Selasa, 4 September 2012

BILA KEKUATAN BERTAMBAH...SOKONGAN BERTAMBAH PADU...NI KEHENDAK ALLAH...TAK DAPAT ADEN MENOLONG

Henti ancaman, tohmahan terhadap Janji Demokrasi

Harakahdaily, 04 Sep 2012
Gabungan Janji mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada orang ramai kerana telah tidak mempedulikan gangguan dan ancaman dari pihak polis dan hadir pada malam 30 Ogos 2012 untuk merayakan ambang Merdeka. Kedatangan orang ramai adalah bukti cinta  mereka kepada negara. Mereka hadir ke Dataran Merderka kerana mereka sedar banyak janji-janji kerajaan masih  tidak ditunaikan.
Gabungan Janji juga mengucapkan terima kasIh kepada semua yang memberi khidmat sukarela – pasukan perubatan, pasukan keselamatan Unit Amal, Majlis Peguam, Peguam Untuk Kebebasan, Pusat Guaman KL, SUARAM. Terima kasih dari Gabungan Janji kerana menyokong program ini.

Gabungan Janji ingin sekali kali memberitahu bahawa Janji Demokrasi  masih lagi menunggu janji-janji yang masih belum ditunaikan :

1 – Keluhuran Perlembagaan
2 -  Hukum Perudangan :
a)    menyokong hak kebebasan dan hak individu bersuara
b)    menghapuskan semua undang-undang zalim
c)    kebebasan media
3 -  Pilihan Raya yang Bebas dahn Bersih

Pada ambang Merdeka , warga Malayaia – anak semua bangsa -  telah membuktikan bahawa mereka berani berhimpun dan membuat tuntutan secara aman. Ini diakui oleh Ketua Polis  Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Tetapi  peranan jahat untuk memulakan gangguan dan ancaman dimulakan oleh pihak kerajaan dan Utusan Malaysia.

Polis membuat kenyataan untuk menyiasat Datuk A.Samad Said kerana membaca sajak pada malam ambang Merdeka. Pak Samad adalah: Sasterawan Negara. Beliau juga pemenang hadiah Pejuang Sasterta (1976) , SEA Writer Award (1979), Sasterawan Negara ( 1985)  dan Sasterwan Nusantara (1999).

Pada 28 Ogos 2012 Pak Samad telah menulis sebuah sajak bernama Janji Demokrasi dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogops 2012. Gabungan Janji meminta pihak  polis dan kerajaan hentikan membuat perangai bodoh mengancam dan menggangu ini. Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau.

Tentang SANG SAKA MALAYA – dua anak muda telah dengan gagah berani mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera bersejarah ini. Ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.  Gabungan Janji menyeru semua ahli politik  dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini.

Akhir sekali, Gabungan JANJI telah memberitahu media pada malam 30 Ogos bahawa kami tidak menyokong perbuatan memijak muka Najib dan Rosmah. Kami tidak bersetuju dengan Najib dan Rosmah – cara kami ialah melalui perbincangan. Kami harap memijak gambar ini tidak akan berlaku lagi. Sesiapa yang melakukannya wajib bertanggung jawab.

Gabungan Janji menyeru semua sektor – politikus, media dan pihak kerajaan agar tidak meneruskan perangai bodoh mempolitikkan pekara diatas. Janji Demokrasi datang ke Dataran untuk merayakan ambang Merdeka bersama orang ramai.

Terima Kasih.

Dikeluarkan oleh:

GABUNGAN JANJI

Dipersetujui oleh:
1.    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2.    Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
3.    Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
4.    Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
5.    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6.    EMPOWER
7.    Memacu Arus Perjuangan (MAP)
8.    Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
9.    Jingga 13
10. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
11. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
13. Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
14. Asalkan Bukan Umno (ABU)
15. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
16. KILL THE BILL
17. WARGA AMAN
18. SEED
19. Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
20. Angkatan Rakyat Muda (ARM)
21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
22. HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
23. Radio Bangsar Utama (RABU)
24. UBU - Universiti Bangsar Utama
25. Unit Ehsan Malaysia
26. Alumnus Sekolah Politik (ASP)
27. Agent of Change (AoC)
28. Akademi Pak Sako (APS)
29. Selamatkan Teluk Rubiah
30. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
31. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
32. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
33. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
34. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur / Selangor (KLSCAH)
35. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
36. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR)
37. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)
38. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)
39. Kumpulan AL-FATEH Rompin
40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
41. Suara Makkal
42. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
43. Malaysian Youth Care Association (PERHATIN)
44. Peoples' Welfare and Rights Coalition (POWER)
45. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
46. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
47. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)

 Hantaran Petunangan Paling Sepoi!
Posted on Tuesday, September 04 @ 01:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenjualCendol


Adalah diberitakan hantaran pertunangan Pija mentor yang berasal dari Sabah yang dipetik daripada Forum Cari memaparkan 2 dozen rokok Dunhill. Siap dengan gambar kanser pelbagai (beberapa siri gambar)

Kalau nak diertikan... hang hisap rokok kuat sangat pi mampus dengan kansernya sekali!! Takkan macam tu itu saja aku buat pentaksiran sahaja. Marah Pija membacanya nanti!

Ini siapa yang hisap rokok sebelah lelaki atau sebelah perempuan?

.............
http://penjualcendol.blogspot.com



 AMK Selangor Kesal Kelewatan PDRM Tangani Isu Keganasan
Posted on Tuesday, September 04 @ 02:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh AZMIZAM
Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini mempersoalkan kelewatan Polis Diraja Malaysia terutama Kontinjen IPK Negeri Kedah yang begitu lewat tiba untuk menangani kekecohan akibat insiden melempar kasut ke dalam masjid oleh ahli Perkasa di Masjid Seberang Pumpong, Alor Star malam semalam.

AMK Selangor turut mengecam perbuatan biadap sekumpulan ahli Perkasa ini dan percaya kumpulan ini telah melampaui batas dan seharusnya pihak Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan mengkaji semula kelayakan golongan pelampau seperti ini dari terus bergerak aktif.

AMK Selangor berpandangan bahawa kelewatan tindakan PDRM dalam menangani isu provokasi seperti ini bakal mencetuskan ketegangan yang lebih di kemudian hari. Ini akan mengakibatkan kemungkinan pihak yang diserang akan bertindak balas serta mengakibatkan pergaduhan lebih besar.
PDRM Harus Layan Rakyat Sama Rata, Hentikan Sikap Berpihak
PDRM selaku sebuah entiti yang penting dalam mengimbangi politik dan mengawal keselamatan dalam negara haruslah terus bijak dan tidak berpihak kepada mana-mana individu mahupun pertubuhan bagi memastikan setiap rakyat mendapat hak sama rata dan perlindungan keselamatan.
AMK Selangor mendesak Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim untuk memberikan perhatian serius atas kejadian ini, dan bertindak menyiasat mengapa pasukan polis lewat tiba di tempat kejadian, sekiranya terdapat laporan.
AMK Selangor bimbang dan tertanya-tanya jika terdapat serangan yang serupa terhadap pimpinan Umno BN apakah reaksi PDRM dan bagaimana mereka bertindak dan menekan individu serta kumpulan yang melakukan serangan seumpama itu.
Adakah kerana insan yang berada dalam masjid itu bernama Anwar Ibrahim, maka keselamatan beliau tidak penting? Apatah lagi beliau sedang menyampaikan tazkirah dan bukan ceramah politik seperti kebiasaan.
Apakah jika rakyat itu tidak berpangkat dan bukan ahli Umno, maka mereka tidak berhak untuk perlindungan dan jaminan keselamatan hatta diserang dan ada tujuan untuk mencederakan?
PDRM telah pergi terlalu jauh dari landasan sebenar, maka wajarlah mereka memainkan peranan lebih aktif untuk dengan efisien menangani kejadian seumpama ini. Pengumuman Malaysia sebagai negara selamat, adalah mimpi dan penipuan terang-terangan yang sekadar menutup kelemahan banyak pihak.
Haruslah PDRM secara langsung, tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu keselamatan rakyat. Pakatan Rakyat juga tidak meminta layanan istimewa, cukuplah sekadar jika PDRM tahu tanggungjawab dan rakyat Malaysia menerima perkhidmatan yang lebih meyakinkan.
Jika Dato Seri Anwar Ibrahim, selaku Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia menerima layanan keselamatan yang teruk, AMK Selangor bimbang apakah nasib seorang rakyat biasa apabila berhadapan kesulitan dan bahaya.
Justeru, AMK Selangor percaya PDRM dalam usia lebih 200 tahun telah lebih bersedia bersikap profesional. Insiden ini bukan setakat perbuatan melempar kasut, tetapi adalah cubaan menanam sikap ganas dan kebencian yang harus dikikis dari awal. AMK Selangor percaya PDRM masih mempunyai integriti yang tinggi, serta meletakkan profesionalisme sebagai teras perkhidmatan mereka terhadap rakyat Malaysia.
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Kebangsaan


Mahfuz: ‘Kasut dibaling nyaris terkena saya’
Posted on Tuesday, September 04 @ 03:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog TempayanRetak
ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadirmembantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, malam tadi.

Katanya, balingan kasut itu yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.

“Kedudukan saya dengan Anwar ketika itu, hanya selang tiga orang. Saya terkejut apabila ada kasut (sandal) terkena orang di sebelah saya.
“Rupanya kasut itu dilempar melalui tingkap masjid oleh ahli kumpulan yang membantah di luar masjid,” katanya ketika dihubungi.

Mahfuz berkata, perbuatan melempar kasut ke dalam masjid adalah perbuatan biadap kerana mencemar rumah ibadat yang dihadiri jemaah untuk solat dan mendengar tazkirah.

“Mereka sanggup mencemar tempat suci dan saya anggap ianya suatu penghinaan kepada institusi masjid. Perbuatan itu tidak wajar sebab orang ramai datang untuk dengar tazkirah, bukan ceramah politik,” katanya.

Menurutnya, kumpulan yang didakwa didalangi Perkasa Kota Setar itu dianggap tidak menghormati imam masjid tersebut kerana imam terlebih dahulu mengumumkan Anwar dibenarkan mengadakan tazkirah.

“Anwar mematuhi syarat ditetapkan iaitu hanya menyentuh isu agama dan pembangunan ummah, tanpa menyelitkan isu politik. Perbuatan melampau yang memberontak hingga ke dalam masjid itu seolah mahu menggambarkan tazkirah mempolitikkan masjid, sedangkan ia tidak berlaku,” katanya.
Mahfuz berkata, tindakan Perkasa itu seolah provokasi politik pihak tertentu dan Umno tidak boleh menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu memandangkan,Pengerusi Perkasa Kota Setar memegang jawatan dalam Umno.

“Saya kesal seorang pemimpin Umno bertaraf Datuk sanggup mengepalai gerakan mencemar rumah ibadat, dan gelaran itu wajar ditarik balik ekoran dianugerahkan oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Kedah,” katanya.

Menurutnya, penduduk memaklumkan mereka tidak kenal peserta yang membantah kerana bukan anak kariah.

“Ini bermakna mereka orang luar yang datang membuat kacau. Perbuatan mereka itu lebih biadap berbanding memijak gambar pemimpin,” katanya.

Mahfuz berkata, sejurus 10 minit Anwar berucap, bekalan elektrik diputuskan pihak tertentu, menyebabkan jemaah terpaksa berpanas dan bergelap ketika mendengar tazkirah.

“Hanya lampu kecemasan berfungsi dalam masjid ketika itu. Bekalan elektrik kembali pulih ketika jemaah berdoa selepas menunaikan solat Isyak,” katanya.

Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik Anwar. Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, tempat di mana Anwar menyampaikan tazkirah Maghrib.

Oleh ROSLINDA HASHIM
Sinar Harian

...........
http://tempayanretak.blogspot.com


 Kawasan Bekas MB Kedah Di Serang Kehijauan
Posted on Tuesday, September 04 @ 09:07:19 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: pt_kedah

"

Tuan Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS Sedang Menyampaikan Ceramahnya Di Pentas Ekspo



Sebahagian Pengunjung Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap
Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap Mengadakan Pertandingan Kerusi Berirama Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap
Salah Seorang Peserta Daripada Pelajar PASTI Sedang Menyampaikan Sajak Untuk Pertandingan Sempena Ekspo
Pertandingan Karom Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap
Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Merdeka Padang Terap Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap Yang Dikepalai oleh YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria , pelakon filem Leftenan Adnan saudara Hairi Othman dan Leman Raja Lawak berjaya menarik ratusan anak muda.
Sebahagian Peserta Konvoi Berada Di Depan Pentas Ekspo Untuk Sessi Bersama Selebriti
Salah Seorang Peserta Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Merdeka Padang Terap Menerima Hadiah Cabutan Bertuah Daripada Selebriti Hairi Othman

Anak Muda Bergambar Bersama Pelakon Terkenal "Leftenan Adnan"
Saudara Mutalib Leman Ahli UMNO Cawangan Kg Padang Kerasak ( Cawangan Kubu Kuat Ketua Pembangkang Kedah) Menyerahkan Borang Keahlian PAS Kepada YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria , Ketua Pemuda PAS Padang Terap Setelah Beliau Kali Pertama Mengikuti Ceramah PAS Sempena Ekspo Ini.Bersama Beliau Hampir 50 Orang Menyertai PAS.

Expo Hijau Merdeka Menuju Putrajaya Padang Terap Berjaya

Pekan Naka : Selama empat hari empat malam berturut-turut Pas Kawasan Padang Terap menganjurkan Expo Hijau Merdeka Menuju Putrajaya. Semangat sambutan idulfitri masih terasa panas, bermula 30 Ogos dan berakhir 2 September 2012 bertempat di Markas Besar Majls Tindakan DUN Pedu mendapat sambutan luarbiasa. Segenap lapisan masyarakat di lihat memberi sokongan kepada penganjuran ekspo ini.

30 Ogos, tapak ceramah mula dibanjiri pengunjung bagi mendengar ucapan Tamrin Ghafar anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang Timbalan Presiden Umno Tun Ghafar Baba berucap. Ucapan yang begitu baik diperkuatkan dengan kehadiran bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia Datok Fauzi Shaari. Beliau kelihatan sangat yakin tentang penyelesaian secara Islam terhadap permasalahan yang dihadapi masyarakat Malaysia. Program ceramah diakhiri dengan bacaan doa sempena merdeka disusuli dengan tembakan bunga api sempena 31 Ogos sambutan Kemerdekaan Negara.

31 Ogos. Program muslimat mengambil tempat dengan perasmian penutup oleh YB Siti Aishah Ghazali Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah. Malamnya Ceramah Perdana oleh Timbalan Presiden PAS Pusat. Tuan Haji Mohamad Sabu mengulas mengenai sejarah Merdeka dengan begitu mantap. Menepis segala tohmahan hanya Umno sahaja yang perjuangkan kemerdekaan dengan mengenepikan peranan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain. Lautan manusia membanjiri dataran juga mendengar ucapan Dato Johari Abdul Ahli Parlimen Sg Petani yang menceritakan pengalaman beliau sebagai pemimpin Umno.
1 September. Hari Expresi Anak Muda mengambil tempat.Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Hijau Merdeka Menuju Putrajaya menggamit ratusan anak muda. i. Seterusnya tepat jam 3 petang, bertempat di Kompleks Pas Kawasan Padang Terap, Kg Barokhas Konvoi Terbesar Padang Terap bermula. Pemuda Kawasan Padang Terap hanya menyasarkan penyertaan 200 biji motor. Namun, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Hampir 700 motorsikal dianggarkan terlibat. Belum lagi termasuk kereta. Konvoi diketuai oleh 3 orang anak muda tempatan yang cukup terkenal iaitu Hairi Othman, Leman Raja Lawak dan Ketua Dewan Pemuda Pas Padang Terap yang juga Ahli Parlimen Padang Terap. Malamnya diisi dengan ceramah sulung Hairi Othman dan Leman Raja Lawak yang dihadiri oleh ribuan anak muda.
Walaupun selebriti seperti Leman Raja Lawak sering ditohmah dan di caci oleh UMNO terutama di dalam facebook , ianya tidak mematahkan semangat artis yang berhijrah ini untuk terus berusaha menumbangkan kezaliman. Niat yang ikhlas, nekad dan semangat artis ini terpancar pada ceramah ditempat beliau sendiri di Padang Terap sehingga menggamit hati para hadirin seterusnya menarik minat ahli UMNO menyertai PAS.

Selain itu , antara yang mengkagumkan khalayak ialah ceramah yang disampaikan oleh Hairi Othman pada malam tersebut mampu membuatkan ribuan hadirin yang mendengar tidak berganjak sedikit pun walaupun ceramah beliau melangkaui masa yang biasa di tetapkan iaitu berlarutan sehingga jam 12.30 pagi. Aura yang dimiliki beliau disamping hujah-hujah yang beliau sampaikan membuatkan hadirin seolah-olah terpukau.

2 September. Malam kemuncak. Kemunculan ulamak terkenal yang juga Speaker DUN Kelantan , YB Ustaz Datuk Nasarudin Daud menggegarkan ribuan pengunjung. Hujah ilmiah berselang seli dengan Hadis dan ayat al-Quran menjelaskan ucapan Dr Mahathir "Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali" menjawab segala kekeliruan. Beliau juga menjelaskan tema Merdeka "Janji Ditepati" dalam konteks janji BN di Kelantan yang songsang.

Pada malam ini juga menyaksikan kemasukan ahli UMNO ke dalam Parti PAS. Apa yang paling menarik, menurut saudara Mutalib Bin Leman ahli UMNO Cawangan Padang Kerasak Naka yang merupakan cawangan Ketua Pembangkang Kedah, beliau tertarik menyertai PAS selepas mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh Leman Raja Lawak dan Hairi Othman di dalam ceramah mereka pada malam ketiga ekspo tersebut berlangsung. Menurut beliau, sebelum ini beliau belum pernah mengikuti mana-mana ceramah PAS. Beliau mewakili hampir 50 ahli baru menyerahkan borang keahlian kepada YB Ustaz Datuk Nasaruddin Daud.

Nyawa, maruah pemimpin Pakatan juga bernilai

Idris Ahmad, 04 Sep 2012
Pemimpin Umno membuat fitnah kepada Pakatan Rakyat kononnya akan menukar bendera apabila memerintah nanti.
Bulan Syawal masih ada, puasa Ramadan tidak memberi apa-apa kesan ke dalam diri mereka. Semuanya matlamat menghalalkan cara.

Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat menegaskan tidak pernah ada perbincangan langsung untuk menukar bendera, cuma yang ada hanya untuk menukar kerajaan.

Apabila dicabar di mana, minit mesyuarat mana semuanya tidak disambut sebaliknya media mereka meneruskan pesta fitnah untuk memastikan rakyat takut kepada Pakatan Rakyat.

Tahniah kepada pihak polis yang terus menubuh pasukan penyiasat untuk menyiasat isu bendera dan pijak gambar Datuk Seri Najib pada malam Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012.

Cuma rakyat tertanya-tanya apa pula tindakan terhadap keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Apakah nyawa dan maruah pemimpin Pakatan Rakyat tidak ada nilai? Apakah pemimpin Pakatan Rakyat tidak berhak untuk bergerak bebas di dalam negara ini? Apakah parti PAS, DAP dan PKR parti haram?

Mereka yang membuat ganggu terus bermaharajalela. Di manakah keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang?

Mana tindakan tegas terhadap keganasan demonstrasi kepala lembu di Shah Alam pada 28 Ogos 2009. Ini demonstrasi penghinaan pada agama. Nasib baik provokasi ini tidak disambut, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat mengawal keadaan.

Apa khabar mengenai  serangan kepada Haji Mohamad Sabu yang berceramah di Seremban pada 24 September 2011 sehingga ada yang cedera. Begitu juga gelagat samseng yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat di Lembah Pantai pada 25 Mei 2012 sehingga ada yang cedera.

Mana tindakan terhadap mereka yang menyerang Nazir Masjid al-Solihin Teras Jernang, Bangi ketika pemilihan Jawatankuasa Masjid  10 April 2012.

Begitu juga beberapa serangan terhadap YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang, penghinaan dengan membawa kek najis kepada Lim Guan Eng.  Apa tindakan terhadap mereka yang memijak gambar beliau? Beliau menjadi Ketua Menteri dipilih mandat oleh rakyat. Kenapa layanan begitu rupa terhadap beliau?

Bas Jelajah Merdeka anjuran PKR diserang dan disimbah cat merah di Kota Baharu pada 1 September 2012.

Terbaru peristiwa baling kasut dan mengganggu tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 2012 di  Masjid Pumpung Alor Setar. Semuanya rakyat memerhati dan berfikir, adakah pemimpin Umno kebal dan bebal.

Sesiapa boleh nyata bendera yang dimahunya

Subky Latif, 04 Sep 2012
ENTAH siapa telah tampil di Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam menjelang hari kemerdekaan ke 55 dengan membawa bendera yang hendak digantikan dengan bendera Jalur Gemilang.


Ia jadi satu polemik panas oleh penyokong tegar kerajaan dan BN dengan individu-individu yang tidak ketahui entah mewakili siapa. Penganjur himpunan menolak ia adalah angkaranya.

Bendera yang ditonjolkan itu adalah  menyamai Sang Saka Merah Putih, bendera Indonesia dengan bulan sabit berbelas bucu seperti yang ada pada Jalur Gemilang di bahagian warna merah bendera dengan warna kuning.

Ia sama dengan bentuk bendera rasmi tiga parti politik terpenting di Malaysia iaitu PAS, UMNO dan Partai Rakyat. Bezanya cuma lambangnya. Bendera PAS asal di atas tapak merah ada bulan hijau yang tertulis kalimah Allah dan  Muhammad. Setelah diharamkan oleh kerajaan BN, ia tinggal bulan hijau yang kosong.

Bendera UMNO pula di tempat yang sama memakai bulan yang di tengahnya keris telanjang. Manakala Partai Rakyat menggunakan bulatan yang ada kepala lembu.

Apa rahsianya? Mungkin ia semangat kesepakatan umat Nusantara. Tetapi kalau dibuang lambang bulan sabit  dan bintang berbagai bucu pada bendera yang kontroversi itu  digantikan dengan lambang keris, maka jadilah ia bendera UMNO.

Banyak yang mengutuk orang yang mengenengahkan bendera itu dengan berbagai kutukan  dan nista.

Adakah kita patut kecoh dan berperang kerana isu bendera itu?

Adalah benar bendera itu lambang kebanggaan dan ada unsur marwah dan patriotnya dan kesepakatan kumpulan atau bangsa tertentu.

Sebagai bendera negara yang sudah diterima oleh kerajaan dan rakyat ia wajar dihormati. Tetapi hormat itu tidak sampai seperti beriman kepada Allah dan Rasulnya serta rukun dalam Rukun Iman yang lain.

Allah, Nabi-Nya dan Rukun Iman tidak boleh dipertikai  dan tidak boleh ditukar. Sekalipun kita sayang dan hormati bendera, tidak sampai kita beriman kepadanya seperti beriman kepada Rukun  Iman.

Setiap rakyat boleh menyatakan apa bendera yang dia kehendaki. Bendera boleh ditukar. Iran menukar benderanya bila Shah dihapuskan. Sekiranya ada rakyat yang tidak sukakan bendera negara,  dia boleh nyatakan. Tidak ia menjadi jenayah dan tidak pula mudah bagi sesiapa boleh mengatakan dia tidak patriotik dan tidak cintakan negara.

Tiada salahnya bagi sesiapa mahu mencadangkan supaya bendera ditukar. Apakah cadangannya  akan diterima atau tidak adalah hal yang lain. Jika sesiapa bercadang hendak menukar bendera, hendaklah dia berusaha mengambil  alih pemerintahan dengan cara yang sah iaitu dengan memenangi pilihan  raya.

Dia kena dapatkan kelulusan Parlimen. Kalau  Parlimen tolak dan hendak kekalkan bendera lama tidak dapatlah benderanya menggantikan bendera yang ada.

Biarkan saja orang-orang yang mahu menukar bendera itu menyatakan pandangannya. Selagi dia  tidak boleh sokongan majoriti dalam pilihan raya, tidak ada yang dapat dibuatnya.  Sekiranya tiada yang menyokongnya, bila dia mati nanti,  tamatlah ceritanya.

Orang yang tidak setuju dengan bendera yang ada tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jauh jahatnya orang yang sukakan bendera yang ada tetapi melakukan rasuah, menual tanah rizab Melayu, menggelapkan  wang negara, menabur  wang negara kepada  orang  ramai seperti mencurah air hujan.

Memang bendera yang ada ditegur oleh pejuang kemerdekaan yang asli seperti Dr. Buharnuddin dan  Pak Sako dulu. Ia menyamai bendera Amerika. Banyak orang luar merasakan Malaysia ini sebuah Amerika kecil atau cawangan Amerika.

Apa seronoknya mereka dengan bendera seperti Amerika itu tiada  siapa yang  tahu.

Saya terbuka. Jika tukar tak apa, tak tukar pun tak mengapa. Saya  tidak mahu jadi macam masa budak-budak dulu. Ada budak yang ketiga mencampakkan kertas ke tanah menyifatkan ia kepada bapa saya. Satu kertas lagi dikatakan kepala bapa seorang lagi. Kalau berani pijak kertas yang dikatakan kepala orang kedua itu.

Saya pun pijak kertas yang dikatakan kepala bapa orang kedua. Orang kedua pijak pula kertas yang dikatakan kepala bapa saya. Kami pun bertumbuk hingga bengkak muka. Mungkin menyinggung maruah  saya dan bapa saya, tetapi itulah dinamakan budak-budak. Jangan berkelahi macam budak-budak kerana bendera, nanti orang kata yang tua pun macam budak-budak juga.

Orang sepak hudud dan agama kita tak apa-apa. Orang tegur bendera serta merta naik darah tinggi. Nasib baik tidak kena angin ahmar.

Tiada ulasan: