Isnin, 9 September 2013

BOLEHKAH KITA MEMPERTAHANKAN KESALAHAN KITA DIDUNIA DIMAHKAMAH ALLAH NANTI

Patutkah Kita Dengar Dari Pihak Syiah?
Posted on Monday, September 09 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: al-bahanj

"Apabila ada pendakwah mendedahkan tentang kesesatan Syiah dan mengajak agar masyarakat menjauhi dan membanteras ajaran tersebut, seperti biasa akan ada yang setuju dan tidak setuju.  Ada yang bersikap neutral, kononnya mahu bersikap adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Kita kena dengar juga dari pihak Syi`ah.” Kata sebahagian orang yang kononnya cuba bersikap adil.

Dengar apa kata pihak Syi`ah?! Hah, tak payah!

Tak patut kita bazirkan masa untuk dengar dari pihak Syi`ah!

Agaknya golongan neutral ini tidak dapat maklumat yang cukup dan sememangnya dalam banyak keadaan mana-mana individu yang tidak dapat banyak maklumat sentiasa bersikap neutral. Ketidakcukupan maklumat menjadikan mereka terhenti di antara dua cabang. Mereka keliru mana satu yang tepat.

Untuk merungkai sedikit kekeliruan itu, tuan/puan boleh baca beberapa tulisan di bawah, in shaa’ ALLAH. Beberapa pendedahan ringkas mengenai kesesatan Syi`ah ada dijelaskan:

Sebab apa tidak patut dengar hujah puak Syi`ah?

Di atas saya telah menulis bahawa tidak patut kita beri muka kepada golongan Syi`ah untuk kita mendengar dari mereka. Kenapa? Berikut adalah sebab-sebab utama secara ringkas:
1. Dalam ajaran Syi`ah, penganut ajaran tersebut disuruh kepada mereka agar bertaqiyyah, yakni menipu dan menyembunyikan kepercayaan mereka mengikut keadaan. Ia galakan dan mereka bakal mendapat pahala jika bertaqiyyah. Bagaimana kita boleh percaya dengan seseorang atau pihak yang berdiri di atas penipuan sebagai ajaran mereka???

2. Banyak hadith-hadith palsu telah direka oleh golongan Syi`ah sejak ratusan tahun lagi. Hal ini telah didedahkan oleh ulama-ulama hadith seluruh dunia. Jika kata-kata Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam pun mereka berani reka, apatah lagi kata-kata sahabat Nabi, tabi`in, tabi`ut tabi`in dan kata orang-orang soleh dan ulama selepas itu. Mereka mencipta suatu ayat lalu menyandarkannya kepada Nabi, menyandarkannya kepada sahabat dan kepada ulama-ulama. Patutkah kita datang kepada pihak Syi`ah untuk dengar hujah mereka setelah amalan mengadakan perkataan-perkataan palsu sudah pun menjadi darah daging mereka???

3. Kitab-kitab Syi`ah banyak ditulis dalam bahasa Parsi. Anda faham bahasa Parsi? Pendedahan mengenai ajaran songsang Syi`ah sebenarnya telah didedahkan oleh ramai ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah yang mahir berbahasa Parsi. Pendedahan kesesatan agam Syi`ah turut didedahkan oleh oleh ilmuan-ilmuan Syi`ah yang telah insaf dan keluar dari agama Syi`ah lalu memeluk Islam yang beraqidahkan ahlus sunnah wal jamaah. Wajarkah kita sibukkan diri kita untuk itu?

4. Kita selalu mendengar masyarakat kita selalu tertipu dengan bermacam-macam helah terutama melalui skim-skim kewangan dan ajaran-ajaran sesat. Kita mudah percaya apabila mendengar sesuatu berita atau janji. Ia terjadi disebabkan oleh terlalu sopannya orang kita terhadap orang lain sehingga tanpa disedari kita sedang diambil kesempatan oleh orang lain. Nah, Syi`ah pun sama, bahkan lebih besar kebarangkalian ummat Islam boleh terpengaruh dengannya disebabkan ia mengaitkan agama. Kelemahan kita dari segi kefahaman agama menjadi faktor mudahnya ummat Islam percaya dengan dakyah Syi`ah. Mahukah kita menjerumuskan diri kita ke dalam risiko sesat aqidah yang besar ini? Ia bukan sahaja rugi di dunia, malah lebih teruk lagi rugi di Akhirat.

5. Kesesatan Syi`ah terlalu jelas. Bukan sahaja menimbangnya dengan neraca ilmu agama ia sangat jelas sesat, bahkan jika ia ditimbang dengan neraca lojik pun, ajaran Syi`ah sangat jelas sesat. Tidakkah cukup dengan akal yang waras seseorang menimbangnya?

6. Dan banyak lagi sebab yang boleh disenaraikan…
Mahu bersangka baik dengan Syi`ah? Mahu dengar apa hujah Syi`ah?

Oh, tidak sama sekali.

Pokok tulisan ini ialah kita tak perlulah nak mendekati kumpulan-kumpulan Syi`ah untuk dengar ceramah mereka, dengar penjelasan mereka dan untuk dengar wacana mereka dengan alasan supaya adil konon. Buang masa!

Jika mendekati mereka dengan niat mahu berdakwah agar mereka kembali kepada Islam yang sebenar, silakan. Itu niat yang suci. Tapi niat yang suci mesti disokong dengan kemampuan ilmu.

Tinggalkan Syi`ah. Tak perlu dengar dari mereka. Faqad!

Semoga ALLAH mengutuk orang-orang yang telah mendustakan NabiNYA, semoga ALLAH mengutuk orang-orang yang menfitnah sahabat-sahabat NabiNYA dan semoga ALLAH mengutuk orang-orang yang telah membunuh hamba-hambaNYA yang lurus di atas agama Islam yang sebenar, amin…

- muzir.wordpress.com


*Sumber: http://muzir.wordpress.com"


 Kasim Selamat tidak pernah menceraikan Sabariah
Posted on Monday, September 09 @ 11:39:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Ahmad Baei Jaafar
Anda masih ingat kisah dalam filem “Ibu Mentuaku” yang Nyonya Mansoor mengambil helah untuk memisahkan anaknya Sabariah dengan suaminya, Kasim Selamat. Dia datang meziarahi anaknya atas jemputan anaknya yang sedang mengandung. Setelah melihat keadaan anaknya, dia meminta izin menantunya Kasim Selamat untuk membawa pulang anaknya ke Singapura kononnya supaya dapat bersalin lebih selesa.

Atas permintaan itu suami Sabariah terpaksa merelakan pemergian isterinya bersama ibu mentuanya. Lagipun dia tidak dapat membaca niat buruk ibu mentuanya itu. Dia benar-benar menyangka bahawa ibu mentuanya sudah berubah dan insaf. Agaknya itulah mentaliti seorang ahli muzik, tidak mampu berfikir di luar kotak.

Sabariah meskipun sayang kepada suaminya Kasim Selamat, dia juga tidak dapat membaca niat buruk ibunya. Surat cinta yang dikirimkan kepada suaminya melalui ibunya semuanya ditongsampahkan tanpa disedari olehnya. Suami yang terputus hubungan masih bersangka baik kepada isterinya. Namun, isteri yang mengharapkan suratnya berbalas sudah menyangka sesuatu yang buruk terhadap suaminya.

Sebelum itu, pada hari kelahiran cucunya, Nyonya Mansoor telah menghantar telegram kepada menantunya bahawa Sabariah meninggal dunia sewaktu bersalin. Kerana berita sedih itu, Kasim Selamat menangis berhari-hari sehingga buta matanya. Tanpa kerja dan tanpa pendapatan akhirnya dia diusir keluar dari rumah sewanya itu.

Sabariah yang tidak tahu kisah sebenar, kecewa dengan sikap suaminya yang padanya tidak bertanggungjawab terhadapnya. Apabila perasaan itu diluahkan kepada ibunya, “pulang paku buah keras” digunakan secukupnya oleh ibunya. “Sudah aku katakan, suami kamu sudah lupakan kamu dan kini boleh jadi kembali menyanyi di kelab malam,” katanya.

“Kalau begitu apa yang saya patut buat?” tanya Sabariah.

“Senang sahaja, mula-mula tuntut fasakh di pejabat agama, selepas habis iddah kahwin dengan Dr Asmadi,” kata Nyonya Mansoor.

Akhirnya, Sabariah berkahwin dengan Dr Asmadi, namun mereka tidak dikurniakan anak lagi. Dipendekkan cerita, Kasim Selamat yang buta itu telah membuat persembahan di Singapura. Kebetulan persembahan itu turut dihadiri oleh Sabariah dan suaminya, Dr Asmadi.

Saya percaya anda tahu kisah seterusnya, maka sebab itu saya tidak mahu melanjutkan kisahnya di sini.

Saya percaya anda menonton filem ini bukan sekali tetapi berkali-kali. Bahkan saya percaya setiap kali anda menontonnya, pasti mengalirlah air masih sedih dan simpati. Namun berapa ramai yang mengambil pengajaran ke arah membaiki rumah tangga masing-masing.

Sebenarnya merujuk kepada kisah di atas, perkahwinan Dr Asmadi dengan Sabariah setelah berjaya difasakhkan dengan suaminya Kasim Selamat hasil tipu muslihat ibunya adalah sah. Hal ini kerana setelah habis iddah dia sudah boleh berkahwin dengan Dr Asmadi.

Tetapi tahukah anda perancangan rapi ibu mentua Kasim Selamat bagi memisahkannya dengan Sabariah adalah dosa. Dosa meruntuhkan rumah tangga anak menantunya sendiri. Dan tahukah anda, fasakh yang dirancang atas alasan suami yang tidak bertanggungjawab kepada isteri dan anak adalah satu penipuan besar. Perbuatan itu adalah dosa yang amat besar terhadap anaknya sendiri.

Sebenarnya menurut hukum Islam, seseorang suami yang hilang selama 4 tahun, isteri bolehlah beranggapan bahawa suaminya sudah meninggal dunia. Dengan itu dia boleh berkahwin dengan suami baru. Tetapi jika dalam tempoh beberapa bulan setelah berkahwin, suaminya muncul kembali, maka ketika itu hubungannya dengan suaminya masih sah sebagai suami isteri.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, suaminya berhak memohon di mahkamah bagi memfasakhkan perkahwinan isterinya dengan suami baru itu. Dan mereka boleh meneruskan kehidupan suami isteri tanpa perlu dinikahkan semula.

Hukum ini kalau dirujuk kepada kisah dalam “ibu mentuaku”, Kasim Selamat sewaktu menyedari isteri Dr Asmadi yang merawat matanya adalah isterinya sepatutnya mengambil tindakan saman terhadap Dr Asmadi mohon difasakhkan perkahwinan isterinya dengan Dr Asmadi itu. Isterinya Sabariah adalah tetap miliknya yang tidak pernah diceraikan.

Jelas, kalau Kasim Selamat tahu kedudukan hukum ini, sudah pasti dia tidak akan bertindak untuk membutakan matanya semula hanya semata-mata mendengar kata-kata Dr Asmadi itu. Sebaliknya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Asmadi kerana dia telah mengembalikan dua perkara kepadanya; penglihatan dan isterinya.

Alangkah baiknya kalau filem sebaik ini dihayati oleh penonton selaras dengan kehendak Islam.

baei.blogspot.com


 BN pertahan semua kerusi dimenangi
Posted on Monday, September 09 @ 11:24:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Kuala Lumpur: Pasukan peguam Barisan Nasional (BN) berjaya mencapai objektif utama, mempertahankan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila semua 39 petisyen difailkan pembangkang terhadap BN, ditolak Mahkamah Pilihan Raya.

Ketua pasukan peguam BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata keputusan itu membolehkan BN mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi pada PRU-13 lalu.
Kemenangan BN sahih “Pencapaian 100 peratus ini, walaupun sedar akan ada rayuan yang sudah dan akan difailkan pembangkang, membuktikan kemenangan BN adalah sahih,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Proses berkenaan menyaksikan BN memfailkan 20 petisyen terhadap pembangkang termasuk satu ditolak, manakala pembangkang pula memfailkan 39 petisyen terhadap BN dengan semuanya ditolak. Petisyen terhadap BN bagi DUN Kelias, Sabah akan melalui perbicaraan 23 September ini di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Fail rayuan

Mohd Hafarizam berkata, setakat ini, pihaknya sudah memfailkan rayuan untuk kerusi Parlimen Batu, Lembah Pantai dan Bachok, selain DUN Jelawat yang dimenangi pembangkang, manakala rayuan pembangkang untuk kerusi BN di Parlimen Machang dan DUN Selising akan didengar di Mahkamah Persekutuan, pada 25 dan 26 September ini.-BH


 Malaysiaku berdaulat, benarkah?
Posted on Monday, September 09 @ 08:17:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Saya agak beremosi sedikit apabila membincangkan hubungan Malaysia-Singapura. Apatah lagi kritikan Lee Kuan Yew terhadap kita dalam buku terbaharunya. Adakah kita sudah lupa amaran Kuan Yew pada Ogos 2009 kepada Malaysia? Katanya, jika Malaysia tidak membekalkan air yang mencukupi kepada Singapura, penyelesaiannya adalah perang.

Suka atau tidak, Singapura tetap berada dalam kepulauan Melayu. Sebab itulah, sejak dari awal Singapura bersedia dengan segala kekuatan yang ada. Belanja pertahanan hampir separuh belanjawan negara. Penasihat mereka adalah Yahudi. Mereka tidak mahu tunduk atau diperkotak-katikkan oleh negara Melayu sekeliling. Persiapannya, adalah dengan persediaan pertahanan sebaik mungkin. Hari ini, siapa yang berani memberi kata dua kepada Singapura?
Kita sentiasa berada di pihak yang rugi dan rugi, dari dahulu sampai sekarang dan akan datang. Kereta kita dikenakan bayaran masuk ke Singapura dengan harga SG20 (dolar) sehari. Manakala, kita hanya mengenakan pada kadar harga yang amat murah bagi kereta Singapura masuk ke Johor. Begitu juga dengan harga air.
Saya perincikan sekali lagi perjanjian air antara kita dengan Singapura. Sejak dahulu kepemimpinan Singapura mengulangi akan terjadi perang jika air dihentikan atau dicerobohi kawasan tadahan air di negeri Johor.
Malah, kolam tadahan di negeri Johor dijaga sepenuhnya oleh tentera Singapura. Tidak ada sesiapapun dibenarkan masuk. Jika masuk peranglah jawabnya. Pihak Singapura menolak rundingan semula perjanjian air kerana menganggap ia mencabar kedaulatan Singapura sebagai negara berdaulat. Apa yang kita buat selepas itu, selainkan terpaksa bersetuju.
Persoalan saya, adakah pengorbanan kita dihargai? Hari demi hari, pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati kita, terutama buku terbaharu Kuan Yew.
Tidakkah kita sedar bahawa perjanjian bekalan air antara kerajaan Malaysia dan Singapura sentiasa menjadi beban politik kepada kita kerana ia langsung tidak menguntungkan kita. Ini tidak termasuk ruang udara kita yang sentiasa diceroboh.
Malah, Singapura untung berlipat kali ganda memperniagakan air yang kita salurkan dengan harga yang tidak masuk akal. Selain daripada dijual mahal kepada kita semula. Mereka juga membuat keuntungan berlipat ganda dengan menjualnya kepada kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Singapura hanya membayar 0.03 sen setiap seribu gelen. Malaysia pula menurut perjanjian baru air tahun 1962 perlu membeli air terawat dari Singapura pada harga 0.50sen setiap 1000 gelen. Sedangkan Melaka membeli air dari Johor pada kadar 0.30 sen setiap seribu gelen. Sehingga kini (2061) kita jual air kepada Singapura pada kadar 0.03 sen bukan 0.30 sen! Sebab itu Singapura cepat maju, sebab mereka pandai memanipulasikan keadaan. Kita pula bagaimana?
Dalam perjanjian air, terang-terang menyebut bahawa kita ada hak untuk mengkaji semula harga air tersebut. Kenapa sukar sangat untuk Singapura mematuhi dan berbincang mengenainya.
"Klausa 17 pada Perjanjian 1961 dan Klausa 14 pada Perjanjian 1962 jelas menyatakan: "Provisi pada perenggan (i) dan (ii) pada klausa terdahulu bagi kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan semula selepas tamat tempoh iaitu 25 tahun selepas dari kedua-dua ini dimeterai...." Dua puluh lima tahun selepas 1961 dan 1962 jelasnya bermaksud bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987. Ini tidak bermaksud semakan semula mesti dibuat pada kadar segera di antara dua tahun ini. Bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987, kedua-dua belah pihak dibenarkan mengikut perundangan menyemak semula harga tersebut."
Hari ini, sebagai menunjukkan kebongkakannya, kerajaan Singapura bertindak balas dengan membina logi air bagi menghasilkan New Water pada kos SG 0.30 sen. Tindakan ini bukan semata-mata bagi memenuhi keperluan air, tetapi juga sebagai membuktikan kepentingan strategik pertahanan negara Yahudi ini.
Pada 1 September 2011, Syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura  telah menyerahkan kembali 4 kemudahan utama perbekalan air iaitu dua buah loji air dan dua buah rumah air kepada kerajaan negeri Johor iaitu Loji Air Gunung Pulai, Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Pontian, dan Rumah Pam Tebrau, Johor.
Pemulangan kemudahan perbekalan air ini disebabkan oleh penamatan kontrak 50 tahun bekalan air menurut Perjanjian Air 1961 yang berakhir pada tahun 2011. Lagipun Singapura sudah mempunyai bekalan air yang mencukupi kerana masih ada satu lagi perjanjian air Malaysia-Singapura akan tamat pada tahun 2061.
Kenapa jarang sekali kedengaran kawasan tadahan air di negeri Johor dicerobohi atau pembalakan haram berlaku seperti negeri-negeri lain? Jawapannya, kawasan sekitar kawasan tadahan air dikawal rapi oleh tentera Singapura. Kita selaku rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk sama sekali ke kawasan tersebut. Mereka amat takut sekiranya kita melakukan sesuatu ke atas air yang disalurkan ke negara tersebut. Begitulah keadaan menang-kalah yang berlaku.
Persoalan saya, ketika orang lain asyik menyindir dan menekan kita, adakah kita mahu terus bersabar? Apakah kita terus mahu berada di tempat yang kalah? Bila pula kita mahu menang?
Sun Tzu pernah memberikan nasihat, kenali diri dan musuh, anda akan menang ratusan pertempuran. Adakah kita sudah mengenali diri dan musuh? Saya fikir belum. Kita terlalu banyak berpolitik sehingga terlepas pandang ancaman ini walaupun telah 56 tahun merdeka. Berdaulatkah kita sebenarnya?
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Penganalisis Sosio Politik 


Harga barang ketetapan ALLAH - Fathul Bari
Posted on Sunday, September 08 @ 20:33:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Dalam dunia ini, tidak ada yang gembira jika terpaksa bayar lebih untuk satu produk yang sama. Tidak ada yang suka harta berkurang sedangkan pekerjaan dan tanggungan kian bertambah.

Semua orang suka kesenangan, keuntungan, rezeki yang lapang, bonus, hadiah, serta pulangan lumayan dari apa yang dibelanjakan. Namun tidak semua harapan itu terealisasi di alam nyata. Realitinya manusia sering diuji dengan perkara yang dibenci.

Dunia bukan syurga yang semuanya ideal. Manusia yang sedar tahu bahawa dunia dicipta sebagai tempat ujian dan mereka melaluinya dengan cara yang Penciptanya redai.

Ini kerana setiap ujian datang daripada ALLAH tidak secara langsung tetapi melalui pelbagai wasilah, sama ada melalui teman rapat, keluarga, pemimpin, orang kaya, dan sebagainya. Buktinya adalah firman ALLAH, “Dan kami jadikan sebahagian kamu ujian bagi sebahagian yang lain, adakah kamu bersabar. Dan Tuhanmu Maha Melihat.” (Al-Furqan: 20)

Kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan. Ia bukan suatu disukai dan diraikan, ia adalah azab, penderitaan bagi orang miskin.

Seseorang memiliki akidah lurus sentiasa mengaitkan apa yang terjadi, baik nikmat mahupun azab kepada ALLAH. Hal ini ditunjukkan dalam satu peristiwa di mana harga barang di pasar Madinah menjadi mahal pada zaman Nabi. Anas bin Malik ra. berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’”

Para sahabat meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang miskin dapat membeli dengan harga mampu milik. Namun mungkin kita tidak sangka Baginda enggan memenuhi permintaan itu antaranya kerana bimbang menzalimi peniaga.

Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Abu Daud)

Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini.

Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.

Siapa yang mengetahui kecuali ALLAH? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku. Oleh itu Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa’al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya).

Perintah ini sejajar dengan hadis kenaikan harga tadi, juga sabit dalam sabda Nabi, “Jika suatu musibah menimpamu, jangan kamu berkata: ‘Kalau aku lakukan begini tentu akan jadi begini dan begini’. Tetapi ucapkanlah, Qaddarallah wama syaa-a fa’al, kerana ‘kalau’ membuka pintu syaitan. (Riwayat Muslim)

Di samping itu, menjadi kewajipan atas manusia untuk beriman bahawa yang meluaskan dan menyempitkan rezeki adalah ALLAH semata, dalam erti kata turun naik harga barang tidak mempengaruhi rezeki. Ini sebagaimana firman ALLAH, “ALLAH meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

Sabda Nabi SAW, “Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan tawakal yang sebenar pasti ALLAH memberi kamu rezeki sepertimana Dia memberi burung rezeki. Burung pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petangnya dalam keadaan kenyang.” (Sahih. Al-Tirmizi)

Bukanlah rezeki menjadi luas dan sempit kerana manusia, bukan juga yang memberi rezeki itu kerajaan atau diri sendiri, sebaliknya semua daripada ALLAH. Naik dan turun harga barang juga daripada ALLAH. “Segala nikmat yang ada padamu dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.” (Al-Nahl: 53)

Kita juga dituntut memperbanyakkan syukur, sedekah dan istighfar yang dengannya ALLAH akan tambahkan nikmat dan rezeki. Jika kita melakukannya dengan cara yang benar dan sabar, sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji.-SH 


 Nak jawab bab takdir, ketentuan dan tawakkal
Posted on Sunday, September 08 @ 22:45:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: zley

"Maaflah saya ni belajar tak pandai sangat. Tapi ni jawapan saya hasil apa yang saya belajar. Tentang ketentuan dari Allah. Menjawab kepada beberapa soalan yang sangat mengelirukan. Maaf... mungkin Allah tidak takdirkan saya dapat 20 sen daripada tuan-tuan huhu..

Imam Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Umar bin Al-khattab r.a sewaktu beliau keluar ke tanah Syam, Amir kawasan Syam melaporkan merebaknya penyakit taun yang berjangkit, lalu beliau meminta pendapat daripada golongan Muhajirin, Ansar dan ketua-ketua Quraisy yang keluar kemudian jihad.

Golongan Muhajirin berpendapat supaya tidak memasuki Syam dan terus kembali kepada Madinah. Dan Umar sendiri berpendapat demikian.

Lalu berkata Abu Ubaidah, "Apakah engkau lari daripada takdir Allah?" Umar menjawab, " Aku berharap moga-moga bukan engkau yang berkata demikian wahai Abu Ubaidah! Ya, kita lari daripada takdir Allah menuju kepada takdir Allah yang lain. Apakah pendapat engkau, kalau engkau letakkan unta engkau di suatu wadi yang ada dua lembah, satunya subur dan satu lagi kering. Jika engkau tambatkan unta di lembah yang subur tidakkah bererti engkau tambatkannya dengan takdir Allah. Dan jika engkau tambatkannya di Lembah yang kering, tidakkah engkau tambatkannya dengan takdir Allah juga?". (Hadith yang dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Imam Malik di dalam (Al-Muwatta')

Berdasarkan demikian, maka Umar bin Al-Khattab pernah menangis terhadap satu jemaah daripada negeri Yaman yang datang mengerjakan ibadah Haji dalam keadaan tidak mempunyai bekalan makanan. Dengan demikian, Umar menyalahkan sikap mereka. Berkata Muawiyyah bin Qurah, "Umar pernah menemui sekumpulan manusia daripada negeri Yaman".

Umar berkata: Siapa kamu?

Mereka menjawab : Kami adalah orang (Mutawakkilun) yang bertawakkal kepada Allah.

Umar menjawab : kamu orang (Mutawakkilun) yang menunggu hendak makan. Orang yang benar-benar bertawakkal ialah orang yang menaburkan benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah. (Jami'ul Ulum Wal-Hikam Karangan Ibn Rejab Halaman 384)"


 Barang Naik - Fathul Bari diILMUkan Dr Maza
Posted on Sunday, September 08 @ 22:51:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"Harga_Barang_Fathul_Bari

Fathul Bari, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) sebelum ini menulis dan berhujah untuk menyokong kenaikkan harga yang dibuat oleh parti yang disertainya. Lalu dia menggunakan hadis Rasullullah melalui tulisannya yang disiarkan Sinar Harian, 

Harga barang ketetapan ALLAH

Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” - Sahih. Abu Daud
Fathul Bari juga menulis, "Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia."

Gambaran dalam kepala Fathul Bari untuk memberi gambaran betul parti yang disertainya.

Kenyataan fathul Bari ini membuatkan Dr Asri Zainul Abidin tidak boleh diam untuk 'sekolahkan' Fathul Bari lalu dia menulis di FB

Dr_Maza

..kepada yang menggunakan hadis harga barang untuk menyokong kenaikan harga, sila rujuk tafsiran bagi hadis itu di sini... apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?! Rujuk tulisan Dr Maza di http://drmaza.com/home/?p=1427

Kalau Fathul Bari belum membacanya, bolehlah kita ajak sama beliau baca sama!!

Seronoklah kerajaan, barang naik, rumah naik dan semuanya naik dah sememangnya ketentuan Allah, peluklah tubuh selalu!!

Baca juga: Adi Putra – Baca pengakuan suami wanita terbabit!!"


Kesian, Ustaz Fathul Bari kena seketul didahi
Posted on Monday, September 09 @ 08:13:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

 

  Oleh: Dukunpasir

"

Bila sebut pasal minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang yang rasanya TIDAK DAPAT PUN DIKAWAL...ramai yang mula naik angin..ramai yang sudah tidak mampu simpan angin...semuanya mahu dilepaskan hingga Wall Perdana Menteri DS Najib pun menjadi BUSUK dibuang ANGIN oleh rakyat.
Tak percaya cubalah bersiar siar di wall Perdana Menteri dan baca setiap posting beliau ...pasti ada  ANGIN yang rakyat balas.


Angin marah rakyat tidak tertumpu pada Perdana Menteri saja..anginnya sudah merebak pada MEREKA MEREKA YANG CUBA MEMPERTAHANKAN TINDAKANnya...


Terkini Ustaz Fathul Bari dalam Twitternya ini BERTAIP BEGINI...


Allah, mahu aku menentukan harga barang sekian2 macam neh. Kalau mahal, mahal la. Itu sebab Allah yang tetapkan. Kalau murah, murah la. Itupun sebab Allah yang tetapkan.

Angin rakyat pun dilepaskan pada Ustaz Fathul Bari ini...bukan seketul...tapi berketul ketul......


INI PULA serangan balas dari Ustaz Fathul Bari...tetapi juga diserang oleh ANGIN berketul ketul....



 

Tiada ulasan: