Pakatan mahu tukar kerajaan, bukan bendera
Harakahdaily, | 03 Sep 2012 |
"Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara. Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera," tegas beliau.
Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk menteri Umno yang mendakwa Pakatan mahu menukar bendera Jalur Gemilang apabila menang nanti.
Bagi beliau, aksi ini dibuat selepas gagal menyekat rakyat ke perhimpunan menjelang kemerdekaan di ibu negara baru-baru ini.
Apabila gagal menyekat kebangkitan rakyat menghadiri Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 maka berbagai isu dibangkitkan oleh pemimpin Umno dengan tujuan tuntutan pilihanraya bersih dilupakan, katanya.
Mereka cuba menimbulkan isu kononnya Pakatan Rakyat hendak menukar bendera, dan lebih teruk lagi menurut Datuk Mustafa Muhammad hendak tukar Perlembagaan.
"Kenapa terlalu daif sangat hujah pemimpin Umno dalam isu bendera hendak ditukar.
"Bilakah Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan kenyataan untuk menukar bendera dan Perlembagaan?.
"Berapa hari bulan, di mana, minit mesyuarat mana yang mengatakan Pakatan Rakyat hendak berbuat demikian?
"Janganlah membuat provokasi dan tohmohan yang bukan-bukan kepada Pakatan," kata Idris dalam kenyataannya.
Sebelumnya, kata Idris (gambar), dituduh Pakatan Rakyat hendak menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
Bagi beliau, kalau pun hendak menang pilihanraya janganlah kenyataan yang terlalu bodoh dikeluarkan oleh mereka yang bertaraf menteri.
"Biarlah kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh bloger upahan Umno sahaja," katanya.
Bagi Idris, kerana terdapat beberapa bendera yang bukan bendera Malaysia terus ditohmoh kepada Pakatan Rakyat hendak tukar bendera adalah tohmahan tidak tepat.
"Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara. Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera," tegas beliau.
Seterusnya, beliau bertanya, tindakan pemimpin Umno yang memfitnah Pakatan hendak menukar bendera tanpa bukti rasmi, apakah pula status Umno dengan komunis.
"Bukankah Umno pernah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China (PKC) 5 Oktober 2010," katanya.
Lebih bahaya lagi menurut Tengku Adnan Tengku Mansur selaku Setiausaha Agung Umno mengatakan, Umno akan hantar Putera Umno dan Puteri Umno untuk belajar dengan PKC.
"Adakah rakyat juga boleh tuduh Umno hendak menjadikan negara ini komunis?" soalnya.
Pembetulan sejarah Tok Janggut perlu! (wajib share)
Tolong... Tolong... Tolong, perbetulkan sejarah gambar ini.
Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji
Mat Hassan Bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa
Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan
dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera.
Tok Janggut terus hidup dengan
menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan
berkahwin dan mempunyai zuriat , hidup sehingga tahun 1969.
Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad
ini dipamerkan pada masyarakat kota bharu adalag untuk menakutkan orang
melayu ketika itu, penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota
bharu sahaja, Kerana orang kota bharu tidak pernah melihat wajah Tok
Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja(british
gelar pemberontakan).
Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterang jelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan Bin Munas, dan keturunannya.
sumber: cucu cicit Tok Janggut
Pijak gambar pemimpin negara perbuatan melampau
Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. “Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama,” kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, Sabtu. Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu. Selain memijak gambar pemimpin pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55, ada peserta membawa ‘bendera baharu’ yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak menghormati kedaulatan negara. Hishammuddin berkata apa yang dilakukan pihak berkenaan juga dibimbangi boleh menjurus kepada keadaan negara menjadi huru-hara, dan menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan negara. Berita ihsan UTUSAN, gambar sekadar hiasan dari sekitar Internet. -Pejabat YB Khalid Samad- AIC kutuk tindakan ganas, jahil politik
KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini
mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang
berlaku dalam jangka masa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam
siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu.
Presidennya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan. Katanya, AIC enggan mengulas panjang tentang insiden melemparkan cat merah dan batu terhadap bas dua tingkat kerana pelaku jahat itu belum dikenal pasti, tetapi jelas perlakuan biadap dipercayai ahli-ahli Perkasa melemparkan kasut ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah Darul Aman adalah satu kebodohan yang telah menjadi barah. “AIC ingin mempersoalkan tentang munasabah serangan melempar kasut kepada individu yang sedang berada di dalam rumah Allah, dan adakah sekadar perbedaan ideologi menjadi penyebab kepada kejahilan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan. Rujuk http://youtu.be/3Bx-Y8XAuVw TV Mesir mansuh larangan bertudung penyampai berita
(Fatma Nabil menjadi wanita pertama negara tersebut untuk menyampaikan berita sambil memakai tudung dalam tempoh setengah abad- AFP) KAHERAH: Stesen televisyen negara Mesir telah menarik balik larangan berusia satu dekad yang menghalang penyampai berita wanita mereka dari memakai tudung. Larangan itu berkuatkuasa di zaman rejim-rejim sebelum ini yang cenderung kepada fahaman sekular. Fatma Nabil yang muncul Ahad lalu dengan memakai tudung berwarna krim dan sut berwarna gelap, menyampaikan berita pada pukul 12 tengah hari. TV Mesir memberitahu ini adalah penampilan pertama seorang penyampai wanita bertudung sejak stesen TV itu ditubuhkan separuh abad lalu. Pegawai stesen TV tersebut, Mohammed Fathi berkata bahawa penampilan Nabil akan menggalakkan pemakaian tudung oleh ramai wanita lain yang ingin memakai tudung tetapi takut kehilangan pekerjaan mereka. TV Mesir mengekalkan dasar larangan pemakaian bertudung kepada penyampai berita sepanjang era Presiden Hosni Mubarak, diKtator yang digulingkan dalam kebangkitan Dunia Arab tahun lepas, serta rejim-rejim sebelumnya. Sesetengah penyampai berita menyaman stesen TV tersebut, dan menang kes, tetapi mereka masih dihalang dari muncul di kaca TV. Boleh masuk Umno tanpa niat
Ustaz Makhdom berkata begitu kerana mengulas orang mengesyaki dia masuk Umno. Tidak diketahui adakah Ustaz Makhdom masuk Umno atau tidak. Tetapi dengan mengatakan tidak berniat untuk masuk Umno itu syarat sah masuk Umno? Kalau solat tanpa niat sah solat itu tidak sah. Demikian juga tidak sah puasa tanpa niat. Tetapi Umno tidak mensyaratkan sah Umno tanpa niat. Baik berniat atau tidak berniat, Umnonya sah. Dan bukan semua orang yang masuk Umno kerana mereka berniat. Saya teringat kejadian Almarhum Aziz Ishak, menteri pertanian pertama kabinet Tunku Abdul Rahman Putra dulu. Dia berkawan baik dengan Tunku sejak sekian lama tapi tidak masuk Umno. Satu hari Tunku menyerahkan borang Umno dan minta dia mengisinya. Dia pun mengisinya bagi menjadi ahli Umno tanpa niat. Seorang bekas pemimpin Umno ketika mengumumkan dia masuk Umno memberitahu, bahawa dia sudah dijadikan ahli Umno oleh emak dan ayahnya ketika dia masih menuntut. Bukan baru dia jadi Umno. Dia dijadikan ahli Umno tanpa niatnya. Kadang-kadang seorang itu mabuk bersama kawan Umno nya. Ketika itu kalau dia mengisi borang Umno, dia jadi Umno tanpa niat. Ada orang menghadapi ancaman tindakan jenayah seperti rasuah. Bagi mengelakkan tindakan itu dia masuk Umno dengan harapan tidak dikenakan tindakan. Dia juga masuk Umno dengan tidak berniat. Seorang pemimpin PAS Kota Belud, Sabah benama Aminuddin Alin. Satu hari dia menerima surat tentang keahliannya dalam Umno. Dia tidak tahu bila dia masuk Umno. Ertinya boleh seseorang itu masuk Umno tanpa dia memohon. Dalam mahkamah kita pernah mendengar ada yang dituduh membunuh dibebaskan kerana dia membunuh tanpa niat membunuh. Ini bermakna boleh seseorang seperti Ustaz Makhdom menjadi ahli Umno dengan tidak berniat masuk Umno. Sama juga kalau Ustaz Makhdom sambil bergurau senda melafazkan cerai kepada isterinya tanpa niat. Cerai tanpa niat itu sah. Demikian juga kalau seseorang itu berkawan dengan orang kafir dan membuat pekerjaan yang dibuat oleh orang kafir seperti menyembah tokong tanpa niat untuk keluar Islam, tetapi perbuatan tanpa niat itu boleh disabitkan sebagai murtad. Seperti iblis yang enggan sujud kepada Adam seperti yang Allah perintahkan. Iblis tidak berniat untuk kufur kepada Allah, tetapi tanpa niat dia enggan patuh atas perintah Allah. Dalam kes Ustaz Makhdom yang menjauhkan diri dari kawan-kawan ustaznya, tiba-tiba dia didapati berkawan dengan orang Umno dan didapati dia membuat kerja yang Umno suruh buat, sekali pun dia tidak masuk masuk Umno dan tidak berniat untuk masuk Umno, maka orang boleh mengira dia sudah jadi Umno. Tidak penting bagi seseorang berniat masuk Umno untuk membuat kerja-kerja Umno, tetapi penting ustaz membuat kerja-kerja yang Umno buat. Ketika itu Ustaz Mahkdom tidak boleh menyalahkan kalau ada yang mengara ustaz sudah jadi Umno walaupun tidak menjadi ahli Umno. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan