Rabu, 11 September 2013

ADAKAH KITA BOLEH SOKONG KERAJAAN YANG MENOLAK ISLAM ATAU YANG MENEKAN ISLAM

Selangor tawar pelajar Mesir sambung di Kuis

Harakahdaily, 11 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif memberi ruang kepada anak negeri itu yang telah melanjutkan pengajian di Mesir sebelum ini, untuk menyambung pengajian mereka di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata tindakan itu dibuat bagi memastikan pelajar-pelajar Selangor di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang terkesan dengan krisis Mesir dapat melangsungkan pengajian mereka dengan selamat di negara ini.

“Sekurang-kurangnya 1,200 pelajar Selangor tajaan LZS belajar (bidang agama) di Mesir. Kita khuatir risiko keselamatan mereka selain persekitaran yang tidak sesuai untuk mereka meneruskan pengajian mereka, jadi kita tawarkan mereka menyambung pelajaran mereka dalam bidang yang sama di KUIS,”ujarnya dipetik Selangorku.

Dr Halimah juga memaklumkan seramai 79 pelajar tajaan LZS yang sepatutnya melangsungkan pengajian mereka di Mesir telah diserapkan terus ke KUIS ekoran krisis di negara itu yang belum selesai.

Sementara itu, Rektor KUIS, Prof Madya Datuk Dr Abd Halim Tamuri berkata kemasukan pelajar-pelajar dari Mesir ini akan diselaras mengikut pemindahan jam kredit dan bergantung kepada transkrip pelajar sewaktu di Mesir.

Beliau juga memaklumkan pihak KUIS sedang berusaha membawa tenaga pengajar bertauliah dari negara Mesir dan Syria bagi memenuhi keperluan pelajar tersebut.

“Pihak kami akan berikan yang terbaik untuk mereka termasuk menyediakan tenaga pengajar bertauliah dari Mesir dan Syria,”ujarnya.

Air botol dalam kereta anda sangat merbahaya!

http://www.tranungkite.net, 11 Sep 2013
Orang ramai tidak perlu minum botol air yang telah ditinggalkan di dalam kereta. Haba bertindak balas dengan bahan kimia dalam plastik botol yang mengeluarkan dioksin ke dalam air.

Dioksin adalah toksin yang semakin ditemui dalam tisu kanser payudara. Oleh itu, sila berhati-hati dan tidak minum air botol yang telah ditinggalkan di dalam kereta.
Gunakan botol 'stainless' (keluli tahan karat) atau botol kaca bukan plastik!

Maklumat ini juga sedang diedarkan di Pusat Perubatan 'Walter Reed Army'. Tiada bekas plastik dalam ketuhar gelombang mikro. Tiada botol air dalam peti sejuk. Tiada bungkusan plastik dalam ketuhar gelombang mikro.

Kimia Dioksin adalah punca kanser, terutama kanser payudara. Dioksin adalah sangat beracun kepada sel-sel dalam badan kita. Jangan membekukan air dalam botol plastik kerana akan melepaskan dioksin daripada plastik. Baru-baru ini Pengurus Program Kesejahteraan di Hospital Castle, adalah satu program TV untuk kesihatan menjelaskan bahaya ini .

Kita tidak perlu memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang menggunakan bekas plastik. Ini terutamanya kepada makanan yang mengandungi lemak.

Gabungan lemak, haba yang tinggi dan plastik melepaskan dioksin ke dalam makanan.

Sebaliknya menggunakan kaca, seperti Pyrex atau bekas seramik untuk memanaskan makanan. Anda akan mendapat keputusan yang sama, tetapi tanpa dioksin. jadi, perkara-perkara seperti maggi dalam 'cup', sup segera, dan lain-lain, perlu dikeluarkan dari bekas mereka dan dipanaskan di dalam sesuatu yang lain.

Kertas juga boleh, tetapi anda tidak tahu apa yang ada dalam kertas. Ia adalah selamat untuk menggunakan bahan kaca, seperti Pyrex, dan lain-lain

baru - baru ini beberapa restoran-restoran makanan segera berpindah dari bekas buih stirena ke kertas. Masalah dioksin adalah salah satu sebab nya....

Bungkusan plastik, seperti berpaut filem, adalah sama bahaya apabila diletakkan di atas makanan yang perlu dimasak dalam ketuhar gelombang mikro.Ketika makanan dipanaskan, haba yang tinggi menyebabkan toksin beracun yang akan mencairkan bungkusan plastik dan menitik ke dalam makanan. Sebaiknya tutup makanan dengan kertas tuala.

Facebook Hanya Di Kelate


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Makan udang + vitamin C = racun? (baca)

http://ini-kalilah.blogspot.com, 11 Sep 2013

BONGKAR!!! Makan Udang + Vitamin C = Racun [MESTI BACA...]

BONGKAR!!! Makan Udang + Vitamin C = Racun (Arsenic Trioxide)

Seorang wanita meninggal mendadak dengan lima panca indera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan karena bunuh diri atau dibunuh, melainkan karena ketidaktahuan tentang racun akibat makanan.

Wanita ini ada kebiasaan minum Vitamin C tiap hari. Ini tidak masalah. Masalahnya, malam itu wanita ini kebanyakan makan udang. Sebenarnya cuma makan udang saja juga tidak masalah, karena orang rumahnya juga banyak makan udang malam itu dan tak ada yang meninggal..

Tetapi, karena udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), dan berhubung habis makan udang wanita itu minum Vit C, terjadilah reaksi kimia di dalam perut yang membuat As2O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun.

Ini mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal mengenaskan dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, habis banyak makan udang jangan minum Vitamin C pada saat yang bersamaan.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Pemerintah Mesir berhentikan 50 ribu imam dan khatib

http://greenboc.blogspot.com, 11 Sep 2013

Kaherah - Barisan Ulama Anti Kudeta menganggap pemberhentian para khatib dan peniadaan solat Jumaat di ribuan masjid di Mesir adalah satu tindakan sistematik di dalam memerangi Islam, berserta tokoh-tokoh dan kegiatan keagamaannya. Hal ini disampaikan dalam satu konferens akhbar Sabtu (7/9/2013) kelmarin, dakwatuna.com melaporkan.

Konferens akhbar ini dilakukan untuk menjawab langkah kementerian wakaf yang menghentikan sekitar 50 ribu imam dan khatib yang bukan merupakan lulusan Al-Azhar dan mendapatkan kepegawaian dari kementerian wakaf, minggu lalu. Akibat langkah tersebut, terdapat ribuan masjid yang tidak dapat melaksanakan solat Jumaat kelmarin, kerana belum ada ketersediaan penggantinya.

Dinyatakan juga, kejadian seperti ini adalah yang pertama sejak masuknya Islam ke Mesir. Bahkan pada masa penjajahan pun hal seperti ini tidak berlaku.

Dalam keterangan itu, disebutkan bahawa di Mesir terdapat 150 ribu masjid dan musolla. Dari jumlah tersebut hanya 55 ribu masjid saja yang imam dan khatibnya secara rasmi dilantik oleh kementerian wakaf. Ada sekitar 50 ribu masjid yang diimami oleh para imam dengan sistem penggajian yang terbatas, atau lebih tepatnya secara sukarela.

Kerana masih banyak yang menjadi tenaga sukarela, maka pada masa pemerintahan Presiden Mursi ada 3 ribu imam dan khatib yang dilantik dari sekitar 57 ribu orang yang mendaftarkan diri. Ketika ini seharusnya ada perlantikan yang baru. Tapi yang terjadi, ada 50 ribu imam dan khatib yang dibatal surat izin khutbahnya. Padahal mereka adalaj ulama dan penghafal Al-Qur’an.

Konferens akhbar ini ditutup dengan himbauan kepada para ulama untuk menjadi mereka yang terdepan di dalam menentang kudeta. kerana yang diperangi pemerintah kudeta adalah Islam, ibadah-ibadah, dan para ulama. Bukan masalah politik lagi.

Kongsi gelap dahulu tiada kaitan orang politik – Fauzi

Anis Nazri, 11 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Biarpun kegiatan kongsi gelap bukan merupakan satu ancaman baru kepada negara, kemunculannya kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Senario tembak-menembak di tempat awam dan terbuka yang semakin meruncing muktahir ini, sering dikaitkan dengan pembabitan kongsi gelap yang akhirnya satu operasi membanteras kegiatan ini digerakkan secara meluas.

Terdapat dakwaan yang mengatakan kegiatan kongsi gelap ini sukar dibendung dan dibanteras kerana ia dinaungi dan dilindungi oleh pihak tertentu seperti orang politik, malah pihak polis sendiri.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (gambar), lebih-lebih lagi ketika beliau mengetuai jabatan tersebut, sebelum ini.

Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau berkata kegiatan kongsi gelap ini tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana orang politik ketika tempoh perkhidmatan beliau, berbanding yang didakwa hari ini.

"Jika dahulu, kegiatan kongsi gelap ini tidak pula dikaitkan dengan mana-mana orang politik. Tidak macam sekarang. Namun, kongsi gelap ini bukan ancaman baru kepada negara," kata beliau yang menyokong langkah kerajaan membanteras kegiatan kongsi gelap ini.

Berdasarkan pengalaman beliau, Fauzi berkata kumpulan kongsi gelap sebelum ini menjalankan kegiatan mereka secara bersembunyi, dan tidak secara terang-terangan seperti hari ini.

Kebiasaannya, mana-mana jenayah membabitkan kongsi gelap ini akan dibina kes untuk didakwa, yang biasanya dikaitkan dengan Kanun Keseksaan, selain dikenakan di bawah undang-undang pencegahan.

"Ketika ini, biarpun undang-undang seperti ISA, Akta Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad dimansuhkan, operasi membanteras kegiatan kongsi gelap ini masih boleh dilakukan dengan undang-undang yang ada," tegas beliau.

Sebelum ini, terdapat sesetengah pihak mendakwa pemansuhan akta-akta pencegahan seperti ISA, EO dan Akta Kediaman Terhad menyebabkan kegiatan kongsi gelap semakin berleluasa kebelakangan ini.

Isu kegiatan kongsi gelap ini mula mendapat perhatian umum apabila pihak polis menggerakkan operasi yang dinamakan Ops Cantas - yang mana menimbulkan kemarahan ahli kumpulan kongsi gelap apabila ketua mereka ditembak mati di Pulau Pinang, sebelum ini.

TPPA: Tiada guna dialog tanpa maklumat

Hazayani Zakaria, 11 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) akan bersama-sama dalam siri jelajah bantah TPPA ke seluruh negara kerana yakin masih banyak pihak tidak mendapat maklumat yang menyeluruh mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Wakil MTEM, Norfitri Amin berkata, walaupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengadakan sesi dialog dengan orang ramai sempena hari terbukanya semalam, namun tidak semua maklumat berkaitan TPPA disalurkan kepada mereka.

Menurut beliau, kaedah lain perlu juga digunakan bagi menghalang perjanjian TPPA diteruskan dan memberikan kesan kepada golongan bawahan.

MTEM akan bersama-sama Badan Bertindak Bantah TPPA (Bantah) dalam siri jelajah ke seluruh negara bermula 17 September ini.

"MTEM memang menyertai dialog bersama MITI sempena hari terbukanya. Kita berdialog dan berurusan dengan kerajaan tapi kita percaya untuk menghalang TPPA ini, kita perlukan pelbagai kaedah.

"Mungkin pihak yang berunding itu kurang informasi. Kita kongsikan informasi yang kita ada, kita kongsikan kerisauan kita dengan mereka dan dalam masa yang sama tujuan jelajah ini juga untuk berkongsi informasi untuk masyarakat dan kepada pihak perunding.

"Tak timbul isu kita berunding tapi dalam masa yang sama buat jelajah. Tujuannya sama iatu untuk kesedaran masyarakat," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini.

Norfitri juga berkata, mereka akan menemui golongan sasar seperti pertubuhan melibatkan petani dan nelayan kerana mereka akan menerima kesan langsung daripada TPPA.

"Kumpulan yang spesifik seperti petani, nelayan, pengusaha industri kecil sederhana, kita dah turun ke beberapa pertemuan, berjumpa dengan pertubuhan nelayan dan petani-petani.

"Mereka ini tidak dipanggil untuk bersama sedangkan kita tahu bahawa dalam proposal TPPA adalah perlu negara-negara yang menandatangani, cukai terhadap barang pertanian dihapuskan kepada kosong dan juga bantuan yang diberikan selama ini kepada pihak petani dan nelayan perlu secara berkala ditarik balik.Mereka yang akan dapat kesan secara langsung, tidak dikonsult secara langsung," katanya lagi.

Tindakan TPPA untuk mewujudkan pasaran bebas dan merendahkan tarif akan menyebabkan semua sektor yang berkaitan kehilangan pekerjaan secara mendadak.

Ini menyebabkan penurunan gaji dan meningkatkan jurang ekonomi kaya dan miskin.

Penurunan tarif akan memberi kesan besar kepada petani dari negeri-negeri utara kerana mereka akan terpaksa berhadapan dengan persaingan yang tidak saksama dengan pengeksport produk pertanian dari negara-negara TPPA seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun yang tidak akan mengurangkan subsidi kepada petani mereka.

Surat terbuka anak kampung buat kerajaan

Anak Kampung,
Semakin hari saya melihat ibu dan ayah saya mengah dengan kerja mereka. Orang kampung, kerja kampung, kerja itulah dari dulu sampai sekarang dan itulah satu-satunya sumber rezeki bagi menyara kehidupan. Pagi-pagi lagi sebelum subuh sudah berjalan pergi menoreh.

Sebelum tengah hari pulang dan tidur terkapar keletihan. Cukup empat hingga lima hari, getah sekerap dikutip dan dikumpulkan, lalu dijual dan duit itulah buat belanja harian. Itu tidak termasuk cuaca yang belum tentu cerah setiap hari.

Apabila kerajaan umumkan harga minyak naik 20 sen, ibu dan ayah ternganga sesama mereka. Orang kampung yang lain, yang memang pro-kerajaan berkata, "Kita orang kampung, bukan kena keluar pergi pejabat naik kereta hari-hari, bukan nak keluar jalan jauh-jauh." Ayah senyap. Kata ayah kepada saya, "Orang kampung kita ni sudah tak boleh buat apa." Saya mengangguk. Ayah terus buat kira-kira, bagaimana dengan belanja minyak yang hanya RM 20 seminggu untuk sebuah kereta kancil akan berubah?

Orang kampung kata lagi, "20 sen sahaja, biasalah. Negara orang lain semuanya mahal-mahal, itu biasalah kemajuan negara." Bila ayah bersuara mereka mula kata ayah mahu berkempen. Apabila ayah mahu beritahu bahawa kenaikan harga minyak akan menaikkan harga barang, mereka tidak dengar langsung. Mereka ini orang yang sokong kerajaan tetapi surat khabar Mingguan Malaysia dan Berita Harian pun, yang terang-terang surat khabar sebelah mereka pun tidak dibaca.

Surat ini saya mahu tujukan kepada Perdana Menteri, tetapi saya tahu Perdana Menteri kita sibuk dan mana ada masa mahu layan surat-surat remeh begini. Jadi saya tulis sahaja kepada kerajaan. Moga-moga apabila kerajaan bertukar nanti, yang memegang tampuk pemerintahan dan bernama kerajaan itu masih melihat surat saya dan masih sudi membacanya. Paling tidak pun, setiausaha-setiausaha dan kepada mereka yang menggeledah internet lalu terjumpa surat ini dan mengutusnya kepada PM.

Kerajaan saya yang saya hormati,

Saya sebenarnya kagum dengan negara kita. Negara kita sudah banyak berubah. Dulu negara kita hanya sekecil semut di dalam kumpulan serangga. Tapi kini negara kita sudah maju. Macam-macam perkara sudah berubah. Itu tidak dinafikan. Tapi saya khuatir perubahan itu hanyalah perubahan negara, perubahan infrastrukturnya, perubahan duitnya dan juga perubahan projek-projek meganya, bukan perubahan kehidupan rakyat marhaen seperti saya dan keluarga saya.

Dari dulu kami cuma hidup dengan pokok getah, sawah padi, hutan-belukang dan pohon-pohon kelubi. Kami pun teringin naik bangunan KLCC dan melihat Kuala Lumpur yang besar dan bercahaya itu.

Kenapa kerajaan saya tidak memikirkan tentang projek membangunkan kos sara hidup rakyat? Bukankah itu lebih membangunkan kehidupan rakyat? Mungkin kerajaan buat bangunan tinggi-tinggi walaupun kebanyakannya bukan milik rakyat tempatan untuk menunjuk-nunjuk kemegahan dan kemajuan negara kita. Jadi rakyat hanya mengikut dan merasa bangga yang tidak ke mana. Fikiran masih bergelut dengan kemunduran. Yang maju cuma bangunan, rakyat tetap tidak ke mana. Ayah saya tetap bergelut dengan hujan dan bermain teka-teki sama ada hujan mahu turun ke tidak. Kalau hujan turun, kena segera bubuh cuka untuk cepat bekukan susu getah. Kalau tidak, air hujan akan alirkannya pergi, jadi sia-sia mengerah keringat menoreh sepagi.

Ibu saya selalu bercerita, dia selalu mendoakan supaya harga getah naik. Harga getah pernah naik melambung tapi sekali sahaja. Sekarang harga getah sangat rendah. Sekilo getah harganya dalam RM2 ke RM3, kadang-kadang lebih sedikit. Dahulu harganya sekilo RM6. Untuk sekali kutipan getah sekerap, ayah boleh mengaut sebanyak RM900. Tapi sekarang, hanyalah RM400 paling tinggi. Tidak apalah, itukan rezeki juga.

Kerajaan terlalu sibuk memikirkan tentang sokongan rakyat terhadap parti politik yang mereka sandang daripada memikirkan tentang kemiskinan rakyat yang tidak berubah-ubah. Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang banyak itu semakin membodohkan rakyat. Sebagai seorang manusia, kita tidak perlu dididik dengan memberikan sejumlah wang yang banyak kerana ia hanya kesenangan yang sementara dan kecenderungan untuk menghabiskan wang itu sekali gus sangat mendesak.

Kerajaaan sepatutnya bantu rakyat dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan buat orang kampung, menaikkan harga getah, kelapa sawit dan juga memajukan projek-projek pertanian yang
lain. Sumber rezeki yang melambung-lambung ialah dari tanah. Pertanian adalah sumber yang akan
membuatkan kerajaan tidak akan menghadapi masalah ekonomi seperti sekarang hingga terpaksa
menaikkan harga minyak dengan mendadak.

Kerajaan yang saya kasihi,
Pernahkan kerajaan meminta pendapat sarjana bebas walaupun mereka cenderung tidak menyokong kerajaan? Mereka adalah sarjana yang sangat bijaksana dan mereka cuma mengulang skrip sejarah yang sering mencatatkan bahawa tokoh-tokoh hebat semuanya mengkritik kerajaan. Kritikan mereka bukan kosong tetapi berisi, berangka dan penuh dengan hemah. Saya risau bagaimana kerajaan mahu selamatkan negara dengan hutang yang begitu bertambun? Setakat ini saya masih mencari usaha kerajaan melangsaikan hutang yang dibebani tanpa meletakkan bebannya
ke atas bahu rakyat. Tapi, tiada.

Kerajaan juga memandang enteng kepada tindakan-tindakan seperti menaikkan harga minyak dan barang. Kerajaan tidak sedarkah akan kesannya nanti? Sampai satu masa manusia akan bersatu, bukan lagi kerana faktor agama, politik dan bangsa, tetapi kerana faktor ekonomi. Masakan tidak, setiap orang, baik yang menyokong kerajaan atau pembangkang semuanya punya perut yang lapar. Semuanya akan bangkit apabila perut mereka tidak terisi dengan kenyang. Kalaulah kerajaan sedar.

Saya tidak tahu kenapa kerajaan saya ini tidak berjaya meyakinkan saya. Saya tidak mahu sentuh soal yang tidak nampak. Saya mahu lihat dari sudut ekonomi sahaja. Saya tidak yakin dengan pengurusan ekonomi kerajaan. Sebagai seorang yang boleh memahami angka dan huruf, saya adalah rakyat marhaen yang belajar tidak tinggi mana tetapi tidak yakin dengan pengurusan ekonomi negara kita. Kenapa tidak? Kerana kesemua tindakan kerajaan tidak memberikan hasil yang boleh dibanggakan.

Sehinggalah saya terfikir, orang-orang kerajaan sebenarnya mahu buat kerja atau tidak mahu lepaskan kerusi empuk dan pejabat berhawa dingin mereka di dalam jabatan menteri itu?  Kenapa kerajaan tidak mahu meminta pendapat rakyat yang mungkin ada cadangannya tersendiri? Kenapa kerajaan tidak mengumpulkan ahli-ahli akademik yang mungkin lebih bijak dan sudah membuat kajian penuh bersertakan solusi yang paling praktikal. Kerajaan seperti buat-buat pandai sahaja. Saya sangat risau jika kerajaan kita terus begini.

Setakat ini dahulu surat saya. Saya akan tulis surat buat kerajaan lagi sampailah kerajaan buka kotak pos dan melihat surat saya bertimbun banyaknya. Saya seorang anak kampung yang sayangkan negara saya.

Saya ulangi, saya seorang anak kampung yang sayangkan negara saya. Titik.

Tiada ulasan: