Tiada penyelesaian, hari ke 90 tinggal di khemah
Harakahdaily, | 07 Sep 2013 |
PUTRAJAYA: Hari ini genap 90 hari penduduk Taman Permata Dengkil tinggal di khemah kerana rumah yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Selangor pada 1998 tidak lagi selamat untuk dihuni.
Pada 20 Ogos lalu, penduduk telah berkumpul di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menuntut satu penyelesaian segera daripada pihak kerajaan persekutuan.
Sebelum ini, mereka juga pernah mengadakan protes di hadapan pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Protes tersebut kemudian membawa kepada pertemuan wakil penduduk dengan pegawai KPKT.
Satu mesyuarat diadakan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Yusoff Ghazali.
Menurut NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), apa yang menghairankan, KPKT seperti tidak mempunyai sebarang laporan tentang keadaan bangunan sekarang.
Lebih mengecewakan apabila KPKT mendakwa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mendapat jawapan terhadap surat yang dihantarnya kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 4 Julai yang lalu.
Sehingga hari ini, tiada maklumat lanjut dan sebarang penyelesaian dari Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu , penduduk akan membuat satu siding akhbar di khemah mereka jam 4 petang esok untuk memberitahu perkembangan terkini dalam isu tersebut.
Selar Pak Samad, Muhyiddin cuba jadi hakim
Harakahdaily, | 07 Sep 2013 |
Guan Eng berkata, kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri yang menyifatkan Pak Samad sebagai “tidak senonoh dan memalukan”, adalah cuba bertindak seperti pendakwa dan hakim.
"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus hentikan pemangsaan oleh kerajaan Persekutuan terhadap Sasterawan Negara A Samad Said atas dakwaan mengkibarkan bendera Sang Saka Malaya pada ambang sambutan Hari Merdeka.
"Dengan menyelar Pak Samad Said sebagai “tidak senonoh dan memalukan”, Tan Sri Muhyiddin bertindak seperti pendakwa dan hakim," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi, adalah tidak wajar seorang sasterawan negara yang telah banyak benabur jasa dilayan sedemikian.
Pak Samad ujarnya, sepatutnya dijulang sebagai kebanggaan negara, namun sebabliknya seperti terdapat usaha terancang untuk memalukan dan memangsakan beliau.
Beliau turut menyelar kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabeery Cheek yang telah membuat ugutan untuk menarik balik anugerah Sasterawan Negara.
"Lebih memalukan lagi kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa bahawa polis terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Pak Samad seolah-olah bersembunyi daripada polis dan “telah balik secara senyap-senyap” selepas tengah malam.
Pak Samad telah pun menafikan tuduhan tersebut dan sebaliknya berkata beliau hanya berada di rumah hampir keseluruhan petang tersebut," katanya lagi.
Pada pukul 12.30 pagi 4 Septemberlalu, polis telah menahan Pak Samad di kediamannya di Bangsar sebelum membawanya ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoal siasat. Beliau telah dilepaskan selepas dua jam.
Guan Eng menyifatkan cara penahanan Pak Samad di bawah Akta Hasutan pada tengah malam buta adalah tindakan salah guna kuasa yang amat mengejutkan dan angkuh.
"Kenyataan-kenyataan bongkak oleh menteri Persekutuan dan tindakan angkuh oleh polis terhadap seorang Sasterawan Negara yang juga warga emas yang tidak berupaya mempertahankan diri adalah sangat jijik dan harus dikecam oleh semua rakyat Malaysia.
"Jelas, Pak Samad dimangsakan atas pendirian beliau yang teguh memperjuangkan isu-isu penting negara seperti reformasi pilihan raya dalam kapasitinya sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0," katanya lagi.
Tegasnya, pihak polis seharusnya menumpukan perhatian melawan penjenayah daripada melawan seorang sasterawan.
"Apa-apa pun, sejarah akhirnya akan membuktikan bahawa “mata pena lebih tajam daripada mata pedang”, jelasnya.
Musim pemimpin Umno berlumba tunjuk baik
Shahbudin Husin, | 07 Sep 2013 |
Idea pemotongan elaun itu pada mulanya dicadangkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sebagai menunjukkan para menteri turut menghayati langkah berjimat cermat kerajaan. Ia kemudian turut disokong oleh Perkasa dan pelbagai pihak lain turut juga menyambut baik cadangan itu.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno merupakan menteri pertama dan satu-satunya anggota kabinet Najib yang memberi reaksi positif terhadap cadangan itu setakat ini.
"Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya", demikian lebih kurang kata-kata yang diucapkan oleh Hishammuddin.
Baik betul ada pemimpin macam Hisham ni, walaupun anak bangsawan dia memahami derita rakyat, kata seorang ahli jawatankasa bahagian memberi komen tentang kemuliaan hati yang dilihatnya daripada kesediaan Hishammuddin itu.
Bukankah dia asyik bagi amaran saja sebelum ini, kata seorang teman yang lain.
Ini musim pemilihan, semua pemimpin kena tunjuk baik dan berjiwa rakyat, selalunya begitulah. Ada makna semua tu, pintas seorang ketua cawangan yang agak veteran menjelaskan kepada rakan-rakannya.
Mereka kemudian ketawa berdekah-dekah dan perbualan seterusnya meleret kepada pelbagai lagi karenah pemimpin yang cuba menunjuk baik yang mereka ketahui, bukan saja di musim pemilihan kali ini tetapi juga di musim-musim pemilihan sebelumnya.
Sementara idea pemotongan elaun minyak ini disanggah oleh seorang lagi menteri iaitu Nazri Aziz, bahkan menyifatkannya sebagai idea bodoh, Hishammuddin sebaliknya menunjukkan sikap baik dan budiman dalam hal ini.
Nazri tidak bertanding apa-apa jawatan dalam MT, bolehlah cakap begitu. Hisham pula perlukan undi, ketua cawangan veteran tadi menghuraikan dengan ringkas perbezaan kepentingan antara Hishammuddin dan Nazri Aziz. Mereka kemudian ketawa lagi dan gelihati apabila mengenangkan begini rupanya wajah pemimpin semata-mata untuk mendapatkan undi.
Itulah realitinya setiap kali menjelang pemilihan UMNO. Masing-masing pemimpin yang ingin menang dan merasakan kedudukannya tergugat cuba bersikap kreatif dan menonjolkan sesuatu yang berbeza mengenai diri mereka. Ada yang bersikap baik, budiman, terlebih Melayu, peramah, sentiasa senyum, membuka pintu pejabatnya kepada sesiapa saja dan macam-macam lagi.
Asalkan boleh menambah undi, itulah yang dilakukan.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi juga dilihat cuba menonjolkan dirinya secara berlebih-lebihan apabila agak lantang bersuara mengenai pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat dan dilihat sanggup berbeza pendapat dengan Perdana Menteri.
Beliau juga bercakap mengenai bakas tahanan Ordinan Darurat yang berkeliaran dan rangkaiannya mengikut anggaran matematiknya, kemudian mendedahkan nama-nama kongsi gelap dan selepas ini dilaporkan mahu mendedahkan pula nama ketua-ketua kongsi gelap itu.
Meskipun usaha pencegahan jenayah dialu-alukan oleh semua orang tetapi Zahid dilihat seolah-olah cuba menonjolkan ketegasan dan meraih populariti dalam isu ini dengan bercakap terlalu kerap dan berlebih-lebihan mengenainya.
Ramai yang bertanya, setelah mendedahkan itu ini, tangkapannya mana?
Kedua-dua Zahid dan Hishammudin akan mempertahankankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilohan 19 Oktober depan. Selain seorang lagi penyandang yang turut mempertahankan jawatannya iaitu Shafie Apdal, tiga kerusi Naib Presiden UMNO kali ini juga cuba direbut oleh dua lagi pesaingnya iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Isa Samad.
Dengan Tengku Razaleigh masih belum memutuskan sama ada akan mencabar Najib atau tidak bagi jawatan Presiden UMNO, kerusi Naib Presiden setakat ini menjadi medan persaingan paling sengit. Pelbagai teori, andaian dan jangkaan sudah kedengaran tentang siapa yang dijangka menang dan siapa yang bakal kalah.
Selain berkempen menemui perwakilan yang berjumlah kira-kira 150 ribu orang kali ini, membentuk persepsi dan menonjol-nonjolkan diri juga dilihat sebagai strategi penting untuk menambah undi dan mendorong kepada kemenangan.
Zahid sudah memulakannya agak lama dan ratingnya agak baik ketika ini. Dalam waktu yang singkat Zahid berjaya menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang tegas dan boleh diharapkan. Perwakilan UMNO yang marah dengan sikap pengundi Cina yag enggan bersama dengan kerajaan serta sikap Najib yang terlalu memanjakan mereka, kini seperti meletakkan Zahid sebagai sandaran baru.
Di ketika Hishammudin kelihatan agak tenggelam popularitinya, terutama kerana pendekatannya yang agak lemah semasa menjadi Menteri Dalam Negeri, anak bekas Perdana Menteri, Hussein Onn ini rupa-rupanya tidak mudah putus akal mahu melonjakkan persepsi dan popularitinya.
Beliau kini dilihat satu-satunya anggota kabinet Najib yang berjiwa rakyat dan sanggup elaun minyaknya dipotong. Namanya kini turut melonjak dan menjadi sebutan walaupun belum diketahui pemotongan elaun minyak itu akan menjadi kenyataan atau tidak akhirnya.
Tetapi seorang lagi calon Naib Presiden UMNO, Ali Rustam dalam usahanya meraih undi dan populariti, lebih mengejutkan lagi ideanya. Beliau mahu menutup pusat judi Genting Highlands. Katanya, pusat judi itu mendatangkan banyak masalah kepada sosial dan jenayah yang sedang berlaku sekarang.
Walaupun Ali dikenali sebagai pemimpin yang mudah didekati, tiada protokol serta rajin menghadiri jemputan majlis mereka yang dikenalinya dan kekalahannya di Bukit Katil mungkin menzahirkan banyak undi simpati untuknya, idea dan gesaan menutup pusat judi itu bakal melimpahkan lagi undi daripada golongan agama dalam UMNO terhadapnya.
Dengan memperjuangkan sesuatu yang dilarang agama, Ali dilihat lebih Islamik berbanding calon yang lain, tambahan pula beliau juga kerap berbaju Melayu sejak kebelakangan ini. Bahkan sudah ada yang menganggap memberi undi kepada Ali sudah jatuh wajib hukumnya kerana niat murninya mahu menutup pusat judi Genting Highlands itu.
Orang juga seolah-olah terlupa untuk menyemak dan mengira berapa banyak kedai judi, pusat maksiat, kedai ekor dan pusat hiburan yang telah ditutup sepanjang Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka sebelum ini.
Soal penutupan Genting Highlands boleh dibuat atau tidak bukanlah isunya, soalnya ialah Ali telah berjaya mencipta strategi untuk menambah undinya untuk mengisi salah satu kerusi Naib Presiden, jelas ketua cawangan veteran tadi apabila ditanya mengenai gesaan Ali Rustam yang mahu menutup pusat judi itu
Ketika ini dilihat Zahid, Hishammudin dan Ali Rustam berjaya menonjolkan diri masing-masing melalui strategi dan pendekatan yang berbeza. Matlamatnya ialah mereka mahu dilihat sebagai pemimpin yang baik dan boleh diharapkan. Menjelang hari pengundian, mungkin banyak lagi idea-idea penonjolan diri ini akan dilakukan.
Bahkan Shafie Apdal dan Isa Samad yang ketika ini agak diam juga barangkali turut tampil dengan kecerdikan masing-masing tidak lama lagi untuk menonjolkan diri dan kebaikan bagi merebut kerusi Naib Presiden yang diidam-idamkan itu. Tunggulah!
Tidak saja calon-calon Naib Presiden, calon-calon bagi jawatan lain juga akan dilihat berubah watak dan berbeza sikapnya. Semuanya akan kelihatan baik-baik, berjiwa rakyat, peramah, senang didekati, kuat Melayunya dan sayangkan Islam.
Begitu adanya, dulu, kini dan selamanya.
Tangki air sekolah pula 'meletup' di Terengganu
Khairul Azlam Mohamad, | 07 Sep 2013 |
KUALA TERENGGANU: Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan di sini didakwa telah meletup dan pecah.
Tangki air tersebut meletup kira-kira jam 11.30 malam pada 4 September lalu, hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Paka, Dungun pada 14 Julai 2012.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) ketika mendedahkan perkara itu, menggesa kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang dilihat kerap runtuh dan rosak di negeri ini.
"Saya sudah peringatkan pihak kerajaan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat, saya hairan lepas satu-satu peritiwa (yang berlaku) dan yang terakhir tangki air yang pecah. Pecah, mendap, runtuh… ia melibatkan keselamatan orang ramai.
"(sedangkan) Bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang telah ditetapkan),"ujarnya.
Beliau berkata demikian pada satu siding medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.
Menurutnya, kejadian binaan dan bangunan kerajaan yang runtuh dan rosak ini jarang berlaku waktu dahulu, namun ia sudah macam satu 'kelaziman'.
Kata Abdul Wahid, kejadian itu berlaku seperti stadium runtuh, tanah mendap, sekolah senget, tangki air pecah dan lain-lain lagi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam berpendapat sekiranya tindakan sewajar tidak diambil, rakyat akan hilang keyakinan kepada jabatan dan agensi kerajaan.
Oleh itu, katanya perkara terbabit perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan BN Terengganu.
Tanda Putera bukan 100% sejarah tapi propaganda
Hazayani Zakaria, | 06 Sep 2013 |
Bagaimanapun beliau berkata, sama ada bersetuju atau tidak dengan fakta yang dikemukakan dalam filem tersebut, masyarakat harus menyokong usaha penerbitan filem yang mengangkat nilai sejarah dan memartabatkan akal manusia.
"Nak kata (Tanda Putera) sejarah seratus-peratus pun salah, tiga suku sejarah pun susah nak sebut tapi dia ada nilai sejarah dan kita kena sokong filem yang macam ini daripada filem-filem komedi, hantu, yang aksi mengada-ngada.
"Kita tak suka tafsiran Tanda Putera itu soal lain. Saya sendiri pun tak setuju tapi kita kena sokong filem yang mengangkat martabat akal kita, tidaklah setiap kali buka tv setiap kali itulah kita rasa diperbodoh," katanya.
Beliau berkata demikian dalam forum 'Tanda Putera: Sejarah atau Fitnah?' di Restoran Nasi Kandar Pelita, dekat sini malam tadi.
Forum anjuran bersama Universiti Terbuka Anak Muda dan Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi itu turut menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Editor Dewan Sastera dan pengkritik filem, Fadli Al-Akiti dan anak kepada Allahyarham Tun Dr Ismail, Tawfik Tun Dr Ismail.
Mengulas lanjut, Muhaimin berkata, filem sejarah tidak akan menjadi filem yang benar-benar memaparkan sejarah sebaliknya merupakan propaganda dan menjadi medium untuk penonton menyokong pihak yang membikin sesuatu filem.
Namun katanya, sebagai orang yang berakal, masyarakat seharusnya tidak bimbang dengan agenda yang dibawa penerbit filem kerana tidak semua fakta dalam filem atau dari buku akan diterima.
"Saya sangat setuju apa yang disebut bahawa di sebalik nilai seni ada propaganda, ada sesuatu nilai yang nak disampaikan dan itu normal.
"Sebab itu filem terbaru The New Village diminta ditarik balik kerana memaparkan rasa simpati kepada komunis kerana komunis ini musuh nombor satu di negara kita.
"Sama juga dengan Tanda Putera, DAP tak puas hati fasal dalam episod Tanda Putera itu memaparkan seakan-akan DAP ini bertanggungjawab dalam rusuhan 13 Mei, sebaliknya bila kita balik kepada sejarah ia ada banyak versi.
"Ada yang mengatakan 13 Mei ini memang dirancang berlaku. Itu satu pendapat minoriti tapi yang majoriti cakap Gerakan, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) tak puas hati dengan keputusan pilihan raya 1969. Kenapa DAP yang dipaparkan, tidak PPP, tidak Gerakan kerana mereka dah sertai Umno," kata pensyarah Di Universiti Teknologi Petronas yang memegang PhD Sejarah dari University of Wales ini.
Ditanya mengenai penggunaan dana kerajaan untuk menerbitkan filem tidak mendatangkan keuntungan, penulis buku 'Mat Indera: Petualang atau Pejuang' ini berkata, projek kesenian dan kebudayaan sangat penting untuk diteruskan di negara ini kerana ia akan membina jiwa dan akal manusia.
"Saya tak setuju kalau buat filem (kerana) nak untung. Projek-projek kebudayaan semuanya merugikan. Saya sebut merugikan kerana saya difahamkan kalau pementasan teater pasti rugi. Kalau kita nak dapat pulangan pelaburan memang tak akan dapat.
"Sebab itu kalau kita ukur keuntungan daripada tiket atau sebagainya dengan projek kebudayaan, ini tak laku. Tetapi ia sangat penting terutama dalam negara yang sedang membangun ini kerana projek-projek kebudayaan, teater, lagu, muzik dan sebagainya adalah satu projek pembinaan taman jiwa, taman akal manusia.
"Perkara ini pasti sebahagian besar kita tak ambil perhatian. Sebab itu saya sokong (projek kebudayaan). Kalau pas jadi kerajaan pun kita akan beri dana yang lebih dari sekarang.
"PAS bersama Pakatan Rakyat jika diberi mandat pada pilihan raya akan datang, daripada bagi dana kepada rakyat yang terus bergantung hidup pada kerajaan, lebih baik bagi dana bagi penerbit filem," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 50 hadirin terdiri dari golongan muda.
Dedah bagaimana hasil Petronas dibelanjakan
Harakahdaily, | 06 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib
Razak disaran meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk menjadikan
syarikat minyak negara Petronas bertanggungjawab kepada Parlimen dan
bukan sekadar bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.
Langkah ini penting bagi menjamin ketelusan tadbir urus kewangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di samping mempertahankan kepentingan Petronas daripada terus 'diperah' oleh kerajaan dengan dipaksa menyerahkan keuntungannya tanpa ketelusan, malah dapat menjawab persoalan mengapa harga runcit petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah di pasaran antarabangsa mencatat kenaikan.
Gesaan ini dibuat sebuah badan pemikir bebas, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam kenyataan media dikeluarkan Pengarah Eksekutif Kajian Politiknya, Ooi Heng.
Menurut Oii, Najib ketika merasmikan Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 10 Jun lalu mengakui industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara.
Malah Petronas dijangka menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).
Bagaimanapun pada 27 Ogos lalu, syarikat minyak itu mengumumkan bayaran dividen RM27 bilion kepada kerajaan bagi 2013, susut RM3 bilion berbanding tahun lalu.
"Ini bermakna pendapatan kerajaan akan menurun memandangkan Petronas adalah penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan," ujar Oii.
Pada 2 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan harga diesel dan minyak petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam, 3 September.
Menurut Najib, ia salah satu langkah rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan dan bertujuan mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.
Oii menambah, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu diburukkan lagi dengan penurunan pendapatan kerajaan, penurunan eksport negara, kejatuhan nilai ringgit, defisit fiskal yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara yang gagal mencapai sasaran.
Pemotongan subsidi minyak, ujarnya bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mengganti balik pendapatan kerajaan yang berkurangan.
"Penting sekali, kenaikan harga minyak ekoran penstrukturan semula subsidi ini bakal diikuti dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," tegasnya.
Petronas adalah pembayar cukai dan sumber hasil terbesar negara yang membentuk sekurang-kurangnya 30 peratus hasil kerajaan persekutuan.
Namun jelas Oii, butiran-butiran tentang bagaimana hasil yang disumbang itu dibelanja dan digunakan oleh kerajaan tidak ditunjukkan dalam akaun rasmi atau didedahkan.
"Berikutan itu KPRU berpendapat, Petronas harus bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak lagi disembunyikan daripada tatapan wakil rakyat dan rakyat Malaysia," ujarnya.
Langkah ini penting bagi menjamin ketelusan tadbir urus kewangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di samping mempertahankan kepentingan Petronas daripada terus 'diperah' oleh kerajaan dengan dipaksa menyerahkan keuntungannya tanpa ketelusan, malah dapat menjawab persoalan mengapa harga runcit petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah di pasaran antarabangsa mencatat kenaikan.
Gesaan ini dibuat sebuah badan pemikir bebas, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam kenyataan media dikeluarkan Pengarah Eksekutif Kajian Politiknya, Ooi Heng.
Menurut Oii, Najib ketika merasmikan Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 10 Jun lalu mengakui industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara.
Malah Petronas dijangka menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).
Bagaimanapun pada 27 Ogos lalu, syarikat minyak itu mengumumkan bayaran dividen RM27 bilion kepada kerajaan bagi 2013, susut RM3 bilion berbanding tahun lalu.
"Ini bermakna pendapatan kerajaan akan menurun memandangkan Petronas adalah penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan," ujar Oii.
Pada 2 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan harga diesel dan minyak petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam, 3 September.
Menurut Najib, ia salah satu langkah rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan dan bertujuan mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.
Oii menambah, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu diburukkan lagi dengan penurunan pendapatan kerajaan, penurunan eksport negara, kejatuhan nilai ringgit, defisit fiskal yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara yang gagal mencapai sasaran.
Pemotongan subsidi minyak, ujarnya bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mengganti balik pendapatan kerajaan yang berkurangan.
"Penting sekali, kenaikan harga minyak ekoran penstrukturan semula subsidi ini bakal diikuti dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," tegasnya.
Petronas adalah pembayar cukai dan sumber hasil terbesar negara yang membentuk sekurang-kurangnya 30 peratus hasil kerajaan persekutuan.
Namun jelas Oii, butiran-butiran tentang bagaimana hasil yang disumbang itu dibelanja dan digunakan oleh kerajaan tidak ditunjukkan dalam akaun rasmi atau didedahkan.
"Berikutan itu KPRU berpendapat, Petronas harus bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak lagi disembunyikan daripada tatapan wakil rakyat dan rakyat Malaysia," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan