Jumaat, 7 September 2012

AMAL JARIAH BERI SUMBANGAN LEBUHRAYA...SELAGI IA DIGUNAKAN...MAKA PAHALA MENGALIR WALAUPUN KITA DAH MATI

Melayu perlu perkukuh PAS, tinggalkan Umno

Harakahdaily, 07 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar rakyat Malaysia berbagai bangsa terutamanya orang-orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini.
Ini untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Umno dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon-calon pilihan raya PAS dan PR dalam PRU13 nanti.

Demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A Razali (gambar) dengan hujah-hujah berikut:

1. Umno menerusi Barisan Nasional masih gagal memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu sedangkan kuasa berada di tangan mereka sejak merdeka. Ini berlaku kerana dasar ekonomi kroni mengkayakan segelintir Melayu sahaja menjadi teras pentadbiran Umno.

2. Umno gagal memperkukuhkan politik Melayu di peringkat Malaysia apabila kerusi-kerusi parlimen di negeri-negeri majoriti besar Melayu seperti Kelantan dan Terengganu tidak diperbanyakkan berbanding negeri Pantai Barat dan Malaysia Timur.

3. Umno gagal mengamalkan urus tadbir secara Islam yang membawa kepada ketidaktelusan dan penyelewengan pengurusan wang negara seperti didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara.

4. Umno gagal melahirkan masyarakat berakhlak dan beretika sehingga lahirnya pelbagai gejala sosial dan akhlak yang semakin kritikal termasuk melibatkan bangsa Melayu.

5. Umno gagal memperkasakan peruntukan perlembagaan "Islam agama persekutuan" dengan memberi ruang undang-undang jenayah Islam dilaksanakan sekurang-kurangnya di negeri majoriti Melayu yang telah mengkanunkan enakmen jenayah Islam, iaitu Kelantan dan Terengganu

Beliau menegaskan, sebagai rakyat yang memiliki kuasa majoriti di Malaysia, orang Melayu Islam wajib menegakkan Islam di negara Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial.

“Malangnya majoriti Melayu telah memberikan mandat kepada golongan yang salah iaitu Umno yang tidak mempunyai matlamat dan hasrat untuk menegakkan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Sahabat lalu bertanya bagaimanakah mensia-siakan amanah itu? Tegas baginda s.a.w.: Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat". (Hadis sahih Bukhari)

Khairuddin menambah, menurut tokoh ulama bernama al-Qari dalam karyanya Mirqat al-Mafaatiih, maksud "urusan" dalam hadis di atas ialah urusan kuasa atau pemerintahan atau kehakiman atau kerajaan. Orang yang tidak berkelayakan pula antaranya, contohnya ialah golongan yang jahil dan ahli maksiat yang fasiq.

“Justeru, sudah tiba masanya untuk Melayu beralih kepada PAS dan tidak dilekakan oleh pujuk rayu Umno yang hanya berhasrat untuk mengekalkan kuasa untuk kepentingan peribadi mereka dan bukannya untuk kepentingan Islam dan Melayu Islam,” ujar beliau lagi.

Bimbang ancaman pengganas 'syaitan yang dikenali'

Abdul Aziz Mustafa, 07 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Jika polis tidak mahu mengawal keselamatan rakyat yang bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dari serangan demi serangan, lebih baik panggil pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengawal keamanan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melontarkan cadangan sinis itu ketika meluahkan kekesalannya terhadap sikap pihak polis yang bagaikan berpeluk tubuh terhadap serangan demi serangan yang dilakukan oleh gerombolan-gerombolan dari parti "syaitan yang kita kenali" terhadap rakyat yang bersama-sama PR.

"Bukan setakat serang ceramah-ceramah PR, serang pejabat parti-parti di dalam PR, tungging punggung ke arah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membakar rumah pemimpin PAS, hari ini sudah melarat kepada serangan ke atas masjid dan membaling selipar ke dalam rumah Allah itu.

"Tetapi seperti biasa, polis bagaikan tidak mahu bertindak apabila kezaliman dan penganiyaan dilakukan ke atas rakyat yang berada dalam PR.

"Kalau begitu, lebih baik panggil pasukan pengaman PBB untuk mengawal keamanan negara ini dan menjaga keselamatan rakyat," katanya.

Menurut Mahfuz, sebahagian besar rakyat kini bukan sahaja takut kepada penjenayah malah mereka juga semakin bimbang keselamatan mereka yang kian diancam oleh keganasan pengganas-pengganas parti "syaitan yang kita kenali".

"Lebih buruk lagi, polis seolah-olah memberikan perlindungan kepada pengganas-pengganas itu.

"Memberi perlindungan kepada pengganas-pengganas itu bermakna memberikan galakan kepada mereka untuk meningkatkan lagi keganasan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengingatkan, rakyat kini semakin terasa bahawa pihak polis seperti terlibat dalam konspirasi politik jahat untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dari kejatuhan dan memburukkan PR.

"Kalau ada sedikit pun kesalahan dibuat oleh rakyat biasa ke atas pemimpin Umno BN, begitu pantas polis bertindak memburu, menangkap dan menggari mereka seperti penjenayah.

"Tetapi pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan bermaharajalela untuk terus mengganas lagi," katanya.

Polis lebih sibuk memburu rakyat yang menolak pemerintahan Umno BN ketika indeks jenayah terus mengancam dan membimbangkan rakyat, kata Mahfuz.

"Ketika polis semakin gagal meyakinkan rakyat bahawa indeks jenayah berjaya mereka kurangkan, pada masa yang sama pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan mengganasi rakyat," katanya.

Dua kejadian terakhir keganasan gerombolan parti 'syaitan yang dikenali' ialah serangan ke atas sebuah masjid dan ibu pejabat PKR.

Mahfuz menyifatkan keengganan polis bertindak tegas terhadap keganasan-keganasan itu meningkatkan lagi indeks jenayah di negara ini.

"Indeks jenayah yang menjadi-jadi dan menakutkan itu bukan dakwaan kita tetapi dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara sendiri," kata beliau.

Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Musa turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

Tindakan baling kasut dalam masjid lebih biadap

Muhammad Faizal, 07 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbuatan membaling kasut ke dalam masjid lebih biadap jika dibandingkan dengan memijak gambar pemimpin negara.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan menyerang dan membaling kasut sampai ke dalam masjid itu adalah tindakan biadap dan tercela kerana ianya rumah Allah dan tempai ibadat orang Islam.

Walaubagaimanapun katanya, media arus perdana seolah-olah meminggirkan perkara itu dan  lebih memperbesarkan isu memijak gambar perdana menteri.

"Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar pemimpin tetapi apa yang ingin saya katakan perbuatan membaling kasut ke rumah Allah itu lebih biadap dari memijak gambar perdana Menteri.

"Kesal juga kenapa media arus perdana lebih memperbesarkan isu memijak gambar jika dibandingkan dengan baling kasut yang tidak mempunyai liputan langsung," tegasnya.

Mahfuz turut bertanya adakah memijak gambar pemimpin lebih hina dari membaling kasut di masjid kerana tidak ada seorang pun pemimpin mahupun liputan diberikan kepada perbuatan tersebut.

Beliau juga berpendapat, tindakan media arus perdana yang memperbesarkan isu memijak gambar pemimpin adalah untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Dalam insiden 2 September lalu, sekumpulan ahli Perkasa menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Selain bertindak mengganggu tazkirah, mereka juga didakwa membaling kasut ke dalam masjid sehingga hampir-hampir terkena Mahfuz.

Mahfuz: PRU13 tak mungkin November, tapi...

Muhammad Faizal, 07 Sep 2012
KUALA LUMPUR: PAS beranggapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin tidak diadakan pada November ini kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat tekanan kuat dari Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Najib tidak terkesan dengan tekanan Muhyiddin itu maka PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan.

"Saya tidak nampak pilihanraya akan diadakan pada waktu terdekat walaupun sejak kebelakangan ini Najib menimbulkan andaian bahawa beliau akan bubar parlimen kerana banyak perkara yang menghalang.

"Namun beliau terpaksa membubarkannya jika Muhyiddin terus melakukan gerakkan untuk menjatuhkannya sebelum pilihanraya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Katanya, mungkin Najib berpendapat adalah lebih baik beliau jatuh bersama-sama dengan barisan kabinet Umno pada pilihanraya nanti jika dibandingkan kejatuhan beliau disebabkan gerakan Muhyiddin tersebut sebelum PRU13.

Tambah Mahfuz lagi, gerakkan desakan yang dilakukan oleh Muhyiddin itu kemungkinan besar boleh berlaku kerana beliau sebelum ini juga pernah mendesak mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi sewaktu berada di Singapura agar Abdullah meletak jawatan dengan segera.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut membuat andaian jika tidak ada sebarang gerakan dilakukan adalah mustahil pilihanraya diadakan pada tahun ini kerana di sebabkan oleh faktor musim haji dan juga musim peperiksaan.
Khutbah Jumaat Jakim selar pijak gambar, 'tukar' bendera
4:42PM Sep 7 2012
Khutbah Jumaat terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyelar tindakan menghina pemerintah, antaranya dengan memijak gambar dan mahu menukar bendera negara ini.

Dipercayai merujuk kepada insiden dalam perhimpunan Janji Demokrasi di ibu negara pada malam ambang merdeka, mimbar juga menegaskan tuntutan mentaati dan menghormati pemerintah.

"Namun, persoalan besar timbul pada hari ini, mengapakah terdapat segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab dan cinta kepada negara sendiri sehingga sanggup menghina pemimpin dan negara, memijak gambar pemimpin serta sanggup membakar dan menukar bendera negara?" khutbah itu dipetik.

Khutbah bertajuk "Kesetiaan kepada Pemerintah" itu juga menyebut, insiden sebegitu menunjukkan semangat patriotik telah terhakis dan dipengaruhi oleh anasir luar yang cuba menjatuhkan martabat pemerintah dan negara ini.

"Perbuatan sebegini adalah mencerminkan rendahnya akhlak, tidak berintegriti, tidak bertamadun dan biadab.

"Mimbar ingin menyatakan bahawa dalam semua aspek umat manusia perlulah membina semangat patriotik kerana ia menjamin kesejahteraan dan kecintaan rakyat kepada negara," menurut khutbah itu lagi.

Sementara itu, khutbah juga menegaskan pendirian Ahli Sunah wal Jamaah supaya mentaati pemerintah, yang merujuk kepada:

  • Mentaati dalam urusan kebaikan, termasuk merealisasikan perintah yang makruf dan membantu dalam urusan kebaikan yang diperlukan.
  • Menghormati dan memuliakan kedudukan pemerintah serta sentiasa mendoakan kebaikan kepada mereka.
  • Melaksanakan kebaikan bersama pemerintah.
  • Membenci maksiat dilakukan pemerintah dan mengingkari keburukannya dengan cara nasihat dan kaedah berlandaskan syarak.
  • Tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat membangkang terhadap kepimpinan dan tidak menghina atau mencela mereka.
"Islam mengajar umatnya agar kasih kepada pemerintah dan negara kerana ia sebahagian daripada tanda keimanan," kata khutbah itu lagi.
Mahfuz: Gambar PM lebih suci dari masjid?

  • Aidila Razak
  • 1:20PM Sep 7 2012
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih hina daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya.

Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.

NONEJusteru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

"Adakah gambar lebih suci daripada masjid, rumah Allah?" soalnya.

Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid.
VIDEO l 2.29 min
Ketua hakim enggan ulas kes rogol statutori
7:18PM Sep 7 2012
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria enggan mengulas cadangan dari Pejabat Peguam Negara supaya Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusan untuk mengenepikan hukuman ke atas pemain bowling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit kesalahan merogol remaja bawah umur.

Arifin berkata beliau akan bertindak sub-judice sekiranya membuat kenyataan berhubung perkara itu dan terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan jika peguam negara boleh berbuat demikian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sambutan rumah terbuka Hari Raya di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Arifin juga enggan mengulas rayuan oleh Pejabat Peguam Negara ke atas keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang ke atas seorang juruelektrik berusia 22 tahun yang disabut kesalahan melakukan rogol statutori, atas alasan sama.
Laporan Bernama semalam memetik Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai berkata, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan juruelektrik tersebut dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
  
Jabatan itu juga akan memohon agar pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi  dipercepatkan kerana berpendapat ia wajar dihujahkan semula isu tafsiran undang-undang berkaitan hukuman bagi kesalahan rogol terhadap kanak-kanak serta
pemakaian sewajarnya peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah terhadap kesalahan serius sedemikian, katanya.
  
Dalam kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, yang dihakimi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol teman wanitanya berusia 12 tahun, tahun lepas, setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
Dalam kes Noor Afizal pula, Abdul Gani Patail dilaporkan berkata jabatan itu meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka terhadap lelaki tersebut yang disabit kesalahan di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah Sesyen Melaka terdahulu membebaskan Noor Afizal dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2009.

Katanya pihaknya mengambil kira bahawa kes itu telah dibicara dan didengar sehingga ke tahap mahkamah yang terakhir mengikut undang-undang, yang mana pembuatan rayuan lanjut ke Mahkamah Persekutuan tidak lagi mungkin.

Dalam hal ini, katanya, Jabatan Peguam Negara sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren mahkamah dengan mengambil kira bahawa kuasa untuk membuat semakan tersebut sepatutnya terbatas kepada salah aturan tatacara yang tidak melibatkan kesalahan atau perkara substantif.

Adakah ini juga 'menghasut', polis?
5:44PM Sep 7 2012
Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka.

NONESetakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa.

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.

Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:

Lim Guan Eng

NONEKetua Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya.

Datuk Ambiga Sreenevasan
NONEBekas presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.

Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.

Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang

shah alam nik aziz hadi awang 060912 urinating peeingTerdapat juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas.

Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.

Lim Kit Siang

Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa.
Polis tahan 2 individu kibar Sang Saka Malaya

  • Zulaikha Zulkiflli
  • 4:08PM Sep 7 2012
Polis hari ini menahan dua suspek yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka sebelum ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek berumur 20-an itu ditahan petang ini di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

NONEMenurut Aziz lagi, mereka disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.

"Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

"Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Polis sejak 2 September lalu menggesa individu itu dan saksi tampil membantu siasatan kerana ia dilihat serius kerana bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Salah seorang daripada mereka bagaimanapun sebelum ini menulis di blog bahawa mereka tidak berniat menggantikan Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, berdasarkan sejarah kemerdekaan tanah air, mereka merasakan Sang Saka Malaya layar dikibarkan bersama pada sambutan itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah pula berkata, sebanyak 325 laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

Beliau juga menjelaskan, setakat ini, daripada 11 orang yang gambar mereka disiarkan, sudah enam orang tampil menyerah diri.

Tidak perlu menang untuk buat lebuhraya

Rizal Tahir, 07 Sep 2012
KOTA BHARU: Exco Kelantan Datuk Husam Musa, mengingatkan, Umno tidak perlu menunggu peluang menawan Kelantan untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Katanya, sekarangpun sebagai sebuah kerajaan Pusat mereka telah berhak melaksanakan tanggungjawab itu dan tidak perlu menunggu peluang Umno menawan Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas mesyuarat exco semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed, berkata kerajaan baru Kelantan akan membina lebuhraya sekiranya rakyat memberi mandat pada Umno pada PRU 13 nanti.

Bagaimanapun Husam juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, turut berkata, sebelum BN buat jalanraya itu, kerajaan Kelantan akan mebuatnya sebelum mereka menang lagi.

“Saya juga merasa hairan kenapa untuk membuat lebuhraya itu perlu BN menang terlebih dahulu, tetapi kenapa waktu kutip cukai tak fikir pula fasal kalah menang?”soalnya.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, bagi Pakatan Rakyat pula, sekiranya menang di peringkat Pusat bayaran royalti pula akan dibayar pada negeri pengeluar minyak dan akan dibayar tanpa melalui jawatankuasa.


Royalti


Pada masa yang sama beliau memberitahu kerajaan Pakatan Rakyat juga akan membayar royalti sebanyak 20 peratus sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan Sarawak dan Sabah baru-baru ini.

“Banyak lagi yang kita boleh buat kalau kita menang termasuk pendaratan gas di Kelantan berbanding kalau BN menang,”ujarnya.

Beliau turut memperingatkan Mustapha sekiranya beliau betul-betul ingin membantu rakyat Kelantan, beliau diminta berusaha untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai lapangan terbang antarabangsa.

“Tak payah tunggu BN menang, kalau dia ikhlas dan betul-betul ingin menolong rakyat Kelantan sekarangpun dia boleh buat,”ujarnya.

Tambahnya, dengan cara itu Kelantan akan bertambah maju khususnya dari segi ekonomi dengan lebih cepat.

Husam seterusnya memberitahu, sekarang penerbangan domestik yang mendarat ke lapangan terbang ini mencecah 40 penerbangan sehari.

Sambungnya, cuba bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kita mendapat penerbangan antarabangsa.

Amalan Anak Adam

Posted by azim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wanikmatuh.

Apa khabar semua? Harap2 sihat sentiasa. Rasanya ini adalah kali pertamadan terakhir saya menulis artikel dalam Ahsan Nas ni. Nasib baik tahun ini jadi MT batch kalau tak sampai tahun 6 takkan tulis sesuatu kat blog batch yang terchenta  ini.

Pertama sekali saya ingin mengajak sahabat2 saya yang dikasihi untuk sama2 kita bersyukur dengan nikmat yang masih diberikan oleh Sang Pencipta kita iaitu kita semua lahir dalam keadaan MUSLIM dan dididik oleh keluarga muslim dan masyarakat muslim. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi satu hadis yang bermaksud:

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara,ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak2 yg soleh.”

Hadis ini menerangkan bahawa tiada amalan daripada anak2 Adam itu selepas terpisahnya roh daripada jasad yang dapat memberikannya pahala yang berpanjangan kecuali 3 amalan2 ini.

Walaupun saya rasa ilmu saya masih lagi tidak mencukupi, tetapi saya sentiasa berpegang dengan prinsip tiada selemah-lemah manusia yang tidak boleh memberikan nasihat kepada orang lain dan tiada sebaik-baik manusia yg tidak boleh menerima nasihat daripada orang lain. Sedangkan habibuna Muhammad saw pun menerima nasihat daripada sahabat2 baginda apatah lagi kita yg ilmu hanya sekangkang kera ini.

Apa yang saya nak kongsikan disini ialah:

1. ILMU YANG BERMANFAAT

“Barangsiapa yg inginkan dunia maka keatasnya ilmu,dan barangsiapa inginkan akhirat maka keatasnya ilmu dan barangsipa inginkan kedua-duanya maka keatasnya juga ilmu."

Kalau diteliti daripada ayat diatas, kita boleh simpulkan bahawa betapa pentingnya ilmu itu untuk hamba-hambaNya yang ingin kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat kelak. Segala-galanya yang ada di bumi ini memerlukan ilmu. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Nak buat cheese cake pun kena guna ilmu. Nak menjadi doctor pun kena guna ilmu. Walhal nak mengorat perempuan pun kena ada ilmu pengetahuan yg luas(tetapi kena jaga batasan syarak Islam).



Ilmu di dunia ini yang dapat dikuasai oleh manusia hanyalah setitik daripada air lautan yang terbenteng luas itu. Ini menunjukkan bahawasanya Ilmu Allah itu MAHA luas dan tidak ada sesiapa pun dikalangan manusia walaupun malaikat sekalipun yang dapat mengetahui apa yang ada seisi langit dan bumi ini.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ketika keberadaan kita dibumi Mesir ini untuk mengaut segala ilmu yang ada tak kisah lah ilmu medic ataupun ilmu agama demi meletakkan ISLAM berada ditempatnya. Kita kena sedar bahawa kita semua adalah daie,dan jangan biarkan kita menjadi fitnah kepada ISLAM.

2. SEDEKAH JARIAH

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu,tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan2 kamu”

Apa yang dapat kita simpulkan bahawa secantik ataupun sehensem mana seseorang itu jikalau hatinya jauh disisi Allah maka tidak bermakna baginya sedangkan Allah swt hanya melihat hati-hati kamu dan amalan-amalan yang kamu kerjakan.

Sedekah boleh terbahagi kepada banyak aspek,bukan sahaja sedekah menggunakan harta tetapi sedekah juga boleh dilakukan dengan tenaga,masa dan doa kepada sahabat2 yg lain.


Antara amalan yg plg mudah dilakukan adalah sedekah. Dalam perjalanan ke universiti kita boleh berikan seikhlas hati nurani kepada fakir2 yg menghuni bahu-bahu jalan itu. Tidak adakah sifat belas kasihan kita tehadap mereka? Kalau kita dilahirkan ditempat mereka bagaimana perasaan kita?
Justeru, saya menyeru sahabat2 saya untuk sama2 kita mengamalkan budaya sedekah kerana sedekah itu ibarat janggut, makin dicukur makin lebat pertumbuhannya. (kalau tak percaya boleh tanya ijut)rekaan semata2.


3. DOA DARIPADA ANAK-ANAK YANG SOLEH

Pepatah melayu ada menyebut,melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak2 kita suatu hari nanti(insyaAllah..) ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa mereka yakni kita untuk mencoraknya.
Tak kisahlah nak warna hijau ataupun biru tetapi jangan warna pink pulak kan. Bagi saya, saya lebih sukakan ‘hijau’  kerana hijau itu ‘indah’. Tetapi terpulanglah kepada sahabat2 sekalian untuk mendidik anak-anak kita suatu hari nanti.

Tetapi, jika kita mahukan anak yg soleh kita perlu mendapat pasangan yg soleh ataupun solehah kan? Sebab apabila genetik soleh bertemu dengan genetik solehah, insyaAllah akan lahirnya anak2 yg soleh yg akn mjadi kader2 ISLAM suatu masa nanti…


Kita sekarang bukan proses menCARI yg soleh/hah tetapi proses menJADI soleh mahupun solehah. Oleh itu, sy menyeru sahabat2 sekalian men…bla23.(fikir2kan lah).. Setakat ini perkongsian untuk kali ini dan selamat beramal?

“Muafakat membawa berkat”


Demokrat isytihar Baitul Maqdis ibu negara Israel dikritik

Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, 07 Sep 2012

RAMALLAH: Warga Palestin mengkritik keputusan Parti Demokratik Amerika Syarikat yang mengisytiharkan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu negara Israel.

Parti Demokrat Rabu lalu mengembalikan ayat yang mengatakan Baitul Muqaddis "adalah dan akan kekal sebagai ibu negara Israel" ke dalam dasar Parti Demokrat.

Sehari sebelumnya, ayat tersebut telah dikeluarkan dari dasar Parti Demokrat,  yang menyebabkan penyokong parti Republikan mempersoalkan sokongan Presiden Barack Obama terhadap Israel.

Ayat itu bertentangan dengan dasar Amerika Syarikat yang sebelum ini memutuskan supaya status Baitul Muqaddis perlu diselesaikan melalui rundingan. Israel dan Palestin menuntut hak milik ke atas timur Baitul Muqaddis.

Nabil Abu Rdeneh, pembantu kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata Khamis lalu, keputusan Parti Demokrat itu mungkin hanya "propaganda pilihan raya."

Beliau berkata kegagalan untuk mengiktiraf tuntutan Palestin ke atas timur Baitul Muqaddis akan "memusnahkan proses damai" dan membawa kepada "perang yang tidak berkesudahan."

Pegawai Israel bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Tiada ulasan: