Isnin, 3 Oktober 2011

NIILAILAH DIRI SENDIRI...KALAU DAH ADE SKANDAL...LOKLAH JAWATAN TU DILEPASKAN...MARUAH DAH TERCEMAR..

DHPP: Laporan Mingguan M'sia tidak tepat | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berpandangan laporan Mingguan Malaysia hari ini mengenai kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Phang Chow tidak tepat dan lari dari maksud sebenar.

Katanya, pembaca boleh membandingkan laporan itu dengan laporan oleh Sinar Harian Kelantan pada hari yang sama.

“Ianya amat jelas berbeza dan bagi saya laporan Sinar Harian adalah lebih menepati maksud Hu Phang Chow,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan ingin membuat penegasan bahawa DHPP lahir dari kesedaran di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS bukan sahaja untuk menentang kezaliman BN malah adalah untuk keadilan dan kesejahteraan semua kaum tanpa mengira agama.

Katanya, pengalaman rakyat bukan Islam di bawah kerajaan PAS dan PR di Kelantan sudah cukup membuktikan hal itu.

Jelasnya, sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap penting PAS, kelab penyokong PAS di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan PAS untuk melaksanakan keseluruhan syariat Islamiah termasuk juga hukum hudud.

“Malah ada di kalangan pimpinan DHPP sendiri yang meminta supaya hukuman hudud ini dilaksanakan menggantikan undang-undang jenayah yang ada kerana ia lebih adil dan diyakini mampu menyelesaikan ancaman jenayah yang amat menggerunkan dalam negara kita sekarang ini,” ujarnya .

Jadi, ujarnya tidak patut timbul soal DHPP tidak faham dengan sikap PAS kerana beliau yakin keseluruhan ahli DHPP sudah sedia maklum dan faham benar akan matlamat perjuangan PAS.

Tambahnya, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang dikenali sebagai Enakmen Hudud ini telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1993 lagi.

Beliau berkata, jadi isu DHPP tidak dibawa berbincang berhubung dengan hudud itu adalah tidak timbul langsung kerana ketika itu DHPP belum wujud.

“Kita juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa dua golongan yang tidak perlu takut kepada hudud.

“Pertama orang bukan Islam kerana PAS hanya akan melaksanakan hudud ini kepada orang Islam di Kelantan sahaja. Ini telah ditegaskan oeh Tuan Guru Nik Abdul Aziz,” jelasnya.

Yang kedua, katanya adalah orang yang tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah hudud, kerana hudud adalah hukuman bagi para penjenah berat sahaja.

Menurutnya lagi, bagi masyarakat Islam, hudud adalah hukum dari Allah.

“Tidak boleh soal, sama ada kita boleh melaksanakannya atau tidak. Apa yang boleh kita bincangkan adalah bagaimana cara untuk melaksanakannya,” ujarnya.

Beliau berkata, sebelum Enakmen Hudud Kelantan diluluskan, ia telah dibincang dan dimaklumkan pada rakyat. Manakala penggubalannya dilakuman oleh para pakar dalam dan luar Kelantan juga dari universiti tempatan dan luar negara.


Soi Lek tersinggung dengan Tee Keat yang ‘tidak relevan’ | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Jika seseorang itu sudah tidak relevan pada sesebuah parti, mengapa pula kata-katanya perlu dibalas oleh presiden parti tersebut secara terbuka? Itulah ironisnya gelagat Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang kelihatan tersinggung dengan kenyataan bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Ket yang berkata MCA semakin menjadi parti yang tidak relevan dalam arena politik negara.

Sebagai menjawab kata-kata Ong, yang disifatkan beliau sebagai tidak relevan pada MCA dan akan kekal sebagai nota kaki dalam sejarah MCA, Chua menyarankan Ong untuk meletakkan jawatan jika beliau sudah tidak yakin lagi dengan masa depan parti.

Chua(kiri) dan Ong

“Anda tiada keyakinan ke atas MCA, mengapa anda mahu bertanding sebagai calon di bawah lambang Barisan Nasional, MCA? Letak jawatan jika tiada kepercayaan dalam parti,” kata Chua yang dipetik The Malaysian Insider hari ini.

Dalam temuramahnya dengan The Malaysian Insider, Ong membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang kononnya mendakwa bahawa parti Cina tersebut masih relevan di negara Malaysia.

Pada pandangan Ong, MCA kini masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.

“Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan,” kata Ong, sambil menambah bahawa parti MCA ini juga dilanda sindrom penafian.

“Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu),” kata Ong merujuk dengan penipuan Liow sebagai Menteri Kesihatan ketika menafikan bahawa hospital Tung Shin diserang oleh polis ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Membidas kritikan, Chua menyelar rekod Ong sebagai presiden MCA yang didakwanya tidak pernah membawa pembaharuan ke dalam parti dan hanya menumpukan kepada usaha menghukum ahli-ahli yang menentang beliau.

“Beliau pernah ada peluang untuk mengetuai MCA, beliau tidak pernah buat apa-apa untuk membawa pembaharuan.

“Pembaharuan yang hanya kita adakan adalah terlalu banyak EGM (perhimpunan agung tergempar)... selama 17 bulan di bawah Ong, kita ada tiga EGM, jika anda mengira satu yang diadakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai,” sindir Chua yang juga tidak kurang hebat dalam rekodnya dalam politik negara sebagai ahli politik pertama yang terlibat dalam skandal video seks yang diakui beliau yang diterima Umno sebagai rakan sejati dalam Barisan Nasional.


Presiden MCA: Tee Keat patut letak jawatan
Nigel Aw
Okt 2, 11
2:53pm

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata bahawa Datuk Seri Ong Tee Keat perlu meletak jawatan jika dia tidak yakin terhadap parti itu lagi.

spad meeting mca and jalan sultan shop owners 230811 chua soi lek"Jika awak mempunyai apa-apa integriti (dan) tidak lagi yakin terhadap parti, awak sepatutnya letakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahun ke-58 MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Bagaiamanapun, Chua kemudiannya menafikan bahawa beliau meminta Ong untuk meletakkan jawatan dari parti atau sebagai ahli parlimen.

Soalan: Adakah awak maksudkan berundur dari parti?

Chua:
Tidak ... Letak jawatan dan berundur dari parti adalah berbeza.

S: Awak mahu dia letakkan jawatan sebagai ahli parlimen?

Chua: Tidak, saya tidak minta beliau letakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Chua kemudiannya berkata terpulang kepada "kebijaksanaan" Ong untuk membuat keputusan seterunya. Ulanginya, jika bekas presiden MCA itu tidak lagi yakin dengan parti Cina itu, beliau tidak seharusnya berkhidmat di bawah nama parti.

NONE"Jadi saya membuat satu kenyataan yang membentuk satu premis, bagaimana beliau membentuk kesimpulan adalah terpulang kepadanya."

Chua mengulas kenyataan Ong baru-baru ini yang mengatakan bahawa MCA sudah tidak lagi menjadi relevan.

Dalam membidas seterunya itu, Chua mengunakan huraian yang sama ke atas Ong yang katanya akan hanya tinggal sebagai “nota kaki” dalam sejarah MCA.

"Beliau mempunyai peluang memimpin MCA selama 17 bulan, selepas pilihan raya (umum) 8 Mac. Beliau tidak melakukan apa-apa pembaharuan atau transformasi, apa yang dilakukannya adalah hanya menghukum atau memecat orang yang menentang beliau,” kata Chua.

Chua berkata sepanjang era Ong, MCA mengadakan dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) berbanding hanya lima yang diadakan sepanjang 62 sejarah parti itu.

"Mungkin apa yang beliau maksudkan kita tidak mengadakan EGM, maka sebab itulah kita tidak relevan," kata Chua dengan nada sinis.

azlanBeliau mengulas kenyataan Ong yang dilapor berkata MCA akan hilang relevannya dalam BN jika parti itu tidak menyahut gesaan supaya berubah, selepas kalah 25 daripada 40 kerusi parlimen dan 59 daripada 90 kerusi dewan undangan negeri yang ditandingi pada pilihan raya umum 2008.


Mengulas lanjut, Chua juga secara terbuka meminta ahli parlimen Pandan itu agar tidak bertanding sebagai calon MCA bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, Chua juga berkata Ong tidak wajar berkhidmat kepada rakyat di bawah tiket MCA jika beliau tidak lagi yakin dengan parti itu.

"Terpulang kepada kebijaksanaan beliau untuk mentafsirkan kenyataan saya ini," katanya.




Tiada ulasan: