Sabtu, 1 September 2012

BERLAWANLAH SECARA SIHAT DAN BERPENDIDIKAN JANGAN CARA BUDAK2 SERTA SAMSENG TAK TENTU HALA...NANTI RAKYAT BENCI SIKAP2 BEGINI

Anwar: Teruskan Jelajah, jangan gentar ancaman
MOHD ZAILANI ABDUL RAHMAN
1 September 2012
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan kerosakan pada bas PKR yang diletakkan di pekarangn Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.
Bas PKR
Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi.

Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu.

Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

"Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.

Siri jelajahnya akan diteruskan ke Tanah Merah sebelum memasuki perjalanan ke Perak.
Azmin: Serang bas cubaan gagalkan kempen PKR
Wartawan Sinar Harian
1 September 2012
Azmin: Serang bas cubaan gagalkan kempen PKR
Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat diletakkan di pekarangan ibu pejabat polis daerah Kota Bharu.
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau keadaan bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat.
SHAH ALAM - PKR mendakwa serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat awal pagi ini bertujuan menyekat dan menggagalkan kempen yang diketuai Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun tegas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, perkembangan terbaru ini sedikit pun tidak menggugat nekad pihaknya untuk menyampaikan mesej reformasi di seluruh negara.

"Kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan PKR dan Pakatan Rakyat.

"Ini bukanlah kali pertama keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau pimpinan kanan PKR dan Pakatan Rakyat diancam. Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan PKR dirosakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmin berkata, bas itu diserang kira-kira 4.20 pagi tadi.

"Pada jam 4.20 pagi, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat.

"Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah," katanya.

Azmin juga berkata tinjauan awal petugas PKR mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu, katanya.

Azmin berkata, serangan yang dibuat itu jelas menyasarkan bahagian pemandu.

"Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

Azmin berkata, Anwar telah diancam dan diganggu di Sembrong dan dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah partinya," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Kata Azmin, kereta Anwar juga dirosakkan di Kota Bharu.

Azmin menambah, walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan.

"Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini," katanya.

Azmin menambah, menjelas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), "saya yakin serangan akan meningkat dan PKR akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno/Barisan Nasional."

Jelajah Merdeka Rakyat dengan menggunakan bas kempen yang dilancarkan semalam.

Katanya, ia satu inovasi politik yang dibawa PKR.

Bas itu telah melalui destinasi berkempen Bentong dan Kuala Lipis di Pahang, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu di Kelantan.

Sambil menyifatkan ia berkata, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, malangnya, perkembangan sihat itu direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng.
Nik Aziz malu insiden bas berlaku di Kelantan
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
1 September 2012
Nik Aziz malu insiden bas berlaku di Kelantan
Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau keadaan bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat. - Foto oleh Rizal Tahir
KOTA BHARU- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menafikan perasaan ‘malu’ dan kecewa terhadap serangan ke atas bas sempena siriJelajah Merdeka RakyatDatuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh kumpulan yang tidak tahu erti dosa dan pahala.
“Ini perkara yang tidak bertanggungjawab, saya berasa malu kerana ia berlaku di Kelantan,”kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Pas Kota Bharu di sini, pagi ini.
Terdahulu Nik Aziz melawat tempat kejadian di perkarangan Siti Khadijah Kota Bharu.
Semalam, Nik Aziz bersama Anwar menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah untuk mengadakan ceramah isu-isu semasa.
Bas disimbah cat, PKR syaki 'samseng upahan'
G MANIMARAN & MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
1 September 2012
Bas PKR
Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar Harian
Bas PRU PKR
Anwar Ibrahim berucap melancarkan Jelajah Merdeka Rakyat di Petaling Jaya semalam. Bas itu diserang awal pagi tadi. - Foto ihsan Twitter Rafizi Ramli
[DIKEMAS KINI, 11 PAGI] SHAH ALAM - Bas yang dilancarkan oleh PKR semalam sebagai kemudahan untuk menggerakkan Jelajah Merdeka Rakyat didakwa telah diserang di Kota Bharu, Kelantan awal pagi tadi.
Maklumat yang diperoleh siri mesej Twitter sejak awal pagi tadi menunjukkan bas tersebut, yang dipercayai tiba di destinasi pertama sejak dilancarkan semalam, disimbah dengan cat merah dan cerminnya pula dipecahkan.
Wartawan Sinar Harian di Kota Bharu melaporkan bahawa bas itu disimbah cat ketika diletakkan di hadapan Pasar Siti Khadijah.
Difahamkan ia dilakukan oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi.
Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas tersebut ketika berceramah di Tanah Merah.
"Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi - cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan," kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR menerusi Twitter sebentar tadi.
Kenyataan dikeluarkan di blog Anwar menyebut, "pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan."
Katanya, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut.
"Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan," tambah kenyataan itu.
Sehubungan itu,  kenyataan itu menjelaskan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula berkata, PKR akan mengadakan sidang media serentak di Kota Bharu dan juga ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengecam usaha "menggagalkan jelajah #merdekarakyat."
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan butiran insiden itu pada sidang media pagi ini.
"Butiran maklumat sedang dikumpulkan, akan dimaklumkan pada sidang media nanti oleh YB Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Rafizi," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Anwar merasmikan Jelajah Bas sempena Aidilfitri di Petaling Jaya, semalam. Penggunaan kemudahan bas diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 1 Syawal lalu.
Pada majlis semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata,  PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.
Saifuddin berkata, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya.
Menurutnya, jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis.
Bas itu mempunyai 19 tempat duduk, kemudahan wifi, tempat mesyuarat, tandas dan dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera.


  • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Pemuda tu diupah Anwar sendiri. Nak cari popularity sebab sejak 2-3 bulan ni dia langsung tenggelam.

    Anwar dah hilang populariti dia sebab umum dah tau betapa bodohnya dasar2 dia ni. Aku rasa kalau orang tangkap dia, bogelkan dia, salib kan dia kat dataran merdeka pun dah takde orang kisah dah. hahahaha.

    PRU-13 is all about PAS and UMNO rivalry. Kalau PR menang, Hadi akan jadi PM. Anwar, jadi gay je la yang boleh pun.

    • Melayu Terakhir · Top Commenter
      betul tu dolah jews...orang anwar yg buat...dulu anwar tubuk mata sendiri gak...anwar melebamkan mata beliau sendiri..ha ha ha...tul tak dolah jews..

    • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      Melayu Terakhir kalau aku pun nak bagi penumbuk kat Anwar. sape tak nak. Dapat pahala.

    • Melayu Terakhir · Top Commenter
      tahu penumbuk ko jer...penumbok orang ko tak nak rasa ker..he he..

  • Gedong Simunjan · Top Commenter · SMK Serian
    saah ni kerja puak2 haram jadah yg makin terdesak menjelang pru13.....biasalah org dah di hujung hayat sangup buat apa saja PR setakat dugaan ciput cm tu tak mendatangkan masalah celah gigi je kita akaN BOGELKAN PUAK2 BEND YG ROMPSK HARTA RAKYAT N SUMBAT KAT SUNGAI BULUH..SI YEW NI KITA SUMBAt dlm lubang taik...hahah.

    • Yoep Omar · · Top Commenter · Sultan Qaboos University
      PArtAi seTAn n Anak setAn suDAh MeAnGAmUk d KeLAnTAn....KoNonYa..DApAt merAmpAs dr kERAjAAn PAS kelAntan...UtK bAPAk n NAk setAn teruskAn kerJA-KErJA LAknAtuLLAh KAMu itu...KAmi HANyA MOhON petoloNAGn DAri ALLAh utk kEJAYAAn KAmi PR...semoGA PArtAi SeTAn Akan sujuD menyembAH bumi...Dgn MenginsAfi dri Apa yg dilakukan OlehnYA n bertaUbAT...INSYAalLAh Kite SeLAmatkAn bUmI MaLAysiA ini DAri di perinTAh oleh PArtAi SETAn UmNo...seMoGA MaLAysiA AMan seJAhterA dr propAganDA SetAn n DajAL-DAjaL umnO...iNGAt rAkyAt MAlaysia undi Anda Anadaalh utk PR....utk PRU 13, sila tukar kerajaan skali seumur hidup anda dr partai setan...
  • dapigs99 (signed in using yahoo)
    Admin/Moderator Sinar Harian,

    Braa.....paaa..... kali mau tukar topik daaaa... sampai semua komen pembaca turut ilang.

    Isi berita yang tadinya aku copy paste keluar sama saja tapi duk tukar topik saja ni apa crita.

    Sinar Harian tukar topik = Salah UMNO.

  • Pakdoe Allan · Top Commenter
    LEE KUAN YEW MALAYSIA...MENYALAK LAGI KATANYA SEMUA INI SALAH PAS...KAH KAH KAH....BODOH BEBAL LA SIOTT NI..

    • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      ko ni memang setia dengan aku. mana aku pergi ko ade. Syabas! nak kerja dengan aku? aku bagi rumah, makan, tapi kena ikat la. jadi guard dog rumah aku. hahaha

    • Melayu Terakhir · Top Commenter
      Abdullah Yew sebab pun ko tak mendapat hidayah dari ALLAH...masih bela anjing lagi kat umah ko ek dolah jews...perangai pun dah nak sama...he he..jgn marah aa..

    • Pakdoe Allan · Top Commenter
      Abdullah Yew : NAMPAKNYA UMNGOK DAH BUAT BEGITU PADA KO LA YA...DAH ADA PENGALAMAN JADI GUARD DOG...HANYA MENYALAK KUT LOBANG TINGKAP KAT SINI JE LA YA...KESIAN....!!! KO NI DAH JADI ANJING UMNGOK...WOII BAIK KO ISAP KOTE AKU LA WOII..KALO TAK PON KAU JILAT JUBOR AKU....KAH KAH KAH !!!

  • Ipoh Mali · Top Commenter
    Ini Geng Brahim Ali la ni.. Lain Kali Buat Bas Canggih Canggih.. Jgn Lupa Bubuh CCTV Bro..

  • Jo Jantan · Sendiri
    kawe raso doloh ni mabuk.

  • Omar Anis · Top Commenter
    Org yg baling bas ni mcm diupah, aku nak sarankan kpd sipembaling mcm abdullah yew ni, ada lebih baik ambik upah jual ikan kat pasar siti khadijah tu, baling bas buat apa beb, jahanamkan harta org lain

  • Omar Anis · Top Commenter
    Abdullah yew ni mualaf mana ni, sekali aku sepak muka dia, bersepai tahi hidung dia, cakap mcm budak bodoh, aku rada abdullah yew ni yg baling bas ni, buat pura pura bagi alasan

  • Ahmad Redman · Top Commenter
    nampak gayanye kene naik kete kebal baru sesuai... ramai org dah tak suka... janji tak capati.

  • Khairulamir Sulaiman · Top Commenter · Sekolah menengah Datuk Mansur,Bahau
    satu malaysia pasti dapat agak samseng tu diupah oleh parti mana.aku tak percaya mca atau mic yg upah samseng tu.mustahil jugak dap, pas, gerakan, kita atau pbb.
    ni mesti kerja parti samseng melayu jugak.hahahahaaaa!

    • Orangsama Ben Laden · Top Commenter
      Kejadian ni seperti kes2 baling kepala babi kedlm mesjid. Cermin dan 2 tayar belakang kereta aku dulu pun pernah dipecahkan dan ditoreh semasa pergi dengar ceramah DSAI dulu. Ini geng samseng tahi kucing. Aku yakin bukan org cina mca atau org india mic yg lakukannya tetapi mcm geng kepala lembu dulu gak; tak hormati sensitivity kaum langsung. Rasulullah SAW tidak pernah ajar semua ini. Devil ni lebih jahat dari devil sebenarnya kerana syaitan hanya menghasut tetapi puak2 ni bukan sahaja menghasut tetapi melakukannya sekali.Adakah kita mahu biarkan these devils meneruskan berkuasa supaya lebih banyak harta rakyat dibalun?


Bilik hotel Anwar didakwa cuba dipecah masuk
Wartawan Sinar Harian
1 September 2012
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KOTA BHARU - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu.

Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.

"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan.

Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan  polis di sini.
Kami mula kempen 'terjah kampus'
Raziatul Hanum A Rajak
1 September 2012
Khalid Ismeth
Khalid Ismeth mengedar risalah kepada orang ramai yang melalui jalan raya utama berdekatan dengan kampus induk UiTM di Shah Alam pagi tadi.
SHAH ALAM -  Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) yang cuba memasuki Universiti Teknologi Shah Alam (UiTM) untuk mengadakan kempen 'terjah kampus' gagal kerana dihalang daripada cuba melangkah ke kampus induk pusat pengajian tinggi itu di sini, pagi ini.

Timbalan Presidennya, Khalid Ismeth itu dilihat mengedarkan risalah berkaitan isu pendidikan percuma di laluan utama ke kampus itu di Seksyen 7 di sini.

Khalid dilarang memasuki kampus UiTM kerana masih dalam tempoh penggantungan pengajian. Dia digantun sehingga tahun hadapan.

Menurut Khalid, mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk berkempen dalam kawasan UiTM dan memilih untuk berkempen di luar pagar.

"Kami rancang untuk masuk ke dalam tetapi pihak pentadbiran begitu takut dengan kami yang datang hanya membawa sehelai kertas kecil ini.

"Kami sudah dihalang oleh polis UiTM dan Duta UiTM daripada memasuki UiTM ketika berada di luar kawasan lagi," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di luar pagar UiTM, pagi ini.

Tambah Khalid, Duta UiTM memintanya supaya jangan mengganggu kelancaran sesi pendaftaran penuntut-penuntut baru hari ini.

Katanya, program 'redah kampus' yang dijalankan hari ini adalah siri pertama dan minggu hadapan siri kedua akan dijalankan di Nilai.

Beberapa universiti tempatan disebut sebagai antara lokasi 'terjah kampus' seterusnya seperti Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Khalid mendakwa kerajaan sudah memberi kebebasan kepada mahasiswa terlibat dalam politik, namun UiTM masih enggan mengiktiraf dan kekal dalam perspektif lama yang cenderung kepada kepartian.

Khalid juga menyifatkan kenyataan Perdana Menteri yang bertegas melarang politik kepartian dibawa ke dalam kampus itu sebagai tidak bijak.

"Kenyataan Perdana Menteri itu tidak bijak kerana perlu ada kebebasan yang luas.

"Suruhanjaya Pilihanraya boleh masuk ke dalam kampus untuk mahasiswa daftar sebagai pemilih. Boleh daftar tetapi tidak boleh mendengar kempen?" katanya.

Turut sama dalam kempen itu, Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) dan Kelab Mahasiswa Keadilan.
Khalid: Memang tiada jemputan kepada Sultan Selangor

31 Ogos 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri program sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri yang berlangsung, malam tadi.
 
"Memang tak ada dalam program menjemput (Sultan). Memang biasa tiap-tiap tahun kita membuat cara ini, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar bahawa Sultan Selangor dibelakangkan dalam acara sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini.
 
Beliau turut menafikan bahawa Sultan Sharafuddin murka dengan tindakan kerajaan negeri itu dan berkata Sultan Selangor telah diberi penjelasan mengenai perkara itu.
 
Abdul Khalid ditemui pemberita selepas majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bersama rakyat yang dihadiri Sultan Selangor di Masjid Negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi berkata urusan menjemput Sultan bagi menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri merupakan amalan biasa yang dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini.

"Sebelum ini, sambutan (ulang tahun kemerdekaan anjuran kerajaan negeri) memang dimaklumkan oleh kerajaan negeri kepada baginda termasuk daripada segi jemputan, ia satu formaliti.
 
"Namun, terpulang kepada budi bicara baginda sama ada hadir atau tidak pada majlis itu," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno negeri Abdul Shukor Idrus pula mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menjemput pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor sebagai tetamu utama, pada majlis itu.
 
Beliau berkata tindakan sedemikian dilihat tidak wajar kerana jawatan Penasihat Ekonomi Selangor adalah jawatan politik yang diwujudkan pentadbiran kerajaan negeri dan tidak terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
 
"Apakah kerajaan negeri mahu menggunakan sambutan yang dibiayai kerajaan negeri untuk kepentingan politik. Jika benar demikian, ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab selain menghina institusi Kesultanan Selangor," katanya.

Pada masa sama, Abdul Shukor yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kuang menggesa supaya menteri besar dan barisan exco mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor termasuk seluruh rakyat Selangor atas tindakan itu.
 
Di KOTA BHARU, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ada pihak mendakwa ia satu mesej daripada segelintir pemimpin dalam pakatan pembangkang yang cuba menidakkan peranan institusi diraja atas nama demokrasi. - Bernama

PERKASA lapor polis isu undangan untuk Sultan Selangor
  • Zulaikha Zulkifli
  • 2:39PM Sep 1 2012
 
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan kerajaan negeri itu ekoran satu laporan yang mendakwa Sultan Selangor tidak menerima undangan ke majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada malam 30 Ogos lalu.

"PERKASA Selangor meminta polis menyiasat sekiranya ada campur tangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sehingga tidak menjemput Sultan Selangor dalam sambutan ambang kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor," laporan itu dipetik.

NONELaporan berkenaan dibuat oleh setiausaha PERKASA Selangor, Azahar Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini, ekoran satu laporan akhbar Utusan Malaysia semalam berhubung dakwaan itu.

"Perkasa Selangor bimbang akan timbulnya kemarahan rakyat kerana kerajaan Selangor menyisihkan kepentingan Raja-Raja Melayu khasnya Tuanku Sultan Selangor," kata Azahar lagi dalam laporan polisnya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "PKR belakangkan Sultan Selangor?" semalam memetik kenyataan setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah "tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan".

Mohamad Munir dalam kenyataannya pada 30 Ogos itu juga menyebut bahawa "Sultan Sharafuddin hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil serta bacaan Yasin sempena kemerdekaan negara yang diadakan di Masjid Negeri."

Turut hadir bagi memberi sokongan ialah Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahaya dan kira-kira 50 orang penyokong pertubuhan pro-Melayu itu.

Sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia peringkat negeri Selangor diadakan pada malam Khamis lalu di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Su Agung Pas: MB Kedah letih, diminta rehat
Wartawan Sinar Harian
31 Ogos 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah telah dinasihatkan oleh doktor “agar berehat” dan akan memanggil mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam waktu terdekat, yang akan diadakan di hospital, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.
Mustafa berkata, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya mengalami keletihan, keadaan yang tidak perlu dibimbangi oleh rakyat Kedah dan ahli-ahli Pas sendiri.
“Saya diberitahu MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia adakan di hospital.
“Sehubungan dengan itu, rakyat Kedah dan ahli-ahli Pas tidak perlu bimbang dengan hal ini,” kata Mustafa dalam satu kenyataan petang ini.
Mustafa berkata, beliau telah menziarahi Azizan di Kedah Medical Centre, Alor Setar semalam dan telah berbual dengan beliau dan juga berbincang dengan doktor yang merawat beliau.
“Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.
“Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu,” kata Mustafa dalam kenyataan ketika timbul desas-desus mengenai keadaan kesihatannya.
Mustafa menambah, doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini dan mendapat pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting.
Nik Amar: Pas tangguh laksana hudud bimbang darurat
NURUL HUDA AHMAD LUFTI
1 September 2012
nik-amar
$entry.content.caption.value
KOTA BHARU - Tindakan Kerajaan Kelantan menangguhkan pelaksanaan hudud di negeri itu, yang dirancang pada awal 1990an, kerana khuatir sejarah diisytiharkan darurat 1978 akan berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, atas pengalaman itu Kelantan mengambil langkah yang berhati-hati dalam melaksanakan sebarang undang-undang.

“Berdasarkan pengalaman (Pas Kelantan), Kita bimbang kalau teruskan usaha ini (laksana hudud) mungkin tindakan-tindakan yang tidak baik akan berlaku yang akan menjejaskan keseluruhan usaha kita untuk memperjuangkan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akibat krisis politik yang berlaku pada 1977 darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat.

Pemerintahan darurat itu ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengirim surat rasmi bagi menjelaskan hukum hudud secara terperinci kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika zaman pemerintahannya, namun dibalas dengan surat amaran keras.

Sehubungan itu, Mohd Amar menegaskan, tidak perlu sebarang perbincangan kerana perkara utama yang perlu difokuskan merupakan soal pelaksanaan perundangan syariah berkenaan.

“Kita memang mengharapkan satu masa nanti masyarakat akan menerima hudud di Malaysia. Oleh itu kita sentiasa meneruskan penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud ini kepada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai jawatankuasa khas teknikal bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud, Mohd Amar berkata, perbincangan kali kedua bersama anggota jawatankuasa bakal diadakan tetapi tarikh ia bergantung kepada ketetapan Pengerusi jawatankuasa, Datuk Ahmad Yakub yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.


Tiada ulasan: