalam parti pembangkang (terutama DAP, Gerakan dan PPP) selepas keputusan PRU 1969. Oleh kerana Gerakan dan PPP menyertai BN menjadi sekutu Umno, sejarah ‘gelap’nya dibuang. Kerana itu, bendera roket-DAP menjadi latar belakang kekecohan yang berlaku.

Secara mudah, para penonton akan menjadi hakim penghukum jika tidak mempunyai daya taakulan yang kuat. Lalu tidak menghairankan jika kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP beria-ia untuk melarang penayangan filem tersebut di negeri berkenaan. Secara politiknya, filem ini memberi gambaran buruk pada DAP dan merugikan parti itu.

Hal yang sama dilakukan oleh kelompok yang tidak gembira dengan penayangan filem ‘The New Village’ yang dikatakan cuba memaparkan rasa simpati pada perjuangan PKM semasa era darurat. Pendekatan ‘pengharaman’ atau ‘penyekatan’ filem oleh kerajaan adalah satu pendekatan mudah tetapi mengundang rasa tidak puas kerana perhitungan politik dijadikan asas keputusan. Ia juga merendah-rendahkan pemikiran masyarakat yang boleh membuat perhitungan sendiri.

Kudeta Mesir: Dun Kelantan hantar nota bantahan

M Faqih | Foto Zamani Mohd Zain, 11 Sep 2013

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai dewan legislatif pertama di negara ini melulus usul mengutuk dan mengecam keganasan tentera di Mesir.

Usul tersebut dilulus sebulat suara, biar pun ketika ucapan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) tidak mahu menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak.

Usul tersebut dibawa Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub, kemudian disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah pada persidangan khas yang diadakan hari ini.

Speaker, Ustaz Abdullah Ya’kub selepas meminta sokongan ahli-ahli Dewan terhadap usul tersebut memberitahu Dun Kelantan mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-keras pembunuhan rakyat Mesir.

Selain itu mendesak hendaklah dihentikan segera pembunuhan dan meminta tentera mengembalikan semula demokrasi di Mesir dengan memberi kuasa kepada rakyat.

Penyokong kerajaan Datuk Husam Musa (PAS-Salor) dan Ustaz Hassan Mohamood (PAS-Tawang) mahu nota bantahan Dun Kelantan dihantar kepada kerajaan Malaysia, Persidangan Negara Islam (OIC) dan pemerintah Mesir sekarang, Jeneral Fatah As Sisi.

Hassan juga menyifatkan sikap kerajaan Malaysia yang diam seribu bahasa terhadap konflik di Mesir sekarang sebagai membisu bagi menyatakan kebenaran.

“Diam bagi menyatakan kebenaran boleh dianggap sebagai syaitan bisu. Ini kerana Islam tidak kompromi dengan segala bentuk kezaliman,” katanya.

Ketika berucap membahas usul tersebut kata beliau tindakan kudeta yang dilakukan tentera Mesir bertentangan sama sekali dengan hasrat rakyat Mesir mahu keluar daripada kezaliman selama lebih 30 tahun di bawah Hosni Mubarak.

Husam pula mahu Dun Kelantan juga menyatakan bantahan keras terhadap penindasan dan kezaliman yang berlaku terhadap umat Islam di Syria, Myanmar dan Palestin.

Menurutnya di Syria lebih 200,000 rakyat terkorban dan ramai lagi yang cedera.

“Lebih dahsyat lagi ramai kanak-kanak mati akibat terkena gas beracun. Ini merupakan kekejaman yang paling hebat di abab ini,” ujarnya.

Turut mengambil bahagian membahas usul tersebut Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS-Chempaka) berkata, Mesir mengeluarkan ramai ulama di seluruh dunia melalui Universiti Al Azhar.

Oleh yang demikian katanya orang Islam di sebelah ini hendalah mengutuk sekeras-keras tamaruk yang dipimpin Fatah As Sisi.

“Kita juga berdoa kepada Allah Taala supaya rakyat Mesir yang menyokong Morsi supaya terus diperkukuhkan iman,” katanya ketika ditemui ketika persidangan Dun berhenti rehat.

Beliau juga menyifatkan kerajaan Malaysia masih lagi bersikap sekular kerana tidak menzahirkan pandangan terhadap kudeta di Mesir.

“Ini kerana mereka hanya menjaga orang Melayu sahaja, Mesir tidak ada orang Melayu, sedangkan Islam jaga manusia, bukan jaga orang Melayu sahaja,” tambahnya.

Beliau juga melahirkan rasa aneh terhadap ucapan Ketua Pembangkang Dun Kelantan yang menganggap rakyat di negara ini tidak mendapat maklumat sebenar di Mesir.

“Adun berkenaan sebut Mesir jauh dari Kelantan, ini tidak masuk akal, dahulu betullah, sekarang setiap minit yang berlaku di Mesir kita sudah tahu.

“Zaman internet sekarang tidak munasabah sekali kita tidak tahu apa yang berlaku. Ini memalukan Umno itu sendiri,” katanya.

Menteri Besar ketika ditemui kemudian berkata, kerajaan negeri mengambil ketetapan serupa dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghantar balik pelajar selepas keadaan di Mesir bertambah baik.

“Kita akan bekerjasama dengan kerajaan pusat. Sebaliknya kalau keadaan masih tidak menentu kita minta kerajaan mempertimbangkan mana-mana institusi pengajian tempatan untuk mereka menyambung pengajian di sini,” katanya.

Menurutnya terdapat seramai hampir 400 pelajar Kelantan yang berada di kampung sekarang selepas balik bercuti, sebelum dan semasa konflik berlaku.

Tanda Putera: Sejarah atau Fitnah - Siri 1

Dr Angin Budiman, 11 Sep 2013
SEWAKTU Tun Dr. Ismail meninggal dunia, aku berada di Darjah 3. Dan hari itu, adalah hari jadi aku tetapi sebagai budak kampung, aku tidak pernah tahu untuk meraikan hari jadi.
Televisyen hitam putih membuat siaran langsung. Kami sekampung sedih menonton upacara pengkebumian Tun Dr. Ismail. Tambahan pula, juru ulas televisyen itu mengulas dengan nada sedih dan sayu.  Kesedihan bukan kerana aku kenal siapa sosok tokoh itu. Sedih kerana televisyen itu mengajak untuk kami bersedih dan sayu bersama. Kamipun turut bersimpati pada waris yang ditinggalkan. Entah berapa ramai jiranku meninggal dunia sebelum itu tetapi aku tidak pernah sesedih pada hari itu. Sedangkan, waris yang ditinggalkan masih dalam lingkaran kemiskinan. Rumah mereka menanti rebah. Entah ada beras atau garam atau tidak di dapur mereka.

Sedangkan ketika Tun Dr. Ismail meninggal dunia, aku percaya para warisnya tidaklah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sedih atau simpati atas kematian seseorang adalah biasa. Namun kesedihan dan rasa simpati yang terpilih menjadikan kita seorang yang tidak adil.  Sebabnya mudah; itulah pengaruh televisyen kepada pemikiran masyarakat umum. Kamera yang memfokuskan pada sudut tertentu, seakan-akan untuk kita melupakan sudut lain yang lebih terbentang luas.

Tanda Putera
Ulasan terhadap filem Tanda Putera secara tidak langsung bermakna membantu mempromosi filem arahan Shuhaimi Baba. Tidak kira sama ada ulasan itu bersifat menyokong, membangkang ataupun neutral. Dari sudut positifnya, kontroversi di sekitar filem ini membantu industri filem Melayu yang asyik terperosok dalam kerangka filem bersifat ala-ala aksi, seram, hiburan dan  ‘lebih mengada-ngada’. Aku mungkin tergolong dalam kelompok yang kecewa dengan industri filem Melayu yang merendah-rendahkan pemikiran masyarakatnya sendiri.

Menonton filem Melayu adalah detik yang memenatkan dan menyeksa akal sendiri. Usaha penerbitan filem Tanda Putera memang mencabar kelaziman pengeluar filem tempatan. Mereka terpaksa menampung risiko. Untungnya, Finas membiayai kos penerbitan filem itu. Jika tiada siapa yang membeli tiket pawagam atau membeli vcd, bukanlah masalah besar pada pengeluar.

Walau bagaimanapun, tayangan percuma hanya menambah-nambah ‘teruk’nya filem tersebut dari segi strategi pasaran. Lebih-lebih lagi jika tayangan percuma itu bersifat terpilih dan audien tertentu sahaja untuk menonton. Secara sifir yang mudah, ini adalah filem keluaran dan memiliki aspirasi kerajaan yang akan memaparkan sejarah versi penguasa semasa.
Kontroversi filem Tanda Putera sebenarnya lebih dirujuk pada naratifnya. Ini meliputi aspek hubungan sebab-akibat, latar belakang waktu dan ruang. Filem sebagai sebuah medium massa sememangnya terdedah dengan proses propaganda, promosi dan juga doktrinisasi. Oleh itu sama ada disedari atau tidak, setiap filem akan mengandungi ideologi, falsafah dan perspektif. Hiburan hanyalah satu juzuk dalam pembikinan sebuah filem.
sentimen politik

Mengambil 13 Mei sebagai latar belakang filem Tanda Putera secara jelas ia mempunyai sentimen politik. Menjadikan Tun Razak dan Tun Dr. Ismail sebagai watak utama dalam filem tersebut menambahkan lagi kesungguhan filem ini adalah sebuah karya sejarah dari persektif penguasa. Itupun, masih ada keraguan untuk mengkategorikan sebagai sebuah filem sejarah melainkan lebih selamat untuk menganggap sebagai filem yang ada unsur sejarah.

Minggu lepas, aku berkesempatan berforum atas tajuk ‘Tanda Putera: Sejarah atau Fitnah’ yang dianjurkan oleh Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) dan Sekolah Pemikiran al Syaitibi di ibu kota.

Menurut Tawfik Tun Dr.  Ismail yang menjadi salah seorang ahli forum itu¸ beliau menyebut bahawa filem itu ‘dilihat’ begitu propaganda kerana faktor waktu yang terhad.

Asalnya, filem itu berdasarkan buku ‘ The Reluctant Politician – Tun Dr. Ismail and His Time’ tulisan Dr. Ooi Kee Beng.  Filem Tanda Putera hanya mengutip beberapa fakta dan meninggalkan fakta penting sehingga  naratifnya tidak seimbang. Contohnya, ketegangan 13 Mei itu berlaku antaranya disebabkan oleh faktor Tan Siew Sin mengusulkan untuk membawa MCA keluar daripada Perikatan setelah kalah teruk dalam pilihan raya umum 1969. Hal ini dinyatakan dalam surat Tun Dr. Ismail kepada Eric Friffith-Jones, Pengerusi Guthrie di London dan surat kepada rakannya, Philip Kouk. Beliau juga menyebut tentang wujudnya golongan ultra nasionalis Melayu dalam Umno dan PAS.

Untuk memahami makna sejarah, seharusnya buku E.H. Carr, 'What is History?' dijadikan bacaan cadangan sebelum bercakap soal sejarah. Sejarah adalah 'mother of knowledge' (ibu segala ilmu).  Ia terlalu panjang untuk dibincangkan di sini. Kenyataan yang menyebut bahawa mereka telah membuat ‘kajian mendalam’ dan ‘terperinci’ dan menganggap ‘Tanda Putera’ sebagai ‘sejarah sebenar’ adalah kenyataan politik, publisiti dan murahan. Sesiapapun berhak untuk mendakwa perkara yang sama.

dua kutub

Soalan yang pertama akan ditanya adalah; sumber sejarah manakah yang dijadikan sandaran pembikinan filem ini?

Ada dua kutub dalam memahami sejarah 13 Mei. Kutub utama menyebutkan bahawa sebab tragedi itu adalah kerana fanatisme dalam parti pembangkang (terutama DAP, Gerakan dan PPP) selepas keputusan PRU 1969. Oleh kerana Gerakan dan PPP menyertai BN menjadi sekutu Umno, sejarah ‘gelap’nya dibuang. Kerana itu, bendera roket-DAP menjadi latar belakang kekecohan yang berlaku.

Secara mudah, para penonton akan menjadi hakim penghukum jika tidak mempunyai daya taakulan yang kuat. Lalu tidak menghairankan jika kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP beria-ia untuk melarang penayangan filem tersebut di negeri berkenaan. Secara politiknya, filem ini memberi gambaran buruk pada DAP dan merugikan parti itu.

Hal yang sama dilakukan oleh kelompok yang tidak gembira dengan penayangan filem ‘The New Village’ yang dikatakan cuba memaparkan rasa simpati pada perjuangan PKM semasa era darurat. Pendekatan ‘pengharaman’ atau ‘penyekatan’ filem oleh kerajaan adalah satu pendekatan mudah tetapi mengundang rasa tidak puas kerana perhitungan politik dijadikan asas keputusan. Ia juga merendah-rendahkan pemikiran masyarakat yang boleh membuat perhitungan sendiri.

Seorang hakim harus mendengarkan seluruh keterangan dari semua pihak yang bersengketa. Tidak boleh berat sebelah.

January 7,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia akan dipersoalkan di hari akhirat nanti adakah semasa hidup di dunia ini dia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT. Jika seorang manusia telah melakukan kezaliman dan tidak adil dalam memutuskan sesuatu perkara kepada manusia yang lain maka dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Manusia jangan berbangga dengan kezaliman yang dia lakukan kerana setiap kezaliman akan ada azab yang akan menantinya.
Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8)

Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk selalu menegakkan kebenaran dan berlaku adil.
Perlulah diingat doa orang yang dizalimi adalah makbul di sisi Allah SWT. Jika seseorang teranyanya dengan keputusan hakim yang tidak adil. Sekiranya hakim lebih cenderung kepada suatu pihak tanpa menimbangkan dengan adil pihak yang lain walaupun bukti-bukti yang dikemukakan diragui , maka hakim tersebut tidak jujur dan menyalahi amanah yang dipikulkan keatas dirinya. Dia akan mendapat balasan di dunia lagi dan di akhirat akan di azab dengan azab yang amat dahsyat sekali.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)
Menjadi seorang hakim wajib berlaku adil dan tidak boleh langsung berat sebelah untuk memutuskan seseorang bersalah atau tidak. Kerana semua bukti-bukti perlu di ambil kira samaada daripada pihak pendakwa atau pembela , kerana kegagalan seorang hakim berlaku adil sebenarnya dia menyedikan tempat duduknya di dalam neraka Jahanam.
Sabda Nabi SAW maksudnya : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi)
Sabda Nabi SAW maksudnya : " Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju syurga atau neraka. (Hadis Riwayat Abu Na’im dan Ad-Dailami)
Seorang hakim tidak boleh membiarkan perasaan atau emosinya mempengaruhi keputusannya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Janganlah hendaknya seorang hakim mengadili antara dua orang dalam keadaan marah." (Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Seorang hakim tidak akan berlaku adil jika dia condong untuk menjaga kepentingan suatu pihak terutama yang mempunyai pengaruh dan kedudukan di dalam masyarakat. Golongan pemimpin, hartawan dan bangsawan biasanya akan menggunakan pengaruhnya samaada berbentuk wang ringgit ataupun hubungan baik dengan pihak atasan untuk mendapat sokongan dan bantuan para hakim untuk memberi kemenangan bagi pihak mereka walaupun mereka berada dipihak yang bersalah.
Nabi SAW sungguh murka apabila ada sahabat yang cuba menggunakan pengaruh peribadinya yang baik dengan Rasulullah SAW untuk menyelamatkan seseorang wanita bangsawan yang telah sabit kesalahan mencuri.
Seorang wanita di zaman Rasulullah SAW sesudah pembukaan kota Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah SAW untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar permintaan Usamah, wajah Rasulullah SAW langsung berubah. Baginda lalu bersabda maksudnya : “Apakah kamu akan minta pertolongan untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?”
Usamah lalu menjawab, “Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah.”
Pada petang harinya Nabi SAW berkutbah setelah terlebih dulu memuji dan bersyukur kepada Allah. Inilah sabdanya yang bermaksud : “Amma ba’du. Orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tidak dihukum), tetapi jika yang mencuri seorang yang miskin maka dia ditindak dengan hukuman. Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya. Apabila Fatimah anak Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya.” Setelah bersabda begitu baginda pun kembali menyuruh memotong tangan wanita yang mencuri itu."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Begitulah sabda Nabi SAW. Hukum harus ditegakkan tidak kira orang itu kaya atau miskin. Hukum harus dijalankan tidak kira dia orang asing atau anak kita sendiri.
Tidak boleh kerana wang ringgit, orang kaya dan ternama atau seorang bangsawan boleh terlepas dari hukuman ataupun orang yang tidak bersalah cepat-cepat diputuskan bersalah walaupun bukti-bukti masih sama-samar dan meragukan. Hakim mesti menununjukkan kewibawaan dan bertindak secara profesional dan resional, jika tidak keharmonian masyarakat akan hancur dengan keputusan yang tidak adil. Segala bukti-bukti yang meragukan perlu ditolak dan di ambil hanay bukti yang sahih dan tidak menimbulkan keraguan.
Para hakim kena ingat malaikat pencatat amal manusia ada dikiri dan kanan, CCTV Allah SWT sentiasa merakamkan keputusan mereka dengan semua makhluk Allah SWT termasuk bumi hari, masa, bangunan mahkamah dan anggota para hakim sendiri akan menjadi saksi yang adil .
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:"
Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"
Para sahabat menjawab:" Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Baginda SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."
Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Rasuah adalah satu penyakit yang besar yang merosakkan keadilan di dalam masyarakat. Rasuah bukan setakat dijanjikan wang ringgit tetapi rasuah juga boleh diterima dengan janji-janji mendapat kenaikan pangkat dengan melakukan ketidak adilan demi kemaslahatan pihak atasan. Sehinggakan Allah SWT melarangnya di dalam al-Quran.
Firman Allah SWT. dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Orang-orang fasik akan menggunakan berbagai cara untuk mengaibkan seseorang dan menimbulkan berbagi fitnah demi untuk menjatuhkan seseorang yang dibenci samaada menggunakan cara-cara bidaah yang tidak ada dalam ajaran Islam. Orang fasik juga akan menggunakan semua cara samaada pengaruh, kedudukan dan kuasa untuk bertindak melakukan kezaliman kepada musuhnya atau sesiapa saja yang dia benci dengan berlindung di balik undang-undang dan saksi palsu.
Seorang hakim harus mendengarkan seluruh keterangan dari semua pihak yang bersengketa. Tidak boleh berat sebelah.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bila dua orang yang bersengketa menghadap kamu, janganlah kamu berbicara sampai kamu mendengarkan seluruh keterangan dari orang kedua sebagaimana kamu mendengarkan keterangan dari orang pertama. (Hadis Riwayat Ahmad)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah beserta seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan syaitanlah yg selalu mendampinginya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Saksi Palsu atau berbohong adalah dosa besar. Bahkan Nabi SAW sampai menyamakannya dengan dosa syirik. Oleh itu hakim perlu meneliti semua persaksian jika ada keraguan persaksian tersebut daripada mana-mana pihak perlulah ditolak tidaklah dengan mudah menerimanya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Salah satu dosa paling besar ialah kesaksian palsu. (Hadis Riwayat Bukhari)
Baginda bersabda maksudnya : : “Disejajarkan kesaksian palsu dengan bersyirik kepada Allah.” Baginda mengulang-ulang sabdanya itu sampai tiga kali. (Hadis Riwayat Mashabih Assunnah)
Dalam Islam sekiranya seseorang itu ingin disabitkan dengan kesalahan zina atau liwath perlulah pihak pendakwaan membawa empat orang saksi Islam yang adil jika mereka gagal membawanya maka orang yang mendakwa perlu di hukum dengan hukum qazab iatu di rotan 80 kali dan persaksiannya tidak boleh diterima selama-lamanya.
Semua bukti-bukti berbentuk DNA, Video, CCTV atau gambar tidak boleh digunakan sebagai saksi kerana semua benda tersebut boleh di manipulasi dan diubahsuai mengikut kehendak pihak yang mendakwa. Pihak hakim yang beriman dan takut kepada seksaan di hari akhirat tidak akan membiarkan dirinya diperalatkan oleh mana-mana pihak dan akan bertindak dengan adil dan meletakkan maruah dirinya sebagai seorang yang amanah kepada Allah SWT.dan memutuskan sesuatu hukuman berdasarkan syariat Allah SWT.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya. Jauhkan diri kita daripada fitnah dan mempercayai suatu berita yang belum tentu kebenarannya sehingga kita menzalimi diri kita sendiri. Berdoalah kepada Allah SWT semoga Allah SWT tidak menimpakan bala kepada kita semua disebabkan dalam masyarakat kita berlakunya kezaliman keatas seorang mukmin yang tidak berdosa . Walaupun hanya satu kejahatan manusia (melakukan kezaliman) apabila ianya menyebabkan Allah SWT murka maka diturunkannya bala dan musibah. Berlaku adillah kepada siapa saja jika kita diberikan amanah dan tanggungjawab kerana sifat adil mendekati takwa dan syurga sedangkan sifat zalim akan menyebabkan seseorang memasuki neraka.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam (negeri) itu maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). (Surah al-Isra' ayat 16)


ADIL DAN ZALIM
Fenomena dalam masyarakat
Manusia mempunyai dua sifat semulajadi iaitu zalim dan adil. Kedua-dua sifat ini menyebabkan mereka sesat dan tidak melaksanakan amanah Allah Taala. Akibatnya mereka hidup dalam keadaan kufur dan tidak aman. Untuk menyelamatkan mereka daripada keadaan tersebut Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui memberi hidayah dengan menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul supaya mereka dapat berlaku adil dan mempunyai ilmu untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.
Ayat Al-Quran berikut merakamkan kenyataan di atas:
(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya:
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan
(Surah Al-Baqarah ayat 213) Ertinya:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci yang tersebut itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, ( Mereka berselisih ) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinnya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul dan lurus (mengikut undang-undang peraturannya).
PENGERTIAN ADIL
Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil:
1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.
Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu:
1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).
2. Menghapuskan kezaliman.
3. Melaksanakan hukum dengan saksama.
4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.
ADIL KEPADA DIRI SENDIRI
Menurut Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani. Sebab itu orang Islam di larang daripada membiarkan diri teraniaya.
Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:
Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

Lebih utama lagi, bagi menegakkan keadilan pada diri sendiri seseorang itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat dipelihara apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar (hak) dan yang salah (batil), tentang yang baik dan yang buruk, tentang yang berguna dan sia-sia. Orang yang beriman dan menyedari akan hakikat diri dan amalannya akan sentiasa berdoa kepada Allah Taala seperi doa Nabi Adam Alahissalam.
( Surah Al Araf Ayat 23 ) Ertinya:
Mereka berdua merayu : øWahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.Ó
Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya:
Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.

Orang yang tidak beriman dan orang yang melakukan maksiat sebenarnya orang yang zalim kepada diri sendiri kerana mereka tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala di dunia dan di akhirat disebabkan mereka tidak mahu menyahut seruan Islam dan tidak patuh kepada hukum yang ditentukan oleh Allah Taala.

ADIL KEPADA ORANG LAIN
Keadilan kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah. Ini berdasarkan ayat Al-Quran:
(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Asas bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah:
1. Iman dan takwa kepada Allah.
2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan.
3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan Al-Quran, hadis, Ijmak dan qias.
4. berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau undang-undang.
Tanpa berpegang pada asas (prinsip) yang tersebut manusia boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau kebendaan sehigga mereka sanggup melakukan kezaliman dlam pelaksanaan keadilan iaitu:
1. Orang yang lemah tidak mendapat haknya dan orang yang kuat merampas hak orang yang lemah.
2. Orang yang bersalah bebas daripada hukuman dan orang yang tidak bersalah teraniaya.
3. hukum tidak berlandaskan kebenaran dan keadilan, tetapi berlandaskan kekuasaan dan kepentingan tertentu.
SIFAT ORANG YANG ADIL.
Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil.
1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah.
3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
5. Berperibadi mulia iaitu:
i- tidak mementingkan diri sendiri
ii- berperikemanusiaan dan belas Ihsan.
iii- Bijak dan tegas
iv- Berani menghadapi risiko.
Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam Yang bermaksud :
(hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk ke Syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka.
Ditulis semula oleh:
1. Hj. Kalamhamidi Bin Hj. Abu Bakar
2. Lila Hanizah Bt. Abdul Jalil

Golongan Yang Diharamkan Masuk Syurga

 
 
Golongan yang DIHARAMKAN SYURGA jika TIDAK SEMPAT BERTAUBAT :

1. Penagih arak
2. Orang yg memutuskan silaturrahim
3. Orang yang mengunakan sihir.
4. Pemakan riba.
5. Pemakan harta anak yatim tanpa hak.
6. Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Lelaki yang dayus.
(membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)
8. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.
9. Pemimpin rakyat yang tidak jujur.
10. Perempuan yang menyerupai lelaki.
11. Orang yang sombong.

Dari Abu Musa Al Asy’ari r.a. Rasulullah S.A.W bersabda :
”Tiga orang yg tidak akan masuk syurga ialah penagih arak, orang yg memutuskan silaturrahim dan orang yang mengunakan sihir. Sesiapa mati dalam keadaan minum arak, maka kelak akan diberi minum oleh Allah air sungai ghauthah. Ketika Rasulullah ditanya tentang sungai tersebut, baginda menjawab, iaitu sungai yg mengalir dari kemaluan para perempuan penzina, yang berbau busuk dan mengganggu para penghuni neraka.” (HR. Ibnu Hibban)

Abu Hurairah r.a. menceritakan Rasulullah S.A.W bersabda :
"Empat orang yangg berhak bagi Allah untuk tidak memasukkannya ke syurga dan tidak akan dirasai nikmatnya iaitu penagih arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa hak dan orang yang derhaka kepada ibu bapanya.” (HR. Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W bersabda :
"Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan orang yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )

Sabda Rasulullah S.A.W bersabda :
“Tiga orang yang tidak akan masuk syurga, anak yang derhaka kepada ibu atau bapanya, orang yang terus-menerus minum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” (HR Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga." (HR. Bukhari)

Sabda Rasulullah S.A.W bersabda :
"Tiga manusia tidak akan masuk Syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang dayus dan perempuan yang menyerupai lelaki". (HR. Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W bersabda :
“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” (HR. Muslim)

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tiada ulasan: