Amerika kurangkan tentera dalam latihan dengan Israel
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 03 Sep 2012 |
(Latihan peluru berpandu pertahanan bersama yang akan mengambil tempat pada Oktober ini dilaporkan akan dikecilkan saiz penyertaannya daripada rancangan asal.)
WASHINGTON: Latihan peluru berpandu balistik AS-Israel yang ditangguhkan sehingga akhir tahun ini akan melibatkan bilangan anggota tentera Amerika yang lebih kecil daripada rancangan asalnya, seperti yang disahkan Pentagon.
Seorang pegawai tentera AS Jumaat lalu bagaimanapun menolak laporan media yang menggambarkan keputusan itu sebagai tanda ketidakpercayaan AS terhadap Israel.
Latihan itu sedang dirancang di tengah-tengah isu kemungkinan perang yang semakin hangat dilaporkan dalam media Israel dan laporan bahawa Perdana Menteri, Binyamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak berbincang tentang serangan dari pihak Israel untuk menggagalkan program nuklear Iran.
"Austere Challenge-12 kekal sebagai latihan peluru berpandu pertahanan balistik terbesar pernah dilakukan antara kedua-dua negara ini, dan peningkatan yang ketara dari saiznya jika dibandingkan dengan latihan pada tahun 2009," ujar jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Tentera Udara, Jack Miller.
"Latihan ini tidak pernah berubah dari segi skopnya dan akan mengandungi sistem yang sama seperti yang telah dirancang," kata Miller.
"Semua sistem yang digunakan akan beroperasi sepenuhnya dengan pengendali dari kedua-dua negara."
'Masuk kecurigaan'
Majalah Time melaporkan Jumaat lalu bahawa kira-kira 5,000 tentera AS dirancang untuk terlibat dalam Austere Challenge-12 tetapi nombor itu dikurangkan ke sekitar 1,500 dan 1,200.
Laporan itu juga menyebut bahawa sistem anti-peluru berpandu Patriot akan tiba di Israel seperti yang dirancang, tetapi tidak bagi krew yang akan mengendalikan sistem tersebut.
Perancangan asal melibatkan dua kapal perang peluru berpandu pertahanan balistik Aegis, namun pelan baru mungkin hanya melibatkan satu kapal perang, dan baki kapal lain masih dalam senarai 'berkemungkinan'.
Laporan itu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Israel yang tidak didedahkan namanya sebagai berkata, 'perubahan adalah tanda kurangnya kepercayaan AS kepada Israel'.
Tetapi Miller berkata hubungan AS-Israel adalah kuat dan Austere Challenge "adalah tanda saling mempercayai kami".
Seorang lagi pegawai AS, yang enggan namanya didedahkan, enggan untuk memberitahu jumlah kakitangan AS yang akan terlibat dalam latihan ini tetapi berkata jumlah yang dilaporkan adalah salah dan perubahan dalam skala adalah jauh lebih kecil daripada apa yang dinyatakan dalam majalah Time.
Seorang pegawai pertahanan Israel yang memberi taklimat mengenai latihan itu memberitahu agensi berita Reuters bahawa latihan "akan diadakan pada skala yang sama seperti yang dilakukan pada kali terakhir, dua tahun lalu".
Tentera Israel berkata saiz latihan pada mulanya dijadualkan untuk menjadi lebih besar tetapi menambah bahawa "perubahan tersebut adalah dalam rangka kerja keperluan latihan tersebut dan bukannya disebabkan hal lain.".
"Latihan ini telah dirancang dalam tempoh masa yang lama dan perubahan bukan sesuatu yang di luar kebiasaan," kata pegawai itu.
Miller berkata latihan itu asalnya dirancang bagi bulan Mei tetapi awal tahun ini pegawai pertahanan Israel berjumpa AS meminta menangguhkan tarikh tersebut sehingga lewat musim luruh.
"Apabila latihan ditangguhkan, AS memberitahu Israel disebabkan oleh operasi serentak, AS akan menyediakan bilangan kakitangan dan peralatan yang lebih kecil daripada rancangan asal. Israel kemudiannya mengulangi hasrat mereka untuk menangguhkan sehingga lewat musim luruh,"kata Miller.
Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid
Harakahdaily, | 02 Sep 2012 |
ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.
Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.
Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.
Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.
JAUHILAH TAGHUT
Manifesto Perak garap pengalaman 11 bulan memerintah
Muhammad Faizal, | 02 Sep 2012 |
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, sokongan rakyat negeri itu terhadap Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini.
Malah katanya, rata-rata rakyat yang ditemui menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk mengundi demi mengembalikan semula pentadbiran kerajaan Perak kepada Pakatan Rakyat.
"Sokongan pengundi bukan Melayu nampaknya memihak kepada kita dan sekarang ini kita memberikan tumpuan yang khusus kepada pengundi Melayu dan juga mereka yang berada di atas pagar.
"Namun undi Melayu hanya melibatkan di kawasan pedalaman sahaja, manakala di kawasan lain mereka telah menunjukkan perubahan ketara," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, Pakatan Rakyat Perak akan memperkasakan manifesto 2008 dengan menerapkan pengalaman selama 11 bulan memerintah negeri itu sebelum ini.
"Kita mencari dasar khusus untuk kebaikan rakyat negeri ini.
"Setelah semua perkara diambil kira, satu manifesto khusus dapat kita hidangkan kepada seluruh rakyat dan pasti ia yang terbaik," sambungnya lagi.
Dalam pada itu beliau juga turut meletakkan keyakinan terhadap kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu memandangkan calon-calon yang diketengahkan kali ini 80 peratus adalah golongan muda.
"Kedudukan kerusi adalah status quo dan untuk kali ini kita tampilkan muka-muka baru serta dari golongan muda.
"Mengenai kedudukan kerusi dan calon kita telah hampir keperingkat kesempurnaan termasuk juga rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat," kata beliau lagi.
Beliau pasti pilihanraya kali ini menjanjikan satu peluang terbaik kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil balik Perak kerana pengalaman yang dialami sebelum ini telah diperbaiki sepenuhnya.
Budaya samseng menular menjelang PRU-13
M Faqih & Yaakub Dasan, | 02 Sep 2012 |
KUALA KRAI:
Rakyat Kelantan malu tindakan pihak tertentu mempamerkan aksi samseng
sehingga menyebabkan bas Program Merdeka Rakyat dipecahkan cermin dan
disimbah cat merah.
Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku di Kelantan, di mana sebelum ini kereta dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim ditendang di Jalan Sultan Ibrahim ketika mahu menghadiri program ceramah di Padang Perdana.
Dan awal pagi semalam pula bas rombongan Program Merdeka Rakyat yang di parkir berhampiran Pasar Besar Siti Khatijah pula menjadi mangsa pihak terbabit.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, di belakang insiden itu pastinya musuh politik kepada Pakatan Rakyat.
“Insiden itu dianggap biadap dan memalukan orang Kelantan. Ia jelas menyalahi budaya orang Kelantan yang terkenal dengan kemesraan dan menyambut tetamu dengan penuh hormat.
“Tindakan pihak terbabit jauh sekali dengan budaya Islam. Pemuda PAS amat kesal terhadap apa yang berlaku,” katanya di sini.
Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, sekiranya tidak berpuas hati mereka perlu berdepan dengan hujah.
Menurutnya juga mungkin ada kebenaran pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang lebih baik menyokong parti syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali.
“Pemuda bimbang budaya samseng inilah yang akan terbawa-bawa sehingga PRU ke-13. Jika BN kalah mereka akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun,” katanya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berharap pihak berkuasa menyiasat dengan telus isu tersebut kerana ia sudah dua kali berlaku di Kelantan membabitkan Anwar.
Di Gerik, Perak semalam kelihatan dua sepanduk yang dipasang di laluan Gerik-Jeli bagi mencemuhkan Ketua Pembangkang.
Laluan tersebut dilalui rombongan Anwar untuk ke Kedah dan Perak dalam misi jelajah Merdeka Rakyat selepas menghadiri program di Kelantan.
Himpunan Hijau
Sementara itu dalam perkembangan lain PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini iaitu Himpunan Hijau Ke Putrajaya dan Jamuan Aidilfitri.
Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang (MDM) dan padang MDM.
Katanya, program Himpunan Hijau akan menampilkan pidato oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Ibrahim Tuan Man.
“Pada hari tersebut juga diadakan program Anak Muda Kelantan Ekspresi Hijau melibatkan program ceramah, motivasi anak muda dan persembahan hiburan.
“Pada sebelah pagi pula program khas muslimat akan diadakan di dewan MDM,” ujarnya.
Manakala di RANTAU PANJANG 4 September ini, bekas anggota Parlimen Batu Berendam, Datuk Tamrin Ghafar akan menyampaikan ceramah merdeka di Pusat Tarbiah Rantau Panjang.
Selain itu turut ditampilkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub dan bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafii.
Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, ceramah tersebut diadakan sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55
Di KOTA BHARU pula diadakan solat hajat dan ceramah perdana yang akan menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.
Program tersebut akan diadakan 3 September (esok) di Padang Perdana bermula jam 8 malam.
Di MACHANG ceramah perdana sempena merdeka akan menampilkan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Program ceramah tersebut akan diadakan pada 4 September di Pasti Paloh Rawa, Dun Temangan.

Tuan Ibrahim beri cara selesaikan projek bahaya
Harakahdaily, | 02 Sep 2012 |
(Selamatkan negara...Tuan Ibrahim memegang salah satu banner dalam tulisan Cina)
RAUB: Di Himpunan Hijau Raub, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan cara penyelesaian kepada rakyat untuk menyelesaikan kontroversi projek-projek berbahaya yang kini melanda negara kita.
“Untuk hentikan sianida, Lynas – satu saja caranya, kita kena hentikan BN,” demikian kata beliau di himpunan petang tadi yang dihadiri hampir 10,000 rakyat.
(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan)
Petang tadi, Himpunan Hijau Raub terhadap penggunaan sianida di lombong emas telah menghantar satu mesej yang jelas kepada kerajaan supaya berhenti menganggap negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan.
Dalam suasana seperti berpesta dan bersemangat tinggi di padang kompleks sukan Raub, para hadirin yang berpakaian hijau menyatakan bantahan mereka terhadap syarikat perlombangan Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd yang terletak di kawasan penempatan manusia menggunakan bahan kimia berbahaya sianida yang menjejaskan kesihatan manusia.
Bantahan terhadap kilang Lynas di Gebeng, Kuantan turut kelihatan.
Mangsa utama dalam kontroversi sianida di Raub ialah penduduk Kampung Baru Bukit Koman yang mengadu pelbagai masalah kesihatan akan tetapi rintihan dan bantahan mereka sejak 2007, melalui pelbagai cara termasuk mahkamah ditolak kerajaan dan juga pengendali lombong emas tersebut.
Ketika dihubungi Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata himpunan ini bermatlamatkan agenda untuk menyelamatkan para penduduk Pahang daripada terus dianiayai akibat kecuaian kerajaan dalam meluluskan projek berbahaya tanpa memikirkan kesan kepada penduduk dan alam sekitar.
Beliau menegaskan himpunan kali ini diketuai NGO-NGO dan tidak berasaskan kaum mahupun politik.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub Datuk Seri Ng Yen Yen yang turut dijemput ke himpunan ini tidak menghadirkan diri.
(Kerusi untuk kedua-dua pemimpin BN)
Adnan sebelum ini menyifatkan isu penggunaan bahan kimia sianida di lombong emas di Bukit Koman, Raub, Pahang yang didakwa sebagai punca penyakit kulit kepada penduduk hanya merupakan propaganda pembangkang.
Beliau berkata perkara itu mempunyai kaitan dengan pihak tertentu yang gagal mendapatkan projek tersebut dan parti pembangkang iaitu DAP turut mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.
(Orang ramai yang memenuhi perhimpunan hijau di Raub)
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar sementara itu berkata himpunan kali ini adalah untuk menunjukkan solidariti bersama penduduk Kampung Baru Bukit Koman.
Kata beliau, sepatutnya projek lombong emas tidak boleh diadakan di kawasan tempat kediaman.
“Ini kena diletakkan di kawasan industri berat. Aduan penduduk sekian lama tidak dilayan, ini adalah antara sebab perhimpunan diadakan,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Pahang, katanya, telah menjadi pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan dengan adanya kilang Lynas yang mengeluarkan sisa-sisa radioaktif dan Australia Gold Mining dengan penggunaan sianida.
“Ini ditambah pula dengan kematian Tasik Chini,” kata beliau, sambil menambah kesan teruk pada alam sekitar adalah faktor kebangkitan rakyat menentang kerajaan.
(Zulkifli bersama Maria Chin)
Bahan kimia sianida, kata Zulkifli sudahpun diharamkan penggunaannya di beberapa negera seperti German, Eropah, Montana, Czech Republic, Belanda dan sebagainya.
Kes bencana ekologi Baia Mare pada 2000 di Romania telah mendedahkan bagaimana sianida telah mencemari air minuman 3 juta penduduk.
Zulkifli berkata kerajaan harus berhati-hati menarik pelaburan, dan memastikan kilang-kilang berbahaya ini terletak jauh daripada kawasan kediaman dan di kawasan yang dikhaskan untuk industri berat.
“Sianida ini cepat larut. Kilang mesti menggunakan bahan kimia alternatif untuk memproses emas,” katanya.
(Antara tetamu utama yang hadir)
Selain Tuan Ibrahim dan Zulkifli, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, ahli parlimen Bakri Er Tech Hwa dan aktivis Bersih Maria Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais.
Kegagalan Raub Australia Gold Mining untuk menghantar wakil seperti yang dijanjikan untuk menerima nota bantahan amat dikesali.
Akhirnya, penganjur (Jawatankuasa Bantah Sianida yang diketuai Wong Kin Hoong) menyerahkan salinan dokumen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan