Selasa, 10 September 2013

ADAKAH KITA TAKUT DIUJI

Catatan 016: Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat
Posted on Monday, September 09 @ 18:48:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Diriwayatkan bahwa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."


Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahwa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi heran melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah heran terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

Sumber LINK


 Supaya Setaraf Dengan KJ, Mukhriz Perlu Tanding Naib Presiden UMNO
Posted on Monday, September 09 @ 18:39:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Walaupun belum membuat sebarang keputusan tentang jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi ramai yang merasakan jawatan paling sesuai untuk ditandingi oleh Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam pemilihan UMNO kali ini ialah Naib Presiden UMNO. Dengan jawatan ketiga tertinggi dalam UMNO itu kini disandang oleh Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal, disamping Ali Rustam dan Isa Samad turut memeriahkan persaingan, Mukhriz dilihat tidak mempunyai banyak masalah untuk menyelit bagi mengisi salah satu daripada tiga kerusi tersebut.

Di sebalik pelbagai desakan dan permintaan untuk beliau bertanding kerusi penting itu, Mukhriz sebaliknya mengambil sikap tinggu dan lihat dahulu. Sambil merasakan tugasnya sebagai Menteri Besar cukup berat dan membebankan, Mukhriz dilaporkan mahu memikirkan semasak-masaknya agar penyertaannya nanti tidak menyebabkan mana-mana peranan yang sedang dipikulnya menjadi terabai.

Dalam pemilihan 2009, Mukhriz bersama Khir Toyo tewas kepada Khairy Jamaluddin dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Beliau bagaimanapun diberi jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan kemudiannya dilantik pula sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Selepas pilihanraya umum 5 Mei lalu, Mukhriz dijadikan pula Menteri Besar Kedah dan dinaikkan pangkat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

KJ yang sengsara jiwa selama empat tahun tanpa jawatan sehingga beberapa kali mengeluh dalam Twitternya, turut diberikan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan oleh Najib selepas pilihanraya umum yang lalu.

Dalam kerajaan, anak bekas PM dan menantu bekas PM ini, kedua-duanya mempunyai jawatan yang penting sekarant. Tetapi di dalam parti, Mukhriz hanyalah memegang jawatan lantikan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah manakala KJ masih Ketua Pemuda UMNO.

Dalam pemilihan akan datang pula, meskipun sudah sebulan KJ mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannnya, belum ternampak sesiapa lagi yang mahu mencabarnya. Khir Toyo ketika ini sudah pun patah kaki untuk bertanding berikutan didapati bersalah dalam suatu kes rasuah dan sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Dalam Pemuda UMNO, bukan saja tidak ternampak ada tokoh yang berani mencabar KJ, bahkan tiada yang wibawanya setanding KJ. Di kalangan ahli Majlis Tertinggi pula, mungkin tiada yang berminat untuk memimpin Pemuda sepertimana keghairahan pernah muncul dalam diri Rahim Tamby Chik, Annuar Musa, Isa Samad dan Syed Hamid Albar suatu ketika dahulu apabila mereka ini menawarkan diri bertanding jawatan tersebut sedangkan mereka juga berada di luar Pemuda UMNO.

Di ketika ini, yang ternampak sesuai dan berwibawa melawan KJ, hanyalah Mukhriz tetapi Mukhriz juga nampaknya sudah tidak berminat lagi dalam dunia kepemudaan ini. Bebanan tugas sebagai Menteri Besar selalu dijadikan alasan walaupun ketika Harun Idris dan Rahim Tamby Chik ketika memimpin Pemuda UMNO, mereka juga adalah ketua kerajaan negeri Selangor dan Melaka ketika itu.

Terlihat bahawa KJ bakal menang tanpa ditandingi kali ini.

Sebenarnya Mukhriz tidak perlu menjadikan alasan sebagai Menteri Besar sebagai alasan tidak mahu bertanding sebarang jawatan kanan dalam UMNO. Ini kerana dalam kebanyakan masa, jawatan dalam parti dan kerajaan selalunya berjalan seiring. Mungkin hanya kerja yang bertambah tetapi ia bukanlah sesuatu yang terlalu membebankan.

Jika alasan Mukhriz tidak mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda kerana tidak berminat lagi dengan dunia kepemudaan dan tidak mahu mewujudkan persaingan yang getir dengan KJ memandangkan beliau kedua-duanya mempunyai jawatan dalam kerajaan, Mukhriz seharusnya tidak mengelak terhadap saranan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Jawatan ini sebenarnya paling cocok dan sesuai dengan dirinya sekarang ini.

Beliau dirasakan paling sesuai bertanding jawatan tersebut berikutan kejayaan UMNO menawan semula Kedah sedikit-sebanyak adalah disumbangkan oleh keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya yang telah dinamakan sebagai calon Menteri Besar lebih awal lagi.

Dengan bertanding jawatan Naib Presiden juga membuktikan bahawa UMNO masih ada pelapis berwibawa dan boleh diharapkan kerana penyandang jawatan itu biasanya adalah laluan kepada pendakian hireaki yang lebih tinggi lagi, baik dalam UMNO mahu pun dalam kerajaan. Dengan usianya yang masih muda, di samping wibawanya, penyertaan Mukhriz dalam perebutan jawatan Naib Presiden juga akan membuktikan transformasi masih berlaku dan UMNO tidak ketandusan pelapis sebenarnya.

Dalam penyandang jawatan Naib Presiden UMNO sekarang, walaupun Zahid Hamidi dianggap popular dan boleh menang mudah tetapi beliau tidak dianggap pelapis kepada kepimpinan parti dan negara berikutan usianya lebih tua daripada Najib. Hishammudin dan Shafie Apdal pula, walaupun lebih muda daripada Najib tetapi ketokohan dan wibawanya tidak begitu menonjol.

Hishammuddin lebih menonjol dengan jolokan Menteri Amaran serta wataknya yang kemah dan tidak tegas manakala Shafie pula dilihat terkepung dengan isu-isu skandal yang mengelilinginya. Dalam pemilihan kali ini pula, terlihat mood dan keghairahan di kalangan perwakilan untuk melihat kedua-dua pemimpin ini tersingkir dari kerusi Naib Presiden UMNO.

Dua calon yang mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO kali ini iaitu Ali Rustam dan Isa Samad pula, langsung tidak membantu dari segi transformasi dalam parti. Kedua-dua mereka adalah orang pencen dan juga lebih berusia daripada Najib. Jika mereka menang pun, tidak mungkin salah seorang atau kedua-duanya menjadi pelapis dan pengganti kepada kepimpinan yang ada.

Dengan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri juga lebih berusia daripada Najib, jelas terdapat kelompongan dalam pengisian pelapis UMNO, kecualilah jika Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Sebagai Menteri Besar Kedah yang masih harum dengan kemenangan BN menawan semula negeri itu, di samping pengaruh bapanya, Mahathir yang masih kuat lagi dalam UMNO, beliau dirasakan tidak mempunyai banyak masalah untuk menang salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden kali ini.

Jika pun tidak mungkin mendapat undi tertinggi, sekurang-kurangnya kedudukan nombor tiga dalam genggaman buat Mukhriz.

Mukhriz juga sebenarnya tidak perlu bimbang dengan bebanan tugas sebagai Menteri Besar dan Naib Presiden UMNO secara serentak kerana sebelum ini pun sudah ramai Menteri Besar memegang jawatan tersebut dan tidak pernah ada isu mengenai bebanan tugas yang menjadi masalah.

Melalui penyertaannya dalam persaingan Naib Presiden UMNO, Mukhriz bukan saja dapat membantu dari segi kewujudan transformasi dan pelapis dalam UMNO tetapi juga membolehkan beliau duduk setara dengan KJ yang pernah mengalahkannya dalam pemilihan 2009 dahulu.

Jika beliau menang kerusi Naib Presiden dan KJ pula menang tanda bertanding jawatan Ketua Pemuda yang tarafnya juga Naib Presiden, sekurang-kurangnya kekecewaan 2009 dulu akan terubat juga. Mahathir yang selalu bersungut tentang kemenangan KJ dan pengiraan undi Pemuda berjumlah hanya 700 tetapi mengambil masa 8 jam untuk dikira, mungkin juga tidak membangkitkannya lagi selepas ini.(SH 09/09/2013)


Shahbudin Husin
http://shahbudindotcom.blogspot.com 


 Kenapa Pertikai Takdir Allah
Posted on Monday, September 09 @ 18:30:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Sehari dua ini ramai yang memberi komen dalam fb kononnya kenaikan harga barang ketentuan Allah. Saya hairan kenapa timbul isu dengan kenaikan harga barang, apakah ada kaitan dengan kenaikan harga minyak. Tetapi yang saya perhatikan dalam hal minyak ini, bukan harga minyak yang naik tetapi sabsidi minyak yang dikurangkan. Maka dengan itu kita kena bayar lebih untuk beli minyak itu.

Nak kata barang lain naik, saya tidak pasti sangat sebab jarang ke pasar. Tetapi isu naik harga dan turun harga barang bukan baru hari ini. Harga ikan naik dan turun setiap hari, begitu juga dengan harga sayuran. tetapi kenapa waktu ini timbulkan isu kenaikan harga barang ketentuan Allah.

Sebenarnya, kalau umat Islam masing-masing kuat tauhidnya, masing-masing berpegang kepada qada dan kadar Allah, mereka tidak mudah melatah. Bukankah kita faham bahawa kita dan makluk seluruh alam ini ciptaan Allah. Dia yang menentukan hidup kita dan apa yang kita lakukan. Kita boleh menulis, boleh bernafas, boleh makan adalah dengan kehendak Allah dan itupun telah ditentukan Allah.

Percaya tak, ada orang yang sedang berjalan tiba-tiba terhenti lalu jatuh, kena angin ahmar. Itu menunjukkan Allah tak izinkan dia berjalan padahal sebelum itu sihat. Dan sudah pasti itu adalah takdir Allah. Sebaliknya, apbila segala yang ditentukan itu berlaku, barulah perkara itu dikatakan qada (maksudnya terlaksana ketentuan Allah itu).
Barangkali kalau apa yang dipaparkan itu dikaitkan dengan kenaikan harga barang dan turun kemudiannya, tentu bolehlah kita katakan "ketentuan Allah". Bagaimana boleh jadi begitu? Apabila barang banyak, harga akan turun dan apabila barang kurang atau permintaan ramai dan kehendak tidak mencukup maka harga barang dinaikkan. Memang harga barang itu ditentukan oleh pasaran dan permintaan tetapi siapa yang mengurangkan hasil dan menambahkan hasil, tidakkah itu kehendak Allah?
Sebagai orang Islam, kita harus sedar bahawa takdir Allah sudah ditentukan sejak kita belum lahir lagi termasuk apa yang kita hendak lakukan. Cuma sebagai makhluk Allah kita tidak tahu apa yang telah Allah takdirkan kepada kita. Maka berbekalkan akal dan hati budi, ilmu dan petunjuk Rasul dan ulama kita bertindak. Kita bukan bergerak ikut angin bertiup tetapi mengikut ilmu dan akal. Di situ kadang-kadang kita berjaya dan kadang-kadang kita gagal. Setelah itu terjadi baru kita sedar bahawa sudah ditakdirkan begitu.
Sungguhpun begitu, setelah kita sedar daripada kegagalan itu, kita bangun semula daripada kegagalan, kerana kita tidak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita selepas itu. Mungkin dengan sebab itu kita berjaya, maka sedarlah kita bahawa telah ditakdirkan Allah begitu.
Begitulah kefahaman yang sepatutnya kita hayati dalam hidup ini selepas ini. Kita tidak boleh serah kepada takdir kerana kita belum tahu apa yang Allah takdirkan kepada kita selepas ini. Berdasarkan ilmu ini jika kaitkan dengan isu harga naik, ya memang itu takdir Allah, tetapi apa yang Allah takdirkan untuk kita dengan harga barang itu. Kitapun tidak tahu. Boleh jadi dengan harga naik itu, kita menjadi usahawan berjaya. Boleh jadi dengan harga barang itu kita boleh mencipta barang baru. Inilah peluang yang selalu kita lupa dalam hidup ini. Percayalah kalau umat Islam belum mahu sedar dalam hal seperti ini, kita akan terus mundur.
Ayuh bangun segera wahai orang Islam. Kita ada Allah, Allah maha kaya. Dia boleh mengayakan kita kalau kita tidak banyak mempertikaikan takdir Allah. Wallahu aklam.



Ahmad Baei Jaafar 


 Usahawan: Yang Penting X Class, Bukan Ikhlas!
Posted on Monday, September 09 @ 18:27:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



CATATAN SANTAI

BEBERAPA hari lalu, kawanku bercerita mengenai kawannya.. Kawannya yang sama-sama satu jamaah. Dulu puluhan tahun lalu, zaman muda kawannya itu dihabiskan dalam perjuangan untuk Islam. Tapi kini perniagaannya sudah berjaya, maju, dia sudah jadi hartawan. Bila dia tanya balik tentang perjuangan, jawab kawannya itu..

"Yang penting sekarang, 'X Class' bukan 'ikhlas'!"

Mahunya, Mercedes X Class. Kereta mewah! Begitulah.

Termenung aku memikirkan..

Teringat aku kepada ucapan dan kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor Presiden PAS ke 6, pemimpin tertinggi PAS (Parti Islam Se Malaysia) yang pernah dipecat 24 jam dari jawatan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) masa itu. Isterinya terpaksa menjual kain batik untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Aku ingat betul antara kata-kata beliau menasihati ahli-ahli PAS..
  • Ujian daripada Allah ada dua, ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ramai yang berjaya ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian kesenangan.  
  • Kalau di waktu susahsempit kamu tidak sanggup berusaha menderma walaupun sikit, jangan harap di waktu senang kamu akan berderma lebih banyak.
  • Duit PAS ada dalam poket orang PAS, bila PAS mahu PAS minta.
Itu, antara intisari nasihat beliau yang lekat dalam pemikiranku..

Kawanku itu bertanya aku serius, "Apa pendapat kamu, cuba hurai sikit X Class itu?"

Ini Komenku..

Islam mengajar umatnya jadi kaya, sehingga dapat mengguna harta kayanya untuk kebaikan. Antara kebaikannya ialah 'memberi'. Iaitu, kita disuruh membayar zakat dan juga bersedekah, contohnya. Tetapi ada juga si kaya yang tidak 'memberi'

Ada hadis menyebutkan..
  • Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. (HR. Bukhari)
Antara hutang-hutangnya, termasuk hutang 'hak orang miskin' yang ada di dalam hartanya, di samping hutang-hutang yang lain.
  • Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya: Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Sedekah orang yang takde harta, dan mulailah memberi sedekah atas orang yang ramai tanggungan." (Dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim)
Pengalamanku, semasa menjadi YDP PAS Balik Pulau mulai pertengahan 1980an hingga awal 1990an, kebanyakan yang membantu kewangan perjuangan PAS itu bukanlah golongan hartawan. Bahkan orang biasa yang memberi sedekah, zakat, fitrah dan lain-lain. Masing-masing ikhlas saling tolong menolong dengan pelbagai cara, walaupun miskin wang.

Tanpa disedari kelopak mataku sudah basah digenangi airmata, mengingatkan kawan-kawan lamaku. Seorang darinya adalah Allahyarham Ustaz Osman Marzuki dari Pokok Sena. Beliau pernah menjadi ADUN Kedah puluhan tahun yang lalu. Pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dituduh P.A.S.(Pasukan Angkatan Sabilullah atau PAS underground).

Tiba-tiba beliau lari keluar negara, kerana akan ditahan sekali lagi di bawah ISA dalam satu operasi tangkapan borong. Waktu itulah beliau sentiasa menghubungiku dari luar negara, dan secara tidak langsung aku menjadi penghubung antara beliau dengan pimpinan PAS Ustaz Fadzil Mohd Noor. Terakhir Ustaz Fadzil mengutuskan aku menemuinya di Thailand, menyuruh beliau pulang menghidupkan kembali 'Muassasah Durul Ulum' yang terbengkalai kerana campurtangan kerajaan Kedah.
"Ajak dia balik. Dari maklumat yang kita terima, operasi tangkap borong tu dah selesai. Polis tak tangkap dah! Baliklah!" Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata Ustaz Fadhil kepadaku, untuk disampaikan kepada beliau.

Ustaz Osman pulang, mula membangunkan tanah Muassasah, buat 'Pekan Sari' sebelum rumah-rumah dibina. Ustaz Fadhil pernah mempelawa aku bermukim di komplek muassasah sana. Di situlah kami PAS Balik Pulau waktu itu mengambil idea Ustaz Osman menubuhkan 'Projek Pasar Negara' di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Berbalik kepada kisah keikhlasan Ustaz Osman, satu hari beliau berjumpa aku, katanya..

"Mat! Hang banyak tolong aku masa aku lari keluar negara, sampai aku boleh pergi ke Arab Saudi, Brunei dan lain-lain. La ni, aku nak tolong hang balik, tapi aku takdak duit. Cuma aku nak bagitau, aku ada sorang anak murid aku yang cukup baik, bekerja di suatu institusi kewangan di ibupejabat di KL.

"Dia memegang kuasa dan tanggung jawab untuk meluluskan kewangan pinjaman. Aku pikir hang layak, minta pinjam besarkan perniagaan hang. Aku boleh tolong hang, bawa jumpa dia. Aku yakin dia akan tolong. Kerana ini permohonan pertama aku dan mungkin terakhir.

"Kurang-kurang kalau hang berjaya, hang boleh tengok-tengok keluarga aku yang susah bila aku mati nanti, kerana aku tidak banyak harta." katanya dengan penuh harapan.

"Al-hamdulillah. Memang itu yang ku cari!" Sambutku gembira.

Tetapi, bila ku fikir-fikir, aku rasa ada orang lain lebih layak aku bantu atas dasar perjuangan Islam dan PAS di Balik Pulau. Akhirnya ku serahkan peluang ini kepadanya, setelah berbincang dengan Ustaz Osman. Akhirnya dia berjaya dengan pinjaman awal RM ratusan ribu, tanpa cagaran. Sekarang dia sudah tergolong hartawan atau usahawan yang berjaya, hasil dari ke'ikhlas'an kepada Allah SWT. Ramai kawan-kawan yang turut membantu waktu itu dan turut gembira.

Kalau dia itu kini berjaya memakai Mercedes X Class, logiknya dia tidak akan berjaya memakai X Class kalau tidak ada sikap 'ikhlas' dari kawan-kawan berbagai pihak itu. Jadi, kata-kata "Yang penting sekarang, 'X Class' bukan 'ikhlas'!" itu, amat tidak sesuai dari sudut akhlak Islam.

Memang tepat, apa yang dikatakan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor Presiden PAS ke 6, seperti di atas, 'Ujian daripada Allah ada dua, ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ramai yang berjaya ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian kesenangan.'



Di Balik Pulau kampungku, waktu aku kecil-kecil dulu ada sawah padi. Berhampiran dengan bendang padi itu, ada hutan bakau berbatasan dengan laut. Di hutan-hutan itu banyak kera-kera yang sering mengganggu tanaman penduduk. Waktu ribut bertiup kencang kera-kera itu berpegang erat pada dahan dan ranting takut jatuh.

Pokoknya mereka tidak akan jatuh dengan tiupan angin kencang, kecuali kalau dahan-dahan besar itu terbongkar rekah. Tetapi kalau angin yang bertiup itu halus lembut sepoi-sepoi bahasa, mereka bagaikan dibuai mimpi tertidur, tangan terlepas dari pegangan, akhirnya jatuh.

Mungkin itukah yang terjadi kepada manusia jenis pentingkan X Class dari ikhlas itu?

Sekian komenku, sekadar muhasabah diri... As-salamu 'alaikum.



Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
9 Sept 2013
KL

http://www.ibnuhasyim.com


 Masyarakat dah muak dengan Umno, kata pengerusi PAC
Posted on Monday, September 09 @ 17:37:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Datuk Nur Jazlan Mohamed, pengerusi jawatankuasa kira-kira negara (PAC) sempena lawatan rasmi pertama ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya hari ini. Gambar (Kiri) TMI oleh Nazir Sufari, 9 September, 2013.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno yang akan datang dan berkata, masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno.

Katanya, hasratnya kali ini untuk bertanding adalah bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti.

"Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah.

"Jadi orang mula melihat tiada perubahan dalam Umno dan mereka mahu mengubah kerajaan. Apa yang diinginkan adalah perubahan dan muka baru yang memimpin parti.

"Pencalonan saya kali ini bertujuan mengejutkan ahli Umno dan kemasukan muka baru dapat membantu parti melakukan perubahan dengan lebih cepat," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya hari ini.

Pada majlis itu beliau turut berseloroh untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno melihatkan keadaan parti yang masih mengekalkan muka lama.

"Saya pernah berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kerana risau kurangnya pemimpin yang berkaliber dalam parti.

"Namun syarat baru yang ditetapkan seperti untuk bertanding jawatan tertinggi perlu menjadi ahli MT untuk tiga penggal menjadikan saya mengubah fikiran," katanya.

Pada pemilihan Umno 2008, Nur Jazlan pernah melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno namun menarik diri pada saat akhir ekoran kurang pencalonan dari Umno Bahagian Johor yang pada ketika itu sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai calon.

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menawarkan diri bertanding jawatan ahli MT Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Lenggong itu berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat restu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin Umno negeri.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata, beliau bertanding bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara. - 9 September, 2013.-TMI
 

Gemparr... Wanita Islam dimalukan lagi dalam negara ini
Posted on Monday, September 09 @ 16:47:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: Dukunpasir

"Jika anda sayangkan maruah agama sila luangkan sedikit masa membaca kisah yang pada penulis amat menjijik dan memalukan lebih lebih lagi ianya berlaku didalam negara kita yang AGAMA RASMINYA IALAH ISLAM.

Bukan penulis nak berpolitik... bukan juga untuk menuding mana mana pihak... tetapi sudah menjadi kebiasaan dalam negara kita...

Sesuatu ISU PANAS ITU CUMA AKAN DIAMBIL TINDAKAN APABILA rakyat merungut dan marah.



Saksikan apa yang diluahkan oleh pemilik Facebook bernama Mira Kamil ini?? Adakah cuma MIRA seorang yang alami situasi sebegini atau banyak lagi??






Kita berharap kes kes diskriminasi seperti ini akan diambil tindakan sewajarnya ...ini soal maruah ISLAM....... dimana letaknya maruah kita sebagai seorang ISlam sedangkan kita dinafikan hak dalam negara sendiri.

INI JUGA SATU BENTUK PENGHINAAN PADA WANITA ISLAM KITA...... Tak kan nak diamkan diri saja.........

Kongsi dan sebarkan sebagaimana usaha Harian Metro yang cuba menyedarkan kita dari LAMUNAN..... Fikirkan masa depan anak gadis kita...kakak atau adik kita.... sekurang -kurangnya anda salah seorang dari yang membantu menyelesaikan kes ini......

KLIK SINI UNTUK KETAHUI PENYAMARAN OLEH WARTAWAN"



Tanda-Tanda Hari Kiamat Besar dan Kecil


TANDA-TANDA KIAMAT

Asyrath as-Sa’ah (tanda-tanda Kiamat) adalah indikasi-indikasi Kiamat yang mendahuluinya dan menunjukkan kedekatan (waktu)nya. Sementara Kiamat (as-Sa’ah) dapat dipisahkan menjadi 3 (tiga) makna, yaitu :

Pertama, Kiamat Kecil (as-Sa’ah ash-Shughra) yaitu kematian manusia. Barangsiapa yang meninggal dunia maka telah terjadi Kiamat padanya, karena ia masuk ke dalam alam akhirat.

Kedua, Kiamat Sedang (as-Sa’ah al-Wushtha) yaitu meninggalnya generasi satu abad tertentu.

Ketiga, Kiamat Besar (as-Sa’ah al-Kubra) yaitu dibangkitkannya manusia dari kubur mereka untuk dihisab (al-hisab) dan dibalas (al-jaza’) amalan-amalannya di dunia.


Klasifikasi Tanda-Tanda Kiamat
Terbagi menjadi dua bagian :

Pertama, tanda-tanda kecil (asyrath shughra), yaitu (tanda-tanda) yang mendahului Kiamat dengan (jarak) waktu yang lama dan menjadi hal yang berulang-ulang (biasa terjadi). Seperti hilangnya ilmu, merebaknya kebodohan dan minuman khamer, saling berlomba meninggikan bangunan, serta lain sebagainya. Terkadang sebagian tanda-tandanya muncul bebarengan dengan tanda-tanda Kiamat besar (asy-asyrath al-kubra) atau (ada juga yang) setelahnya.

Kedua, tanda-tanda besar (asyrath kubra), yaitu perkara-perkara besar yang muncul menjelang terjadinya Kiamat (qurba qiyam as-sa’ah), dan kejadiannya tidak berulang-ulang. Seperti kemunculan ad-Dajjal, turunnya ‘Isa as., keluarnya Ya’juj dan Ma’juj, terbitnya Matahari dari arah barat.
Sebagian ulama membagi tanda-tanda Kiamat dari perspektif kemunculannya menjadi 3 (tiga) bagian :

Pertama, klasifikasi yang telah muncul dan telah berakhir.

Kedua, klasifikasi yang telah muncul dan terus berlangsung, bahkan semakin banyak.

Ketiga, klasifikasi yang belum terjadi hingga sekarang.
Adapun dua klasifikasi pertama masuk dalam tanda-tanda Kiamat kecil (asyrath as-sa’ah ash-shughra), sedangkan klasifikasi ketiga terhimpun di dalamnya tanda-tanda besar (al-asyrath al-kubra) dan sebagian tanda-tanda kecil (al-asyrath ash-shugra).


TANDA-TANDA KIAMAT KECIL


1. Diutusnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
Dari Anas Radhiyallahu ‘Anhu bertutur, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ ». (قَالَ:) وَضَمَّ السَّبَّابَةَ وَالْوُسْطَى
(Masa) diutusnya aku dan (hari terjadinya) Kiamat seperti dua (jari) ini’.” (Anas Radhiyallahu ‘Anhu) berkata, “Dan beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam merapatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya.” (HR. Muslim).

2. Wafatnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
Dari ‘Auf bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu bertutur, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ : .... وَذَكَرَ مِنْهَا :" مَوْتِي " »
Hitunglah enam (tanda) menjelang datangnya hari Kiamat .........’ dan beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menyebutkan diantaranya : ‘Kematianku’.” (HR. Al-Bukhari).

3. Penaklukan Baitul Maqdis
Dalam hadits ‘Auf bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu bertutur, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ : .... فَذَكَرَ مِنْهَا:" فَتْحُ بيتِ المقدس " »
Hitunglah enam (tanda) menjelang datangnya hari Kiamat .........’ dan beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menyebutkan diantaranya : ‘Penaklukan Baitul Maqdis’.” (HR. Al-Bukhari).
Pada masa (khalifah) Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu ‘Anhu, kemudian terjadi penaklukan Baitul Maqdis pada tahun 16 Hijriyah, sebagaimana pendapat dari para pakar sejarah. Sebenarnya ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu sendiri yang langsung mendatangi, mendamaikan penduduknya dan menaklukan (wilayah)nya, serta mensterilkannya dari kaum Yahudi dan Nashrani. Beliau Radhiyallahu ‘Anhu mendirikan masjid di arah kiblat Baitul Maqdis.

4. Wabah Tha’un ‘Amwas
Masih dalam hadits ‘Auf bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu sebelumnya, sabdanya :
« اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ : .... فَذَكَرَ مِنْهَا:" ثُمَّ مُوتَانٌ يأخذ فيكم كَقُعَاصِ الغنم " »
"Hitunglah enam (tanda) menjelang datangnya hari Kiamat .........’ dan beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menyebutkan diantaranya : ‘Kemudian banyaknya kematian yang menimpa kalian bagaikan penyakit (qu’ash[1]) kambing’.” (HR. Al-Bukhari).
Ibnu Hajar berkomentar, “Disinyalir sebenarnya tanda ini telah muncul pada wabah penyakit tha’un ‘amwas di era kekhalifahan ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu, demikian itu terjadi pasca penaklukan Baitul Maqdis.” (Dikutip dari kitab Fathul Bari).
Pada tahun 18 Hijriyah menurut pendapat yang masyhur di mayoritas kalangan ulama, telah terjadinya wabah tha’un di distrik ‘Amwas, kemudian mewabah di negeri Syam. Dalam peristiwa ini banyak dari kalangan sahabat Radhiyallahu ‘Anhum dan yang lainnya meninggal dunia. Konon, korban meninggal dunia dalam peristiwa ini mencapai 25.000 jiwa kaum muslimin. Diantara tokoh-tokoh terkenal yang meninggal dunia adalah Abu ‘Ubaidah ‘Amir bin al-Jarrah, yang dipercaya umat ini.

5. Berlimpahan Harta dan Tidak Memungut Sedekah
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ حَتَّى يُهِمَّ رَبَّ الْمَالِ مَنْ يَقْبَلُهُ مِنْهُ صَدَقَةً وَيُدْعَى إِلَيْهِ الرَّجُلُ فَيَقُولُ لاَ أَرَبَ لِي فِيهِ »
Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga harta benda banyak pada kalian, lalu melimpah ruah, sampai-sampai menyusahkan pemilik harta (mencari) orang yang menerima sedekah darinya, dan seorang dipanggil (untuk) menghadapnya, lalu dia berkata, ‘Aku tidak memiliki keperluan terhadapnya’.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

6. Munculnya Beragam Fitnah
Al-fitan bentuk plural dari fitnah, berarti cobaan dan ujian. Kemudian (kata ini) banyak digunakan untuk setiap hal yang mengandung ujian yang dibenci. Selanjutnya dia diidentikan kepada segala hal yang dibenci atau kembali kepadanya, seperti dosa, kekufuran, pembunuhan, pembakaran dan bentuk-bentuk kebencian lainnya. Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengabarkan bahwa diantara tanda-tanda Kiamat adalah munculnya fitnah-fitnah besar yang mencampur adukkan antara yang haq dan yang batil. Maka terjadilah keguncangan iman sampai-sampai (ada) seseorang yang di pagi hari ia beriman dan di sore harinya ia menjadi kafir. (Ada) yang di sore harinya ia beriman dan di pagi harinya menjadi kafir. Setiap kali muncul fitnah, (saat itu) orang beriman berkata, “Inilah yang membinasakanku”, kemudian terbuka dan muncullah (fitnah) lainnya, maka ia berkata, “Inilah (... seperti ucapan sebelumnya, pent)”. Senantiasa (fitnah-fitnah) bermunculan di tengah-tengah manusia hingga Kiamat terjadi.
Dalam hadits dari Abu Musa al-Asy’ary Radhiyallahu ‘Anhu bertutur, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :

« إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، فَكَسِّرُوا قِسِيَّكُمْ، وَقَطِّعُوا أَوْتَارَكُمْ، وَاضْرِبُوا سُيُوفَكُمْ بِالْحِجَارَةِ، فَإِنْ دَخَلَ عَلَى أَحَدِكُمْ بَيْتَهُ فَلْيَكُنْ كَخَيْرِ ابْنَيْ آدَمَ »
Sesungguhnya menjelang datangnya hari Kiamat (terjadi) banyak fitnah, bagaikan bagian malam yang gelap gulita. Seseorang yang di pagi hari dalam keadaan beriman, dan di sore harinya menjadi kafir. (Ada) yang di sore harinya dalam keadaan beriman, dan di pagi harinya menjadi kafir. Orang yang duduk di saat itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri di saat itu lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang yang berjalan saat itu lebih baik daripada orang yang berlari. Maka patahkanlah busur-busur kalian, putuskanlah tali-tali busur kalian, dan pukulkanlah pedang-pedang kalian ke batu. Jika (rumah) salah seorang dari kalian dimasuki (fitnah), maka jadilah seperti yang terbaik dari kedua anak Adam (Habil).” HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak.
Hadits-hadits fitnah jumlahnya banyak, maka Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memperingatkan umatnya dari segala bentuk fitnah, dan memerintahkan mereka untuk berlindung darinya, serta mengabarkan bahwa generasi terakhir dari umat ini akan tertimpa cobaan dan fitnah-fitnah yang besar.
Ada peristiwa-peristiwa fitnah yang telah terjadi di dalam sejarah, seperti munculnya fitnah-fitnah dari arah Timur (al-masyrik), pembunuhan ‘Utsman Radhiyallahu ‘Anhu, perang Jamal, perang Shiffin, fenomena khawarij, perang Hurrah, fitnah tuduhan bahwa al-Qur`an adalah makhluk, mengikuti gaya-gaya hidup orang-orang terdahulu.
Terdapat beberapa faktor penjaga (‘awashim) dari fitnah-fitnah tersebut, diantaranya adalah :
  • Beriman kepada Allah dan hari akhir
  • Komitmen terhadap Jama’ah kaum muslimin, dan mereka adalah kalangan Ahlus Sunnah, sekalipun jumlah mereka sedikit.
  • Menjauhi fitnah-fitnah.
  • Berlindung darinya. Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ »
Mohonlah perlindungan kepada Allah dari segala fitnah yang nampak darinya dan yang tersembunyi.”

7. Fenomena Mengaku “Nabi”
Dalam ash-Shahihain dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :

« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبٌ مِنْ ثَلاَثِينَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ »
Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga dibangkitkan ‘para dajjal (pendusta)’ yang (jumlahnya) mendekati tiga puluh, semuanya mengaku bahwa mereka adalah utusan Allah (Rasulullah).
Diantara mereka yang tiga puluh itu telah muncul Musailamah al-Kadzdzab (sang pendusta), ia mengaku sebagai nabi di akhir masa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ada pula al-Aswad al-‘Ansi di negeri Yaman yang dibunuh oleh sahabat Radhiyallahu ‘Anhu Demikian dengan Sajah (binti Harits, pent.), seorang wanita yang mengkalim dirinya sebagai nabi, dan Musailamah menikahinya. Kemudian setelah Musailamah terbunuh, ia kembali memeluk Islam. Begitu juga Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi, kemudian ia kembali memeluk Islam dan baik keislamannya. Kemudian muncul al-Mukhtar bin Abi ‘Ubaid ats-Tsaqafi yang menampakkan kecintaan kepada ahlul bait (keturunan nabi). Ada lagi al-Harits al-Kadzdzab (si pendusta) yang muncul di era kekhalifahan ‘Abdul Malik bin Marwan, maka dibunuh. Dan di masa sekarang, adalah Mirza Ahmad al-Qadiyani di India.

8. Tersebarnya Stabilitas Keamanan
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bertutur, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ بَيْنَ الْعِرَاقِ وَمَكَّةَ لاَ يَخَافُ إِلاَّ ضَلاَلَ الطَّرِيقِ »
Tidak akan terjadi Kiamat hingga seseorang pengendara (kendaraan) berjalan di antara Irak dan Mekkah tidak merasa takut kecuali (takut) tersesat di jalan’.” Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya.
9. Fenomena Api Hijaz
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَخْرُجَ نَارٌ مِنْ أَرْضِ الْحِجَازِ تُضِيءُ أَعْنَاقَ الإِبِلِ بِبُصْرَى »
Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”
Sesungguhnya api ini telah muncul pada pertengahan abad ke-7 Hijriyah, (tepatnya) di tahun 654 H. Saat itu (kobaran) apinya besar, para ulama yang hidup di masa itu dan setelahnya telah menerangkan kemunculan api tersebut dalam bentuknya. Dan api ini bukanlah api yang keluar di akhir zaman menghimpun manusia ke padang mahsyar mereka. Sebagaimana yang akan dibicarakan dalam pembahasan tanda-tanda Kiamat besar (al-‘Asyrath al-Kubra).

10. Peperangan dengan Bangsa Turki
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasululullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ التُّرْكَ ، قَوْمًا وُجُوهُهُمْ كَالْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ ، يَلْبَسُونَ الشَّعَرَ ، وَيَمْشُونَ فِي الشَّعَرِ »
Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga kaum muslimin memerangi bangsa Turki, yaitu kaum yang wajah-wajahnya seperti tameng yang dilapisi kulit, mereka memakai (pakaian) yang terbuat dari bulu, dan berjalan (dengan sandal) yang terbuat dari bulu.”

11. Peperangan dengan Bangsa ‘Ajam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا خُوزًا وَكَرْمَانَ مِنَ الأَعَاجِمِ ، حُمْرَ الْوُجُوهِ ، فُطْسَ الأُنُوفِ ، صِغَارَ الأَعْيُنِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ ، نِعَالُهُمْ الشَّعَرُ »
Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai kalian memerangi bangsa Khuz dan bangsa Karman dari kalangan ‘Ajam, bermuka merah, berhidung-hidung pesek, bermata sipit, wajah-wajah mereka bagaikan tameng yang dilapisi kulit, dan sandal-sandal mereka terbuat dari bulu.” HR. Al-Bukhari.

12. Hilangnya Amanat
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu menuturkan, “Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« إِذَا ضُيِّعَتْ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ ، قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ »
Jika amanat telah disia-siakan, maka tunggulah Kiamat.’ (Abu Hurairah ra) bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana amanat itu disia-siakan?’ Beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, ‘Jika urusan diserahkan kepada selain ahlinya, maka tunggulah Kiamat!’.” HR. Al-Bukhari.
13. Diangkatnya ilmu dan fenomena Kebodohan
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ »
Diantara tanda-tanda Kiamat adalah ilmu dihilangkan dan kebodohan diteguhkan’.”
Yang dimaksud dengan diangkatnya ilmu adalah diwafatkannya para ulama, sebagaimana riwayat dalam hadits ‘Abdullah bin Amr bin al-‘Ash Radhiyallahu ‘Anhuma bertutur, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« إِنَّ اللَّهَ لا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ ، حَتَّى إِذَا لَمْ يَبْقَ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالا ، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ ، فَضَلُّوا ، وَأَضَلُّوا »
Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu langsung dari para hamba, tetapi mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadi orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka seat lagi menyesatkan orang lain.” HR. Al-Bukhari dan Muslim.

14. Banyaknya Pasukan dan Pendukung Kezhaliman
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu menunturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا : قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ ..... »
Dua kelompok manusia penghuni neraka yang belum pernah aku lihat, (yaitu) golongan orang-orang yang membawa cemeti seperti buntut sapi, mereka memukuli manusia dengannya ....’.”
Dan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu :
« إِنْ طَالَتْ بِكَ مُدَّةٌ أَوْشَكْتَ أَنْ تَرَى قَوْمًا يَغْدُونَ فِي سَخَطِ اللَّهِ ، وَيَرُوحُونَ فِي لَعْنَتِهِ ، فِي أَيْدِيهِمْ مِثْلُ أَذْنَابِ الْبَقَرِ »
“Seandainya umurmu panjang, sekiranya engkau akan melihat satu kaum yang pergi di pagi hari dalam kemurkaan Allah, dan pulang di sore harinya dalam laknat-Nya, di tangan-tangan mereka ada (cemeti) bagaikan ekor sapi.” HR. Muslim.

15. Merebaknya Perzinaan
Dari Anas Radhiyallahu ‘Anhu menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« إنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ : .... وَذَكَرَ مِنْهَا :"وَيَظْهَرَ الزِّنَا" »
‘Sesungguhnya diantara tanda-tanda Kiamat adalah .........’ dan beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menyebutkan diantaranya : ‘Merebaknya perzinaan’.”

16. Riba Merajalela
Dalam Shahih al-Bukhari dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ بِحَلاَلٍ أَمْ بِحَرَامٍ »
“Sungguh akan datang suatu zaman pada manusia, seseorang tidak peduli (lagi) dengan (status) kehalalan atau keharaman harta yang ia peroleh”

17. Fenomena al-Ma’aazif (alat-alat musik) dan Menganggapnya Halal
Al-Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya dari Abu Malik al-Asy’ari Radhiyallahu ‘Anhu bahwa ia mendenagr Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :

« لَيَكُونَنّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَام يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِير وَالْخَمْر وَالْمَعَازِف , وَلَيَنْزِلَنّ أَقْوَام إِلَى جَنْب عَلَمٍ يَرُوح عَلَيْهِمْ بِسَارِحَةٍ لَهُمْ تَأْتِيهِمْ الْحَاجَة فَيَقُولُونَ : اِرْجِعْ إِلَيْنَا غَدًا , فَيُبَيِّتهُمْ اللَّه وَيَضَع الْعَلَم , وَيَمْسَخ آخَرِينَ قِرَدَة وَخَنَازِير إِلَى يَوْم الْقِيَامَة »
“Kelak terjadi dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutra, khamer dan alat-alat musik. Dan sungguh ada beberapa kaum yang akan singgah di suatu pegunungan yang tinggi, pada sore harinya (seorang pengembala) menjambangi mereka dengan membawa hewan ternaknya, mereka didatangi –oleh pengembala fakir itu- untuk suatu kebutuhan, lalu mereka berkata: ‘Kembalilah kepada kami besok.’ Maka di malam harinya Allah (membinasakan) mereka dan hancurlah gunung tersebut, dan merubah sebagian mereka menjadi kera dan babi sampai hari kiamat.”

18. Maraknya Minuman Keras (Khamer) dan Menganggapnya Halal
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu bertutur, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ : .... وَذَكَرَ مِنْهَا :"وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ »
Diantara tanda-tanda Kiamat adalah .........’ dan beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menyebutkan diantaranya : ‘(Maraknya) minuman khamer ’.”

19. (Berlomba-lomba) Menghiasi Masjid dan Berbangga-bangga dengannya
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berkata :
« لَتُزَخْرِفُنَّهَا كَمَا زَخْرَفَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى »
“Sungguh kamu akan menghiasinya (yaitu: masjid-masjidmu, pent.) sebagaimana bangsa Yahudi dan Nashrani menghias (tempat-tempat ibadah mereka).” HR. Al-Bukhari secara mu’allaq.

20. Berlomba-lomba Meninggikan Bangunan
Dalam riwayat Muslim :
« وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِى الْبُنْيَانِ »
“Dan bahwa engkau (akan) menyaksikan orang yang bertelanjang kaki dan badan, lagi miskin yang mengembala domba, berlomba-lomba meninggikan bangunan.”

21. Budak Wanita Melahirkan Tuannya
Terdapat dalam hadits Jibril, sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam :
« سَأُخْبِرُكَ عَن أَشْرَاطِهَا إِذَا وَلَدَتْ الأَمَةُ رَبَّتَهَا »
“Aku kabarkan kepadamu tentang tanda-tandanya, (yaitu) jika seorang budak wanita melahirkan tuannya.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

22. Maraknya Pembunuhan
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْهَرْجُ ، قَالُوا : وَمَا الْهَرْجُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الْقَتْلُ الْقَتْلُ »
“Tidak akan datang hari Kiamat hingga banyak al-harj. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah al-harj itu?” Beliau menjawab, “Pembunuhan, pembunuhan.” (HR. Muslim).

23. Zaman Semakin Singkat
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ »
Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga zaman semakin berdekatan.” (HR. Al-Bukhari)
Dan masih dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ فَتَكُونَ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ وَيَكُونَ الشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ وَتَكُونَ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ وَيَكُونَ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ وَتَكُونَ السَّاعَةُ كَاحْتِرَاقِ السَّعْفَةِ »
“Tidak akan terjadi hari Kimat hingga zaman semakin singkat, maka jadilah setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan sepekan, sepekan bagaikan hari jum’at seperti sehari, sehari bagaikan sejam, dan sejam bagaikan seperti terbakarnya pelepah pohon kurma (cepat sekali, pent.).” (HR. Ahmad, at-Tirmidzi, dan Al-Albani meshahih­kannya).

24. Pasar Semakin berdekatan
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْكَذِبُ وَيَتَقَارَبَ الأَسْوَاقُ »
“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga muncul berbagai fitnah, banyaknya kebohongan dan berdekatannya pasar.” (HR. Ahmad).

25. Fenomena Kemusyrikan Pada Umat Ini
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmidzi dari Tsauban Radhiyallahu ‘Anhu menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« إِذَا وُضِعَ السَّيْفُ فِى أُمَّتِى لَمْ يُرْفَعْ عَنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ، وَلاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَلْحَقَ قَبَائِلُ مِنْ أُمَّتِى بِالْمُشْرِكِينَ وَحَتَّى تَعْبُدَ قَبَائِلُ مِنْ أُمَّتِى الأَوْثَانَ »
“Jika pada umatku pedang telah diletakkan, maka ia tidak akan pernah diangkat darinya sampai hari Kiamat, dan tidak akan terjadi hari Kiamat hingga beberapa kabilah dari umatku mengikuti kaum musyrikin, dan beberapa kabilah dari umatku menyembah berhala.”
Dan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَضْطَرِبَ أَلْيَاتُ نِسَاءِ دَوْسٍ حَوْلَ ذِى الْخَلَصَةِ »
“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga bokong-bokong para wanita Daus bergoyang di sekitar Dzil Khalashah.”

26. Menjamurnya Fahsya (Perbuatan dan Ucapan Keji), Pemutusan Silaturahmi, dan Buruknya Hubungan Bertetangga
Imam Ahmad dan al-Hakim meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« وَلاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ »
“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga muncul (banyak) perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga.”

27. Orangtua Bergaya Anak Muda
Dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« يَكُونُ قَوْمٌ يَخْضِبُونَ فِى آخِرِ الزَّمَانِ بِالسَّوَادِ كَحَوَاصِلِ الْحَمَامِ ، لاَ يَرِيحُونَ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ »
‘Akan ada di akhir zaman satu kaum yang menyemir rambut mereka dengan warna hitam bagaikan dada burung merpati, mereka tidak akan pernah mencium harumnya surga’.” (HR. Ahmad).

28. Tersebarnya Kekikiran
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ وَيُلْقَى الشُّحُّ »
“Zaman semakin berdekatan, amal berkurang dan kekikiran dilemparkan (ke dalam hati).” HR. Al-Bukhari.

29. Maraknya Perdagangan
Imam Ahmad dan al-Hakim meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bahwa beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« بَيْنَ يَدَىِ السَّاعَةِ تَسْلِيمُ الْخَاصَّةِ ، وَفُشُوُّ التِّجَارَةِ حَتَّى تُشَارِكَ الْمَرْأَةُ زَوْجَهَا فِي التِّجَارَةِ »
“Menjelang datangnya hari Kiamat, salam hanya diucapkan kepada orang-orang tertentu, dan merebaknya perdagangan hingga seorang wanita turut serta (bersama) suaminya dalam berdagang.”

30. Banyaknya Peristiwa Gempa Bumi
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَكْثُرَ الزلازلُ »
“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga terjadi banyak peristiwa gempa bumi.” HR. Al-Bukhari

31. Banyaknya Orang-Orang yang Ditenggelamkan ke Dalam Bumi, Diubah Raut Wajahnya dan Dilempar Batu
Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha menuturkan, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
« يَكُونُ فِي آخِرِ الأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ قَالَ نَعَمْ إِذَا ظَهَرَ الْخُبْثُ »
“Akan ada pada akhir umatku (orang-orang) yang ditenggelamkan ke dalam bumi, dirubah rawut wajahnya, dan dilempari (batu).” Aisyah Radhiyallahu ‘Anha berkata: ‘Aku bertanya, (Wahai Rasulullah, apakah kami akan dibinasakan sementara masih ada orang-orang soleh ditengah-tengah kami?)). Beliau menjawab, “Benar, ketika kemaksiatan telah merajalela.”
by ‘Awadh bin ‘Ali bin ‘Abdullah
[1] Qu’ash adalah penyakit yang menyerang haiwan-haiwan ternakan (ad-dawab). Ia menjangkitkan sesuatu (wabah) melalui kedua lubang hidung, lalu (haiwan-haiwan yang terjangkit) mati mendadak.

Tiada ulasan: