Khamis, 6 September 2012

SURUHLAH BERSABAR..RAKYAT TAK DAPAT APA2...MEREKA2@KRONI DAH DAPAT...BUATLAH APA KITA SUKA...SELAGI KITA ADA KUASA...DAH TAK DE...GILIRAN KITA LAH PULA...RASULLULLAH SAW DIBALING TAHI UNTA KERING...TAPI MASIH MEMAAFKANNYA...RASULLULLAH SAW MENGANGGAP UMATNYA TAK TAHU...

Maria Chin: Soalan polis 'tidak relevan'
  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:48PM Sep 6 2012
 
Penganjur perhimpunan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah berkata, soalan-soalan yang ditanyakan pihak polis kepada beliau dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said 'tidak relevan'.
Maria yang dipanggil bersama A Samad memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi berkata, soalan yang ditanyakan kepadanya mengenai sidang media penganjur di ibu negara pada 24 Ogos lalu.

Ditemui pemberita selepas memberikan keterangan, Maria berkata, beliau ditanya tentang kehadiran ke sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor itu dan peranan beliau.

"Soalan yang ditanyakan oleh polis tidak relevan kerana kesemua jawapan itu dia boleh perolehi di luar sana dan di (laporan) media," katanya.

NONEMaria ditemani peguam Lathefa Koya manakala A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad pula diwakili peguam Datuk S Ambiga dan Syahredzan  Johan.

Semalam, Pak Samad dan Maria menerina notis hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan Janji Demokrasi. Mereka bagaimanapun berunding dengan polis supaya dapat menangguhkan ke hari ini.

Sementara itu, Pak Samad hari ini berkata, beliau dipanggil memberi keterangan sebagai saksi memandangkan beliau tidak terlibat dalam penganjurannya dan cuma diundang membacakan puisi.

Seperti Maria, beliau juga enggan menjawab semua soalan kecuali mengenai maklumat diri.

"Tidak ditanya langsung tentang puisi itu (yang dibaca) seingat saya," kata Pak Samad lagi.

Menurut Ambiga pula,  Pak Samad hadir sebagai saksi bawah seksyen 110, Kanun Keseksaan, berbeza dengan notis polis bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman semalam.

"Notis itu diberi dibawah seksyen 9(5) iaitu kepada penganjur. Pak Samad bukan penganjur, jadi notis itu telah dibatalkan. Tetapi dia hadir sebagai saksi," kata Ambiga.

Dalam pada itu, ketika menunggu Pak Samad dan Maria selesai disoal siasat, kira-kira 20 orang aktivis seni dan NGO hadir menanti di luar IPD bagi memberi sokongan.
 


'Waran tangkap untuk Mat Sabu jika tak tampil'
  • Koh Jun Lin
  • 2:08PM Sep 6 2012
 
Polis Kuala Lumpur memanggil dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berhubung perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada 30 Ogos.

NONETimbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Aziz Zakaria berkata, kedua-dua mereka Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR,Tian Chua lapor Sinchew Daily.

"Jika mereka tidak tampil pada 7 September, polis akan mohon waran tangkap daripada mahkamah," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar harian berbahasa Cina itu.

Turut dipanggil penganjur Maria Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais, serta penganjur perhimpunan berbeza pada masa yang sama, Stanley Yong.
Menteri: Pelajar dipecat selepas dipertimbang sewajarnya
8:05AM Sep 6 2012  
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keputusan pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras memberhentikan seorang pelajarnya berikutan insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara telah dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Beliau berkata tindakan itu wajar dilakukan kerana ia telah mencemar nama baik institusi pengajian tinggi berkenaan.
  
NONE"Saya percaya keputusan memberhentikan pelajar itu telah
dipertimbangkan sebaik-baiknya sehingga membawa kepada pemecatan itu," katanya kepada pemberita di Bangi malam tadi.

Beliau mengulas mengenai seorang pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif sebuah kolej, yang ditahan semalam dan kemudiannya dibebaskan berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.

Difahamkan pelajar itu diberhentikan serta merta untuk mencerminkan pendirian pihak kolej yang tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku menyalahi undang-undang negara.

Ditanya sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya, Khaled berkata ia terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan.

NONEBeliau, bagaimanapun berkata pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar terbabit, juga telah diberhentikan serta merta.
  
Terdahulu, Khaled menghadiri majlis tinjauan mesra menteri bersama pelajar Kolej Keris Mas sempena Minggu Mesra Pelajar Sesi Akademik 2012-2013 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi.
  
Dalam ucapannya, beliau menasihati pelajar supaya memahami dan menghayati matlamat berada di universiti iaitu untuk menguasai ilmu pengetahuan.

"Anda perlu memahami kebebasan. Tapi ia tidak bermaksud kita membuat apa yang kita suka dan melanggar undang-undang negara," katanya.

Seramai 521 pelajar baru mendaftar masuk ke Kolej Keris Mas untuk sesi akademik 2012-2013. Mereka antara 3,180 pelajar baru yang mendaftar di UKM sesi tersebut.

- Bernama
1. Peguam: Siasatan kes tunjuk punggung 'tak seimbang'
2. Pelajar tunjuk punggung belum didakwa
3. Insiden tunjuk punggung: Polis tahan seorang siswa
4. Penganjur 'Janji Demokrasi' kutuk lelaki tunjuk punggung pada gambar PM, isteri'
5. Kes pijak gambar PM, model serah diri
Harga minyak petrol RON97 naik 30 sen lagi
2:40PM Sep 6 2012  
Untuk kali kedua dalam tempoh kurang daripada satu bulan, kerajaan persekutuan telah secara senyap-senyap menaikkan harga petrol gred RON97.

NONEKenaikan RM0.30 seliter harga yang berkuatkuasa
tengah malam tadi, menjadi harganya mencecah RM3 seliter.

Kali terakhir pengumuman rasmi dibuat ialah pada bulan Julai apabila Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan pengurangan RM0.20 harga seliter.

Sejak September 2009, harga RON97 harga telah ditentukan oleh apungan terurus sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan persekutuan untuk mengetatkan jumlah subsidi kerajaan.

Sebagai kompromi, kerajaan persekutuan memperkenalkan petrol gred RON95 dengan harga RM1.85 seliter.

Ia telah dinaikkan kepada RM1.90 seliter pada bulan Disember 2010 dan sejak itu  tidak berubah.

 
Polis nafi pilih kasih siasat insiden gambar PM
  • Ahmad Fadli KC
  • 2:30PM Sep 6 2012
 
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.

Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

NONE"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.

"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.

Semalam, seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta ditangkap kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri minggu lalu.

Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas percakapannya dirakam polis.

'Isu lambat bertindak tak timbul'
Polis kemudian meminta orang ramai mengenal pasti sepuluh individu lain yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden tunjuk punggung itu.

Dua daripada mereka, seorang model sambilan dan seorang pelajar kolej menyerah diri selepas gambar mereka tersiar.

Sementara itu, ditanya tidak bertindak awal mencegah perhimpunan itu, Mohmad berkata perkara itu tidak timbul.

Lagi pun, tambahnya, polis ditugaskan menjaga Dataran Merdeka dan bukannya Dataran DBKL - tempat perhimpunan itu berlangsung pada 30 Ogos.

"Kejadian malam itu bukan berlaku di Dataran Merdeka (seperti rancangan awal penganjur) tetapi berlaku di Dataran DBKL.

"Di sana kita tak cover kecuali cuma memerhatikan tindak tanduk mereka.

"Jadi apabila benda ini dah keluar Youtube dan akhbar dan ada orang membuat laporan barulah kita ambil tindakan," katanya. 
Bersabarlah, kata Dr M pada rakyat Sabah, Sarawak
  • Hazlan Zakaria
  • 8:29PM Sep 6 2012
 
Rakyat Sabah dan Sarawak mesti bersabar menunggu sumber asli dikeluarkan dan pelaburan asing dijelmakan sebelum mendapat pembangunan seperti di Semenanjung Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri menerangkan perkara ini dalam sesi soal jawab dengan pesara kerajaan dan kumpulan NGO di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

NONE"Sebenarnya, saya fikir pembangunan Sabah dan Sarawak mengatasi semenanjung. Sarawak mempunyai pelaburan asing tertinggi manakala Sabah pula mempunyai simpanan petroleum terbesar di negara ini.

"Bersabarlah dan tunggu sehingga sumber alam dikeluarkan dan tidak lama lagi pembangunan akan meningkat," katanya.
Gadis mohon maaf kerana pijak gambar PM
  • Aidila Razak
  • 4:12PM Sep 6 2012
 
Selepas 15 jam dalam tahanan polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar perdana menteri memohon maaf secara terbuka.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghasut.

Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian.

"Dia (Ong) memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut," kata peguam Eric Tan.
Gari gadis 'sangat lembut', kata polis
  • Abdul Rahim Sabri & Ahmad Fadli KC
  • 2:16PM Sep 6 2012
 
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".

"Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itu pun saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang.

NONE"Jadi bila tangkap orang, isu gari bukan satu isu. Apa juga tangkapan suspek mesti gari... (Ia) memang asas yang diperuntukkan oleh undang-undang.

"Bukan menjadi satu kesalahan kita menangkap pesalah, dengan menggunakan gari," katanya.

Pemberita sebelum itu menunjukkan keratan sebuah akhbar berbahasa Cina kepada Mohmad dan meminta beliau menjelaskan tindakan polis menggari itu mengikut prosedur.

Diasak lagi pemberita sama ada tindakan polis itu mengikut prosedur sekalipun gadis tersebut menyerah diri, Mohmad yang ditemui pemberita di rumah terbuka IPK KL di Pasar Seni berkata:

"Kita tengok. Sebab itu dalam peruntukkan undang-undang dia ada proses menangkap macam mana.

"Kalau tuan-tuan baca dalam Kanun Acara Jenayah, tengok macam macam proses tangkapan oleh pihak polis."

8 individu masih diburu
Sementara itu, Mohmad menjelaskan polis menggunakan peruntukan Akta Hasutan 1948 untuk menyiasat suspek itu kerana akta tersebut masih berkuat kuasa.

NONE"Maknanya akta ini masih lagi berkuat kuasa. Jadi kita ada hak (untuk menggunakannya)... Peruntukan masih lagi sah untuk diguna pakai," katanya.

Mengulas perkembangan terkini berhubung baki suspek yang didakwa memijak gambar perdana menteri, Mohmad berkata pihaknya masih 'memburu' lapan lagi individu yang terlibat.

Manakala, setakat ini tangkapan yang dibuat masih lagi kekal seramai tiga orang dan mereka telah pun dibebaskan dengan jaminan, tambahnya.

Sebanyak 238 laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.
Kolej pecat pelajar tunjuk punggung
1:02PM Sep 6 2012  
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics berkata ia tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku pelajarnya yang menyalahi undang-undang negara.
  
Justeru, Lembaga Disiplin dan Lembaga Akademik kolej memutuskan untuk memberhentikan seorang pelajarnya yang didapati terbabit dalam perbuatan menghina pemimpin negara baru-baru ini, kata kolej itu dalam kenyataan hari ini.
  
Menurut kenyataan itu, perbuatan pelajar semester ketiga jurusan Diploma Kreatif Multimedia terbabit adalah atas kapasitinya sebagai individu.

NONE"Ia sama sekali tidak mewakili budaya ilmu yang dipraktikkan di Cybernetics," kata kenyataan itu.

Cybernetics juga mengambil langkah proaktif bagi membantu pihak polis sepanjang proses siasatan kes.

"Cybernetics sentiasa menyokong dan mendukung aspirasi kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini untuk melahirkan modal insan yang berilmu, bertatasusila, dan menjunjung keluhuran perlembagaan untuk pembangunan Malaysia dan kesejahteraan rakyat," kata kenyataan itu.
  
Pelajar terbabit adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas.

- Bernama
Bapa pelajar tunjuk punggung minta maaf
1:49PM Sep 6 2012  
Bapa kepada pelajar kolej swasta yang terlibat dengan insiden menunjuk punggung ke atas gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kelakuan anaknya itu.

A Rahman Abdullah, 53 juga berhasrat untuk bertemu perdana menteri dan isteri bagi memohon maaf secara peribadi, lapor Utusan Malaysia.

NONEBeliau juga dilapor masih terkejut dengan apa yang berlaku dan menyesali insiden itu kerana setahunya anaknya tidak terlibat dalam mana-mana parti politik.

"Mungkin dia terpengaruh dengan rakan-rakan atau dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya, dia lebih menumpukan masanya terhadap pelajaran," A Rahman dipetik sebagai berkata.

Pelajar kolej itu ditahan polis pada hari Selasa bagi diambil keterangan berhubung tindakannya yang kelihatan melondeh seluar dan menunjukkan punggung pada gambar Najib dan isteri dalam sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, A Rahman turut menasihat anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan-rakan atau mana-mana pihak sehingga menjejaskan ketenteraman awam serta masa hadapan.

A Rahman turut berharap anaknya insaf serta mengambil iktibar daripada kejadian tersebut serta memuji tindakan dan kerjasama semua pihak dalam menangani insiden itu.
PM sedia terima permohonan maaf ayah pelajar
5:22PM Sep 6 2012  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia menerima permohonan maaf daripada ayah kepada seorang remaja yang dikaitkan dengan insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji Demokrasi semasa sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur, 30 Ogos lepas.
  
pm open house 190812 najib"Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan. Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aifilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut.

Media hari ini melaporkan permohonan maaf ayah kepada seorang pelajar lelaki kolej swasta yang menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam kejadian itu.
  
Ayah pelajar itu turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.
  
Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara.
  
Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusan memberhentikan pelajar itu berikutan insiden tunjuk punggung terbabit.
  
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan. 
  
- Bernama
 
Insiden pijak gambar, bendera: Ada tangan ghaib, guna hak asasi

5 September 2012
Insiden pijak gambar, bendera: Ada tangan ghaib, guna hak asasi 
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor
SHAH ALAM - Seperti ada tangan ghaib yang menggunakan hak asasi sebagai alasan untuk memijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan bendera 'baharu' negara, dalam insiden menjelang sambutan ambang kemerdekaan ke-55 negara baru-baru ini.
  
Demikian pendapat yang dilontarkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berhubung insiden berkenaan di mana beliau juga percaya ada dalang yang merancang perkara itu seperti beberapa dakwaan yang dibuat di luar negara kononnya Malaysia sedang dalam proses revolusi.
  
Beliau berkata individu terbabit yang disifatkan sebagai baling batu sembunyi tangan, seolah-olah mempunyai gerakan untuk 'memerdekakan' negara ke tahap kedua iaitu dengan niat seperti mahu mewujudkan negara sistem republik, menukar perlembagaan negara sedia ada dan menghapuskan sistem monarki di negara ini.
  
"Ini pandangan saya berdasarkan insiden pijak gambar pemimpin dan kibar bendera yang dipanggil Sang Saka Malaya mirip bendera dua negara yang menggunakan sistem republik.
  
"Saya terfikir mengapa ia diadakan menjelang kemerdekaan. Apa tujuan mereka dan saya fikir lebih mendalam akan ada apa lagi yang akan berlaku," katanya dalam sidang media ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
  
Rahim berkata perkara seperti ini perlu diberikan perhatian serius kerana fahaman seperti kononnya membuat tindakan mengikut hak asasi boleh mengundang perbuatan yang lebih melampau termasuk kemungkinan bertindak memijak gambar Sultan atau Yang di-Pertuan Agong.
  
Beliau berkata adakah perbuatan ini berlaku petanda bahawa kekuatan dan semangat patriotik telah luntur selepas tiadanya undang-undang pencegahan yang dihapuskan.
  
"Masyarakat harus bijak menilai perbuatan ini, jangan lupa sejarah dan kena ambil tahu sejarah," katanya.
  
Mengulas mengenai hak asasi yang sering dilaungkan oleh sesetengah pihak dan pemimpin politik, Rahim berkata semua rakyat mempunyai hak berkenaan namun mengapa pembelaan kadang kala hanya tertumpu pada sesuatu pihak sahaja.
  
Beliau mengambil contoh, sekiranya perompak dan penjenayah ditangkap dan dikasari oleh orang awam misalnya mengapa salahkan polis konon tidak bertindak tetapi bagaimana pula dengan nasib mangsa rompakan yang tidak diperjuangkan.
  
Sehubungan itu, semua pihak perlu melihat isu ini dengan lebih serius demi kebaikan bersama terutamanya menghargai kemerdekaan negara bukan cuba kononnya untuk merdekakan negara ke tahap kedua dengan revolusi pertumpahan darah. - Bernama


Tiada ulasan: