Apabila syaitan hulurkan salam
Mohd Rashidi Hassan, | 02 Sep 2012 |
Sehari dua ini, Umno melalui akhbar Utusan Malaysia miliknya, cuba untuk menghangatkan dalaman PAS, dengan memainkan sokongan ulama PAS terhadap bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Namun, kita percaya kepimpinan dan ahli-ahli PAS cukup matang untuk menilai dan memperhalusi propaganda jahat Umno melalui Utusan, barang dijauhkan kita daripada tempias fitnah mereka.
Apa jua propaganda dan adu domba yang cuba dimainkan Umno, malangnya mereka terperangkap dengan pengakuan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memperakui bahawa Umno-BN tergolong dalam kelompok 'syaitan yang dikenali.'
Di dalam al-Quran, memang disebut Allah dengan jelas ayat 'hizbus syayatin' atau parti syaitan yang bertentangan dengan 'hizbullah' (parti Allah).
Namun PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, tidak pernah menuduh Umno-BN syaitan. Kami pun tidak pernah mengakui kami ini malaikat.
Justeru, tuduhan itu tidak datang dari kelompok kami. Mengakui diri sendiri atau parti sendiri sebagai syaitan adalah pengakuan bertulis dan kenyataan memperkukuhkan tulisan, secara sedar oleh Dr Mahathir sendiri.
Habis tinggi pun, ada buku yang mengaitkan Umno-BN sebagai 'Shit' seperti karya Sasterawan, Dato' Shahnon Ahmad dan cerpen 'Maharaja Beruk' tulisan Yahya Ismail.
Pengakuan Dr Mahathir ini, khabarnya amat mengejutkan PM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota Majlis Tertinggi Umno. Malah seluruh ahli Umno terkedu dan terdiam, kerana Dr Mahathir yang disanjungi sebagai 'godfather' mereka, mantan ketua Umno yang paling lama dalam sejarah Malaysia, iaitu lebih 22 tahun, mengakui bahawa mereka adalah parti syaitan.
Dr Mahathir, merupakan faktor dominan yang menindoktrinasi Umno-BN. Kata-kata beliau dianggap sebagai 'keramat' bagi sesetengah anggota Umno yang taksub. Hari ini, Dr Mahathir mengemukakan doktrin syaitan lebih baik daripada malaikat dan syaitan itu adalah Umno-BN. Siapa dalam Umno yang hendak lawan hujah mantan Presiden mereka?
Ada rakan-rakan Umno mengeluh kerana bagi mereka, kenyataan Dr Mahathir 'backfire' kepada Umno-BN dan menjejaskan perancangan Najib untuk membubarkan Parlimen.
Kerana, menurut sumber Jabatan Perdana Menteri, sudah ada cadangan kukuh untuk dibubarkan Parlimen minggu lepas, cukup masa yang diperlukan, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan sebelum umat Islam berangkat menunaikan ibadah haji.
Namun semua perancangan tergendala kerana pada anggapan Najib, Dr Mahathir 'bikin rosak ana punya program'. Ada kemungkinan mantan PM itu sengaja membuat pasal, kerana beliau sendiri yang menggesa Najib, memerintah sampai habis penggal, iaitu hingga Mac depan. Dalam erti kata lain, pada beliau jika dibuat PRU sekarang, BN gelap masa depan.
Tetapi pada orang Umno, bukan soal bubar Parlimen atau tidak, semata-mata. Soalnya, mantan PM itu lebih banyak bercakap dari Najib. Sama ada cakapnya 'lebih celupar' sehingga banyak menjejaskan Umno atau mungkin dia sudah semakin merepek, akibat faktor usia yang agak lanjut.
Apa pun pada kita, Dr Mahathir itu Umno dan kenyataannya refleks kepada pegangan dan masa depan Umno. Banyak usaha yang dibuat Umno untuk menarik PAS berkawan dengannya. Banyak usaha Umno, mengajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Sehingga terpacul kenyataan Dr Mahathir, mengajak PAS bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu hudud.
Kita tidak harus mempertikaikan keikhlasan mana-mana pihak untuk bersatu padu dan berkawan untuk kebaikan. Islam sendiri pun mengarahkan kita bersatu padu pada jalan Allah dan jangan sesekali berpecah belah. Malah Islam melarang kita mengetepikan sebarang usaha murni ke arah perpaduan dan silaturrahim.
Namun, dalam konteks politik hari ini, apakah salam persaudaraan dari parti yang mengaku diri mereka sebagai syaitan, wajar kita terima dan pertimbangkan?
Seperti yang tercatat pada sirah Nabi Isa a.s. Walaupun berbalas ucapan salam itu mendapat pahala, baginda enggan menjawab salam, kerana salam itu datangnya dari makhluk yang jahat seperti syaitan.
Justeru, kita bagaimana?
OIC digesa hantar tentera pengaman ke Syiria
Harakahdaily, | 02 Sep 2012 |
Menurut mereka, kegagalan Persidangan NAM di Tehran baru-baru ini untuk mengeluarkan kata sepakat mengenai isu Syria adalah bukti betapa penglibatan kuasa besar Barat masih banyak mempengaruhi keputusan negara-negara berkecuali untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.
Tentera pengaman dari PBB juga kata mereka gagal menyelesaikan konflik tersebut kerana elemen dari kuasa besar sangat kuat memberi kesan kepada sesetengah negara dalam NAM dan dalam PBB.
"Oleh itu kami menyarankan supaya OIC mengambil inisiatif bagi menghantar tentera pengaman sekaligus mengadakan perundingan penyelesaian politik yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak yang bertelegah," kata Pengerusi Shura Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan bersama.
Krisis di Syiria sudah berlarutan lebih satu setengah tahun dan sehingga ke hari ini sudah mengakibatkan lebih 20,000 terbunuh.
Keadaan kini yang semakin meruncing tidak boleh diterima akibat kedua-dua pihak yang bertembung mempunyai kekuatan senjata berat yang semakin jelas telah menyebabkan orang awam menjadi mangsa.
"Kami mengesa negara-negara Islam mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada Libya apabila tentera Nato telah campurtangan menjatuhkan Muammar Gadafi dan kini kuasa sepenuhnya tidak berada ditangan rakyat Libya kerana kuasa Barat mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan sumber minyak dari Libya," ujar mereka lagi.
Menurut mereka lagi, pihak barat telah berjaya menjadikan konflik di Syria sebagai konflik sektarian antara Sunni dan Syiah, pada hal pihak kuasa barat sudah lama merancang agar Asad dapat digulingkan dengan cara pemberontakkan rakyat.
Sementara, Shura dan Mapim juga menolak dan mengecam dengan keras kezaliman regim di Syria sejak dari Hafiz Al Asad sehingga Basyar Al Asad dam menggesa supaya kejatuhan regim itu mestilah dijamin agar tidak ada permainan kuasa barat mendapat manfaat dari pertukaran pemerintah.
"Kami percaya jika perundingan untuk merubah regim Syria dapat dilakukan dengan aman, rakyat Syria akan mendapat manfaat yang maksima berbanding membiarkan pemberontakkan yang dibiaya dari luar.
"Perselisehan pandangan mengenai konflik di Syria iaitu Turki, Iran dan Saudi Arabia hendaklah dikendalikan dengan bijak supaya isu terpenting iaitu membela yang ditindas dan menghukum mereka yang telah melakukan kezaliman dilaksanakan dengan adil," tegas mereka.
Sebab itu agensi yang boleh berperanan menurut mereka ialah melalui blok negara-negara anggota OIC yang boleh memberi peluang negara-negara tersebut untuk mengadakan pendekatan perundingan yang lebih matang dan berkredibiliti.
Lantaran itu kata mereka, adalah menjadi kewajipan OIC untuk bersidang menghantar tentera pengaman segera demi memastikan kemusnahan Syria tidak berlanjutan.
"Kami berpendapat bahawa saranan formula 6 poin Kofi Annan serta resolusi Liga Arab boleh dijadikan asas untuk menyelesaikan konflik tersebut.
"Akan tetapi perkara asas yang perlu dijamin ialah perubahan regim di Syria perlu ditangani dengan baik sehingga penyelesaian berpanjangan dicapai demi kestabilan rantau Asia Barat," tegas mereka.
Pembahagian kerusi PR selesai - Anwar
Muhammad Yusri Amin, | 02 Sep 2012 |
Katanya, semua keputusan dibuat berasaskan kesefahaman bersama yang menjadi teras Pakatan Rakyat.
"Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai," katanya.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata demikian pada sidang media Jelajah Merdeka Rakyat di Kota Bharu semalam sebagai mengulas perkembangan mutakhir menjelang PRU13 termasuk pengagihan kerusi.
Bagaimanapun katanya, sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.
“Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Kita ada understanding di kalangan kita.
"Kita ada muafakat, dipersetujui bersama, dan kita pegang prinsip itulah,” katanya.
Tolak jawatankuasa royalti
Sementara itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengulangi pendiriannya menolak jawatankuasa pembayaran royalti yang ditubuhkan kerajaan pusat.
Menurutnya, penubuhan jawatankuasa kini menjadi trend pentadbiran Datuk Sri Najib Razak yang dilihat hanya sebagai meredakan kebangkitan rakyat.
Sedangkan katanya dalam isu royalti khususnya di Kelantan, ianya secara jelas telah temaktub dalam akta petroleum dan tidak perlu kepada jawatankuasa lagi.
“Saya tidak percaya (jawatankuasa) ini benar. Ini kerana undang-undang (mengenainya) jelas, akta (pun sudah) jelas. Kalau nak buat (membuat pembayaran royalti), buatlah.
"Datuk Seri Najib ni, dia tidak berani nak bantah. Nak sokong pun dia tidak berani. Jadi semuanya (buat) ‘jawatankuasa”, Jadi penuh jawatankuasa ini.
" (Jawatankuasa) yang baru nak buat ini, supaya melepasi tempoh pilihan raya dan kemudiannya jalan seperti biasa (tinggal takok lama)," katanya.
Guna karya seni kritik kezaliman - MB Selangor
Harakahdaily, | 02 Sep 2012 |
SHAH ALAM: Perjuangan dalam penghasilan karya seni yang membawa suara masyarakat perlu diteruskan kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurutnya, karya seni berperanan penting dalam menyampaikan sesuatu kritikan untuk membetulkan keadaan termasuk kepada kerajaan yang memerintah.
"Karya seni berbentuk interpretasi politik perlu sentiasa ada untuk menyampaikan kritikan dan luahan kepada penyelewengan dan salah guna kuasa" kata beliau pada sidang media selepas merasmikan pameran kartun solo 'Zunar' di Galeri Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, Zunar merupakan antara kartunis yang konsisten serta komited dalam usahanya menyalurkan mesej kepada masyarakat secara sinis mengenai perubahan yang perlu dibuat.
“Biarpun Malaysia tidak memberi pengiktirafan kepada Zunar tetapi dunia luar begitu banyak beri pengiktirafan kepadanya. Beliau telah memenangi anugerah dunia melalui peranan kartunis di Washington yang mana mengiktiraf beliau sebagai pemangkin perubahan lanskap politik masyarakat.
Justeru beliau menyarankan rakyat menghayati karya Zunar dengan lebih dekat menerusi pameran yang diadakan itu.
Katanya, pameran ini perlu dikunjungi masyarakat seluruh Malaysia untuk merasakan jiwa kartunis dari aspek intepretasi mereka berhubung politik negara dan pendedahan penyelewengan yang perlu dibetulkan.
Pameran kartun solo bertajuk “Zunar” bertempat di Galeri 1, Galeri Shah Alam itu bermula semalam hingga 9 September depan.
Pameran itu julung kali diadakan Zunar di tanah air setelah membuat dua pameran di Bilbao, Sepanyol dan London bertemakan “Berjuang Melalui Kartun.”
Sebanyak 147 buah karya dipamerkan di mana kesemuanya berkisarkan senario politik Malaysia yang dihasilkan dari tahun 1999 sehingga kini.
Pameran yang merupakan anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini dibuka setiap hari kepada orang ramai dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Pemuda PAS S'wak gesa TV3 mohon maaf
Harakahdaily, | 02 Sep 2012 |
Ketuanya, Mohd Arifiriazul Paijo berkata, kenyataan spontan pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain semasa lintas langsung stesen itu kelmarin "benar-benar mengguris hati rakyat Sarawak".
"Kenyataan spontan mengenai kedhaifan Bintulu ini menunjukkan ketidakpedulian pengacara TV3 tersebut, yang juga merupakan seorang wartawan. Jika kualiti kewartawanan di TV3 adalah sebegini rendah, tidak hairanlah berita-berita di TV3 setaraf berita kedai kopi, penuh fitnah dan tangkap muat.
"Tidak hairanlah, saban hari berita di TV3 dipenuhi cerita dongeng, tuduhan dan fitnah terutama kepada parti Pakatan Rakyat. Rakyat hendaklah sedar hakikat TV3 bukanlah suatu saluran televisyen yang boleh dipercayai," luahnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Arifiriazul yang juga Ketua Penerangan PAS Miri, Bintulu merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan menjadi hub industri LNG di Sarawak dan merupakan antara penyumbang utama pendapatan negara.
Beliau juga berkata, isu ini juga timbul kerana kegagalan kerajaan negeri membangunkan negeri Sarawak, hingga dilabel dhaif.
Masyarakat umum katanya masih menganggap Sarawak sebagai negeri miskin dan dhaif, kecuali di kawasan bandar seperti Kuching.
"Ini merupakan satu persepsi umum yang ada benarnya. Dengan hasil minyak mencecah 100000 tong sehari, ditambah pula hasil gas dan pembalakan, negeri Sarawak merupakan negeri paling kaya hasil bumi.
"Namun hakikat yang perlu diterima oleh rakyat ialah negeri bertuah ini masih mundur dan terbelakang berbanding negeri-negeri lain," katanya.
Semalam, Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) juga dilapor mahu Nurul Syuhada meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya itu bagi meredakan kemarahan penduduk.
Pandi berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga beranggapan Bintulu sebagai daif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.
"Kami menggesa pihak TV3 memohon maaf atas ucapan semberono pengacara mereka mengenai Bintulu.
"Kami menasihatkan pihak TV3 mewajibkan kerja rumah kepada semua wartawan mereka sebelum menerbitkan sesuatu berita. Biarlah intergriti wartawan lain tidak terjejas dengan kesilapan pengacara ini," kata Arifiriazul.
Lebih 1,000 pendidik berhimpun 8 September
Harakahdaily, | 02 Sep 2012 |
(Banner Himpunan Pendidik 2012 di Shah Alam)
SHAH ALAM: Lebih 1,000 pendidik khasnya dari Selangor akan menyertai Himpunan Pendidik Islam 2012 8 September 2012 di Dewan Unisel, Shah Alam.
Turut serta dan bakal dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara adalah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Demikian kata Pengerusi NGO Pendidik, Normala Sudirman (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, antara objektif program ini adalah untuk membina rangkaian hubungan yang rapat antara para pendidik di seluruh Malaysia.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan guru-guru, tokoh-tokoh pendidik dan pengurus pendidikan pelbagai institusi dan pelbagai bangsa dari seluruh Selangor dan seluruh Malaysia yang telah menaburkan bakti, mencurahkan jasa membangunkan modal insan serta mengangkat martabat pendidikan negara.
“Dengan memilih tema himpunan 'Guru Menjana Kebijaksanaan', adalah diharapkan agar warga pendidik seluruh Malaysia terus beriltizam untuk terus berbakti dan mencurah tenaga demi memacu halatuju pendidikan negara,” katanya dengan penuh keyakinan dan optimis.
Himpunan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik Malaysia), dan MAPPIS(Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor).
Pihak penganjur menyasarkan penyertaan lebih 1,000 orang warga pendidik dan pengurus pendidikan dari seluruh negeri Selangor yang akan hadir untuk memeriahkan majlis.
Antara kelompok sasaran adalah 1000 warga pendidik dari Negeri Selangor dari pelbagai institusi dan 300 orang warga pendidik jemputan dari negeri-negeri seluruh Malaysia.
Program bersejarah ini juga bakal membariskan tokoh – tokoh dan ikon pendidik di Malaysia termasuk pesara professional pendidikan seperti Dato’ Adnan Bin Ibrahim ( Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan lain lain.
Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang akan menyampaikan ucaptama seterusnya akan menerima anugerah dan bakal dinobatkan sebagai ‘Tokoh Pendidik Nusantara’.
Selain daripada itu, beberapa anugerah akan disampaikan sebagai menghargai jasa pendidik yang telah mencurahkan bakti mendidik anak bangsa seperti Anugerah Tokoh Pendidik Muda kategori lelaki dan wanita sebagai suatu suntikan semangat.
Kehadiran Sasterawan Negara A.Samad Said yang bakal mendeklamasikan puisi juga dijangka bakal mencuri tumpuan hadirin warga pendidik yang hadir.
Selain daripada kehadiran dari seluruh Malaysia dan guru-guru di Selangor dari pelbagai institusi (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, Institut Perguruan (IPG),Sekolah Swasta dan Persendirian),ramai tokoh pendidik (berkhidmat dan bersara) serta tokoh pendidik jemputan, aktivis pendidikan dari Pendidik dan Kawan juga akan hadir bagi memeriahkan dan menjayakan majlis yang cukup berprestij ini.
Antara tokoh yang akan menyampaikan ucaptama adalah Ustaz Datuk Abu Bakar Chik selaku Mustasyar NGO PENDIDIK dan Dr. Hajjah Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.
“Selaku Presiden NGO Pendidik, saya menyeru agar semua warga pendidik dan tokoh pendidik seluruh Malaysia agar dapat hadir untuk memeriahkan dan menjayakan program ini untuk menzahirkan iltizam yang padu dalam usaha memacu halatuju dan masa depan pendidikan negara,” kata Cikgu Mala lagi dengan penuh harapan.
Tweet #Merdeka55: Najib dimalukan lagi oleh Rais?
Harakahdaily, | 01 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR:
Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disusahkan lagi oleh
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim
dalam sambutan Merdeka kali ini.
Bermula daripada slogan Janji Ditepati yang tidak diterima ramai kepada low class logo, kemudian lirik lagu “kini masa balas budi” dan kini kejayaan yang diwar-warkan Rais dalam mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam semalam.
Kejayaan yang diwar-warkan Rais disangkal oleh para pengguna Twitter, yang mengemukakan pelbagai bukti bahawa rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka mungkin dihasilkan oleh bots – perisian komputer yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan dan bukannya asli.
Sebagai contoh, tweet berbunyi “Selamatkan Malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa depan cucu kami. Salam #merdeka55. We support @NajibRazak” telah ditulis pada masa yang sama oleh berpuluh-puluh akaun.
Jika anda tidak percaya – cuba lakukan search “Selamatkan malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa dpan cucu kami” dan saksikan sendiri berapa “rakyat” Malaysia yang menaip benda yang sama pada masa yang sama.
Begitu juga tweet yang berbunyi - “Sambutan Ulang Tahun #Merdeka55 terbaik”.
Lihat juga berapa “orang” yang pada masa yang sama sedang menikmati mee kari di Queensbay Mall Pulau Pinang sambil menghantar tweet #Merdeka55 dengan melakukan search ini:
“Eating mee curry in Queensbay at the foodcourt and "Keranamu Malaysia" song being played”
Lebih kelakar lagi, apabila mesej sedemikian diulang oleh akaun Najib sendiri (lihat gambar kiri).
Bernama semalam melaporkan bahawa Rais menyatakan bahawa sejumlah 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Lebih menakjubkan, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu kata laman berita itu, telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.
Ketika para pengguna Twitter menyindir penggunaan bots untuk #Merdeka55, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula seolah-olah mengaku dengan menyatakan kekesalannya terhadap berita bahawa ‘bots’ yang sedang menghantar tweet #Merdeka55.
Tulis Khairy, “Disappointing news about some of the bots' tweeting. But even without that #Merdeka55 was great. Well done to all who took part!” tulis beliau. (Kecewa dengan berita bahawa bots yang sedang menghantar tweet. Tapi tanpa itu juga, #Merdeka55 adalah hebat. Tahniah kepada semua yang menyertai.)
Sementara itu, seorang pengguna Twitter Aisehman berkata tanpa menggunakan bots sebenarnya matlamat Najib untuk mencapai 1 juta tweet yang sahih mudah dicapai.
“Sungguh kesian. Ini idea siapa?” tanya beliau. Mungkin Rais ada jawapannya seperti logo, slogan dan lirik Merdeka yang penuh kontroversi sebelum ini.
Sementara itu, menurut Malaysiakini firma kajian Twitter Politweet.org berkata sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bots – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.
Kajian itu, katanya adalah melalui sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna sempena sambutan Merdeka semalam.
Sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck, yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.
"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," tambahnya.
Bermula daripada slogan Janji Ditepati yang tidak diterima ramai kepada low class logo, kemudian lirik lagu “kini masa balas budi” dan kini kejayaan yang diwar-warkan Rais dalam mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam semalam.
Kejayaan yang diwar-warkan Rais disangkal oleh para pengguna Twitter, yang mengemukakan pelbagai bukti bahawa rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka mungkin dihasilkan oleh bots – perisian komputer yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan dan bukannya asli.
Sebagai contoh, tweet berbunyi “Selamatkan Malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa depan cucu kami. Salam #merdeka55. We support @NajibRazak” telah ditulis pada masa yang sama oleh berpuluh-puluh akaun.
Jika anda tidak percaya – cuba lakukan search “Selamatkan malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa dpan cucu kami” dan saksikan sendiri berapa “rakyat” Malaysia yang menaip benda yang sama pada masa yang sama.
Begitu juga tweet yang berbunyi - “Sambutan Ulang Tahun #Merdeka55 terbaik”.
Lihat juga berapa “orang” yang pada masa yang sama sedang menikmati mee kari di Queensbay Mall Pulau Pinang sambil menghantar tweet #Merdeka55 dengan melakukan search ini:
“Eating mee curry in Queensbay at the foodcourt and "Keranamu Malaysia" song being played”
Lebih kelakar lagi, apabila mesej sedemikian diulang oleh akaun Najib sendiri (lihat gambar kiri).
Bernama semalam melaporkan bahawa Rais menyatakan bahawa sejumlah 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Lebih menakjubkan, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu kata laman berita itu, telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.
Ketika para pengguna Twitter menyindir penggunaan bots untuk #Merdeka55, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula seolah-olah mengaku dengan menyatakan kekesalannya terhadap berita bahawa ‘bots’ yang sedang menghantar tweet #Merdeka55.
Tulis Khairy, “Disappointing news about some of the bots' tweeting. But even without that #Merdeka55 was great. Well done to all who took part!” tulis beliau. (Kecewa dengan berita bahawa bots yang sedang menghantar tweet. Tapi tanpa itu juga, #Merdeka55 adalah hebat. Tahniah kepada semua yang menyertai.)
Sementara itu, seorang pengguna Twitter Aisehman berkata tanpa menggunakan bots sebenarnya matlamat Najib untuk mencapai 1 juta tweet yang sahih mudah dicapai.
“Sungguh kesian. Ini idea siapa?” tanya beliau. Mungkin Rais ada jawapannya seperti logo, slogan dan lirik Merdeka yang penuh kontroversi sebelum ini.
Sementara itu, menurut Malaysiakini firma kajian Twitter Politweet.org berkata sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bots – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.
Kajian itu, katanya adalah melalui sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna sempena sambutan Merdeka semalam.
Sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck, yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.
"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," tambahnya.
Solat jamak, qasar ketika balik kampung
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, | 13 Ogs 2012 |
Terima kasih
Jawapan;
Jika kita berasal di satu tempat, kemudian kita berpindah darinya dan tinggal/bermastautin di tempat yang lain, merujuk kepada amalan Nabi SAW, harus kita melakukan solat musafir (yakni jamak dan qasar) tatkala kita bermusafir ke tempat asal kita jika jaraknya melebihi dua marhalah dari penempatan baru kita.
Sedia dimaklumi bahawa Nabi SAW berasal dari Makkah, kemudian berhijrah ke Madinah. Hadis-hadis Nabi SAW menceritakan bahawa tatkala baginda bermusafir ke Makkah, baginda melakukan solat musafir ketika berada di Makkah - walaupun Makkah itu asalnya adalah tanah kelahirannya. Seorang sahabat bernama ‘Imran bin Hushain menceritakan;
“Aku pernah berperang dengan Rasulullah SAW dan bersama baginda ketika pembukaan kota Makkah. Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dengan tidak mengerjakan solat melainkan dua rakaat (yakni melakukan solat qasar). (Selepas memberi salam), baginda berkata (kepada makmum di belakangnya dari kalangan penduduk Mekah); “Wahai penduduk Mekah, sempurnakan solat kamu kepada empat rakaat kerana kami adalah golongan musafir”. (HR Abu Daud).
Berdasarkan hadis ini, harus kita melakukan solat musafir apabila kita pulang ke kampung/penempatan kelahiran kita jika kita tidak lagi menetap di situ. Adapun tempoh keharusan melakukan solat musafir, (yakni jama’ dan qasar) diharuskan selagi seseorang itu berada dalam musafir (perjalanan). Jika ia berhenti di satu tempat, sekiranya dia berniat untuk tinggal di situ empat hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi solat musafir (jamak dan qasar) hinggalah hari keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulama (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.
Sekiranya berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya dia akan keluar dari situ, harus baginya solat musafir di situ selama 18 hari mengikut mazhab Syafi’ie (yakni selepas 18 hari tidak harus lagi solat musafir walaupun urusannya belum selesai). Menurut mazhab Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad; harus solat musafir selagi urusannya belum selesai sekalipun memakan masa bertahun.
Mengenai pendapat ulama, ada sebahagian ulama berpendapat; tidak harus seseorang melakukan solat musafir jika singgah di suatu tempat yang ada di situ ahli keluarga dan hartanya. Dia hanya harus melakukan solat musafir ketika dalam perjalanan ke situ sahaja. Adapun apabila sampai, hendaklah melakukan solat penuh.
Hal ini kerana dengan adanya keluarga dan hartanya di situ, maka tempat itu telah telah menyerupai negeri/kawasan penempatannya. Antara yang berpandangan sebegini ialah Imam Ahmad dan az-Zuhri. Berkata Imam az-Zuhri; sesiapa bermusafir dengan melalui ladang/kebun miliknya, tidak harus solat musafir di situ. Pandangan ini diambil dari Ibnu ‘Abbas. Menurut beliau; jika kamu tiba di satu kawasan/tempat yang ada ahli keluarga atau harta kamu, hendak lah kamu mengerjakan solat sebagaimana solat orang mukim (orang yang menetap), yakni; solat dengan sempurna, tanpa qasar.
Namun jumhur ulama (termasuk Imam Syaf’ie, Ibnu al-Munzir, Imam Malik dan sebagainya) berpendapat; harus solat musafir selama tidak berniat menetap (bermukim) di situ. Jika berniat menetap (bermuqim) di situ, tamatlah keharusan solat musafirnya (yakni hanya harus mengerjakan solat musafir di perjalanan sahaja dan apabila sampai hendaklah melakukan solat sebagaimana biasa). Jadi menurut pandangan ini hukum bermusafir ke tempat yang ada ahli keluarga kita sama seperti bermusafir ke tempat lain, iaitu harus melakukan solat jamak dan qasar (jika mencukupi syarat-syarat dari segi jarak dan sebagainya) selama kita tidak berniat untuk menetap atau bermastautin di situ.
Pandangan pertama berdalilkan hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan bahawa; Saidina ‘Usman apabila berada di Makkah, beliau tidak mengqasarkan solatnya akan tetapi melakukannya dengan sempurna. Lalu perbuatannya disanggah oleh sahabat-sahabat yang lain. Maka dia menjawab; Aku telah berkeluarga di Makkah. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa berkeluarga di satu negeri, hendaklah Dia mengerjakan solat sebagaimana orang muKim (yakni tidak boleh jamak dan qasar)” (Riwayat Imam Ahmad). Namun, para ulama hadis telah sepakat mengatakan bahawa; hadis ini adalah dhaif (lemah), tidak harus dijadikan hujjah.
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
Budak enggan bersalam dengan Rosmah terhangat
Harakahdaily, | 02 Sep 2012 |
Di tangga kedua, berita mengenai bagaimana Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terbelit kantoi oleh kenyataannya yang berbelit-belit untuk menyelamatkan diri dan Pemuda Umno daripada laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia menyiarkan poster yang membawa mesej menghasut melampau.
Berita mengenai kesediaan suspek utama yang dikaitkan dengan isu ‘sumbang mahram’ yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar untuk memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog pula menduduki tangga ketiga.
Berita bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disusahkan lagi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sambutan Merdeka kali ini melalui ‘kejayaan’ mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam pada 31 Ogos lalu pula menduduki tangga keempat.
Di tangga kelima, ialah berita blog http://greenboc.blogspot.com mengenai isu dakwaan Umno dan para bloggernya terhadap Pakatan Rakyat yang kononnya ingin menggantikan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi. Perkara tersebut telahpun dinafikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 26 Ogos hingga 1 September, 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan