Pak Samad: Polis mahu siasat puisi Janji Demokrasi
Sasterawan
Negara, Datuk A Samad Said berkata polis hari ini meminta beliau hadir
ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tindakannya membaca
puisi ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Khamis malam lalu.''Saya fikir perkara ini ada hubungan dengan Akta Perhimpunan Aman. Tentunya ada hubungan dengan puisi yang saya bacakan kerana ia ada hubungan dengan Janji Demokrasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Tambahnya, polis meminta beliau hadir ke balai polis hari ini namun beliau hanya akan hadir pada jam 3 petang esok.
''Saya menerima notis pada pukul 4 petang, tetapi mereka mahu saya hadir pada pukul 6 petang. Saya kira, tak haruslah mendera saya.
"Hari ini dia beri surat surat, hari ini dia mahu saya datang. Kena hormatlah saya yang sudah tua.
"Mereka meminta hadir hari ini, tetapi saya sudah berunding dan akan hadir esok, pada pukul 3 petang," kata Pak Samad lagi.
Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih itu jugas berkata, beliau tidak dapat hadir untuk siasatan hari ini kerana mesyuarat gabungan NGO tersebut juga berlangsung pada petang ini.
Dalam perhimpunan yang dihadiri 10,000 orang pada malam tersebut, Pak Samad membaca satu sajak bertajuk Janji Demokrasi dan turut bercakap kepada para wartawan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberitahu pemberita pada malam itu bahawa pihak polis akan "menyiasat kemudian" sama ada Pak Samad telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak tersebut.
Polis membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta semasa perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.
Pasukan itu setakat ini menahan dua individu termasuk seorang siswa kolej swasta yang didakwa menunjukkan punggung pada gambar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa perhimpunan tersebut.
Seorang lagi yang ditahan merupakan seorang gadis berusia 19 tahun yang didakwa memijak gambar berkenaan dalam perhimpunan sama.
Kes pijak gambar PM, model serah diri
Seorang
gadis 19 tahun- antara 11 individu yang dikehendaki berhubung kelakuan
mereka semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis
malam lalu - hari ini menyerah diri kepada polis.
Gadis tersebut hadir ke sebuah balai polis di Johor Bahru dengan ditemani pemimpin DAP, termasuk ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan timbalan pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez.
Gadis itu seterusnya ditahan dan digari oleh polis serta akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut.
Menurut Norman, gadis yang juga model sambilan itu ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Gadis itu didakwa memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu.
Polis siar foto minta bantuan orang ramai

MB: Tiada bukti tunjuk Sultan diundang masa BN
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tiada bukti menunjukkan
kerajaan negeri pernah mengundang Sultan Selangor ke sambutan ambang
Hari Kebangsaan sejak tahun 2003.
Khalid berkata, sejak 2003, Sultan Selangor hanya diundang sekali sahaja diundang pada 2007 - untuk sambutan jubli emas yang diraikan dengan perarakan lintas hormat pada 31 Ogos.
Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa Bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo.
"Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya.
Menjawab soalan wartawan, khalid berkata isu meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak perlu ditimbulkan.
Dr Khir semalam berkata beliau mengundang sultan secara rasmi dan juga secara lisan untuk ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri semasa negeri itu berada bawah pentadbiran BN.
Sementara itu, Khalid menjelaskan, kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Merdeka Selangor hanya sebagai penceramah jemputan dan bukan tetamu utama.
"Tetamu kehormat adalah MB, penceramah jemputan adalah Anwar," katanya.
Isu Sultan Selangor yang tidak dijemput ke sambutan Hari Merdeka mula timbul selepas kumpulan pendesak Melayu PERKASA membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Pelajar tunjuk punggung belum didakwa
Pelajar
yang ditahan polis semalam kerana didakwa menunjukkan punggung pada
gambar perdana menteri dan isteri minggu lalu masih belum didakwa di
mahkamah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, sama ada pendakwaan akan dibuat atau tidak bergantung kepada siasatan lanjut dan bukti yang terkumpul.
Pelajar kolej itu ditahan semalam dan dibebaskan malam tadi dengan jaminan selepas percakapannya dirakam.
Setakat ini, kata Ku (kanan, berbaju belang), sebanyak 172 laporan polis dibuat berhubung perkara itu dan siasatan masih berlangsung.
Beliau juga menggesa orang ramai membantu mengenalpasti sepuluh lagi individu yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden menunjukkan punggung itu.
1. Polis siar foto minta bantuan orang ramai

Peguam: Siasatan kes tunjuk punggung 'tak seimbang'
Seorang
peguam hari ini menyarankan polis supaya tidak melakukan siasatan
terpilih dalam kes seperti tindakan seorang peserta perhimpunan
menunjukkan punggung pada gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri
Datin Seri Rosmah Mansor.
Peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, tindakan serupa juga sebelum ini dikesan dilakukan sekumpulan individu yang membuat senaman punggung di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga.
Baljit mempersoalkan perkara itu memandangkan sekumpulan pesara tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang berbuat demikian pada Mei lalu tidak dikenakan apa-apa tindakan, katanya.
"Kenapa tindakan tidak diambil (dalam kes PVTM?)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sekiranya kes melibatkan insiden di Dataran itu berlarutan ke mahkamah, peguam akan mempersoalkan mengapa berlaku "pilih kasih" dalam kes tersebut, katanya.
Jelasnya, polis tidak mengambil tindakan apabila gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dipijak dan oleh sekumpulan angota pertubuhan PERKASA dalam satu insiden sebelum ini.
Dalam kenyataannya semalam, Lim berkata anggota NGO pro-Melayu itu juga membakar dan gambarnya dalam satu demonstrasi yang diadakan di perkarangan bangunan Komtar di Pulau Pinang.
Mengulas perkara itu, Baljit berkata keadaan itu menunjukkan "keseimbangan" dalam tindakan polis yang menangani kes berkenaan.
"Mengikut perkara ini, betul seperti yang dikatakan oleh (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Dia kata gambar beliau juga dipijak, dan seperti yang berlaku di hadapan rumah Ambiga – tapi tak ada apa-apa tindakan yang diambil.
"Saya lihat tak ada keseimbangan dalam hal ini. Diharap tak ada siasatan terpilih yang dilakukan," kata Baljit yang menambah, individu yang melakukan kesalahan menunjukkan punggung mungkin boleh didakwa kerana mengikut Kanun Jenayah kerana berkelakuan tidak senonoh.
Mengulas mengenai tindakan individu yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada perhimpunan berkenaan, Baljit berkata perkara itu merupakan kesalahan yang boleh didakwa mengikut Akta Hasutan.
''Dalam isu bendera, memang kita ada akta yang boleh digunakan sebab melibatkan bendera negara iaitu Akta Hasutan," katanya lagi.
Polis semalam menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun, dari Batu Pahat, Johor di sebuah kolej di Cheras bagi siasatan berhubung insiden menayangkan punggung ketika perhimpunan pada sambutan ambang kemerdekaan itu.
Polis juga meminta individu yang mengibarkan Sang Saka Malaya ketika perhimpunan tersebut supaya tampil bagi membantu siasatan.
Polis membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.
Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, perkara itu tidak baik untuk parti pemerintah kerana kira-kira 23,000 pekerja amat rapat hormat kepada Dzulkifli.
"Jika ada bantahan, ia mungkin petanda penyakit pada BN," kata Mazlan.
Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan memulangkan pentadbiran Felda kepada profesional untuk memastikan keharmonian dalam agensi itu.
Harakahdaily sebelum ini memetik Mazlan sebagai mendakwa Dzulkifli "disingkirkan" sebagai pengarah besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani serta ditugaskan ke Rom, Itali.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika ditanya enggan mengesah atau menafikan dakwaan itu, sebaliknya meminta ia dirujuk kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sendiri.

ANAK: 'Singkir' bos Felda akan makan diri BN
NGO
pemantauan isu-isu Felda Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) memberi
amaran, 'penyingkiran' Pengurus Besar Felda Dzulkifli Wahab akan
memakan diri BN dalam pilihan raya akan datang.Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, perkara itu tidak baik untuk parti pemerintah kerana kira-kira 23,000 pekerja amat rapat hormat kepada Dzulkifli.
"Jika ada bantahan, ia mungkin petanda penyakit pada BN," kata Mazlan.
Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan memulangkan pentadbiran Felda kepada profesional untuk memastikan keharmonian dalam agensi itu.
Harakahdaily sebelum ini memetik Mazlan sebagai mendakwa Dzulkifli "disingkirkan" sebagai pengarah besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani serta ditugaskan ke Rom, Itali.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika ditanya enggan mengesah atau menafikan dakwaan itu, sebaliknya meminta ia dirujuk kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sendiri.
MB Kedah kembali bertugas, kata setpol
Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali menjalankan tugas
rasminya hari ini selepas dua minggu mendapat rawatan kesihatan di Kedah
Medical Centre (KMC).
Menurut setiausaha politiknya, Mohamad Sanusi Mohd Nor (kanan) berkata Azizan hari ini mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman.
"Mesyuarat exco sedang berlangsung di bilik mesyuarat exco, blok E, Wisma Darul Aman. MB pengerusikan mesyuarat dan dia sudah sihat untuk bertugas," kata Mohamad Sanusi melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.
Beliau berkata semua exco hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk setiausaha dan penasihat undang-undang kerajaan negeri kecuali Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan Datuk Amiruddin Hamzah.
Mohamad Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata, ADUN Anak Bukit itu kini berada di luar atas tugas rasmi.
Pada 31 Ogos lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilapor berkata Azizan sedang berehat di hospital itu kerana keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.
Azizan dimasukkan ke wad pada 25 Ogos lalu.
Katanya, Azizan dinasihatkan doktor agar berehat bagi mempastikan beliau mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.
Ditanya rawatan yang dijalani Azizan sewaktu berada di KMC, Mohamad Sanusi meminta perkara itu perlu dirujuk doktor yang merawatnya tetapi setahunya pesuruhjaya PAS Kedah itu terkena "jangkitan kuman".
"Dia diberi antibiotik yang kuat kerana kuman itu dah imune (mangli) dengan antibiotik yang diberi masa kes di IJN (Institut Jantung Negara) tahun lepas," katanya.
Kehadiran Azizan ke pejabat hari ini menamatkan spekulasi pelbagai pihak bahawa beliau akan digantikan dengan calon lain dalam pilihan raya akan datang.
Perkembangan isu berkenaan malah menyebabkan Umno dan Gerakan Kedah mencadangkan supaya undang-undang tubuh negeri dipinda bagi mewujudkan jawatan timbalan menteri besar.
Azizan: Isu undur serah pada PAS
Sementara itu, Bernama melaporkan Azizan sebagai berkata, doktor menasihatkannya berehat kerana terlalu banyak aktiviti dilakukan sepanjang Ramadan selain turut mengalami keracunan
makanan.
"Saya berehat, doktor paksa berehat. Sepanjang Ramadan mula 2 Ramadan sampai 29 saya berbuka di semua daerah bersama rakyat kecuali Kubang Pasu dan Kulim/Bandar Baharu," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.
Mengenai cadangan Pemuda Gerakan Kedah baru-baru ini supaya mewujudkan jawatan timbalan menteri besar, beliau berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana dirinya masih mampu menjalankan tugas.
Azizan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, berkata jawatan itu juga tidak diperlukan kerana barisan exco kerajaan negeri boleh menjalankan tugas dengan baik semasa beliau cuti sakit.
Ditanya adakah beliau akan berundur selepas pilihan raya umum akan datang setelah isu berkaitan kesihatannya sering dijadikan alasan supaya berbuat demikian, Azizan berkata perkara itu diserah kepada PAS peringkat pusat.

Guan Eng, siapakah 'Miss P dan Dato' JP?
Pemuda
BN Pulau Pinang mencabar Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mendedahkan
sama ada beliau telah menjual sebidang tanah - yang didakwa pergerakan
diperuntukkan untuk perumahan awam - kepada dua "kroninya".
Ketua penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leng mendakwa bahawa "Miss P dan Dato' JP" adalah kroni Lim, dan hubungan mereka bermula sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.
H'ng (kanan) mendakwa kedua-duanya menyokong Lim dengan bantuan logistik dalam bentuk sebuah kereta untuk kegunaan ketua menteri.
"Adakah dua individu ini menyediakan Lim dengan bantuan kewangan sebelum 8 Mac tahun itu? Beliau perlu menjawab soalan ini," kata H'ng dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Kerana kita berani bertanyakan soalan tersebut, maka Lim pula mestilah berani menjawabnya," katanya.
H'ng merujuk kepada plot tanah di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin yang kini diperuntukkan untuk sebuah pusat perubatan.
H'ng mendakwa tanah tersebut telah diperuntukkan untuk perumahan awam tetapi kerajaan negeri mendakwa tidak ada pelan yang dikemukakan bagi tujuan tersebut oleh pentadbiran sebelumnya.
Apabila diberitahu bahawa penjualan tanah itu telah dibuat melalui tender terbuka, H'ng menjawab bahawa pihak berkuasa telah memanggil tender dua kali tetapi berikutan pengumuman pertama, perkataan 'jemput' telah digunakan.
"Ini menimbulkan syak terhadap proses tender tersebut. Itulah sebabnya mengapa kami menggesa Lim mendedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan urusniaga tanah tersebut," kata H'ng.
Lim dijemput lawat tanah terbabit
Pemuda BN Pulau Pinang, yang diketuai oleh Oh Tong Keong (kiri) telah menawarkan untuk membeli tanah tersebut pada harga RM450 sekaki persegi, dan Lim telah bersetuju dengan tawaran itu, dan berkata beliau akan menghantar surat rasmi kepada Oh tidak lama lagi.
Dalam sidang akhbar yang sama, Oh (kiri) memperbetulkan Lim mengenai saiz tanah tersebu, yang didakwanya 4.9 ekar, dan bukannya 1.1 seperti yang disebut oleh ketua menteri itu.
Beliau mempelawa Lim untuk melawat kawasan itu pada hari Jumaat, jam 10 pagi, dan berkata Pemuda BN akan menunjukkan kepada ketua menteri rekod kerajaan sebelumnya mengenai cadangan perumahan di Taman Manggis.
LGE dipelawa tinjau tanah di Taman Manggis
Penang BN 'willing to acquire' land in Taman Manggis
Penang BN 'suspects' CM involved in land scandal

Tukar siaran TV, pemuda maut dipercayai ditikam abang
Gara-gara
perselisihan faham menukar siaran televisyen, seorang pemuda maut
dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman malam
tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu kedua-dua beradik itu dikatakan bergaduh dan bergelut kerana salah faham tersebut.
"Semasa bergelut suspek mencapai objek tajam dan menikam perut mangsa. Sebelum itu pada hari yang sama kedua beradik ini juga bergaduh kerana berebut motosikal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya mangsa, berusia 23 tahun, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh, Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
"Selepas pergelutan itu suspek yang berusia 37 tahun terus melarikan diri. Mangsa dipercayai meninggal dunia setelah terkena tikaman tajam pada bahagian badan," katanya.
Manoharan berkata suspek berjaya ditangkap kira-kira jam 4.15 pagi tadi di Kampung Telaga Papan, Kemaman.
Katanya hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- Bernama

Audit: Urus niaga S'gor-Talam bebas keraguan
Juruaudit
KPMG sahkan bahawa urus niaga antara kerajaan Selangor dan Talam
Corporation melibatkan kutipan hutang RM392 juta tidak mengandungi
unsur-unsur keraguan.
Pengarah Eksekutif KPMG Advisory Unit Chan Siew May yang hadir pada sidang media bersama menteri besar tengah hari tadi menyatakan, semua transaksi melibatkan pembayaran hutang itu mematuhi undang-undang dan amalan perakaunan.
Menurutnya, KPMG mengambil masa sebulan bagi memeriksa transaksi yang direkodkan bersama dokumen-dokumen sokongan.
Bagaimana pun, beliau menjelaskan audit itu tidak dibuat untuk memeriksa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan MCA terhadap kerajaan Selangor sebelum ini.
"Ia tidak dibuat untuk memeriksa sama ada tuduhan terhadap kerajaan Selangor sebelum ini benar atau tidak," katanya.
Audit yang dilakukan ini adalah komitmen Khalid Ibrahim sebelum ini yang menolak penubuhan siasatan terbuka untuk meneliti penstrukturan semula hutang Talam Corporation.
Beliau sebaliknya, awal Ogos lalu, menawarkan untuk melantik firma audit bebas bagi tugas tersebut.
Khalid: Jangan ganggu MB
Ia dilakukan bagi menangkis dakwaan MCA yang mendakwa Selangor membelanjakan RM1 bilion untuk menyelamatkan Talam daripada hutang.
Pada sidang media sama, Khalid turut mengedarkan helaian jawapan kepada soalan-soalan lazim berkenaan kutipan hutang itu.
Menurutnya, ia disediakan untuk membantu media dan orang ramai termasuklah 'rakan-rakan dari MCA' untuk memahami perkara tersebut dengan lebih baik.
Beliau menegaskan bahawa proses yang berlaku adalah kutipan hutang dan bukannya 'bailout'.
"Dalam kes ini, aset (Talam) digunakan untuk menyelesaikan hutang. Kaedah kerajaan negeri adalah mendapatkan aset Talam menerusi perjanjian penyelesaian," katanya.
Beliau turut menggesa MCA agar menghentikan dakwaan bahawa kerajaan Selangor membelanjakan RM1 bilion dalam urus niaga jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.
"Kalau dia teruskan cakap kerajaan Selangor seleweng RM1 bilion, kita akan teruskan saman.
"Jangan ganggu MB, beliau sangat 'mahal'," katanya separa serius.
FAQ kajian bebas terhadap pemulihan hutang Talam

Daya saing global Malaysia jatuh
Malaysia
jatuh dari tangga ke-21 kepada 25 dalam persaingan global melibatkan
144 negara, menurut laporan tahunan Laporan Daya Saing Sedunia.Laporan yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia hari ini turut menunjukkan 'kesediaan teknologikal' negara ini berada di tangga ke-51, mengekalkan trend penururan selama lima tahunnya.
Ini berlaku ketika keseluruhan mata secara relatifnya kekal pada 5.06 mata daripada mata maksimum sebanyak tujuh, berbanding 5.8 sebelum ini.
Lynas dapat lesen operasi sementara
Lynas
Corporation Limited hari ini menerima lesen operasi sementara untuk
loji nadir bumi miliknya di Malaysia, untuk membolehkannya memulakan
pengeluaran seawal bulan Oktober.
Loji Lynas di Pantai Timur Malaysia itu telah sedia untuk beroperasi sejak awal Mei, tetapi terbabit dalam pertikaian alam sekitar dan keselamatan dengan penduduk tempatan sejak pembinaannya bermula dua tahun lalu.
Bantahan meluas berhubung kebimbangan terhadap sisa
radioaktif telah menarik ribuan orang, dan projek itu menjadi topik hangat menjelang pilihan raya yang mungkin diadakan tahun ini.
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) mengeluarkan permit itu berikutan perakuan awal daripada sebuah jawatankuasa kerajaan.
"Menerima lesen ini dari AELB adalah satu kemajuan yang penting bagi Lynas," kata Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis dalam satu kenyataan.
Tanur (kiln) untuk memproses pekatan nadir bumi dijangka bermula beroperasi pada bulan Oktober, tambah Lynas.
Loji itu dianggap penting kepada usaha-usaha untuk memecahkan penguasaan China dalam nadir bumi yang digunakan dalam produk yang terdiri daripada telefon pintar untuk kereta hibrid.
- Reuters

Kumpulan anti-Lynas akan mohon injunksi
Kumpulan
yang menentang operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas, Selamatkan
Malaysia, Hentikan Lynas (SMSL) akan memfailkan injunksi di mahkamah
untuk menghalang lesen operasi sementara (TOL) kepada loji di Gebeng,
Kuantan itu daripada dikuatkuasakan.Seorang jurucakap SMSL memberitahu Malaysiakini bahawa badan tersebut telah mengarahkan peguam mereka supaya memfailkan injunksi berkenaan.
Katanya, injuksi itu sekurang-kurangnya bagi membolehkan dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan.
Permohonan semakan kehakiman pertama adalah ke atas penganugerahan TOL kepada loji Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan satu lagi ke atas keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Ongkili yang menolak rayuan mereka.
TOL berkenaan, bagaimanapun dikeluarkan oleh AELB kepada syarikat perlombongan nadir bumi Australia itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan