Jumaat, 7 September 2012

KADANG2 IDEA KITA DIGUNA PAKAI...ATAU IDEA KITA KENA BALIK PADA KITA....IDEA MAKAN DIRI

Urus pelabuhan: Kelantan hantar 34 pegawai ke Dubai

Salmah Mat Husain, 07 Sep 2012
KOTA BHARU: Walaupun Pelabuhan Tok Bali belum beroperasi secara rasmi, namun pelabuhan berkenaan telah ‘hidup’ dengan aktiviti-aktivitinya yang tersendiri.
Pelabuhan itu kini sedang diurus oleh East Coast Terminal Sdn. Bhd sejak beberapa bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, menyedari keadaan itu kerajaan negeri telah meluluskan 34 orang wakilnya ke Dubai untuk mempelajari kaedah pengurusan pelabuhan.

Katanya, peserta  dari pegawai kerajaan negeri termasuk ahli Majlis Daerah Pasir Puteh mengadakan lawatan ke Dubai bagi mempelajari kaedah membina dan menguruskan pelabuhan.

Beliau berkata lawatan itu akan diketuai  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

“Lawatan ini  penting sebagai persediaan kepada perjalanan Pelabuhan Tok Bali yang  bakal menjadi pelabuhan terpenting negara.

“Sekarang  inipun walau ianya belum siap sepenuhnya, pelancong sering mengunjungi Tok Bali untuk meninjau perkembangannya,” ujarnya lagi.

Katanya, lawatan kerja itu juga untuk meninjau aspek pelabuhan termasuk menangani hakisan pantai di pelabuhan.

Pecah tanah tapak pelabuhan itu telah disempurnakan dengan rasmi oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada akhir Mac lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kota Darulnaim, di sini sempena majlis Aidilfitri Block 1, di sini kelmarin.

Treler sertai jelajah Merdeka Rakyat PKR

Harakahdaily Foto: SK, 07 Sep 2012
PETALING JAYA: PKR hari ini melancarkan Treler Pentas Bergerak yang akan bergerak bersama bas Merdeka Rakyat dalam siri kedua jelajahnya yang bermula hari ini.

Pelancaran dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Ibu Pejabat parti itu pagi ini.

Treler dan bas itu akan bergerak ke Negeri Sembilan dalam penerusan siri kedua jelajah Merdeka Rakyat anjuran parti itu.

Dalam siri pertama jelajah mereka yang bermula 31 Ogos lalu, mereka telah menjelajah ke lima negeri bermula di Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, dan berakhir di Perlis.

Selepas Negeri Sembilan, konvoi akan diteruskan ke Melaka dan Wilayah Persekutuan merupakan destinasi terakhir untuk siri kedua ini.

Pada 1 September bas Merdeka Rakyat yang digunakan mereka diserang samseng ketika pasukan jelajah berada di Kelantan.

Bas tersebut disimbah cat merah dan cermin hadapan bas tersebut juga dipecahkan.

Mengulas perkara itu Wan Azizah pada sidang media selepas pelancaran pagi ini berkata, kawalan keselamatan akan dipertingkatkan untuk jelajah siri kedua ini.

"Kita telah meningkatkan kawalan keselamatan dengan memberi amaran kepada skuad AMK (Pemuda PKR ), sukarelawan supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga bas.

"Saya tak sangka, negara yang aman akan berlaku ancaman seperti ini," katanya sambil mengecam tindakan samseng yang merosakkan bas Merdeka Rakyat di Kelantan itu.

“Lebih baik anda buat bas sendiri dan jangan kacau bas kita. Saya harap bas dan treler ini akan selamat sepanjang program. Semoga peristiwa buruk itu tidak lagi berulang,” kata beliau.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir berkata, penggunaan treler pada kali ini adalah untuk menjimatkan kos.

Treler tersebut akan digunakan sebagai pentas yang telah dilengkapi dengan sistem siaraya.

Remaja tunjuk punggung selepas senaman punggung

Hazayani Zakaria, 07 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Insiden pelajar menunjuk punggung ke atas gambar Perdana Menteri mencerminkan generasi muda belajar daripada orang tua, kata Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, tidak hairan apabila ada remaja berani berbuat demikian kerana tiada tindakan diambil ke atas sekumpulan bekas tentera yang mengadakan "senaman punggung" di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Gabungan Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Mei lalu.


"Saya yakin insiden palajar tunjuk punggung itu mencerminkan bagaimana anak-anak muda telah belajar dari orang tua-tua.

"Bukankah sekumpulan bekas askar telah mengadakan pertunjukan TUNJUK PUNGGUNG di rumah Ambiga? dan tiada tindakan diambil di atas perbuatan tersebut?" soalnya dalam satu kenyataan di laman sosial facebooknya.

Justeru Maszlee yang juga pendakwah bebas berkata, kerajaan seharusnya juga mengambil tindakan terhadap orang yang lebih tua sebelum mengambil tindakan terhadap orang muda atas perbuatan sama.

"Jika mahu ambil tindakan pada yang muda, ambil tindakan kepada yang tua dahulu... Rule of Law !" katanya.

Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta ditahan polis dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas bertindak menunjuk punggu ke atas gambar Datuk Seri Najib Razak ketika sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, sekumpulan tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang melakukan "senaman punggung" dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga langsung tidak diambil tindakan.
Tiada 31 Ogos, tiadalah 16 September

  • Zulkiple Ibrahim
  • 11:22AM Sep 7 2012
"Bagaimana agaknya kalau negara kita masih diperintah penjajah dan belum merdeka?"

Itulah soalan yang diajukan penulis kepada seorang teman yang adalah pengamal media pada satu majlis Hari Raya di sini baru-baru ini.

"Kalau begitu, orang Melayu akan hanya masih mengerjakan sawah, orang Cina hanya menguruskan kedai runcit dan orang India terus bekerja di estet getah," jawab pengamal media itu.

"Perkhidmatan awam pula dikuasai 'Orang Putih' (penjajah) dan orang macam kita (miskin dan tinggal di luar bandar) serta anak kita tidak akan ada peluang belajar di universiti," sambung seorang lagi teman penulis, Dr Faizul Ismail, yang juga seorang ahli akademik.

Sememangnya mencapai kemerdekaan adalah begitu bermakna bagi sesebuah negara dan penduduknya.

"Sebelum Merdeka, penjajah orang putih pernah berkata orang Melayu akan berpuas hati jika mereka ada beberapa ekar sawah untuk tanam padi (untuk makanan), sungai untuk tangkap ikan (buat lauk) dan kebun getah untuk dapat duit (dari hasil) jual getah.

"Kita mungkin akan masih seperti itu jika masih belum bebas daripada dijajah," tambah Dr Faizul yang mempunyai doktorat dalam bidang sains.

Anak kecil

Malaysia berusia 55 tahun pada Jumaat, 31 Ogos tahun ini. Satu usia yang agak 'muda' jika dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia yang telah mencapai kemerdekaan beberapa tahun lebih awal.

Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia telah mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran.

"Keadaannya (Malaysia) sama dengan anak kecil yang sedang belajar tentang kepandaian yang baru.

"Kebebasan bermula ketika anak kecil itu kecil. Anak itu merangkak dan membesar, (perkembangan) ini berkesinambungan ke peringkat anak itu meningkat usia, kepada umur belasan tahun dan seterusnya sehingga mencapai autonomi dan berupaya membuat keputusan sendiri," jelas seorang teman lain yang juga pensyarah universiti, Dr Robert Leong.

Menurut Dr Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru.

Keupayaan

"Anak itu mahu tunjuk apa yang dia boleh buat melalui keupayaan diri mereka sendiri," jelas beliau, sambil menambah ini adalah penting untuk memberi keyakinan diri mereka sendiri.

"Apa yang mereka mahu buat untuk diri mereka, ada kena mengena dengan perkembangan diri anak itu sendiri," jelas beliau lagi.

Samalah dengan rakyat Malaysia dalam negara Malaysia yang merdeka serta berdaulat.

Itulah apa yang dilalui rakyat Malaysia. Kebebasan daripada belenggu penjajah telah memberikan mereka identiti tersendiri selain daripada kemahuan dan komitmen untuk mencapai kemajuan.

Malaysia dan rakyatnya telah mencapai kemajuan yang mendadak dalam hampir semua aspek termasuk dari segi ekonomi, akademik dan pentadbiran.

Hari Merdeka, Hari Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana ia mempunyai dua tarikh 'keramat'.

Pada 31 Ogos setiap tahun semenjak 1957, negara merayakan kebebasan daripada penjajahan dan ini dikenali sebagai 'Hari Merdeka' manakala 16 September semenjak 1963, ia merayakan ulang tahun pembentukan Malaysia (kemasukan Sabah dan Sarawak) di mana hari ini dikenali sebagai 'Hari Malaysia'.

Bagaimanapun masih terdapat perdebatan daripada golongan pihak-pihak tertentu.

Dakwa golongan ini, kenapa negara tidak merayakan hanya hari Malaysia sedangkan tarikh 16 September adalah lebih penting dan relevan kerana pembentukan Malaysia.

Bagaimanapun ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju. Jawapannya adalah mudah.

Menurut para cendekiawan, golongan akademik dan sejarahwan, contoh yang paling menonjol boleh diambil dari Amerika Syarikat yang mengagungkan 4 Julai sebagai 'Independece Day'.

Rakyat bersatu

Amerika Syarikat, sebuah kuasa besar dunia dan pernah dijajah British, merayakan hari kemerdekaannya pada 4 Julai setiap tahun.

Menurut seorang pensyarah universiti (yang enggan dinamakan), "Tidak ramai yang tahu bahawa pada tarikh 4 Julai 1796, hanya ada 13 negeri bekas tanah jajahan British di Amerika yang mencapai kemerdekaan sebagai sebuah negara.

"Negeri terakhir, Hawaii, hanya bergabung dengan Amerika Syarikat pada 21 Ogos, 1959 menjadikannya negeri ke-50 dalam Amerika Syarikat.

"Tetapi rakyat Amerika masih merayakan kemerdekaan mereka pada 4 Julai dan bukannya tarikh 21 Ogos kan? Begitu juga dengan negara kita, tarikh yang dianggap Merdeka adalah 31 Ogos," kata beliau.

Kebebasan

Penjajahan negara ini bermula pada tahun 1511 bila Portugis menawan Melaka. Belanda kemudian mengalahkan Portugis pada 1644 dan meneruskan penjajahan.

Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 telah membuka pintu kepada pihak British untuk bertapak di Tanah Melayu.

Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941 dan menyerahkannya kembali kepada British pada tahun 1945, di hujung Perang Dunia Kedua.

Jelas pensyarah itu lagi, Hari Kemerdekaan Malaysia adalah untuk memperingati hari di mana semua warga negara ini mencapai kebebasan daripada penjajah.

"Dan ia bukan hanya kemerdekaan daripada penjajahan British tetapi kesan daripada penjajahan berkurun lamanya oleh orang asing semenjak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Jepun.

Bila negara mencapai kemerdekaan, kita boleh merangka masa depan sendiri berbanding apa yang kita terpaksa buat menurut arahan penjajah," jelas pensyarah itu lagi.

Tanpa 31 Ogos, akan tiada 16 Sept

Katanya, dengan memberi kepentingan yang lebih terhadap tarikh 16 September berbanding 31 Ogos, ia akan 'melenyapkan' pengorbanan dan perjuangan serta nilai usaha para pejuang kebebasan negara.

"Tanpa 31 Ogos, 1957, tidak akan wujud tarikh 16 September, 1963. Tanpa pengorbanan serta usaha keras para pejuang kemerdekaan pada masa lampau untuk mencapai kebebasan tahun 1957, tidak akan ada sebuah persekutuan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1963.

"Inilah yang perlu diberitahu dan diabadikan kepada generasi muda."

- Bernama
Pijak gambar: Wan Azizah persoal 'keadilan' polis

  • Zulaikha Zulkifli
  • 11:06AM Sep 7 2012
Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail meminta agar pihak polis menjalankan siasatan secara adil berhubung insiden memijak gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur.

Wan Azizah berkata, tindakan sama perlu diambil terhadap individu yang melakukan perbuatan memijak gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Nak ambil tindakan, ambil kepada semua. Kalau (memijak gambar) ke atas perdana menteri  diambil tindakan. Orang yang buat begitu kepada Lim Guan Eng, tuan guru Nik Aziz juga perlu diambil tindakan. Itu baru adil.

"Tapi kalau hanya ambil tindakan yang buat pada gambar perdana menteri sahaja, itu adalah satu tindakan tidak adil," kata Wan Azizah kepada pemberita selepas melancarkan lori trailer Merdeka Rakyat di ibu pejabat PKR hari ini.

Beliau mengulas siasatan yang dijalankan polis berhubung tindakan peserta perhimpunan Janji Demokrasi pada sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

"Pada segi adab timur itu (memijak gambar)  memang kurang sopan. Tindakan mesti diambil pada semua. Sama rata.

"Kita perlu ubah sistem kehakiman dan polis yang sedia ada. Kita perlu baiki sikap ini.

Rabu lalu, seramai tiga individu disiasat berhubung insiden memijak gambar Najib dan Rosmah semasa perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu.

Seorang daripada individu berkenaan merupakan seorang pelajar kolej swasta yang didakwa melondehkan seluarnya sehingga menampakkan punggung ke arah gambar pembesar itu.
PKR tingkat kawalan pada bas jelajah

  • Zulaikha Zulkifli
  • 10:59AM Sep 7 2012
Kawalan keselamatan akan dipertingkatkan bagi menjaga bas milik PKR yang digunakan untuk siri jelajah Merdeka Rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak menyangka kejadian yang berlaku pada 1 September lalu berlaku di sebuah negara yang aman.

"Kita telah meningkatkan kawalan keselamatan dengan memberi amaran kepada skuad AMK (Pemuda PKR ), sukarelawan supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga bas.

"Saya tak sangka, negara yang aman akan berlaku ancaman seperti ini," kata Wan Azizah kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini.

Wan Azizah berkata bas tersebut, yang diserang ketika program jelajah tersebut berada di Kota Bharu, Kelantan pada 1 September lalu, kali ini juga akan disertai dengan satu lori treler.

Menurut Wan Azizah, treler tersebut akan digunakan bagi membawa alatan untuk membina pentas bagi mengadakan ceramah.

"Selain bas, treler ini kita akan gunakan untuk ceramah-ceramah. Bas hanya ada pentas yang kecil. Treler ini untuk pentas yang lebih besar," katanya lagi.

Sementara itu, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata treler untuk mengisi alatan membuat pentas ini juga akan digunakan oleh seketariat PKR bagi membina pentas.

"Pentas ini akan didirikan di padang-padang bagi hadirin berkapasiti besar. Sebelum ini kalau kita menyewa alatan pentas semua, melibatkan kos yang tinggi. Jadi, dengan treler yang bawa alatan ini, dapat jimatkan sikit.

"Berbeza dengan bas, bas akan masuk ke kawasan kampung, menghadiri majlis-majlis. Pentas di bas juga kecil," kata Nik Nazmi.

Tambahnya, idea untuk memiliki bas dan treler ini diilhamkan oleh Anwar Ibrahim dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sejak tahun 2007 lagi.

Ketika ditanya, Nik Nazmi berkata, treler berkenaan juga mungkin dibiayai oleh Khalid.

Khalid dalam penjelasannya sebelum ini berkata, beliau membiayai sepenuhnya bas yang diubahsuai itu "tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

Dalam insiden pada awal pagi 1 September lalu, bas yang digunakan bagi Jelajah Merdeka Rakyat itu dibaling cat merah dan cermin hadapan juga dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali.
PAS dakwa RUU hudud dibentang pada sesi akan datang

  • Aidila Razak
  • 12:23PM Sep 7 2012
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan perlaksanaan hudud pada sesi Parlimen akan datang.

Dakwanya, rakan-rakannya di Pejabat Peguam Negara memaklumkan perkara itu kepadanya.

"Kita tunggu dan lihat hudud versi mereka," katanya.

Menteri berkenaan bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Tidak," katanya ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS ketika diminta mengesahkannya.

Tiada ulasan: