Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata BN sepatutnya memberi penghormatan kepada pembangkang sebelum menuntut agar pakatan parti tersebut membentuk kabinet bayangan.

Katanya, BN antara lainnya harus menghormati undang-undang berhubung persidangan parlimen dan memberikan hak serta keistimewaan pembangkang.

Beliau mengulas kenyataan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menggesa Pakatan untuk menamakan kabinet bayangannya.

 "Khairy sebagai anggota kerajaan perlu memastikan bahawa beliau memainkan peranan utama dalam pembentukan asas bagi sistem dua parti yang berkesan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Pakatan menunjukkan teladan dengan membenarkan pembangkang di negeri yang dikuasainya untuk mengetuai jawatankuasa pemeriksa kira-kira, namun BN enggan memenuhi jawatan tersebut.

Tambahnya, Khairy boleh memastikan bahawa Umno memainkan peranan positif sebagai pembangkang di negeri tersebut.

Katanya lagi, Khairy juga sepatutnya membuat kenyataan umum untuk menyokong kenyataan ketua Pemuda PERKASA, Irwan Fahmi Ideris yang mahu PM Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

"Itu lebih penting dan fundamental daripada meminta Pakatan Rakyat membentuk kabinet bayangan," katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Aziz turut mengkritik ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan kerana membangkitkan soal kabinet bayangan tanpa memahami syarat bagi sistem dua parti.

Katanya, ia antara lain mensyaratkan agar wujud kebebasan media dan kesanggupan untuk berhujah, namun gabungan parti pemerintah tidak berminat dengan perkara ini.

Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan Jabatan Pendaftar Pertubuhan untuk agar tidak melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya pula perlu memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

"Tiada gunanya meminta pembangkang membentuk kabinet bayangan jika kerajaan asyik melarikan diri dari perbahasan umum dengan pembangkang," katanya.
Kak Long and Khairul Hilmi Che Ali shared Muhamad Mumtaz Harun's photo.
DR.MAZA: " Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara... kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta... kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta... jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu... tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah? papa semakin parah? wang semakin lelah? jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah... kerana kerajaan kita sedang susah? maka subsidi kita terpaksa diserah...

Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh... apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah? makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang... jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi... akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini.. atau kami jadi insan curang... kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang? tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi! pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami... pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati... kami yang semput bagai melukut di kota kedekut kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja pernahkah kau merasa? rumah bocor yang lanjut usia... baju dan kasut anak yang koyak tinggal dalam rumah yang berasak-asak siang kami sebak, malam kami sesak... sedangkan kalian manusia angkasa... istana permata dibina, kereta berjuta dirasa... elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga... hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

Tapi kami masih di sini..di teratak ini... dengan lauk semalam.. dengan hidangan yang tidak bertalam... dengan rumah yang suram... dengan wang yang hampir padam... tiada istana lawa...tiada kereta berharga... tiada layanan diraja..tiada baju bergaya tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip... tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini... tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara... aduhai celaka bahasa yang kalian guna... kalian yang belasah, kami yang bersalah... kalian buat untung, hutang kami tanggung... kalian mewah melimpah, kami susah parah kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang... kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa... kalian makan isi, kami dijadikan abdi... lantas, kalian rampas lagi subsidi... ke mana wang itu pergi nanti?

Jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami... jika tidak pun buat gula konon merbahaya mengapa tidak beras diturun harga? jika tidak untuk minyak kereta... mengapa tambang tidak potong sahaja... tapi entah berapa kali janji... konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti... hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi... kami terus termanggu di sini... kalian juga yang nikmati... kami hanya menggigit jari... kembalikanlah kepada kami harta negara... jangan hanya kalian sahaja yang merasa... "

- Dr MAZA

Mustafa Ahmad shared Syed Saifullah II's photo.
Fathur biri terkono lagi
RENUNGAN BUAT PEMERINTAH...
Silakan baca
Khairul Hilmi Che Ali shared Kerabu Bersuara Group's photo.
Kenaikan harga barang ketetapan ALLAH. Ustaz Fathul Bari.
hairul Hilmi Che Ali shared Al Munadhirul Haq's status update.


Apakah KERAJAAN tidak boleh dikritik...?

SEHINGGA ada PIHAK dari ILMU khususnya Fathul Bari Mat Jahya direct menuduh KHAWARIJ kepada siapa sahaja yang mengkritik UMNO-BN ...?

Dia lupa apakah perkataan Abu Bakar Ash Shiddiq radhiyallahu 'anhu ..Umar al Khaththab radhiyallahu 'anhu semasa dibaiat menjadi khalifah...?

1. “aku telah dipilih sebagai pemimpin, padahal aku bukanlah orang terbaik di antara kamu”.

2.“jika aku berbuat baik maka dukunglah aku”

3.“jika aku salah, maka luruskanlah aku”.

4. “benar adalah amanat dan bohong adalah khianat”.

5.“orang lemah di antara kamu adalah orang kuat di sisiku, sehingga aku mengembalikan haknya kepadanya, insya Allah”.

6. “orang kuat di antara kamu adalah orang lemah di sisiku, sehingga aku mengambil hak untuk yang lemah darinya, insya Allah”.

7.“tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah menimpakan kehinaan atas mereka”

8.“tidaklah perbuatan keji yang tersebar pada suatu kaum, kecuali Allah akan menebarkan bala ke atas mereka”.

9.“taatilah aku selama aku mentaati Allah dan RasulNya. Jika aku mendurhakai Allah dan RasulNya, maka tidak ada ketaatan untukku atas kamu”.

* Ertinya ketaatan kepada mana-mana pemimpin adalah bersyarat, iaitu selagimana pemimpin berkenaan mentaati Allah dan RasulNya.

Syaikh Mahmud al-Mishri, 2010. Sahabat-Sahabat Rasulullah saw. Pustaka Ibnu Katsir, Jakarta.

[khalifah Abu Bakar ash-shiddiq Radhiyallahu 'anhu wafat pada 21 jumadil Akhir tahun 13]

dia antara Manusia yg Allah rakamkan dalam Quran kisah dia dengan nabi kita Muhammad Shallallahu alayhi wasallam...

perkataan Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiyallahu 'anhu ini diceritakan dalam semua kitab hadith bab Baiah [bertaraf mutawatir]

Apakah PEMIMPIN UMNO lebih mulia dari Abu Bakar Ash Shiddiq radhiyallahu 'anhu ..?

Mohon dr maza dan ustaz azhar bahas.
Khairul Hilmi Che Ali shared Chandra Lawan Tetap Lawan's photo.
Like · · · 4 hours ago ·

Kata ulama yang jaga pemerintah:
''Kenaikan harga barang adalah ketetapan ALLAH..lalu beliau datangkan dalil untuk menghalalkan tindakan kerajaan naikkan harga minyak -

Anas bin Malik berkata:
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”.
Jawab Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya ALLAH, DIAlah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui ALLAH dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”.
(Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Sebenarnya pencerahan bg hadis ini:
Andai ada kaedah penurunan yang boleh dilaksanakan, maka perlu diambil dahulu selagi boleh...sekiranya sudah memenuhi segala alternatif, dan harga masih tidak dapat diturunkan, barulah perlu untuk menerima segala takdir...

Dalam kes minyak negara kita, banyak kaedah yang boleh diguna pakai untuk menurunkan harga minyak dan barangan selain memberi alasan mengurangkan subsidi...

Hati-hati dengan Ulama dunia, mereka menyesuaikan hukum hakam dengan kehendak pemimpin dunia.
Like · · · 6 hours ago ·
Khairul Hilmi Che Ali shared Forgie Taha's photo.
Adakah semua perkara Ketentuan Allah..padahal manusia boleh mengelakkan perkara tersebut..
Khairul Hilmi Che Ali shared Jeneral Yakuza Ogawa's status update.


PANAS!!! Fathul bari lebai kera umno bersuara lagi!! Kali ini berkaitan harga barang..

pembaziran kerajaan, rasuah seleweng fathul bari tak berani pulak kata penyebab kegawatan ekonomi & kenaikan harga barang! ini buat wa geram sangat beb!

sah fathul bari berfahaman wababi! Keh keh keh

Tunggu posting panas dari wa ok! Puihhh!
Khairul Hilmi Che Ali shared Barisan Nasional's photo.
Like · · · 3 hours ago ·

  • Tengku Sulaiman Tengku Iskandar ketirisan dan penyelewengan dlm urusan Projek Pembangunan menurut Laporan Ketua Audit Negara mencecah RM28Billion setahun.Fikir-fikirkan lah dimanakah rasionalnya subsidi bagi Petrol dan Diesel dikurangkan sebanyak RM0.20;Dalam masa yg sama, PM dan macainya menafikan bahanapi tersebut dinaikkan demi memperbodohkan rakyat dan sekaligus menghiris perasaan rakyat golongan menengah.
    3 hours ago · Unlike · 2

    Harga barang ketetapan ALLAH - Fathul Bari
    Tarikh : Sunday, September 08 @ 20:33:28 MYT
    Topik : Umum


    Dalam dunia ini, tidak ada yang gembira jika terpaksa bayar lebih untuk satu produk yang sama. Tidak ada yang suka harta berkurang sedangkan pekerjaan dan tanggungan kian bertambah.

    Semua orang suka kesenangan, keuntungan, rezeki yang lapang, bonus, hadiah, serta pulangan lumayan dari apa yang dibelanjakan. Namun tidak semua harapan itu terealisasi di alam nyata. Realitinya manusia sering diuji dengan perkara yang dibenci.

    Dunia bukan syurga yang semuanya ideal. Manusia yang sedar tahu bahawa dunia dicipta sebagai tempat ujian dan mereka melaluinya dengan cara yang Penciptanya redai.

    Ini kerana setiap ujian datang daripada ALLAH tidak secara langsung tetapi melalui pelbagai wasilah, sama ada melalui teman rapat, keluarga, pemimpin, orang kaya, dan sebagainya. Buktinya adalah firman ALLAH, “Dan kami jadikan sebahagian kamu ujian bagi sebahagian yang lain, adakah kamu bersabar. Dan Tuhanmu Maha Melihat.” (Al-Furqan: 20)

    Kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan. Ia bukan suatu disukai dan diraikan, ia adalah azab, penderitaan bagi orang miskin.

    Seseorang memiliki akidah lurus sentiasa mengaitkan apa yang terjadi, baik nikmat mahupun azab kepada ALLAH. Hal ini ditunjukkan dalam satu peristiwa di mana harga barang di pasar Madinah menjadi mahal pada zaman Nabi. Anas bin Malik ra. berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’”

    Para sahabat meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang miskin dapat membeli dengan harga mampu milik. Namun mungkin kita tidak sangka Baginda enggan memenuhi permintaan itu antaranya kerana bimbang menzalimi peniaga.

    Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Abu Daud)

    Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini.

    Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.

    Siapa yang mengetahui kecuali ALLAH? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku. Oleh itu Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa’al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya).

    Perintah ini sejajar dengan hadis kenaikan harga tadi, juga sabit dalam sabda Nabi, “Jika suatu musibah menimpamu, jangan kamu berkata: ‘Kalau aku lakukan begini tentu akan jadi begini dan begini’. Tetapi ucapkanlah, Qaddarallah wama syaa-a fa’al, kerana ‘kalau’ membuka pintu syaitan. (Riwayat Muslim)

    Di samping itu, menjadi kewajipan atas manusia untuk beriman bahawa yang meluaskan dan menyempitkan rezeki adalah ALLAH semata, dalam erti kata turun naik harga barang tidak mempengaruhi rezeki. Ini sebagaimana firman ALLAH, “ALLAH meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

    Sabda Nabi SAW, “Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan tawakal yang sebenar pasti ALLAH memberi kamu rezeki sepertimana Dia memberi burung rezeki. Burung pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petangnya dalam keadaan kenyang.” (Sahih. Al-Tirmizi)

    Bukanlah rezeki menjadi luas dan sempit kerana manusia, bukan juga yang memberi rezeki itu kerajaan atau diri sendiri, sebaliknya semua daripada ALLAH. Naik dan turun harga barang juga daripada ALLAH. “Segala nikmat yang ada padamu dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.” (Al-Nahl: 53)

    Kita juga dituntut memperbanyakkan syukur, sedekah dan istighfar yang dengannya ALLAH akan tambahkan nikmat dan rezeki. Jika kita melakukannya dengan cara yang benar dan sabar, sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji.-SH

    Zahirah Zurani shared Mohd Amiruddin's photo.
    GAJI DR MORSI PALING RENDAH DI KALANGAN PEMIMPIN DUNIA !

    Mengikut kajian terkini yang dibuat oleh Universiti Brussels International tentang gaji pemimpin dunia, mereka mendapati gaji Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir] adalah yang terendah.

    Dr Mursi Presiden Mesir = 10 ribu USD setahun.
    Raja Norway = 14.4 juta Euro setahun.
    Raja Belanda = 9.948 juta Euro.
    Raja Luxembourg = 7.74juta Euro.
    Pres AS, Barack Obama = 355 ribu euro.
    Raja Saudi = 24 juta USD
    Raja Sepanyol = 175 ribu euro.
    Pres Rusia = 115 ribu USD
    Pres Filipina = 24 ribu USD
    PM Iraq = 3 juta USD
    Pres Turki = 13 ribu USD

    Sumber : FJP Newspaper

    Yang ni gaji untuk pemimpin Malaysia :

    Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
    Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
    Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
    Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
    Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40
    Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
    Ahli Dewan Rakyat (Ahli Parlimen) - RM4,112.79

    Sumber : Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005


    Mari kita tengok Hutang Negara Malaysia Di Bawah Datuk Najib Razak....PM kesayangan UMNO niiii.....!!

    Hutang Negara Akhir Tahun 2009 : RM348.6 bilion
    Hutang Negara Akhir Tahun 2010 : RM390.356 bilion
    Hutang Negara Akhir Tahun 2011 : RM438.467 bilion
    Suku Kedua 2012 : RM476.68 bilion
    Suku Ketiga 2012 : RM484.621 bilion
    Awal Suku Keempat 2012 : RM505.7 bilion
    Suku Pertama 2013 : Sekitar RM547.79 bilion
    Yang terkini....eh eh ehhhh....dah lupa dah Muslimah.....!! Boleh tengok posting Muslimah sebelum niii.....!!

    Adeh deh deh....!!! Bertambah....bertambah....bertambahhh.....!!!!
    Kita zaasstt jer lahhh Tok Jib niiii.....!!!!
    Like · · · 8 hours ago ·
    D'Din Din shared Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.
    NEGARA MUFLIS 2020? WAWASAN 20SEN 20SEN HANYA CERITA DONGENG DAN PENGLIPULARA MAHATHIR...

    ~ MALAYSIA tahun 2020 : Negara MAJU atau Negara MUFLIS..??

    01- 8, 828 hari dulu.., aku percaya Malaysia bakal jadi negara maju menjelang 2020.

    02- Tapi kini, berbaki 2, 300 hari lagi...aku percaya Malaysia bakal jadi negara muflis SELAGI Umno-BN kekal berkuasa.

    03- Tahun 2020 tinggal 6 tahun lagi, tapi hutang negara makin menggunung, sara hidup rakyat makin melambung, kualiti hidup makin merosot, jenayah makin berleluasa dan rasuah makin membarah.


    04- Masa yang sama Kerajaan dan pemimpin Umno-BN makin pekak, bisu dan tuli pada jerih perih dan kesusahan rakyat.

    05- Pemimpinnya juga makin kaya, makin lupa diri, makin angkuh dan makin sombong pada rakyat.

    06- Rakyat pula makin tertekan, makin ditekan, makin terhimpit dan makin dihimpit walau sekadar nak penuhi tuntutan asas kehidupan.

    07- Pada aku, Wawasan 2020 cuma cerita dongeng penglipulara Mahathir & Umno untuk dodoi dan lenakan orang melayu dan rakyat Malaysia supaya terus bermimpi dan berangan-angan.

    08- Juga sebagai strategi, psikologi dan propaganda licik Umno-BN untuk terus kekalkan sokongan rakyat dan kuasa kerajaan.

    Siapa setuju dengan ramalan diatas...?.


    Dengan Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM622.022 Bilion. Kewangan Kerajaan Tenat!!

    D'Din Din shared Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)'s photo.
    Tentera Turki Mara Ke Sempadan Syria

    Turki mengintensifkan kehadirannya di wilayah yang berbatasan dengan Suriah. Sejumlah tank dan kendaraan staf tiba di provinsi Hatay.

    Menurut surat kabar Turki seperti dilansir Kavkaz Center, peluncur roket juga telah dipindahkan ke perbatasan.

    Gerakan berlangsung terutama pada malam hari, tulis harian Zaman. Pimpinan militer Turki menolak untuk berkomentar mengenai pergerakan ini.

    Otoritas Turki termasuk salah satu yang mendukung penggulingan rezim kafir Assad dan invasi darat ke Suriah.

    Sebelumnya, diyakini bahwa rute pasokan untuk senjata dan amunisi bagi kelompok oposisi di Suriah melalui Turki. Namun, menurut oposisi, Turki memblokir pengiriman senjata utama dan hanya memungkinkan senjata-senjata kecil dan amunisi.

    Tentara Turki telah beberapa kali melancarkan serangan ke Suriah dengan meriam dan mortir.

    Alasan penembakan itu karena rezim Assad menghantam kota-kota di Turki terlebih dahulu.

    Situasi di perbatasan meningkat setelah rezim Assad menggunakan senjata kimia dalam melancarkan serangan di pinggiran Damaskus, Ghautah timur. Sedikitnya 1.600 korban jatuh termasuk 400 lebih anak-anak.

    Menteri Luar Negeri Turki menyatakan negaranya siap untuk bergabung dengan operasi terhadap Suriah.

    Like · · · 8 hours ago ·

    • 3 people like this.
    • Bashariah Ashaari Ambik kau...den dah kobar dari dlu laeiiii....kau buek pokak yoo
      2 hours ago via mobile · Like
      Khairul Hilmi Che Ali shared Dari Perantauan's photo.
      Pada 29 April 2011 Eskay Bersumpah

      wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."


      Tetapi pada 4 May 2011, ini yang Eskay katakan;

      "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya. Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia" (link di sini)

      you tube:
      http://www.youtube.com/watch?v=NIbrlqG2-dI&feature=related


      Pelik... tetapi benar...

      29hb April Bersumpah mengatakan DSAI adalah pelaku dalam video tersebut. Tetapi 4hb May pula mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzinar?? Jadi apakah yang dilakukan oleh pelaku dalam video tersebut? Main korek kondi atas katil ?

      Apakah ini salah satu tanda-tanda orang dilaknat dimakan sumpah?

      Ada sesiapa di antara kita boleh bagi satu konklusi mengenai apa yang dimaksudkan oleh Eskay ? Tidaklah saya faham apa maksudnya dalam kenyataan di depan wartawan Malaysiakini di sebalik sumpah laknatnya Eskay.

      Oleh demikian, kepada semua rakyat Malaysia, pilihlah kebenaran bersama Pakatan Rakyat !! Jangan pilih jalan yang gelap bersama UMNO dan Barisan Nasional !!
      Like · · · 4 hours ago ·
      Mahadi Hj Isa shared Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus's photo.
      Like · · · 8 hours ago ·