Isnin, 3 September 2012

KITA AKAN MENGENAL...SAPE KAH ORANG ITU...APAKAH PRINSIP HIDUPNYA...ALLAH LAGI LAH KENAL

Mana PERKASA? Mana Raja-Raja Melayu? Mana Janji yang katanya ditepati?
Posted on Monday, September 03 @ 10:53:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"

raja hidup mewah
Mana PERKASA?, yang kononnya berjuang untuk orang Melayu?
Mana Raja-Raja Melayu?, yang difahamkan kononnya menjadi payung kesejahteraan rakyat? Apa yang saya nampak, apa yang saya faham, kesemua raja-raja Melayu dipayungi kemewahan hasil daripada cukai yang dibayar olih rakyat jelata! 


SEREMBAN (Negeri Sembilan): Sepasang suami isteri di Taman Seri Telawi, Paroi, di sini, buntu menghitung nasib diri apabila mereka terpaksa merempat di tempat cucian kereta kerana rumah mereka dilelong tiga minggu lalu.
Cik Rosmazura Abd Samad, 42 tahun, bersama suaminya yang uzur, Encik Dahalan Ahmad, 65 tahun, diarah keluar daripada rumah mereka selepas tidak mampu membayar ansuran bulanan RM700 kepada bank.
"Memang sudah berbulan-bulan kami tidak mampu membayar sewa menyebabkan bank menghalau kami keluar daripada rumah teres yang mahu dilelongnya itu.

"Kami diberitahu rumah itu sudah dibeli dan terpaksa mengangkut semua barang serta pakaian ke tempat cuci kereta ini, yang sudah dianggap seperti rumah," kata beliau ketika ditemui di sini Jumaat lalu.
Beliau, yang berkahwin dengan suaminya hampir enam tahun lalu, tidak menyangka nasib mereka seburuk itu sehingga terpaksa merempat dan tidur dalam keadaan atap bocor.
"Sudah nasib kami begini. Suami pula disahkan menghidap paru-paru berair awal Ramadan lalu dan tidak mampu bekerja lagi.
"Saya masih kuat bekerja, tetapi mengenangkan suami sakit dan sentiasa memerlukan bantuan, saya terpaksa menjaganya," kata beliau.
Lebih menyedihkan, dua anak perempuannya bersama suami pertama yang berusia 14 dan 15 tahun terpaksa ditempatkan di rumah adiknya di kawasan berhampiran berikutan tiada ruang untuk tidur di tempat cucian kereta itu.
"Lagipun tidak elok anak gadis tidur dalam keadaan terbuka begini. Memikirkan nasib mereka saya menangis.
"Hidup kami juga mengharapkan belas ihsan adik untuk makan," katanya lagi.
Cik Rosmazura berkata 'rumahnya' yang dalam keadaan terbuka itu telah memberi peluang kepada penyamun mencuri dapur dan tong gasnya.
"Sudahlah hidup dalam keadaan daif, peralatan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas dicuri pencari besi buruk.
"Kami sekeluarga tidak mampu beraya seperti orang lain dan tiada sebarang persiapan dilakukan, berikutan tempat cucian kereta kepunyaan suami tidak mampu lagi diusahakan kerana tiada elektrik dan air," katanya.
Cik Rosmazura terpaksa menyimpan pakaian dalam kereta dan sehingga hujung bulan ini mengharapkan belas ihsan tuan rumah yang membeli rumah mereka agar mendapatkan air dan elektrik.
"Bulan depan mereka sudah berpindah masuk membuatkan kami akan tidur dalam keadaan bergelap tanpa elektrik," katanya. - Harian Metro
Wanita Tunisia gelisah undang-undang larang Poligami dimansuh
Posted on Monday, September 03 @ 10:34:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: halimislam

"

Ketua sebuah organisasi Islam di Tunisia menyeru pada minggu ini agar negaranya menghalalkan poligami sebagai sebahagian dari inisiatif pasca-revolusi untuk membatalkan semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.

Adel Elmi, Ketua Persatuan Tunisia Moderat untuk Kesedaran dan Reformasi, yang sebelumnya dikenali sebagai Suruhanjaya untuk Promosi Kebajikan dan Pencegahan Jenayah, mengatakan dalam sebuah kenyataan pada hari Rabu lalu di radio bahawa undang-undang perkahwinan seharusnya diubah, demikian laporan alarabiya.net, pada Khamis 30 Ogos .

Amalan ini dibenarkan dalam Islam dan perlu disahkan jika dianggap dalam kepentingan terbaik dari masyarakat, demikian keterangan Elmi. Dia juga mencadangkan undang-undang perkahwinan Tunisia dirujuk ke mahkamah untuk diubah suai, dalam keadaan tertentu.

"Sebagai contoh, isteri pertama harus bersetuju sebelum suaminya dibenarkan untuk berkahwin lagi," katanya.

Tunisia mempunyai beberapa undang-undang wanita yang kuat di Timur Tengah. Undang-undang yang disahkan pada tahun 1956 oleh Presiden Tunisia Habib Bourguiba melarang poligami, mengangkat usia perkahwinan untuk anak perempuan pada usia 17 tahun, perempuan mempunyai hak untuk memperoleh perceraian di mahkamah, dan melarang kahwin paksa untuk anak perempuan kecil.
Baca Lagi SINI


"
Polis didakwa simpan barangan kes keluarga mangsa pecah rumah
Posted on Monday, September 03 @ 10:34:34 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Sekumpulan pencuri telah memecah masuk di sebuah rumah di Johor Baru ketika penghuni rumah tiada di rumah. Ketika pencuri tersebut sedang sibuk mengumpulkan barangan berharga, jiran yang nampak menghubungi polis. Apabila polis sampai, pencuri tadi lari meninggalkan barang yang sudah dikumpul. Jiran nampak anggota polis membawa beberapa barangan, beg sebagai bahan bukti ke balai.


Apabila mangsa mengambil barangan bukti di balai, mangsa mengatakan RM200,000 dan beberapa barangan berharga dan barang kemas lain tidak dipulangkan termasuk 3 beg yang telah ditinggalkan perompak sedangkan jiran nampak anggota polis membawa 3 beg tersebut. (petikan akhbar NST 3 Sep 2012)
Family claim cops kept burgled items
03 September 2012 
JOHOR BARU: A family of five who had foiled a burglary at their home are now alleging daylight robbery by the police. Lim Kok Yong, 58, said police had yet to return some RM200,000 in cash, foreign currencies and jewellery, which were taken as evidence on May 19. 
Lim, from Taman Munshi Inbrahim here, has since lodged two police reports and sought the assistance of Johor Baru MCA Youth chief Kua Song Tuck, after failing to secure the items' return. The family were away when two burglars broke into their house and escaped with the belongings about 8pm on May 19. 
When Lim returned home about 11pm, he and his family were shocked to see their neighbours gathered in their compound. Lim said the burglars gained entry into their house via the back door.
After ransacking their house, they loaded the loot, including four mobile phones, jewellery, foreign currencies, piggy banks, bank passbooks and RM23,000, into three bags but a neighbour spotted them and alerted the police. 
"The police responded quickly but the burglars managed to escape, abandoning our belongings," Lim said at the South Johor Chinese Press Club yesterday. He said witnesses saw policemen loading the three bags into the boot of a police car. 
"The next day, when my son went to the police station to claim our belongings, they only returned three boxes of bird's nest and two piggy banks containing coins." A witness, Ahmad Muslim Abd Rahim, 17, said he and several neighbours had lodged police reports to confirm that they saw three policemen taking the three bags. 
Johor police chief Datuk Mokhtar Shariff despatched Johor Baru Utara Criminal Investigation Department chief and a Chinese-speaking senior police officer to the victim's house. "I will not tolerate any misuse of power among my subordinates. At the same time, I will ensure all allegations are investigated thoroughly." 

 Hassan Ali dulu dan sekarang
Posted on Monday, September 03 @ 09:23:12 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: paklongdin

"

Salam semua... Dulu Mak Long hang cukup kesian, cukup sedih tengok gambaq Hassan Ali yang neh... Mau tak sedih tengok idola dia depa boleh biaq main karom sengsorang. Dah nampak macam silap makan ubat pun ada... Tapi la ni dak dah....

Lain hulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang.
Hulu kayu parang panjang,
Dulu pemalu la periang.


Haha... la ni...
Dia dah tak keseorangan lagi...
Dia dah ramai rakan tolan, macam-macam kaler ada...
Dia dah boleh main karom dengan seberapa ramai orang yang dia suka...
Moga Hassan Ali teruih meneruih beristiqomah menjaga akidah ummah...
Sebelum Pak Long undoq diri... ni ada sikit buah tangan Mak Long hang bagi:

(Semua orang tau tak dak sorang pun yang sempurna, tapi tak semua orang tau untuk memahami ketidaksempurnaan orang lain....)
Errr... yang sedondon kat sebelah tu sapa? Hihi...

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

 Piala HUDUD
Posted on Monday, September 03 @ 00:12:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh moniermatdin

Malam sebelum 31 Ogos 2012, org rumah tertekan remote control tertengok TV3 – berita utama Buletin TV3. Masih terngiang-ngiang kat telinga teringat ucapan berdesing PM depa (kalau PM kita, dia akan bagi ucapan untuk semua rakyat Malaysia, tapi dia PM depa, maka ucapannya ditujukan untuk depa saja la), yang depa panggil sebagai Datuk Najib Tun Razak kat kaca TV.

Kata Datuk Najib lebih kurangnya:

“Tuan-tuan dan puan-puan, pembangkang ini tidak ada isu lain, tiap kali pilihanraya timbul isu hudud, tak habis-habis dengan isu hudup yang dimainkan mereka!!’

Macam-macam dia kondem PAS pasal bab hudud ini, cuma yang saya nak tulis kat sini satu benda saja. PM depa ini kata:

“Ini, Haji Hadi – hari tu waktu pilihanraya sebelum PAS menang di Terengganu, Haji Hadi cakap “Kalau kita menang di Terengganu, sebaik saja ayam berkokok sebelum fajar menyinsing, kita akan isyhtiharkan Hudud di Terengganu, tapi tuan-tuan dan puan-puan, PAS dah menang di Terengganu hari itu, dan ayam yang berkokok itu pun sudah lama mati, tapi Hudud tidak terlaksana pun”

(Bertepuk sakan saya dengar penonton bersorak).

Lepas tu, cepat-cepat saya tukar siaran pi tengok channel Astro National Georaphic, ada faedahnya juga daripada duduk tengok drama swasta PM depa dok perbodohkan rakyat jelata ini. Pasal apa saya kata rakyat jelata diperbodohkan? Sebab bukan semua rakyat jelata yang dengar ucapan dia tu cerdik dan paham dan tau kata ada dalam undang-undang Negara, ada Perlembagaan Persekutuan Perkara 75 yang menyatakan bahawa:

MANA-MANA UNDANG-UNDANG NEGERI YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ADALAH TERBATAL, SETAKAT MANA IA BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN ITU”

Maksudnya , sebaik-baik sahaja Haji Hadi isyhtiharkan undang2 Hudud, maka belum pun sempat mata beliau berkelip dan tak payah tunggu fajar menyinsing, maka mengikut perlembagaan Persekutuan Perkara 75 di atas, undang2 Hudud tersebut terbatal dengan sendirinya.

Sebab itu, Ulamak-Ulamak dalam PAS, walaupun hati depa tak berapa berkenan dengan perjalanan system pilihanaya / demokrasi di Malaysia ini, tapi depa cuba juga nak usahakan bagi PAS dapat perintah Malaysia – dengan apa cara yg dibenarkan oleh undang2 negara – agar dengannya suatu hari nanti perkara yg membatalkan undang2 negeri itu dapat dimansuhkan dengan persetujuan ramai melalui parlimen. Kalau tak dapat laksanakan Hudud seluruh Malaysia, dapat buat di Kelantan pun jadilah.

Siang tu 31 Ogos, saya pi solat jumaat di Masjid An-Najah, Padang Serai di negeri Kedah.

31 Ogos, hari cuti umum, penuh orang hinggakan terpaksa dihamparkan tikar tambahan di kaki lima masjid hingga ke kawasan parking motor.

Saya jadi terkejut la pulak, sebab baru saja saya nak lena waktu khutbah dibaca, tiba-tiba saya dengar lantang suara Tok Khatib berkata:

“Sidang jumaat yang dimuliakan; saya hairan sungguh bila sampai saja musim pilihanraya, maka puak-puak ini (UMNO) tidak ada isu lain yang nak ditimbulkan selain dari hudud. Adakah patut mereka kata itu Hudud PAS bukan Hudud Islam!!”

“Khatib nak bagi tahu di sini bahawa dalam Islam tidak ada Hudud PAS, tidak ada Hudud UMNO, yang ada cumalah Hudud Islam”

Kemudian, panjang lebar Tok Khatib cerita, ulas dan hentam UMNO bab UMNO vs hudud ini.

Saya nak tergelak – saya rasa Tok Khatib ini pun ada tertengok Buletin Utama TV3 juga gamaknya tadi malam, itu yang dia nak syeikh sangat itu.

Yang paling saya nak tergelak sakannya, bila mai tang DOA, dengan suara lantang Tok Khatib berdoa:

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau Bagilah Kemenangan Ya Allah Kepada Parti Islam dalam Pilihanraya Umum Yang Ke-13 nanti Ya Allah!!”

Saya tengok semua orang pakat tadah tangan kata AMIN – termasuklah depa-depa yang bukan penyokong parti Islam yang dimaksudkan itu – tak taulah pasal apa depa pun ikut Amin sama, mungkin masih mengantuk tengah dok lena dengar khutbah gamaknya – muarghahahaha!!!

Untuk org2 UMNO yang tak lena itu, mungkin dalam hati depa perasaan panas hati membara yang membuak-buak dalam dada – sebijik macam rasa hati orang2 PAS yang tengok Buletin TV3 malam tadi dan juga malam-malam sebelumnya dan selepas ini hinggalah selesai PRU13 nanti.

Padanlah - 2x5.

Sembang bab Hudud ini, bukan saja Berita TV dan Mimbar Masjid berlawan, suratkhabar pun turut berlawan sama.

Utusan Malaysia hari raya puasa yang ke-8, penuh dengan cerita Hudud. Muka depan tajuk besar: “ Hudud – PAS gagal nyata pendirian terhadap penolakan DAP,PKR – HADI BERDOLAK DALIK”.

Muka 4 hari yang sama tajuk “DAP, PAS terus bertelagah isu hudud”
Muka 6, analisa Utusan Malaysia sendiri dengan tajuk: “PAS Utamakan Putrajaya Dari Hudud”

(Tujuannya bukan apa, nak bagitau kat pengundi Melayu kata jangan undi PAS sebab PAS tak akan laksana hudud sebab depa takutkan DAP/PKR – habis tu kenalah undi UMNO sebab UMNO tak takut kat DAP/PKR/MIC/MCA/GERAKAN/etc – maka kalau UMNO menang PRU13 nanti, nescaya UMNO akan laksanakan hudud – macam tu lah kot gamaknya)

Tengok pulak The STAR, hari Rabu 29 Aug depa boh berita besar tajuk:

“PAS intensifies push for hudud [PAS meningkatkan tekanan supaya Hudud dilaksanakan].

Dalam berita itu dipetik kenyataan dua tokok utama PAS, Nik Amar (Timb Pesuruhjaya PAS Kelantan) dan Mujahid Rawa (Timb Pesuruhjaya PAS Penang). Tak pasti apa sebenarnya kenyataan rasmi kedua-dua orang kuat PAS ini, tapi di mukadimah ulasan berita itu, The STAR mengatakan bahawa mengikut tokoh-tokoh ini yg dipanggil sebagai Senior Leaders – isunya sekarang bukanlah SAMA ADA Hudud akan dilaksanakan tetapi MACAM MANA cara nak laksanakannya.

(Habis la terketaq lutut orang-orang bukan Islam yang baca ulasan berita The STAR ini – lepas ini, sure depa tak pangkah Pakatan dah – begitulah agaknya tujuan berita tersebut ditulis).

Pelik sungguh haih, dalam Utusan Malaysia kata PAS tak mau laksana Hudud atas 1001 sebab yang dinyatakan TAPI dalam The STAR kata PAS PASTI akan laksanakan Hudud – kalau saya baca dua dua akhbar ini serentak, mana satu saya nak percaya ini?

Sebenarnya tuan-tuan, mengenepikan seketika perbedaan pendapat PAS dan UMNO dalam bab Hudud ini, sebagai orang Islam, kita rasa sedih dan terkilan sungguh la, Hudud ini yang sepatutnya jadi benda SUCI, yang mai dari ayat Quran dan dari Hadith Nabi SAW ini, sepatutnya benda-benda ini adalah benda SUCI benda MULIA yang kita sebagai orang ISLAM tak patut permain-mainkan, ditendang pi ditendang mai macam main BOLA SEPAK.

Apa depa ingat, HUDUD ini macam BOLASEPAK PIALA DUNIA ka, ada PIALA empat atau lima tahun sekali? Lawan bertanding masuk TV masuk suratkhabar bagi satu DUNIA tengok? Tiap kali Pilihanraya PIALA HUDUD diusung keluar dari almari – dah habis PRU13 nanti simpan balik!! – macam tu ka?

Kalau macam itu lah dok ada, patut padan rasanya kalau ayat-ayat Hudud ini sumpah balik kat mereka-mereka yang mempermain-mainkan ayat-ayat Quran dan hadith Nabi SAW ini; biaq kena balun 7 lapis bumi dalam lubang kubuq nanti baru ada akai.

Kepada semua pihak kita nak kata – kalau nak buat Hudud sila buat, kalau tak mau buat jangan dipertandingkan Hudud macam PIALA - kami org awam kat bawah ini, dah letih dah, dah meluat tak tau nak habag dah!!

moniermatdin@yahoo.com
2.9.12
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com



  The Sultanah of Johor
Posted on Sunday, September 02 @ 11:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Radin87radin87.blogspot.com

Here is the list of HRH The Sultanah of Johor since 1886.

SULTANAH FATIMAH (1886 - 1891)

Sultanah Fatimah was the third wife of Sultan Abu Bakar of Johor. Her real name was Wong Ah Gew and later changed into Fatimah after converted into Islam.

She was a Chinese woman with Cantonese heritage. She was crowned as Sultanah of Johor in 1886. She died in 1891.


SULTANAH KHADIJAH (1894 - 1895)

Photobucket

Sultanah Khadijah was the fourth wife of Sultan Abu Bakar of Johor. Her real name was Khadijah Khanum. She was a woman with Circassion Heritage. She married to Sultan Abu Bakar in 1893 during the Sultan’s visit to the Ottoman Empire. She was crowned as the Sultanah of Johor in 1894. She had a daughter named Tunku Fatimah.

SULTANAH MAIMUNAH (1895 - 1909)
Photobucket

Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid was the first wife of Sultan Ibrahim of Johor. Ungku Maimunah was married to Sultan Ibrahim in 1892. She was a mother of Sultan Ismail. She was granted the title of Tengku Ampuan Besar (Crown Princess of Johor) in 1893 and later crowned as Sultanah of Johor in 1895. She died in 1909.

SULTANAH ROGAYAH (1920 - 1926)

Photobucket

Sultanah Rogayah was the second wife of Sultan Ibrahim. She was married to Sultan Ibrahim in 1897. She had a son, Tunku Abu Bakar. She was crowned as Sultanah of Johor in 1920. She died in 1926.

SULTANAH HELEN (1931 - 1938)

Photobucket

Sultanah Helen was the fifth wife of Sultan Ibrahim of Johor. Her real name was Helen Bartholomew Wilson and former wife of William Brockie Wilson. She was married to Sultan Ibrahim in 1930. She was crowned as the Sultanah of Johor in 1931. The couple divorced in 1938.

SULTANAH FAWZIA (1955 - 1959)

Photobucket

Sultanah Marcella or also known as Lady Marcella was the sixth wife of Sultan Ibrahim of Johor. Marcella Mendl was a daughter of Edgar Mendl from Romania and a cousin of British Diplomat, Sir Charles Mendl. She later took the name Fawzia upon converting into Islam. She was married to Sultan Ibrahim in 1940 and had a daughter, Tunku Miriam. She was known as Lady Marcella Ibrahim (1940 - 1955) and crowned as the Sultanah of Johor in 1955. She died in 1982.

SULTANAH AMINAH (1959 - 1977)

Photobucket

Sultanah Aminah was the first wife of Sultan Ismail of Johor. She was born as Ungku Aminah binti Ungku Ahmad. She is the second cousin to Sultan Ismail. She married to Sultan Ismail in 1920. She was granted the title as Sultanah of Johor in 1959 and been crowned alongside with her husband in 1960. She died in 1977 after suffered a road accident in 1976.

SULTANAH NORA (1978 - 1981)

Photobucket

Sultanah Nora was the third wife of Sultan Ismail of Johor. She was born as Tengku Nora binti Tengku Ahmad (an elder sister of Sultanah Zanariah). She was married to Sultan Ismail in 1978. She rose to the title of Sultanah of Johor in 1978. On 17th February 2011, she was demoted from the title Sultanah and is addressed as Tunku Puan.

SULTANAH ZANARIAH (1981 - 2010)

Photobucket

Sultanah Zanariah was the second wife to Sultan Iskandar al-Haj of Johor. She was born as Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad, a member of Kelantan royal family. She is a younger sister of Sultanah Nora. She was married to Sultan Iskandar in 1961. She was granted the title of Sultanah of Johor in 1981. From 1984 to 1989, she was styled as Her Majesty Raja Permaisuri Agong. She was probably the longest holder of the Sultanah of Johor title in history. On 17th February 2011, she was demoted from the title Sultanah and is addressed as Tunku Puan.

(2010 - Present)

Currently, there are still no holder for the position of Sultanah of Johor. The possible candidate for the title is HRH Tuanku Raja Zarith Sofia ibni Sultan Idris Shah, the consort of Sultan Ibrahim of Johor. Up until now, she are still not yet to be crowned as the Sultanah of Johor, nevertheless the Coronation Ceremony possibly be held in a near future.

HRH RAJA ZARITH SOFIA

HRH Raja Zarith Sofia is the wife of Sultan Ibrahim Ismail of Johor. She was born as Raja Zarith Sofia Ibni al-marhum Sultan Idris Shah, a member of Perak Royal family. She was married to Sultan Ibrahim Ismail in 1982. She was granted the title of Tuanku styled as Her Royal Highness during the birthday celebration of the Sultan of Johor on 22nd November 2010.



Source: Radin's Blog


 15 Gambar dan Video Malam JANJI BERSIH 2012 Di Dataran Merdeka
Posted on Sunday, September 02 @ 10:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Melayukini.net


Gambar-gambar sekitar himpunan aman JANJI BERSIH di Dataran Merdeka Kuala Lumpur sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.







Melayukini.net – 15 Gambar dan Video Malam JANJI BERSIH 2012 Di Dataran Merdeka | Umum mengetahui pada malam kemerdekaan Malaysia yang ke 55, berpuluh badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik dengan berpakaian baju kuning berhimpun di Dataran Merdeka untuk menyuarakan hasrat mereka yang inginkan keadilan dalam pilihanraya PRU 13 yang dikatakan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Berbeza dengan himpunan BERSIH sebelum ini, perhimpunan ambang merdeka JANJI BERSIH di ambang Hari Kemerdekaan Negara 2012 ini dilihat agak santai dan terkawal. Mari kita lihat gambar-gambar pada waktu malam JANJI BERSIH 201 di ambang Hari Kemerdekaan Negara.

P/S: Orang paling tension sekali bukanlah polis, BN mahupun peniaga di Kuala Lumpur, tetapi adalah mat rempit dan makwe makwenya kerana “port” mereka telah dirampas. Alhamdulillah, kurang maksiat dan insyaAllah kuranglah juga bayi luar nikah..


Kumpulan Anak Muda “Mat Rempit” Melihat Dari Jauh Dan Kecewa Bersama Awek Masing-Masing Bila Melihat Dataran Merdeka Ditutup Dan Dipenuhi Peserta JANJI BERSIH… #No Maksiat Tonite..


























Sumber: Melayukini.net

Tiada ulasan: