Selasa, 3 September 2013

MINYAK NAIK...TAK TERASA BAGI ORANG BERGAJI BESAR...KAYA RAYA SERTA BAGI ORANG TAHAPNYA JUTAWAN

Monday, September 2, 2013


Harga Minyak di Malaysia Mahal? [AMARAN : Jangan baca kalau malas!]

Ramai yang merungut dengan langkah pengurangan subsidi petrol oleh kerajaan. Kenaikan harga petrol merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.
Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan egara, kalau ekonomi terjejas ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat. 
Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak patrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini. Ia merupakan salah satu langkah resionalisasi subsidi oleh kerajaan. Pada masa sama kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM25.8 billion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. 
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi sibsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam pembentangan bajet.
Walaupun telah diterangkan berkali-kali mengenai harga patrol di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau Asia, malah ada antaranya di dunia. Namun timbul satu isu – Adakah perbandingan itu dibuat berdasarkan dengan negara-negara lain pengeluar minyak? Sebagai contoh, kata mereka Qatar dan Malaysia sama-sama negara pengeluar minyak (walaupun hakikatnya Malaysia tidak layak menyertai OPEC). Tetapi kenapa Qatar boleh beri subsidi kepada rakyatnya supaya patrol dijual dengan murah. 

Untuk menjawab persoalan ini, diturunkan sebuah artikel yang dipetik dari blog bebas di sini

Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?

1. Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?

Tidak.

Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):
Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di     Brunei?

Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.
Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:

Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara9. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund)10.

3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?
Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC

(Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11

Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.

Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia12:

Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):
Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.21
Jika harga petrol tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Mesir yang berpendapatan EGP2,000 sebulan perlu membayar EGP2.75 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.
Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com)
4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?
Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22
Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).10
Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 Malaysia mempunyai antara bil subsidi minyak termahal di dunia.23
Perbandingan harga petrol sedunia yang dibuat oleh majalah The Economist pada 2008.
Pada November 2010, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.24Sidang tersebut antara lain dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, selain wakil kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.


Presiden AS, Barack Obama, bersama-sama beberapa orang pemimpin negara G20. Pada November 2010, pemimpin-pemimpin G20 telah menandatangani deklarasi untuk menghentikan subsidi minyak, yang dikatakan ‘menggalakkan pembaziran’, secara berperingkat. (Gambar daripada medicalcreditfund.org)
Menurut IMF,25 subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.
Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong.26Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.27 China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga memiliki pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit).28 Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak membayar harga sebenar untuk minyak kerana menerima subsidi 3.9% daripada kos sebenar.22

China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)
China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)


Apabila China memotong subsidi dan menaikkan harga petrol sebanyak 20% pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun USD5 setong.29

Nota: Penulis mengalu-alukan maklumbalas daripada pembaca untuk mengemaskini perkembangan terbaru harga petrol (Contoh: Mesir selepas peralihan kuasa).




1. Latest Pump Prices, SPC: Singapore Petroleum Company,http://www.spc.com.sg/home/home.asp
2. Retail Oil Price, Energy Policy & Planning Office,http://www.eppo.go.th/retail_prices.html
3. Retail Pump Prices – Metro Manila, DOE Portal, 14 April, 2011,http://www.doe.gov.ph/OPM/Pumpprices.htm
4. “Perkembangan Harga BBM Non-Subsidi Periode 20 April 2011,”PT.Pertamina (Persero), 20 April, 2011,http://www.pertamina.com/index.php/detail/view/news-release/8106/perkembangan-harga-bbm-non-subsidi-periode-20-april-2011
5. Retail Price (VND/LITER), Petrolimex.com.vn,http://www.petrolimex.com.vn/Desktop.aspx/Homepage/
6. “Transport & Communication,” About Brunei,http://www.bruneipress.com.bn/brunei/brunei.html
7. World Population Prospects: The 2008 Revision Population Database, United Nations Population Divisionhttp://esa.un.org/UNPP/
8. Laporan Kiraan Permulaan 2010, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127
9. Country Comparison: GDP (Purchasing Power Parity), The World Factbook,https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2001rank.html
10. World Economic Outlook Database, International Monetary Fund, April, 2010, http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/weodata/index.aspx
11. “Indonesia to withdraw from Opec,” BBC NEWS, 28 Mei, 2008,http://news.bbc.co.uk/2/hi/7423008.stm
12. International Petroleum (Oil) Production, Energy Information Administrationhttp://www.eia.doe.gov/emeu/international/oilproduction.html
14. “New Fuel Prices Starting 16 Jan 2011: Delhi !,” Delhi Petrol Prices,http://www.delhipetrolprices.com/
15. “SOCAR head: Azerbaijan not to increase fuels and lubricants prices,”Trend, 14 November, 2010, http://en.trend.az/capital/energy/1782016.html
16. “YPF Cease Sales of Regular Petrol,” The Argentina Independent, 26 April, 2011,http://www.argentinaindependent.com/currentaffairs/newsfromargentina/ypf-cease-sales-of-regular-petrol-/
17. “Fuel prices in Oman,” Our World Travels,http://www.ourworldtravels.com/oman/fuel-prices
18. “Petroleum Product Prices – Local Petrol,” Ministry Of Petroleum Egypt, 4 April, 2013, http://www.petroleum.gov.eg/en/pages/default.aspx
19. National Retail Petrol Prices, Australia Institute of Petroleum, 1 Mei, 2011, http://www.aip.com.au/pricing/retail/ulp/index.htm
20. “Precio Promedio Mensual Gasolina Corriente (Bta),” Unidad de Planeacion Minero Energetica, 14 Mac, 2011,http://www.upme.gov.co/GeneradorConsultas/Consulta_Indicador.aspx?idModulo=3&Ind=8
21. “Recent developments in energy subsidies,” IEA World Energy Outlook 2010http://www.worldenergyoutlook.org/Files/ann_plans_phaseout.pdf
22. “Fossil-fuel consumption subsidy rates as a proportion of the full cost of supply, 2009,” IEA World Energy Outlook 2010,http://www.iea.org/subsidy/index.html
23. “Crude measures: Not everybody is paying higher prices for oil,” The Economist, 29 Mei, 2008, http://www.economist.com/node/11453151
24. The G20 Seoul Summit Leaders’ Declaration,” G20 Seoul Summit 2010,http://media.seoulsummit.kr/contents/dlobo/E1._Seoul_Summit_Leaders_Declaration.pdf
25. “Problems Follow When Officials Set Fuel Prices,” IMF Survey Magazine, 15 Januari, 2007,http://www.imf.org/external/pubs/ft/survey/so/2007/RES0430A.htm
26. “Fuel subsidies drag on emerging economies,” Financial Times, 18 April, 2011, http://www.ft.com/cms/s/0/81a781a0-69d7-11e0-89db-00144feab49a.html#axzz1LGri4piJ
27. “China’s fuel subsidy costs the world,” Reuters, 4 Jun, 2008,http://www.reuters.com/article/2008/06/04/us-markets-column-fuel-idUSBNG12910820080604
28. “China car sales top U.S.,” Reuters, 11 Januari, 2010,http://www.reuters.com/article/2010/01/11/us-autos-idUSTRE60A1BQ20100111
29. “World oil price falls as China cuts fuel subsidies,” The Sydney Morning Herald, 21 Jun, 2008, http://www.smh.com.au/news/national/world-oil-price-falls-as-china-cuts-fuel-subsidies/2008/06/20/1213770924137.html
 

Saya cuma mahu senyum dan ucap terima kasih banyak2..
Like · · · 6 hours ago via mobile · 

Osman Aziz shared Mohd Ezli Mashut's photo.
Kesan kenaikan harga minyak RM0.20 sen

WALAUPUN RAKYAT BERPUSU-PUSU KE STESEN MINYAK NAK ISI PETROL SEBELUM HARGA RON95 DAN DIESEL NAIK 20 SEN SELITER SEBELUM JAM 12 MALAM ... TAPI STESEN MINYAK PETRON LENGANG!!!!


Dalam kesibukan rakyat berpusu-pusu ke stesen minyak untuk isi petrol RON95 atau Diesel sebelum dinaikan harga 20 sen secara rasmi mulai jam 12.00 malam sebentar tadi namun ada sebuah stesen minyak jenama Petron kelihatan lengang tidak seperti pemandang di kebanyakan stesen minyak diseluruh negara.

Apakah sebab musababnya?.. Adakah kerana stesen minyak ini mempunyai kaitan dengan kilang pembuat arak terbesar di Asia Tenggar San Miguel dimana anak lelaki kesayangan Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir adalah salah seorang pemegang sahamnya.

Apakah rakyat boikot petrol jenama Petron? .. Sebab sebelum ini pernah Omak Kau terbaca dalam laman sosial betapa ada rakyat cakap walaupun keretanya kering kontang tiada minyak nak isi di stesen minyak Petron jauh sama sekali .. sanggup berjalan kaki dan tolak kereta ketempat stesen minyak lain.

Pemandangan ini bolehlah ditafsirkan betapa jenama Petron tidak diminati sangat oleh rakyat ketika ini setelah bertukar wajah, logo  dan jenama dari Exxon Mobil.
 




Harga petrol di Malaysia sepanjang zaman...
(dalam masa 23 tahun - sejak 1990)


Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.

Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebnyk 90sen.

Zaman era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen.

p/s : Len kali kaji dulu sebelum buat pape tindakan, percakapan mahupun status anda

Maaf kalau ada yang terasa.




Kerana 20 sen itu....

Ada nelayan bakal termenung jauh,
Ada petani bakal pecah peluh,
Ada peniaga bakal mengeluh..

Dari 20 sen itu..
Ada yang mengambil kesempatan,
Ada yang tinggal kesempitan,
Ada yang ucap kesyukuran,
Kerana NEGARA MASIH AMAN!

Akibat 20 sen itu...
harga Barangan akan melambung,
Para pembeli bagai berkabung,
Para peniaga jenuh menghitung..

Disana ada macai..
Kata cai,
20 Sen saja, kira cincai..

Cai mungkin lupa,
Yang minyak itu punca segala,
Yang minyak itu keperluan semua.
Kerana 20 sen "saja",
Semua akan tepuk kepala..
Dan kerana 20 sen "saja" itu,
Ada kerajaan yang akan dijatuhkan di pilihanraya...!

via komen seorang sahabat..

D'Din Din shared Pejuang keadilan's photo.
Ini namanya projek pembodohan. Ingat lagi janji ditepati? Tapi tak boleh bising sangat, nanti kena khawarij pula. Syukur dan taat.

Sabda Nabi Sollallahu 'Alayhi Wasallam yang bermaksud;
3 petanda munafik :-

- apabila bercakap dia berbohong
- apabila berjanji dia memungkiri
- apabila diberi amanah dia mengkhianati

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Like · · · 21 minutes ago ·

Matsamanwaran Mat shared Ameno World Reloaded's photo.
Mari kita sebarkan yang neh pula.

Kah kah kah


TranungKite Online shared Serambi Politik's photo.
kahh..kahh..kahh... bung moktar kena sekolah... kahhh..kahh..kahh..
Like · · · 5 hours ago ·


Bung: Minyak naik tak mudaratkan orang kampung

Kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini mencetuskan kekecewaan di alam maya.

Bagaimana tweet daripada seorang ahli politik dilihat menambah minyak kepada kemarahan itu.

NONE"Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta," kata anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin (kanan).

Tidak puas hati dengan perkara itu, beliau terus dihujani kemarahan, antaranya seorang pengguna Twitter dikenali @ayeemin berkata:

"Kereta bukan hanya untuk orang kaya. Hari ini, ia keperluan. Tetapi beristeri dua hanya untuk orang kaya."

Bung sebelum ini mendapat liputan meluas selepas mengambil pelakon Zizie Izette sebagai isteri kedua pada 2010.

Tampil tidak dikenali, alam Twitter turut dihujani dengan pesanan-pesanan berunsur jenaka.

@Panlusi Anwar dipecat pada 2 September (1998). Hari ini (2 September 2013) harga petrol naik 20 sen #salahanwar

@HaziqAbdAziz Kalau kamu tak suka harga petrol, boleh berambus dari Malasia!

@klubkiddkl Jadi berapa kali harga petrol naik sejak pilihan raya umum ke-13? #EndlessPossibilities

@napiez Kini tiba (masa) membalas budi, kita potong subsidi!


Khairul Hilmi Che Ali shared Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Bila Golongan Islam Munafik diangkat menjadi pemimpin tunggulah balasan dari Allah...
Muhammad Naim shared KYO Propaganda's photo.

Entertainer · 24,451 likes
Nak dijadikan satu cerita,
Kamarul tercicir dua kupang dia, masuk celah pam.
So dia sentap sikit sebagai tanda protes pam sempit dgn tongsampah.

Dua kupang tu berharga bagi Kamarul, dia org susah. Tak senang macam yang pengamal kapitalis.

tapi tindakan Kamarul ni tak baik adik adik, kesian Bangla pam kena marah satg. Jangan amalkan. guna pala otak.

3 kumpulan kongsi gelap sah berdaftar dibawah ROS
Tarikh : Monday, September 02 @ 21:30:00 MYT
Topik : Berita


PUTRAJAYA: Tiga daripada 49 kumpulan kongsi gelap yang disenarai hitam Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu merupakan pertubuhan berdaftar yang sah di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, dua daripadanya kumpulan Sabah dan satu Semenanjung.

Katanya, wujud persamaan antara logo dan nama kumpulan terbabit dengan senarai pertubuhan yang ada dalam sistem ROS.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama tiga kumpulan berkenaan.

“Ada tiga yang berdaftar tapi kita kena sahkan balik senarai nama mereka dengan polis sama ada mereka benar-benar kongsi gelap atau pertubuhan biasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata pihaknya sedang dalam proses membuat semakan dengan polis mengenai status sebenar tiga kumpulan berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan.

Katanya, mengikut undang-undang jika sudah disahkan sebagai kumpulan kongsi gelap pendaftaran mereka akan dibatalkan secara automatik.

“Saya tak boleh dedahkan. Kalau tersilap nanti saya boleh kena saman,” katanya apabila didesak wartawan menyenaraikan kumpulan berkenaan.

KDN pada Khamis minggu lalu mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap yang dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Mempunyai 40,313 ahli berdaftar, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak-FMT




Tiada ulasan: