Khamis, 6 September 2012

KADANG2 KITA DAPAT BALIK....KADANG2 SEMUA ORANG DAH TAHU

‘Janji Ditepati’ akhirnya memakan diri

Afix Redzuan Selangorku, 06 Sep 2012
Kelunturan semangat mengibarkan Jalur Gemilang semakin ketara terutama tahun ini berbanding tahun sebelumnya yang mungkin disedari ramai pihak namun menganggap ianya ‘perkara biasa’.
Walaupun mengibarkan Jalur Gemilang bukan pra-syarat utama mengekspresikan semangat kemerdekaan, namun ianya kekal sebagai satu elemen penting meraikan ulang tahun bersejarah bagi negara.

Fenomena ini sepatutnya difikirkan semua pihak terutama parti pemerintah yang saban tahun memikirkan konsep baru sambutan kemerdekaan agar terus tersemat di sanubari rakyat Malaysia.

Gambaran ini melambangkan rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam iklim politik negara terutama pendedahan pelbagai skandal yang melibatkan pimpinan negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 dihujani kontroversi bermula dengan pengenalan tema ‘Janji Ditepati’ yang dilhamkan kerajaan sebagai lambang ‘kejayaan’ mereka mentadbir negara selama ini.

Tema bermotifkan ‘kelangsungan politik’ ini nyata mendapat kritikan banyak pihak yang jelas tidak melambangkan semangat patriotik seperti tahun sebelumnya.

Ruang kritikan turut diserikan dengan ungkapan sinis ‘Janji Dicapati’ sebagai tanda protes rakyat dengan tema yang disifatkan sebagai ‘syok sendiri’.

Kesinambungan kontroversi diteruskan dengan pengenalan lagu tema ‘Janji Ditepati’ dengan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim.

Paling mencuri tumpuan, rangkap ‘Janji Sudah Ditepati, Kini Masa Balas Budi’ menyaksikan kritikan hebat pelayar internet yang mengaggap rangkap berkenaan sebagai ‘menuntut’ rakyat mengenang kembali jasa pemerintahan Umno-BN.

Pakatan Rakyat (PR) turut menempelak tema berkenaan dengan berpendirian tema kemerdekaan perlu tampil tanpa berbaur politik kepartian.Justeru ianya tidak langsung melambangkan inspirasi sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini

Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan yang dibentuk PR tampil dengan tema lebih dinamik dan segar, Sebangsa, Senegara Sejiwa yang lebih mencerminkan Malaysia yang merdeka.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran lebih 10,00 rakyat pada malam ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ mengukuhkan lagi kepedulian rakyat yang sebenarnya bosan dengan Umno-BN.

Apakah transformasi politik yang cuba dibawa Najib Razak menemui jalan buntu sehingga isu kecil sebegini gagal diselesaikan?

Nyata retorik politik ini sebenarnya gagal menambat hati rakyat meskipun pemberian beberapa insentif terutama durian runtuh bagi peneroka Felda dan pemandu teksi.

Situasi ini sebenarnya menggambarkan hanya pihak tertentu yang ‘terbela’ walhal masih ramai yang menderita dengan kenaikan harga barang, kegagalan anak muda memiliki rumah pertama dengan kos yang tinggi dan beban hutang pembiayaan pendidikan.

Bukan ingin menimbulkan unsur hasad dengki mahupun cemburu terhadap golongan Felda mahupun bekas tentera yang banyak berbakti kepada negara tetapi harus diingat, banyak golongon marhaen yang belum menikmati hasil negara secara saksama dan adil.

Harus diingat, pemberian ini sebagai modal kepada rakyat supaya terus memilih mereka bila ‘tiba masa balas budi’.

Tidak hairanlah apabila kempen mengibar jalur gemilang yang diberi kempen meluas tidak mendapat sambutan rakyat. Ini disebabkan persepsi rakyat merasakan mengibar jalur gemilang seolah-olah bersengkol dengan kerajaan mengibarkan bendera Umno-BN untuk berkempen.

Kepimpinan BN sebenarnya telah memperoleh ‘klu’ berhubung sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib apabila menyaksikan satu dari 300 kenderaan dijalan raya yang mengibarkan jalur gemilang.

Hakikatnya rakyat sebenarnya menunggu ‘masa balas budi’ untuk membawa perubahan kepada Malaysia untuk mencapai erti kemerdekaan sebenar dengan lebih mendalam.

Hina gambar: Kerajaan perlu nilai kenapa berlaku

Salmiyah Harun, 05 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Insiden mempermainkan gambar pemimpin negara pada malam ambang Merdeka tempoh hari perlu dinilai oleh kerajaan mengapa ianya berlaku.

Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Abd Razab berkata, apa yang dilakukan oleh anak muda pada malam itu ada signifikannya yang perlu difikirkan.

"Kerajaan perlu fikirkan mengapa mereka bertindak diluar batas seperti itu. Apakah tidak cukup dengan sekadar laungan dan protes sehingga mereka memijak gambar pimpinan. Ini yang perlu dinilai oleh kerajaan," katanya.

Katanya, tindakan memijak gambar itu menggambarkan ekspresi kemarahan anak muda yang merasakan tuntutan mereka yang tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Namun beliau menegaskan perbuatan tersebut adalah diluar batasan dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Kita tidak perlu tunjuk perbuatan seperti itu untuk menyatakan protes kita terhadap mana-mana pihak. Kita tidak boleh menerima budaya ini sebagai demokrasi tulen," katanya.

Bagaimanapun tegasnya, pihak kerajaan perlu bersikap adil dan mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang melakukannya.

"Maknanya sesiapa yang melakukan perbuatan seperti itu harus dikenakan tindakan tidak kira individu yang menghina pimpinan kerajaan ataupun pimpinan pembangkang. Kerajaan perlu adil," katanya.

Tambahnya, jika dibiarkan perbuatan seperti itu terus berleluasa seolah-olah kerajaan membiarkan demokrasi ini diamalkan secara liar.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng meminta pihak berkuasa turut menyiasat individu memijak gambarnya.

Terdahulu, di Dalam Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu segelintir peserta himpunan dipanggil polis kerana telah bertindak memijak dan menghina gambar pimpinan negara.

Tindakan mereka itu turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan menyifatkan ia tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.
Insiden pijak gambar, bendera: Ada tangan ghaib, guna hak asasi

5 September 2012
Insiden pijak gambar, bendera: Ada tangan ghaib, guna hak asasi
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor
SHAH ALAM - Seperti ada tangan ghaib yang menggunakan hak asasi sebagai alasan untuk memijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan bendera 'baharu' negara, dalam insiden menjelang sambutan ambang kemerdekaan ke-55 negara baru-baru ini.
  
Demikian pendapat yang dilontarkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berhubung insiden berkenaan di mana beliau juga percaya ada dalang yang merancang perkara itu seperti beberapa dakwaan yang dibuat di luar negara kononnya Malaysia sedang dalam proses revolusi.
  
Beliau berkata individu terbabit yang disifatkan sebagai baling batu sembunyi tangan, seolah-olah mempunyai gerakan untuk 'memerdekakan' negara ke tahap kedua iaitu dengan niat seperti mahu mewujudkan negara sistem republik, menukar perlembagaan negara sedia ada dan menghapuskan sistem monarki di negara ini.
  
"Ini pandangan saya berdasarkan insiden pijak gambar pemimpin dan kibar bendera yang dipanggil Sang Saka Malaya mirip bendera dua negara yang menggunakan sistem republik.
  
"Saya terfikir mengapa ia diadakan menjelang kemerdekaan. Apa tujuan mereka dan saya fikir lebih mendalam akan ada apa lagi yang akan berlaku," katanya dalam sidang media ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
  
Rahim berkata perkara seperti ini perlu diberikan perhatian serius kerana fahaman seperti kononnya membuat tindakan mengikut hak asasi boleh mengundang perbuatan yang lebih melampau termasuk kemungkinan bertindak memijak gambar Sultan atau Yang di-Pertuan Agong.
  
Beliau berkata adakah perbuatan ini berlaku petanda bahawa kekuatan dan semangat patriotik telah luntur selepas tiadanya undang-undang pencegahan yang dihapuskan.
  
"Masyarakat harus bijak menilai perbuatan ini, jangan lupa sejarah dan kena ambil tahu sejarah," katanya.
  
Mengulas mengenai hak asasi yang sering dilaungkan oleh sesetengah pihak dan pemimpin politik, Rahim berkata semua rakyat mempunyai hak berkenaan namun mengapa pembelaan kadang kala hanya tertumpu pada sesuatu pihak sahaja.
  
Beliau mengambil contoh, sekiranya perompak dan penjenayah ditangkap dan dikasari oleh orang awam misalnya mengapa salahkan polis konon tidak bertindak tetapi bagaimana pula dengan nasib mangsa rompakan yang tidak diperjuangkan.
  
Sehubungan itu, semua pihak perlu melihat isu ini dengan lebih serius demi kebaikan bersama terutamanya menghargai kemerdekaan negara bukan cuba kononnya untuk merdekakan negara ke tahap kedua dengan revolusi pertumpahan darah. - Bernama



Bapa pelajar: 'Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia'
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
Polis bebas pelajar tunjuk punggung
Seorang pelajar sebuah kolej swasta di Cheras, (dua, kiri) ditahan pihak polis berhubung kejadian menunjuk punggung pada gambar pemimpin negara ketika sambutan Ambang Kemerdekaa
 Insiden 30 Ogos
Insiden meletakkan gambar pemimpin negara dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya di kawasan Dataran Merdeka Khamis lalu. – Foto ihsan Gossip Rakyat
BATU PAHAT – "Mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu," demikian rayuan A Rahman Abdullah, 53, bapa kepada salah seorang pelajar kolej swasta yang diambil keterangannya oleh polis berhubung kejadian menayang punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.

"Saya terkejut sewaktu mendapat perkhabaran ini. Setahu saya, anak saya langsung tidak terlibat dalam mana-mana parti politik serta tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin.

"Bagaimanapun saya percaya dia terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau mungkin dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya dia lebih menumpukan masanya pada pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurut A Rahman, pihak polis juga telah memaklumkan yang anaknya dibebaskan kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Sehubungan itu, dia turut menasihatkan anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam mahupun masa depan sendiri.

"Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut," katanya.
Sebab seronok sanggup tayang punggung, kata pensyarah
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
SHAH ALAM – Keseronokan adalah punca utama kenapa remaja sering melakukan tindakan di luar dugaan, seperti yang berlaku pada malam himpunan Janji Demokrasi baru-baru ini di mana seorang remaja berumur 19 tahun menayangkan punggung di khalayak awam.

Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Ruhani Mat Min berkata, remaja tersebut bertindak demikian kerana mahu menonjolkan diri di kalangan rakan-rakannya.

Menurutnya, pada peringkat umur ini, kebanyakan remaja masih tidak mampu berfikir dengan baik sama ada tindakan mereka itu menyalahi undang-undang ataupun tidak, malah kadang-kadang kumpulan ini berfikir dengan cara ‘terbalik’.

"Mungkin pada malam itu, rakan-rakan saling mencabar antara satu sama lain, sebab sudah terlalu seronok, maka remaja ini tidak mahu kalah dengan menayangkan punggungnya.

"Apabila remaja berkumpul dalam jumlah yang ramai, maka mereka saling menonjolkan diri mereka untuk diterima oleh kumpulan, maka remaja ini berseronok dengan semua tindakan mereka," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, bagi menangani kumpulan remaja seperti ini, kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti untuk golongan remaja supaya kumpulan ini berseronok dengan cara yang sepatutnya.

"Tidak dinafikan kumpulan ini perlukan keseronokan, jadi pihak berwajib perlu memberi banyak peluang dan membangunkan prasarana dan kemudahan bagi mereka beriadah dengan positif serta terancang.

"Remaja ada banyak tenaga dan jangan sia-siakannya, jika kumpulan ini dibiarkan, maka kesudahannya mereka akan bertindak pelik-pelik seperti ini," katanya.
Menantu Ghafar silap faham
AMRAN ALI
6 September 2012
Menantu Ghafar silap faham
Adly memegang laporan muka depan Sinar Harian 27 Ogos lalu mengenai desakan supaya Mohamad Sabu mohon maaf.
MELAKA - Pas negeri Melaka mendakwa menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Ahmad Hamzah tersilap faham mengenai ceramah yang disampaikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Bukit Baru, bulan lalu.
Sambil menegaskan ada beberapa ungkapan tidak wujud ketika ceramah berkenaan disampaikan, Pesuruhjaya Pas Negeri, Adly Zahari berkata, pihaknya mahu Ahli Parliman Jasin itu meneliti semula isi kandungan video ceramah pada 12 Ogos lalu.

Menurutnya, ceramah berkenaan mendapat banyak reaksi daripada pemimpin Umno terutama daripada Ahmad sehingga membawa kepada desakan supaya Mohamad Sabu memohon maaf atas kenyataannya itu.

“Beliau (Ahmad Hamzah) sendiri memetik satu blog  menyatakan sekiranya Tun Ghafar umur panjang, beliau sendiri pun akan masuk Pas seperti anaknya, Tamrin.

“Sebenarnya, jika kita rujuk video, ungkapan ini tidak wujud pun. Paling terbaik adalah untuk Ahmad mendengar dan melihat sendiri video berkenaan,” katanya pada sidang media di Markas Pas Semabok, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pas negeri, Asri Shaik Abdul Aziz; Ketua Pemuda Pas negeri, Yuhaizad Abdullah dan Setiausaha Pemuda Pas negeri, Shahrin Azam Ismaon.

Sementara itu, Adly berkata, Tamrin sendiri akan mengadakan sesi penerangan di kawasan Jasin, yang juga kubu kuat Umno sejak zaman Ghafar lagi mengenai sebab beliau masuk Pas.

“Sebenarnya Tamrin menghormati keluarganya, namun apabila Ahmad menimbulkan perkara ini maka beliau membuat keputusan membuat penjelasan.
“Beliau akan menjelaskan sebab mengapa beliau tinggalkan Umno dan membuktikan kebenaran mengenai dakwaan memang benar Mohamad Sabu ada melawat Ghafar,” katanya.

Sehubungan itu katanya, satu ceramah oleh Tamrin dan Mohamad Sabu akan diadakan di Markas Pas Kampung Serkam Darat pada 7 September, jam 8 malam.
Merdeka 2012 yang lain macamnya
  • Dr Bridget Welsh
  • 10:15AM Sep 6 2012
 
Rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos. Ramai meraikannya dengan cara biasa - bersama rakan dan sahabat handai, dengan makanan yang enak dan persahabatan unggul.

Walaupun dalam keadaan politik yang resah, membimbangkan dan tidak menentu, masih terlalu banyak perkara untuk diraikan. Malaysia merupakan negara yang hebat, dengan sejarah yang boleh dibanggakan serta penduduknya yang mesra.

Saya meraikan acara ini di Ipoh, di mana orang Perak menunjukkan keramahan dan kesantunannya. Jelas sekali rakyat Malaysia adalah aset terpenting negara ini.

Kehadiran Najib dan Muhyiddin di sambutan ulang tahun hari kemerdekaan di Bukit Jalil tahun ini bagaimanapun dilihat berbeza. Acara itu menjadi terlalu dipolitikkan, ekoran kedua-dua kelompok politik berbeza menggunakannya untuk mendapatkan sokongan.

Penggunakan sumber kerajaan untuk logo, lagu, slogan dan ucapan politik berbaur Umno tidak banyak memberi manfaat kepada pemerintah.

Perdebatan berhubung persediaan sambutan itu juga membangkitkan banyak persoalan kewibawaan, selain memalukan semua rakyat Malaysia apabila kehadirannya "untuk jemputan sahaja". Ia secara asasnya melanggar semangat kemerdekaan.

Ini menunjukkan kurangnya nilai kenegarawanan, sekali gus mengetengahkan isu serius yang dihadapi Umno di peringkat kebangsaan - apabila dilihat hanya berkhidmat kepada beberapa kerat pihak sahaja berbanding masyarakat yang lebih besar.

Pada masa yang sama, kumpulan masyarakat sivil berbaju kuning ‘Janji Demokrasi' turut berkumpul, mencerminkan polarisasi politik di negara ini, malah menunjukkan daya tahan berterusan penyokong BERSIH dalam kempen memastikan pilihan raya yang lebih bersih.

Ketika hasrat menyatupadukan rakyat Malaysia lebih jelas - semangat pesta itu dengan sendirinya menceritakan - taktik yang digunakan segelintir pihak untuk memperkecilkan pihak lain dengan memijak gambar dan mengibarkan bendera alternatif (walaupun dari sumber yang boleh dipersoal) - sekali gus membenarkan kerajaan melemahkan keseluruhan kesan acara itu.
Kolej pecat pelajar tunjuk punggung
8:05AM Sep 6 2012  
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keputusan pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras memberhentikan seorang pelajarnya berikutan insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara telah dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Beliau berkata tindakan itu wajar dilakukan kerana ia telah mencemar nama baik institusi pengajian tinggi berkenaan.
  
NONE"Saya percaya keputusan memberhentikan pelajar itu telah
dipertimbangkan sebaik-baiknya sehingga membawa kepada pemecatan itu," katanya kepada pemberita di Bangi malam tadi.

Beliau mengulas mengenai seorang pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif sebuah kolej, yang ditahan semalam dan kemudiannya dibebaskan berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.

Difahamkan pelajar itu diberhentikan serta merta untuk mencerminkan pendirian pihak kolej yang tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku menyalahi undang-undang negara.

Ditanya sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya, Khaled berkata ia terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.

Beliau, bagaimanapun berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar terbabit, juga telah diberhentikan serta merta.
  
Terdahulu, Khaled menghadiri majlis tinjauan mesra menteri bersama pelajar Kolej Keris Mas sempena Minggu Mesra Pelajar Sesi Akademik 2012-2013 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi.
  
Dalam ucapannya, beliau menasihati pelajar supaya memahami dan menghayati matlamat berada di universiti iaitu untuk menguasai ilmu pengetahuan.

"Anda perlu memahami kebebasan. Tapi ia tidak bermaksud kita membuat apa yang kita suka dan melanggar undang-undang negara," katanya.

Seramai 521 pelajar baru mendaftar masuk ke Kolej Keris Mas untuk sesi akademik 2012-2013. Mereka antara 3,180 pelajar baru yang mendaftar di UKM sesi tersebut.

- Bernama
1. Peguam: Siasatan kes tunjuk punggung 'tak seimbang'
2. Pelajar tunjuk punggung belum didakwa
3. Insiden tunjuk punggung: Polis tahan seorang siswa
4. Penganjur 'Janji Demokrasi' kutuk lelaki tunjuk punggung pada gambar PM, isteri'
5. Kes pijak gambar PM, model serah diri

‘Rosak jika mereka tadbir negara’



PUTRAJAYA: “Saya ingat rosaklah Malaysia kalau mereka (pembangkang) jadi kerajaan (mentadbir negara),” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas insiden terlampau sekumpulan peserta perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu.
Menurutnya, perbuatan itu menunjukkan pembangkang sudah ketandusan idea kerana sanggup menanam perasaan benci, hanya semata-mata kerana mahu meraih sokongan daripada rakyat. “Mereka sudah ketandusan idea dan tidak ada isu. Mereka cuba menimbulkan perasaan benci (kepada pemimpin) supaya mendapat sokongan. “Ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak berkebolehan kalau dapat peluang jadi kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mengada sesi dialog bersama 27 pegawai kerajaan dari 10 negara Afrika, anjuran Institut Pengurusan Afrika Timur dan Selatan serta Institut Integriti Malaysia, di sini semalam.

Tiada ulasan: