Rabu, 5 September 2012

KADANG2 ORANG TAK PILIH CALON MALAH PARTI YANG DIWAKILI...TU SEBAB ADA YANG MENANG KEMUDIAN KELUAR PARTI...LEPAS TU BELASAH PARTI YANG DIA MENANG...ADAKAH ORANG NI BERINSIP...BERMORAL ATAU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI MUNGKIN KERANA FULUS..PANGKAT ATAU WANITA...ALLAH LAGI TAHU APA YANG MEREKA NIATKAN

JAWI akui ambil tindakan ke atas Border's tanpa fatwa

  • Hafiz Yatim
  • 1:27PM Sep 5 2012
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengakui bahawa tindakan ke atas syarikat Border's dan pengurus kedai syarikat tersebut Nik Raina Nik Abdul Aziz dibuat walau tiada fatwa dikeluarkan ke atas buku Allah, Kebebasan dan Cinta.
Pengakuan itu terkandung dalam afidavit oleh JAWI yang dikemukakan pada 30 Ogos lalu, menurut peguam yang mewakili tiga pegawai Borders dalam kes berkenaan.

Peguam tersebut, Rosli Dahlan berkata demikian di bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas kes tersebut dipanggil untuk pendengaran semakan kehakiman di hadapan Hakim Datuk Rohana Yusof.

Dalam kes tersebut, Rosli mewakili Nik Raina, penolong pengurus besar (operasi dan pembarangan) Border's Stephen Fung.

Bagaimanapun, penasihat kanan undang-undang yang mewakili JAWI, menteri dalam negeri dan menteri di jabatan perdana menteri bagaimanapun memohon supaya diberikan tempoh selanjutnya untuk memfailkan afidavit daripada menteri dalam negeri.

Rosli berkata mereka memfailkan afidavit dan dokumen yang diperlukan mahkamah pada Jun dan responden sepatutnya memfailkan dokumen dalam tempoh 14 hari selepas itu.
Gambar PM tak diubahsuai, kata bos Bernama
12:31PM Sep 5 2012
Dakwaan sesetengah pihak kononnya Bernama telah mengubahsuai gambar yang diambil pada rumah terbuka Aidilfitri 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya adalah sama sekali tidak munasabah, kata Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.

"Masa adalah intipati bagi sesebuah organisasi berita profesional dan bertanggungjawab seperti Bernama dan kami tidak ada masa untuk sengaja membuat sesuatu yang tidak rasional," katanya sambil menambah, unit foto pertubuhan berita nasional ini baru saja dilengkapkan dengan kamera dan lensa yang moden dan serba canggih tahun ini.

Yong berkata gambar asal yang dikatakan itu, yang menunjukkan sekumpulan besar orang ramai di rumah terbuka perdana menteri itu boleh dilihat oleh sesiapa jua di ibu pejabat Bernama di Kuala Lumpur.

Keadaan orang ramai berpusu-pusu di rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri telah menjadi kebiasaan sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tiga dekad yang lalu, bermula dengan Sri Perdana yang lama di Damansara dan Seri Perdana kini di Putrajaya.

Pada 1 September lepas, seorang senator pembangkang mengeluarkan kenyataan mendakwa gambar yang disiarkan di beberapa akhbar itu telah diubahsuai oleh artis grafik amatur dan gambar-gambar rumah terbuka itu sepatutnya menunjukkan anak-anak muda, yang tua dan orang kurang upaya yang berkerusi roda.

Yong berkata jurufoto itu, Harry Salzman Abu Bakar, yang sebelum ini pernah mengambil gambar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-Moon, Perdana Menteri Britain David Cameron dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hilary Clinton tanpa masalah, telah menggunakan kreativitinya untuk menunjukkan sekumpulan besar orang ramai terutama golongan muda, hadir ke rumah terbuka itu untuk bertemu perdana menteri.

Selain gambar itu, yang menunjukkan keterujaan orang ramai, Harry Salzman juga telah mengambil banyak gambar lain pada majlis itu, termasuk gambar perdana menteri melambai kepada tetamu.

"Tidak dapat dinafikan yang Datuk Seri Najib mempunyai daya tarikan, bukan sahaja di rumah terbuka Aidilfitrinya tetapi juga pada majlis dan acara awam lain, kerana gambar-gambar dan klip video pertubuhan berita lain turut membuktikannya," kata Yong.

- Bernama
Peguam: Pasukan baru polis siasat kes tembak Dinesh

  • Aidila Razak
  • 11:30AM Sep 5 2012
Polis menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat insiden melibatkan seorang pemuda 26 tahun, D Dinesh yang ditembak pasukan itu dalam satu kejadian bulan lalu.

NONEMenurut peguam, Latheefa Koya yang mewakili dua orang saksi dalam kejadian kontroversi itu, polis berbuat demikian selepas beliau menghantar satu surat ke ibu pejabat polis Bukit Aman minggu lalu.

Katanya, kes itu kini berada di bawah bidang kuasa Bukit Aman di bawah seliaan seorang pegawai bernama ASP Borhan.

Latheefa berkata, saksi berkenaan Y Ilavaresan dan K Moses, serta bapa si mati, W Darmasena memberi kenyataan kepada polis Isnin lalu.

Sebelum ini, Ilavarasen dan Moses enggan memberi kenyataan kerana pasukan siasatan itu merupakan pasukan daripada balai polis yang terlibat dengan kejadian tembak-menembak tersebut.

Kedua-dua individu berkenaan berkata mereka memandu dalam kenderaan berasingan dan merancang untuk bertemu Dinesh untuk makan pada malam tersebut, apabila kejadian itu berlaku berhampiran Ampang Waterfront pada kira-kira 2 pagi pada 21 Ogos.

Mereka mendakwa melihat Dinesh keluar daripada kenderaannya berhampiran satu lampu isyarat selepas dihalang oleh dua kenderaan yang tidak bertanda.

Moses mendakwa beliau melihat Dinesh – yang tidak bersenjata – ditembak ketika "berlari semula" ke kenderaannya.

Dinesh meninggal dunia di Hospital Ampang dua hari kemudian pada 23 Ogos.
Penyelidik: LGBT bukan keterbukaan tapi kembali ke era jahiliah
9:30AM Sep 5 2012
Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bukan satu cara hidup moden yang melambangkan keterbukaan dan penerimaan, sebaliknya menunjukkan tamadun manusia kembali ke zaman jahiliah, kata penyelidik kanan pusat kajian syariah, undang-undang dan politik dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Enizahura Abdul Aziz.
Menurutnya, perjuangan kelompok itu menolak hukum Tuhan dan mengutamakan kehendak peribadi.
  
Justeru, katanya, masyarakat harus memberi perhatian sewajarnya kepada penularan pemikiran berbentuk liberal ini yang mengetepikan tuntutan sebenar agama.
Enizahura menegaskan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Memahami Kemunculan Fahaman dan Amalan LGBT: Satu Analisis Ringkas' pada Muzakarah Pakar LGBT: Cabaran dan Penyelesaian, di ibunegara semalam.

Kertas kerja itu disediakan dengan kerjasama Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Ikim Dr Mohd Zaidi Ismail.
  
Enizahura juga berkata perjuangan secara terbuka kelompok pro-LGBT di negara ini mempunyai agenda untuk menghapuskan undang-undang sedia ada  bersabit pelaku homoseksual.

Seorang lagi penyelidik kanan Ikim, Siti Shamsiah Md Supi berkata perjuangan menuntut hak dan pengiktirafan terhadap golongan LGBT tidak akan berhenti malah semakin lantang disuarakan dan dipastikan penerimaanya oleh masyarakat dunia.
  
"Senario ini menunjukkan bahawa lebih banyak usaha perlu dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan dan tersusun agar kita tidak ditewaskan oleh kelewatan dan kesilapan kita dalam bertindak.
  
"Apabila isu LGBT ini diambil mudah mula berlakunya keruntuhan institusi keluarga, maslahah anak-anak tergugat, hubungan sejenis menyumbang kepada penyakit berjangkit seksual dan mempunyai kadar kelahiran dan kesuburan yang rendah," katanya.
  
Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Fenomena LGBT Dari Aspek Kekeluargaan dan Kemasyarakatan' berharap langkah pemantapan serta pengukuhan institusi keluarga dan masyarakat yang bertindak sebagai faktor penghalang penularan budaya negatif asing dapat dijalankan.
  
"Antaranya termasuklah langkah seperti penegasan pendirian kerajaan untuk menolak pengiktirafan terhadap golongan LGBT, pengukuhan keberkesanan peranan institusi keluarga yang dimainkan ibu bapa dan penekanan lebih besar terhadap ibadah dan adab serta prinsip pergaulan dalam ajaran Islam.
  
"Tidak kurang juga sokongan bagi pengukuhan peranan ibu bapa oleh pihak sekolah, pelaksanaan peranan yang aktif dan agresif oleh anggota masyarakat serta pembanterasan elemen yang secara tidak langsung menyokong unsur-unsur LGBT," katanya.
  
Beliau berkata institusi keluarga merupakan asas bagi pembinaan masyarakat dan negara perlu memandang serius agar pembanterasan LGBT ini dapat dilaksanakan dengan tindakan yang proaktif.

- Bernama
Penganjur: 'Anak muda berani' kibar Sang Saka
12:08PM Sep 5 2012
Penganjur perhimpunan Janji Demokrasi mempertahankan tindakan individu yang mengaku mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan ambang kemerdekaan, 30 Ogos lalu dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan berani.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Gabungan JANJI turut menyeru akhbar dan ahli politik supaya tidak lagi mengecam remaja yang bertanggungjawab mengibarkan bendera tersebut.
NONE"Dua anak muda telah dengan gagah berani mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera bersejarah ini.
"Ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.
"Gabungan JANJI menyeru semua ahli politik dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini.

Gabungan 47 NGO itu turut menyelar tindakan polis yang berhasrat untuk menyiasat Datuk A Samad Said kerana membaca sajak pada malam tersebut.

"Pada 28 Ogos, Pak Samad telah menulis sebuah sajak bernama Janji Demokrasi dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogos. Gabungan JANJI meminta pihak  polis dan kerajaan hentikan perangai bodoh yang ingin mengancam dan menggangu ini.

himpunan janji democracy 310812 samad said"Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau.

"Gabungan Janji menyeru semua sektor – politikus, media dan pihak kerajaan agar tidak meneruskan perangai bodoh mempolitikkan pekara tersebut. Janji Demokrasi datang ke Dataran Merdeka untuk merayakan ambang Merdeka bersama orang ramai," kata kenyataan itu lagi.
Gabungan NGO berkenaan bagaimanapun tidak menyokong tindakan segelintir individu yang dilaporkan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan juga gambar pengerusi Suruhanjay Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
"Kami tidak bersetuju dengan Najib dan Rosmah – cara kami ialah melalui perbincangan. Kami harap memijak gambar ini tidak akan berlaku lagi. Sesiapa yang melakukannya wajib bertanggung jawab."
NONEDalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Abdul Aziz.

Manakala dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh blogger pro-BN Yuseri Yusoff,  orang ramai memijak gambar Najib dan Rosmah yang telah koyak, yang dikatakan selepas insiden tersebut.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata ia memandangkan perbuatan mengibarkan "bendera baru" Sang Saka Malaya dengan serius.
Ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abd Rahim Mohd Radzi berkata tindakan itu dijalankan individu yang tidak bertanggungjawab.
"Jelas sekali jika perkembangan seperti yang berlaku baru-baru ini tidak dibendung dan masyarakat keseluruhannya tidak memahami kesan dan implikasi negatif daripada perbuatan seumpama ini, ia dikhuatiri akan menjejas kepentingan awam dan menyemai rasa benci di kalangan masyarakat.
"Masyarakat perlu faham bahawa apa yang berlaku adalah bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia. KDN dengan penuh komited akan bersama-sama membantu pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.
Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.
'Sang Saka Malaya diguna penyokong Indonesia Raya'
1:28PM Sep 4 2012
Isu bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan beberapa individu ketika perhimpunan Janji Bersih pada sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu terus menerima kecaman hari ini, termasuk oleh seorang ahli akademik PERKASA.

Prof Datuk Dr Ramlah Adam dipetik dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, Sang Saka Malaya merupakan  bendera yang digunakan oleh kumpulan yang menyokong Indonesia Raya, manakala sentimennya dibawa ke tanah Melayu semasa sebelum merdeka oleh Kesatuan Melayu Muda.

ramlah adam 150911 perkasaDalam laporan itu, beliau juga menyifatkan golongan yang mengibarkan bendera berkenaan sebagai "pelupa dan jahil sejarah tanah air" kerana rancangan untuk bergabung dengan Indonesia ditolak oleh majoriti orang Melayu pada ketika itu.

"Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju (dengan) perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pemimpin Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling yang berkata, dakwaan mengatakan Sang Saka Malaya adalah bendera asal negara ini merupakan "pembohongan besar" dan juga "sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara".

"Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadimereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya.
NONESementara itu, pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan pula berkata, "unsur pinjam-meminjam" dalam mereka bendera, seperti yang diperhatikan pada bendera Malaysia pada ketika ini, merupakan satu perkara "lumrah".Kenyataanya yang dilaporkan Utusan Malaysia itu seterusnya membandingkan bendera Malaysia yang mirip dengan bendera Amerika Syarikat, bendera Syarikat Hindia Timur British, bendera kerajaan Majapahit, negara Liberia dan juga pulau Bikini Atoll.
Kesemua bendera berkenaan mempunyai persamaan belang merah putih pada latar belakangnya.
Beliau mempertahankan rekaan corak bendera Malaysia hari ini, yang menurutnya merupakan hasil daripada pertandingan yang dimenangi seorang arkitek di Johor pada 1950.
"Jadi tidak betul dakwaan (aktivis) Hishammuddin (Rais) itu bendera kita adalah hasil ciplak dari negara asing," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Laporan itu menyebut, Hishammuddin pada dua tahun lalu menguar-uarkan bahawa bendera Malaysia dan lagu Negaraku wajib diubah.
600 pelajar terperangkap, lalulintas sesak 15km
8:36AM Sep 5 2012
Kira-kira 600 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah di Taman Sri Serdang dekat ibunegara, terpaksa diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat semalam.
  
Hujan lebat selama dua jam sejak jam 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah sehingga setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan 100 kenderaan milik penduduk dan 30 milik guru di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah.

Tinjauan Bernama setakat pukul 8 malam tadi mendapati pelajar dan guru sesi petang dua buah sekolah berkenaan masih terperangkap.
    
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, operasi menyelamat dan memindahkan pelajar serta guru sedang giat dijalankan.

"Satu jentera dari Balai Bomba Serdang bersama-sama tujuh anggota digegas ke kawasan banjir untuk operasi itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.

Mohd Sani berkata laporan awal mendapati banjir kilat itu melibatkan kawasan sekolah dan beberapa kawasan perumahan di sekitar Seri Kembangan, Jalan Serdang Jaya dan kawasan Kajang.
  
Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Serdang Khalid Lambak berkata air mula surut sejak pukul 7 malam tadi, dan kebanyakan penghuni rumah yang terjejas sibuk membersihkan rumah mereka.
  
Sementara itu, jurucakap Trafik Bukit Aman ketika dihubungi, berkata banjir kilat mengakibatkan kesesakan sepanjang 15 kilometer dari ibu kota menghala ke selatan sejak pukul 5.30 petang semalam
  
Katanya kesesakan berpunca daripada penutupan jalan di Km 305 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban.
  
Laluan hanya akan dibuka semula selepas banjir surut dan pengguna diminta menggunakan jalan alternatif untuk ke Bangi dan Kajang, katanya.

- Bernama
Dr M: Sokong calon payung terjun jika berkebolehan
8:54AM Sep 5 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BN mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 dengan syarat ahli parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.
  
Pada masa yang sama, bekas perdana menteri itu mengingatkan ahli BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.
  
NONEIni kerana, katanya perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.
  
"Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.
  
"Tapi kalau depa nak main... orang ini tak suka, orang itu tak suka, kalah pun boleh," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di Surakarta, Jawa Tengah.
  
Isnin lalu, Dr Mahathir menerima anugerah Doktor Kehormat Ilmu Sosial dan Budaya Dalam Bidang Kepimpinan dan Pemberdayaan Bangsa Melayu oleh Universti Sebelas Maret Indonesia (UNS-Solo), Jawa Tengah.
  
Ditanya mengenai kriteria yang perlu ada pada calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata mereka mestilah terdiri daripada orang yang dikenali sebagai berfikiran waras, berpelajaran dan mempunyai pengalaman dalam selok-belok negara demokrasi.
  
NONEKatanya apa yang menjadi masalah dalam BN selama ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya.
  
"Saya tak fikir (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.
  
"Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya.
  
Bekas perdana menteri itu berkata ahli Umno dan BN harus sentiasa ingat bahawa pilihan raya merupakan satu proses untuk memilih sebuah parti yang disokong oleh majoriti untuk membentuk kerajaan.
  
NONEKatanya jika mereka menyedari hakikat itu, anggota parti harus menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, termasuk calon yang bukan terdiri daripada anggota mana-mana parti komponen BN.
  
"Kita harus ingat, Umno, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, tak mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti.
  
"Jadi kenapakah kalau orang yang bukan ahli parti yang menentukan kemenangan, tetapi kalau mereka dipilih (sebagai calon) parti tak mau sokong. Sepatutnya kita sokong. Payung terjun ni payung terjun la, kalau dia berkebolehan kita patut sokong kerana akhirnya kita nak tentukan parti menang," katanya.
  
Ditanya sama ada BN boleh menang seandainya pilihan raya diadakan dalam waktu dekat, Dr Mahathir berkata beliau yakin BN akan menang namun beliau belum boleh meramalkan sama ada BN akan menang dengan majoriti dua pertiga.
  
"Saya ingat boleh menang, tapi masalahnya kita nak dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: